Monday, October 12, 2015

Tajuk: Sejarah Sains Dan Teknologi Dalam Pendidikan Berdasarkan Al – Quran.

PENDAHULUAN
Sains dan teknologi pendidikan ini merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Pendidikan sangat penting di masa yang akan datang dan membantu dalam mencari pekerjaan. Tujuan utama pendidikan Islam ialah terwujudnya manusia sebagai hamba Allah. Jadi menurut Islam, pendidikan haruslah menjadikan seluruh manusia yang menghambakan kepada Allah. Yang dimaksudkan menghambakan diri ialah beribadah kepada Allah. Konsep pendidikan menurut Islam dalam al-Quran kata pendidikan dikenal dengan istilah tarbiyah. Kata ini berasal dari kata rabba, yurabbi yang bererti memelihara, mengatur, dan mendidik. 

SUMBER PENDIDIKAN
Sumber pendidikan dalam Islam adalah pendidikan yang berteraskan wahyu. Pendidikan ini telah diasaskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pada tahun 610M di rumah al-Arqam bin Abi – Alqam di As- Safa, Makkah. Pendidikan di rumah al-Arqam dikendalikan dengan cara rahsia oleh sebab masyarakat di Makkah pada masa itu rata-ratanya terdiri daripada masyarakat berkasta yang menyembah berhala sejak zaman berzaman. Jadi tentulah jadi masalah bagi seseorang yang cuba mengubah struktur masyarakat dan kepercayaan yang sudah terlalu kukuh itu. Pada peringkat awal, bilangan penuntutnya terlalu sedikit tetapi setelah beberapa bulan berlalu, bilangan pelajar telah meningkat. Para penuntut ini diberipengajaran dan pendidikan dengan sempurna dalam bidang aqidah, di samping pembentukan sahsiah Islamiyah yang tulen bersakan tuntutan wahyu Allah yang dibawa oleh malaikat Jibril a. s. 

Seterusnya, semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berada di Quba’, tindakan pertama yang diambil oleh baginda ialah membina masjid untuk dijadikan institusi pendidikan, pentadbiran dan ibadat. Golongan yang akan terlibat dalam pendidikan di Yathman pada ketika itu ialah golongan dewasa, pemuda, kanak – kanan dan para pengunjung dari luar. bagi membolehkan semua golongan ini melibatkan diri dalam pendidikan, Baginda telah merancang programnya dengan teratur iaitu dalam bentuk umum khusus, dan institusi. Pengajaran dalam bentuk umum disampaikannya melalui khutbah jumaat, khutbah pada hari raya dan juga ucapan selepas sembahyang fardu. Pengajarannya merangkumi semua aspek sama ada aqidah, syariah, ekonomi, politik, kemasyarakat dan sebagainya. Selain ucapan, Baginda juga mendidik umat melalui teladan. 

Contoh pendidikan umum melalui khutbah ialah pendidikan bagi membentuk masyarakat majmuk serta amalan bermasyarakat. Sebelum menyatakan sesuatu kepada masyarakat umum, Baginda terlebih dahulu memerhatikan adat resam masyarakat di kelilingnya. Oleh itu, dalam suatu khutbahnya selepas sembahyang, Baginda menyentuh tentang kepentingan berkorban bagi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu dan harmonis. Oleh yang demikian baginda telah meminta semua pihak supaya memikir punca masalah yang membantutkan usaha pembentukan masyarakat haromoni itu. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah “ telaga Ru’mah “. ” Kalaulah ada orang yang paling indah di syurga nanti”, jelas baginda kepada para hadirin dan hadirat yang menunaikan sembahyang bersamnya pada hari itu. 

Contoh pendidikan melalui teladan ialah pengajaran tentang cara berdakwah kepada orang yang mempunyai pengaruh dalam sesebuah masyarakat. Pada 26 Muharam tahun 6H, pasukan Muhammad ibn Musalmah telah menawan Thama’mah bin Athth’ al seorang ketua suku kaum Bani Hanifah yang berpengaruh di Yamanah, sebua negeri yang subur dan banyak mengeluarkan hasil pertanian. Semasa ditahan, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membenarkan sesiapa pun daripada sahabatnya mengganggu atau menyoal siasat Thamah’amah, malah baginda menyuruh isteri-isterinya menyediakan makanan kepada tawanan itu. Setelah bebera[a hari, baru baginda pergi bertanya kepada Thamah’ tujuan sebenar dia dating ke Madinah. Soalan baginda tidak dijawabnya. Sebaliknya dia memberikan pilihan kepada baginda sama ada hendak membununya atau terus menahannya sebagai tawanan atau membebaskannya dengan sebrapa bnyak tebusan. Baginda menolak ketiga tig cadangan Thamah’mah sebaliknya baginda hanya menyatakan tujuan Islam adalah untuk mencari kedamaian dan membentuk keadilan. 

Selain itu, pendidikan dalam bentuk khusus ialah pendidikan yangdiberi oleh baginda terus kepada individu sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Biasanya pendidikan kepada kanak-kanak dilalukan oleh baginda dengan bergaul mesra dengan mereka. Abdullah bin Mas’ud pernah menceritakan bahwa pada suatu hari beliau dan kawan – kawannya mengikut Rasulullah pergi ke suatu tempat di luar kota. Di tengah jalan baginda berhenti untuk membuang air. sementara menunggu, Abdullah dan kawan-kawannya merayau- rayau lalu ternampak sarang burung. Mereka pergi melihatnya dan mendapati dua ekor anak burung di dalamnya. Kemudian mereka mengambil anak burung itu dan tidak lama kemudian ibu bapa anak burung itu balik ke sarang dan melihat anak anaknya sudah tiada lagi. Mereka kelihatan cemas dan kecewa sekali. Sebentar kemudian, Rasulullah dating dan bertanya “ adakah kalian mengambil anak anaknya?”. ”ya”. jawab Abdullah. “ Kembalikanlah mereka segera kepada ibu bapa mereka. ”. ” Cuba kalian bayangkan bagaimanakan perasaan ibu bapa kalian jika kalian dilarikan orang?’. Memikirkan hal itu Abdullah dan kawannya berasa insaf dan amat kasihan pula kepada burung tadi.. ”selepas itu saya tidak lagi berkeinginan untuk mengusik atau menganaiya binatang”. Jelas Abdullah. 

MAKSUD PENDIDIKAN

Pendidikan bersepadu menurut Islam ialah pendidikan yang menhubungkan prinsip mengenal Tuhan, alam dan diri secara serentak. Kini, konsep bersepadu telah menjadi asa dalam pendidikan KBSM. Bagi membantu kita memahami konsep tersebut, perbincangan akan dimulakan dengan pengenalan prinsip pendidikan menurut Islam kerana prinsip ini merupakan asas yang membina konsep dan falsafah bersepadu itu tersendiri. 

Maksud perkataan “pendidikan”. Perkataan inin berasal daripada kata kerja “didi”, yang bererti pelihara, juga dengan hati-hati atau ajar. Apabila kata kerja tadi diberi imbuhan “pen” pada awal perkataan dan “an” pada akhir perkataan, timbullah sebutan “pendidikan”. Perkataan pendidikan bererti perihal mendidik atau pengetahuan mendidik. Perkataan pendidikan kini telah menjadi suatu istilah yang mempunyai berbagai-bagai erti dan maksud. Antaranya ialah “ suatu proses dan aktiviti untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki dalam diri seseorang. Pendidikan juga merupakan proses menjaga dan memelihara sifat semula jadi atau fitrah kanak-kanak serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud pada diri mereka dengan dorongan yang bernsur-ansur. Tujuannya adalah supaya bakat dan kebolehan tadi dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh kanak-kanak. 

Pendidikan dalam bahasa arab disebut al-tarbiyah yang berasal daipada kata kerja yang bererti tumbuh, berkembang atau memelihara. Menurut istilah, tarbiyah bermaksud proses merealisasikan pembinaan insane, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang individu selaras dengan dasar yang digariskan oleh sesuatu falsafah supaya setiap individu tadi dapat menunjukkan keperibadian yang tinggi dalam setiap perilakunya. Selain itu, tarbiyah juga bermaksud suatu gagasan konsep yang sering berkait dalam suatu cara pemikiran berdasarkan beberapa prinsip nilai yang ditentukan oleh Tuhan. Gagasan inilah yang menggariskan landasan ilmiah yang dapat membentuk peribadi yang sesuai dengan kehendak ilahi. 


Dalam bahasa inggeris, pendidikan disebut “education’ dan berasal daripada perkataan Latin. Sebagai istilah, perkataan ini mempunyai bergabagai-bagai erti dan maksud. Antaranya termasuklah “ The external process of superior adjustment of the physically and mentally intellectual, emotional and volitional environment of men”. Iaitu suatu proses abadi untuk menyusaikan diri manusia yang bebas, insaf dan dewasa kerohaniannya dan fikirannya itu dengan Tuhan, seperti yang terdapat dalam alam aqliyah, perasaan dan kemahuan sendiri. 

Dengan meneiliti beberapa pengertian pendidikan yang telah diberikan tadi, kita dapat merumuskan bahawa; 
1. Pendidikan ialah suatu proses yang berterusan untuk membentuk manusia yang berfikiran tidak sempurna menjadi lebih sempurna dan matang. Dengan demikian, mereka dapat menghayati serta memlihara nilai hidung yang baik. 
2. Proses pendidikan tidak hanyan tertumpu kepada usaha menjaga kepentingan jasmani sahaja, tetapi juga untuk membentuk jiwa, intelektual dan emosi seseorang supaya menjadi teratur, serasi dan sesuai dengan kehendak insaniah. Di samping menjaga kepentingan jasmani dan rohani, proses ini juga ditumpukan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan dalam fikiran seseorang serta membentuk sikapnya melalui bimbingan dan tunjuk ajar. Dengan adanya usaha menjaga kepentingan jasmani dan rohani, penerapan ilmu serta pembentukan sikap seseorang itu menjadi insaf serta dapat berfikir dengan matang sesuai dengan fitrahnya yang suci itu. 

3. Menurut Islam pendidikan perlu menekankan tiga perkara iaitu “ta’lim”, “ta’dib”, dan tarbiyah. Ta’lim ialah proses pemindahan maklumat kepada seseorang. Biasanya pranag menamakan pihak yang menyampaikan maklumat itu sebagai “muallim” atau guru dan yang menrima maklumat disebut murid. Ta’dib ialah proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah sementara tarbiyah pula ialah proses mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan kondusif ke arah penghayatan ilmu yang telah diadakan. 

PRINSIP PENDIDIKAN ISLAM

Prinsip asa yang dibawa oleh Islam dalam pendidikan ialah mengenal Tuhan, mengenal alam dan mengenal diri. 
Prinsip Mengenal Tuhan. 

Manusia mempunyai fitrah atau naluri kerohanian yang suci. Fitrah ini dikurniakan oleh Allah kepada manusia sejak di peringkat roh lagi. Fitrah kerohanian yang ada pada manusia adalah suci sifatnya. Fitrah ini berkembang denganpantasnya di dalam jiwa setiap insan. Fitrah inilah yang mendorong manusia mempercayai agama dan membawa mereka tertarik kepada unsure nilai serta kegiatan budaya, adat resam atau tradisi hidup yang di bawa ke dalam masyarakat. Fitrah kerohanian yang sihat juga merupakan regu yang sangat rapat kepada akal. Fitrah tersebut sentiasa mendesak akal supaya berfikir mencari Tuhan, terutama dalam keadaan tertentu seperti ketika seseorang itu tidak dapat menerima nilai hidup yang salah dalam masyarakatnya atau dalam keadaan yang terdesak. Fitrah insaniah yang sihat juga akan mendesak akal supaya berfikir mencari Tuhan apabila seseorang itu menghadapi suasana yang amat mendesak tetapi dia tidak mampu mencari perlindungan daripada mana-mana pihak. Begitulah keadaan naluri kerohanian dalam jiwa manusia. Contoh yang diberi Allah dalam al-Quran itu menunjukkan bahawa manusia tidak terlepas daripada desakan fitrah kerohanian mereka. ini juga menunjukkan bahawa jiwa manusia akan terbentuk mengikutnya selari dengan tuntutan fitrah yang suci itu. Cara berfikir yang boleh membentuk jiwa tauhid ialah memahami dan menganalisis ajaran agama dengan hati yang ikhlas iaitu dengang tujuan ingin tahu dan untuk beribadat. 

Prinsip Mengenal Alam

Pendidikan, selain merupakan proses membentuk manusia menjadi sempurna dan matang, juga merupakan proses membentuk pengalaman dan mengubah tingkah laku individu dan masyarakat. Bagi menjayakan matlamat ini, kurikulum dan program pendidikan mestilah juga ditumpukan kea rah kegiatan mengenal alam dan menyintainya di samping memanfaatkan hasil alam itu sendiri. Menurut pala ulama mutakhir, alam terbahagi kepada empat unsur iaitu roh, benda, waktu, dan tempat. Alam benda atau alam jagat adalah terlalu luas dan terlalu banyak sehingga tidak dapat dijangkau oleh pngetahuan manusia. Sebagai kiasan, Allah menyifatkan bentuk keluasan alam benda sebagai bahan yang tidak mungkin habis dicatat. Langit ialah alam yang sangat luas dan tidak bertepi. Tiada siapa yang mengetahui hakikatnya kecuali penciptanya sendiri iaitu Allah Subhanahu wa ta’ala . 

Prinsip Mengenal Diri

Bagi menjelaskan maksud pendidilkan, perbincangan terhadap prinsip mengenal diri akan berdasarkan mengenal fizikal (jasad). Dalam membincangkan masalah fizikal manusia, kita perlu menyentuh tentang kejadian manusia itu sendiri dengan mengaitkannya dengan teori evolusi untuk dibandingkan dengan keteranganwahyu. Perkataan “evolusi” menerangkan proses perubahan yang telah berlaku kepada semua jenis benda hidup. 

TUJUAN DAN MATLAMAT PENDIDIKAN MENURUT ISLAM. 
Pendidikan dalam apa bentuk sekalipun mempunyai tujuan dan matlamat yang tertentu. Tujuan pendidikan menurut Islam adalah untuk membentuk akhlak yang mulia sementara matlamatnya adalah untuk membimbing dan membangun manusia supaya mampu melaksanakan tanggungjawab yang penting iaitu melaksanakan tugas khalifah di bumi mengikut syariat Illahi. 
Membentuk Akhlak. 

Akhlak ialah suatu manifestasi hidup yang luas yang mencakupi kegiatan menghubungkan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan semua makhluk Allah yang lain di dunia ini. Akhlak manusia adalah sangat peka dan mudah berkesan dengan sebarang tingkah laku sama da baik ataupun buruk. Oleh yang demikian Raslullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sering mengingatkan umatnya tentang mustahaknya akhlak dibentuk dengan baik. Antara maksud sabda baginda termasuklah :
“ sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak umat kerana akhlak ialah wadah agama. Orng mukmin yang paling sempurna ialah orang yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Sebab itu di kalangan merekalah yang banyak memasuki syurga. Oleh yang demikian setiap orang hendaklah mengamalkan akhlak mulia. Sesungguhnya kedudukan orang yang dapat mengamalkan akhlak yang mulia itu adalah setara dengan orang yang sentiasa berpuasa (sunat) dan mendirikan sembahyang (malam) “. 
(al-Bukhari, Abu Daud, Tarmizi dan Tabrani)

Antara cirri ikhlak yang mulia ialah seperti tidak mempersekutukan Allah, berbuat baik (sopan) kepada ibu bapa, berperangai baik, menghormati hak orang lain, tidak membazir harta benda, berperikemanusiaan dan mudah bersimpati, berdisiplin, tidak berlagak sombong dan serba boleh, suka tolong menolong dan sebagainya. 

ILMU (‘ILM)

Ilmu diperoleh apabila manusia mencuba untuk memahami alam sekitarnya dan dapat membezakan dirinya dengan haiwan dan mengerti perhubungan di antara sebab dan kesan – asas sains. Dia memilih tempat tinggal yang berair tawar (sungai) dan menggunakan gua sebagai tempat perlindungan dengan bantuan api. Dia memilih bahgian – bahgian buahan, daun, batang ubi daipada tumbuhan sebagai makanan dan juga bahagian haiwan seperti susu, daging, telur sebagai makanan dan bulu serta kulit sebagai pakaian. 

Ilmu dan tamadun bermula apabila manusia belajar bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternak. Teknologi bermula apabila dia belajar menghasil dan menyimpan makanan sendiri di smaping memburu. Dia belajar hidup dalam komuniti dan belajar menggali dengan kayu, tombak batu, menumbuk atau mengisar beras atau jagung membuat tepung dengan penggiling dan memindahkan air sungai ke dalam sawahnya. Pertanian bergantung kepada musim dan dia belajar mengira masa dengan memerhati perubahan bentuk bulan di langit. 

Ilmu ini dikongsikan dengan ahli keluarga dan rakannya. Dia memerlukan peralatan yang lebih baik daripada batu. Dia mungkin menemui tembaga daripada sejenis batu hijau apabila dibakar dengan arang. Setelah belajar lebih daripada lima ribu tahun dahulu cara – cara mencampurkan tembaga dengan timah, manusia menghasilkan gangsa dan dengan ini lahirlah ilmu sains metalurgi. 

Pengetahhuan sains ini beransur bertambah pada setiap generasi. mula-mula ilmu ini dilukiskan pada dinding gua sebagai pengajaran. Dengan tercipta penulisan, manusia mencatatkan ilmu pengetahuannya pada tablet tanah lita atau batu atau kulit haiwan. dia menggunakan ilmu yang bertambah ini untuk mengubahkan dirinya dan juga alam sekitar supaya menjadi tempat yang lebih sesuai bagi kaumnya. 


Istillah ilmu dalam bahsa Arab ‘ilm, mempunyai pengertian yang umum dan luas. Dr. Mahayudin Haji Yahaya (ensiklopedia sejarah silam jilid 2, halaman 508, 1986) telah menulis tentang ilmu :
“Ia (ilmu) tidak hanya terhad kepada ilmu fikah, tauhid, hadis, tafsir atau seumpamanya tetapi merangkumi semua aspek ilmu pengetahuan yang dipelajari manusia termasuk bidang ekonomi, sains dan perubatan. Menurut al-Quran kesemua ilmu yang dipelajari manusia datangnya daripada Allah Subhanahu wa ta’ala . “
(Surah al-Baqarah: 32: al ‘imran:7)

Menuntut ilmu ialah suatu ibadat umum kerana amalan ini adalah diwajibkan oleh Islam. Al – Quran menyebut banyak kali ayat yang menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan sangatlah penting bagi semua orang. 
Hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan dengan terus terang bahawa kita semua wajib menuntut ilmu samaada untuk dunia mahu pun untuk akhirat. Dalam kehidupan kita, ada banyak benda yang menyuruh kita bertanya kepada orang lain untuk menambah ilmu. Sebenarnya orang yang berilmu itu adalah lebih mulia daripada orang yang tidak berilmu. Sebaliknya, adalah berdosa pula kalau kita menyembunyikan ilmu daripada orang lain. Ringkasnya mempelajari dan mengajar ilmu adalah ibadat kerana diwajibkan oleh Tuhan. 
Antara hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang ilmu
“Menuntut ilmu itu adalah wajib kepada setiap Muslim. ”
“Kalau kita hendakkan dunia kita perlukan ilmu; kalau kita hendakkan akhirat kita perlukan ilmu; kalau kita hendakkan dunia dan akhirat, kita perlukan ilmu. ”

Ilmu Naqliah dan Ilmu Aqliah
 Kita boleh juga membahagikan ilmu kepada dua bidang besar iaitu ilmu pengetahuan naqliah dan ilmu pengetahuan aqliah. Ilmu naqliah bertolak daripada nas-nas al-quran dan hadis. Ilmu aqliah ialah rasional dan wujud daripada pemikiran akal manusia, termasuk ilmu – ilmu falsafah, sains, perubatan, farmasi, sejarah, astronomi, dan lain – lain. 
Ilmu Pengetahuan Sebagai Kebenaran Asas
 Semua ilmu adalah berdasarkan kebenaran samaada diperoleh melalui pemikiran akal (aqliah) atau berdasarkan al-Quran (naqliah). Dalam usaha menuntut ilmu untuk mencari kebenaran, manusia hanya mungkin Berjaya mencapai keyakinan pada beberapa peringkat sahaja. Al – Quran member tiga petunjuk iaitu:
1. Ilma al – yaqin (Q102:5), iaitu keyakinan yang diperoleh daripada pemikiran akal yang berlogik. Ilmu sians tetap akan mengubah ilmunya dengan wujudnya bukti baru. 
2. ‘ Ain al – yaqin (Q102:7), iaitu keyakinan yang berdasarkan deria yang dialami sendiri melalui otal, mata dn telipa tetapi “… dengan hati yang bersih”. 
3. Haqq al – yaqin (Q69:51), iaitu keyakinan mutlak tanpa penyelewengan daripada pemikiran atau pemerhatian. Inilah segala ilmu yang terkandung di dalam al – Quran. 

Al – Quran juga penuh dengan kandungan aqliah, antaranya ialah tumbuhan (syajar), (sayuran: timun, bawang, dan labu; buahan: bidara, kurma, anggur, delima, pisang dan zaitun); haiwan (hayawaan), (lembu, kambing, anjing, belalang, semut, lebah, labah-labah dan anai-anai); jirim, (mineral : batu, bijih, pasir, kaca dan “tanah yang terbakar” (Q105:4); logam; emas, besi, perak dan tembaga; bahan organic : mutiara dan sutera; air: (ais, awan dan wap); tenaga : (thooqoh), (cahaya, bunyi, haba dan suhu); dan alam semesta (‘alam): (bumi, bulan, matahari, bintang, gugusan bintang dan galaksi), semuanya telah mendapat kajian rapi oleh sainstis sebagai proses menuntut ilmu sains sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhan. 

Sains tulen boleh dibahagikan kepada dua bidang utama. Sains hayat atau biologi yang merangkumi tumbuhan, haiwan dan segala mikroorganisma dan sains fizikal termasuk matematik, fizik, kimia, geologi dan astronomi. 
Sains Biologi

Saintis biologi telah mengkaji pelbagai jenis makhluk hidup di muka bumi ini daripada virus yang terhalus (240000 virus boleh dimuatkan ke dalam titik noktah) sehinggalah kepada ikan paus biru yang seberat 100tan, mamalia yang terbesar. Kajian biologi termasuklah kajian mikroorganisma daripada ragi dan cendawan kepada protozoa seperti ameba dan alga yang mikroskopik sehingga tumbuhan hijau yang berbunga dan besar. 

Haiwan terbahagi kepada invertebrate (haiwan tanpa tulang belakang) dan vertebrata (dengan tulang belakang) yang terdirir daripada lima kelas utama : ikan, amfibia, reptilian, burung dan mamalia. Ikan adalah haiwan yang amat berjaya di dalam air. Ikan kod pernah menghasilkan lapan juta telur sesekali bertelur. Penguin telah diperhatikan mengeram telurnya di atas ais pada suhu -60C selama 64 hari. Ini menngikut kehendak Tuhan. 
Sains Fizikal

Sains fizikal meliputi matematik yang bersejarah 6000 tahun dahulu sejak zaman Sumeria. Kimia, struktur dan fungsi atom dan molekul dan tenaga, termasuk, haba, cahaya, bunyi, tenaga elektrik, magnetism dan gravity. Astronomi mengkaji semua sistem suria, matahari, bintang, galaksi dan manusia di ruangan lepas. 

KESAN PENDIDIKAN

Dengan adanya pendidikan bagi setiap individu dalam kalangan masyarakat, seseorang itu mampu bangkit dan mengembangkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Pendidikan juga mampu melahirkan seorang pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab serta dapat menguruskan Negara dengan sebaiknya dan teratur. Negar semakin maju dan berkembang dari segi sistem pendidikan, ekonomi dan sebagainya. 
 Selain itu, melalui pendidikan juga dapat melahirkan manusia yang bertamadun, melahirkan insane minda kelas pertama serta individu yang kreatif dan berinovasi. Banyak institusi – institusi ditubuhkan di dalam Negara bagi mengembangkan lagi ilmu pendidikan ini serta member peluang kepada masyarakat untuk belajar dan dididik mencari ilmu pengetahuan yang cukup sebagai persiapan diri sendiri. Contoh institusi yang telah ditubuhkan ialah sekolah menengah kebangsaan, sekolah agama, university yang bertaraf antarabangsa yang mana masyarakat boleh mengambil peluang yang ada untuk mencari ilmu pengetahuan. 

RUMUSAN

Pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan seharian. Tanpa ilmu manusia tidak akan dapat melakukan sesuatu perkara itu dengan sebaiknya. Ilmu tidak dating bergolek sendiri malah ia memerlukan usaha melalui pendidikan. Allah Subhanahu wa ta’ala menyeru hambaNya untuk mencari ilmu di dunia mahupun akhirat kerana mencari ilmu itu adalah perkara wajib yang perlu ditunaikan oleh umat Islam. Pendidikan juga merupakan satu keperluan asas kepada semua individu di dunia ini kerana tanpa ilmu, manusia tidak akan berjaya dengan mudahnya. 

Ilmu juga wujud apabilka manusia menggunakan oemikirannya melalui akal yang telah dianugerahkan oleh Allah supaya manusia boleh menggunakan akalnya dengan betul. Sesungguhnya Allah sekali – kali tidak akan mengubah susuatu nikmat yang telah dianugerahkan kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Oleh itu, pendidikan ini amat penting kerana ia dapat mengubah diri kita menjadi lebih maju dan berpotensi untuk berjaya. Pendidikan juga dapat mengajar kita menjadi lebih matang serta kehidupan menjadi lebih sempurna

RUJUKAN

1. AHMAD, Z. H. (1996). Sains dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
2. ali, h. a. (2005). ensiklopedia pendidikan sains dalam al-quran. kuala lumpur: emedia publication. 
3. Athiyah, a. -A. M. (1968). konsep pendidikan dalam Islam. Retrieved 1968, from pintania's blog: http://pintania. wordpress. com
4. Ismail, A. A. (2008). Beberapa Aspek Sains dan Teknologi dalam Islam. kuala lumpur: attin press sdn. bhd. 
5. mulkan, d. h. (2001). al- quran dan sains. kuala lumpur: pustaka darussalam sdn bhd. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment