Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Muhammad Ibnu Musa Al-Khawarizmi

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Alhamdulillah, Syukur kepada Ilahi kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk merangka dan membentangkan mengenai tokoh sarjana Islam yang kaya dengan kepakaran ilmunya. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya siapkan tugasan yang diberikan dalam membicarakan tokoh cendiakawan Islam iaitu Ibnu Musa al-Khawarizmi dalam bidang Sains (780-850 M).

Pertamanya, saya ingin meringkaskan lagi siapakah sebenarnya disebalik nama Ibnu Musa al-Khawarizmi berserta gelaran-gelaran yang diberikan kepadanya oleh masyarakat dunia. Selain itu, saya juga mrmbicarakan tentang bidang pendidikan yang diterima oleh al-Khawarizmi sehingga beliau berjaya mencipta konsep terbahru dalam teori sains matematik mahupun sains astronomi dan bidang-bidang lain. Seterusnya, saya juga menjelaskan secara terperinci mengenai ketokohan dan penemuan al-Khawarizmi didalam bidang sains yang telah berjaya mengubah dunia Islam mahupun dunia barat dalam pencapaian kehidupan yang lebih baik dan aman makmur.

Akhir sekali, saya juga menitipkan sumbangan-sumbangan al-khawarizmi terhadap ketamadunan masyarakat dunia serta hasil penulisan karya-karyanya yang diguna pakai sehingga masa kini. Seterusnya, saya ada menyebutkan juga sifat peribadi al-Khawarizmi yang diakui sendiri oleh sarjana barat pada masa itu. Di samping itu, saya merungkaikan strategi pengislaman sains serta dalil-dalil-Nya. InshaAllah.

MENGENALI SIAPAKAH SEBENARNYA MUHAMMAD IBNU MUSA AL-KHAWARIZMI.

Siapakah sebenarnya muhammad Ibnu musa al-khawarizmi? Beliau merupakan salah seorang sarjana ilmuan Islam yang amat berpengaruh dan terulung pada abab kegemilangan Islam pada zaman pemerintahan bani Abbasiyyah di Bahgdad.

Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad Ibnu Musa. Beliau telah dilahirkan sebelum tahun 800 M di Bukhara. Di dalam sejarah tamadun Islam, beliau lebih dikenali sabagai al-khawarizmi, yang diambil semperna nama tempat asalnya iaitu khawarizm (kheva), yang merupakan salah sebuah daerah di Selatan Laut Aral, Uzbekistan.

Selain itu, di dalam dunia Islam, beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusuff juga dikenali sebagai Muhammad bin Ahmad bin Yusuf. Manakala, didalam dunia barat, beliau lebih dikenali sebagai al-khawarizmi, al-cowarizmi, al-ahawizmi, al-karismi, al-goritmi, al-gorismi dan berberapa lagi cara ejaan yang lain.

Pada tahun 780-850 M merupakan zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi telah menjalani kehidupannya di pinggiran Baghdad pada zaman pemerintahan khalifah al-Ma`mun (813-833 M), iaitu pada zaman kegemilangan Islam Bani Abbasiyyah. Akhir sekali, beliau telah wafat dalam usia 67 tahun diantara tahun 220-230 M.

Ada sumber yang menyatakan bahawa al-Khawarizmi telah hidup sekitar awal pertengahan abab ke-9 M. Manakala, sumber lain juga menegaskan beliau dilahirkan di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal pada tahun 266H/850M di Baghdad.
Pendidikan berjaya membuktikan al-khawarizmi.

Al-khawarizmi telah memasuki kitab (sekolah rendah) seawal usianya 6 tahun, beliau telah mempelajari cara membaca, menulis dan mengira, menghafaz al-quran dan mempelajari asas ulum as-syariah di peringkat madrasah (sekolah menengah). Beliau juga berminat terhadap `ulum al-Adbiah iaitu ilmu-ilmu dalam bidang sastera dan `ulum-ar-Riyadhiah yang merupakan cabang ilmu matematik, al-gebra dan geometri minatnya yang mendalam dalam bidang tersedut telah membawanya menjadi seseorang yang dikagumi dan terkenal. Hal ini telah menarik minat Khalifah al-Ma`mun untuk memberkan tugasan kepada al-Khawarizmi agar menulis buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut untuk dijadikan bahan rujukan umat Islam.

Allah Subhanahu wa ta’ala telah menurunkan ayat al-quran bahawa ilmu dapat mengangkat darjat seseorang itu kepada darjat yang lebih tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala “ Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memberi ilmu pengetahuan”. (surah al-Mujadalah, ayat 11).

Jelas terbukti bahawa, di dalam bidang pendidikan al-Khawarizmi telah menjadi salah seorang tokoh sarjana Islam yang amat berpengaruh kepada dunia Islam malahan kepada dunia barat juga. Hal demikian kerana, al-Khawarizmi memiliki pengetahuan dan berkemahiran luas dalam kepelbagaian bidang kehidupan yang meliputi bidang syariat termasuklah juga bidang falsafah, bidang logik, bidang aritmetik, bidang geometri, bidang muzik, bidang sejarah Islam, bidang kimia, dan bidang kejuteraan. Namun bergitu, al-Khawarizmi lebih dikenali dan menyelah kepakarannya dalam bidang sains matematik dan bidang sains falak.

Di awal usia yang muda, al-Khawarizmi telah berkerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma`mun di Baitul Hikmah di Baghdad, iaitu merupakan sebuah lembaga penelitian ilmu pengetahuan yang didirikan oleh Khalifah Harun Rasyid. Beliau juga berkerja dalam sebuah observatory iaitu tempat belajar matematik dan astronomi. Al-khawarizmi juga diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah perpustakaan khalifah.

Memasuki era perkembangan penterjemahan karya-karya ke dalam pelbagai bahasa, al-Khawarizmi juga telah mengambil peluang ini untuk memperkenalkan dan mengembangkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India kepada dunia Islam. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang penulis Ensiklopedia dalam pelbagai bidang.

Disamping itu, al-Khawarizmilah yang mula memperkenalkan ilmu baru iaitu ilmu al-jabar dan ilmu hisab. Hal ini demikian dapat diperjelaskan lagi bahawa Al-kahawarizmi telah berkerja sebagai salah seorang guru al-jabar di Eropah. Seterusnya, banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari didalam bidang matematik sehingga membolehkan beliau menghasilkan konsep-konsep baru matematik yang bergitu popular dan digunakan pakai sehingga pada masa sekarang. Misalnya, penciptakan pemakaian tangen dan secans dalam penyelidikan trigonometri.

KETOKOHAN AL-KHAWARIZMI MEMBAWA KEPADA PENEMUAN BARU DALAM BIDANG SAINS KEPADA DUNIA ISLAM.

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Bergitu juga dengan al-Khawarizmi, hal demikian dapat kita saksikan menerusi ketokohannya dalam menguasai dua sudut bidang yang popular dengan kepakaranya iaitu bidang matematik dan bidang astronomi. Menerusi bidang matematik yang memerlukan pengakajinya untuk membuat kajian tentangnya yang akan diperjelaskan secara terperinci melalui konsep-konsepnya yang tersendiri berbanding bidang astronomi yang memerlukan pengakajinya membuat kajian terlebih dahulu serta permerhatian keatasnya yang perlu dikaji dan diperkemaskini.

Sudah kita bincangkan sebelum ini, dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan ilmu al-jabar dan ilmu hisab kepada masyarakat dunia. Selain itu, beliau juga banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur pada ketika zaman kegemilangan Tamadun Islam. Misalnya karya mafatih al-ulum` dan sistem nomber yang telah digunakan pada masa itu juga masa sekarang. Di samping itu, beliau banyak mengeluarkan kaedah-kaedah dan teori yang baru dan diperkenalkannya ke dalam setiap karya-karya yang dihasilkan.

Antaranya keadah dan teorinya ialah, teori kos, secan dan tangen yang diguna pakai dalam perkembangan konsep trigonometri, penyelesaian persamaan kuadratik, teorem segitiga sama juga segi tiga sama kaki dan pengiraan keluasan setiap sudut segi tiga, segi empat selari malah bulatan dalam geometri. Bergitu juga, teori penyelesaian masalah-masalah pecahan dan sifar nomber perdana dan teori nomber turut diperkenalkan. Sesungguhnya, konsep-konsep sains matematik ini telah diperkenalkan oleh al-Khawarizmi sendiri melalui ilmu yang dipelajarinya dan kajiannya sendiri.

Bidang astronomi telah membawa al-Khawarizmi dikenali pada zaman Tamadun Islam. Secara ringkasnya, astronomi dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu falak iaitu, pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan pemikiran serta tafsiran menyeluruh yang berkaitan dengan bintang, bulan mahupun galaksi-galaksi dan planet-planet di atas sana. Di samping itu, al-Khawarizmi juga telah melakarkan peta dunia yang pertama yang diberi nama peta ptolemy.

Seawal kurun ketiga, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah kitab yang merupakan salah satu darinya telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin dan memberikan pengaruh besar ke atas masyarakat Muslim dan orang Spanyol juga orang Kristian. Disamping itu, penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amatlah sedikit dan terhad ilmunya. Hal demikian kerana, faktor kemunduran ilmu pengetahuan matematik yang terhad yang hanya diguna pakai dalam cabang aritmetik dan geometri sahaja.

SIFAT PERIBADI AL-KHAWAZIRMI.

Keperibadian al-Khawarizmi telah diperakui oleh semua orang Islam mahupun orang barat. Al-khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang terunggul dan mahsyhur oleh dunia Islam dan barat. Hal ini dapat dibuktikan oleh kata-kata salah seorang sarjana barat yang mengatakan bahawa pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperolehi oleh orang-orang timur maka termasuklah oleh al-khawarizmi itu sendiri” (G. Sarton; sarjana barat)

Al-khawarizmi juga disanjung tinggi kerana beliau merupakan seseorang yang pintar dalam ilmunya, menurut seorang sarjana barat “ al-Khawarizmi mempunyai personaliti ynag teguh dan seorang yang berotak geliga sains ” (wiedmann; sarjana Barat). Hal demikian dapat membuktikan bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang mantap sekaligus menjadi sanjungan oleh orang Islam dan barat.
SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI KEPADA TAMADUN DUNIA

Al-khawarizmi telah berjasa kepada pembangunan peradaban dunia sejak dahulu hingga kini. Hal ini dapat dibuktikan, al-Khawarizmi telah berjasa dalam bidang falak pada abad bani abbasiyah di Baghdad dibawah kepimpinan khalifah al-Ma`mum. Al-Khawarizmi merupakan salah seorang ilmuwan mahupun ahli falak terulung sehingga beliau dinobatkan sebagai ahli falak diraja atas sumbangan dan kajian beliau dalam bidang ini.

Antara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemasakan semula ilmu astronomi pada ketika itu sekaligus, memperbetulkan pelbagai pandangan ptolemy dalam bidang astronomi. Tambahan lagi, beliau juga telah mengaji cara perhitungan isi padu dan ukur lilit bumi serta mencipta alat penetuan kedudukan bintang juga alatan sukatan masa dan jam matahari.

Selain sumbangan al-khawarizmi dalam bidang falak, beliau juga merupakan seorang ahli matematik yang agung. Hal ini dapat digambarkan, beliau telah dikenali dengan gelaran bapa al-jabar kerana kepakaran beliau dalam mengukaikan misteri sains matematik. Di samping itu, beliau juga merupakan perintis al-gebra (arithmetik) serta menjelaskan pengunaan angka sifar dan perpuluhannya. Seteusnya, beliau juga membentangkan cara pengunaan fungsi sinus dan tangen. Tambahan lagi, beliau telah mengungkapkan ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.

Sumbangan al-Khawarizmi bukan hanya pada ilmunya saja malah sumbangannya turut mengalir melalui hasil penanya. Karya-karya ini telah menjadi bahan rujukan yang Popular serta dipelajari oleh semua masyarakat dunia cara amnya. Antara hasil karyanya ialah, kitab al-jabr wa`l muqabalah, beliau telah menjelaskan cara menciptakan pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

Selain itu, kitab hisab al-jabr wa al-muqabalah telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang telah dikemukan oleh Neo, Babylian dalam bentuk dugaan maka al-Khawarizmi telah membuktikan kebenarannya.

Seterusnya, karya al-Khawarizmi yang dinamakan sistem nomber telah memperkenalkan konsep dan teori sifar. Hal ini dapat dilihat, melalui penggunaan sistem number pada zaman sekarang merupakan konsep sifar yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi kepada dunia.

KARYA-KARYA AL-KHAWARIZMI MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA TAMADUN DUNIA

Sebagaimana yang telah kita ketahui, al-khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agung dalam bidang matematik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman Tamadun Islam turut juga dikenali di negeri Barat. Antara hasil karya yang telah beliau langkarkan ialah, kitab sistem number ini telah diterjemahkan kedalam bahasa latin iatu De Numero Indorum. `Mufatih al-Ulum` yang bermaksud beliau adalah pencipta imlu dalam pelbagai bidang. Al-Jami wa al-Tafsir bi hisab al-Hind yang merupakan karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa latin oleh Prince Boniopagri. Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah yang dihasilkan pada tahun 820M yang mengenai algebra. kitab al-Amal bi` Usturlab`, al-Tarikh dan al-Maqala fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Hasil-hasil karyanya turut diterjemah dalam bahasa Eropah dan Cina. Kitab surat al-ard (geografi) berserta peta lakaranya turut diterjemahkan. Kitab-kitabnya menjadi rujukan universiti sehingga kurun ke-16. Al-Khawarizmi juga menulis kalender yahudi iaitu Istikhraj Tarikh al-Yahud. Menulis juga kitab mengenai alatan yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dalam kitab al-Rukhmat. Malangnya, kedua-dua kitab tersebut telah hilang.

STRATEGI AL-KHAWARIZMI DALAM PENGISLAMAN SAINS MATEMATIK.

Secara amnya, boleh dikatakan hampir semua cabang matematik moden dapat dikesan daripada usaha-usaha ahli sainstis Islam. Hal ini termasuklah, asas-asas dan istilah yang diambil secara langsung daripada bahasa arab atau diterjemahkan secara hurufiah daripada perkataan-perkataan yang diciptakan oleh pakar-pakar matematik Islam. Orang Islam pada zaman permulaan menggunakan huruf-huruf abjad arab sebagai angka tetapi semenjak kurun ke-19 orang Islam mula mengunakan al-arqam al-gharibiyah daripada huruf-huruf sanskrit kuno. Hal ini demikian dapat disaksikan melalui salah sebuah karya terbesar daripada ahli sains Islam iaitu huruf sifar (sifr) ditulis dalam angka “0” atau zero bagi orang timu mahupun orang barat. Sifar secara ringkasnya merujuk kepada gaya penulisan ungkapan-ungkapan mudah bagi nombor-nombor nilai yang infinit banyaknya, apabila ianya digabungkan dengan sembilan angka asas.

Orang Islam meneruskan pembinaan model matematik mereka ciptaan yang baru dengan memperkenalkan sistem perpuluhan iaitu merupakan satu idea yang bijak, dalam sistem ini nombor dinyatakan dengan memgunakan sepuluh simbol dimana setiap simbol diberikan niliai tempat dan juga nilai mutlak. Bagi keadah pendaraban, orang Islam mengunakan cara kekiisian bagi hasil bahagi (kasr), permulanya mereka menggunakan kaedah mencuba yang digantikan dengan cepatnya oleh apa yang disebut kaedah mencakar dan ini diikuti pula dengan kira bahagi panjangnya, untuk memwakili pecahan, orang Islam memperkenalkan garis pemisah dan garis ungkapan berbentuk perpuluhan (misalnya 0. 5). Selain itu, nombor-nombor genap, ganjil dan emicable (jumlah faktor bagi suatu nomber yang sama dengan jumlah faktor bagi suatu nombor lain).

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan beberapa perkara iaitu ia hendaklah berlandaskan yang pertama tauhid. Seperti sudah diketahui secara amnya, tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya ayyatullah (tanda-tanda allah iaitu simbol kebesaran, kewujudan dan keesaan tuhan). Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik, kita tidak seharusnya menerima secara bulat-bulat tanpa mengetahui syarat-syaratnya.
Sesungguhnya Allah berfirman"Allah mengingatkan manusia agar bertakwa kepada Oleh :21). Ayat ini menyeru kita agar memlaksanakn sesuatu kajian dan hisab itu dengan jujur dan amanah. Hal ini kerana, setiap perbuatan kita akan dicatatkan oleh para malaikat yang menjadi saksi perbuatan harian kita.

Selain itu, dalam landasan syariah yang berasaskan kepada undang-undang yang mmengenali tindak tanduk masyarakat. Kehormonian dan tangjungjawab kepada umat dan hak-hak diri. Dari sudut ini, dapat kita gambarkan bahawa, ahli sains matematik Islam yang cuba menyelesaikan masalah yang melibatkan hukum syariah seperti judi, riba, dan mencabar kebesaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi institusi. Oleh hal demikian, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

Akhir sekali, sudut akhlak yang mempamerkan ciri-ciri akhlak mulia yang seharusnya disemaikan dalam matematik dan juga ianya perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai-nilai murni didalam kehidupan seharian. Hal ini dapat dilihat dengan ilmu yang dibelajari, misalnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan kepada keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma tauhid dan syariah itulah dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak dan jati diri umat Islam. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman bahawa; "Orang yang menipu dalam perhitungan tempatnya di dalam api neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali". (surah ar-ra`d, 13:18)

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Ibnu Musa al-Khawarizmi telah banyak memberi sumbangannya kepada tamadun Islam malah revolusi kebangkitan didunia barat. Ketinggian ilmu yang dimiliki al-khawarizmi telah menjadikan beliau salah seorang cendiakawan terulung seperti barisan-barisan tokoh sarjana Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Ibnu al-khaldun, Ibnu Haiyan dan lain-lain lagi.

Di samping itu, setelah mengetahui serba sedikit mengenai ketokohan al-khawarizmi telah menyedarkan kita hakikat sebenar dari mananya pergembangan awal dan penterjemahan asal karya-karya ilmuan yang kita belajari sekarang. Oleh hal demikian, Kita sebagai generasi Islam masa kini, apatah lagi memegang geleran mahasiswi jurusan sains haruslah mengetahui serba sedikit mengenai tokoh-tokoh sarjana Islam yang kian lenyap ditelan zaman. kita mestilah mebangkitkan kembali kegemilangan tamadun Islam yang kian hari kian dimusuhi orang kristian dan yahudi.

Selain itu, Kita mestilah bangkit berjuang melalui ilmu pengetahuan dan mengembangkan teori yang ada kepada teori yang mudah difahami agar genarasi Islam akan datang mudah memehaminya segaligus membantu menaikkan kembali kegemilangan penerokaan ilmu seperti zaman keemasaan Islam sebelumnya. Kita perlulah menghargai atas segala usaha dan jasa sarjana Islam yang banyak membantu meleretasikan impian kita pada hari ini dengan karya-karya mereka yang penuh dengan kepelbagaian ilmu.

Justeru,, jadilah kita orang Islam yang berjuang membebaskan agama Islam dari tindasan anasir luar yang kian merampas hak-hak kita sebagai masyarakat dunia. bangkitlah dan berjuanglah membelajari ilmu sains karana dengan ilmulah kita dapat merevolusikan kembali hak kita. Insha Allah.

Masyarakat Islam kini seharusnya berpendirian tegas dan mempunyai kesedaran yang tinggi agar dapat mengawal kemasukkan budaya-budaya pengaruh liar yang boleh mengancam keutuhan bangsa dan agama. kita mestilah meluaskan lagi pemikiran misalnya, pemikiran kita terhadap cabang sains yang bukan hanya cabang perubatan, matematik, astronomi dan sebagainya. Hal demikian kerana permikiran yang sempit sering menjadi senjata orang barat untuk memusnahkan Islam.

Akhirnya, semoga solusi ringkas biografi Ibnu Musa al-Khawarizmi ini dapat menjadi motivasi kepada kita agar dapat menciptakan teori dan kaedah baru dalam bidang sains khususnya dan menulis karya-karya yang luar biasa seperti karya al-khawarizmi.

Rujukan

Yahaya bin Yusoh & Azhar bin Muhammad (2007). Pendidikan falsafah sains al-quran. Johor Darul Takzim, Malaysia: UTM Skudai, Johor.
H. F Rahadian. Seri ilmuwan muslim, karangan:Indonesia.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment