Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Tamadun Islam Bersumberkan Ijtihad

Pendahuluan
Perkataan tamadun merangkumi perbagai aspek antaranya, kebudayaan, peradaban, kemajuan, kebenaan, kerohanian dan sopan santun. Tidak akan mencapai tahap ketamadunan sesebuah masyarakat itu sekiranya pembangunan dikalangan mereka itu berada ditahap yang rendah akhlak dan etikanya. Pembangunan tamadun tidaklah hanya dinilai dari segi kecanggihan produk dan hasilan termoden tetapi nilai-nilai kerohanian yang mantap hendaklah disertakan bersama agar tahap ketamadunan itu tercapai. 

 Secara tidak langsungnya ketamadunan mampu mengubah hidup manusia menjadi lebih lancer dan tersusun dengan lebih baik. Fitrah kejadian manusia yang sentiasa berinteraksi sesama manusia itu sendiri telah menunjukkan bahawa manusia merupakan makhluk yang bertamadun diatas muka bumi. Ibn Khaldun seorang ilmuan Islam telah jelas menyatakan didalam kitabnya al-Muqaddinah bahawa manusia secara tabiinya merupakan makhluk yang bertamadun atau makhluk social yang sering berinteraksi sesame sendiri dalam pelbagai aspek untuk memenuhi kehidupan hidup mereka. Tamadun juga dikaitkan dengan kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat, ini menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas. Beliau menampakkan ketamdunan itu adalah kehidupan manusia seluruhnya. Proses ketamadunan itu berlaku dimana jika manusia itu meneruskan survivalnya untuk hidup dengan selesa, maju, demi mencukupi segala keperluannya. 

 Tamadun Islam merupakan segala yang dihasilkan oleh pemikiran orang Islam dan bukan Islam. Di zaman kerajaan Islam Abbasiyyah dan Andalus jelas menunjukkan Islam bersifat keterbukaan. Seorang tokoh beragama Kristian menerajui Baitul Hikmah sebagai gedung ilmu telah diiktirafkan oleh Khalifah dan sarjana Islam pada zaman tersebut. Semua itu bergerak dan berkembang menurut wataknya dengan panduan agama Islam baik menurusi bangsa Arab, Parsi, Sepanyol, Turki, India, China, Melayu dan lain-lain yang membina tamadun Islam bersama-sama dalam pelbagai bidang tanpa mengira sempadan politik, geografi, etnik, kosmologi, ideology dan sebagainya. Segala ini berpanduankan al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber utama keilmuan Islam yang melahirkan elemen tamadun dalam bentuk dan acuan tersendiri, unik dan memberi kerahmatan kepada manusia seluruhnya. 

PENGERTIAN IJTIHAD

Kata ijtihad berasal dari kata ijtahada yajtahidu ijtihadan yang berarti mengerah segala kemampuan untuk menanggung beban. 

Menurut bahasa, ijtihad artinya bersungguh-sungguh dalam mencurahkan pikiran. 

Menurut istilah pula, ijtihad adalah mencurahkan segenap tenaga dan pikiran seara bersungguh-sungguhuntuk menetapkan suatu hukum. 

Oleh kerana itu, tidak disebut ijtihad apabila tidak ada unsur kesulitan di dalam suatu pekerjaan. 

Secara terminologis, berijtihad berarti mencurahkan segenap kemampuan untuk mencari syariat melalui metode tertentu. Ijtihad dipandang sebagai sumber hukum Islam ketiga setelah Al-Quran dan Hadis, secara turut memegang fungsi penting dalam penetapan hukum Islam. 

Orang yang melakukan ijtihad dipanggil mujtahid. Ia juga diambilkira sebagai sumber tamadun. Bagi persoalan-persolan baru yang tidak ada hukumnya dalam al-quran dan al-hadis. Umat Islam hendaklah berijtihad untuk menyelesaikan masalah. Antara dalil yang menjadi sumber hukum ialah firman Allah yang

Oleh : “Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, Hai orang-orang yang mempunyai wawasan”. 

FUNGSI IJTIHAD

Fungsi ijtihad adalah untuk mendapatkan solusi hukum jika ada suatu masalah yang harus diterapkan hukumnya, tetapi tidak dijumpai di dalam Al-Quran mahupun Hadis. Jadi, jika dilihat dari fungsi ijtihad tersebut, maka ijtihad mendapat kedudukan dan legalitas dalam Islam. Meskipun demikian, ijtihad tidak bias dilakukan oleh setiap orang, tetapi hanya orang yang memenuhi syarat yang boleh berijtihad. Orang yang berijtihad harus memiliki syarat berikut:
• Memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. 
• Memiliki pemahaman mendalam tentang Bahasa Arab, ilmu tafsir usul fiqh, dan tarikh(sejarah). 
• Mengenal cara meng-istinbar-kan (perumusan) hukum dan melakukan qiyas. 
• Memiliki akhlakul karimah (tingkah laku/sikap terpuji). 

Peranan ijtihad dalam pembangunan tamadun Islam boleh dilihat sebagai contohnya dalam pemerkasaan institusi politik yang mendokong peradaban Islam. Hasil penelitian nas-nas yang berkaitan dengan politik menunjukkan bahawa al_Quran dan al-Sunnah pada dasarnya hanya menggariskan prinsip dan dasar politik seperti amalan syura, mentaati pemimpin, keadilan, kesamaan, kebebasan, misi menyeru kepada al-makruf dan mencegah kemungkaran. Semua prinsip itu disebut dalam al-Quran tanpa diperincikan akan cara dan bentuk aplikasinya. Dalam hal teknikal seperti ini, Islam bersikap fleksibel dengan memberikan ruang kepada umat Islam untuk memikirkan sendiri pendekatan yang sesuai dengan mereka. Sifat ini sesuai dengan ciri universal Islam sebagai panduan kehidupan di sepanjang zaman. 

BENTUK IJTIHAD

Bentuk ijtihad dapat dikelompokan menjadi tiga macam, yaitu :
• Ijma’ :Ijma’ adalah kesepakatan para ulama mujtahid dalam memutuskan suatu perkara atau hukum. Ijma’ dilakukan untuk merumuskan suatu hukum yang tidak disebut secara khusus di dalam Al_Quran dan Hadis. 

• Qiyas :Qiyas adalah mempersamakan hukum suatu masalah yang belumada kedudukan hukumnya dengan masalah lama yang pernah kerana alasan yang sama. 

• Maslahah Mursalah : Maslahah Mursalah ialah cara dalam menetapkan hukum yang berdasarkan atas pertimbangan kegunaan dan manfaat

CONTOH IJTIHAD

Suatu peristiwa di zaman Khalifah Umar bin Khattab, dimana para perdagang Muslim bertanya kepada Khalifah berapa besar cukai yang harus dikenakan kepada para perdagang asing yang berdagang di negara Khalifah. Jawapan dari pertanyaan ini belum dimuat secara terperinci dalam Al-Quran mahupun Hadis, maka Khalifah Umar bin Khattab selanjutnya berijtihad dengan menetapkan bahawa cukai yang dibayarkan oleh pedagang adalah disamakan dengan taraf yang biasanya dikenakan kepada pedagang Muslim oleh negara asing, dimana mereka berdagang. 

IJTIHAD DIDALAM TAMADUN

Bermula dengan urusan untuk menyelesaikan masalah hukum hakam, Ijtihad berkembembang kepada konsep mentadbir, berekonomi, bermasyarakat dan sebagainya. Dalam kontek perkembangan tamadun, penggunaan ijtihad telah pun meluas bagi memberikan kekuatan baru umat Islam untuk lebih maju ke hadapan. 
Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam membuka ruang yang luas kepada umat Islam untuk menerokai bidang kehidupan duniawi khususnya bidang sains dan teknologimelalui berijtihad. Sabda Baginda bermaksud :“Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu”. Justeru itu, ijtihad yang menghasilkan penemuan terkini dalam pelbagai disiplin demi meningkatkan kualiti hidup yang bermakna, merupakan instrument yang menghasilkan pencapaian tamadun Islam dalam bidang sains social dan sains tulen di seluruh wilayah Islam. Keunggulan tamadun Islam di kota-kota besar seperti Baghdad, Kufah, Kaherah, Qayrawan, Granada, Toledo, Kepulauan Sicily, adalah hasil ijtihad yang kreativitif dan inovatif parailmuan Islam yang turut menyumbang kepada dunia seluruhnya. Ibnu Ruysd telah mewujudkan idea pengaliran yang telah menyumbang kepada gelombang renaissance di Eropah. Pencapaian dari segi teknikal di bidang biologi, perubata, mekanikal, kosmologi, astronomi, matematik, fizik dan seumpamanya wujud pada masa yang sama banyak memberikan inspirasi kepada perkembangan sains moden di dunia. 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Islam tidak pernah menetapkan secara rigid bentuk kerajaan dan system politik atau melarang usaha adaptasi system politik tamadun luar yang baik kepada umatnya. Umat Islam dibolehkan mencari bentuk kerajaan terbaik dan system politik yang sesuai untuk melaksanakan segala dasar politik dan perundangan Islam dengan mengambilkira realiti politik semasa dan juga kepentingan masyarakat pada waktu ini. Kerana itulah, kita berpandangan sebahagian besar pandangan (ijtihad) para fuqaha’ silam dan praktik politik khulafa’ terdahulu tidak mengikat umat Islam hari ini untuk mematuhinya secara mutlak. Kesemua itu adalah suatu ijtihad atau praktik politik local yang tentunya ssuai dengan keperluan masyarakat pada waktu itu. Ijtihad ulama silam tidak lain hanyalah usaha murni mereka pada masa itu untuk menerapkan dasar-dasar politik Islam yang disyariatkan. Walaupun begitu, ijtihad tersebut masih bernilai untuk menunjukkan jalan kepada kita untuk berijtihad semula. 

Oleh itu, ijtihad merupakan sumber yang penting setelah Al-Quran dan Al-Sunnah kerana permasalahan baru yang timbul pada zaman setelah kewafatan baginda yang tidak ada dalam Al-Quran dan Al-Sunnah secara terperinci dapat ditangani dan mampu menjadikan tamadun Islam sebagai tamadun yang dapat menangani masalah dengan bersumberkan ilmu. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment