Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Etika Mulia Dalam Sains Dan Teknologi

PENDAHULUAN
Etika boleh didefinisikan sebagai ilmu berkenaan dasar-dasar akhlak, moral, prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidanh moral. Ia diungkapkan dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab dan sebagainya. Ia juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan ynag buruk. Ringkasnya, Etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup manusia. Pengenalan etika Islam membincangkan tentang tiga benda, iaitu, etika, moral dan akhlak

Etika dalam bahasa yunani ialah ethos iaitu adat resam dan kebiasaan yang dimiliki oleh kumpulan yang lain. Etika juga menjelaskan tentang sifat dan kelakuan seseorang. Etika Islam dari segi moral pula mempunyai perkataan Latin iaitu mores yang merujuk kepada adat, nilai, amalan yang telah diterima oleh umum. Akhlak etika Islam pula membincangkan tentang bentuk plural kepada khuluq iaitu kejadian. Ia juga merupakan keadaan-keadaan dalam diri seseorang yang menghasilkam tindakan tanpa perlu berfikir terlebih dahulu.

Antara akhlak-akhlak dalam Islam ialah, ilmu yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, sesame manusia dan alam secara harmonis. Seterusnya, ia bertujuan untuk mewujudkan satu keadaan yand sejahtera. Manusia juga perlu mempunyai hubungan langsung dengan akidah dan syariat. Pengutusan Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam juga adalah untuk menyempurnakam akhlak manusia. Hubungan antara akhlak dan etika juga memberi kepentingan kepada manusia. Antaranya ialah, akhlak disasari ajaran Isla, berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Akhlak juga dinilai dengan pembalasan dosa dan pahala. Selain itu, nilai akhlak tidak boleh menerima perubahan walaupun masa dan tempat berubah.

Terdapat beberapa asas etika dalam Islam. Ianya terbahagi kepada tiga iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Aqidah merupakan keprcayaan kepada rukun iman yang mempunyai enam perkara yang menghubungkan dengan Allah. Syariah merupakan peraturan dan ketetapan hokum yang berasaskan kepada Al-Quean dan Al-Sunnah. Akhlak pula merupakan tingkah laku yang baik antara manusia dengan Allah, manusia sesame manusia dan manusia dengan alam sekitar.

PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Pada 18 Jun 2015, kami telah diberi tugasan berbentukan pembentangan dan kerja kursus bagi mempelajari sains dan teknologi Islam serta mengenali tokoh-tokoh terulung. Kami telah diberi tajuk masing-masing oleh Ustaz Abdul Aziz Harjin dan kami dikehendaki untuk meneliti, mengkaji serta mempersembahkan tentang tajuk masing-masing. Pertama sekali, saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Abdul Aziz Harjin, pensyarah bagi matapelajaran kod CTU 211 kerana telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh proses menyiapkan tugasan ini. Beliau juga telah banyak berkongsi maklumat dan pengetahuan yang berguna kepada kami. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Encik Mohammad Jafferi Bin Mohd Jamel dan Puan Noorlida Binti Shaarikerana banyak memberikan sokongan moral serta wang ringgit kepada saya sepanjang tempoh ini. Hal ini demikian kerana, bagi mendapatkan hasil yang baik saya perlulah menitikberatkan perihal emosi saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Ibu bapa sayalah yang sentiasa berada di sisi saya dan memberikan dorongan kepada saya untuk terus berusaha dan sekaligus menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak berkongsi maklumat-maklumat berguna. Perkongsian kawan-kawan saya sangat bermakna dan telah banyak meringankan beban saya dalam menyiapkam tugsan ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh ini. 

Kepentingan etika sains dan teknologi
Etika dalam sains dan teknologi amat penting kepada umat manusia. Ianya kerana bagi mengelakkan manusia daripada tersasar dari landasan yang benar disebabkan mereka mengabaikan etika sains dan teknologi. Etika sains dan teknologi mempunyai kepentingan-kepentingannya tersendiri. Antara kepentingan etika sains dan teknologi ialah sains dan teknologi dijadikan panduan kepada saintis dan teknorat dalam melakukan kerja mereka. Contohnya, sains dan teknologi menjadi panduan kepada para doktor serta saintis untuk menemukan ubat-ubatan baru dan merawat menggunakannya terhadap pesakit. Seterusnya, kepentingan etika sains dan teknologi juga dapat membataskan perkara-perkara yang boleh dilakukan. Selain itu, sains juga tidak terlepas dari syariat. Sebagai contoh, walaupun sains dan teknologi dipandang tinggi tetapi ianya masih tidak daoat lari dari syariat seperti etika sebagai umat Islam ketika merawat pesakit yang berlainan jantina. Kepentingan etika dalam sains dan teknologi juga untuk menjaga kenpentingan manusia dari kerakusan sains yang mengancam keselamatan manusia. Di samping itu, kepentingan etika sains dan teknologi juga adalah untuk melahirkan saintis dan teknorat yang berdisiplin tinggi. Etika dalam sains dan teknologi juga adalah untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains. Ianya juga untuk mempastikan penggunaan teknologi secara berhemah. Contohnya, dengan adanya etika dalam diri seseorang, teknologi tidak disalahgunakan seperti laman sesawang yang dijadikan medium untuk mencetus pergaduhan ataupun fitnah. Etika dalam sains dan teknologi amat penting kerana dapat membentuk keperibadian saintis muslim. Ia juga dapat merumuskan konseo sains dan teknologi Islam. Kepentingannya juga adalah untuk menentukan matlamat penyelidikan sains. Etika sains dan teknologi juga menjamin penggunaan teknologi kea rah yang positif. Akhir sekali, etika sains dan teknologi dapat mentakrif semula kerjaya saintis dan teknorat.

Amalan Etika Islam Dalam Sains Dan Teknologi

Terdapat beberapa amalan etika dalam sains dan teknologi. Antaranya ialah, kita perlu yakin bahawa rezeki datangnya daripada Allah Subhanahu wa ta’ala. Contohnya, jika kita dinaikkan pangkat kerana berjaya menemukan sesuatu teknologi baru dalam bidang pekerjaan kita, kita harus tanamkan keyakinan bahawa ianya rezeki yang telah diturunkan oleh Allah untuk kita. Kita sebagai umat Islam juga perlu ikhlas dan mempunyai niat yang baik serta bersifat ihsan. Ihsan iaitu sifat yang mempunyai kecekapan dan kecermelangan. Contohnya, jika kita melakukan pekerjaan yang ditugaskan untuk kita, kita perlulah ikhlaskan hati melakukannya dan bukan kerana kita dibayar atau mendapat upah melakukannya. Amalan yang seterusnya ialah, bersifat itqan iaitu ketekunan dan kemahiran. Sebagai contoh, jika kita melakukan sesuatu pekerjaan kita perlulah melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Bukan sahaja melakukan kerja hanya melepaskan batuk ditangga. Selain itu, amalan bersifat bermusyawarag dan bermuafakat iaitu perundingan serta bekerja secara berkumpulan. Seterusnya, mengekalkan keseimbangan, bersederhana dan konsisten. Kita juga peru membangunkan teknologi yang bermanfaat kepada alam dan manusia. Akhir sekali, kita perlu tanamkan amalan supaya menjauhi mafsadah iaitu kerosakan ke atas manusia dan alam sekitar.

Kesan Pengabaian Etika

Salah satu kesan pengabaian etika ialah, lahirnya teknologi mengikut kehendak komersil tanpa menghiraukan hokum. Contohnya, lahir saintis yang ego merasakan kuasa di tangan mereka dengan menentukan nilai sesuatu mahupun baik atau buruk. Seterusnya, berlaku kerosakan kepada alam sekitar kerana kerakusan sains. Sebagai contoh, pengabaian kepada ekosistem dan habitat alam dan juga mengejar keuntungan semata-mata dengan eksploitasi alam tanpa batasan. Di samping itu, lahirnya saintis dan teknokrat yang tidak bermoral. Contohnya, mementingkan wang, kuasa dan nama semata-mata serta pengabaian aspek nilai dan etika. Seterusnya, membangunkan penyelidikan yang tidak memenuhi tuntutan agama. Seperti, penyelidikan yang mementingkan kejayaan semata-mata dan juga mengikut tuntutan tertentu seperti mendapat nama dan ganjaran.

Isu-isu Etika Sains Moden

Terdapat beberapa isu etika sains moden yang kini semakin menjadi-jadi di negara kita. Salah satunya adalah, pengklonan manusia. Terdapat kebaikan dan juga keburukan tentang pengklonan manusia. Kebaikkannya ialah, manusia dapat mengatasi kekurangan tisu dan sel dan juga manusia dapat mengatasi masalah kekurangan organ. Sebaliknya pula, proses pengklonan manusia mempunyai keburukannya tersendiri. Contohnya ialah, proses ini dapat merosakkan system kekeluargaan. Proses ini juga dapat menjejaskan akidah dan ianya sama sekali bertentangan dengan akidah Islam.

Isu seterusnya ialah tentang penciptaan nuklear. Nuklear banyak digunakan dalam bidang berubatan serta digunakan oleh para saintis untuk proses-proses tertentu. Antara kebaikan-kebaikan nuklear ialah, nuklear dapat meningkatkan kualiti produk. Nuklear juga mempunyai kebaikan seperti dapat mengesan penyakit lebih awal. Nuklear juga dapat menyimpan dan mengawetkan makanan serta ianya juga merupakan alternative kepada sumber tenaga. Nuklear juga tidak terkecuali dalam memiliki keburukan yang tersendiri sepertinya, nuklear mengakibatkan kemusnahan ekosistem. Nuklear juga menyebabkan kebocoran radio aktif serta menyebabkan kemalangan nuklear.

Selain itu, isu yang sering menjadi perbualan dan sering diguna pakai pada zaman sekarang ialah pembedahan plastic. Pembedahan plastik mempunyai manfaatnya sendiri seperti membeeri kesempurnaan anggota. Pembedahan plastik juga dapat menghilangkan keaiban atau kecacatan. Ianya juga dapat membina semula kecacatan ataupun anggota-anggota badan yang tercedera. Selain itu, pembedahan plastik Tetapi, selain daripada sebab perubatan ianya dikira haram disisi agama. Ia dianggap haram kerana pembedahan plastik merubah ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Selain itu, ia dianggap menipu rupa dan anggota dan ianya juga boleh mendatangkan kemudaratan atau kesan sampingan.

Seterusnya, bayi tabung uji juga merupakan salah satu isu etika sains dan teknologi. Bayi tabung uji meruapakan bayi yang dilahirkan oleh seseorang perempuan hasil daripada pesenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya diluar anggota perempuan itu atau lebih jelas lagi bukan secara tabi’i. Proses ini mempunya tiga kaedah, antaranya ialah, in votrofertilization (IVF), gamete intrafallopian transfer (GIFT) dan artificial insemination. IVF adalah pesenyawaan yang berlaku di dalam kaca. Ianya seperti sperma lelakidan ovum perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitaran yang sesuai. Setelah sperma dan ovum tersebut disenyawakan, embrio terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim ibu tersebut.

GIFT pula merupakan pemindahan gamet ke dalam salur rahim. sperma dan ovum akan dicampurkan dan kemudian disuntik kedalam salur rahim. Selepas dipindahkan, gamet-gamet akan tersenyawa seperti proses normal dalam tubuh tanpa bantuan reproduksi. Selepas pesenyawaan, embrio akan bergerak ke dalam rahim seperti biasa dan begitu seterusnya kehamilan normal berlaku.

Permanian beradas artificial insemination pula merupakan kaedah yang menyalurkan air mani lelaki ke dalam rahim perempuan tanpa perlu melalui jalan persetubuhan biasa. Muzakarahjawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-5 telah menetapkan hokum bayi tabung uji atau yang berkaitan dengannya sebagai berikut:

1. Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adalah sah disisi Islam. Sebaliknya benih ynag diambil dari bukan suami isteri yang sah maka bayi tabung uji tu adalah tidak sah.

2. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka daripada keluarga yang berhak.

3. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

Pengguguran kandungan ialah mengeluarkan kandungan dari rahim sebelum tiba tempoh bersalin dengan tujuan untuk mematikan kandungan tersebut.

Hukum pengguguran kandungan adalah haram di sisi agama Islam jika janin tersebut berusia 120 hari ke atas melainkan sebab-sebab darurat seperti, disahkan oleh pakar perubatan bahawa kandungan itu memberi mudharat besar kepada ibu jika terus dibiarkan di dalam rahim ibu itu. Seterusnya, bilangan pakar yang membuat pengesahan bahawa janin itu membawa kemudharatan hendaklah terdiri daripada bilangan yang meyakinkan dan terdiri daripada mereka yang adil dan dipercayai. Selain itu, janin itu hanya boleh dibuang jika tiada cara lain lagi selain menggugurkan kandungan tersebut untuk menghindarai kemudharatan keapada si ibu. Para ulama’ juga bersepakat mengatakan bahawa tidak harus atau haram bagi menggugurkan janin berusia kurang dari 120 hari melainkan dengan sebab wujudnya keperluan yang diiktirafkan oleh syara’.

Seterusnya merupakan hukum-hukum bagi janin dan usianya untuk melakukan pengguguran ke atas janin tersebut. Contoh pertama merupakan pengguguran janin yang menghidap penyakit ringan yang tidak mengakibatkan kematian juga yang boleh dirawati, hukumnya adalah haram sebelum empat bulan dan selepas. Contoh seterusnya, menggugurakan janin yang menghidapi kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup dan kecacatannya seperti buta, cacat sebelah tangan atau kedua-duanya, cacat kaki, kurang jari dan sebagainya dan hukumnya dalah haram jika umur janin tersebut melebihi empat bulan, dan harus sekiranya umur janin tersebut di bawah empat bulan.Di samping itu, janin yang menghidapi kecacatan yang serius yang membawa kpada kematian seperti tiada kepala, tiada paru-paru dan sebagainya biasanya janin tersebut akan gugur dengan sendirinya. Selain contoh-contoh tersebut, menggugurkan janin yang yang mengalami kecacatan anggota yang membawa kepada kematian sejurus selapas dilahirkan pula hukumya mengikut pandangan ulam’-ulama’ iaitu harus sebelum empat bulan dan haram selepas empat bulan. Manakala pandangan ulama yang lain pula ialah harus walaupun selepas empat bulan tetapi mesti dengan syarat dan berkeyakinan tinggi selepas hasil analisa doktor pakar. Bagi pengguguran janin yang menghidapi penyakit AIDS hukumnya adalah harus sebelum empat bulan dan haram selepas empat bulan.

Seterusnya, bagi pengguguran mangsa rogol, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 bertarikh 1 Julai 2002 telah menetapkan sebagai berikut iaitu haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah membunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 bertarikh 1 Julai 2002 juga telah menetapkan bahawa pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk dan boleh membahayakan nyawa ibu.

Seterusnya, isu etika sains moden yang dapat dibincangkan ialah, pemakaian gelang bagi kaum lelaki. Tujuan berhias adalah haram secara mutlak kerana ianya menyerupai kaum wanita. Tetapi ianya diberi pengecualian sekiranya pemakaian gelang adalah untuk perubatan. Ianya diberi kelonggaran dengan syarat dharurat dan sudah tidak wujud lagi ubat lain yang dapat menyelamatkan nyawa dan dengan syarat ia tidak menyerupai perhiasan wanita serta terbukti secara klinikal.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.Apakah bendanya ini?Lelaki itu berkata, Ia adalah gelang perubatan. Rasullulalah bersabda, Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. Hadis Sahih yg ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.Adakah hadis ini, hadis sahih?

Hukum penggunaan gelang magnet sebagai perubatan oleh masyarakat pada hari ini?2. Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, 885 Riwayat Imam Ahmad.Adakah hadis ini, bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, buangkan benda itu drp. diri anda, hadis sahih?, Ia adalah gelang perubatan.Rasullulalah bersabda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. Hadis Sahih yg ke-19, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.Apakah bendanya ini?Lelaki itu berkata, Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan), telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a.

Jenis-jenis gelang yang diharamkan ialah gelang kayu koka, gelang Kristal, gelang tasbih, gelang getah plastik, gelang besi magnet dan gelang besi tabung haji sekiranya berada di Malaysia.
Jenis- jenis gelang yang diharuskan ialah gelang pesakit semasa berada di hospital contohnya di tanda nama pesakit dan wad. Seterusnya, gelang yang diharuskan ialah gelang pesalah atau penjenayah yang telah di tangkap polis. Akhir sekali ialah gelang kaki yang dipakaikan untuk pesakit pesakit yang mempunyai masalah mental.

Krisis Dalam Etika Sains Moden

Etika sains moden jugak mempunyai nilai-nilainya tersendiri dan banyak krisis juga berlaku berkaitan etika sains moden ini. Sebab-sebab berlakunya krisis nilai etika sains moden ialah manusia lupa sifat dirinya sebagai hamba dan khalifah kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, mereka selalu mendabik dada dan berbangga dengan diri sendiri tanpa mensyukuri nikmat Allah. Seterusnya, manusia juga tidak memahami matlamat yang ingin dicapai. Manusia sering kali hidup dengan tujuan sia-sia dan melakukan aktiviti yang sia-sia kerana tidak mengetahui matlamat yang sebenar. Selain itu, manusia juga tidak memahami konsep nilai dalam Islam. Manusia mengambil perkara dan konsep-konsep nilai etika sebagai perkara yang mudah dah mereka tidak mahu memahami secara mendalam tentang konsep nilai etika dalam Islam. Di samping itu, manusia mempunyai sikap yang ego lantas mereka manfikan kemampuannya yang terbatas. Sebab lain berlakunya krisis nilai etika dalam Islam ialah, manusia mempunyai sikap tamak yang menguasai diri dengan mengutamakan kepentingan diri. Akhir sekali ialah, keinginan mencapai kejayaan yang segera. Manusia seperti ini merupakan manusia yang tidak sabar dan tawadhuk melakukan suatu-suatu usaha mereka hanya menginginkan hasil yang segera tanpa memikirkan akibat terhadap orang lain serta orang sekeliling mereka.

Cabaran Sains Dan Teknologi Masa Kini

Sains dan teknologi masa kini banyak menghadapi cabaran. Antara cabaran-cabarannya ialah, manusia mempunyai fahaman yang bertentangan tentang seperti sekularisme, rasionalisme, dan humanisme. Cabarannya juga berlaku apabila manusia mengabaikan persoalan etika. Akhir sekali, cabaran sains dan teknologi masa kini ialah apabila kelemahan umat Islam dalam sains dan teknologi. Perkara ini telah memberi peluang untuk orang kafir memanipulasikan fakta-fakta yang terkandung di dalam Islam oleh kerana mereka lebih arif dan mahir dalam sains dan teknologi berbanding umat Islam.

KESIMPULAN
Sains dalam konteks Islam merupakan suatu ibadah yang tidak boleh dipisahkan daripada agama. Pemisahan tersebut akan melahirkan suatu kepincangan yang besar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia umumnya. Isu-isu yang terlibat sewajarnya mengambil kira isu-isu etika secara menyeluruh.Islam hanya menerima bentuk teknologi yang boleh memberi manfaat seperti untuk kemudahan dan kemakmuran kepada ummah.Islam menolak teknologi yang membawa kerosakan kepada minda dan fizikal.Ia ditentukan berdasarkan kepada etika dan prinsip-prinsip dasar Islam.Sains dan Teknologi dalam Islam adalah sebagai sarana (tools) untuk mencapai kebahagiaan dunia akhirat dan sebagai kunci kebangkitan Islam oleh karena itu umat Islam harus menempatkan sains dan teknologi sebagai kebutuhan primer bukan sekunder. Mempelajari sains dan teknologi sama wajibnya dengan amalan fardhu lainnya seperti shalat, puasa dan zakat. Sains dan tekonologi dalam Islam harus didasari dengan nilai-nilai agama yang universal agar dapat memberikan kemaslahatan bagi umat manusia, sains dan teknologi yang tidak didasari noleh nilai-nilai agama pasti akan membawa kehancuran, kerusakan dan kesengsaraan bagi umat manusia.Etika dalam penggunaan sains dan teknologi merupakan satu perkara yang perlu kita amalkan secara positif sesuai dengan tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Pengabaian etika bukan sahaja mendapat kemurkaan Allah, tetapi menganggu ekosistem manusia dan bumi yang kita tinggal ini dan mengakibatkan bencana yang besar yang perlu kita tempuhi. Etika yang baik mestilah dipraktikan dengan sempurna dan efisien supaya dapat kembali kepada fitrah kita sebagai hamba Allah.

RUJUKAN

  1. Ali, A. H. (2001). Pengetahuan Sains. Petaling Jaya: Pustaka Yeohprinco.
  2. Din, H. (1985). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur : Dorong-UBS.
  3. Harun, H. (1992). Daripada Sains Yunani kepada Sains Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
  4. Naufal, A. R. (1987). A-Qur'an dan Sains Moden. Bandung : Husaini.
  5. Saleh, A. a.-Q. (1987). Memahami Nilai Hadith dan al-Sunnah,. Kota Bharu : Pustaka Aman Press.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment