Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Nilai – Nilai Yang Terdapat Dalam Sains Dan Teknologi Islam

PENDAHULUAN
Berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan kepada saya iaitu Nilai-nilai yang terdapat di dalam Sains dan Teknologi Islam, terdapat beberapa perkara yang boleh kita kaitkan antara nilai-nilai dan sains dan teknologi. Sains dan teknologi berkait rapat antara satu sama lain. Untuk memantapkan sains dan teknologi, kita haruslah menerapkan beberapa nilai di dalam sains dan teknologi Islam untuk memupuk nilai bertanggungjawab dalam diri seseorang. Selain itu, nilai-nilai yang terdapat di dalam Sains dan Teknologi Islam mampu melahirkan graduan yang berkualiti yang mampu mengendalikan teknologi dengan cara yang betul serta menjalankan kajian sains mengikut syariat dan tidak melanggarkan hukum agama.

Islam menitikberatkan nilai-nilai yang baik di dalam apa jua keadaan selaras dengan hukum syariat. Islam dan sains dan teknologi sangat berkait rapat dalam kehidupan.

3.MAKSUD NILAI, SAINS, SAINS ISLAM DAN TEKNOLOGI

3.1 MAKSUD NILAI
Nilai ditakrifkan sebagai satu sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik hati, kesopanan, kejujuran serta kesabaran. Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, nilai bermaksud etika, prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.

3.2 MAKSUD SAINS
Sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik yang boleh diuji dan dibuktikan kebenaran. Sains ialah cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran dan keperluan semata-mata(kimia, fizik, biologi dsb).

3.3 MAKSUD SAINS ISLAM
Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu yang lahir hasil dari gabungan unsur fizik dan metafizik. Gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu. Sains Islam ialah gabungan antara falsafah dan sains yang pada prinsipnya ia selaras dengan ajaran-ajaran dan konsep-konsep dasar Islam.

3.4 MAKSUD TEKNOLOGI
Teknologi ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujan praktis dalam industry, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Teknologi juga ialah kaedah atau proses menangani sesuatu sesuatu masalah teknikal.

4.CONTOH-CONTOH NILAI YANG TERDAPAT DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM.

Contoh-contoh nilai :
1) Kejujuran
2) Berdedikasi
3) Berdisplin
4) Rajin
5) Amanah
6) Bijaksana
7) Menghargai masa
8) Berkerjasama
9) Berwawasan

4.1 Kejujuran dan amanah.

Maksud kejujuran dan amanah ialah kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.Nilai kejujuran dan amanah amat penting dalam sains dan teknologi. Hal ini kerana, teknologi yang canggih mampu menjadikan manusia bersifat tamak dan haloba. Contohya, akauntan sesebuah organisasi mampu menggunakan teknologi untuk mengambil peluang mengambil wang organisasi dengan memalsukan data kewangan syarikat. Sekiranya seseorang itu mempunya nilai kejujuran dan amanah, sudah pasti perkara sedemikian tidak akan berlaku dan tidak akan ada pihak dianiyai.

4.2 Menghargai Masa

Maksud menghargai masa ialah sentiasa menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya dan tidak melakukan perkara yang sia-sia. Dalam konteks sains dan teknologi, masa akan digunakan dengan sebaiknya dengan adanya teknologi canggih yang boleh menjimatkan masa kita. Penggunaan masa amat berbeza apabila kita melakukan pekerjaan menggunakan teknologi dan menggunakan alatan biasa. Kadar masa yang digunakan amatlah singkat dan kita boleh melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa. Nilai menghargai masa dapat dilihat apabila kita memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti berfaedah dan melakukan kerja dengan kadar yang pantas.

4.3 Berdisplin
Disiplin adalah hal yang sudah sering kita dengar di masyarakat dan di berbagai lembaga baik itu negeri maupun swasta. Istilah disiplin biasanya di kaitkan dengan beberapa hal seperti disiplin diri, disiplin kerja, termasuk disiplin belajar.

Nilai berdisplin amat penting dalam kehidupan seharian dan juga sektor pekerjaan. Nilai displin amat dititikberatkan kerana, sekiranya seseorang itu tidak mempunyai sikap displin pelbagai masalah dan juga kemalangan akan dihadapi. Hal ini dapat dilihat dimana nilai displin amat penting iaitu ketika mengendalikan sesuatu eksperimen atau mengendalikan teknologi. Sekiranya seseorang itu tidak berdisplin, ketika eksperimen dijalankan berkemungkinan radas kaca akan pecah kerana tidak berhati-hati. Sektor pekerjaan amat memetingkan sifat displin kerana teknologi seperti mesin yang terdapat dikilang bukanlah boleh dikendalikan dengan sambil lewa. Sedikit kesilapan dan kelalaian boleh menyebabkan maut kerana teknologi yang terdapat dikilang bukan teknologi biasa.

4.4 Rajin

Nilai kerajin sangatlah penting di dalam sains dan teknologi kerana ahli sains haruslah bersifat rajin supaya tidak berlaku kesilapan ketika kajian dilakukant. Sekiranya doktor yang merawat pesakit itu malas, berkemungkinan nyawa pesakit tersebut berada dalam keadaan bahaya. Setiap rawatan haruslah dilaksanakan menikut prosedur supaya tidak terlepas pandang sesuatu punca yang boleh merbahayakan pesakit.

4.5 Berdedikasi

Berdedikasi bermaksud mengorbankan masa dan tenaga, ketekunan, kesungguhan untuk sesuatu. Nilai dedikasi menjadikan seseorang itu sebagai pekerja yang berdisplin. Sentiasa berdedikasi ketika bekerja, sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

4.6 Bekerjasama

Nilai berkerjasama haruslah diterapkan dalam sains dan teknologi Islam. Kerjasama antara kumpulan sangat penting untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara anggota. Sekiranya nilai berkerjasama

4.7 Bijaksana

Bijaksana bermaksud bijak pandai. Nilai ini berkaitan dengan sains dan teknologi. Kebijaksaan seseorang haruslah digunakan ketika menyelaraskan dan menggunkan alatan. Sesuatu teknologi haruslah digunakan dengan betul untuk mengelakkan berlakunya kecelakaan. Dengan menggunakan kebijaksaan, kita dapat mengendalikan alatan tersebut dengan mudah contohnya menggunakan buku panduan penggunaan alatan.

4.8 berwawasan

Berwawasan bermaksud mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu. Berwawasan dalam sains dan teknologi dapat membantu mengembangkan bidang teknologi di negara ini.

5.KESAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

Terdapat beberapa kesan sekiranya kita mengamalkan nilai-nilai dalam sains dan teknologi Islam antaranya ialah dapat berfikir dengan rasional dan tidak melakukan apa-apa kesilapan sepanjang mengendalikan teknologi canggih. Hal ini berhubung kait dengan nilai bekerjasama dan juga nilai displin dalam diri seseorang. Nilai kerjasama dan juga displin mengajar seseorang itu supaya bekerjsama dengan anggota kumpulan yang lain dan juga mengikut segala peraturan dan juga etika ketika di tempat kerja atau di mana-mana sahaja.

Selain itu, kita juga dapat menjamin kesejahteraan dan aman damai kehidupan kita daripada berselisih faham. Nilai kerjasama yang diterapkan di dalam kehidupan dalam membendung kita daripada bersikap bongkak dan pentingkan diri sendiri. Selain itu, sekiranya kita melakukan tugasan bersama rakan sekerja, kita dapat bertukar-tukar pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Seterusnya, kita juga akan sentiasa bertolak ansur dengan orang lain dan mempercepatkan kerja serta mengelakkan daripada berlakunya kecuaian di tempat kerja. Sikap bertolak ansur dapat diaplikasikan dengan membahagikan tugasan supaya kerja tersebut dapat berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Selain itu, sikap amanah yang diamalkan akan membuatkan orang lebih mempercayai dan tidak akan meragui kejujuran kita. Kepercayaan orang lain terhadap kita akan membuatkan kita berada dalam situasi yang menguntungkan dimana kita akan mendapat kontrak atau sebarang perjanjian perniagaan dengan lebih mudah. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh berasa senang dengan suasana tersebut, bahkan kita haruslah berhati-hati supaya orang lain tidak mengambil kesempatan terhadap kita.

Sifat kerajinan yang ditunjukkan oleh kita akan memberi persepsi yang baik terhadap orang lain. Pihak atasan atau rakan setugas anda tidak akan was-was untuk mengambil anda menjadi sebahagian daripada kumpulan atau rakan setugas. Kerajinan yang ditunjukan terhadap mereka akan memberi kesan yang positif terhadap diri anda. Anda berkemungkinan akan kerap kali diberi tugasan khas atau menjadi pembantu kepada ketua anda. Hal ini akan menyebabkan anda diberi peluang untuk dinaikkan pangkat.

Sikap dedikasi yang ditunjukkan oleh kita akan membuktikan bahawa kita serius dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan oleh pihak atasan. Islam juga menganjurkan supaya kita berusaha dengan penuh dalam sebarang lapangan.

Nilai berwawasan sangat penting dalam sains dan teknologi. Dengan adanya sifat berwawasan, kita akan sentiasa memikirkan kemajuan teknologi yang semakin hari semakin canggih. Nilai ini akan membantu kita untuk lebih berusaha keras untuk memajukan bidang teknologi dan sentiasa berfikir ke hadapan. Kita juga dapat mewujudkan dan mencipta teknologi baru dengan ilmu yang ada.

Akhir sekali, nilai kejujuran yang diterapkan didalam kehidupan dapat mengawal diri kita daripada melakukan perbuatan yang tidak baik terhadap rakan sekerja. Apabila kita sentiasa jujur dalam pekerjaan kita, rakan setugas mahupun pihak atasan akan memberi kepercyaan kepada kita dan mereka juga berkemungkinan akan membantu kita dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

6. KESAN BURUK TIDAK MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
Sekiranya kita tidak mengamalkan nilai-nilai dalam sains dan teknologi berkemungkinan kita akan menghadapi beberapa masalah seperti kerja kita akan tergendala dan tidak dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan dan kepercayaan orang lain terhadap kita juga kan musnah sama sekali kerana menyiapkan tugasan dalam jangka masa yang ditetapkan merupakan tanggungjwab kita sebagai pekerja. Hal ini dapat diatasi sekiranya kita bijak menguruskan masa serta menghargai masa yang ada. Islam juga menekan sifat meghargai masa. Kita dapat lihat bertapa pentingnya pengurusan masa berdasarkan hadis dibawah.
’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." (HR Bukhari)

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).

"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim) 

"Laksanakan segera amal shaleh karena tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk terjahat yang senantiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi).

Sikap tolenrasi yang tidak diterap dalam sains dan teknologi akan menjurus kepada perselisihan faham antara dua pihak. Sekiranya tidak mempunya nilai tolenrasi, setiap pihak akan berterusan mempertahankan idea masing-masing tanpa berbincang dengan lebih lanjut. Hal ini akan menyukarkan kelancaran sesuatu kerja dan suasana akan menjadi tegang dan kedua-dua pihak akan bermasam muka.

 Pergaduhan dan permusuhan juga akan turut terjadi sekiranya masing-masing tidak ingin mengalah dan bertolenrasi dalam membuat keputusan dan perbincangan. Hal ini dapat dielakkan sekiranya setiap orang mengambil inesetif dengan bertolenrasi dan member kerjasam supaya setiap orang akan berpuas hati dengan keputusan yang bakal diambil.

Akhir sekali, nilai kerjasama tidak akan wujud dalam sesebuah kumpulan sekiranya setiap ahli bersikap pentingkan diri dan tidak mahu memberi kerjasama dalam apa jua tugasan. Hal ini akan menyebabkan terjadi kemalangan dan juga masalah komunikasi di tempat kerja kerana sikap ego yang tidak ingin bekerjasama dengan ahli lain yang akan menyebabkan kita terpaksa melakukan kerja dengan sendiri tanpa ada bantuan daripada orang lain. Komunikasi yang tidak terjadi ketika bekerja akan membuatkan kita menjadi tertekan kerana terpaksa menyendiri dan tidak mempunyai teman sekerja yang dapat berkomunikasi dan membantu pekerjaan kita.

7. PERBEZAAN PENERAPAN NILAI DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

KAUM TUA KAUM MUDA
1. Kualiti kerja sangat dititikberatkan Kuantiti kerja lebih penting dari kualiti
2. Sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian Pandang enteng dengan nilai-nilai murni dan membangga diri
3. Banyak bekerjasama dalam melakukan apa jua pekerjaan Sentiasa bergaduh dan mempertahankan pendapat sendiri tanpa mendengar pandangan orang lain
4. Komunikasi terjadi antara dua hala Tidak suka berkomunikasi dan banyak menghabiskan masa dengan telefon.
5. Sentiasa memikirkan kepuasan semua Lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain

8.KESIMPULAN

Kesimpulannya, tidak mengira usia samada tua atau muda, kita mestilah menerapkan nilai-nilai yang baik dalam sains dan teknologi kerana kehidupan seharian kita banyak menggunakan teknologi dan kehidupan kita dikelilingi oleh sains. Kita juga haruslah menghargai masa yang ada dengan menggunakannya dengan baik. Kerjasama akan terjadi sekiranya kita bergerak atau melakukan kerja secara berkumpulan. Hal ini untuk memastikan supaya tidak akan ada sebarang masalah perselisihan faham dan pergaduhan. Ia juga untuk melancarkan pergerakan sesuatu pekerjaan. Kita juga haruslah memastikan bahawa kerja yang diberikan oleh bos atau pihak atasan disiapkan dalam masa yang ditetapkan supaya kepercayaan orang terhadap kita tidak akan terjejas sama sekali.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment