Monday, October 12, 2015

Tajuk: Cadangan Pengislaman Sains Dan Teknologi Masa Kini

PENDAHULUAN
Pengislaman sains dan teknologi merupakan suatu respons intelektual kontemporari bagi meningkatkan kesedaran dikalangan orang Islam bahawa mereka perlu mengambil sikap yang positif terhadap sains moden tanpa mengabaikan dan meminggirkan peranan utama ajaran Islam sewaktu mempelajari sains dan teknologi moden. (http://www. e-fatwa. gov. my/)

Pengislaman sains dan teknologi ini dilihat timbul sebagai penyelesaian krisis yang dibawaoleh sains moden yang telah menimbulkan banyak masalah, contohnya di dalam hubungan antara sains dan Islam khususnya di dalam negara-negara Islam. Pengislaman sains ini juga hasil daripada respons intelektual terhadap isu yang dibincangkan di dalam wacana modeniti daripada sains moden Barat. (www. Islamworld. net)

Masalah hubungan antara sains dan agama ini timbul sejak perubahan imej sainssewaktu revolusi saintifik pada abad ke-17. Sewaktu zaman kegemilangan Tamadun Islam, sains dianggap sebahagian daripada falsafah dan ilmu wahyu terletak di hierarki tertinggi ilmu. Ilmu wahyu ini dianggap lebih tinggi tarafnya berbanding dengan ilmu empirikal, dan yang paling utama, sarjana Islam pada waktu itu amat percaya dengan konsep saling keberkaitan antara pelbagai disiplin atau cabang ilmu. (Bakar, 1989)

Namun begitu, selepas revolusi saintifik di Eropah, sains terpisah daripada falsafah dan menjadi dua entiti yang berbeza disebabkan kejayaan sains di dalam menterjemah fenomena alam tabii. Pada abad ke-19, peranan positivisme dan empirisme menjadi bertambah dominan dan mengabaikan peranan agama di dalam sains dan pada waktu ini, sains moden dianggap sekular. (Bakar, 1989)

Sains dianggap tidak lagi serasi dengan agama dan akhirnya pengaruh ‘sekular’ ini menular ke dalam dunia Islam. Oleh itu, konsep pengislaman sains atau dikenali dengan sains Islam oleh sesetengah pihak merupakan satu usaha untuk melindungi pembangunan dunia Islam daripada dipengaruhi oleh sains moden yang sekular ini. (www. Islamworld. net)

PENGISLAMAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Menurut Seyyed Hossein Nasr (1994), pengislaman sains merujuk kepada proses mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu moden ke dalam worldview Islam. Pengislaman sains harus dilihat dalam konteks yang luas termasuk bidang pentinglain seperti ekonomi, politik, sosial, teknologi dan ketenteraan. Matlamatnya cukup komprehensif, meliputi proses Islamisasi secara keseluruhannya. (Abdullah, 1997)

Manakala Alparslan Acikgenc (2008), sains Islam ialah sains yang terkandung di dalam konteks pandangan hidup Islam. Malah ianya merangkumi segala aktiviti sains di dalam konteks alam dan kehidupan manusia Muslim. Pandangan hidup Islam adalah ibarat persekitaran, manakala konsep ilmu dan sains merupakan isi kandungan alamnya. Segala isi yang terdapat di dalam skema ilmu ini akan disediakan dan dibangunkan oleh ahli sains Muslim itu sendiri mengikut bidang masing-masing. (Acikgenc, 2008)

Menurut Adi Setia (2007) dalam artikelnya bertajuk Three Meanings of Islamic Science : Toward Operationalizing Islamization of Science, membincangkan pengertian istilah sains Islam sebagai sebahagian daripada disiplin sejarah sains secara lebih meluas. Sains dalam Islam menempatkan wahyu sebagai sumber ilmu yang menjadi alat untuk mengukur sebuah kebenaran akhir. Manakala wahyu ini akan menjadi dasar utama bagi kerangka metafizik untuk mengupas falsafah sains sebagai sebuah sistem kehidupan yang menggambarkan suatu realiti dan kebenaran. (Dom, 2009)

 Di samping itu, cabaran paling besar ahli sains dan pemikir Muslim hari ini ialah ialah disiplin ilmiah yang mengkaji perumusan semua sains Islam sebagai suatu rencana penyelidikan amali jangka panjang yang bertujuan untuk mengamalkan serta melaksanakan nilai-nilai adab dan ilmu Islam dalam semua kegiatan sains dan kehidupan. Selagi cabaran ini gagal diharungi dengan jayanya, selagi itulah semua ahli sains dan ilmuwan Muslim akanterperangkap dalam kerangka faham dan penyelidikan sains Barat yang sekular. (Dom, 2009)

Respons intelektual Islam terhadap sains moden melalui pengislaman sains ini diharap mampu membantu mencapai kemajuan di dalam sains dan teknologi, tetapi pada masa yang sama mampu mempertahankan keintelektualan tradisi, moral dan spiritual Islam di dalam kehidupan masyarakat Islam. (Acikgenc, 2008)

CADANGAN PENGISLAMAN SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM PADA MASA KINI

Seperti mana yang kita ketahui siang hari ialah untuk bekerja manakala malam hari untuk berehat, seperti yang tersebut dalam Surah an-Naba’ ayat 9 firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang bermaksud, Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat. Maka kita sepatutnya boleh berdayacipta membina teori perubatan tabii (naturotherapy) yang berteraskan pendekatan ‘rawatan tidur’ (sleep therapy). (Hamdun)

Umpamanya, untuk menghilangkan rasa penat lelah, tekanan jiwa dan gangguan jasmani atau emosi lain, yang mampu diamalkan oleh semua orang tanpa membazir wang beratus ringgit setiap bulan untuk membeli pelbagai jenis pil tidur kimia ciptaan syarikat farmasi gergasi Baratdengan pelbagai kesan sampingannya yang teruk, malah mengancam nyawa. (Hamdun)

Dalam bidang penyelidikan perubatan arus perdana yang ditiru secara membuta-tuli dari Barat tanpa usul periksa, tatakaedah viviseksi (vivisection); ujikaji secara potong hidup-hidup atas pelbagai jenis haiwan makmal termasuk kera, monyet, tikus, anjing, kucing, ayam, burung, arnab untuk kononnya menemui ‘ubat’ baru, perlu dikaji semula dandigantikan dengan kaedah lain yang serasi dengan tatanilai rahmah. Hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullahﷺ bersabda, ‘Sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan ke atas setiap benda’. (Hamdun)(http://abdazizharjin. blogspot. com/)

Lebih lebih lagi apabila terbukti dari segi analisa tatailmu dan tatakaedah sains barat sendiripun bahawa amalan viviseksi ini tiada memiliki apa-apa nilaiilmumaka tiada mengandung nilai perubatan langsug kerana andaian tersirat akan wujudnya kesamaan atau keserupaan fisiologi antara insan dan haiwan memang terbukti palsu, tidak bersandarkan penelitian empiris sebagaimana yang diakui sendiri oleh tokoh-tokoh pengamal viviseksi yangsudah ‘bertaubat’ seperti Dr. Pietro Croce dalam bukunya, Vivisection or Science: An Investigation into Testing Drugs and Safeguarding Health. (Hamdun)

Seperkara lagi dalam soal ini, kini kita sudah lali dan menerima tanpa usulperiksa hakikat bahawa setiap ubatan dan rawatan moden mempunyaikesan sampingannya yang buruk sama ada serius atau sebaliknya meskipundiambil menurut arahan dan kadar yang ditentukan untuk penyakit yangditentukan. Maka pada setiap ubat arus perdana pasti tersurat amarantentang kesan sampingan, hatta ubat pil biasa seperti pil tidur, aspirin, panadol dan sebagainya. (Hamdun)

Sepatutnya ahli perubatan Muslim perlu berfikir sejenak, sekiranya sesuatu itu memang ‘ubat’ bagi penyakit tertentu dan diambilmenurut arahan dan kadar tertentu dengan cara yang tertentu, termasuk menjaga segala pantanglarangnya, mengapa harus ada kesan sampingan yang teruk hingga membuahkan penyakit lain yang lebih teruk? Contohnyaialah kes kesan sampingan yang ketara daripada pil Vioxx buatan Merck yang telah menyebabkan ribuan pesakit menderita. (Hamdun)

Kerangka tatanilai induk kita dalam soal dasaretika terhadap alam tabii yang merupakan medan kajian sains ialah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Imran ayat 191 yang bermaksud, (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Hamdun)(http://abdazizharjin. blogspot. com/)

Maka ini bermakna bahawasanya kita sepatutnya mampu berdayacipta, berinovasi membina kilang, industri, senibina dan sebagainya, termasuk merancang sistem pentadbiran pejabat berdasarkan teori dan tatakaedah sisa-sifar dan cemar-sifar serta buangan-sifar yang seterusnya membawa kepada penakrifan semula faham ‘kecekapan’ dan ‘keuntungan’ yang lebih mesraalam dan mesra insan, lagi menyeluruh sifatnya, sekaligus mesra-niaga. (Hamdun)

Dalam erti kata sebenarnya apabilasemua ‘input’(bahan asli bagi produk) menjadi ‘output’(hasil produk) berguna tanpa mencetuskan sisa buangan, untung tetap meningkat meskipun jualan tidak meningkat. Ini seterusnya akan membawa kepada pembinaan model makro-ekonomi berdasarkan kerangka ‘modal alam’ demi alam tabii harus dilihat sebagai modal yang perlu dipupuk dan dipulihara terus menerus agar ia membuahkan hasil berpanjangan hingga ke anak cucu, bukan dihabiskan secara rakus demi keuntungan jangka pendek menurut kepentinganperibadi yang sempit, seperti yang kini sedang berlaku dalam modelpembangunanarus perdana. (Hamdun)

Maka kefahaman ‘modal alam’ boleh menjadi pelengkap kepada kefahaman ‘modal insan’. Ini amat serasi dengan kefahaman tentang khalifah yang tugasnya memelihara amanah menjaga alam tabii agarterus kekal memberi nikmat kepada semua kehidupan insan dan haiwan selagi alam ini wujud. (Hamdun)

SAINTIS BARAT YANG MEMELUK ISLAM

DIMITRY BOLIAKOV

Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine sama ada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut. (www. Islamworld. net)

Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Beliau mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya ke dalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam. (www. Islamworld. net)

Dimitry mula menerangkan bahawa beliau menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu. Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari Rasulullah ﷺ yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahawa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri. (www. Islamworld. net)

Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiannya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktiviti putaran bumi pada paksinya. (www. Islamworld. net)

Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samaada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut. Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun. Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. (www. Islamworld. net)

Ini bererti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Bererti bahawa “gerak” putaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat. Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan ujikaji makmal yang dijalankan. (www. Islamworld. net)

Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam. Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah ﷺbersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu. ”

PROF. DR. MAURICE BUCAILLE

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. (www. Islamworld. net)

Di situ mumia tersebut bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. (www. Islamworld. net)

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?(www. Islamworld. net)

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerahkan penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. (www. Islamworld. net)

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru, “jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”. Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat. Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. (www. Islamworld. net)

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firaun yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini?Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan, ” bicara hatinya sendirian. (www. Islamworld. net)

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15). Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. (www. Islamworld. net)

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri dari Surah Yunus ayat 92 yang bermaksud, “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. ”. Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. (www. Islamworld. net)

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini. ”Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science: The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. (www. Islamworld. net)

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam AllahSubhanahu wa ta’ala . (www. Islamworld. net)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini merincikan bahawa keperluan respons pemugaran idea pengislaman sains dalam peradaban khususnya di Alam Melayu dan peringkat antarabangsa ini mestilah disepadukan oleh para ilmuwan, ahli sains dan agamawan sebagai suatu rencana penyelidikan amali yang bersifat jangka panjang. (Abdullah, 1997)

Seterusnya, membina kerangka paradigma baru secara beransur-ansur bagi menzahirkan pandangan sarwajagat Islam yang nyata dan konsisten di peringkat peribadi dan institusi. Sumbangan tokoh ilmuwan Muslim terpilih ini juga merupakan suatu pencerminan keprihatinan mereka yang amat bermakna dalam mencorakkan aspek pembangunan insan, pendidikan dan pemikiran umat Islam. (Abdullah, 1997)

Di samping menjadi benteng yang cukup kukuh untuk menghalang segala bentuk penyelewengan terhadap Islam. Asas-asas metodologi yang mereka bina ini boleh dijadikan landasan yang kuat untuk menentang arus pengliberalan dan keruntuhan moral insan dalam peradabanIslam pada hari ini. (Abdullah, 1997)

Pengislaman sains dan teknologi Islam pada masa kini diibarat proses menapis ketul-ketul emas yang telah bersebati dengan tanah, lumpur, pasir ataupun najis. Emas tetap emas dan tidak perlu diemaskan lagi, tetapi perlu disaring dan dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki amat penting sebelum ianya diedarkan kepada pembeli atau pihak pengguna. (Abdullah, 1997)

Justeru itu, kajian ini merincikan bahawa inilah masa terbaik bagi para ilmuwan dan pemikir Muslim memainkan peranan penting mereka dalam menyerlahkan lagi perencanaan atur caradan gerak kerja pengislaman sains dan teknologi di Malaysia seperti yang telah dipelopori oleh tokoh ilmuwan besar terdahulu. (Abdullah, 1997)

Melalui latar belakang keMelayuan dan agama, tokoh ilmuwan dan pemikir Muslim ini juga telah memperoleh dasar-dasar keimanan dan disiplin yang kuat bagi mempertahankan wacana sains Islam yang tidak mudah dipengaruhi oleh pengaruh sekularisme dan sains Barat. (Abdullah, 1997)

RUJUKAN

Osman Bakar. (1989). Islam dan Pemikiran Sains Masa Kini. Petaling Jaya: Akademi Sains Islam Malaysia. 

Abdul Rahman Abdullah. (1997). Pemikiran Islam di Malaysia. Jakarta: GemaInsani (Hamdun)Press. 

Adi Setia Mohd Dom. (2009). Sains Islam Berdepan Sains Moden Dalam Pemikiran Ahli Sains Melayu Muslim. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Alparslan Acikgenc. (2008). Keperluan Kepada Sains Islam. Dalam Baharudin Ahmad (pnyt). Falsafah Sains Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment