Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Konsep Sains Astronomi Menurut Islam

PENDAHULUAN

Salah satu faktor umat Islam terdahulu menempa sejarah kegemilangan adalah kerana mereka mempunyai kekuatan ilmu serta meletakkan keutamaan ilmu pada susunan yang tepat. Sudah tentu ilmu yang tertinggi adalah ilmu Tauhid, dan diikuti ilmu Fiqh. Kedua-dua ilmu ini membawa insan mengenali Penciptanya dan seterusnya mengajar manusia tatacara bagaimana seseorang insan berhubung dengan Tuhannya dan juga antara insan itu sendiri.

Sesudah itu, ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan bagaimana mengenali diri sendiri. Ilmu ini adalah ilmu yang berkaitan kedoktoran dan perubatan. Seterusnya ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan mengenali alam sekeliling termasuk alam semesta.

Dengan ini, seseorang insan itu dapat menilai, menghargai kedudukan dan martabatnya berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Ilmu yang mengkaji alam semesta ini telah dikenal sekian lama sebagai ilmu falak atau astronomi.

Astronomi adalah sebagai salah satu ilmu yang tertua, sebagaimana diketahui dari artifak-artifak astronomi yang berasal dari era prasejarah; misalnya monumen-monumen dari Mesir dan Nubia, atau Stonehenge yang berasal dari Britania. Orang-orang dari peradaban-peradaban awal semacam Babilonia, Yunani, Cina, India, dan Maya juga didapati telah melakukan pengamatan yang metodologis atas langit malam. Akan tetapi meskipun memiliki sejarah yang panjang, astronomi baru dapat berkembang menjadi cabang ilmu pengetahuan modern melalui penemuan teleskop.

PENGERTIAN AL-FALAK DAN ASTRONOMI

Pada zaman Yunani, astronomi diketahui sebagai astro bererti perihal bintang. Manakala orang inggeris membahaskan astronomy bererti ilmu tentang matahari, bulan, bintang dan planet-planet lain. Bagi bangsa Arab, mereka membawa maksud astronomi sebagai ilmu astronomi yang berkisar bagi perhitungan waktu berdasarkan pergerakan matahari dan juga bintang-bintang yang dalam bahasa Arab dikenali sabgai ‘ilm al-miqat’. Individu yang terlibat di dalam aktiviti berkaitan dikenali sebagai muwaqqit.

Manakala, perkataan falak berasal dari bahasa Arab yang mempunyai ilm al-falak atau ‘ilm al-falak al-tabi’i, bererti ilmu fenomena astronomi iaitu suatu bidang ilmu tentang pergerakan dan agihan bintang serta cakerawala. Dengan kata Madar yang bermaksud orbit yang diberi makna sebagai lingkaran langit atau cakerawala. Perkataan falak juga disebutkan dalam Al-Qur’an sebanyak dua kali, iaitu Surah Anbiya’: 33 yang berbunyi:

وهو الّذى خلق الليل والنّهار والشّمس والقمر كلّ فى فلك يسبحون
“Dan dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing dari kedua-duanya itu beredar di dalam garisnya”.
Dan Surah Yaasin: 40 yang berbunyi:

لا الشّمس ينبغى لها أن تدرك القمر ولا الليل سابق النّهار وكلّ فى فلك يسبحون
“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garisannya”.
Secara terminologi, ensiklopedia Islam merumuskan pengertian Ilmu Falak sebagai Ilmu yang mempelajari hal-hal langit seperti matahari, bulan, bintang, dan planet-planetnya. Manakala, ensiklopedia hukum Islam menjelaskan pengertian ilmu falak sebagai ilmu pengetahuan yang mempelajari benda-benda langit, tentang fiziknya, gerakannya, ukurannya dan segala sesuatu yang berhubungan dengannya.

Sedangkan menurut Badan Hisab Rukyat Departmen Agama dalam bukunya Almanak Hisab Rukyat menyebutkan bahwa ilmu Falak adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari lintasan benda langit seperti matahari, bulan, bintang-bintang dan benda-benda langit yang lain dengan tujuan mengetahui posisi benda-benda langit itu serta kedudukannya dari benda-benda langit yang lain.

Dari pengertian tersebut di atas dapat ditarik pengertian bahawa secara umum ilmu falak merupakan cabang ilmu praktikal yang mempunyai objektif formal bagi menerokai benda-benda langit, khususnya matahari, bumi dan bulan dengan objek material berupa garis edar atau orbit masing-masing dan sasaran fungsinya adalah merangkumi salah satu syarat dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Istilah ilmu falak dapat disejajarkan dengan istilah Practical Astronomy (Astronomi Praktis) yang terdapat dalam dunia astronomi. Dinamakan sedemikian kerana hasil perhitungan dari ilmu ini dapat dipraktikkan atau dimanfaatkan manusia dalam kehidupan seharian. Dinamakan jugaIlmu Hisab kerana kegiatan yang menonjol dari ilmu ini ialah menghitung kedudukan ketiga-tiga benda langit di atas.

Adapun Astronomi adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari benda-benda langit dengan tujuan untuk mengetahui pengaruh benda-benda langit itu terhadap nasib seseorang di muka bumi. Astrologi inilah yang dikenal dengan IlmuNujum. 

Jika diamati secara spesifik, memang terdapat perbezaan yang signifikan antara ilmu falak dengan astronomi, dari segi bahasanya, astronomi mengkaji seluruh benda-benda langit, baik matahari, planet, satelit, bintang, galaksi, nebula dan sebagainya. Sedangkan ilmu falak sebagai pembahasaannya hanya terbatas pada matahari, bumi dan bulan. Itupun hanya posisinya saja disebabkandari pergerakannya. Hal ini kerana perintah ibadah tidak bolehmelepasi waktu. Sedangkan waktu itu sendiri bersamaan dengan peredaran bumi dan semua itu berhubungan dengan posisinya. Dengan demikian, mempelajari ilmu falak sangatlah penting untuk kepentingan praktikal ibadah.

Ilmu Falak membahas arah kiblat pada dasarnya adalah menghitung besar sudut yang diapit oleh garis meredian yang melalui suatu tempat yang dihitung arah kiblatnya dengan lingkaran besar yang melalui tempat yang bersangkutan dan Ka’bah, serta menghitung jam berapa matahari itu memotong jalur menuju Ka’bah.

Sedangkan ilmu falak membahas waktu-waktu solat pada dasarnya adalah menghitung waktu antara ketika matahari berada di titik kulminasi atas dengan waktu ketika matahari berkedudukan pada awal waktu-waktu solat.

Pembahasan awal bulan dalam ilmu falak adalah menghitung waktu terjadinya ijtima’ yakni posisi matahari dan bulan berada pada satu bujur astronomi, serta menghitung posisi bulan ketika matahari terbenam pada hari terjadinya konjungsi (constellation) itu.

Pembahasan gerhana adalah menghitung waktu terjadinya perhubungan antara matahari dan bulan, yakni apabila bulan mulai menutupi matahari dan terlepas darinya pada gerhana matahari, serta apabila pula bulan mulai masuk pada umbra bayangan bumi serta keluar darinya pada gerhana bulan.

PENGENALAN DAN SEJARAH ILMU FALAK/ ASTRONOMI

Susunan keutamaan ilmu seperti Tauhid, Fekah, Perubatan dan Falak/Astronomi, telah diamalkan oleh generasi terdahulu yang telah meneroka kegemilangan peradabannya. Umpamanya, pemerintahan Khalifah Abbasiyyah telah meletakkan ilmu falak pada kedudukan yang ketiga selepas Ilmu Tauhid serta Fiqh, dan Ilmu Kedoktoran.

Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat khusus sahaja tetapi lebih daripada itu. Ia adalah sebagai asas kepada perkembangan bidang-bidang sains lain seperti ilmu pelayaran, pengembaraan, ketenteraan, pemetaan dan sebagainya.

Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur, sebagai contoh adalah seorang Khalifah Kerajaan Abbasiyyah yang telah membelanjakan dana negara yang besar untuk memperkembangkan pengajian dan penyelidikan ilmu falak. Seorang ahli falak yang terkenal diantaranya adalah Muhamad Al-Fazari iaitu orang yang merekacipta alat astrolabe, iaitu satu alat untuk mengukur sudut. Alat ini sebenarnya adalah merupakan asas kepada perekaan alat theodolait dan teleskop moden hari ini. Ilmu falak terus berkembang sehingga ke zaman pemerintahan kerajaan Ummaiyyah. Puncak kecemerlangan perkembangan ilmu falak adalah ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun.

Pada zaman inilah lahirnya konsep balai cerapan astronomi (observatory). Kajian astronomi dibuat secara sistematik dan natijahnya satu jadual kedudukan bintang-bintang diterbitkan yang dikenali sebagai Daftar Al-Makmun (Tables of Al-Makmun).

Perkembangan Ilmu Falak Syarie adalah dirujukkan kepada usaha-usaha gigih pakar-pakar Islam sejak zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sehingga sekarang. Usaha-usaha gigih yang dijalankan oleh pakar-pakar Islam amatlah perlu kita ketahui supaya kita mengetahui bahawa perkembangan Astrnomi Moden adalah ekoran daripada apa yang telah diusahakan dan disarankan oleh pakar-pakar Islam sendiri.

PERMULAAN ILMU FALAK
Sebahagian besar tujuan ahli-ahli falak sebelum kedatangan Islam ialah, ilmu ini dipadankan secara serius kepada ilmu Astrologi iaitu Ilmu Nujum. Secara menyeluruh diketahui bahawa Ilmu Astrologi adalah satu cabang dari Sains Astronomi kerana sekiranya tidak ada ilmu Astronomi, maka ilmu Astrologi tidak akan dapat dijalankan.

Ahli-ahli Falak pada zaman jahiliah dan sebelum Al-Masihi menjadikan asas ilmu Astrnomi ini kepada ilmu Astrologi, iaitu Ilmu Nujum. Secara menyeluruh diketahui bahawa Ilmu Astrologi adalah satu cabang dari Sains Astronomi, kerana sekiranya tidak ada ilmu Astronomi, maka ilmu Astrologi tidak akan dapat dijalankan. Ahli-ahli Falak pada zaman jahiliyah dan sebelum al-Masih menjadikan asas ilmu Astronomi ini kepada ilmu Astrologi.

Orang-orang purba percaya bahawa percaturan alam ini terletak di bawah kekuasaan ghaib dari bintang-bintang di cakerawala, terutama matahari dan bulan. Mereka percaya bahawa kehidupan dan ketenangan hidup manusia adalah di bawah kuasa (spell) bintang-bintang. Apabila manusia dilahirkan, akan dihisab apakah bintang yang akan menguasai pembinaan tubuh badan manusia itu sendiri.Mereka percaya ada pula bintang-bintang yang membawa kebaikan dan ada pula yang membawa kecelakaan. Sehingga dipercayai setiap gerakan angkasa mempunyai hubungan dengan kebaikan dan kecelakaan hayat di bumi. Mereka menghitung nama bulan (Januari hingga Disember atau Muharram hingga Zulhijjah), ada bulan bahagia dan ada bulan celaka.

Mereka menghitung nama hari (Sabtu hingga Jumaat), ada hari bahagia dan ada hari celaka seterusnya mereka menghitung waktu, ada waktu bahagia dan ada waktu celaka. Mereka percaya bahawa segenap gerak-geri manusia adalah di bawah perhitungan badan-badan angkasa.

Sehinggalah datang zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. dalam abad ketujuh Masihi dengan membawa pengertian dari Al-Quran yang menjelaskan bahawa masa bagi Allah Subhanahu wa ta’ala. adalah sama, tidak ada bahagia dan tidak ada celaka. Yang bahagia dan celaka ialah makhluk dengan amalan mereka sendiri. Ahli-ahli Falak Islam adalah mereka yang mula-mula sekali menolak dan mencemuh kepercayaan kepada kuasa ghaib bintang-bintang dan kuasa ghaib matahari dan bulan.

Merekalah yang membatalkan perbuatan percaya kepada tabi’i alam dan nujum yang diasaskan kepada syak wasangka semata-mata. Sebaliknya mereka berusaha mengembangkan Ilmu Falak ini berdasarkan penyelidikan dan pemeriksaan rapi.
Namun begitu, penggunaan horoskop dan zodiak yang menentukan bintang-bintang pada bulan kelahiran masih diamalkan dan diguna pakaikan oleh bangsa Cina dan Amerika bagi menilik masa depan dan keuntungan diri sendiri.

PERKEMBANGAN ILMU FALAK.
Orang-orang Arab purba amat minat kepada ilmu bintang (Tanjim- Nujum). Mereka mengambil perhatian penuh kepada gerakan angkasa terutama kepada gerakan bintang-bintang planet dan bintang-bintang berdekatan. Sehingga mereka dapat meramalkan kejadian-kejadian seperti kebahagiaan, peperangan, keselamatan, peredaran musim dan sebagainya.

Cuma mereka menyatakan ini adalah Ilmu Tanjim (Ilmu Nujum). Mereka juga memberi nama kepada bintang-bintang. Dua bintang utama mereka namakan sebagai :Shartayn bererti Dua Tanduk Kambing, iaitu butir bintang yang betul-betul terletak di atas garisan Khatulistiwa yang menjadi titik permulaan Buruj Hamal (Constelation of Areis). Nama kedua bintang itu pula ialah Al-Nath dan Batin.

 Begitulah seterusnya mereka memberi nama kepada bintang-bintang yang lain yang memenuhi angkasa. Orang-orang Arab juga mengambil perhatian berat kepada Manzilah-Qamar (bulan), iaitu bintang-bintang yang timbul bersama-sama dengan qamar waktu syuruq, iaitu qamar di ufuk timur.

 Mereka menetapkan ada 28 Manzilah, sesuai dengan Nur Qamar yang kelihatan selama 28 hari shuruq dalam satu pusingan Ijtimak (newmoon). Satu atlas (chart) telah mereka buat bagi menunjukkan keadaan Manzilah Qamar pada 28 itu, ia setiap kali boleh dilihat bersama syuruq qamar. Dan dengan kaedah seperti inilah mereka dapat pula menentukan kedudukan jisim-jisim angkasa yang lain. Dengan adanya carta Manzilah Qamar itu juga mereka dapat mengesan hal ehwal peredaran angin, perubahan udara pada sepanjang musim. Orang yang pertama sekali menemui Manzilah Qamar ini ialah daripada Bani Harithan ibn Kalb dan daripada Bani Dharrah ibn Hamman ibn Shayban.Kulbu ‘I-Din al-Razi dan Abu al-Rayahan telah menemui bahawa telah berlaku perbezaan musin di dalam data pusingan setahun bulan-bulan qamariah. Lalu mereka mengadakan hari-hari tambahan kepada bulan-bulan dan tahun-tahun qamariah.

 Hari-hari tambahan ini dinamakan Hari Nasiah yang ditambah kepada kepada akhir bulan Zulhijjah dan mereka menambahkan 11 hari lagi kepada bilangan hari qamariah di dalam tempoh 30 tahun qamariah supaya gerakan qamar itu dikira kembali kepada titik asal gerakannya pada 30 tahun kemudian. Hasil daripada penyelidikan itu lahirlah dua jenis takwim (kalendar) di dunia, iaitu Taqwim Qamari yang berdasarkan kepada gerakan qamar dan Taqwim Shamsi yang berdasarkan kepada gerakan matahari.

TOKOH ILMU ASTRONOMI.
Pada zaman ini juga telah lahir beberapa tokoh ilmu falak Islam umpamanya:

1. THABIT BIN QURRAH:
Mempunyai balai cerapnya sendiri di Baghdad.

2. ABU ABDULLAH MUHAMAD BIN JABIR BIN SINAN al-HIRANY al-BATTANI al-SYAIBY (lebih dikenali sebagai Al-Battani)
Orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani telah membuat hitungan tentang tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.

3. MUHAMMAD BIN MUSA AL-KHAWARIZMI. (dikenali sebagai Al-Khawarizmi)
Al-Khawarizmi dalam karyanya Mafatih al-‘Ulum (Kunci-Kunci Ilmu Pengetahuan) menyebut astronomi dengan ‘hai’ah’. Kata ‘astronomi’ seperti telah dikemukakan berasal dari bahasa Yunani, berakar dari dua kata iaitu ‘astro’ dan ‘nomia’. Astro ertinya bintang dan nomia ertinya ilmu. Menurutnya astronomi disebut juga “ilmu nujum” atau “at-tanjim”. Al-Khawarizmi mendefinisikan astronomi (hai’ah) sebagai ilmu mengetahui tata susun orbit-orbit benda langit.

4. ALI BIN ABD RAHMAN atau lebih dikenali sebagai Ibn Yunus (meninggal 1009 M):
Menerbitkan satu jadual yang amat berguna tentang pengiraan waktu berdasarkan matahari seperti mana mengikut satu artikel dalam (David A.King, 1986) yang bertajuk Ibn Yunus ‘Very Useful Tables for Reckoning Time by The Sun’.
Tempoh perkiraan dengan teknologi sekarang mendapati tempoh tersebut sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat. Hasil kajian Ibn Yunus pada asalnya tidak begitu mendapat pengiktirafan oleh pihak barat sehinggalah usahanya itu dikaji oleh seorang orientalis Belanda bernama J.Golius.

Ibn Yunus telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet-planet. Dia melakukan cerapan sedemikian bagi menyemak data-data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi Mansur, ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun (kira-kira pada tahun 810 M). Hasil kajian Ibn Yunus tadi, telah menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran bulan termasuk pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan dan planet oleh S. Newcomb (1878) dan R. Newton (1970), yang digunapakai sehingga hari ini.

Satu lagi usaha yang penting kepada perkembangan astronomi termasuk astronomi Islam (mengikut takrif David A. King) yang telah dibuat oleh Ibn Yunus adalah menyediakan jadual waktu perjalanan matahari (ketara) yang mengambil kira faktor biasan udara pada ufuk.

5. AL-FARABI

Al-Farabi dalam karyanya Ihsha’ al-’Ulum (Klasifikasi Ilmu) menyebut astronomi dengan ilmu nujum. Ilmu nujum menurut al-Farabi terbahagi kepada dua kategori, iaitu (1) ilmu nujum peramalan benda-benda langit (dilâlât kawâkib) untuk masa yang akan datang, dan (2) ilmu nujum untuk pendidikan (‘ilm ta’lîmy). Kategori kedua (‘ilm ta’lîmy, ilmu pendidikan) adalah yang dikategorikan sebagai astronomi. Kategori ‘ilm ta’limy ini mengkaji benda-benda langit dalam tiga hal: (1) tentang kuantiti, posisi, caraturutan, kadar, dan jarak benda-benda langit dimana bumi diposisikan sebagai tidak bergerak (diam), (2) tentang gerak benda-benda langit ketika oposisi dan konjungsi (istiqbalat &ijtima’at), ketika gerhana, dan lain-lain, dan (3) tentang bumi beserta iklimnya, keadaan penduduknya, dan keadaan alamnya.

6. AL-AKFANI
Al-Akfani dalam karyanya Irsyâd al-Qâshid Ilâ Asnâ al-Maqâshîd (Petunjuk Ringkas Kepada Kemilau Tujuan) menyebut astronomi dengan ‘hai’ah’. Menurut al-Akfani, hai’ah adalah ilmu mengetahui keadaan benda-benda langit – baik kategori benda-benda langit inferior mahupun superior (al-’uluwiyyah wa as-sufliyyah) – dari segi bentuk, posisi, kadar, jarak, dan geraknya. Al-Akfâni membahagi astronomi (hai’ah) kepada lima cabang: (1) ilmu tentang zij dan peninggalan, (2) ilmu penentuan waktu (mawaqît), (3) ilmu tata cara observasi (kaifiyyât al-arshâd), (4) ilmu tentang projeksi bumi (tasthîh al-kurrah), dan (5) ilmu tentang alat-alat bayangan suatu benda (al-alât azh-zhilliyyah).

7. IKHWAN ASH-SHAFA
Ikhwân ash-Shafâ adalah satu persatuan ilmu yang menyusun koleksi-koleksi utama berbagai disiplin ilmu. Komuniti ini bernama ‘Ikhwân ash-Shafâ’ (Persaudaraan Suci), projeknya bernama “Risâlah Ikhwan ash-Shafâ wa Khullân al-Wafâ’. Salah satu pembahasan dalam karya ini adalah catatan tentang utamanya astronomi (ilmu nujum). Ilmu nujum menurut komuniti ini sebagai ilmu yang mengkaji susunan (orbit) dan kuantiti benda langit, pembagian zodiak-zodiak dan jaraknya, volume, gerak, dan lain-lain. Komuniti ini menyebut astronomi sebagai ilmu nujum (‘ilm an-nujum). Menurut Ikhwan ash-Shafa, ilmu nujum merupakan bahagian yang terbahagi kepada empat cabang: matematik (ar-riyadhiyyat), logik (al-manthiqiyyat), tabi’i (ath-thabi’iyyat), dan ketuhanan (al-ilahiyyat). Matematika terbahagi lagi kepada empat bahagian: aritmetika, geometri, astronomi (an-nujum), dan muzik.

8. IBN KHALDUN
Ibn Khaldun (w. 808 H) dalam karyanya Muqaddimah (Pengantar) menyebut ilmu ini dengan ‘hai’ah’ yaitu ilmu yang mengkaji tentang pergerakan bintang-bintang (planet-planet) yang tetap maupun yang bergerak (beredar) serta gumpalan-gumpalan awan yang berhamburan.

9. THASY KUBRI ZADAH
Thâsy Kubrî Zâdah dalam karyanya Miftâh as-Sa’âdah wa Mishbâh as-Siyâdah (Kunci Kebahagiaan dan Lentera Kemuliaan) menyebut astronomi dengan ilmu hai’ah. Ia mengatakan: ilmu hai’ah adalah ilmu untuk mengetahui keadaan benda-benda langit dari segi bentuk, posisi, kadar dan jaraknya.

10. MOHD. KHAIR BIN HJ. MOHD TAIB
 Ahli Astronomi Islam, dilahirkan di Alor Setar, Kedah Malaysia pada tanggal 23 September 1922 M/1341 H. Memperoleh pendidikan awal ilmu astronomi Islam secara tradisional dengan menggunakan alat rubu’ mujayyab pada tahun 1936 M/1355 H di Madrasah al-Islamiyyah, Limbon Kapal, Alor Setar Malaysia dibawah pimpinan almarhum Syekh Wan Sulaiman (Syekh al-Islam Negeri Kedah). Pada tahun 1941 M/1360 H memperoleh bimbingan tentang astronomi Islam dari Syekh Thaher Jalaluddin al-Azhari di Kuala Kangsar-Perak dengan menggunakan kaidah matematika modern. Beliau merupakan salah seorang penggagas berdirinya Persatuan Falak Syarie Malaysia (7 Oktober 1983). Berdirinya perkumpulan ini dimaksudkan untuk mengumpulkan semua pakar dan peminat ilmu astronomi Islam dan wahana bertukar pikiran. Dalam perkembangannya Persatuan Falak Syar’i Malaysia mendirikan portal tentang astronomi Islam. Portal ini diresmikan pada saat seminar astronomi Islam dengan tema “Ilmu Falak Menyongsong Zaman, Menjana Tamadun” pada tanggal 14 Juli 2007 di Kampus Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor, Malaysia. Kehadiran portal ini juga sangat membantu mempromosikan isu-isu baru seputar astronomi Islam. Karya Mohd. Khair yang berkaitan dengan astronomi Islam adalah Takwim Istilah (Hijrah Masihi) 1401-1500 H/1980-2077 M, Takwim Hijriah Khairiah, Taqwim Syamsi dan Qamari, dan Anak Bulan Ramadhan tetap ada di kaki langit walaupun berlaku ghaim.

Dari beberapa definisi astronomi di atas terdapat perbezaan definisi dan hierarki antara satu tokoh dengan tokoh lain dan atau antara satu zaman dengan zaman sesudahnya. Bila disimak satu persatu, definisi al-Farabi tampak belum ada pemisahan jelas antara aktiviti yang bersifat astrologi dengan aktiviti astronomi, meski telah ada pemilahan namun keduanya masih merupkan satu bahagian. Sementara al-Khawarizmi membezakan antara astronomi (nujum atau at-tanjim) dengan hai’ah. Al-Khawarizmi menegaskan bahwa astronomi (nujum, at-tanjim) sebagai ilmu yang mengkaji teori ilmu langit seperti bintang-bintang, planet-planet, dan zodiak-zodiak. Cakupan definisi ini tampak membuka peluang adanya praktik astrologi. Sementara hai’ah menurut al-Khawarizmi memfokuskan kajian geometri posisi benda langit seperti right ascension (al-falak mustaqim), garis khatulistiwa, ufuk, lingkaran ufuk, dan lain-lain, bahkan bahasan zij (tabel astronomi) terdapat pada bahagian ini. Batasan dan definisi ini menutup praktik astrologi.

Adapun al-Akfani secara tegas membezakan astronomi (hai’ah) dengan ilmu ahkam an-nujum. Ilmu ahkam an-nujum menurut al-Akfani adalah ilmu dalam rangka menarik berbagai kesimpulan melalui formasi astronomi ilmu langit terhadap kejadian di bumi. Penegasan al-Akfani ini sama persis seperti Ibn Khaldun yang membedakan al-hai’ah dengan ahkam nujum. Bahkan Ibn Khaldun secara tegas mengecam praktik astrologi.

Dari beberapa definisi dan hierarki astronomi di atas nampak bahawa kajian astronomi pada zaman dahulu masih bercampur antara kajian yang bercorak teori-matematik dengan kajian yang bersifat mistik. Dari fenomena ini kita boleh mengerti mengapa sebahagian besar fukaha membenarkan peranan hisab astronomi dalam penentuan awal bulan. Hal ini boleh mengingatkan betapapun hisab astronomi telah tepat namun ia senantiasa menyokong praktik astrologi.

AYAT – AYAT AL-QURAN MENGENAI ASTRONOMI.

Dalam Al-Quran sendiri terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut tentang alam semesta beserta unsur-unsur yang terkandung di langit dan bumi, termasuk penghuninya dan fenomena yang terjadi dalam lebih dari seribu ayat. Tujuan ayat-ayat Al-Quran yang sinonim dengan alam dan alam semesta ini tidak bertujuan untuk memberikan data ilmiah. Allah Subhanahu wa ta’ala menginginkan agar proses pencarian/ penyerapan ilmu pengetahuan dilakukan dengan mekanisme pengamatan, penyimpulan (dedukatif), dan eksperimen dalam jangka panjang akibat batasan kemampuan pancaindera manusia dan karakter ilmu yang bersifat komulatif. Meskipun demikian, ayat-ayat Al-Quran dipastikan mengandungi sejumlah hakikat dan fakta ilmiah yang tidak terbantahkan tentang alam semesta ini kerana ia merupakanwahyu dari Sang Khalik, Allah Subhanahu wa ta’ala yang merupakan status kebenaran yang tetap.

Diantara ayat-ayat Al-Quran tentang astronomi ialah :

1. QS.Yasin (36:40)
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.

2. QS. Fatir (35:13)
Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nyalah kerajaan dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.

3. QS. Ali Imron (3:190)
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran bagi orang-orang yang berakal.

4. QS. Al-Waqi’ah (56:75-76)
Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang.Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu Mengetahui.

5. QS. Al-Hijr (15:16)
Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan dan menjadikannya terasa indah bagi orang-orang yang memandang (nya).

6. QS. Fussilat (41: 11-12)
Kemudian dia menuju ke langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu dia Berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa" keduanya menjawab: "Kami datang dengan patuh". Maka dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa, dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Kemudian langit yang dekat (dengan bumi) kami hiasi dengan bintang-bintang yang dan (kami ciptakan itu) untuk memelihara. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

7. QS. Al-Anbiya’ (21:32)
Dan kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, namun mereka tetap berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) itu(matahari, bulan, angin, awan dan lain-lain).

8. QS. Nuh (71:11)
Akan dikirimkannya langit (awan) – atmosfera menurunkan hujan ke atas kalian


KESIMPULAN DAN CADANGAN.
Dewasa ini astronomi berkembang menjadi cabang sains yang bukan hanya mengkaji posisi dan pergerakan benda-benda langit, tetapi juga fisis dan evolusinya. Perkembangannya demikian pesat yang menimbulkan lahirnya cabang-cabang baru, misalnya astrofisika (menitikberatkan pada segi struktur dan komposisi fisis, bukan lagi posisi dan pergerakan benda langit), kosmogoni (menitikberatkan pada asal-usul dan evolusi tata surya), kosmologi (menitikberatkan pada asal-usul dan evolusi alam semesta), dan yang baru adalah bioastronomi (menitik beratkan kemungkinan adanya kehidupan di luar bumi). Teori-teorinya senantiasa diperbaharui bila ada bukti-bukti lain yang menyempurnakan atau menggugurkan teori semula. Melalui astronomi, manusia mencuba mendefinisikan apa dan bagaimana proses fenomena alam boleh terjadi dalam konteks eksperimen dan pengamatan, dengan parameter yang boleh diamati dan diukur, yang benar dan yang salah.

Cadangan saya bagi konsep sains astronomi menurut Islam adalah dengan kita umat Islam lebih mempelajari dan mendalami ilmu ini. Golongan muda terutamanya, agar kita dapat menafsirkan dan meneruskan legasi tokoh dan ahli falak Islam bagi lebih mendalami agama yang satu ini. Al-Quran mengajar untuk mengetahui dan memahami nilai melalui penelitian dan pengamatan terhadap fenomena alam semesta yang penuh dengan segala rahsia dan keajaiban, yang membawa manusia menyedari keagungan Allah. Sedikit sebanyak mengajar kita sebagai hamba Allah untuk bersyukur terhadap kurniaanNya. In sha Allah, kita dapat mendekatkan diri denganNya dengan cara mendalami ilmu dan kurniaan yang Allah berikan.

RUJUKAN

Bibliography
Hikmah. (1993). Al-Hikmah : Jurnal Pencerahan Pemikiran Islam. Bandung, Indonesia: Yayasan Muthahhari.
Hitti, P. K. (2005). History of the Arabs. Arabian Peninsula: Serambi Publisher.
The Noble Qurán. (n.d.). Retrieved from QURÁN: quran.com
Wahab, R. A. (2015). Academia.edu. Retrieved from Academia: www.academia.edu/1253488/Konsep_Astronomi_dari_Perspektif_Al-Quran
Wikimedia Project. (2015, Julai 2). Retrieved from Wikipedia Ensiklopedia Bebas: https://ms.wikipedia.org/wiki/Astronomi
Yahaya bin Jusoh, A. b. (2007). Pendidikan Falsafah Sains Al-Quran. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment