Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Ketokohan Al-Jahriz Dalam Bidang Zoologi (781 – 869 M.)

PENDAHULUAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dan bantuan dari ustaz Abdul Aziz Harjin saya dapat menjalankan tugasan yang diberikan kepada saya pada waktu yang ditetapkan.

Tajuk tugasan yang diberikan kepada saya ialah Ketokohan Al-Jahriz dalam bidang Zoologi dari 781-869 Masihi. Al-Jahriz seorang tokoh yang amat dikenali pada zamannya. Beliau seorang yang berdedikasi dan berfikiran terbuka. Disebabkan ini, beliau amat disenangi oleh orang di sekelilingnya. Beliau dikenali sebagai bapa ilmu. Beliau seorang yang cintakan ilmu. Sepanjang umurnya beliau banyak menghabiskan masanya dengan menelaah buku.

Oleh itu, beliau layak dan sepatutnya menjadi idola kepada anak-anak muda pada zaman sekarang. Keperibadian beliau yang sentiasa berusaha untuk mencipta sesuatu yang baru dan semangat cinta akan ilmu. Semangat dan sikap seperti ini lah sepatutnya ada dalam hati semua remaja untuk berusaha menjadi insan yang lebih baik.

Akhir sekali, saya sangat berbangga dan bersyukur kerana diberikan tajuk ini oleh ustaz Abdul Aziz. Melalui tajuk ini saya dapat mempelajari banyak perkara. InshaaAllah saya akan berusaha untuk menjadi sepertinya. Amin.

3.0 BIODATA AL-JAHRIZ

 Nama penuh Al-Jahriz ialah Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri. Beliau digelar Al-Jahriz kerana mempunyai mata yang besar. Beliau dilahirkan pada tahun 776 iaitu 14 tahun selepas Baghdad diasaskan oleh Abbasid Caliph al-Mansur di Basrah, Iraq. Dikatakankan bahawa beliau berasal dari Afrika, berbangsa Negro dan bapanya meninggal dunia ketika beliau masih kecil.

Beliau menyara hidup dengan menjual roti dan ikan di pasar Basrah. Namun begitu semangatnya yang suka membaca menyebabkan beliau meminjam buku di kedai buku dan membacanya pada waktu malam sehingga berjaya mengukir nama seantero dunia kerana keilmuannya. Beliau mencapai darjat keilmuannya bukan sekadar menghadiri kuliah, tetapi juga dengan bergaul dengan ilmuan di Mirdad, Basra.

Pada masa itu, Al-Jahiz sering berkumpul dengan sebuah perkumpulan pemuda di sebuah masjid di Basrah. Di tempat itu, mereka berbincang berbagai macam subjek ilmu pengetahuan. Al-Jahiz kemudiannya berguru kepada pelbagai ilmuan. Beliau melanjutkan pelajarannya hingga usia 25 tahun. Otaknya yang pintar dan cerdik membuatkannya mampu menguasai ilmu pengetahuan dengan mudah. Kemahuannya yang keras untuk menguasai ilmu agama membantunya untuk lebih rajin membaca.

Ketika menetap di Basrah, Al-Jahiz sudah dikenali sebagai seorang penulis. Sejak kecil, ibu beliau telah menanamkan kecintaan terhadap buku. Alkisah, suatu hari ibu beliau telah menawarkannya sebuah sampan penuh dengan buku-buku catatan. Ibunya lalu berkata bahawa kelak dia akan mendapat kehidupan dari menulis. Menulis menjadi sebahagian hidup yang tidak terpisahkan dalam kehidupan Al-Jahiz. Selama hidupnya, dia telah mengarang lebih dari 450 judul buku. Itulah yang membuatkan Philp K Hitti mendaulatnya sebagai salah seorang ilmuan Islam prolifik. Sayangnya, yang masih tersisa dan bertahan menembusi ruang dan waktu hanyalah 30 judul.

Seterusnya, beliau merupakan insan yang tersangat istimewa kerana mempunyai keperibadian tinggi dan berfikiran luas sebagaimana ilmunya. Dalam aspek penulisan, beliau sangat cenderung untuk memuaskan hati pembaca sambil diselangi humor bagi menyampaikan pengajarannya. Oleh sebab itulah, beliau dianggap sebagai penulis yang sistematik, mempunyai pemikiran yang bebas, teliti membuat pemerhatian dan bijak menyelesaikan pemasalahan. Beliau suka mencuba dalam pelbagai bidang dan mampu memikirkan banyak perkara dalam pelbagai jenis topik. Dikatakan beliau telah menghasilkan 350 buah buku dalam berbagai-bagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi.

 Jelaslah bahawa, perkataan Yukichi Fukuzawa, layak disematkan kepada Al-Jahiz bahawa manusia tidak dilahirkan mulia atau hina, kaya atau miskin, tetapi dilahirkan sama dengan lainnya. Siapa yang bersungguh-sungguh belajar dan menguasai ilmu dengan baik akan menjadi mulia dan kaya, tetapi mereka yang jahil akan melarat dan hina.

Akhir sekali, maka benarlah firman Allah (Az-Zumar [39]: 9), Apakah sama orang-orang yang berilmu dengnan orang-orang yang tidak berilmu? Maka semua akan menjawab, Tidak! Lalu mengapa kita masih malas untuk belajar? Padahal seorang seorang muslim harus memiliki dua syarat jika ingin terangkat derajatnya dunia akhirat: beriman dan berilmu (Al-Mujadalah [58]: 11). Ilmu akan menuntut seseorang beribadah dengan benar sesuai ketentuan agama (mutaba’aturrasul), dan dapat menjadi wasilah menyebarkan agama Allah dengan ilmiah penuh hujjah. Sedangkan iman akan menuntun seorang muslim untuk selalu merasa diawasi oleh Allah (muraqabatullah) hingga hidupnya tidak terjerumus dalam dunia kemunkaran dan kemaksiatan.

Al-Jahiz kembali ke Basra setelah menghabiskan lebih dari lima puluh tahun di Baghdad. Beliau meninggal di Basra pada 869 Masihi. Penyebab pasti kematian-Nya tidak jelas, tetapi kisah popular adalah bahawa sebuah kemalangan, di mana buku-bukunya di perpustakaan peribadinya terjatuh lalu terguling dan menghimpitnya. Beliau meninggal pada usia 93 tahun. Dikatakan juga bahawa beliau menderita sakit dan meninggal pada bulan Muharram.

4.0 EVOLUSI ZOOLOGI

Zoologi merupakan disiplin ilmu dari biologi yang secara khusus mempelajari haiwan. Dalam bidang zoologi, ahli biologi Muslim pada abad pertengahan sudah mengembangkan teori tentang evolusi. Menurut Al-Khazini, idea tentang evolusi telah menyebar luas dalam peradaban Islam di abad ke-12 M. Pada masa itu, sekolah-sekolah Islam telah mengajarkan teori evolusi.

Jhon William Draper, ahli biologi Barat yang sezaman dengan Charles Darwin pernah berujar, “teori evolusi yang dikembangkan oleh umat Islam lebih jauh dari yang seharusnya kita lakukan. Para ahli biologi Muslim sampai meneliti berbagai hal tentang anorganik serta mineral.” Ahli biologi Muslim yang pertama kali mengembangkan sebuah teori evolusi adalah Al-Jahiz (781 M – 869 M).

Ilmuwan dari abad ke-9 Masihi itu mengungkapkan bahawa lingkuangn terhadap kemungkinan seekor binatang untuk tetap bertahan hidup atau survive. Sejarah peradaban Islam mencatat, Al-Jahiz sebagai seorang ahli biologi yang pertama yang mengungkapkan teori berjuang untuk tetap hidup ataupun dikenali sebagai struggle for existence. Untuk dapat bertahan hidup, mahluk hidup harus berjuang.

Semua pelajar di seluruh sunia diperkenalkan dengan rantai makanan apabila belajar biologi atau sains. Namun, tahukah kita bahawa ilmuwan pertama yang mengungkapkan teori tentang rantai makanan itu adalah Al-Jahiz – ahli biologi Muslim? Begitu banyak, pencapaian yang dihasilkan para sarjana Muslim yang disembunyikan oleh peradaban Barat.

Berkat teori-teori yang begitu cemerlang, Al-Jahiz pun dikenal sebagai ahli biologi terbesar yang pernah lahir di dunia Islam. Ilmuwan yang amat tersohor di kota Basra, Iraq itu berhasil menuliskan kitab Kitab Al-Haywan (Buku tentang Binatang). Dalam kitab itu dia menulis tentang kuman, teori evolusi, adaptasi, dan psikologi binatang.

Salah seorang ahli biologi Muslim lainnya yang mengkaji tentang evolusi adalah Al-Mashudi. Buah pikirnya dituangkan dalam kitab Al-Tanbih wal Ishraq. Selain itu, ilmuwan lainnya yang mengungkapkan teori evolusi bernama Ibnu Masikawaih.

Dalam kitabnya The Epistles of Ikhwan Al-Safa, beliau mengungkapkan tentang bagaimana haiwan berkembang. Hasil karya Ibnu Masikawaih itu begitu popular di benua Eropah. Malah, teori evolusi itu telah memberi banyak pengaruh kepada Darwinisme.

Selain itu, Al-Jahiz pun tercatat sebagai ahli biologi pertama yang mencatat perubahan hidup burung melalui migrasi. Bukan cuma itu, pada abad ke-9 Masihi, Al-Jahiz sudah mampu menjelaskan cara memperoleh ammonia dari kotoran binatang melalui penyulingan. Pemikiran Al-Jahiz begitu dipengaruh oleh ilmuwan Persia, Al-Qazwini, dan ilmuwan Mesir, Al-Damiri.

Di dunia Arab, Al-Damiri dikenal sebagai ahli zoologi yang paling terkemuka. Sumbangnnya dalam pengembangan zoologi diberikan melalui buku yang ditulisnya Hayat Haywarz (Kehidupan Binatang). Kitab yang berupa ensiklopedia itu merupakan hasil karya ilmuwan Muslim yang sangat penting dalam kajian zoologi. Ensiklopedia sejarah binatang tercatat 700 tahun lebih awal dari yang ditulis ahli biologi Barat, Buffon.

Seterusnya, Abu Ubaidah (728 M – 825 M) merupakan ahli biologi Muslim yang menulis lebih dari 100 kitab. Lebih dari separuh kitab yang ditulisnya itu mempelajari tentang kuda.

5.0 AL-JAHRIZ DALAM BIDANG ZOOLOGI

 Ratusan tahun dahulu sebelum pakar biologi Barat mencetuskan berbagai teori seperti evolusi, pilihan alam, perjuangan untuk hidup (struggle for existence), serta rantai makanan, Al-Jahiz pada abad ke 9 Masihi telah mengungkapkannya. Al-Jahiz merupakan sarjana Islam tersohor serba boleh yang menguasai sastera Arab, ilmu-ilmu keislaman, biologi, tata bahasa, sejarah, psikologi, retorika serta zoologi.

“Al-Jahiz adalah seorang ilmuan terhebat dan pengarang dengan gaya bahasa menakjubkan di abad ke 9 Masihi, ”: puji ilmuan Barat, Christopher Dawson. Kehebatannya sebagai sasterawan agung telah membuatkan dunia Barat mengaguminya. “Dia adalah salah seorang penulis prosa terhebat dalam dunia sastera Arab klasik, ”: ujar Bernard Lewis. Pujian serupa juga diungkapkan oleh H A R Gibb dan Philip K Hitti.

Philip K Hitti yang termasyhur dengan bukunya berjudul History of Arabs mengatakan, ‘Al-Jahiz adalah salah seorang penulis yang produktif dan kerap dikutip para sarjana dalam literatur Arab.’ Gibb menjadikan Al-Jahiz sebagai sasterawan yang mencetuskan gaya prosa Arab. Ini menunjukkan betapa Al-Jahiz adalah sarjana Islam fenomenal yang karyanya mampu menembusi setiap waktu dan geografi.

Selain dikenali sebagai sasterawan besar sepanjang masa, Al-Jahiz juga telah berjasa mengembangkan ilmu biologi. Ratusan tahun sebelum pakar biologi Barat mencetuskan berbagai teori seperti evolusi, pilihan alam, perjuangan untuk hidup (struggle for existence), serta rantai makanan, Al-Jahiz pada abad ke 9 Masihi telah mengungkapkannya. Sayangnya, buah fikirannya itu telah didakwa milik peradaban Barat. Ironisnya, umat Islam di era moden tidak mengetahui pencapaian ilmuan Islam di era keemasan.

Buku Al-Hayawan merupakan sebuah ensiklopedia zoologi yang terdiri dari tujuh jilid. Di dalamnya, Al-Jahiz mengupas dan menguraikan lebih dari 350 jenis binatang. Buku ini dipandang sejarawan sains sebagai karya besar dan terpenting yang telah disumbangkan oleh Al-Jahiz bagi peradaban manusia moden. Secara khusus, Al-Jahiz telah menguraikan teori evolusi dalam bukunya itu. Teori itu diasaskan pada pengaruh lingkungan terhadap binatang.

Dalam buku itu, Al-Jahiz membincangkan perkara mengenai peniruan haiwan iaitu sesetengah parasit menyesuaikan warnanya mengikut haiwan yang ditumpanginya.
Beliau juga menulis panjang lebar mengenai pengaruh cuaca dan diet manusia serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup di persekitaran geografi dan kawasan yang berbeza.
Beliau turut membincangkan mengenai komunikasi di antara haiwan, psikologi dan tahap intelek serangga dan beberapa spesies haiwan. Selain itu, beliau menyediakan turutan yang lengkap mengenai organisasi sosial serangga yang diperoleh daripada pemerhatiannya. Antaranya bagaimana serangga menyimpan biji-bijian di dalam sarang yang tidak rosak pada musim hujan.

Beliau juga membincangkan sesetengah serangga bertindak balas terhadap cahaya dan telah menggunakan maklumat ini untuk mencadangkan satu kaedah memerangkap nyamuk dan lalat. Pada awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor.

Dalam Kitab al-Hayawan juga, Al-Jahiz adalah orang pertama yang mengeluarkan idea bahawa habitat haiwan mempengaruhi kehidupan dan bentuknya, yang mana dikemudian hari hal ini menjadi teori dasar dari pembentukan Teori Evolusi Darwin dan merupakan hal yang tidak dapat dijawab oleh Charles Darwin. Al-Jahiz menganggap bahawa dampak lingkungan berpengaruh terhadap kemungkinan seekor binatang untuk bertahan hidup, dan hal pertama yang dilakukan ialah menggambarkan perjuangan untuk keeksistensiannya dari keberlangsungan seluruh alam semenjak nenek moyang haiwan tersebut.Kesimpulan dari teori Al Jahiz tentang perjuangan untuk eksistensi dalam Kitab al-Hayawan telah diringkas seperti berikut:

"Haiwan harus berjuang untuk kewujudannya (jenisnya), untuk sumber daya yang tersisa, untuk menghindari dimakan dan untuk berkembang membiak. Faktor lingkungan turut mempengaruhi suatu haiwan untuk mengembangkan keturunan baru untuk memastikan kelangsungan hidup jenisnya akan berubah menjadi jenis yang baru. Haiwan yang bertahan akan berkembang membiak dan mewariskan kerakter (hasil perjuangan) mereka kepada keturunan. "

Al-Jahiz juga yang pertama untuk membahas tentang rantai makanan, dan menulis contoh berikut dari rantai makanan:

"Nyamuk akan pergi mencari makanan mereka, yang mereka tahu secara naluri alamiah (insting) bahwa darah adalah hal yang membuat mereka tetap hidup. Begitu mereka melihat gajah, kuda nil atau hewan lain, mereka tahu bahwa kulit telah dibentuk untuk melayani mereka sebagai makanan, dan jatuh di atasnya, mereka menusukan giginya sampai dia yakin bahwa kedalamannya telah cukup untuk menghisap darah. Begitu juga lalat, walaupun mereka hinggap pada berbagai jenis makanan, namaun pada prinsipnya melakukan hal yang sama dengan nyamuk. Dan pada kesimpulannya, semua hewan tidak bisa bertahan tanpa makanan, ada yang dengan berburu hewan dan ada yang diburu. "

Pada abad ke-11, al-Khatib al-Baghdadi menuduh Al-Jahiz telah menjiplak beberapa bahagian dari Kitab Haiwan karya Aristoteles, tapi para ahli moden telah menemukan bahawa pengaruh Aristoteles sedikit sekali dalam hasil karya Al Jahiz (al-Baghdadi mungkin tidak begitu memahami dengan karya Aristoteles secara mmendalam) pada subjek. Secara khusus, bahkan dikatakan bahawa Aristoteles tidak memilki pengaruh apapun dalam teori yang dikemukan Al Jahiz mengenai seluruh alam, lingkungan dan rantai makanan.

Al-Jahiz kembali ke Basra setelah menghabiskan lebih dari lima puluh tahun di Baghdad. Beliau meninggal di Basra pada 869 Masihi. Penyebab pasti kematian-Nya tidak jelas, tetapi kisah popular adalah bahawa sebuah kemalangan, di mana buku-bukunya di perpustakaan peribadinya terjatuh lalu terguling dan menghimpitnya. Beliau meninggal pada usia 93 tahun. Dikatakan juga bahawa beliau menderita sakit dan meninggal pada bulan Muharram.

Sebanyak 87 lembaran daripada buku Book of Animals (kira-kira satu pertiga daripada teks asal yang ditulis oleh al-Jahiz) kini dipelihara dan disimpan di Perpustakaan Ambrosiana Library di Milan, Itali. Koleksi itu (salinan daripada naskhah asal) bertarikh kurun ke-14 dimiliki oleh pemilik terakhir, Abd al-Rahman al-Maghribi, tahun 1615. Lembaran daripada buku Book of Animals itu mengandungi lebih 30 ilustrasi dalam bentuk kecil.

6.0 KARYA-KARYA AL-JAHRIZ

6.1 Kitab al-Bukhala (Kitab Misers atau keserakahan & ketamakan)
Kumpulan cerita tentang serakah. Humoris dan menyindir, itu adalah contoh terbaik dari gaya prosa Al-Jahiz. Kitab ini mencerminkan penelitian mendalam dari seorang manusia psikologi. Al-Jahiz menertawakan guru-guru sekolah, pengemis, penyanyi dan ahli-ahli Taurat untuk perilaku serakah mereka. Banyak cerita dari buku ini yang terus dicetak ulang dalam majalah di seluruh dunia yang berbahasa Arab. Buku ini dianggap sebagai salah satu karya terbaik Al Jahiz.

6.2 Kitab al-Bayan wa al-Tabyin (Buku kefasihan dan Penjelasan)
Al-Jahiz dianggap sebagai salah satu penulis yang paling terkenal sepanjang masa, kerana dia seorang yang diyakini telah menulis sepanjang hidupnya sekitar 360 buku, dari seluruh lapisan pengetahuan dan hikmat waktunya, al bayan wa al-tabyin yang secara harfiah berarti Fasih dan Penjelasan, adalah salah satu karya terakhirnya, di mana ia mendekati berbagai mata pelajaran, seperti pengalaman luar biasa, pidato retoris, pemimpin sektarian, pangeran, serta memberikan perlakuan sinis dan gila dari orang bodoh. Hal ini juga melahirkan sebuah buku di mana ia menyatukan keterampilan dan kefasihan bahasanya, seni keheningan dan seni puisi. Buku ini dianggap salah satu karya teori sastra dan kritik sastra bahasa Arab paling awal.

6.3 Kitab al Jawari wal Moufakharat Ghilman (Kitab puji-pujian dari selir dan kasim)

Dalam bahasa Arab kata jawari adalah jamak dari jariya, bererti seorang hamba perempuan, yang dalam bahasa kita hari ini dikenali atau dipanggil "selir". Ada dua jenis hamba perempuan: jariya - salah satu yang mengelola rumah tangga dan menjalankan tugas sehari-hari, adalah contoh pertama. Contoh kedua dulu disebut qina (juga dieja qaena). Mereka adalah jariya yang memiliki kemampuan untuk bernyanyi, yang menempatkan dirinya di atas jariya biasa. Seringkali, gadis jenis itu mendapatkan banyak duit dan bermetafora menjadi seorang yang mewah dan pedagang kaya. Kata lain dalam judul, ghilman, adalah jamak dari ghoulam kata yang mungkin diterjemahkan kasim, castrato, atau pelayan lelaki. Bagi kebanyakan ahli kitab puji-pujian pada selir dan kasim adalah buku nakal dari sensualitas, dalam buku ini Al Jahiz menceritakan kita dengan cerita-cerita yang bersifat erotis yang berhubungan dengan persepsi seksualitas pada zamannya.

6.4 Mufakharat Risalat al-sudan 'ala al-bidan (Keunggulan Si Hitam dari Si Putih)
Al-Jahiz menulis seperti berikut pada orang yang kulit hitam:
"Kami (dalam cerita ini ialah Etiopia) telah menaklukkan negeri orang Arab sejauh Mekah dan memerintah mereka yang telah dikalahkan. Kami mengalahkan Dzhu Nowas (Seorang Raja Yahudi Yaman) dan membunuh semua Keluarga Kerajaan, tetapi Anda, Si Putih, tidak pernah menaklukkan negeri kami. Suku kami, Zenghs (Negro dari Pantai Timur Afrika) memberontak empat puluh kali di Eufrat, mendorong penduduk dari rumah mereka dan membuat Oballah mandi darah penting. Si Hitam kuat secara fisik tidak dan tidak ada suku lain yang mengalahkannya. Seorang Hitam bisa mengangkat batu berat dan membawa beban yang lebih besar daripada yang dapat dilakukan oleh beberapa orang Si Putih. Mereka berani, kuat, dan berbagai generasi telah menjadi saksi akan kehebatan dan kurangnya kelemahan mereka. Si Hitam berkata kepada orang Arab, 'Sebuah tanda kebiadaban Anda adalah bahwa ketika Anda kafir Anda menganggap kami sama dengan perempuan ras Anda. Setelah menganut Islam, Anda pikir kebalikannya. Meskipun ini segerombolan padang pasir dengan jumlah laki-laki kami yang menikah dengan wanita Anda dan yang menjadi pemimpin dan membela Anda melawan musuh Anda '".

6.5 The Essays
Dalam Essay, beliau menulis sebuah bab berjudul "Pada" Zanj, di mana Zanj berarti orang kulit hitam, yang ia memuji dan menggunakan determinisme lingkungan untuk menjelaskan mengapa mereka berkulit hitam :

"Semua orang setuju bahawa tidak ada orang di bumi yang kemurahan hati adalah sebagai universal juga dikembangkan sebagai Zanj. Orang-orang ini memiliki bakat alami untuk menari mengikuti irama rebana, tanpa perlu mempelajarinya. Tidak ada penyanyi yang lebih baik di mana saja di dunia, tidak ada orang yang lebih halus dan fasih, dan tidak ada orang yang kurang diberikan kepada bahasa menghina ketangguhan. lainnya No bangsa dapat melampaui tubuh mereka dalam kekuatan fisik dan. Salah satu dari mereka akan mengangkat blok besar dan membawa beban berat yang akan melebihi kekuatan Badui sebagian besar atau anggota ras lain.. Mereka berani, energik, dan murah hati, yang merupakan kebajikan bangsawan, dan juga baik-marah dan kecil dengan kecenderungan untuk jahat Mereka selalu ceria, tersenyum, dan tanpa niat jahat, yang tanda karakter yang mulia. "

"Para Zanj mengatakan bahawa Tuhan tidak membuat mereka hitam untuk menjelekkan mereka, melainkan mereka adalah lingkungan yang membuat mereka begitu. Bukti terbaik dari hal ini adalah bahwa ada di antara suku-suku Arab hitam, seperti Bani Sulaim bin Manshur, dan bahwa semua bangsa menetap di Harra, selain Bani Sulaim berwarna hitam. Ini suku mengambil budak dari antara mereka pikiran Ashban untuk ternak dan irigasi untuk pekerjaan manual, tenaga kerja, domestik dan pelayanan, dan istri dari antara Bizantium; dan namun memakan waktu kurang dari tiga generasi untuk Harra untuk memberi mereka semua kulit dari Bani Sulaim. Harra ini adalah seperti bahwa rusa, burung unta, serangga, serigala, rubah, domba, keledai, kuda dan burung yang tinggal di sana semua hitam dan. Putih hitam adalah hasil dari lingkungan, sifat alami dari air dan tanah, jarak dari matahari, dan intensitas panas. Tidak ada pertanyaan tentang metamorfosis, atau hukuman, pengrusakan atau mendukung dijatuhkan oleh Allah,. Selain tanah dari Bani Sulaim memiliki banyak kesamaan dengan negeri Turki, di mana unta, kuda beban, dan segala sesuatu milik orang-orang ini sangat mirip: segala sesuatu dari mereka memiliki tampilan Turki. "

7.0 BIDANG-BIDANG LAIN YANG DICEBURI AL-JAHRIZ

7.1 Botani

Botani merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mempelajari seluruh aspek biologi tumbuh-tumbuhan. Mempelajari tentang Botani mencapai puncak kejayaannya di Sepanyol. Tidak hairanlah, bila sumbangan terbesar dalam botani diberikan umat Muslim di Sepanyol. Peradaban Islam di tanah Eropah itu telah melahirkan sejumlah ahli botani yang amat terkemuka.

Beliau telah menulis buku Al-Zar’u wa al Nakhl dan Al-Ma’adin. Perbahasan buku ini menerangkan keadaan tumbuhan, ia juga menyentuh masalah tanah dan serangga.

7.2 Antropologi

Beliau juga telah mengarang buku Al-Bukhala, Al-Masail dan Al-Nisa yang mana buku ini telah menyentuh perbezaan biologi dan kemasyarakatan antara wanita dan lelaki.


7.3 Ekonomi/Perdagangan

Beliau telah menghasilkan karya yang bertajuk al-Tabsir fi al-Tijarah fi Wasfi ma Yastazrofu fi al-Buldan min al-Amti’ah al-Roqiqah wa al-A’laqu al-Nafsiah wa al-Jawahir Saminah. Buku ini menyentuh rawatan terhadap ekonomi, perdagangan, harga barang dan bentuk penyelewengannya.

7.4 Adab

Hasil beliau terlalu banyak dalam bidang ini dan antaranya buku Al-Bayan wa Tabyin dan Al-Taj.

7.5 Geografi

Banyak karya-karya beliau telah hilang di bidang ini seperti kitab al-Amshor wa Ajaibu al-Buldan yang dikenal pasti oleh al-Muqaddasi dengan nama al-Mudun al-Asru al-Kubra.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, ketokohan Al-Jahriz telah memberikan banyak pengajaran dan nilai-nilai murni yang patut dicontohi oleh semua umat Islam. Beliau seorang yang cintakan ilmu pengetahuan dan tidak mudah berputus asa telah berjaya memulakan kariernya sebagai seorang penulis dan antara tulisannya yang paling tersohor ialah Kitab al-Hayawan atau pun lebih dikenali sebagai Book of Animals. Beliau menerima 5, 000 dinar emas dari pegawai yang menerima buku Book of Animals. Selain itu, Al-Jahiz juga telah menulis lebih 200 naskhah buku tetapi hanya 30 naskhah dapat diselamatkan. Hasil kerjanya meliputi bidang zoologi, tata bahasa Arab, puisi, retorika dan kamus. Beliau dianggap sebagai salah seorang saintis Islam yang menulis mengenai saintifik dan subjek yang kompleks untuk orang kebanyakan.

Beliau juga merupakan seorang yang pandai menghargai pemberian seseorang dan seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru. Contohnya, dikatakan Al-Jahiz belajar membaca dan menulis pada awal usia dan menceritakan bagaimana ibunya memberinya ‘sedulang’ kertas nota dan memberitahunya bahawa kertas-kertas itu boleh menyara hidupnya kelak.

Dari sini saya dapat menyimpulkan satu kesimpulan bahawa semua perkara yang hebat banyak dicipta dan datangnya dari seorang ilmuan yang beragama Islam. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah berbangga menjadi seorang Islam bukannya malu dengan agama kita.

Ilmuan Barat kebanyakkannya menciplak dan mengubah teori yang dicipta dan diselidik oleh ilmuan Islam. Contohnya, idea Al-Jahriz yang mencetuskan berbagai teori seperti evolusi, pilihan alam, perjuangan untuk hidup (struggle for existence), serta rantai makanan, pada abad ke 9 Masihi iaitu ratusan tahun sebelum pakar biologi Barat mengkaji. Sayangnya, buah fikirannya itu telah didakwa milik peradaban Barat. Ironisnya, umat Islam di era moden tidak mengetahui pencapaian ilmuan Islam di era keemasan.

Tidak hairanlah jika sekolah-sekolah di negara Islam di dunia ini tidak mengajar tentang penemuan penting itu kepada para pelajarnya. Para pelajar hanya diajar ilmu biologi Barat yang telah ‘mencuri’ buah pemikiran ilmuan Islam. Akibatnya, mereka lebih mengagumi Barat berbanding pencapaian ilmuan Islam pada era kekhalifahan. Gagasan tulen Al-Jahiz mengenai teori penting dalam ilmu biologi itu, dipaparkannya dalam Kitab Al-Hayawan (buku tentang binatang). Justeru itu, umat Islam haruslah lebih berusaha supaya kita tidak ditindas oleh golongan Barat.

Akhir sekali, kita haruslah mencontohi peribadi Al-Jahriz yang cinta akan ilmu, tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk berjaya sehingga beliau telah berjaya mencipta dan menemukan sesuatu teori yang hebat yang belum ditemui oleh orang-orang Barat. Selain itu, kita sebagai umat Islam haruslah berbangga dengan penemuan-penemuan yang ditemui oleh ilmuan-ilmuan Islam kerana tanpa mereka tidak adalah penemuan dan teori-teori yang terhebat.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment