Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Etika, Sains Dan Teknologi Dalam Islam

PENDAHULUAN
Etika, sains dan teknologi dalam Islam; frasa ini ibarat satu simpulan erat yang tidak mungkin mampu dipisahkan. Ketiga-tiga unsur ini diinspirasikan daripada Al-quran dan As-Sunnah dan telah terlebih dahulu diamalkan oleh umat para Anbiya’ sebelum datangnya Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Setelah kedatangan Islam yang hadir untuk melengkapkan agama-agama yang lain, etika, sains dan teknologi semakin berkembang pesat dan maju. Manusia semakin giat menjalankan kajian untuk menambah baik nilai kehidupan. Penciptaan kapal terbang, penerokaan ke ruang angkasa, penemuan fosil dan sebagainya menarik minat lebih ramai individu untuk mendalami ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang sememangnya luas. Namun begitu, sejurus dengan arus permodenan yang dicapai, manusia semakin terlupa akan hakikat sains dan teknologi yang sentiasa terikat dengan etika PenciptaNya. Islam tidak mengahalang umatnya untuk sentiasa mengmabngkan ilmu pengetahuan. Namun begitu, jika ianya tidak disandarkan kembali kepada dua petunjuk utama, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, sudah pasti, segala kejayaan dan penemuan dalam cabang ilmu ini tidak mampu diraih sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, etika, sains dan teknologi haruslah bergerak seiring di atas jalan kebenaran yang telah Islam gariskan. 

DEFINISI
1) ETIKA

Istilah etika secara etimologis berasal dari bahasa Yunani, etos yang membawa makusd kebiasaan atau adat. Istilah etika pertama kali dalam sejarah yang tertulis diperkenalkan oleh ahli falsafah Yunani, Aristoteles melalui karyanya yang berjudul Etika Nicomachiea. Buku tersebut berisikan tentang ukuran ukuran perbuatan. 

Ditinjau dari sudut asal katanya, etika adalah kajian terhadap kebiasaan manusia. Dalam penemuan tersebut, etika tidak hanya membahas kebiasaan yang semata mata berdasarkan sebuah tata cara tetapi juga membahaskan kebiasaan (adat) yang diamalakan oleh sesuatu kelompok masyarakat. Sehingga dapat dikatakan bahwa yang hendak diketahui dengan penyelidikan oleh etika itu sendiri adalah kebiasaan kebiasaan dari sudut moral atau tatasusila. Oleh hal yang demikian, etika sering ditafsir sebagai kajian mengenai baik buruk dalam tingkah laku manusia. 

Beberapa ahli sastera mengatakan bahwa etika sendiri adalah cabang filsafat yang mempelajari tentang pandangan-pandangan dan persoalan-persoalan yang berhubungan dengan masalah kesusilaan (moral issue). Sehinggam dapat pula disebut bahwa etika adalah penyelidikan yang dilakukan dengan bijaksana atau penyelidikan falsafah terhadap kewajiban kewajiban manusia dan segala hal yang baik dan buruk. 

Manakala, etika dalam Islam disebut akhlak. Berasal dari bahasa Arab al-akhlak yang merupakan bentukjamakdari al-khuluq yang berartibudipekerti, tabiat atau watak yang tercantum dalam al-qur’an sebagai konsideran. (Pertimbangan yg menjadi dasar penetapan keputusan, peraturan)
“ Sesungguhnya engkau Muhammad berada di atas budi pekerti yang agung” (Q. S Al-Qalam: 4)

2) SAINS

Kata sains berasal dari bahasa Latin scientia yang berarti "pengetahuan" atau "mengetahui". Dari kata ini terbentuk katascience (Inggeris). Sains dalampengertian sebenarnya adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari berbagai fenomena alam sehingga rahsia yang dikandungnya dapat diungkap dan difahami. 

Menurut konsep Islam sains harus berorientasi pada nilai-nilai tertentu. 

Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 109 “Sumber ilmu adalah Allah, manusia hanya diberikan sedikit saja dari ilmuNya”

Sains dalam Islam adalah sebagai sarana untuk mencapai kebahagiaan dunia akhirat dan sebagai kunci kebangkitan Islam oleh hal yang demikian, umat Islam harus menempatkan sains sebagai keperluan primer bukan sekunder. Mempelajari sains adalah fardhu kifayah bagi mencukupkan kemaslahatan umat. 

Sains dalam Islam juga harus didasari dengan nilai-nilai agama yang universal agar dapat memberikan kemaslahatan bagi umat manusia, sains yang tidak didasari noleh nilai-nilai agama pasti akan membawa kehancuran, kerusakan dan kesengsaraan bagi umat manusia. 

TEKNOLOGI

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek technología; dari Téchnē, yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan logía, yang bermaksud "pembelajaran, kajian". 

Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. 

Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau ciptaan barang-barang material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Medina sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam. AlQur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? " (Luqman:20)

1) ETIKA, SAINS DAN TEKNOLOGI TERAS KETAMADUN ISLAM

Kegiatan sains dan teknologi dalam Tamadun Islam sememangnya memaikan peranan yang sangat signifikan. Seperti juga dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain, manusia sentiasa dibimbing oleh peraturan-peraturan al-Quran dan Hadith Nabi Muhamad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Hal ini menunjukkan betapa Islam meraikan perbezaan dan kemajuan umatnya. 

Terdapat banyak kisah penemuan sains pada era kegemilangan ketamadunan Islam suatu ketika dahulu. Salah satunya yang dapat saya petik ialah kita seorang sarjana Islam yang tidak asing lagi, iaitu Al-Razi. 

Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia, Muhamad Abu Zakaria al-Razi, bapa Kimia Arab, dikatakan telah diperintahkan oleh khalifah untuk membuat racun arsenik, namun beliau telah menolaknya kerana arsenik boleh membunuh kehidupan. 

Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan satu pendekatan di mana usaha dilakukan dengan sedar untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk kesejahteraan manusia dengan mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan ekologi. 

Tindakan yang telah diambil oleh Al-Razi membuktikan sians dan teknologi yang selari dengan etika Islam sama sekali tidak bertujuan untuk memudaratkan manusia. Bahkan, jelas memaparkan bahawa Islam adalah agama yang sentiasa menyantuni dan bukan merosakkan. 

Sekaligus, secara tidak langsung, pendekatan bijaksana yang dilakukan oleh Al-Razi menyebabkan umat Islam masa kini dipandang tinggi oleh umat agama lain. Ternyata, Islam bukanlah agama yang menjadi punca perbalahan atau kerosakan di muka bumi. 
Namun begitu, sekira pendekatan dan usaha yang telah dilaksanakan oleh ilmuwan dan pejuang-pejuang sains dan teknologi Islam pada zaman dahulu dipandang enteng dan tidak diteladani oelh umat Islam masa kini, maka nilai-nilai etika Islam akan semakin lenyap ditelan zaman lalu dipelopori oleh sarjanawan Barat yang gemar memanipulasi kenyataan. 

2)ETIKA ISLAM MENDORONG KEPADA AKTIVITI SAINS DAN TEKNOLOGI YANG ERGONOMIK

Etika Islam sentiasa menitikberatkan unsur ergonomic demi kepentingan sejagat. Begitu juga dari sudut penyelidikan dalam bidangn sains dan teknologi. Kini, keperluan hidup manusia semakin mendorong kita untuk sentiasa meneroka dan mengembangkan penemuan baru untuk kemudahan bersama. 

Sebagaimana umum sedia maklum, proses pengklonan haiwan dan tumbuhan semakin mendapat tempat di seluruh negara. Saintis dalam dan luar negara giat menjalankan kajian bagi menambahbaik baka-baka tersebut demi kepentingan manusia. Namun begitu, masih timbul persoalan sama ada hal ini bertepatan atau bercanggah dengan etika Islam sepertimana yang dianjurkan Al-quran dan As-Sunnah. 

Islam membenarkan proses pengklonan tumbuhan dan haiwan, tetapi proses ini adalah hanya bertujuan untuk meningkatkan produktiviti tumbuhan atau haiwan tersebut semata-mata. Islam tidak sama sekali menganjurkan kearah kerosakan. Sekiranya proses tersebut menyebabkan kerosakan keatas tumbuhan atau berunsur penyeksaan terhadap haiwan, maka ia menyebabkan hal ini menjadi haram. 

Satu persidangan khusus oleh cendekiawan Islam bersama dengan pertubuhan pengamal perubatan Muslim Kuwait yang diadakan di Casabalanca pada tahun 1998 telah mencapai kata sepakat bahawa pengklonan tidak mencabar dan mempersoalkan kepercayaan Islam. 

Majoriti ulama bersetuju bahawa pengklonan dibenarkan dalam kes tumbuhan dan haiwan sahaja, tidak kepada manusia. Ini kerana, pengklonan manusia akan membawa kepada masalah moral dan sosial yang kompleks. 

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berhati-hati dalam menjalankan penyelidikan dalam apa jua bidang. Semestinya, mengabil kira unsur ergonomik dan environmental-friendly. 

3)SAINS DAN TEKNOLOGI YANG SELARI DENGAN ETIKA ISLAM MENAMBAHBAIK KUALITI KEHIDUPAN MANUSIA. 

Islam adalah agama yang lengkap dengan segala panduan dan peraturan hidup manusia. Islam menuntut supaya patuh dan taat bagi sesuatu arahan apatah lagi bagi memastikan keselamatan dan kesihatan diri daripada ditimpa musibah atau kecelakaan. Setiap manusia bertanggungjawab untuk melindungi diri sendiri dan adalah berdosa sekiranya seseorang itu dengan sendirinya mendorong dirinya kearah kecelakaan yang nyata. 

Hal demikian selari dengan maksud hadis riwayat al-Bukhari; “Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah sama ada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat. "

Kini, kajian sains dan teknologi semakin pesat dijalankan di serata dunia. Segala cabang sains diteroka manusia demi memastikan sesuatu misi dapat dicapai dengan jayanya. Tidak cukup dengan itu, persaingan antara negara, sesuatu rantau dengan rantau yang lain dalam bidang ini semakin giat berkembang bahkan menjadi sasaran utama bagi setiap kelompok masyarakat untuk sentiasa mencapai kemajuan dalam bidangn sains dan teknologi. 

Hal ini sama sekali tidak bercanggah dengan etika Islam selagi mana faktor keselamatan dan kesejahteraan diri tidak disisihkan. Adalah menjadi fardhu kifayah bagi umat Islam untuk sentiasa mengembangkan ilmu pengetahuan yang sedia dimiliki untuk kepentingan sejagat. 

Seperi mana sedarsawarsa ini, proses untuk menyempurnakan misi menghantar manusia ke ruang angkasa telah menghasilkan kajian sampingan seperti keperluan pemakanan dan nutrisi angkasawan, keperluan alatan yang ergonomik untuk membantu angkasawan bekerja di stesen angkasa dan isu pencegahan dan keselamatan di dalam kapal angkasa. 

Hasil kajian NASA dan Stanford University untuk melihat kesan mikrograviti pada perkembangan tulang angkasawan membawa kepada penciptaan “the Mechanical Response Tissue Analyzer (MRTA)”, sebuah alat yang digunakan untuk membantu rawatan pesakit osteoporosis dan gangguan metabolik tulang. 

Justeru, seharusnya lebih banyak kajian sains dan teknologi yang berupaya menambahbaik kualiti kehidupan dijalankan oleh ahli-ahlinya selaras dengan etika Islam sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. 

4)PENEMUAN SAINS DAN TEKNOLOGI MENDEKATKAN INDIVIDU KEPADA PENCIPTA

Teori sains dan perkembangan teknologi sememangnya selari dan bertepatan dengan ajaran Al-Quran As-Sunnah. Sejak zaman para Anbiya’ lagi, penemuan sians dan teknologi sebenarnya tidak pernah terhenti. Dengan kebesaran Allah Subhanahu wa ta’ala, sains dan teknologi yang dibentangkan di alam ini telah berjaya menyentuh banyak hati untuk dekat kepada Pencipta. 

Namun begitu, adalah menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri untuk mengkaji dan memikirkan dengan logik akal berlandaskan etika Islam untuk lebih mendekatkan diri dengan pencipta. Dengan akal fikiran dan kurniaan iman yang Allah berikan kepada kita, seharusnya sebagai umat Islam yang sejati, kita mampu membuat penilaian yang tepat dan bijak. 

Firman Allah maksudnya: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)

Ayat Al-Quran ini membuktikan kepada kita bahawa pengetahuan Allah dalam bidang sains dan teknologi jauh melangkaui pengetahuan kita sebagai hamba. Adalah mustahil untuk sesorang manusia itu mendapat mendalami sesuatu ilmu pengetahuan itu dengan selengkapnya tanpa izin dan pengetahuan daripada Allah Subhanahu wa ta’ala. 

Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner. seorang proffesor dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan ayat ini, beliau berkata: " Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu saya rasa, tidak akan mampu mengetahui tentang hal ini. "

CADANGAN

Adalah tidak menjadi kesalahan untuk menusia sentiasa meneroka dalam apa jua bidang yang diceburi. Apatah lagi dalam bidang sains dan teknologi yang tidak dapat dinafikan banyak membawa maslahat keatas kehidupan manusia. Bahkan menjadi pendorong agar seseorang itu lebih dekat dengan Allah sebagai Pencipta sekalian alam. 

Oleh itu, setiap ilmuwan Islam hendaklah benar-benar mendalami Al-Quran dan Sunnah agar etika, sains dan teknologi adalah bertepatan dengan ajaran Islam yang kita anuti. Adalah mata menyedihkan melihat reality pada hari ini, dimana saintis-saintis Islam memandang enteng terhadap etika Islam lalu mengagungkan etika barat yang ada sesetengahnya bercanggah dengan etika Islam. 

Selain itu, adalah wajar untuk menggunakan khidmat penasihat syariat dalam apa jua kegiatan sains dan teknologi yang ingin dijalankan. Hal ini bagi memastikan para saintis bukan sahaja bebas dari sebarang ancaman mahupun fitnah, tetapi juga menjaga hak dan nama baik Islam yang menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankannya. 

Sebagai tambahan, setiap ahli masyarakat haruslah sentiasa berusaha untuk memastikan etika, sains dan teknologi berjalan seiring hingga ke akhirnya. Sama ada secara langsung atau tidak langsung, kita semua terlibat dalam menyumbang kearah sains dan teknologi Islam yang beretika. Oleh itu, tidak kira dalam apa jua bidang yang kita ceburi, etika Islam hendaklah sentiasa diamalkan selaras dengan Al-Quran dan As-Sunnah. 

RUMUSAN

Etika, sains dan teknologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Tiga element ini adalah bersifat saling memerlukan antara satu sama lain. Islam menyambut baik segala bentuk ilmu pengetahuan termasuklah sains dan teknologi selagi mana ianya menepati etika Islam. Maka tidak hairanlah segala penemuan sains dan teknologi rata-ratanya dipelopori oleh sarjana Islam. Oleh itu, dalam kehidupan seharian sebagai individu Muslim, menjadi suatu kewajipan kepada kita semua untuk sentiasa mengamalkan etika Islam dalam segala bidang termasuklah sains dan teknologi. Cabang ilmu ini membuka ruang untuk kita memartbatkan Islam di persada dunia. Namun begitu, usaha ini tidak dapat dilaksanakan tanpa sokonga dan komitmen padu daripada seluruh umat Islam. Justeru, amalan hidup beretika, berusaha dan sentiasa inovatif dalam sains dan teknologi hendaklah menjadi amalan kita semua. 

RUJUKAN
1. Agus Purwadi, K. H. (1996). Spiritualisasi IPeradaban Masa DepanSyamsul Arifin. Indonesia: Penerbit Sipress. 
2. Daftary, F. (2001). Tradisi tradisi Intelektual Islam. Indonesia: Penerbit Erlangga. 
3. Khalid, E. (2001). Konsep Tamadun Islam : Sains dan Teknologi. Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 
4. Mangunjaya, F. M. (2007). Menanam sebelum kiamat: Islam, ekologi, dan gerakan lingkungan hidup. Indonesia: Penerbit Yayasan Obor Indonesia. 
5. Qamar, P. D. (2000). Estomologi Pendidikan Islam : Dari Metode Rasional hingga Metode Kritik. Indonesia: Penerbit Erlangga. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment