Thursday, October 15, 2015

Tajuk: Etika Sains Dan Teknologi Merupakan Keperluan Dalam Keperluan Bangsa

PENDAHULUAN
Sains dan teknologi merupaka satu bidang yang sangat berkait dan merupakan keperluan dalam kehidupan manusia. Sains ialah cabang ilmu pengetahuan berdasarkan kebendaan atau kenyataan semata mata. Menurut Islam pula sains bermaksud ilmu pengetahuan yang lahir hasil gabungan unsur fizik dan metafizik atau gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu yang prinsipnya selaras dengan konsep asa dalam Islam. seterusnya teknologi pula bermasud ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem. Manakala di dalam Islam ialah istilah sina’ah dipakai dengan maksud sains gunaan.ia juga merupakan pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains. Sains dan teknologi berkait rapat dengan ajaran Islam. Malah dalam Islam untuk menunaikan ibadat harian juga memerlukan kepada pengetahuan dalam bidang sains. Dalam bidang sains dan teknologi juga mempunyai etika. etika amat penting dalam menghasilkan penemuan agar tidak melanggar norma kehidupan. Etika dapat mengajar manusia untuk melakukan sesuatu perkara dengan teratur.

Pengertian etika
Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah “Ethos”, yang berarti watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupa¬kan istilah dari bahasa Latin, yaitu “Mos” dan dalam bentuk jamaknya “Mores”, yang berarti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghin-dari hal-hal tindakan yang buruk.Etika dan moral lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbedaan, yaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Etika Islam pula adalah hasil pemikiran Muslim terhadap nilai tingkah laku manusia secara zahir dan batinnya. Pemikiran ini melibatkan asas-asas Islam dalam akhlak Islam (khuluq al-Islamiyah), kemudian disusun menjadi aturan-aturan yang dipatuhi dan membentuk budaya harian seseorang Muslim. Contohnya giat mencari ilmu pengetahuan, adalah Etika daripada akhlak Islam yang menghendaki Umatnya berilmu pengetahuan dan membuang kejahilan (ignorance) daripada diri mereka.

Asas asas etika Islam
Islam telah menyediakan panduan yang sempurna untuk mengatur segala perlakuan manusia dalam apa jua bidang kerjaya sepanjang zaman. Terdapat konsep-konsep asas yang mampu membimbing ahli sains dalam urusan peribadi dan profesyennya. Konsep asas tersebut terdiri daripada tiga unsur utama:

i. Keimanan kepada Allah s.w.t.
Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam.Seorang ahli sains perlu mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon bantuan daripadaNya.Mereka perlu sedar Allah sentiasa melihat segala pemikiran dan perlakuan manusia.Allah merupakan Pencipta dan Pemilik alam yang menjadi bahan kajian dan penggunaan sains dan teknologi. Sesungguhnya keimana kepada Allah akan menyediakan asas yang kukuh kepada kelahiran generasi muslim yang bermoral.

ii. Syariah (Kepatuhan kepada Syariah)
Seseorang ahli sains perlu mempunyai ketaantan yang tinggi terhadap peraturan-peraturan dan ketentuan Allah dengan mengambil kira persoalan halal dan haram dalam kerjayanya.Matlamat yang murni dalam pembangunan dan penggunaan teknologi seharusnya seiring dengan kaedah yang tidak melanggar batas-batas ajaran Islam.Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadikan asas penting kepada etika kerjanya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan kerana sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas.

iii. Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan
Dalam penggunaan sains dan teknologi aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan suatu yang tidak boleh diabaikan.Para saintis adalah khalifah Allah di bumi.Mereka bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian.Mereka perlu menghindari diri dari mengekskploitasi sewenang-wenangnya segala isi kandungan alam semata-mata untuk kepentingan sanis, material dan kekayaan.Mereka perlu melindungi alam sekitar, bersifat belas ihsan dan menghormati hak-hak manusia dan lain-lain kehidupan untuk hidup dengan selesa

Kepentingan etika sains & teknologi
Etika sains dan teknologi amat penting dam bidang ini. Antaranya adalah sebagai panduan kepada saintis dan teknokrat dalam melakukan kerja mereka. Etika menjadi panduan untuk para saintis mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk menjamin keselamatan dan menjadikan sesuatu kerja menjadi lebih teratur dengan adanya etika. Ia juga penting dalam membataskan perkara-perkara yang boleh dilakukan. Dengan adanya etika para pengkaji dapat mengetahui etika buruk yang perlu mereka jauhi dalam menjalankan sesuatu penyelidikan. Ia juga membataskan perkara yang boleh dilakukan untuk menjamin kesejahteraan dan menjauhi kesan buruk., Selain itu, kepentingan etika jiga adalah untuk menjaga kepentingan manusia dari kerakusan sains yang mengancam keselamatan manusia. Sebaigamana yang kita tahu manusia lebih mengikuti nafsunya berbanding akalnya apabila mereka telah mencapai apa yang dimahukan. kerakusan boleh berlaku apabila manusia terlalu taksub kepada sains. Oleh itu etika dapat membantu para saintis dalam mengehadkan penghasilan teknologi baru yang membahayakan manusia. Etika dalam sains dan teknologi amat penting dalam melahirkan saintis dan teknokrat yang berdisiplin tinggi. Hal ini kerana dengan adanya etika, para saintis yang mengikuti etika tersebut dapat melatih diri mereka untuk mejadi lebih bersisiplin. Sebagai contoh, para saintisa melakukan kerja dengan tekun dan teliti, bijak menguruskan dan menepati masa. Kesannya, bidang sains dan teknologi akan lebih berkembang maju dan menjadikan para saintis lebih berjaya dengan adanya sifat disiplin yang tinggi. Etika juga akan memastikan penggunaan teknologi secara berhemah. Etika dalam sains dan teknologi dapat mengelakkan para saintis dalam menggunakan teknologi sesuka hati. Ini memberi peluang kepada para saintis lain untuk menggunakan teknologi tersebut. Kesannya, teknologi yang sedia ada dapat digunakan dan tiada maslah pembaziran akan berlaku. Oleh itu, etika amat penting dalam penghasilan teknologi.

Perlaksanaan etika sains dan teknologi
Yakin bahawa rezeki datangnya daripada Allah Subhanahu wa ta’ala. apabila kita menyakini sesuatu daripada Allah, segala penyelidikan ataupun tugasan dapat dijayakan.Selain itu, ikhlas dan niat yang baik juga merupakan contoh etika dalam sains dan teknologi, setiap perkara yang dilakukan haruslah berlandaskan sifat ikhlas. Ini kerana apabila kita Ikhlas, perkara yang dilakukan akan menjadi mudah apatah lagi melibatkan bidang sains dan teknologi. Kita juga tidak akan mudah berputus asa apabila kajian yang dilakukan tidak mendapat keputusan yang dijangka..Selain itu, Itqan (ketekunan dan kemahiran) dalam melakukan sesuatu ketekunan dan kemahiran amat penting dalam menghasilkan teknologi. Kemahiran yang baik dapat menghasilakn teknologi yang bermutu dan teknologi yang berkualiti dan canggih sesuai dengan keperluan hidup manusia.Ketekunan perlu diambil kira kerana dengan ketekunan yang ada, saintis dapat mengenal pasti sesuatu penemuan dan teknologi yang mengalami maslah agar teknologi yang dihasilkan lebih bermutu.Etika dalam sains dan teknologi juga meliputi amalan bermusyawarah dan bermuafakat (perundingan dan bekerja secara berpasukan).Amalan bekerja secara berkumpulan dapat menjadikan hubungan sesama manusia menjadi lebih erat. Perkara ini amat digalakkan dalam Islam. Para saintis dapat berkongsi maklumat sesame sendiri untuk menghasilkan teknologi yang lebih dinamik.Selain itu, manusia haruslah mengekalkan keseimbangan, bersederhana dan konsistensi dalam sains dan teknologi.Setiap perkara yang dilaukan haruslah beserderhana dan tidak melanggar syariat yang ditetapkan.Penemuan sains dan teknologi yang dihasilkan haruslah berlandaskan akal fikiran dan tidak melebihi hak kita sebagai manusia.Dalam hal itu, membangunkan teknologi yang memberi manfaat kepada alam dan manusia.Para saintis dan tekrorat membangunkan teknologi yang tidak menjejaskan alam sekitar dan memberi manfaat kepada kehidupan seharian sebagai contoh, nuklear yang dijadikan sebagai sumber alternative kepada sumber elektrik.Dan akhir sekali, menjauhi mafsadahiaitu kerosakan ke atas manusia dan alam sekitar.Dalam menghasilkan teknolgi, alam sekitar haruslah dititikberatkan dalam mencegah pencemaran alam sekitar seperti penipisan ozon pencemaran udara dan sebagainya.

Kesan pengabaian etika dan isu isu etika dalam sains dan teknologi
Pengabaian etika sains dan teknologi memberi pelbagai kesan buruk. Antaranya adalah terciptanya teknologi mengikut hawa nafsu dan keperluan dunia semata- mata.Manusia lebih menggunakan hawa nafsu berbanding akal fikiran.Mereka menganggap semuanya boleh dilakukan sendiri tanpa pertolongan tuhan.Apabila terlalu taksub kepada sains dan teknologi, manusia mudah lupa diri dan melupakan Tuhan. Kerja yang dilakukan tidak dijadikan sebagai ibadah dan meyebabkan ia menjadi sia sia dan hanya untuk dunia. Berlaku kerosakan alam sekitar dan membahayakan kehidupan manusia. Kesan lain ialah keruntuhan nilai kemanusiaan. Jenayah menjadi lebih berleluasa sebab banyak peralatan tercipta.Sebagai contoh, jenayah kecurian, peperangan antara negara.Penyalahgunaan teknologi seperti jenayah siber boleh berlaku.Kesannya, manusia dalam sesebah tamadun boleh hancur.Akhirnya, eksplotasi alam tanpa kawalan. Pengabaian etika sains dan teknologi menjadikan alam sebagai sasaran, kesannya, bancana alam boleh berlaku seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan lain lain.

Isu-isu etika sains dan teknologi:
Pencemaran isu etika oleh barat
Teori Darwin: Teori yang paling popular diperkatakan berhubung kejadian manusia adalah teori evolusi Charles Darwin. Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin (1809-1882 Masihi). Beliau menegaskan, kesemua makhluk hidup, sama ada manusia ataupun haiwan, berasal daripada keturunan yang sama (common ancestor). Keturunan yang awal ini kemudiannya berubah dari satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran yang sentiasa berubah. Hasil daripada perubahan - perubahan itu yang memakan masa jutaan tahun, akhirnya lahirlah makhluk yang kompleks yang bernama manusia.Beliau mengutarakan pendapatnya di dalam bukunya yang bertajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.Teori ini secara tidak lansung mengubah hakikat manusia diciptakan oleh Allah.ia juga memburukkan manusia kerana menyamai manusia dan haiwan. 
Aliran saintisnisme:
Meletakkan segala aktiviti Sains untuk Sains dan sains bersifat nature.ia tidak terdedah kepada nilai baik dan buruk.Atas nama Sains manusia bebas melakukan apa sahaja meskipun bertentangan dengan etika, norma hidup atau agama.
Pengklonan manusia :
Pengklonan dianggapkan sebagai satu teknik manipulasi genetik daripada sesuatu organisma untuk menghasilkan zuriat yang seiras dengan induk dan ia merupakan pembiakan asek kerana tiada bahan genetik atau agen pembiakan terlibat. Sumber bahan genetik diperoleh daripada sel soma.Sebagai contoh pengklonan, kita meminda nukleus daripada sel soma sesuatu individu kepada ovam sesuatu individu, dan membesarkannya.Pengklonan manusia mempunyai kebaikan dan keburukannya.Kebaikannya ialah memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak.Pengklonan boleh digunakan untuk mengubati penyakit atau menggantikan organ yang telah rosak (seperti jantung, hati atau ginjal).tetapi ia mempunyai keburukan iaitu meruntuhkan institusi kekeluargaan kerana seorang lelaki ataupun wanita tidak memerlukan pasangan untuk mendapatkan anak. Jangka hayat manusia klon adalah singkat kerana bayi klon akan mempunyai kromosom yang sama dengan usia penderma, kadar keguguran dan kematian adalah tinggi, membolehkan manusia hidup selama-lamanya (bertentangan dengan hukum alam) kerana ia jelas melanggr institusi keluarga dan syariat agama yang jelas menyatakan bahawa pengklonan manusia adalah haram.
Nuklear :
nuklear' merujuk kepada inti atau nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nukleus atom.Ada dua jenis tindak balas nuklear yang boleh digunakan untuk menjana tenaga, iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindak balas pelakuran nukleus (nuclear fusion).Loji-loji janakuasa nuklear yang terdapat di dunia adalah berasaskan tindak balas pembelahan nukleus, sedang loji nuklear berasaskan pelakuran nukleus kini masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan dan dijangka tidak akan dapat digunakan dalam tempoh setengah abad akan datang kerana kesukaran teknologinya.Proses penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear melibatkan kitaran bahan api yang dimulai dengan perlombongan uranium, yang merupakan sumber utama untuk menyediakan tenaga nuklear.Kebaikan tenaga nuklear ialah dapat menamabh baik produk dan menjadi tenaga alternative kepada sumber tenaga sebagai contoh di jepun, mereka menggunakan kuasa nuklear untuk menjaan kehidupanv seharian.Keburukannya ialah nuklear merosakkan biosistem dan alam sekitar. Ia juga membahayakan kesihatan manusia kerana ia dapat memberi pelbagai kesan buruk seperti kesan radioaktif yang boleh menganggu sel dalam badan dan yang lebih teruk boleh menyebabkan kematian.
  
Sebab Sebab Terjadinya Kriisis Nilai Dan Etika Dalam Sains Dan Teknologi
1.Tidak memahami konsep diri sebagai manusia dan hamba.
Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diakui Allah.Firman Allah “Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai Allah ialah agama Islam.” (Ali Imran : 19).Oleh kerana hanya Islam sahaja satu – satunya agama (cara hidup) yang benar dan sempurna, maka Allah memerintahkan kita menerima Islam seluruhnya. Firman Allah bermaksud; “Wahai orang – orang yang beriman ! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segala hukum – hukum dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang terang nyata.” (Al Baqarah : 208). Oleh kerana hanya Islam sahaja satu-satunya agama (cara hidup) di sisi Allah, maka Allah melarang kita mencari cara hidup selain daripada Islam. Tetapi kebanyakan sainitis tidak mengamalkan konsep tersebut dalam bidang sains sehingga menyebabkan pelbagai keburukan.

2.Pengabaian etika dalam sains dan teknologi yang membawa kepada keburukan.
Manusia tidak mempratikkkan etika dalam kehidupan seharian terutamanya Dalam menjalankan sesuatu kajian sains, oleh itu, pelbagai kesan telah berlaku seperti penghasilan teknologi yang berlebihan, masalah masaalh teknologi dan ia juga membawa kepada peperangan dan kemusnahan alam. Islam telah memberi etika sebenar yang harus diikuti yang berpandukan al quran dan as sunnah. Tetapi kebanyakan saintis tidak mengetahui tentang adanya etika Islam dalam sains.

3.Kelahiran pemikir sains barat yang menguasai bidang teknologi.

Pemikir sains barat yang menguasai bidang sanis dan teknologi menyebabkan krisis etika mudah berlaku. Mereka menggunakan etika dan pemikiran mereka dalam bidang ini. Mereka tidak meggunakan etika yang sebenarnya dalam penghasilan teknologi.Dai ianya lebih kepada keduniaan semata mata.kesanna, I memberi kesan buruk kepada kehidupan disebabkan oleh penguasaan pemikir Barat.

Cadangan
Umat Islam terutamanya saintis Islam haruslah mempratikkan etika Islam dalam sains dan teknologi kerana ia memberi banyak kebaikan bukan kepada umat Islam sahaja tetapi kepada seluruh umat manusia. Sebagai contoh, saintis Malaysia haruslah menggunakan etika Islam agar ia dapat dijadikan contoh kepada negara lain agar membuka mata tentang pentingnya beretika ketika melakukan kerja kerana ia amat penting kepada kehidupan. Selain itu, umat Islam haruslah bergiat aktif dan lebih menceburi bidang sains dan teknologi. Hal ini kerana apabila umat Islam menceburi bidang ini, kita tahu bahawa teknologi yang dihasilakn adalah berdasarkan panduan agama iaitu berdasarkan al-quran dan sunnah. Oleh itu, manusia hanya menghasilkan teknologi hanya sekadar sebagai seorang manusia dan mereka melakukannya kerana ibadah dan bukannya semata mata kerana dunia seperti pemikir barat. Pendedahan tentang sains dan teknologi haruslah didedahkan di peringkat rendah agar pelajar dapat mengetahui dan mempratikkan etika yang sedia ada di dalam bidang ini supaya mereka dapat mengelakkan kesan buruk yang menjejaskan kehidupan manusia apabila mereka menceburi bidang ini.

Kesimpulannya :
Kesimpulannya, sains dan teknologi memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Terpulanglah kepada manusia untuk menggunakannya secara berhemah agar tidak melanggar etika sains fan teknologi.Etika sains dan teknologi amat penting dalam penghasilan teknologi yang bermanfaat serta berpandukan al-quran dan as sunnah kerana itulah yang terbaik untuk seisi alam ini. Etika tidak harus diabaikan kerana ia memberi kesan yang buruk kepada seluruh aspek kehidupan sekiranya tidak dipratikkan. Manusia akan lebih rakus apabila tidak mempratikkan etika kerana mereka lebih mengikut hawa nafsu dalam melakukan kajian dan tidak berpandukan etika yang sebenarnya.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment