Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Tamadun Islam Adalah Bersifat Wasatiyyah (Sederhana)

PENDAHULUAN

Kepimpinan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ialah 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat. 

Gagasan 1Malaysia adalah satu agenda yang merangkumi pakej perpaduan, pembangunan, kemakmuran, keamanan dan keselamatan. Selaras dengan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. 1Malaysia adalah kesinambungan usaha Kerajaan membina Negara bangsa yang bersatupadu serta memiliki sahsiah yang kukuh. 

Justeru, Gagasan 1Malaysia adalah selaras dengan semangat yang ditunjukkan oleh sirah Rasulullah (Sallallahu ‘alihi wa sallam) dalam pembentukan Negara dan tamadun Islam di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan dan mempertahankan kebebasan beragama, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan Islam yang berpayung di bawah pemerintahan Negara Madinah. 

Kecemerlangan masyarakat Madinah yang telah diperkenalkan oleh Rasulullah (Sallallahu ‘alihi wa sallam) dan para sahabat telah diakui oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala). sebagaimana disebut dalam surah Ali Imran, ayat 110 yang bermaksud:

“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah”. 

Dalam surah Al-Baqarah, ayat 143 pula ada menjelaskan bahawa umat cemerlang adalah “umat pertengahan” (ummatan wasata)iaitu umat yang adil, yang tidak berat sebelah baik di dunia mahupun di akhirat, tetapi seimbang antara keduanya sebagaimana firman Allah (Subhanahu wa ta’ala). yang bermaksud :

“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat Islam) “umat pertengahan” agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”. 

Mengambil maklum dan iktibar dari ayat-ayat suci itu, maka dapatlah ditegaskan di sini bahawa “wasatiyyah”adalah satu pendekatan yang sangat dituntut oleh Islam. Pendekatan ini bersifat komprehensif dan bersepadu yang mampu menyelesaikan tuntutan dan permasalahan ummah. 

Pendekatan wasatiyyah adalah suatu pendekatan mengamalkan ajaran Islam secara berimbang dan syumul dalam segenap bidang kehidupan individu dan masyarakat, dengan mempertingkatkan kualiti hidup ummah di bidang pembangunan ilmu pengetahuan, pembangunan insan, perpaduan, ekonomi dan kewangan, undang-undang dan kenegaraan, pertahanan dan sebagainya. 

TAKRIF

Wasatiyyah ataau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang di terapkan oleh Islam kepasa umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan kita serta merupakan elemen yang sangat penting dalam Islam. Islam menolak semua unsur ekstremisme dalam kehidupan manusia. Sikap melampau bukan sahaja ditegah dalam aspek kehidupan di dunia seperti pemakanan, mengumpul harta dan sebagainya. Malahan, dalam aspek keakhiratan seperti beribadat dan berzikir, sekiranya dilakukan secara melampau, juga tidak dibenarkan. Oleh itu, Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam pun turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka. 

ISTILAH

Dari segi bahasa perkataan “wasatiyyah”adalah masdar atau “kata terbitan” dari perkataan “al-wasat”. Dari perkataan “al-wasat”terbit pula perkataan “al-Awsat” ismtafdilyang bermaksud sangat adil dan tidak melampau. Perkataan lain dalam Bahasa Arab yang sama dengannya ialah “I’tidal”bererti “tidak melampau” (rigid, ketat) dan tidak cuai (longgar). 
Allah Subhanahu wa ta’ala telah memartabatkan umat Islam sebagai “ummatan wasata” iaitu umat pertengahan, terpilih, adil dan cemerlang. Perkara ini dirakamkan dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud:

“ Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammmad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”. 

Begitu juga Rasulullah (Sallallahu ‘alihi wa sallam) telah menyebutkan perkataan “pertengahan” ini dalam sabdanya yang bermaksud:

“ Sebaik-baik perkara itu ialah yang paling pertengahan. ”

Namun ini tidak pula bermakna umat Islam mesti bersederhana dalam melaksanakan akidah Islamiyyah. Ertinya beriman kepada semua rukun iman secara sederhana sahaja dan tidak benar-benar yakin. Keimanan kepada Allah dan semua rukun iman mestilah dilakukan dengan penuh yakin tanpa sebarang keraguan. Keimanan yang tidak kukuh dan ragu-ragu tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. 

Dalam Bahasa Inggeris “Wasatiyyah” yang berasal dari perkatan “Wasat” bererti “middle” atau “balance”. Manakala perkataan “Awasat” pula bererti “the mid ofeverything”. Begitu juga “virtue” ditakrifkan sebagai “the midbetween two bad characters or two bad extrems”. 

Selain itu, Dr Yusof al-Qaradhawitelah menyenaraikan 4 makna sebenar istilah wasatiyyah iaitu yang pertama umat yang adil, kedua umat yang konsisten, ketiga umat contoh dan keempat umat yang kuat. 

Bagaimanapun konsep “pertengahan” ini haruslah ditafsirkan secara positif, terutamanya dalam meletakkan kedudukan umat Islam di dalam dunia global, teknologi dan ilmu serta di dalam persaingan ekonomi, juga dalam membina peradaban dan tamadun manusia sejagat sesuai dengan risalah atau misi Islam itu sendiri. 

CIRI

1. Wasatiyyah Dalam Al-Quran

Al-Quran menggunakan wasatiyyah dengan pengertian pertengahan, sederhana dan berimbang antaranya di dalam surah al-Furqan, ayat: 67 :

“Dan mereka yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah Antara yang demikian. ”

“Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu (kebahagian negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu”. (Surah Al-Qasas, ayat: 77)

2. Wasatiyyah Dalam Al-Sunnah

Kita dapat melihat kesederhanaan Rasulullah (s. w. a) dalam beberapa aspek kehidupan umat Islam di zamannya antarannya:

i. Penolakan cara hidup keperibadian yang melampau:

 Apa yang dimaksudkan dengan cara hidup keperibadian yang melampau ialah mengharamkan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan seperti berkahwin, pembangunan dan sebagainya, Al-Tabrani meriwayatkan daripada Uthman bin Maz’un bahawa ia telah berkata:

“ Wahai Rasulullah, izinkan saya untuk melakukan pengasian (ikhtisa’) supaya keinginan seks akan hapus. ”

Maka Rasulullah (Sallallahu ‘alihi wa sallam) bersabda kepadanya “ Wahai Uthman, sesungguhnya Allah telah menukarkan kehidupan keperibadian kepada agama Hanif yang mudah. ”

 Rasulullhan (Sallallahu ‘alihi wa sallam) menolak amalan rigid dan terlalu serius di tempat-tempat yang memerlukan kerehatan, berhibur, ketawa dan gurauwan. 

 Begitu juga Rasulullah (Sallallahu ‘alihi wa sallam) memberi keizinan untuk bermain muzik, menyanyi dan menari pada majils-majlis seperti kahwin, hari raya dan rehat. Pernah Rasulullah (Sallallahu ‘alihi wa sallam) membernarkan orang-orang Habsyi menari di Masjid Nabawi sempena kedatangan hari raya, lalu baginda bersabda:

“Supaya orang Yahudi tahu bahawa agama kita adalah mudah. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama Hanif yang mudah (hanif dalam akidah dan mudah dalam hokum hakam)” (Hadis riwayat Ahmad)

ii. Pertengahan Antara hak Allah, hak diri dan hak-hak makhluk:

Rasulullah (Sallallahu ‘alihi wa sallam) menentang tabiat melampau dalam menunaikan ibadat puasa, solat berzikir dan membaca al-Quran sehinggan melakukan kezaliman ke atas hak diri, hak keluarga dan hak masyarakat. Baginda juga berpendapat bahawa keadilan itu ialah memberi kepada setiap yang mempunyai hak akan haknya, tanpa lebih dan tanpa kurang. Sebagaimana baginda Rasulullah lakukan kepada Abdullah bim Amr ketika beliau terlalu melampau dalam beribadat, lalu baginda bersabda kepadanya:

“Sesungguhnya bagi badan kamu ada hak ke atas kamu; bagi mata kamu ada hak ke atas kamu; bagi keluarga kamu ada hak ke atas kamu dan bagi pelawat rumahmu ada hak ke atas kamu. ”

Dan dalam riwayat Tirmizi: “Oleh itu maka tunikanlah hak kepada orang yang mempunyai haknya. ”

ASAS

Konsep wasatiyyah jelas dapat dilihat dalam semua aspek. Ia terbahagi kepada empat bentuk. Pertama, wasatiyyah dalam aspek akidah. Kedua, wasatiyyah dalam aspek akhlak. Ketiga, wasatiyyah dalam aspek kehidupan. Keempat, wasatiyyah dalam aspek perundangan. 

1. Wasatiyyah dalam akidah
Dalam akidah Islam mengutarakan jalan pertengahan Antara mereka yang menginkari wujudnya Tuhan dan mereka menganggap bahawa kehidupan di dunia ini adalah terjadi secara kebetulan sahaja sebagaimna dirakamkan di dalam al-Quran, surah al-Mu’minun ayat 37 yang bermaksud:

“(Kehidupan itu) tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan tidak akan dibangkitkan (lagi)”. (Surah al-Mu’minin, ayat: 37)

Selain itu, terdapat juga golongan yang percaya banyak tuhan, mereka mensyirikan Allah dengan tuhan-tuhan yang lain. Akidah Isalam menjelaskan dengan terang sekali bahawa sesungguhnya Allah itu Tuhan Yang Tunggal, ianya Tuhan Yang Disembah dan tidak ada yang lain selain-Nya sebagimana firman Allah (Subhanahu wa ta’ala) yang bermaksud:

“Katalah (Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah tempat meminta segala sesuatu (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia. ” (Surah al-Ikhlas, ayat: 1 – 4)

2. Wasatiyyah dalam akhlak
Wasatiyyah dalam bidang akhlak ialah berada di pertengahan antara dua eksterm iaitu golongan pertama mengamalkan hidup bebas lepas tanpa ikatan nilai-nilai murni, manakala golongan. Kedua pula rigid dan ketat dalam mengamalkan nilai-nilai murni. Maka wasatiyyah dalam akhlak Islam ialah berada di tengah-tengah antara tidak bakhil dan tidak pula membazir; tidak membangga diri dan tidak pula menghina diri; tidak penakut dan tidak berani membuta tuli. Asas akhlak ini merujuk kepada firman Allah (Subhanahu wa ta’ala) yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan jangan (pula) engkau terlalu menghulurkannya (sangat pemurah) nanti kamu menjadi tercela dan menyesal”. (Surah al-Isra’, ayat: 29)

Dan firman Allah (Subhanahu wa ta’ala) yang bermaksud: “Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih) orang-orang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak (pula) kedekut, di antara keduanya secara wajar”. (Surah al-Furqan, ayat: 67)

3. Wasatiyyah dalam kehidupan
Hubungan manusia dengan kehidupan hendaklah berasakan pertengahan antara kebendaan semata yang berteraskan makan, minum, nafsu shahwat, pengumpulan harta kekayaan, pangkat dan kedudukan. Manakala kerohanian semata seperti menolak keduniaan secara menyeluruh; tidak mahu berkahwin, tidak mahu berusaha mencari rezeki dan sebagainya maka Islam telah menetapkan jalan pertengahan sebagaimna firman Allah (Subhanahu wa ta’ala) yang bermaksud:

“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi jangnalah kamu lupakan bahagianmu di dunia ini”. (Surah al-Qasas, ayat: 77)

“apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurniaan Allah”. (Surah al-Jum’ah, ayat: 10

Katakanlah (Muhammad), sipakah yang pengharamankan perhiasan daripada Allah yang telah disediakan untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik-baik”? (Surah al-A’raf, ayat: 32)
4. Wasatiyyah dalam perundangan
Dalam menggubal undang-undang negara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia, Islam tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia tanpa adanya batasan dan sempadan. Justeru Islam menetukan dengan jelas perkara tertentu manakala dalam bidang-bidang tertentu pula di beri kebebasan sepenuhnya kepad manusia untuk menentukan undang-undang. Dalam bidang yang ditetapkan oleh Syara’ maka akal tidak mampu untuk memahami sepenuhnya hikmah di sebalik peraturan tersebut seperti ibadat-ibadat khusus yang tidak terikat dengan masa dan tempat. Ianya bersifat tetap dan tidak berubah. Manakala peraturan yang terikat dengan maslaht-maslaht tertentu seperti pentadbiran Negara dan sebagainya maka Islam memberi runag untuk berijtihas untuk kepentingan ummah. 

KESIMPULAN

Wasatiyyah ialah elemen yang sangat penting dalam Islam. Islam menolak semua unsur ekstremisme dalam kehidupan manusia. Islam amat menitikberatkan kesederhanaan dalam semua perkara kerana sifat kesederhanaan ini sesuai dengan fitrah manusia. Dalam aspek pemakanan umpamanya, Allah Subhanahu wa ta’ala. menyuruh manusia makan dan minum dari makanan dan minuman yang baik. Namun pada masa yang sama juga Allah Subhanahu wa ta’ala. mengingatkan manusia agar tidak melampaui batas. 

Melampaui batas dalam apa jua aktiviti sekalipun, termasuk dalam pemakanan merupakan sesuatu yang membahayakan diri manusia. Hal ini termasuk melakukan ibadat. Sikap melampaui batas dalam beribadat akhirnya akan menyebabkan seseorang berasa susah, tertekan dan akhirnya menjadi jemu. 

Namun ini tidak pula bermakna umat Islam mesti bersederhana dalam melaksanakan akidah Islamiyyah. Ertinya beriman kepada semua rukun iman secara sederhana sahaja dan tidak benar-benar yakin. Keimanan kepada Allah dan semua rukun iman mestilah dilakukan dengan penuh yakin tanpa sebarang keraguan. Keimanan yang tidak kukuh dan ragu-ragu tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. 

RUJUKAN

Basri, G. (2008). Dinamika Tasawwur Islam Dalam Pembentukan Keperibadian Umat. Bandar Seri Begawan: Pusat Penerbitan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. 
Salleh, M. S. (2003). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn Bhd. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment