Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Sumbangan Abu Nasir A. Farabi Dalam Sains(870-900 M)

PENDAHULUAN

Bukan hanya tokoh-tokoh barat saja yang ikut handal dalam mengembangkan ilmu filsafat. Akan tetapi, Islam juga memiliki beberapa tokoh yang turut handal dalam mengembangan ilmu filsafat ini. Antaranya ialah Al-Farabi, Ibnu Sina, Al-Kindi, dan lain-lain. Dengan adanya tokoh Islam ini, mereka dapat mengembangkan lagi ilmu filsafat tersebut dengan lebih luas dan mendalam. Oleh itu, saya akan menjelaskan salah satu tokoh Islam yang handal dalam ilmu filsafat ini, iaitu Al-Farabi. 

Saya akan menjelaskan dengan lebih mendalam tentang biografi al farabi yang merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa dalam bidang sains. Saya juga turut menyenaraikan karya terulung beliau dalam mengembangkan ilmu dalam bidang sains dan seterusnya sumbangan beliau dalam bidang sains iaitu sains perubatan, muzik, logik, sains politik, sosiologi dan falsafah. Setiap sumbangan ini dihurai dengan lebih mendalam lagi terperinci. 

3. 0 : ISI PERBINCANGAN

3. 1:BIOGRAFI AL – FARABI

Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Mohammad Ibn Al Farakh al-Farabi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung kecil yang dinamakan Wasij berdekatan Farab Di Turkistan pada tahun 870. Beliau meninggal dunia di Damaskus pada tahun 339 H/950 M dalam usia kurang lebih 80 tahun. 
Sebutan al-Farabi diambil dari nama kota kelahirannya, iaitu Farab. Beliau adalah salah seorang filsuf Muslim paling terkemuka dan masyhur, di samping dikenali sebagai komentator Aristoteles dan sebagai tokoh pertama di bidang logika. al-Farabi juga lebih dikenali dengan gelaran Muallim al-Sani di kalangan ahli-ahli falsafah Islam seperti Ibnu-Sina dan al-Kindi. Beliau merupakan seorang saintis terkemuka Islam dan termasyhur kerana hasil kerja dan penulisannya terutamanya dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi. 
Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau juga telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif
al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. 
Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah yang menjadikan beliau seorang yang amat sederhana. Beliau juga tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. 
 Pendidikan dasarnya ditempuh di Farab, yang penduduknya bermazhab Syafii. Setelah itu, beliau berhijrah dari ke kota Bagdad pada tahun 922 M yang pada waktu itu disebut kota Ilmu pengetahuan. Beliau belajar disana kurang lebih 10 tahun. Ketika di Baghdad, beliau berguru kepada Ibnu Suraj untuk belajar tata bahasa Arab dan Abu Bisyr Mattius Ibn Yunus untuk belajar filsafat dan logika. Beliau juga belajar kepada seorang Kristen Nestorian, tokoh filsafat aliran Alexandria yang banyak menterjemahkan filsafat Yunani, yaitu Yuhana Ibn Hailan yang sekaligus mengajak Al Farabi pergi ke Konstantinopel dan tinggal di sana selama 8 tahun guna mendalami falsafah. 
Selain itu, Ilmu pengetahuan yang dimiliki beliau tidak terhad hanya kepada tiga bidang sahaja kerana beliau juga banyakmemberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain seperti sains, perubatan, matematik dan muzik. Pendidkan asas beliau ialah agama dan linguistik. Beliau juga mempelajari undang-undang, hadith dan al-quran. Beliau terkenal sebagai guru kedua sementara guru pertama ialah Aristotle. Al-farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagian. Maka tidak hairanlah, Al-farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Walaupun pemikiran Al-farabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani, tetapi beliau menentangpendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Beliau juga mengembara untuk mempelajari pelbagai ilmu yang boleh dipelajarinya dari pelbagai guru dan pelbagai tempat. Al-Farabi meninggal dunia pada tahun 950M (339H) di Syria. 

3. 2:KARYA TERULUNG

Al –Farabi telah banyak menyumbangkan ilmu yang beliau miliki dan berkarya semasa beliau masih hidup. Karya-karya al-Farabi mempunyai enam bahagian iaitu ilmu logik, ilmu Matematik, ilmu alam, Teologi, ilmu Politik dan kenegaraan serta Bunga rampai (Kutub Munawwa’ah). 
Karya beliau yang paling terkenal adalah Al-Madinah Al-Fadhilah (Kota atau Negara Utama) yang membincangkan tentang pencapaian kebahagian melalui kehidupan politik dan hubungan antara rejim yang paling baik menurut pemahaman Plato dengan hukum Ilahiah Islam. 
Selain itu, karya beliau dalam bidang logik adalah "At- Tawti'a fi al-Mantiq", yang diedit oleh M. Turker dengan terjemahan bahasa Turki (Ankara-1958 M). Manakala ”Introductory Section on Logic" Edisi bahasa Inggeris diedit oleh D. M. Dunlop (1955 M) dan edisi bahasa Turki diedit oleh M. Turker (Ankara-1958 M). "Treatise in the Canons of Art of Poetry" Edisi bahasa Inggeris diedit oleh A. J. Arberry (1938 M) dan teks bahasa Arabnya dicetak oleh A. Badawi (Kairo-1953 M). 
Beliau juga berkarya dalam bidang fizik. Antara karya beliau adalah "On Vacuum", yang diedit dalam bahasa Inggeris dan Turki diedit oleh Necati Lugal dan Aydin Sayli (Ankara-1951 M). Manakala " Against Astrology" yang diedit oleh F. Dieterici (Leiden-1890 M.) terjemahannya dalam bahasa Jerman diterbit pada tahun 1892 M. "De Intellectu" ("Fi'l Aql") pula terdapat edisi kritik oleh M. Bouyges (Beirut-1936 M) dan versi bahasa Latinnya dilakukan oleh E. Gilson (1929 M). 
Seterusnya, beliau juga berkarya dalam bidang metafizik dan karya beliau adalah "About the Scope of Aristotle's Metaphysics" yang diedit dan diterjemahkan dalam bahasa Jerman oleh F. Dieterici. Manakala karya "On the One" ("Fi al-Wahid wa al-Wahda"), edisi kritik dan terjemahannya dalam bahasa Inggeris dilakukan oleh H. Musntaq. 
Antara karya beliau yang lain adalah Risalah Shudira Biha al Kitab yang karyanya sama dengan kitab berawal. Karya Risalah fi Jawab Masa’il Su’ila ‘Anhapula membincangkan tentang jawapan atas pertanyaan yang diajukan tentang-Nya. Karya Syarh Kitab al Sama’ al Tabi’I li Aristutalis adalah mengenai komentar atas fizik Aristoteles. 
Selain itu, Syarh Kitab al Sama’ wa al ‘Alam li Aristutalis ditulis mengenai Bahasa atas kitab Aristoteles tentang langit dana lam raya. Karya beliau yang bertajuk Al-Jami’u Baina Ra’yai Hakimain Afalatoni Al Hahiy wa Aristho-thails adalah tentang pertemuan atau penggabungan pendapat antara Plato dan Aristoteles. Karya Tahsilu as Sa’adah pula ditulis mengenai mencari kebahagiaan dan karya Fushus al Hikamditulis mengenai permata kebijaksaan. 
Seterusnya, karya Fususu al Taram membincangkan tentang hakikat kebenaran. Karya beliau yang bertajuk Kitab fi al Wahid wa al Wahdah adalah tentang Yang Satu dan Yang maha Esa dan karya As Syiyasyah pula ditulis mengenai ilmu politik. Kitab al Millat al Fadlilah pula membincangkan kitab tentang komunitas utama dan Ihsho’u Al Ulum mengenai kumpulan berbagai ilmu. Karya Arroo’u Ahl al-Madinah Al-Fadilah pula ditulis mengenai pemikiran-pemikiran utama pemerintahan. Akhir sekali, karya Al-Siyasah al-Madaniyah adalah mengenai politik pemerintahan. 

Kitab Fusus Al-Hikam
(Karangan Al-Farabi

3. 3:SUMBANGAN DALAM SAINS

Sumbangan al-Farabi dalam bidang sains sangat berguna kepada masyarakat dahulu dan ia masih digunakan sehingga kini. Ia digunakan dalam sistem pendidikan. Antara sumbangan beliau Sains dan perubatan, muzik dan logik diajar pada Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah serta Peringkat Pengajian Tinggi di IPT. Manakala, bidang Sains politik, sosiologi dan falsafah diajar pada Peringkat Pengajian Tinggi di IPT. 


3. 3. 1:Sains Dan Perubatan

Para biografi tradisional telah mengenal pasti lebih seratus karya yang ditulis Al-Farabi mengenai bidang perubatan dan ia wujud dalam terjemahan Ibrani dan Latin serta masih tersimpan dalam bentuk manuskrip. Salah satu karyanya ialah kitab Ihsa Al‘Ulum yang mengemukakan prinsip-prinsip dasar dan klasifikasi sains daripada perspektif yang baru. Beliau juga tida terkecuali untuk terlibat dalam mengarang ensiklopedia. 
Subjek sains diajar di peringkat sekolah rendah, menengah serta di IPT. Subjek sains ini dijadikan sebagai subjek wajib bagi peringkat sekolah rendah dan menengah. Manakala, Karya-karnya mengenai bidang perubatan juga banyak dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut universiti. 
Salah satu pandangannya yang menarik dalam bidang sains ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. 
 Selain itu, Beliau pernah menulis tentang pentingnya pengubatan menggunakan kesan muzik terhadap jiwa. Disebabkan itu al-Farabi lebih merupakan tabib jiwa berbanding dengan tabib jasad. 
 Menurut Al-Farabi, akal adalah satu gejala yangmempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup (survival instinct), dalam pemeliharaan diri (self defence mechanism) dan pengembangan zuriat (breeding mechanism). 
 Menurut beliau lagi, akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu yang berbentuk abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang dapat diinderai, dan daya kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi faedah, kebaikan dan kesempurnaan jasmani. 
 Daya kekuatan yang kedua ini akan hancur jasad ditelan bumi sedangkan daya kekuatan yang pertama akan dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat. 

Jantung Otak

3. 3. 2: Bidang muzik

 Dalam bidang muzik, beliau telah menulis buku yang bertajuk ara ahl al –madina al-fadila yang merupakan sebuah buku yang sangat terkenal. Beliau juga banyak mencurahkan ilmu dan kerjanya dalam sebuah buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kitab al-Musiqa. 
Selain itu, beliau juga merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Kepakaran yang beliau milikidalam bidang ini adalah merekacipta beberapa peralatan muzik selain daripada menyumbang kepada nota muzik. Antara alat muzik yang dicipta oleh beliau ialah rebab, qanun dan gambus. 
Dalam pada itu, beliau juga mempunyai kemampuan untuk bermain muzik dan mengubah beberapa buah lagu. Al – farabi juga mampu membuatkan penontonnya ketawa atau menangis hanya dengan memainkan alat muziknya. 
Seterusnya, bidang muzik juga dijadikan sebagai subjek elektif di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Pengkhususan major dijadikan subjek bagi bidang muzik dan dipelajari di peringkat IPT. 

3. 3. 3: BidangLogik

 Ilmu logik merupakan sumbangan terbesar yang telah dilakukan oleh Al-Farabi. Beliau telah menterjemahkan buku hasil tulisan Aristotale dan huraian yang beliau berikan sangat mengagumkan dan mudah untuk difahami. 
Antara karya beliau dalam ilmu logik adalah "At- Tawti'a fi al-Mantiq", diedit oleh M. Turker dengan terjemahan bahasa Turki (Ankara-1958 M), "Introductory Section on Logic" Edisi bahasa Inggeris oleh D. M. Dunlop (1955 M), edisi bahasa Turki oleh M. Turker (Ankara-1958 M). dan "Treatise in the Canons of Art of Poetry". Edisi bahasa Inggeris oleh A. J. Arberry (1938 M), teks bahasa Arabnya dicetak oleh A. Badawi (Kairo-1953 M). 
Selain itu, al-Farabi juga adalah pemimpin kepada tokoh- tokoh ilmu logik, iaitu tokoh- tokoh ilmu metafizik. Mereka digelar tokoh- tokoh ilmu logik, kerana mereka meniru ahli- ahli ilmu logik membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan punca-puncanya dan dalil- dalil yang teliti. Iaitu mereka membuatkan kaedah-kaedah umum dan berdasarkan kaedah-kaedah inilah dikeluarkan kesimpulan mengenai sesuatu perkara dengan menggunakan dalil- dalil dan bukti-bukti. 
Aliran beliau berbeza dari aliran para ilmu fizik yang menumpukan usaha mereka kearah mempelajari gejala-gejala kebendaan yang terdapat di alam. Dan bia mereka memperkatakan tentang Allah, mereka perkatakannya sebagai Penjadi dan Pencipta atau Sumber Pertama, seperti yang dinamakan mereka. Sedangkan ahli-ahli falsafah yang berpandukan logik, mereka memperkatakan hakikat segala sesuatu dari yang sekecil-kecilnya hingga kepada zat Allah, dan bila mereka memperkatakan tentang Allah, mereka perkatakannya sebagai Zat Yang Wajib Ada. 
Ilmu logik menurut al-Farabi, bukanlah suatu sarana untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, malahan logik itu sendiri merupakan satu pencapaian ilmu pengetahuan. Tegasnya logik bukanlah jalan yang menyampaikan kepada hakikat, malah logik itu sendiri merupakan satu penanggapan hakikat-hakikat. 
Al –Farabi dengan diikuti oleh Ibnu Sina telah menokokkan satu dalil baru untuk membuktikan wujudnya Allah. Dalil itu diasaskan di atas idea sesuatu yang mungkin ada dan yang wajib ada. Katanya tiap-tiap suatu yang ada itu sama ada wujudnya mungkin atau wujudnya wajib. Dan sesuatu yang wujudnya mungkin pasti ada sumber penciptanya yang mendahului wujudnya. 

3. 3. 4: Bidang Sains Politik

 Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul “Ara Ahl Madinah alFadhilah”. Karya ini membahaskan tentang pencapaian kebahagiaan melalui kehidupan politik. 
Selain itu, terdapat major bagi kursus sains politik di peringkat IPT. Mereka mengkaji mengenai sesebuah kerajaan yang menjurus kepada Pengajian Terhadap Dasar-dasar Awam dan Proses politik, Sistem, dan Tingkah Laku Politik. Oleh itu, karya tokoh falsafah politik ini menjadi rujukan sebagai kajian oleh pelajar universiti. 

3. 3. 5: Bidang Sosiologi

 Al Farabi juga menulis buku mengenai sosiologi awal Muslim dan buku mengenai muzik yang bertajuk Kitab Al Musiqa (The Book Of Music). Munurut Seyyed Hossein Nasr dan Mehdi Aminrazi, buku berkenaan merupakan kajian teori muzik Iran pada Zamannya manakala barat memperkenalkan buku berkenaan sebagai buku muzik arab. 

Manakala Al Farabi Meaning of the Intellect mengenai terapi muzik di mana beliau membincangkan mengenai kesan terapi muzik pada rohani. 

3. 3. 6: Bidang Falsafah

 Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada penentangan antara falsafah Plato dan Aristotal yang lain pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya. 
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semulajadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semulajadi tersebut. Manakala, kebahagiaan adalah dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan Tuhan dalam hubungan akal. 
Seterusnya, Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagiaan hakiki tidak mungkin dapat diperoleh sekarang iaitu di dunia ini tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu akhirat. Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan sahaja tidak akan mampu untuk mensucikan seseorang dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi juga memerlukan fikiran dan amalan renungan. 
Menurut Al-Farabi lagi, seorang ahli falsafah tidak seharusnyamemisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya mereka perlumenguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yangsempurna. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukupperalatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. 
Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarangperbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi keranakedua-duanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini, beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negarakebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. 

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannyasebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahlifalsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan padakedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuahnegara. 
Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaandengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golonganilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosialsesebuah negara. 
Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafahpolitik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani danfalsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam". Terdapat dua buku tidak dapat disiapkanoleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yangdisiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad AlKhawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikanoleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M. 
Sesungguhnya, Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafahyang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevandengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahanitu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sertadibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dansintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini. 

4. 0 : KESIMPULAN

Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung dan ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan malahan dibicarakan di peringkat universiti. 

Selain itu, hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat pengajian dan institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh yang besar dalam bidang sains, falsafah dan ilmu pengetahuan berkurun lamanya. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment