Thursday, October 15, 2015

Tajuk: Kerajaan Islam Di Nusantara

1. 0 PENGENALAN
Sejarah perkembangan Islam di Indonesia (Nusantara) telah bermula sejak abad ke -12 lagi. Walaupun pedagang Muslim dari kawasan Arab telah hadir di berberapa tempat di Nusantara sejak abad ke-8, namun tidak ada bukti yang kukuh bahawa penyebaran Islam telah bermula di Indonesia. Penyebaran Islam kebanyakkannya disebarkan melalui para guru dan ahli sufi dari pelbagai tempat di Arab yang mengembara dari satu tempat ke tempat lain di Indonesia yang telah memperkenalkan Islam kepada masyarakat setempat, khususnya melalui penguasa (pemimpin). 

Kenyataan bahawa penganjur Islam yang terawal adalah guru-guru sufi serta pengembara dan pedagang pada mulanya mempengaruhi corak Islam di Nusantara. Kerajaan Islam yang paling awal di Indonesia bermula dari Sumatera iaitu Kerajaan Samudera Pasai. 

Agama sebelum kedatangan Islam di Nusantara adalah seperti seperti Hindu, Budha, kepercayaan dan tradisi keagamaan setempat, ajaran animisme, penyembahan berhala dan batu adalah agama atau ajaran yang di amalkan di Indonesia. Setiap agama memiliki sifat dan budaya yang berbeza dalam interaksinya. 

Pada akhir abad ke-16, jumlah penganut agama Islam telah melebihi jumlah penganut ajaran Hindu dan Buddhisme sebagai agama dominan bagi bangsa Jawa dan Sumatera. Namun, Bali tetap mempertahankan kepercayaan dan ajaran Hindu. Sebahagian besar di kepulauan timur tetap menganut animisme sehingga abad 17 dan 18 ketika agama Kristian menjadi dominan di daerah tersebut. 

2. 0 KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI NUSANTARA

2. 1 Kerajaan Islam di Sumatera:
1. KerajaanSamuderaPasai
2. Kerajaan Aceh Darussalam

2. 2 Kerajaan Islam di Jawa:
1. Banten
2. Demak
3. Cirebon

2. 3 Kerajaan Islam di Nusantara Timur:
1. Kerajaan Goa – Tallo
2. Ternate
3. Tidore

2. 0 KERAJAAN ISLAM DI SUMATERA
KERAJAAN SAMUDERA PASAI
Berdasarkan bukti arkeologi yang telah didapati, Samudera Pasai adalah kerajaan Islam yang pertama di Indonesia. Kerajaan Samudera Pasai yang juga dikenali sebagai Kesultanan Samudera PasaidanSamudera Darussalam. Samudera Pasai terletak di pesisiran pulau Sumatera, di lembahsungai yang merupakan pusat pemukiman penduduk. Keadaan tanah yang subur memberikan hasil bekalan makanan yang cukup kepada penduduk setempat. 
Selain itu, di kawasan pedalaman yang mempunyai pelbagai sungai telah memberikan kelebihan tersendiri dalam perdagangan dengan daerah di kawasan pedalaman. Hal ini membolehkan Kerajaan Samudera Pasai yang beradapada muara sungai berpotensi besar untuk berkembang sebagai bandar perdagangan. 

Bukti Samudera Pasai adalah kerajaan Islam yang pertama di Indonesia ialah penemuan tarikh wafat pada batu nisan Sultan Malikush Saleh atau lebih dikenali sebagai Merah Selu pada tahun 696H/1297M iaitu tahun wafat raja Islam yang pertama. Bukti arkeologi ini diperkuatkan lagi dengan sumber tempatan yang tersedia iaitu Hikayat Raja-Raja Pasai, teks klasik Melayu tentang kerajaan tersebut, mencatatkan bahawa Malikush Saleh adalah raja muslim pertama di Kerajaan Samudera Pasai. Teks tersebut juga menyatakan bahawa Merah Selu membina sebuah istana di Pasai. Merah Selu memeluk Islam setelah beliau bermimpi bertemu Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang mengajarkannya mengucap dua kalimah syahadah. Keesokan harinya, seorang guru pengembara bernama Syeikh Ismail iaitu deorang guru pengembara yang datang dari Mekah telah mengajak Merah Selu memeluk agama Islam. Sejak itu, nama Merah Selu ditukar menjadi Malikush Saleh dan Samudera Pasai disebut sebagai Samudera dar al-Islam iaitu sebuah sebutan yang menunjukkan bahawa kerajaan tersebut berada di bawah naungan Islam. 

Perkembangan kerajaan Islam di Samudera Pasai
Melalui sejarah Indonesia, perdagangan, pembentukan kerajaan, dan pengislaman adalah proses yang seiring dan membentuk sifat utama perkembangan sejarah Islam. Para pedagang muslim internasional sering didampingi oleh para guru pengembara, seperti Merah Selu. Dengan sokongan dari para penguasa, para pedagang dan guru-guru pengembara muslim tersebut berperanan sebagai pendakwah yang memeperkenalkan Islam ke masyarakat setempat. 

Pada awal abad ke-13 merupakan waktu yang sangat penting dalam sejarah kerajaan Samudera Pasai. Pada masa ini, perdagangan maritim Indonesiatelah mengalami perubahan bentuk perdagangan yang melibatkan wilayah-wilayah di pantai utara Sumatera. Perubahan perdagangan ini berlaku setelah kejatuhan kerajaan Buddha, Srivijaya di Palembang. Tambahan pula, hubunganperdagangandenganparapedagang di PulauJawajugaterjalinuntukmeneruskanpertukarankeperluanasassertabekalanmakanansepertihasilberasdariJawaditukardenganlada. Para PedagangJawajugamendapatkedudukan yang istimewa di pelabuhanSamuderaPasaidanmerekadikecualikandaridikenakanpembayarancukai. 

Perkembangan Islam jugaberkaitrapatdengankehidupanpolitik raja yang pertamaSamuderaPasaisekaligusketuakerajaaniaituMerahSeludiberigelaranSultan Malik al Saleh, danmemerintahantaratahun 1285-1297. Padamasapemerintahanbeliau, kerajaantersebuttelahmemilikilembaganegara yang teraturdenganangkatantenteralautdandarat yang kukuh. Secarapolitik, kerajaanSamuderaPasaimasihberadadibawahkekuasaanMajapahit. SamuderaPasaitelahberjayamenaklukkankerajaan Islam Perlak. 

Selainitu, kehidupanekonomijugamemainkanperananpentingdalamperkembangankerajaan Islam di SamuderaPasaikeranakedudukannya yang strategikinitelahmenyebabkanmasyarakatsetempatuntukmelibatkandirikeduniamaritim. SamuderaPasaijugatelahmembinabandar – bandarbarubetujuanuntuk :

• Menambahbekalanpentinguntukpelayaranyang seterusnya

• Menguruskanmasalahperkapalan
• Mengumpulkanbarang – barangdagangan yang akandikirimkeluarnegeri
• Menyimpanbarang – barangdagangansebelumdiantarkebeberapadaerah di Indonesia
Padatahun 1350 merupakankemuncakkebesarandankejayaankerajaanKerajaanSamuderaPasai. KerajaanSamuderaPasaijugamelakukanperhubunganlangsungdenganKerajaanCinauntukkeamanandankeselamatandiridariancamanKerajaan Siam. 
PerkembanganekonomibagimasyarakatKerajaanSamuderaPasaijugabertambahpesat, sehinggamenjadiperhatiandarikerajaan – kerajaan di sekelilingnya. SetelahSamuderaPasaidikuasaiolehKerajaanMalaka, pusatperdagangantelahdipindahkanke Bandar Malaka. 
 Akhirsekali, kehidupansosialbagimasyarakatKerajaanSamuderaPasaiberlandaskandenganhukum Islam. Dalampelaksanaannyaterdapatbanyakpersamaandengankehidupansosialmasyarakat di negeriMesirmahupun di Arab. Hal initelahmembuktikanajaran Islam telahdiserapsecarakeseluruhanolehkerajaanSamuderaPasai. 












FAKTOR KEJATUHAN SAMUDERA PASAI
 Faktor kejatuhan kerajaan Samudera Pasai adalah disebabkan oleh perpecahan di dalam kerajaan. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan politik serta perdagangan kerajaan Samudera Pasai secara keseluruhan. 
 Selain itu, kemunculan kerajaan Malaka yang lebih strategik telah menarik pedagang-pedagang asing dari Samudera untuk singgah ke daerah pusat Selat Malaka yang lebih strategik. 
 Kewafatan Sultan Malik Al-Thahir juga menyebabkan tidak ada yang pengganti yang dapat meggantikan tahta beliau sehingga peranan penyebaran agama Islam diambil dan diteruskan oleh Kerajaan Aceh. 
 Akhir pemerintahan Kesultanan Pasai, berberapa pertikaian yang terjadi di Samudera Pasai telah menyebabkan perang saudara berlaku. Sulalatus Salatin menceritakan Sultan Pasai meminta bantuan kepada Sultan Melaka untuk mewujudkan pemberontakan tersebut. Namun Kesultanan Pasai akhirnya runtuh setelah ditaklukkan oleh Portugis pada tahun 1521 yang sebelum ini telah menaklukan Melaka pada tahun 1511 dan kemudian, pada tahun 1524 wilayah Pasai telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Aceh. 

KERAJAAN ACHEH DARUSSALAM
Kerajaan Acheh Darussalam mula didirikan sejak dari kejatuhan Kesultanan Malaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 yang telah membawa pengaruh besar terhadap perkembangan Islam di Indonesia. Penaklukan Portugis ini menjadi pendorong bagi kemunculan sosial-politik dan keagamaan yang menjadi asas kepada prosespenyebaran Islam. Hal ini telah mewujudkan pusat-pusat kekuatan Islam yang baru dan tidak hanya tertumpu di pantai utara Sumatera dan Selat Melaka, tetapi tersebar di wilayah lain di Indonesia. 
Sebelum kedatangan Islam di Acheh, ia hanya terbatas sebagai pusat perdagangan yang berskala kecil, namun telah berkembang pesat setelah terlibat secara langsung dalam perdagangan maritim internasional. Salah satu kerajaan Islam terkemuka di barat Indonesia adalah Kesultanan Acheh. 

PERKEMBANGAN KERAJAAN ACHEH DARUSSALAM
 Faktor perkembangan kerajaan Acheh Darussalam adalah kerana telah berjaya melemahkan Portugis di Melaka dan meluaskan pengaruhnya di Sumatera dan Semenanjung tanah Melayu. Selain itu, kerajaan Acheh juga mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri di sekitar Lautan Hindi yang telah berjaya menguasai perdagangan di Selat Melaka. Tambahan pula, tempat perdagangan yang strategik di Acheh telah menarik ramai pedagang asing dari pelbagai negara untuk berdagang di Acheh. Pedalaman Aceh seperti Pidie, Pasai dan Daya adalah penghasil utama lada dan rempah di Sumatera. hal ini juga merupakan faktor utama pedagang asing turut berdagang di Acheh untuk meneruskan bekalan rempah dan makanan. 
 Selain itu, Acheh juga telah melahirkan beberapa ulama ternama dan yang karangan mereka juga menjadi rujukan utama dalam bidang masing-masing seperti:
• Hamzah Fansuri -Tabyan Fi Ma'rifati al-U Adyan,
• Syamsuddin al-Sumatrani - Mi'raj al-Muhakikin al-Iman,
• Nuruddin al-Raniri - Sirat al-Mustaqim,
• Syekh Abdul RaufSingkil-Mi'raj al-Tulabb Fi Fashi
KEJATUHAN KERAJAAN ACHEH DARUSSALAM

 Kejatuhan kerajaan Acheh Darussalam bermula selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1641. Penganti beliau yang tidak berwibawa dan tidak berpengalaman telah melemahkan sistem pemeritahan kerajaan Acheh. Selain itu, timbulnya pertikaian antara bangsawan dan para ulama telah menyebabkan kerajaan Acheh menjadi semakin mundur. Hal ini telah menyebabkan banyak daerah naungan Acheh telahberpecah dari pemerintahan Kerajaan Acheh. 
 Kejatuhan kerajaan Acheh menjadi semakin merosot pada tahun 1873. Hal ini demikian kerana wujudnya Perang Acheh, iaitu sebuah peperangan antara Kesultanan Acheh dengan Belanda. Seterusnya, pada tahun 1874, Sultan Acheh yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah, telah melarikan diri ke pergunungan sekaligus mengakhiri kesultanan Acheh secara keseluruhannya. 

2. 2 KERAJAAN ISLAM DI JAWA KERAJAAN DEMAK
Kerajaan Islam di Jawa yang paling utama ialah Kerajaan Demak. Kerajaan Demak mula wujud pada awal abad ke – 16 sebagai kerajaan pertama Islam di Jawa. Kerajaan ini telah didirikan oleh Raden Patah. Sebagai kerajaan Islam yang pertama di Jawa, kerajaan Demak sangat berperanan dalam proses perkembangan Islam di Jawa. Raden Patah adalah bangsawan dari kerajaan Majapahit. Beliau menyebarkan agama Islam dan dibantu oleh para wali dan saudagar Islam. Kemunculan kerajaan Demak adalah dari kejatuhan kerajaan Majapahit. Melalui kesepakatan, para wali telah bersetuju untuk melantik Raden Patah menjadi Sultan Demak yang pertama. Kerajaan Demak menjalankan sistem pemerintahan teokrasi, iaitu pemerintahan yang berdasarkan pada agama Islam. Kerajaan Demak memperluaskan kekuasaannya dengan menguasai kerajaan di persisiran Pulau Jawa seperti Cirebon dan Banten. 

PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN KERAJAAN DEMAK
Perkembangan dan kemajuan kerajaan Demak bermula sejak zaman Sultan Trenggono yang berkuasa pada tahun 1524-1546. Kemudian, beliau telahmeluaskan kawasan wilayah dan telah meninggal dalam petempuran. Kejayaan dalam meluaskan wilayah telah menyebabkan Demak berkembang menjadi kerajaan terkemuka sebagai pusat pengislaman. 

Selain itu, faktor kerajaan Demak yang berada di persisiran pantai utara Pulau Jawa juga telah menyebabkan kerajaan ini sering dikunjungi oleh pedagang Islam dan pedagang asing untuk membeli beras, madu, lilin dan lain-lain. Tambahan pula, keadaan Majapahit yang sudah hancur pada ketika itu menyebabkan Demak berkembang sebagai kerajaan yang besar di pulau Jawa. Oleh itu, Demak berhasil menggantikan peranan Malaka setelah Malaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Hal ini telah menyebabkan Demak berkembang pesat sebagai tempat penyebaran agama Islam serta tempat perdagangan yang utama. Lokasi kerajaan Demak yang strategik untuk perdagangan nasional telah menghubungkan perdagangan antara Indonesia Barat dengan Indonesia Timur. 

Perkembangan Islam dalam kerajaan Demak juga adalah kerana menjadi pusat perniagaan dan lalu lintas pusat kegiatan pengislaman dengan masjid Agung Demak. Masjid Demak dianggap sebagai tempat suci oleh penduduk Demak. Hal ini telah memperkukuhkan lagi pengakuan mereka bahawa Demak adalah pelindung agama Islam di Jawa. Masjid Demak juga dikenali sebagai tempat prngumpulan para Wali Songo (9 wakil). Mereka dianggap paling berpengaruh dalam penyebaran agama Islam di Jawa. Masjid Demak merupakan tempat kesembilan wali bertukar fikiran dean pendapat tentang hal keagamaan. 

 Para wali dan raja dari Kesultanan Demak mengadakan perluasan kekuasaan melalui kegiatan dakwah Islam ke seluruh Jawa. Dengan berkembangnya Islam di Demak, maka Demak dapat berkembang sebagai kota dagang dan pusat penyebaran Islam di pulau Jawa. Hal dapat memberi peluang kepada Demak untuk melakukan penyerangan terhadap Majapahit. Setelah Majapahit hancur maka Demak berdiri sebagai kerajaan Islam yang pertama di pulau Jawa. 

Perkembangn kerajaan Islam di Demak adalah tanda berakhirnya era Hindhu-Buddha Majapahit kerana Demak telah berjaya menguasai Majapahit. Kemunculan Demak sebagai kerajaan Islam terkemuka di Jawa diikuti dengan kewujudan kerajaan Islam lain seperti Banten dan Cirebon. 

FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN DEMAK
Kejatuhan kerajaan Demak bermula pada perebutan tahta setelah kewafatan Raja Kedua Demak iaitu Pati Unus. Hal ini telah menimbulkan peperangan yang berpanjangan dan berakhir dengan kehancuran kerajaan Demak. Perebutan kekuasaan ini terjadi antara keturunan Pangeran Sekar dengan Pangeran Trenggana. Kedua pangeran (anak raja) ini berhak menduduki tahta Kesultanan Demak. Dari segi umur, Pangeran Sekar lebih tua dan merasa dirinya lebih berhak menduduki tahta Kesultanan Demak daripada Pangeran Trenggana. Oleh kerana perebutan tahta ini, Pangeran Trenggana telah membunuh Pangeran Sekar yang dianggap menjadi penghalang untuk mewarisi tahta Kesultanan Demak. Pembunuhan ini menjadi pangkal persengketaan di Kerajaan Demak. Raden Arya Penangsang iaitu anak Pangeran Sekar berusaha menuntut pembelaan ke atas kematian ayahnya, sehingga beliau berusaha untuk menumpaskan keturunan Sultan Trenggana. 

KERAJAAN BANTEN
Syarif Hidayatullah (1448-1568) adalah penguasa Kerajaan Banten. Beliau juga dikenali sebagai Sunan Gunung Jati. Beliau merupakan orang yang paling banyak berjasa terhadap perkembangan kerajaan Islam di Banten dan Cirebon pada tahun 1479-1568. 

Sunan Gunung Jati merupakan seorang pembesar Demak dan beliau telah berjaya menubuhkan pemukiman baru di Jawa Barat. Beliau juga menjadi penguasa kepada kedua – dua negara Banten dan Cirebon. Sunan Gunung Jati telah mengusir bupati (ketua daerah) Sunda dari Kerajaan Pajajaran dan mengambil alih kuasa di Banten. Setelah pengusiran bupati, Sunan Gunung Jati memperluaskan wilayah dengan merebut kota Pelabuhan Sunda dari kekuasaan Pajajaran dan menggantikan nama Pajajaran kepada Jayakarta (Jakarta). Penaklukkan kuasa pada masa itu telah menutup kerjasama yang dibantah oleh pemerintah Portugis dan Raja Pajajaran. Peranan Sunan Gunung Jati di Banten lebih terbatas dari Cirebon. Alasan sebenar Sunan Gunun Jati meninggalkan Banten ke Cirebon tidak diketahui sehingga kini. 

Ahli sejarah mengatakan motif keagamaan adalah faktor Sunan Gunung Jati meninggalkan Banten. Cirebon merupakan tempat megabdikan diri pada kehidupan rohani dan penyebaran Islam. Tiada bukti menjelaskan bahawa Sunan Gunung Jati membangun, mendirikan kekuasaan politik dan isatana kerajaan seperti di Banten. Tetapi, Cirebon dianggap sebagai asas pengislaman di Jawa. 

PERKEMBANGAN KERAJAAN BANTEN
Kawasan Banten juga dikenali sebagai Banten Girang yang merupakan sebahagian dari Kerajaan Sunda. Kedatangan Kerajaan Demak di bawah kepimpinan Maulana Hasanuddin ke kawasan tersebut untuk perluasan wilayah juga sekaligus memperluaskan penyebaran dakwah Islam. Kemudian, dengan adanya kerjasama antara Sunda-Portugal dalam bidang ekonomi dan politik, hal ini dianggap dapat membahayakan kedudukan Kerajaan Demak selepas kekalahan mereka mengusir Portugis dari Melaka tahun 1513. Atas perintah Trenggana, bersama dengan Fatahillah melakukan penyerangan dan penaklukkan Pelabuhan Kelapa sekitar tahun 1527, yang pada waktu itu masih merupakan pelabuhan utama dari Kerajaan Sunda. 

Penyebaran Islam di Banten dilakukan oleh Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati, pada tahun 1525 dan 1526. Setelah Pangeran Hasanuddin dewasa, syarif Hidayatullah pergi ke Cirebon untuk bertugas sebagai Temenggung di sana. Waluapun tugasnya dalam penyebaran Islam di Banten diberikan kepada Pangeran Hasanuddin, usaha penyebaran agama Islam initetap diteruskan dari satu daerah ke daerah yang lain seperti dari G. Pulosari, G. Karang sehinggalah sampai ke Pulau Panaitan di Ujung Kulon. 

Beberapa cerita juga meyokong proses penyebaran Islam di Banten, termasuk pada masa Maulana Yusuf mulai menyebarkan dakwah kepada penduduk pedalaman Sunda, yang ditandai dengan penaklukan Pakuan Pajajaran. 

Selain mulai membangun benteng pertahanan di Banten, Maulana Hasanuddin juga melanjutkan perluasan kekuasaan ke daerah penghasilan lada di Lampung. Ia berperan dalam penyebaran Islam di kawasan tersebut, selain itu ia juga telah melakukan aktiviti perdagangan dengan Raja Minangkabau, Sultan Munawar Syah dan telah dianugerahi keris oleh raja tersebut. Disamping itu, Banten juga menjadi pusat penyebaran agama Islam, banyak orang dari luar daerah yang sengaja datang untuk belajar, sehingga tumbuhlah beberapa perguruan Islam di Banten. 

Kerajaan Banten merupakan kerajaan maritim dan bertanggungjawab dalam mengandalikan perdagangan dalam meningkatkan faktor ekonomi dalam kerajaan tersebut. Monopoli di atas perdagangan lada di Lampung, telah menempatkan penguasa Banten sekaligus sebagai pedagang perantara. Perdagangan laut juga berkembang ke seluruh Indonesia. Kemudian, Banten menjadi sebuah kawasan multi-etnik. Perkembangan perdagangan ini juga dibantu oleh orang Inggeris, Denmark dan Tionghoa. Banten telah melakukan perdagangan dengan Persia, India, Siam, Vietnam, Filipina, Cina dan Jepun. 

Pada zaman kesultan Ageng Tirtayasa (bertahta pada tahun 1651-1682) dianggap sebagai masa kejayaan dam kemuncak Banten. Pada masa ini juga Banten berusaha keluar dari tekanan yang dilakukan oleh VOC(Vereenigde Oost Indische Compagnie)yang sebelum ini telah melakukan pengepungan ke atas kapal-kapal dagang menuju Banten. 

KEJATUHAN KERAJAAN BANTEN
Faktor kejatuhan kerajaan Banten adalah sekitar tahun 1680 iaitu wujud perselisihan faham dalam Kesultanan Banten. Hal ini merupakan akibat dari perebutan kekuasaan dan pertentangan antara Sultan Ageng dengan putranya Sultan Haji. Perpecahan ini juga disebabkan oleh campur tangan Vereenigde Oostindische Compagnie (VOC) yang memberikan sokongan kepada Sultan Haji, sehingga perang saudara berlaku. 

Untuk mengukuhkan kedudukannya, Sultan Haji juga mengirimkan dua orang utusannya, berjumpa dengan Raja Inggeris di London tahun 1682 untuk mendapatkan sokongan serta bantuan persenjataan. Dalam perang ini, Sultan Ageng terpaksa berundur dari istananya dan pindah ke kawasan yang disebut dengan Tirtayasa. Namun, pada 28 Disember 1682 kawasan ini juga dikuasai oleh Sultan Haji bersama VOC. Sultan Ageng bersama putranya yang lain Pangeran Purbaya dan Syekh Yusuf dari Makasar berundur ke arah selatan pedalaman Sunda. Namun pada 14 Mac 1683 Sultan Ageng tertangkap kemudian ditahan di Batavia. 

Perang saudara yang berlaku di Banten telah meninggalkan ketidakstabilan dalam sistem pemerintahan kerajaan ini. Konflik antara keturunan penguasa Banten telah menaikkan ketidakpuasan masyarakat Banten kerana campur tangan VOC dalam urusan Banten. Perlawanan rakyat kembali memuncak pada masa akhir pemerintahan Sultan Abul Fathi Muhammad Syifa Zainul Arifin. Akibat konflik yang berpanjangan ini, Sultan Banten kembali meminta bantuan VOC dalam beberapa perlawanan rakyatnya sehingga tahun 1752 Banten telah menjadi pengikut VOC. 

Kesultanan Banten secara rasmi telah dihapuskan pada tahun 1813 oleh pemerintah kolonial Inggeris. Pada tahun itu, jawatan Sultan Muhammad bin Muhammad Muhyiddin Zainussalihin telah dilucutkan dan dipaksa turun tahta oleh Thomas Stamford Raffles. Peristiwa ini merupakan tanda berakhirnya zaman pemerintahan Kesultanan Banten. 

2. 3 KERAJAAN ISLAM DI NUSANTARA TIMUR
Kerajaan Goa – Tallo
Pada abad ke-17 di Sulawesi Selatan telah wujud beberapa kerajaan kecil, seperti Goa-Tallo, Sopeng, dan Bone. Kerajaan Goa-Tallo juga dikenali sebagai Kerajaan Makassar. Pada tahun 1605, penguasa dari kerajaan Goa – Tallo yang bernamaKaraeng Mataoya telah memeluk agama Islam setelah menerima dakwah dari Dato Ri Bandang. Setelah memeluk agama Islam, beliaudigelar Sultan Abdullah. Pada masa ini, aktiviti pengislaman rakyat amat giat dijalankan. Oleh karena itu, Kerajaan Makassar merupakan kerajaan Islam pertama di Sulawesi Selatan. 

PERKEMBANGAN KERAJAAN GOA-TALLO
Perkembangan Islam yang berlaku seiring dengan peningkatan oleh perdagangan maritim. Hal ini telah mewujudkan dua kerajaan Islam terkemuka di Nusantara Timur iaitu Goa-Tallo, Sulawesi Selatan dan Ternate di Maluku. 

Pegaruh Islam mula tersebar di Goa-Tallo sekitar tahun 1605 dan 1607. Penyebaran agama Islam berlangsung ketika para pedagang seperti guru-guru pengembara Muslim yang hanya terbatas sebagai komuniti keagamaan kemudian membentuk satu kekuatan sosial dan politik serta sekaligus berfungsi sebagai agen penyebaran agama Islam. Hal ini menyebabkan kerajaan Goa-Tallo menerima kedatangan tiga ulama dari wilayah di dunia Melayu yang bersaal dari Minangkabau. Mereka juga yang telah berjaya mengislamkan penguasa kerajaan Goa-Tallo. 

Dalam proses pembentukan menjadi kerajaan Islam, Goa-Tallo tidak seperti kesultanan Acheh yang sejak dari mula menjalankan dengan pengislaman rajanya kemudian melakukan perluasan wilayah. Penyebaran agama Islam di Banten bermula dari pertukaran penguasa dari kerajaan yang sebelumnya telah berdiri. Setelah dua tahun Sultan Alaudin memeluk Islam (1593-1639), pada tahun 1605 penguasa Goa-Tallo seterusnya menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Bersamaan dengan penyebaran agama Islam dan kerajaan Islam, kerajaan Goa-Tallo juga melakukan perkembangan wilayah kekuasaan dengan penaklukkan kekuasaan kerajaan-kerajaan lain di Sulawesi. 

Kemunculan kerajaan Goa-Tallo adalah sebagai pemegang hegemoni politik di wilayah timur seiring dengan peningkatan kegiatan perdagangan. Kedudukan Goa – Tallo yang strategik terletak di semenanjung barat daya Pulau Sulawesi berfungsi sebagai tempat transit para pedagang dari barat Nusantara ke Timur, khususnya Maluku yang terkenal sebagai penghasil rempah utama di Nusantara. Hal ini berlangsung sehingga Malaka jatuh ke tangan Portugis, sehingga para pedagang muslim kemudian mengalihkan kegiatan dagang mereka ke kawasan timur. Goa-Tallo merupakan tempat persinggahan yang sangat penting bagi para pedagang ketiak itu untuk mendapatkan bekalan dalam pelayaran mereka. Sejak itu, ramai pedagang asing datang berkunjung ke Goa-Tallo samada dari Indonesiadan dari negara asing. 

Kesultanan Mataram seterusnya di ambil alih oleh Goa-Tallo. Kemudian, kerajaan Goa-Tallo berkembang kemudian menjadi kerajaan Islam yang terkemuka di kawasan timur Indonesia. Dengan sokongan kepentingan ekonomi perdagangan, penguasa Goa-Tallo melakukan penaklukan ke beberapa kerajaan di Sulawesi yang dilakukan bersama dengan pengislaman masyarakat tempatan. Perluasan wilayah seterusnya dilakukan sehinggalah ke berberapa wilayah lain di Sulawesi dan wilayah yang sudah berada di kawalan kekuasaan. 

KEJATUHAN KERAJAAN GOA-TALLO
Hubungan Makasar–VOC yang mulanya baik menjadi semakin retak dan akhirnya menjadi permusuhan. Pertempuran besar berlaku pada tahun 1666 ketika Goa-Tallo di bawah pemerintahan Sultan Hasanuddin. Dalam pertempuran ini, VOC di bawah pimpinan Speelman telah berkejasama dengan Kapten Jonker dari Ambon dan Aru Palaka Raja Bone. 
Hal ini menyebabkan mereka berhadapan dengan Belanda sehingga menimbulkan beberapa kali peperangan. Pihak Belanda yang merasa lebih berkuasa ke atas Maluku dan menganggap Makasar sebagai pelabuhan gelap. Hal itu menyebabkan Makasar berjual-beli rempah-rempah yang berasal dari Maluku. 

Perlawanan Hasanuddin berjaya dipatahkan. Sultan Hasanuddin dipaksa menandatangani Perjanjian Bongaya pada 18 November 1667. Isi Perjanjian Bongaya sangat merugikan rakyat Makassar, seperti berikut:
• Wilayah Makassar terbataspada Goa. Wilayah Bone dikembalikan kepada Aru Palaka. 
• Kapal Makassar dilarangberlayartanpaizin VOC. 
• Makassar tertutupuntuksemuabangsa, kecuali VOC dengan hak monopolinya. 
• Semuabentengharusdihancurkan, kecualisatuBenteng Ujung Pandang yang kemudiannamanyaditukarmenjadiBenteng Rotterdam. 
• Makassar harusmenggantikerugianperang sebesar 250 ribu ringgit. Walaupun Sultan Hasanuddintelahmenandatanganiperjanjiantersebut, perlawananterhadap VOC munculkembalipadatahun (1667–1669). Makassar berhasildihancurkandanselanjutnyadiisytiharkansebagaimilik VOC. 

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Islam mula datang ke Indonesia sejak abad ke-12. Ketika ini pengaruh Hindu dan Buddha masih lagi kuat. Majapahit juga masih menguasai sebahagian besar wilayah Indonesia. Masyarakat Indonesia mulamengenali agama dan kebudayaan Islam melalui perdagangan, pengislaman para pembesar serta raja dan perkahwinan

Melalui aktiviti perdagangan, masyarakat Indonesia yang sudah mengenal Hindu-Buddha lama-kelamaan mengenal ajaran Islam. Penyebaran Islam ini pertama kali terjadi pada masyarakat pesisir laut yang lebih terbuka terhadap budaya asing. kemudian, barulah Islam tersebar luas ke daerah pedalaman dan pegunungan melalui aktiviti ekonomi, pendidikan, dan politik. 

Proses kemasukan agama Islam ke Indonesia tidak berlangsung secara revolusi, cepat, dan tunggal, melainkan berevolusi, lambat-laun, dan sangat tertib. Dan dalam perkembangan selanjutnya, munculnya pelbagai kerajaan Islam di Indonesia seperti Samudera Pasai dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain. Kerajaan Islam yang pertama di Sumatera ialah Samudera Pasai dan Aceh Darussalam. Kemudian timbulnya kerajaan Islam yang lain di Jawa iaitu Demak, Pajang, Mataram, Cirebon dan Banten. Akhirnya penyebaran agama Islam telah berkembang di kerajaan-kerajaan Islam di Kalimantan, Maluku, dan Sulawesi. 

RUJUKAN
Yatim, Badri. 2011. SejarahPeradaban Islam (DirasahIslamiyah II). Jakarta: Rajawali Pers. 
RasyidRizani, S. HI., M. HI (Hakim padaPengadilan Agama Bajawa – NTT). Kerajaan-Kerajaan Islam di Indonesia SebelumMasaPenjajahanBelanda. 
Ensiklopediatematisdunia Islam. Asia Tenggara. PT ICHTIAR BARU HOEVE. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment