Thursday, October 15, 2015

Tajuk: Konsep Sains Zoologi Menurut Islam

Pendahuluan

Zoologi adalah tentang kajian saintifik haiwan sejak daripada abad penyiasatan manusia ke dalam dunia haiwan. Mitos – mitos hampir setiap manusia dokumen budaya cuba untuk menyelesaikan misteri kehidupan haiwan dan asal – usulnya. Ahli zoologi baru menghadapi misteri yang sama dengan keadah yang paling maju dan teknologi yang dibangunkan di seluruh cabang sains. Kita mulakan dengan mendokumenkan kepelbagaian haiwan dan menganjurkan ia dengan cara yang sistematik. Proses yang kompleks dan menarik yang dibangunkan berasaskan sumbangan beribu ahli – ahli zoology yang bekerja di semua dimensi biosfera. Kami berusaha melalui kerja ini untuk memahami bagaimana kepelbagaian haiwan berasal dan bagaimana haiwan melaksanakan proses hidup asas yang membenarkan mereka untuk berkembang maju dalam banyak perkitaran yang pelbagai. 

Manakala kita beragama Islam, percaya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yang menciptakan haiwan di bumi Oleh :38 Allah Subhanahu wa ta’ala. berfirman: “Dan tiadalah haiwan – haiwan yang ada di bumi dan burung – burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat – umat (juga) seperti kamu. Tiadalah kami apakan sesuatu apapun di dalam Al – Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan”

Penelitian berbagai kelompok haiwan dan perilakunya telah dilakukan secara cermat dan tepat dengan mengunakan beragama peralatan canggih hingga satelit. Para peneliti pun menemukan adanya kelompok – kelompok haiwan yang hidup di tiga kawasan biologi: udara, darat dan air. Dan penemuan – penemuan terkini terus memperlihatkan hal – hal baru seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Penemuan – penemuan ini juga memperlihatkan keteraturan yang sangat sentuh dalam aktiviti kolektif setiap kelompok haiwan mereka dalam bertempat tinggal, bermigrasi membangun tempat tinggal, mempertahankan diri, mencari makanan dan aktiviti – aktiviti penting lainnya. 

Haiwan merupakan lembaran terbuka bagi setiap orang yang ingin mempelajari keajaiban – keajaiban hidup organisme. Para ilmuwan memperkiraqan jumlah haiwan mencapai lebih dari dua kelompak. Namun yang baru terungkap hingga sekarang hanya sebahagian kecil saja. Dan penelitian atas sebahagian kecil haiwan ini membawa manusia untuk mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Pencipta. 

1. 1 Tanda – tanda kekuasaan Allah pada haiwan

Definisi
Zoologi merupakan cabang biologi yang mengkaji struktur, fungsi, tingkah laku, dan evolusi haiwan. Antara ilmu lain termasuklah anatomi perbandingan, psikologi haiwan, biologi molekul, etologi, ekologi tingkah laku, biologi evolusi, taksonomi, dan paleontologi. 

Sejarah Zoologi
Kajian saintifik zoologi bermula sekitar abad ke-16. Perkataan zoologi berasal dari Bahasa Greek iaitu zoon = binatang dan logos = perkataan. Alam haiwan misalnya merupakan satu alam yang masih banyak tidak diketahui oleh manusia atau saintis masa kini walaupun usaha mengkajinya telah dijalankan sejak beribu tahun dahulu. Zoologi merupakan satu cabang ilmu yang sangat menarik untuk dipelajari. Maka, terdapat beberapa ayat yang menyentuh mengenai zoologi yang boleh dijadikan tauladan kepada kita untuk mengenali dengan lebih dekat kepada Maha Pencipta. 

1. 2Ayat al-quran
• Allah menjadikan tiap-tiap binatang daripada air, setengahnya berjalan dengan perutnya (menjalar, melata), setengahnya berjalan dengan dua kaki dan di antaranya berjalan dengan empat kaki (An-Nur: 45). 
• Tiadakah mereka memperhatikan unta, bagaimana ia dijadikan (Al-Ghaasyiyah: 17). 
• Tidakkah mereka melihat burung-burung di atas mereka, yang mengembangkan sayapnya & mengatupnya (Al-Mulk: 19). 

1. 3 Sistem Pencernaan Haiwan

Habitat hidup haiwan cukup beragam, sehingga sistem – sistem biologis mereka pun berbeza – beza, menyesuaikan lingkungan tempat mereka hidup dan makanan yang tersedia. Mulut adalah bahagian pertama dari sistem pencernaan yang direkakan dengan begitu menakjubkan dan menunjukkan keagungan penciptaNya. 

1. 4 Haiwan – haiwan Pemangsa

Mulut harimau, singa, serigala, anjing hutan dan semua haiwan pemangsa yang hidup di alam bebas dan tidak ada cara bagi mereka untuk mendapatkan makanan kecuali harus dengan memaksa dan menerkam mangsanya dibekali dengan taring – taring yang runcing, gigi – gigi tajam dan geraham yang kuat. Pada saat menyerang mangsa mereka mesti mengunakan otot – otot yang kuat, maka mereka pun juga dilengkapkan dengan kuku – kucu dan cakar – cakar yang tajam dan perutnya pun berisi asam dan enzim – enzim pencerna daging dan tulang. 

1. 5 Haiwan Memamah Biak

Sebahagian haiwan hidup di padang rumput dan kandang diuruskan oleh manusia yang membekal makanan pokok bagi haiwan – haiwan ternak seperti tumbuhan dan belukar. Haiwan – haiwan jenis ini antara lain lembu, kerbau, kambing, biri – biri dan sebagainya

Alat pencernaan haiwan memamah biak

Direkakan sesuai dengan lingkungan dimana ia tinggal. Mulut mereka relatif lebar tidak dibekali taring yang kuat mahupun gerahan yang kukuh. Sebagai haiwan jenis ini mempunyai gigi –gigi khas yang memiliki fungsi pengerat dan pemotong. Allah telah menciptakan sistem pencernaan yang menakjudkan bagi haiwan jenis ini. Makanan yang mereka makan akan turun ke perut pertama (rumen) yang direkakan sebagai gudang penyimpanan makanan. Setelah selesai bekerja dan beristirahat, barulah makanan tersebut masuk ke dalam rongga yang disebut “qalansuwah”, kemudian kembali ke mulut dan mengunyahnya lagi untuk yang kedua kalinya dengan sempurna. Selanjutnya makanan tersebut akan dikirim ke rongga ketiga yang disebut “omasum”, kemudian menuju rongga keempat yang disebut “abomasums”. 

Seluruh rangkaian proses yang panjang ini memang disiapkan untuk melindungi haiwan ini. Sebab ia seringkali menjadi mangsa serangan binatang buas. Sehingga haiwan jenis ini harus menggunakan makanan dengan cepat kemudian bersembunyi. 

Ilmu pengetahuan mengatakan bahawa proses memamah biak bagi haiwan memang sudah sebuah keharusan, bahkan sesuatu yang sangat penting, sebab rumput termasuk tumbuhan yang sulit dicerna kerana mengandung selulosa yang mengaliri seluruh sel tumbuh – tumbuhan, sehingga untuk mencernanya haiwan memerlukan waktu yang sangat panjang. Jika haiwan ini tidak memamah biak dan tidak ada tempat penyimpanan khusus di dalam perutnya tentu haiwan ini harus memerlukan waktu yang lama untuk merumput mungkin hampir sehari penuh tanpa memperoleh makanan dalam jumlah yang sesuai dengan kapasiti haiwan tersebut dan membebani otot – ototnya di luar batas kemampuannya dalam aktiviti makan dan mengunyah. Tetapi yang terjadi adalah sebaliknya haiwan – haiwan jenis ini mampu memamah biak dengan cepat ketika makan kemudian menyimpan dan mengembalikan lagi ke mulut setelah makanan itu difermentasi untuk mengawali pencernaan, penggilingan dan penelanan. Dengan demikian seluruh keperluan haiwan boleh tercapai, mulai dari bekerja, makan dan melakukan proses pencernaan dengan baik. Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta. 

1. 6 Unggas

Sistem pencernaan unggas sangat berbeza dengan organ haiwan lainnya. Hal ini semakin menegaskan ketetapan penciptaan dan memperlihatkan keindahan mahakarya Tuhan. Kepala setiap jenis unggas dibekali sebuah organ keras yang tidak bergigi dan berstruktur seperti tulang keras iaitu paruh yang diuntukkan untuk mencari makan sebagai ganti mulut, bibir dan gigi yang terdapat pada haiwan lain sehingga unggas boleh terus menelan makananya tanpa harus menguyah terlebih dahulu. 

Bentuk paruh unggas berbeza – beza sesuai dengan jenis makanannya. Burung pemangsa seperti rajawali dan burung hantu mempunyai paruh yang kuat dan tajam berbentuk runcing untuk merobek daging. Sementara angsa dan itik memiliki paruh yang lebar dan datar seperti gayung untuk bersesuaian ketika mencari makanan di dalam lumpur dan tanah dan di sudut samping paruh terdapat organ tambahan kecil seperti gigi untuk memotong rumput. 

Sedangkan ayam, burung merpati dan unggas lainnya yang mencari biji – bijian dari tanah, memiliki paruh yang relatif pendek dan runcing sesuai dengan keperluanyASementara paruh burung pelikan sangat panjang dan di hujung paruh tersebut ada bekas besar tembolok yang memanjang menyerupai bekas buah zakar berbentuk seperti jala penangkap ikan kerana memang makanan burung pelikan adalah ikan. Sementara itu paruh burung hudhud berbentuk sangat panjang dan runcing dan memang direkakan secara cermat untuk mencari serangga dan cacingyang biasanya berada di bawah tanah. Ilmu pengetahuan menyatakan bahawa manusia boleh mengetahui makanan burung apapun dengan hanya melihat bentuk paruhnya secara sekilas. 

Alat pencernaan lainnya pada unggas sangat mengagumkan kerana tidak dibekali dengan gigi, maka diciptakanlah untuknya perut dan pengerat yang berfungsi untuk mencerna makanan. Unggas biasanya juga memakan benda – benda keras dan kerikil untuk membantu perut dalam mencerna makanan. 

1. 7 Organ Pernafasan Haiwan

Organ pernafasan haiwan berbeza – beza satu dengan lainnya sesuai dengan lingkungan tempat ia tinggal, sama seperti kepelbagaian sistem pencernaan. Haiwan yang hidup di daratan memiliki paru – paru yang bekerja menyerupai kerja paru – paru manusia di samping perangkat – perangkat lain yang menjadi keharusan dalam aktiviti pergantian karbondioksida yang dikeluarkan dan oksigen yang dihirup iaitu lubang hidung, kerongkong dan saluran udara. 

Haiwan amphibian iaitu haiwan yang hidup di air dan daratan mengunakan paru – paru sebagai alat pernafasannya ketika berada di atas daratan dan mengunakan insang ketika hidup di air seperti insang ada pada ikan yang merupakan organ menakjubkan yang diciptakan Yang Maha Perkasa untuk mengambil oksigen dari air. 

Organ pernafasan yang menakjubkan boleh dijumpai pada sebahagian ulat. Ulat – ulat ini tidak bernafas dengan mengunakan paru – paru mahupun insang melainkan dengan semacam liang – liang yang terbuka. 

Satu keunikan lagi yang telah dibuktikan oleh ilmu pengatahuan saat ini bahawa majoriti haiwan menyusui memiliki indera penciuman yang tajam sementara indera penglihatannya lemah. Berbeza dengan burung yang memiliki indera penglihatannya yang tajam namun indera penciumannya lemah. Hal itu lebih disebabkan oleh prioritas makanan haiwan menyusui selamanya berada di atas permukaan tanah yang lebih mengandalkan indera penciuman sedangkan burung yang hidup di udara memerlukan penglihatan yang tajam untuk melihat makananya dari tempat yang jauh nan tinggi. 

1. 8 Keajaiban Haiwan

Dalam Al – Quran persoalan – persoalan yang ada hubungannya dengan alam binatang menjadi sasaran pengkritik yang memerlukan kita berhadapan dengan sains mengenai hal – hal tertentu. Tetapi jika kita tidak menyebutkan ayat yang menyebutkan unsur – unsur alam binatang dengan maksud supaya manusia memikirkan nikmat besar yang diberikan Allah kepadanya maka rasanya kita belum memberikan gambaran yang sempurna tentang isi Al – Quran. Ayat di bawah ini kita sebutkan untuk memberi gambaran bagaimana Al – Quran menyebutkan penyesuaian yang harmonis antara penciptaan alam dan hajat – hajat manusia, yakin manusia di desa – desa. 

“Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai – bagai manfa’at dan kamu makan (apa yang dapat dimakan) daripadanya. Dan kamu memperoleh pandangan yang indah padanya ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya ke tempat penggembalaan. Dan ia memikul beban – bebanmu ke suatu negeri yang kamu tak sanggup sampai kepadanya melainkan dengan kesukaran – kesukaran yang memayahkan diri Sesungguhnya Tuhanmu adalah Maha Pengasih dan Penyayang. Dan Dia telah menciptakan kuda bigal dan keldai agar kamu menungganginya dan menjadikannya perhiasan dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya” Surah Nahl Ayat 5 – 8

Di samping pemikiran – pemikiran secara umun Al – Quran menyebutkan permasalahan reproduksi dalam alam binatang. 
1. 9 Reproduksi dalam alam binatang

Ada sekelompok organisme yang menghabiskan masa hidupnya atau sebahagian besar hidupnya bersama anggota – anggota lain yang bergabung dalam apa yang disebut “family” (keluarga). Sebagai contoh kita boleh melihat peguim dan burung pelikan. Kedua haiwan ini hidup bersama hidup bersama pasangannya sepanjang hidupnyASedangkan singa betina dan gajah betina hidup bersama induk atau ibu induknya (neneknya). 

Secara umumnya haiwan –haiwan mamalia membentuk keluarga – keluarga kecil yang terdiri dari suami, isteri dan anak. Pembanuntukan keluarga ini dibebankan tanggungjawabnya pada haiwan – haiwan jantan dewasa. Dalam keadaan ini jantan mamalia relatif lebih banyak pergi berburu (mencari makanan) disbanding haiwan – haiwan jantan kelompok lain yang hidup menyendiri. Mereka tidak hanya bertugas melindungi diri mereka sendiri namun juga harus melindungi seluruh anggota keluarganya dan perlindungan terhadap haiwan – haiwan yang masih kecil menuntut pengorbanan yang besar. 

1. 10 Cara Mengenali Anggota Keluarga Satu Sama Lain

Haiwan – haiwan yang tergabung dalam satu keluarga memiliki mekanisme khusus untuk mengenali anggota keluarganya satu sama lain dengan cara (media) yang berbeza – beza antara satu haiwan dengan haiwan. 

Burung yang membangun sarangnya di tanah contohnya, mengenali anak – anaknya melalui suara dan penampilan luar (bentuk badan) mereka. Burung camar yang biasa memakan ikan renika dan hidup bergerombolan dalam sebuah komuniti yang besar mampu mengenali dan membezakan suara anaknya di tengah hiruk – hiruk kerumanan yang begitu besar tanpa tercampur dengan suara burung lainnya bahkan walaupun si anak berada dalam jarak yang cukup jauh dari penglihatannya. Ketika ada burung kecil yang bukan keluarganya dan mencuba masuk ke tempat yang dihuni anaknya maka ia akan segera mengusirnya dari daerah tersebut. 

Adapun singa betina mampu mengenali anaknya melalui bau tubuhnya yang sudah dicium si induk singa sewaktu melahirkannya dan bau inilah yang kemudian dijadikannya alat untuk mengenali anaknya. 

Penguin merupakan haiwan yang paling baik dalam mengunakan alat identity. Bagi kita, barangkali mustahil boleh mengenali satu ekor burung di antara burung – burung sejenis. Satu hal yang menakjudkan ternyata penguin mampu mengenali dengan mudah anggota keluarganya tanpa kekeliruan khususnya penguin betina. Penguin betina harus pergi meninggalkan anak – anaknya selama 2-3 bulan untuk mencari makanan namun ketika kembali ia tidak menemukan sedikitpun kesulitan untuk mengenali suami dan anak – anaknya yang berada di antara ratusan penguin lainnya. 

Lebih aneh dari itu, penguin betina mengumpulkan anak – anaknya di satu tempat yang menyerupai taman kanak – kanak kemudian pergi ke laut. Di sini penguin – penguin kecil ini merapat satu sama lain. Hal ini penting untuk menjaga penguin – penguin kecil dari udara yang sangat sejuk. Burung penguin tidak menemui kesulitan untuk memecahkan masalah penguin dewasa (si induk) boleh mengenali anaknya di tengah penguin – penguin kecil lainnya setelah sekian lama meninggalkan mereka kerana penguin dewasa akan mengeluarkan suara yang melengking dan penguin – penguin kecil akan segera mengenali suara tersebut sebagai suara bapak atau induknya untuk kemudian berlarian menuju keduanya. Tidak diragukan lagi ini merupakan alat yang paling efektif untuk mengenal anggota keluarga satu sama lain di antara sekian puluh ribu penguin. 

Adalah mustahil jika penguin mengenali suara tersebut semata – mata kerana kehendaknya sendiri. Persoalannya siapa yang menberikan keistimewaan unik ini pada penguin?

Jawapan jelas yang tidak menyimpan kesamaran di dalamnya adalah bahawa Allah – lah yang memberikan keistimewaan suara yang berbeza – berbeza dan memberikan kemampuan pada burung – burung ini untuk membezakan suara – suara tersebut. Allah – lah yang memudahkan kehidupan mereka dengan gambaran yang menakjudkan ini. Sebab Dialah Maha Pencipta Sang Pelukis Agung. 

1. 11 Menyesuaikan Organisme Dengan Lingkungannya

Ilmuwan terkenal, Isaac Newton mengatakan: Tidak ada keraguan bahawa keanekaragaman kehidupan dengan segala susunan organ dan unsur – unsur yang terkandung di dalamnya dan keserasiannya dengan yang lain juga penyesuaian diri mereka dengan segala waktu dan tempat tidak mungkin bersumber kecuali dari Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 

Cuba fikir jika seandainya salah satu kaki manusia lebih pendek atau lebih panjang daripada yang kaki satunya atau kedua tungkai kakinya lebih kursus atau lebih bundar daripada (kaki normal) atau seandainya jika hanya satu saja bagaimana manusia dapat memenuhi keperluannya untuk berjalan atau berlari!

Bukti – bukti kesuaian manusia dengan lingkungannya jelas tak terhitung jumlahnya, mulai dari pergerakan sendi – sendi dan otot pembentukan ruas – ruas tulang dan sebagainya. Bahkan tanda – tanda kasih sayang Allah ini pun menjangkau hingga pada mata dengan adanya kelopak mata dan bulu mata yang dapat melindungi. Menyesuaikan organisme dengan lingkungannya nampak lebih jelas pada dunia haiwan dengan segala kepelbagaiannya. Di dalamnya terkandung ayat – ayat indah yang bertasbih memuji Allah yang rahmat – Nya meliputi segala penjuru semesta yang begitu luas dan beraneka – ragam. 

Contoh paling dekat yang menunjukkan adanya kemampuan menyesuaikan yang berbeza – beza sesuai dengan kepelbagaian keadaan adalah model penyesuaian diri yang dilakukan oleh sesumpah. Sesumpah boleh bertukar warna dengan beragama warna. Dia akan berwarna kuning jika berada di padang pasir. Kemudian jika bertemu dengan bahaya maka warna kakinya akan berubah warna menjadi coklat gelap (menyesuaikan tanah yang dipijaknya). Lalu jika berada di rumput yang hijau ia berubah warna menjadi hijau. Jika berada pada pohon yang putih ia juga akan berwarna putih. Jika di pohon di pohon merah maka merahlah tubuhnya. Dan ia akan berwarna hitam ketika di dekat sesuatu yang berwarna hitam. Kemudian ketika berada di pinggir sungai ia akan berubah warna menjadi biru seperti warna air. 

Kaki – kaki serangga baik serangga yang berjalan dengan kaki, meloncat, mahupun yang terbang semuanya direkakan dengan penuh kejelian dan ketetapan untuk memenuhi tujuan penciptaannya dengan menyesuaikan lingkungan tempat mereka hidup. 

Ketika mengamati burung yang terbang sendirian di udara tahukah anda bahawa panjang masing – masing sayap burung sama dengan sayap yang lain? Jika tidak tentu burung akan terbang condong. Tahukah anda bahawa bulu – bulu sayap dan bulu ekornya telah dihitung sedemikian rupa sehingga ia dapat terbang lurus melayang – laying dalam jangka waktu yang lama lalu mengarah ke tujuannya dengan mudah! Semua ini adalah kemudahan yang diberikan Allah. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman: “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis – lapis. Kamu sekali – kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang – ulang adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang dan tidak munasabah” (Surah Al-Mulk:3)

1. 12 Tokoh Zoologi

Al-Jahiz
Nama penuh beliau Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri. Beliau lahir pada tahun 776 iaitu 14 tahun selepas Baghdad diasaskan oleh Abbasid Caliph al-Mansur. Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku The Book of Animals. 

Al-Jahiz memulakan kariernya sebagai penulis dan antara tulisannya yang paling tersohor ialah Book of Animals. Al-Jahiz belajar membaca dan menulis pada awal usia dan menceritakan bagaimana ibunya memberinya ‘sedulang’ kertas nota dan memberitahunya bahawa kertas-kertas itu boleh menyara hidupnya kelak. 

Beliau menerima 5, 000 dinar emas dari pegawai yang menerima buku Book of Animals. 
Al-Jahiz telah menulis lebih 200 naskhah buku tetapi hanya 30 naskhah dapat diselamatkan. 
Hasil kerjanya meliputi bidang zoologi, tata bahasa Arab, puisi, retorika dan kamus. 
Beliau dianggap sebagai salah seorang saintis Islam yang menulis mengenai saintifik dan subjek yang kompleks untuk orang kebanyakan. Hasil kerja Al-Jahiz yang terpenting ialah Book of Animals iaitu Kitab al-Haiwan yang mana sungguhpun tidak lengkap, ia mengandungi tujuh jilid yang edisinya dicetak. Ia mengandungi maklumat saintifik yang penting dan jangkaan konsep nombor yang hanya dibangunkan sepenuhnya sehingga separuh kurun ke-20. 
Dalam buku itu, Al-Jahiz membincangkan perkara mengenai peniruan haiwan iaitu sesetengah parasit menyesuaikan warnanya mengikut haiwan yang ditumpanginya. Beliau juga menulis panjang lebar mengenai pengaruh cuaca dan diet manusia serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup di persekitaran geografi dan kawasan yang berbeza. Beliau turut membincangkan mengenai komunikasi di antara haiwan, psikologi dan tahap intelek serangga dan beberapa spesies haiwan. 

Beliau menyediakan turutan yang lengkap mengenai organisasi sosial serangga yang diperoleh daripada pemerhatiannya. Antaranya bagaimana serangga menyimpan biji-bijian di dalam sarang yang tidak rosak pada musim hujan. Beliau juga tahu sesetengah serangga bertindak balas terhadap cahaya dan telah menggunakan maklumat ini untuk mencadangkan satu kaedah memerangkap nyamuk dan lalat. Pada awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor. Dalam beberapa muka surat buku itu, beliau turut menggambarkan konsep sains yang biasanya berlainan dengan konsep yang dinyatakan oleh Charles Darwin. 

Konsep Al-Jahiz adalah sesuatu yang baru dalam sejarah sains dan sungguhpun ahli falsafah Greek seperti Empedocles dan Aristotle membicarakan perubahan dalam tumbuhan dan haiwan, mereka tidak melakukan langkah pertama untuk memperkembangkan teori itu secara komprehensif. Bagi mereka, perubahan itu hanya satu konsep yang ringkas dan pergerakannya pula tidak memberi makna apa-apa. 

Sebanyak 87 lembaran daripada buku Book of Animals (kira-kira satu pertiga daripada teks asal yang ditulis oleh al-Jahiz) kini dipelihara dan disimpan di Perpustakaan Ambrosiana Library di Milan, Itali. Koleksi itu (salinan daripada naskhah asal) bertarikh kurun ke-14 dimiliki oleh pemilik terakhir, Abd al-Rahman al-Maghribi, tahun 1615. 

Lembaran daripada buku Book of Animals itu mengandungi lebih 30 ilustrasi dalam bentuk kecil. Al-Jahiz terus menulis sehingga dipercayai telah menghasilkan 200 buah buku sepanjang hayat beliau. Karya paling terkenal Al-Jahiz ialah ‘Kitab Al-Hayawan’ atau Book of Animals. 

Karya Al-Jahiz ini merupakan ensiklopedia yang terdiri daripada 7 jilid dan mempunyai keterangan mengenai 350 jenis haiwan. Al-Jahiz kembali ke Basra selepas menghabiskan masa lebih 50 tahun di Baghdad. 

Beliau meninggal dunia di Basra pada tahun 868 akibat kemalangan ditimpa rak buku di perpustakaannya. Al-Jahiz meninggal dunia setelah hampir 50 tahun mengabdikan diri untuk perkembangan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Basra. Ketekunan dan kegigihan Al-Jahiz dalam mendampingi ilmu pengetahuan dan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya hidup sewajarnya dicontohi oleh kita semua. 

Penutup

Sains atau ilmu pengetahuan dalam Islam merupakan ibadah. Ibadah secara bahasa bererti ketundukan, sementara secara istilah ketundukan ini ditunjukan kepada Allah dalam mentaati segala yang diperintahkan dan dilarang. 

Sains sendiri menurut pengertian bahasa adalah “menyingkap sesuatu untuk mengetahui intipatinya. ” Dan ketundukan kepada Allah serta pelaksanaan ibadah kepada – Nya membuktikan pengetahuan tentang sesiapa, sesungguhnya jati diri Allah. 
Allah pun membekalkan kita dengan akal dan pancaindera untuk berjumpa dan bertemu Allah melalui merenung fenomena – fenomena alam semesta dan mengenali – Nya dengan menelusuri jejak – jejak – Nya dalam bentangan kehebatan ciptaan – Nya. 

Rujukan

  1. An - Nur terjemahan al- Hidayah al- Quran al- Karim dalam Bahasa Melayu. (2013). al- Hidayah House of Quran Sdn Bhd. 
  2. Ahmad, Y. A. -H. (2012). Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al- Quran & Sunnah. Malaysia: al- Hidayah Publication. 
  3. Buccaille, D. M. (1993). Bible, Quran & Sains Moden. Malaysia: Thinker's Library Sdn. Bhd. 
  4. Hiekman, R. a. (1993). Integrated Principle of Zoology. Mosby - Year Book, Inc. 
  5. Khair, A. A. (2000). al- Quran Dan Sains Moden. Malaysia: Thinker's Library Sdn. Bhd. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment