Thursday, October 15, 2015

Tajuk: Konsep Ekonomi Menurut Islam

PENDAHULUAN
Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan. 

Islam adalah satu-satunya agama yang sempurna yang mengatur seluruh sendi kehidupan manusia dan alam semesta. Kegiatan ekonomi manusia juga diatur dalam Islam dengan prinsip illahiyah. 

Mohamad Baqir As-Sadr menjelaskan maksud ekonomi Islam sebagai satu mazhab atau pemikiran yang menekakan Islam secara sepadu berkaitan pemikiran, ajaran, analisa dan tafsiran untuk menyelesaikan masalah-masalah perekonomian. 

Sementara itu, Muhamad al-Mubarak pula menerangkan ekonomi Islam sebagai sekumpulan kaedah yang berhubung dengan pemilikan, amalan, pengeluaran dalam bentuk material dan kerohanian, penggunaan dan pengagihan dan pengagihan yang berkaitan hak-hak kehartaan yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah. 

Kesimpulan nya, ekonomi Islam ialah suatu disiplin ilmu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat manusia Islam dalam hal ehwal perekonomian untuk mencapai kejayaan (al-falah) yang maksima di dunia dan di akhirat. 

Ciri-ciri Ekonomi Islam
I. Memelihara dan menjaga fitrah manusia
Islam menetapkan hak perwarisan kerana manusia secara fitrahnya menyayangi anak-anak dan akan merasa sediah sekiranya tidak mewarisi sebarang harta atau peninggalan. Oleh itu, Islam menetapkan hak pewarisan kerana ianya bersesuaian dengan fitrah manusia. 
II. Memelihara norma akhlaq
System ekonomi Islam selalu memelihara norma-norma akhlaq yang mulia dan manusia tidak boleh menlanggar norma akhlaq tersebut yang telah ditetapkan Allah Subhanahu wa ta’ala dalam menjalankan aktiviti ekonomi. Hal ini kerana masyarakat Islam adalah masyarakat yang berlandaskan akhlaq mulia seperti berkasih sayang serta tolong-menolong. 

III. Memenuhi kepentingan masyarakat
Kegiatan ekonomi menurut Islam bukanlah untuk mencipta persaingan, memonopoli ataupun bersikap mementingkan diri sendiri, dengan usaha mengumpulkan harta sebanyak mungkin seperti yang terjadi dalam system ekonomi hasil penemuan manusia. Tetapi bertujuan untuk merealisasikan kekayaan dan keuntungan umum bagi seluruh masyarakat dengan mematuhi perintah Allah Subhanahu wa ta’ala. 

IV. Ekonomi Islam sebahagian dari sistem Islam yang menyeluruh
Nilai-nilai yang terkandung dalam ekonomi Islam tidak terlepas dari prinsip-prinsip ajaran Islam. Dalam perlaksanaannya haruslah memandang kemaslahatan umat manusia dan juga bersifat pengabdian, oleh sebab itu kegiatan ekonomi menurut Islam berbeza dengan kegiatan ekonomi dari sistem yang dihasilkan manusia, baik kapitalisme mahupun sosialisme. 

Prinsip-prinsip Ekonomi Islam

I. Penggunaan dan perlaksanaan konsep zakat, infak dan sedekah dalam membanteras kemiskinan. 
Pada prinsip ini, umat Islam diseru pada syarat tertentu diwajibkan untuk membelanjakan harta-harta mereka ke jalan Allah secara optimal. Membelanjakan ke jalan Allah bermaksud membantu para fakir miskin, anak-anak yatim serta mereka yang layak menerima bantuan. Hal ini dilaksanakan supaya wujudnya kesejahteraan dan keadilan sosial dalam masyarakat Islam. 

II. Larangan riba
Di dalam al-Quran terutamanya dalam surah al-Baqarah amat jelas menerangkan tentang larangan riba dalam kalangan umat Islam. Sejarahnya, riba ini amat disenangi dan disukai oleh kaum Yahudi. Bahkan, mereka masih mengamalkan amalan ini didalam sistem ekonomi mereka. Oleh itu, janganlah kita terjebak dengan untuk mengikuti cara dan ajaran mereka (Yahudi dan Nasrani) kerana mereka sememang nya tidak rela akan agama Islam berkembang bahkan mereka berharap agar orang-orang Islam terikut akan cara dan gaya hidup mereka sebagaimana yang Allah telah gambarkan di dalam surah al-Baqarah ayat 120; 
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah; sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya. Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak aka nada bagimu pelindung dan penolong dari Allah”. 

III. Membahagi risiko (risk sharing)
Ekonomi Islam yang berjalan dalam asas kebersamaan dan keadilan itu tidak membenarkan satu pihak yang berkongsi menderita kerugian dan rugi sendirian. Oleh itu, menanggung risiko kerugian pada usaha bersama secara adil dan bijak mesti dilakukan bersama agar tidak ada pihak yang merasa terzalimi dan tidak puas hati. Prinsip ini mengajak umat Islam yang berniaga sama-sama merasai kerugian atau keuntungan. Inilah ajaran yang mengajarkan kita kebersamaan dan keadilan. 

IV. Melarang eksplotasi
Kegiatan ekonomi Islam melarang terjadi eksplotasi. Suatu kegiatan industri atau perniagaan yang mengeksplotasi kekayaan alam dan sumber daya manusia tetapi tidak mampu menjaga keseimbangan ekonomi dan memerhatikan hak-hak pekerja amatlah dibenci bahkan dilarang dalam prinsip ekonomi Islam. 

V. Menjauhi usaha yang bersifat spekulatif
Judi merupakan perkara yang diharamkan dan termasuk dalam kategori yang tinggi sifat spekulasinya. Sistem ekonomi kapitalis yang berbagai perniagaanya banyak disokong dengan usaha model spekulasi ini. Umat Islam dilarang untuk mengikuti dan meniru konsep tersebut kerana ianya tidak mengikuti nilai-nilai agama (Islam) dan boleh menyesatkan masyarakat Islam. 

Konsep zakat, infak dan sedekah

a)Zakat
Perkataan zakat bermaksud menyucikan dan menyuburkan. Zakat merupakan teras dan nadi kewangan awam Islam. Ia meliputi bidang moral, sosial dan ekonomi. 

Dalam bidang ekonomi zakat mencegah menimbunan harta yang tidak sihat dalam tangan segelintir masyarakat dan memberi kesempatan untuk harta beredar sebelum ia tercengkam dalam jumlah yang membahayakan pemiliknya. Zakat adalah sumbangan wajib umat Muslimin kepada perbendaharaan Negara. 

Zakat ialah bayaran wajib atas kekayaan yang dimiliki oleh golongan berada dalam masyarakat Islam. Zakat adalah salah satu kewajipan umat Islam yang mampu menyucikan harta kekayaannya yang diwajibkan setelah tahun kedua dari hijrah. Ia merupakan pindahan sumber yang telah diinstitusikan daripada golongan kaya kepada kumpulan berpandapatan rendah menerusi kerajaan yang memerintah. 

Firman Allah yang bermaksud; “dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan Oleh : 43)

Ia merupakan langkah keselamatan sosial yang wajib yang memperuntukkan dana untuk disumbangkan, bukan daripada mereka yang biasanya memperoleh ganjarandarinya, tetapi daripada mereka yang tidak memerlukan bantuan kewangan dan mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain. Islam menwajibkan kepada setiap Islam yang memiliki harta dalam tempoh setahun yang cukup nisbahnya supaya membayar peratusan tertentu daripada jumlah ini untuk kegunaan golongan miskin dan serba kekurangan. Peruntukan untuk mengagihkan hasil zakat membuktikan objektif utamanya merupakan pindahan sumber daripada golongan yang berada kepada golongan yang serba kekurangan dalam sistem ekonomi. 

b)Infak
Infaq berasal dari perkataan anfaqayang bermaksud mengeluarkan sesuatu harta untuk dipergunakan sebagai kepentingan orang ramai. Dari segi istilah, infaq bermaksud mengeluarkan sebahagian harta atau pendapatan untuk suatu kepentingan yang diperintahkan ajaran Islam. Infaq dikeluarkan oleh setiap orang yang beriman, baik yang berpendapatan tinggi mahupun rendah. Infaq boleh diberikan kepada sesiapa sahaja seperti orang tua, anak yatim dan seumpamanya. 

Infaq memiliki cangkupan yang lebih luas berbanding zakat. Wakaf, nazar (untuk membelanjakan harta), pemberian nafkah kepada keluarga, pemberian hadiah adalah bermasuk dalam infaq. Bahkan zakat merupakan sebahagian dari zakat. 

c)Sedekah (sadaqah)
Sedekah berasal dari perkataan Arab (sadaqoh) yang bermaksud suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang muslim kepada muslim yang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Sedekah juga bermaksud suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharapkan keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala dan pahala semata-mata. Sedekah dalam pergertian ini oleh para fuqaha(ahli fikih) disebut sebagai sadaqah at-tatawwu’ (sedekah secara spontan dan sukarela). 
Pegertian sedekah menurut kamus Dewan ialah pemberian kepada fakir miskin (dengan ikhlas). Maksud yang sama ialah membelanjakan wang atau memberikan kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan atau balasan. Firman Allah; 
“ dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – kesuatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh””. (al-Munafiquun: 10) 

Ekonomi IslamEkonomi kapitalisme
Cara Mendapatkan HartaCara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal (bukan dengan melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara – cara yang bertentangan dengan syarak) tertakluk kepada syariat Islam. Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara bebas untuk mendapatkan keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan. 
Peranan Pihak BerkuasaSYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak pemerintah dalam kegiatan – kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Canpurtangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungu dan menjaim kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah. Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran undang – undang. 

Sistem Percukaiansistem percukaian Islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat mengikut kadar dan cukai-cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak – pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta. Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah serta tanggungjawab lain (derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara). 

Perbezaan Ekonomi Islam dengan Ekonomi Kapitalisme
Prinsip permuafakatanMenekakan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dengan pengguna. Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan bagi melicinkan hubungan antara mereka. Kerajaan campurtangan bagi mewujudkan kerjasama antara majikan dengan pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara kerajaan majikan dan pekerja. 

Prinsip Istikhlaf (pertanggungjawaban)Manusia adalah khalifah Allah Subhanahu wa ta’ala di muka bumi ini dan pemegang amanah untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui cara diredai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala Prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan. 

Kepentingan ekonomi Islam

I. Membasmi kemiskinan
Konsep zakat digunakan sistem ekonomi Islam membantu memberi bantuan kepada pihak yang berhak dan memerlukan bantuan. Oleh yang demikian, masalah golongan kurang berkemampuan dapat diselesaikan serta mengurang kadar kemiskinan dalam kalangan umat Islam. Seterusnya ini akan mengurangkan jurang sosial masyarakat Islam. 

II. Menyediakan keperluan-keperluan asas
Hasil-hasil ekonomi yang diperoleh adalah digunakan bagi menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, pelaburan, aktiviti sosial dan sebagainya. Ini sudah menjadi tanggungjawab sosial sesebuah kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat Islam dan seterusnya menwujudkan negara Islam yang maju di mata dunia. 

III. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam
Masyarakat Islam diseru untuk meningkatkan taraf pendidikan bagi menbangunkan sesebuah negara yang maju. Oleh itu, hasil daripada ekonomi dari sesebuah organisasi ini juga akan membantu untuk mengeluarkan biasiswa ataupun bantuan kewangan bagi golongan-golongan yang memerlukan dan berhak. 

IV. Menjaga harta yang diwakafkan
Ekonomi Islam juga berperanan untuk menjaga segala harta negara. Harta yang diwakafkan merupakan salah satu sumber ekonomi. Negara akan menjadi pemegang amanah jika tiada waris bagi sesebuah harta. 

Rumusan
Islam adalah al-din iaitu sau cara hidup yang lengkap dan sempurna. Ia meliputi seluruh aspek kehidupan manusia secara individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Jaminan Allah Subhanahu wa ta’ala dalam maksud firmanNya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. (surah al-Maidah: 3)

Ajaran yang lengkap dan sempurna ini diturunkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala sebagai panduan hidup untuk manusia mencapai kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Perlaksanaan seluruh ajaran Islam dalam setiap aspek kehidupan akan menjamin keamanan dan kesejahteraan hidup manusia secara keseluruhannya. Hubungan sesame manusia dan hubungan manusia dengan alam akan berlangsung dengan penuh keharmonian dan keserasian yang sebenarnya. 

Sehubungan itu setiap umat Islam wajib berusaha agar peraturan-peraturan Islam dipraktikkan dalam apa jua aspek kehidupan. Umat Islam wajib menjalankan usaha-usaha amar ma’ruf dan nahi mungkar. Amar ma’ruf adalah usaha untuk mengajak diri sendiri dan juga setiap orang disekelilingnya untuk mengamalkan apa yang diperintahkan Allah Subhanahu wa ta’ala. Umat Islam wajib menyakini bahawa hanya dengan melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala sahaja dunia ini akan aman dan tenteram. Dalam masa yang sama, usaha-usaha nahi mungkar atau mencegah berlakunya sebarang perlakuan yang bercanggah dengan hukum Allah Subhanahu wa ta’ala. Perlakuan sebegini boleh mendatangkan dan merosakkan kehidupan manusia dan seterusnya dalam jangka panjang akan menruntuhkan seluruh struktur kekuatan umat. Menegaskan perintah itu, Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang bermaksud; 

“dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. ” (Surah al-Imran: 104) 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment