Monday, October 12, 2015

Tajuk: Kesucian Keluarga Adalah Asas Pembinaan Tamadun Islam

PENDAHULUAN
Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan biasanya selalu ada hubungan darah, ikatan perkawinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang kepala keluarga. 

Dari sudut pandangan Islam pula, definisi keluarga adalah terlalu luas dan bersifat majmuk. Ini bermaksud sesebuah keluarga bukan sahaja terdiri daripada ayah ibu dan anak-anak tetapi juga merangkumi datuk, nenek, adik beradik dan saudara mara yang lain. Bahkan, keluarga juga bersifat majmuk kerana bukan sahaja terdiri dari satu bumbung tetapi mungkin lebih kerana Islam membenarkan poligami sekiranya mampu. Selain itu, dari semasa ke semasa, sesebuah keluarga mungkin akan tinggal berasingan atau terpisah akibat membina satu keluarga kecil yang baru. Dalam banyak hal, ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala (Mahmood, 1997). 

Melalui dua pandangan ini iaitu pandangan barat dan Islam, dapat disimpulkan bahawa keluarga ini terlahir daripada sebuah perkahwinan. Ikatan perkahwinan ini lah yang mencipta sebuah perasaan kasih sayang dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. 

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman dan surah An-Nisa (ayat 1) yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu diri (Adam) dan daripada Allah ciptakan isterinya (Hawa) dan dari keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang amat ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu saling meminta di antara kamu dengan menyebut nama-Nya, juga bertaqwalah dengan memelihara hubungan rahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu”

Asas Kekeluargaan

Asas bahan dalam membina sesebuah bangunan akan memberi pengaruh yang besar kepada kekuatan dan keutuhan sesebuah bangunan tersebut. Ini sama seperti kita membina sesebuah keluarga. Asas untuk membina keluarga perlu di ambil berat dan dipastikan cukup sekatannya sebelum membina sebuah keluarga. Apakah asas penting dalam membina sebuah keluarga?. Islam telah menegaskan bahawa asas untuk membina keluarga adalah Ikatan Perkahwinan. Peganglah pada Islam, pasti akan bertemu kebahagian. Kalau pun kita bukan seorang Islam, namun jika kita berpegang pada agama, pasti kita tahu, keluarga itu lahir dari perkahwinan. Tidak ada satu agama ini yang membenarkan umatnya berzina sehingga melahirkan zuriat yang tidak sah tarafnya. Subhanalllah!. 

Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 32 yang bermaksud :

“kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan Mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya dan Allah Maha Luas Kemurahan-Nya dan Maha mengetahui”. 

Kemudian Allah menambah lagi dalam ayat seterusnya (an-Nur :33). 

“dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya”. 

Ayat ini jelas menunjukkan, jika kita ada niat untuk berkahwin, Allah akan bantu kita dengan kurnia-Nya. Allah tidaklah memberikan kekayaan yang jelas pada kita. Seperti tiba-tiba hujan emas atau tiba-tiba ada duit sejuta dalam rumah. Namun jika kita sedar, sekiranya kita ingin berkahwin, rezeki kita lebih murah. Bahkan Allah menanam sifat berjimat cermat dalam diri kita supaya kita dapat kumpul duit dengan cepat. Allah Maha bijaksana, dia memudahkan urusan kita disambing menyuruh kita berusaha. Bagi yang lelaki telah berkahwin pasti akan perasan satu hal ini. Dulu semasa diorang bujang, pinggan dan gelas kat rumah ada sebiji saja. Paling banyak pun 3 biji sebab nak hidang pada kawan-kawan yang datang “melepak”. Makan pun kadang-kadang mee segera atau sardin. Duit pula selalu rasa tak cukup. Sehingga nak menyimpan RM10 sebulan dalam bank pun rasa tidak mampu. 

Cuba tengok, selepas berkahwin. Kita masih kerja di tempat yang sama. Gaji pun macam tu juga, Cuma naik lah sikit. Tapi apa yang menghairan, kita mampu sara seorang isteri. Kita mampu sara seorang anak atau lebih. Makan pula dah upgrade atas meja ada macam-macam lauk. Pinggan mangkuk dan gelas pun dah penuh kat dapur. Siap boleh buat pameran kat almari ruang tamu lagi. Dari mana kita dapat semua tu?. Allah telah memberi kita kekayaan dalam keadaan kita tidak nampak namun kita boleh merasainya. Allah maha pemurah lagi maha penyayang. Setiap yang anak mempunyai rezekinya sendiri. 

Keperluan Pembentukan Keluarga

Keperluan pembentukan keluarga adalah untuk memastikan kesinambungan generasi manusia. Dengan berkeluarga maka akan lahirlah generasi yanh baharu. Keluarga Muslim harus menjadikan keluarga sebagai tempat utama pembentukan generasi yang kuat dengan cara menyediakan keluarga sebagai tempat yang aman, sihat dan nyaman bagi interaksi antara orangtua dan anak. Kedua, kehidupan berkeluarga harus dijadikan sarana untuk menjaga nafsu seksual lelaki dan perempuan. Ketiga, keluarga Muslim harus menjadikan keluarga sebagai tempat pertama dalam menanamkan nilai-nilai kemanusiaaan seperti cinta dan kasih sayang. Keempat, keluarga Muslim harus dijadikan sebagai tempat bagi setiap anggotanya untuk berlindung dan tempat memecahkan segala permasalahan yang dihadapi anggotanya. 

Keluarga yang seimbang adalah keluarga yang ditandai oleh adanya keharmonian hubungan atau relasi antara ayah dan ibu serta anak-anak dengan saling menghormati dan saling memberi tanpa harus diminta. Pada saat ini orang tua berprilaku proaktif dan sebagai pengawas tertinggi yang lebih menekankan pada tugas dan saling menyedari perasaan satu sama lainnya. Sikap orang tua lebih banyak pada upaya memberi dukungan, perhatian, dan garis-garis pedoman sebagai rujukan setiap kegiatan anak dengan diiringi contoh teladan, secara praktis anak harus mendapatkan bimbingan, asuhan, arahan serta pendidikan dari orang tuanya, sehingga dapat membentuk seorang anak menjadi berkepribadian yang sejati sesuai dengan ajaran agama yang diberikan kepadanya. Lingkungan keluarga sangat menentukan berhasil tidaknya proses pendidikan, sebab di sinilah anak pertama kali menerima sejumlah nilai pendidikan. Maka dari sinilah akan lahirnya generasi yang bertatasusila dan berakhlak mulia hasil daripada pengaruh kedua ibu bapanya. 

Islam dengan jelas menjadikan hidup manusia di atas muka bumi ini dengan tujuan yang asasi iaitu yang pertama untuk beribadah kepada Allah. Dalam konteks kekeluargaan, sama ada ibu atau bapa harus memahami akan tujuan asalnya iaitu untuk melakukan ibadah kepada Allah sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Zariyat: 56; “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahKu”. Secara ringkas, apa yang dimaksudkan dengan beribdat kepada Allah mengikut Ibnu Taimiyyah, mencakupi setiap perkara yang dicintai dan diredhai Allah sama ada dalam bentuk ucapan atau perbuatan (Yusuf, 1999:223). Seterusnya untuk menjadi Khalifah Allah bagi tujuan mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini. Selain berperanan sebagai hamba Allah, pada masa yang sama juga manusia merupakan khalifah dan pentadbir di muka bumi ini. Tugas ini hanya dikhususkan kepada Nabi Adam dan zuriatnya. 

Tanggungjawab Suami Atau Ayah

Tanggungjawab kepimpinan

Allah telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan kepada kaum lelaki untuk mengendalikan perjalanan hidup sekeluarga. Seorang ayah bertanggungjawab menyediakan keperluan rumahtangga mengikut kemampuan dan tidak melampui batas. Diantara keperluan tersebut termasuklah menyediakan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Setiap suami atau ayah mestilah memastikan bahwa apa jua makanan, minuman, pakaian mestilah terdiri daripada sumber yang bersih, berkhasiat dan halal. Makanan yang dimakan mempunyai kaitan yang rapat dengan pembinaan keperibadian mukmin yang juga sekali gus menjadi landasan kepada terbentuknya keluarga yang diredhai. Selain daripada tanggungjawab kepimpinan seorang suami atau ayah bertanggungjawab mengepelai mengendalikan peranan dan tanggungjawab barikut:

a)Melaungkan azan dan iqamah ketika kelahiran

b)Melakukan Tahnik

c)Menukur rambut

d)Melakukan Aqiqah

e)Memberi nama yang baik

f)Mengkhatankan anak-anak

g)Menyamakan pemberian

Tanggungjawab Mendidik Keluarga
Suami atau ayah hendakalah sedaya upaya memandu dan membimbing isteri dan anak-anak kejalan yang diredhai Allah sambil memberi conton akhlak yang terpuji. Setiap suami bertanggungjawab memberikan didkan agama kepada isteri dan anak-anak supaya mereka isteri dan anak-anak yang soleh yang memberi manfaat didunia dan akhirat. Dengan membimbing dengan memberikan agama yang secukupnya maka anggota keluarga dibawah pimpinannya akan dapat menghadapi cabaran hidup dan seterusnya dapat menyelamatkan diri mereka daripada terjerumus ke dalam kancah keruntuhan akhlak dan berbagai-bagai kegiatan lain yang bercanggah dengan adab, moral dan agama. 

Tanggungjawab Isteri Atau Ibu

Taat Perintah Suami

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. 

Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam : Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. 

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam : Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. (Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami. 

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam : Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting. 

Menguruskan Hal Rumahtangga
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam. Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka. 

Menjaga Maruah Diri Suami Dan Keluarga

Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku. Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia. 

Menjadi Teladan Yang Baik Kepada Anak-Anak
Seorang Ibu haruslah menjadi teladan bagi anak-anaknya dalam melaksanakan berbagai macam ibadah dan akhlak mulia yang diperintahkan kepada mereka, seperti sifat jujur, amanah, menepati janji—walaupun terhadap anak kecil—, berani dan tidak takut mengatakan kebenaran, dermawan, suka bersedekah, mengasihi fakir miskin, dan sifat-sifat terpuji, karakter-karakter yang baik serta akhlak luhur lainnya. Seorang ibu harus faham bahawa jika ia tidak boleh menjadi teladan bagi anak-anaknya dalam hal yang ia perintahkan, maka kata-katanya hanya akan menjadi debu yang berhamburan (tidak ada gunanya). Anak-anak tidak akan percaya kepadanya walaupun ia menggunakan pelbagai dalil dan alasan. 

Tanggungjawab Anak-Anak
Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. 
Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak. 

 Bercakap dengan lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. 
Firman Allah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. bermaksud:
"Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah Sallallahu ‘alaihi wa sallam., dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. " (Surah al-Israk, ayat 23). 
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar. 

Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia. 

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. bermaksud:

"Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. " (Hadis riwayat Muslim). 

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. 

Tujuan Berkeluarga
1. Untuk Memenuhi Tuntutan Naluri Manusia yang Asasi

Pernikahan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi kebutuhan ini adalah dengan ‘aqad nikah (melalui jenjang pernikahan), bukan dengan cara yang amat kotor dan menjijikkan, seperti cara-cara orang sekarang ini; dengan berpacaran, kumpul kebo, melacur, berzina, lesbi, homo, dan lain sebagainya yang telah menyimpang dan diharamkan oleh Islam. 

2. Untuk Membentengi Akhlaq yang Luhur dan untuk Menundukkan Pandangan. 

Sasaran utama dari disyari’atkannya pernikahan dalam Islam di antaranya adalah untuk membentengi martabat manusia dari perbuatan kotor dan keji, yang dapat merendahkan dan merusak martabat manusia yang luhur. Islam memandang pernikahan dan pem-bentukan keluarga sebagai sarana efektif untuk me-melihara pemuda dan pemudi dari kerusakan, dan melindungi masyarakat dari kekacauan. 

3. Untuk Meningkatkan Ibadah Kepada Allah

Menurut konsep Islam, hidup sepenuhnya untuk mengabdi dan beribadah hanya kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berbuat baik kepada sesama manusia. Dari sudut pandang ini, rumah tangga adalah salah satu lahan subur bagi peribadahan dan amal shalih di samping ibadah dan amal-amal shalih yang lain, bahkan berhubungan suami isteri pun termasuk ibadah (sedekah). 

4. Untuk Memperoleh Keturunan Yang Shalih

Tujuan pernikahan di antaranya adalah untuk memperoleh keturunan yang shalih, untuk melestarikan dan mengembangkan bani Adam. Tentunya keturunan yang shalih tidak akan diperoleh melainkan dengan pendidikan Islam yang benar. Hal ini mengingat banyaknya lembaga pendidikan yang berlabel Islam, tetapi isi dan caranya sangat jauh bahkan menyimpang dari nilai-nilai Islami yang luhur. Sehingga banyak kita temukan anak-anak kaum muslimin yang tidak memiliki akhlak mulia yang sesuai dengan nilai-nilai Islam, disebabkan karena pendidikan dan pembinaan yang salah. Oleh karena itu, suami maupun isteri bertanggung jawab untuk mendidik, mengajar, dan mengarahkan anak-anaknya ke jalan yang benar, sesuai dengan agama Islam. 

Kesan Negatif Tidak Berkeluarga (PERKAHWINAN)

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain. 

Manusia akan bebas berpasangan antara lelaki dan wanita dan melakukan hubungan intim yang tidak sah dan diharamkan dalam Islam yang menyebabkan lahirnya zuriat atau generasi yang tidak sah taraf akibat bisikan syaitan untuk melunaskan hajat nafsu shawat manusia. Sebagai contoh, setiap tahun, lebih dari 100 pasangan Islam mendaftarkan diri untuk bernikah atas sebab bakal isteri yang ingin dikahwini sudah hamil. Sebilangan besar antara mereka akan melahirkan anak di luar pernikahan itu manakala sebilangan kecil menggugurkan kandungan mereka. menurut statistik empat remaja menggurkan anak dan dua remaja melahirkan anak setiap hari. Kejadian seumpama ini tidak reliven dengan Negara yang ingin menuju kearah tamadun Islam dan masyarkat manusia yang dikatakan khaira ummah atau sebaik-baik ummat. 

Perhubungan intim manusia itu merupakan tabii dan fitrah manusia secara semula jadinya, tetapi ianya perlulah dengan jalan yang betul iaitu melalui sesebuah perkahwinan. Disebabkan itulah Islam menyuruh dan meletakkan hukum-hukum tertentu supaya umatnya berkahwin. Akibat tidak berkahwin dan memandang enteng soal perkahwinan telah mewujudkan sebuah masyarakat yang kacau bilau dan tidak terurus. Seks bebas berlaku secara berleluasa akibat ingin memuaskan nafsu shawat maka manusia cenderung melakukan tindakan-tindakan diluar tabii seperti perlakuan seks diluar tabii yang berlaku antara sesama jantina seperti yang digelar oleh muda mudi sekarang iaitu gay (pasangan lelaki dengan lelaki) dan lesbian (pasangan perempuan dengan perempuan) serta perlakuan onani yang bertujuan memuaskan nafsu shawatnya sendiri. 

 Dunia sekarang dihujani dengan masalah generasi mudanya yang terdedah dengan keruntuhan moral dan akhlak yang semakin serius. Hal ini turut berjangkit dan melular dalam generasi muda yang beragama Islam. Akibat tidak mendapat pendidikan Islam yang sempurna, mereka mudah terpengaruh dengan budaya barat yang memesongkan akidah tetapi dianggap seronok dan moden bagi mereka. Mereka terbawa-bawa dengan budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni dan fahaman Islam yang sebenarnya. 

Langkah Mewujudkan Keluarga Bahagia
Pencarian Dan Pengisian Ilmu
Setiap anggota keluarga hendaklah menjiwai konsep keunggulan ilmu dan peranan ilmu didalam membina dan melahirkan keluarga tang diredhai. Untuk menjamin wujudnya keunggulan budaya ilmu di peringkat keluarga, satu prjek khusus hendaklah difikirkan. Projek ini bertujuan melahirkan suasana ilmu di kalangan anggota keluarga. Perpustakan ilmu perlu ada di setipa rumah muslim. Perpustakaan itu haruslah memuatkan berbagai aneka buku daripada berbagai disiplin termasuklah yang berkaitan dengan kemanusiaan yang menyentuh soal aqidah, ibadah, hubungan social, akhlak, muamalah, jenayah dan sebagainya. 

Penyempurnaan Amal Ibadah
Di dalam Islam, ibadah memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan peribadi. Ibadah jika dilakukan secara berterusan dan disertai dengan ilmu yang mendalam, akan membuahkan keimanan dan ketakwaan yang menjadi anak kunci kepada pembentukan keluarga ayang diredhai Allah. Contohnya mendirikan solat yang merupakan ibadah khusus yang paling asas. Setiap anggota keluarga mesti berusaha sedaya upaya untuk menentukan anggota keluarga yang tidak pernah cuai di dalam menyempurnakan ibadah khusus seperti sembahyang. Kepentingan sembahyang hendaklah diberi penekanan sewajarnya sambil menanamkan keyakinan bahawa tidak akan lahit keluarga yang diredhai seandainya sembahyangnya tidak dapat didirikan dengan sempurna. 

Menyeru Kebaikan Menegah Kemungkaran
Dari segi praktiknya menggalakkan yang makruf lebih mudah dijalankan daripada mencegah berlakunya kemungkaran. Dalam hubungan sesama keluarga perkara yang hamper sama berlaku. Anjuran kepada kebaikan yang dibuat dengan kebijaksanaan dan kewarasan pemikiran biasanya lebih mudah diikuti jika dibandingkan dengan usaha mencegah kemungkaran yang sering mendapat tentangan walaupun dikendalikan dengan penuh hikmah dan tertib. Kemungkaran yang dilakukan oleh seorang suami sukar diperbaiki oleh seorang isteri, begitulah sebaliknya. Hal yang sama lebih sukar untuk dilakukan bila ia membabitkan diantara anak-anak dengan ibubapa dan sebaliknya. Urusan yang menggalakan amar makruf dan mencegah kemungkaran tidak merupakan suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan ilmu, kematangan dan ketertiban. Dengan ilmu sahaj, tanpa kematangan dan ketertiban belum dapat menjamin menyelesaikan masalah ini. Begitu juga dengan hanya berbekalkan kematangan dan ketertiban pun belum tentu terlaksana amar makruf dan nahi mungkar ini. Oleh sebab itu, setiap anggota keluarga perlu melibatkan diri dan menjadikan program amar makruf nahi mungkar sebagai rogram asas keluarga. Program seperti inilah yang akan dapat menetukan kelangsungan keluarga(survival keluarga) yang dapat melahirkan kekuatan dan kecemerlangan serta keredhaan Allah. 

Kesimpulan
Kesimpulannya, institusi kekeluargaan adalah satu unit mikro yang membentuk tamadun Islam. Pembinannya mestilah bermula daripada penyediaan peribadi muslim iaitu berteraskan agama Islam. Semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia memerlukan banyak unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku. ” Namun apa yang dapat dititipkan melalui catatan yang serba ringkas ini dalam mendambakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah; kesediaan kita untuk menjadikan Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam sebagai contoh teladan yang baik dalam segala agenda hidup kita, tanpa mempertikaikannya sedikitpun. Bilamana kita merasa kehidupan contoh (mithali) yang di tunjukkan oleh Baginda tidak dapat kita terima, atau gagal kita ikuti, itu bukan bermakna kita perlu mencari alternatif lain dalam mencari kebahagiaan hidup. Tapi apa yang perlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam, segala apa yang disuruh buatlah dengan kemampuan yang maksima, demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi, hindari dan tinggalkan sama sekali dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demi memperolehi keredaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Mempertingkatkan kualiti keislaman, keimann dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepada kita sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan "Kalamullah" dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam yang diiktiraf oleh Allah Subhanahu wa ta’ala yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Adil ke atas sekelian makhluk ciptaanNya. Keluarga yang bahagia dapat dicapai melalui pembentukan dan pendidikan akhlak oleh kedua ibu-bapa. Bila ibu-bapa gagal memberi didikan dengan baik maka anak-anak akan membesar menjadi generasi yang boleh mendatangkan kepincangan dalam masyarakat. 

BIBLIOGRAFI
http://www. wom. my/keluarga/keluarga-bahagia-dunia-akhirat/
http://keluargabahagia2u. blogspot. com/2010/07/definisi-keluarga-bahagia. html
http://supian-adabterhadapibubapa. blogspot. com/p/tanggungjawab-anak-terhadap-ibubapa. html
http://seribupilihan. blogspot. com/2013/03/10-cara-berbakti-kepada-kedua-ibu-bapa. html
DR HASAN HJ MOHD ALI(1994), Keluarga Bahagia, Terbitan SABHA-DTP SERVICES SDN BHD. 
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA, Melaka, 2014, Tamadun Islam Pemikiran Dan Sejarah Perkembangan. 
RAMAWAN BIN AB. RAHMAN, 2011, Pengantar Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam, PENERBITAN ALAMBACA SDN. BHD. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment