Thursday, October 15, 2015

Tajuk: Abu Abdullah Muhammad Ibn Battutah

PENGENALAN
Nama sebenar ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Abdullah Al Lawati Al Tanji Ibn Battuta. Negeri-negeri di bahagian Timur memberikan gelaran Syamsuddin kepada beliau, manakala salah seorang daripada tokoh orientalis yang bernama Dozy pula memberi gelaran Pengembara yang jujur kepada beliau. Ibnu Battuta dilahirkan di Tangier, sebuah kota yang berhampiran dengan selat Gibraltal, Maroco pada 25 Febuari 1304. Ibnu Battuta berasal dari sebuah keluarga yang ahli dalam hukum-hakam Islam. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Berber, iaitu salah satu daripada suku kaum orang Afrika Utara di Lembah Nil, yang tersebar secara meluas di Atlantik ke Oasis Siwa di Mesir, dari Mediterranean ke Sungai Niger. Selain itu, Ibnu Battuta adalah seorang Muslim dari puak Sunni, iaitu golongan Muslim yang paling ramai di dunia atau lebih dikenali dengan nama “Ahli Sunnah wal Jamaah”. Di samping itu, Ibnu Battuta juga adalah seorang cendikiawan dan ulama dalam Mazhab Maliki, iaitu mazhab fiqh yang tertua dalam Islam sunni. Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afika Barat. Mahzab ini mempunyai bilangan pengikut kedua teramai iaitu lebih kurang 25% daripada Muslim. Mazhab ini berbeza daripada tiga mazhab yang lain kerana terdapat tambahan kepada sumbernya. Selain menggunakan Al Quran, hadis, ijma' dan qiyas, Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu sebagai sumber yang kelima. Mengikut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah, tinggal, dan wafat di Madinah, dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah. Sebagai seorang pemuda Muslim yang cintakan ilmu, lebih-lebih lagi mengenai Islam, beliau akan mempelajari “Sunni Maliki” di Afrika Utara pada ketika itu. Seawal usia enam tahun, kehidupan inteleknya diwarnai dengan pelajaran yang berlandaskan Al-Quran. Tangier bukanlah sebuah nama tempat yang sinonim atau terkenal dengan para ilmuannya, oleh itulah ramai anak-anak muda dari Tangier, salah satu daripadanya adalah Ibnu Battuta ini keluar ke Mekah bagi memperluaskan ilmu serta pengalaman beliau. 

PENGEMBARAAN IBN BATTUTA

Pada bulan Jun 1325, ketika beliau berusia 21 tahun, beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan haji

Perjalanan dari Tangier ke Mekah. 

Dalampengembaraan beliau yang pertama, beliau telah menyusuri pantai utara Afrika melalui Aljazair, Tunis, di mana tempat beliau tinggal selama dua bulan, kemudian meneruskan perjalanan ke Tripoli serta ke Alexandria sejauh 3. 500 km dari wilayah Tripoli. Kemudiannya, Ibnu Battuta singgah di Cairo dan menetap di sana selama sebulan sebelum meneruskan perjalanan ke Jerusalem. Selepas itu, beliau singgah di Damaskus dan seterusnya ke Madinah dan Makkah. Perjalanan pengembaraan Ibnu Battuta ini memakan masa selama 16 bulan. 

Apabila selesai menunaikan ibadah haji di kota Mekah, Ibnu Battuta menetap sementara di kota Mekah untuk menuntut ilmu sebelum meneruskan pelayarannya ke wilayah Iran. 

Setahun selepas itu, Ibnu Battuta kembali semula ke kota Mekah untuk menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua. Beliau seterusnya tinggal di kota Mekah selama setahun. 

Pada tahun 1328 pula, Ibnu Battuta meneruskan penegmbaraannya yang ketiga, iaitu ke pantai timur Afrika hingga ke kota Kilwa, sekarang Tanzania dan kembali lagi ke Mekah melalui laut ke Teluk Persia dan kembali ke kota suci Mekah melalui jalan darat. Ibnu Battuta kemudiannya kembali semula ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji yang ketiga kalinya. 

Ibnu Battuta kemudiannya melanjutkan perjalanan ke wilayah Asia Tengah melalui Anatolia ke Turki Asia. Singgah di Konstantinopel (sekarang dikenali sebagai Istanbul, Turki) sebelum berlayar menyebrangi Laut Hitam ke wilayah Asia Tengah. Perjalanan beliau dilanjutkansehingga ke wilayah Afghanistan sekarang. 

Dari wilayah Sungai Volga, Ibnu Battuta telah menembusi wilayah Afghanistan pada tahun 1334 melalui Kabul hingga ke Delhi, India. Di Delhi Ibnu Battuta bekerja di bidang pengadilan sebagai “qadi” atau lebih dikenali sebagai hakim. Delhi yang pada ketika itu adalah termasuk dalam senarai negeri muslim. Sebelum itu, beliau bekerja dengan SultanDelhi, Muhammad bin Tughluq sebagai penterjamah bahasa Dengan gaji beliau yang tinggi Ibnu Battuta hidup senang dan sejahtera selama beliau menetap di India. 

Sultan Delhi mengutuskan Ibnu Battuta ke China pada tahun 1342 sebagai delegasi sultan. Dalam perjalanan tersebut, beliau serta ahli rombongannya telah diserang oleh sekumpulan orang Hindu, dirompak dan seterusnya dipisahkan. Namun begitu, Ibnu Battuta berjaya mengejar semula ahli rombongannya selama dua hari dan kemudiannya meneruskan perjalanan mereka ke Khambat. Dari sana, mereka terus belayar hingga ke Calicut. 
Beliau seterusnya memulakan perjalanan dari Kepulauan Maldiva selepas tinggal di sana dalam tempoh masa embern bulan ke Sri Lanka dan selanjutnya meneruskan pelayaran melalui Bangladesh, Myanmar, Kepulauan Andaman, Aceh, Selat Malaka, Singapura, dan menembusi Laut China Selatan, berlabuh dan seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Beijing melalui jalan darat. 

Pada tahun 1346, Ibnu Battuta memulakan perjalanan pulangnya dari Beijing ke tempat kelahirannya di Tangier di Maroko. Selama empat tahunmenempuhi perjalanan darat dan pelayaran laut, akhirnya Ibnu Battuta berjaya dan selamat sampai ke kota kelahirannya Tangier di Maroko. Beliau keluar untuk mengembara ke luar negeri untuk menimba ilmu serta memperluaskan pengetahuan dan pandangan pada usia beliau 21 tahun dan akhirnya Ibnu Battuta kembali semula ke tempat asal kelahirannya ketika beliau berusia 44 tahun. 
Tidak lama di Maroko, Ibnu Battuta kembali meneruskan pelayarannya untuk melanjutkan perjalanan menyebrangi Laut Tengah ke Andalusia iaitu wilayah Sepanyol selatan, kemudiannya menembusi gurun Sahara hingga ke Mali, wilayah Afrika barat. 

Pada tahun 1354, Ibnu Battuta kembali ke tanah kelahirannya Tangier dan menetap di kota Fez. Di sana, Ibnu Battuta berkawan baik dengan sultan. Baginda sultan yang sangat kagum dengan perjalanan Ibnu Battuta telah meminta supaya Ibnu Battuta menuliskannya ke dalam sebuah buku, yang dikenal berjudul Rihla atau My Travel. Sebuah perjalanan yang mencabar sepanjang 120. 000 km telah ditempuh oleh Ibnu Battuta. Sekiranya bukunya berbentuk diari, tentunya orang akan lebih mengenal Ibnu Battuta dibandingkan dengan Samuel Pepys atau Anne Frank. 

Semestinya perjalanan serta pengembaraan yang dialami dan ditempuhi oleh Ibnu Battuta memberi kesan yang cukup mendalam kepada hidupnya serta memperluaskan lagi ilmu yang ada padanya. 

SUMBANGAN IBNU BATTUTA

1 Sumber Rujukan Sejarah. 

Ibnu Battutah dijadikan sebagai sumber rujukan sejarah serta rujukan dari aspek yang lain, contohnya tentang pelayaran, ilmu-ilmu keagamaan, budaya serta adat resam dan bermacam-macam lagi. Hal ini bertepatan dengan penulisan sebuah buku oleh beliau sendiri yang bertajuk “Al-Rihlah” apabila seorang sultan sangat mengagumi pelayarannya sehingga meminta Ibnu Battuta membukukan segala catatan harian yang beliau tulis sepanjang perjalanan serta pemerhatian beliau di setiap tanah hentian di benua Afrika serta Asia yang dijejaki oleh Ibnu Battuta dalam sebuah buku. Dalam Al-Rihlah itu mengandungi pelbagai aspek yang telah dicatatkan oleh Ibnu Battuta seperti aspek ekonomi, budaya dan sosial, poloitik, masyarakat serta aspek keagamaan. Buku ini telah menjadi sumber rujukan yang penting pada zaman pertengahan. Beliau banyak menulis tentang negara-negara Islam, terutamanya India semasa pemerintahan Sultan Muhammad Taghluq, Anatolia, Maldives, Afrika, China dan Asia Tenggara

2 Menjadi Contoh serta Dorongan Pengembara Islam dan Barat

Dalam usia seawal 21 tahun mengharungi satu pengembaraan yang jauh menempuh gelora bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi kejayaan Ibnu Battuta sebagai seorang penjelajah muda yang Berjaya menjadi ikutan serta pendorong kepada penjelajah yang lain, bukan sahaja kepada penjelajah Islam, tetapi juga pendorong kepada penjelajah dari Barat. Ekoran dari kejayaan pelayaran beliau, muncul ramai nama-nama baru dalam arena pelayaran, contohnya Ibn Majid dan Sulayman Al-Mahri yang Berjaya merentasi Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Catatan mereka pula telah menjadi sumber panduan kepada para pelayar dari Eropah yang berusaha untuk mencari jalan ke Timur pada abad 15 dan 16 Masihi, seperti Vasco da Gamma. 

3 Menambahkan sumber rujukan dalam bidang pelayaran dan geografi. 

Pelayaran Ibnu Battuta telah membuka satu lembaran baru dalam dunia pengembaraan dalam bidang pelayaran khususnya serta dalam bidang Geografi. Catatan-catatan beliau yang telah dibukukan telah menjadi sumber yang penting kepada ramai ilmuan serta penjelajah telah diterbitkan dalam pelbagai terjemahan bahasa seperti bahasa Inggeris, Jerman, Belanda dan Perancis. Sebagai contoh, seorang professor, Prof. H. A. R Gibb menterjemah buku Al-Rihlah kepada “The Travels of Ibn Battuta”. Dengan ini, catatan pelayaran beliau telah menjadi rujukan di seluruh dunia, bertepatan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang digunakan hampir di seluruh dunia. Para orientalis barat pula memberi nama gelaran kepada Ibnu Battuta dengan gelaran “The Prince Of Muslim Travellers” yang meletakkannya sebaris dengan nama pengembara terkemuka di dunia seperti Marco Polo. 

4 Meningkatkan Pengetahuan Politik dan Diplomasi. 

Sepanjang pengembaraannya, beliau telah menemui ramai orang-orang penting dalam sesebuah pemerintahan serta pentadbiran negara atau negeri seperti sultan, menteri, pegawai dan sebagainya. Keperibadiannya, akhlak yang terpuji, berwibawa, mempunyai pengetahuan dalam bidang agama serta pandai berdiplomasi menyebabkan beliau mudah dipercayai apabila memerlukan bantuan uantuk meneruskan perjalanan pengembaraannya. Beliau pernah dilantik menjadi qadi oleh Sultan Muhammad Taghluq di India serta diberi kepercayaan untuk menjadi utusan ke negara China pada tahun 1342 Masihi. Apabila singgah di Pasai, sultan Al-Malik Al-Zahir memberikan penghormatan kepada beliau sebagai seorang ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar yang lengkap dengan peralatan untuk pelayaran ke negara China. 

5. Menambahkan pengetahuan sosiologi dan antropologi. 

Dalam penulisan buku Al-Rihlah, beliau memperincikan setiap budaya serta kehidupan masyarakat di setiap negara. Sebagai contoh, beliau begitu kagum dengan keindahan kota Constatinople yang dilengkapi dengan pasar, jalan raya yang diperbuat dari batu serta gereja yang bernama Santa Sophia yang terletak di tengah-tengah kota tersebut. Selain itu, di China, beliau memuji tentang keamanan negara itu dengan mengatakan inilah negara paling aman yang pernah beliau kunjungi serta kecantikan corak kain sutera buatan orang Cina yang sangat mengagumkan. Dalam aspek keagamaan pula, Ibnu Battuta ada menulis tentang budaya keagamaan penganut Hindu, aktiviti ritual mereka serta perayaan serta kehidupan sosial masyarakat India yang beragama Hindu. 

6 Memperluaskan Tamadun Islam

Pengambaraan Ibnu Battuta memberi sumbangan besar dalam memperluaskan tamadun khususnya tamadun Islam sendiri. Berlakunya interaksi antara tamadun apabila Ibnu Battuta mengembara dari tempat kelahirannya ke tempat lain, contohnya ke Mekah, India, China dan sebagainya. Perkara yang dibawa oleh beliau adalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ajaran agama Islam, selok-belok pelayaran, ilmu perkapalan serta ilmu yang pelbagai yang telah dicurahkan serta disebarkan mencetuskan satu interaksi serta situasi yang sama apabila beliau menimba serta mendapatkan ilmu dari tempat lain. 

KARYA

Sumbangan yang tidak ternilai kepada seluruh masyarakat dunia ialah catatan perjalanan dan pengembaraan beliau. Catatan asal beliau berhubungdengan pengembaraan tersebut sebenarnya telah hilang kerana telah dirompak oleh lanun di Lautan Hindi. Namun begitu, beliau berjaya juga menerbitkan sebuah karya yang lengkap setelah menceritakan semula pengalamannya kepada Muhammad b. Juzay al-Kalbi atau lebih dikenali sebagai Ibn Juza, iaitu seorang penulis sultan. Ibn Juza mengambil masa selama 3bulanuntukmenyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355 masihi. 

Akhirnya karya yang diberi nama Rihlah Ibn Battutah telah diterbitkanhasil kerjasama tersebut. Karya agung tersebut merupakan rekod sejarah zamanpertengahan yang sangat penting kerana catatannya dianggap sebagai sumber sejarah abad pertengahan. Di samping itu, Rihlah Ibn Batutah juga

satu-satunyasumber maklumat langsung mengenai budaya, adat resam, serta keadaan masyarakat di beberapa kawasan dunia. 

Karya Rihalah Ibn Battuta kini telah berusia hampir tujuh kurun. Histografi Islam telah mencapai zaman kemuncaknya dengan kandungan maklumat-maklumat yang bermanfaat dan metod yang bersistematik ini. 

Buku Rihlah Ibnu Battuta ini telah diterjemahkan oleh ustaz Dr. Muhammad Hanafis
SIFAT-SIFAT TERPUJI IBNU BATTUTAH

Sebagai seorang remaja yang akan menjana serta tunjang kepada negara pada masa akan datang, nilai-nilai moral yang ada pada diri Ibnu Battuta sememangnya wajar untuk diadaptasi sekaligus dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Perkara yang paling utama sekali ialah berilmu pengetahuan. Ibnu Battuta begitu mengambil berat tentang aspek ilmu. Beliau sanggup mengembara sehingga ke Mekah serta ke pelusuk dunia yang lain semata-mata untuk memperluaskan ilmunya. Selain itu, usaha beliau tidak tertumpu kepada menimba ilmu sahaja, malahan beliau juga turut mencurahkan ilmunya kepada orang lain. Dalam pengembaraannya pula, beliau mampu untuk meneruskan pelayarannya berbekalkan ilmu yang ada, kerana tanpa ilmu yang cukup, pelayarannya itu berkemungkinan akan menghadapi masalah yang sukar untuk diatasi. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita, seharusnya mempunyai ilmu untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal menyapa di dunia yang penuh dengan pancaroba ini. 

Seterusnya ialah berakhlak mulia. Kerana sifatnya yang terpuji, Ibnu Battuta mendapat pelbagai jenis bantuan serta diberikan kepercayaan untuk melaksanakan sesuatu tugas. Sebagai contoh, Sultan Muhammad Taghluq memberi kepercayaan kepada Ibnu Battuta menjadi seorang qadi serta menjadi utusan ke negara China. Selain itu, sifat beliau yang dihormati bukan sahaja oleh masyarakat, malahan oleh orang-orang kenamaan seperti Sultan Pasai yang telah menghadiahkan sebuah tongkang besar sebagai tanda penghormatan kepada seorang ulama. Akhlak yang terpuji itu penting dalam diri individu, kerana akhlak itu sendiri boleh dijadikan sebagai cermin kepada perilaku kita terhadap orang lain. Apabila kita berlaku baik dengan orang lain, maka tidak dinafikan orang lain akan berlaku baik dengan kita. 

Selain itu, sifat rajin dan tidak mengenal erti jemu juga boleh dijadikan sebagai inspirasi terhadap diri sendiri serta dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, Ibnu Battuta akan membuat catatan berkaitan dengan kehidupan masyarakat setempat, membuat kajian mengenai sesuatu masalah, pemetaan geografi serta tidak jemu untuk menuntut ilmu. Sebagai seorang pelajar, perkataan rajin itu sendiri sudah sebati dengan hidup di alam pembelajaran sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Rajin dalam pelbagai aspek, rajin ke sekolah, membuat ulangkaji, bertanyakan soalan, menjaga kebersihan dan macam-macam lagi. Di samping itu, tidak perlu untuk merasa bosan untuk berusaha demi mencapai kejayaan, kerana ianya mampu menumpulkan fokus perjalanan individu untuk sampai ke puncak kejayaan. 

Selain itu, antara nilai serta sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh Ibnu Battuta ialah dari aspek kepimpinan. Dalam konteks ini, Ibnu Battuta patut dicontohi kerana sifat kepimpinan beliaulah yang berjaya untuk membawanya ke arah kejayaan. Beliau boleh dikatakan seorang pemimpin yang baik bukanlah kerana beliau seorang ulama atau seorang nakhoda, tetapi beliau mempunyai ciri-ciri serta sifat sebagai seorang pemimpin. Beliau Berjaya untuk menjadi pemimpin untuk dirinya sendiri sehingga mampu menjadikannya seorang pengembara yang ternama serta menjadi ikutan kepada pengembara yang lain. Beliau menegaskan kepada dirinya sendiri untuk pergi menuntut ilmu di tempat lain Berjaya menjadi seorang pemimpin ketika berlaku serangan dari pihak orang Hindu. Seorang pemimpin yang baik adalah seorang yang disegani, dihormati serta dipandang mulia oleh orang lain. 

KESIMPULAN

Perbahasan di atas jelas memperlihatkan ketokohan dan kewibawaan Ibn Battuta dalam bidang sejarah. Walaupun sebahagian tokoh-tokoh orientalis mempertikaikan pengembaraan beliau. Namun hingga masa kini, Kitab Rihalah Ibn Battuta adalah antara kitab yang mendapat perhatian dalam bidang sejarah. Karya Rihalah Ibn Battuta kini telah berusia hampir tujuh kurun. Histografi Islam telah mencapai zaman kemuncaknya dengan kandungan maklumat-maklumat yang bermanfaat dan metod yang bersistematik ini. Pensejarahan beliau meliputi segala aspek kehidupan manusia dari segi pentadbiran, sosioekonomi, sosiobudaya dan sistem kemasyarakatan selama 30 tahun bermula tahun 1325. Pengembaraan beliau telah menjangkau Dunia Timur hingga ke China, mengunjungi daerah-daerah yang luasnya sama dengan luas 44 buah negara zaman moden, dan merentasi kawasan seluas kira-kira 73, 000 batu. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi kitab pengembaraan Ibn Battuta menjadi salah satu sumber rujukan utama mengenai sejarah Islam di dunia. 
Secara konklusinya, pengembaraan Ibnu Battuta bukan saja meninggalkan kesan terhadap dunia pengembaraan, tetapi juga dalam aspek rohaniah itu sndiri apabila individu menginterpretasikan pengembaraan itu dalam erti kata yang lain, iaitu kehidupan seharian. Dalam kehidupan, manusia seharusnya memiliki segala kelengkapan seperti sebuah kapal yang sarat dengan segala kelengkapan. Kehidupan manusia perlu ada sifat yang terpuji, akhlak mulia, beilmu pengetahuan luas serta mempunyai sifat kepimpinan


RUJUKAN

1. Dunn, R. E. (2001). Jejak Ibnu Battuta. PTS Media Group. 
2. Hamdun, S. (2005). Ibn Battuta In Black Africa. Markus Wiener Publishers. 
3. Hanafis, U. D. (2010). Rihla Ibnu Battuta. Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd. 
4. Pao, N. A. (2008, April 25). Buku Pengembaraan Ibnu Battuta. Retrieved from athirohukm. blogspot. com. 
5. Rumford, J. (2004). Travelling Man The Journey of Ibn Battuta. HMH Books for Young Readers. 
6. Waines, D. (2010). The Odyssey of Ibn Battuta. University of Chicago. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment