Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Sejarah Dan Teknologi Pembinaan Kapal Pada Zaman Nabi Nuh A.S

Pendahuluan

Biodata lengkap Nabi Nuh A. S

 Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah Nabi Adam A. S selepas Nabi Syith dan Nabi Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam ‘alai his salam Ayahnya ialah Lamik bin Metushalih bin Idris. Dia diutus kepada kaumnya yang sudah berpaling menyembah patung–patung berbuat kezakiman dan kekufuran. Nabi Nuh adalah lambang ketabahan seorang suami yang gagal membentuk dan mendidik isterinya sendiri. Nabi Nuh juga cuba menjadi bapa yang berjaya namun baginda gagal mengheret anaknya ke syurga bersamanya kelak. Inilah status pendakwah yang sejati. Perkara sebeginilah yang wajar dijadikan ibrah atau ‘mentor’ atau bahasa moleknya qudwah hasanah bagi generasi pendakwah muda hari ini. 

 Selama 950 tahun Nabi Nuh berdakwah namun hanya sedikit sahaja yang mahu beriman. Mereka terlalu kuat berpegang kepada penyembahan patung-patung. Bahkan seorang ayah telah siap berwasiat kepada anaknya supaya jangan mengikut Nabi Nuh sepanjang hidupnya. Akhirnya Allah datangkan perintah bahtera sebagai peringatan akan berlakunya banjir besar. Orang yang ingkar hanyut ditenggelami air dan tinggallah Nabi Nuh dan orang-orang beriman memulakan penghidupan.. Bertahun lamanya kaum Nabi Nuh A. S menyembah berhala. Mereka meminta dan memanggil berhala itu dengan pelbagai nama seperti Wassa, Suwaa’, dan Yaghuts. Kadang-kadang pula dengan namaYa’uq atau Nasr. Asal nama berhala itu diambil dari nama-nama ulama mereka yang pernah hidup bersama mereka sebelumnya. Memang fitrah manusia cukup takub dengan perkara yang ganjil dan aneh, maka mereka mencipta patung, gambar dan simbol-simbol untuk disembah dan dijadikan tuhan. Jika dirujuk ‘Atlas Sejarah Nabi dan Rasul’ karya Sami bin Abdullah Al-Maghluts, Nabi Nuh dikatakan diutus sekitar 3993-3043 Sebelum Masihi. Manakala beberapa sumber ahli sejarah dan geologi Barat mengatakan sekitar 9000 sebelum Masihi. Dalam Al-Quran, kisah Nabi Nuh AS dibahas dalam beberapa surah, di antaranya surah Al-Ankabut, ayat 14 dan 15. Nuh ayat 1 hingga 28, Al-Mu’minun ayat 23 hingga 41, Hud ayat 25 hingga 46, Asy-Syuara ayat 105 hingga 122, Al-A’raf ayat 59 hingga 69, dan Yunus ayat 71 hingga 74. Sementara itu, dalam Bible, kisah Nabi Nuh terdapat dalam Kitab Genesis 6:15, 7:4-7, 8:3-4, dan 8:29. 

1. 1. Berdakwah Kepada Kaumnya. 

 Nabi Nuh A. S telah berada di tengah -tengah kaumnya berdakwah selama 950 tahun dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti menggunakan ilmu sains dan teknologi tentang pembuatan kapal. Bagaimanapun, telah beberapa laporan ada yang megatakan bahawa kapal tersebut dilaporkan telah dijumpai oleh orang -orang yang terdahulu dalam tamadun Babilonia, di Bukit Judi, di Timur Utara Jazirah Ibn Umar di Kurdistan dan ia diperbuat dengan menggunakan besi logam, selain daripada kayu. (Ibn al-Athir, 1978:39). Panjangnya tiga ratus hasta dan lebarnya lima puluh hasta sebagaimana yang tercatat dalam kitab Taurat. 

Nabi Nuh pun pergi menemui kaumnya dan berkata kepada mereka. 

‘Wahai kaumku!Sesungguhnya aku menasihati kamu semata-mata kerana Allah. Aku tidak menuntut apa-apa bayaran dari kamu atas nasihat ini. ’

Sebahagian daripada kaumnya berkata, “Demi Allah, kata-katanya itu boleh dipercayai. Patung-patung ini tidak boleh bercakap dan bergerak, bagaimana ia boleh menjadi tuhan? Tuhan tidak boleh terjadi dari batu!”

Namun kebanyakan dari mereka menentang “Tidak…!Tidak.. !Inilah Tuhan kita. Janganlah sekali-kali kita meninggalkannya. ”Kata mereka menetang ajakan Nabi Nuh ‘alai his salam ” Siapakah Nuh itu hingga kita mesti mendengar cakap kata-katanya?Dia seorang yang gila dan fakir. Orang yang tidak ada nilai. Kita tidak akan sekali-kali mendengar kata-katanya. ”Kata orang-orang kaya dan orang-orang besar dengan angkuhnya. 

1. 3 Menyampaikan Ancaman Allah. 

 Diriwayatkan bahawa cerita Nabi Nuh A. S telah mengajarkan ajaran ALLAH selama 500 tahun. Dalam jangka waktu yang agak lama tersebut hanya ratusan umatnya yang telah mengikuti Nabi Nuh ‘alai his salam Sisa baki yang tidak mengikut Nabi Nuh A. S telah berada dalam kekufuran dan kemaksiatan. Nabi Nuh tidak berputus asa, dia tidak berhenti-henti mengunjungi mereka dari sehari ke sehari. Nabi Nuh terus menasihati mereka, dan mahu memimpin mereka ke jalan yang benar. Suatu hari Nabi Nuh pergi menemui kaumnya, ” Wahai kaumku! Aku takut ditimpa seksa pada hari yang sangat dahsyat. Dengarlah dan patuhlah sebelum kemurkaan dan seksaan Allah menimpa kamu. ” Namun kaumnya menutup telinga tidak mahu mendengar kata-kata Nabi Nuh itu. Profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal. Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Dalam keputus asaanya Nabi Nuh telah memohon petunjuk kepada ALLAH dan dijawab supaya Nabi Nuh tidak usah bersedih kerana Nabi Nuh telah berusaha sedaya yang mungkin dan berdakwah dengan keras namun umatnya teteap degil mengingkari serta menolak ajaran tauhid yang disampaikan oleh Nabi Nuh ‘alai his salam 

Selanjutnya, Nabi Nuh meminta kepada ALLAH untuk menurunkan azab kepada umat yang enggan mengikut ajaran yang dibawanya. Hal ini dilakukan Nabi Nuh kerana Nabi Nuh tidak mahu keturunannya melahirkan keturunan yang kafir dan berada dalam kekufuran serta kemaksiatan. Sesungguhnya, doa Nabi Nuh telah dijawab oleh ALLAH dan ALLAH telah menurunkan azab yang besar yang dimana merupakan air bah. 

1. 4 Kejadian Banjir Besar Yang Menegelamkan Keseluruhan Permukaan Bumi. 

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, kejadian banjir besar yang telah menegelamkan keseluruhan permukaan bumi hanyalah melibatkan manusia yang hanya berada di sekitar negeri Nabi Nuh AS sahaja dan bukanlah di serata dunia seperti hari ini. Dalam Bible Genesis 7:4 menyatakan, ‘Untuk selama tujuh hari, Aku akan menyebabkan hujan di bumi, 40 hari dan 40 malam dan setiap makhluk hidup yang telah Aku ciptakan, akan Aku binasakan dari permukaan bumi. ” Terdapat juga sejumlah ahli tafsir dan beberapa penulis buku kisah para nabi dan rasul, seperti Ibnu Katsir dan Afis Abdullah(Qishash al-Anbiya’) menyatakan, banjir itu adalah banjir lokal dan hanya umat Nabi Nuh yang dibinasakan. Menurut majoriti Ulama’ dan sejarawan Islam, masyarakat manusia pada sekitar tahun Nabi Nuh hanya berkomuniti di negara Nabi Nuh. Manusia belum sampai ke serata bumi. Maka, tidak hairanlah jika semua manusia ditenggelamkan Allah walaupun hanya banjir lokal. Banjir besar dunia (Bencana Nuh), berdasarkan temuan-temuan geologi diperkirakan terjadi pada sekitar tahun 11. 000 SM atau 13. 000 tahun yang lalu. Selain penemuan geologi, Peristiwa bencana banjir pada zaman NabiNuh, juga meninggalkan jejak Arkeologis yang merupakan Patung Sphinx di Mesir (sumber : Patung Sphinx, Bukti Arkeologis Bencana Nuh 13. 000 tahun yang silam). 

Bencana pada zaman Nabi Nuh ini juga telah melanda Nusantara. Hal ini dapat kita buktikan, dengan penemuan ikan spesifik yang bernama ikan belido, pada dua pulau yang berlainan, iaitu Sumatera (sungai musi) dan Kalimantan (sungai kapuas). 

Menurut fakta, Pulau Sumatera dan Kalimantan, dahulunya berfungsi untuk menghubungkan diantara anak sungai, dengan sebuah sungaiyang lain, dimana diketahui sebagai Sungai Musi dan Sungai Kapuas yang pada ketika ini berada di dasar laut Selat Malaka. (sumber : Banjir di Zaman Nabi Nuh dan Forum Diskusi Banjir Nuh)

Berdasarkan ilmu Geografi, Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan danJazirah Malaka telah dipisahkan oleh laut yang dangkal. Menurut beberapa sumber, sebelum terjadi bencana pada zaman Nabi Nuh, pulau-pulau itu berada di dalam satu daratan, yang disebut sebagai Keping Sunda (Sunda Plat). 

Beberapa ilmuwan, diantaranya seperti Profesor Aryso Santos dari Brasil, mengatakan bahawa Keping Sunda ini, dahulunya merupakan satu benua Atlantis, seperti yang telah disebut-sebut Plato di dalam bukunya yang bertajuk Timeus dan Critia

1. 5. Misteri Pembinaan Kapal Ataupun Bahtera Nabi Nuh A. S Daripada Pelbagai Perspektif. 

Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar. 

1. 6. Merungkai Misteri Pembinaan Bahtera Nabi Nuh. 

Allah telah memerintahkan Nabi Nuh untuk membuat kapal yang besar. Perintah Allah itu telah disampaikan kepada para pengikutnya. Nabi Nuh dan para pengikut bahu membahu untuk mengumpulkan bahan dan membuat kapal yang besar. Nabi Nuh mulai membangunkan kapal dengan serius. Pembangunan kapal yang dilakukan jauh dari keramaian kota. Namun demikian, masih saja orang yang datang dan mengejek Nabi Nuh ‘alai his salam 

Mereka berkata,

“Wahai Nuh, katanya Engkau ini seorang nabi, kenapa engkau malah membuat kapal. Apa engkau sudah berubah menjadi tukang kayu? Terus kenapa kamu bangun jauh dari laut?Adakah kamu berharap ada angina yang meniup kapal ke laut? Atau kamu yang akan menarik kapalmu ke laut dengan unta?. Begitulah ejekan kaum kafir kepada Nabi Nuh. Nabi Nuh barangkali hanya membalas semua ejekan itu dengan senyuman seraya berkata ‘kita tunggu sahaja nanti azab ALLAH Subhanahu wa ta’ala yang akan datang’. 

Setelah semua keperluan perahu ataupun bahtera itu siap, terbentuklah sebuah perahu yang teramat besar. Inilah perahu yang pertama yang ada di dunia. Kemudian datanglah perintah ALLAH supaya bersiap sedia apabila tiba waktunya untuk masuk ke dalam bahtera tersebut. Seluruh kaum Nabi Nuh yang beriman serta semua jenis haiwan dan binatang yang beriman kepada ALLAH masuk kedalam kapal yang besar itu. Beberapa saat kemudian, datanglah hujan yang deras dan lebat sekali yang telah berupaya menenggelamkan semua yang ada di bumi penduduk kota, desa dataran rendah serta dataran yang tinggi. 

Nabi Nuh serta umatnya yang terselamat terus berlayang mengharungi air bah tersebut. Di tengah pelayarannya, Nabi Nuh telah melihat salah seorang anaknya yang tenggelam timbul dibawa arus air yang deras itu. Kerana didorongi naluri seorang ayah, Nabi Nuh telah meminta anaknya untuk bergabung tenaga dengannya di dalam perahu. Tetapi barangkali syaitan telah menguasai anaknya dan ia telah nekad menolak ajakan Nabi Nuh untuk beriman kepada ALLAH yang esa. Nabi Nuh telah menyaksikan sendiri anaknya ditelan ombak yang menggulung. 

Anaknya telah tenggelam bersama-sama dengan para pembesar kafir yang selalu menyekutukan ALLAH. Allah berfirman kepada Nabi Nuh supaya tidak bersedih walaupun anaknya itu adalah darah dagingnya tetapi anaknya kafir kerana menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh A. S yang dimana bapa mkandungnya sendiri. Dengan datangnya air bah yang besar, maka habislah semua makhluk yang ada di muka bumi itu kelak. Dengan perintah ALLAH, kapal Nabi Nuh telah selamat berlabuh di suatu tempat bernama Jodie. Di tempat itulah Nabi Nuh dan pengikutnya telah diperintah untuk turun daripada kapal tersebut dan memulakan kehidupan yang baru disana. 

1. 7. Teknologi Pembinaan Kapal Pada Zaman Nabi Nuh ‘alai his salam 

Sepertimana kita lihat, teknologi pembinaan kapal pada zaman Nabi Nuh A. S amatlah mengagumkan. Hal ini yang demikian kerana kapal ini boleh memuatkan ribuan bahkan mungkin ratusan ribu pasang haiwan, yang kelak menjadi nenek moyang haiwan masa kini dimana asal usulnya haiwan tersebut. Haiwan -haiwan harus ditempatkan sesuai dengan habitatnya sepertimana haiwan seperti unta harus di tempat yang panas, penguin harus di kawasan sejuk. Belum lagi untuk binatang-binatang kecil seperti semut, kutu, dan sebagainya. Semuanya harus diletakkan pada tempatyang khusus. Bahkan barangkali untuk pelayaran berminggu-minggu jelas memerlukan gudang makanan yang besar dan canggih. Hal demikian kerana jika berlakunya kekurangan semestinya akan berlaku persaingan antara rantaian makanan bagi haiwan tersebut, pemangsa seperti ular akan memakan mangsanya iaitu haiwan seperti tikus. Kapal tersebut juga dirancang agar tahan terhadap ombak yang kuat, yang mungkin 1000x lebih hebat dari tsunami. Dan harus menahan beban ribuan haiwan. 

Di dalam Al Qur’an diceritakan, gelombang air ketika itu laksana gunung, sebagaimana firman-Nya :

”Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung…” (QS. Hud (11) ayat 42-43). 

Bahkan berdasarkan pendapat, salah seorang cendikiawan Muslim, Ustadz Nazwar Syamsu, dalam Buku Serial “Tauhid dan Logika“, bencana Nuh ini, telah mengakibatkan bergesernya kutub utara bumi, dari Makkah kepada posisinya yang sekarang. Disamping itu, kapal Nabi Nuh AS ini dibuat di atas bukit yang tinggi. Yang memerlukan penggunaan peralatan yang canggih untuk mengangkut bahan bangunannya. Belum lagi berkaitan perhitungan struktur kapal yang harus teliti, sudah membuktikan bahawa ianya amatlah memerlukan kepakaran dan teknologi yang tinggi dalam membina bahtera ini. 

1. 8. Pengajian Dan Pemerhatian Yang Dilakukan Terhadap Bahtera Nabi Nuh ‘alai his salam 

Dengan memperhatikan, betapa dahsyatnya teknologi Bahtera Nuh ini, rasanya sulit bagi kita untuk mempercayai temuan Ekspedisi “Noah’s Ark Ministries International” (NAMI) dari Hongkong, yang mengatakan bahawa telah menemukan ”The Great Noah Ark”, di gunung Arafat Turki, pada ketinggian 4. 000 meter, sekitar bulan April 2010. 

Tambahan pula Kapal Nabi Nuh, yang mereka temukan dikatakan diperbuat daripada susunan kayu purba, dan berdasarkan hasil penelitian, kapal tersebut telah berumur 4. 800 tahun. Intinya, Kapal Nabi Nuh AS merupakan kapal tercanggih yang pernah dibuat umat manusia

Terdapat juga beberapa sumber yang menyatakan bahawa di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salju yg terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri “berharga” yang berusia lebih dari 5000 tahun. 

Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji Sejarah saja, namun pihak penyelidik US seperti CIA/KGB pun mencuba untuk melakukan penelitian disana. Sejauh ini CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung tersebut. 

Gambar itu telah menjadi “rahsia besar” dan tersimpan rapi dengan kawalan yg ketat bersama dengan “rahsia-rahsia″ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang mencuba untuk mendaki Gunung Aghi-Dahl yg kerapkali sebagai “Gunung Kesengsaraan” atau dengan nama peta-nya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa-beberapa orang saja yang berjaya menaklukannya. Sebagian lagi hanyalah menambah deretan panjang pendaki-pendaki yang menjadi korban keganasannya. 

Hingga ke hari ini, hanya ada beberapa orang pendaki yg dapat sampai ke puncak Mt. Ararat sekaligus dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri sebuah artifak yg ‘mahaberharga’ tersimpan abadi dipuncaknya. 

Menurut para ahli kepurbakalaan, mereka menafsirkan bahawa artifak dengan dimensi yang sangat besar tersebut tak lain adalah The Great Noah Ark (Perahu/Bahtera Nabi Nuh). 

Seperti yang kita ketahui bahwa The Great Pyramid of Giza, Mesir telah terkubur didalam tanah selama kurang lebih 2000 tahun lamanya sebelum ditemukan dan dilakukan penggalian terhadapnya. 

Begitu pula halnya dengan The Great Noah Ark, sebelum terjadinya sebuah gempa bumi hebat yang melanda daerah itu pada 2 Mei 1988 silam, artifak tersebut tertimbun di bawah salju hampir selama 5000 tahun lamanya tanpa ada yang mengetahui bahwa sebenarnya tersimpan sebuah rahsia besar didalamnya. 

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Pada hakikatnya pengetahuan Sains dan teknologi mereka sudah maju pada masa itu. Contohnya dari beberapa hasil temuan di kaki Mount Ararat, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak batu baterai elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam. Tentunya penemuan tersebut boleh membuktikan bahawa masyarakat zaman Nabi Noah/Nuh telah mengenal listrik. 

Mengikut perkiraan para ahli, Nabi Noah AS kira-kira mula membangunkan bahteranya pada tahun 2465 B. C dan hujan lebat baru turun dan membasahi bumi selama bertahun- tahun sehingga mengakibatkan munculnya air yang mengundang kepada banjir besar yang rata-rata dapat menenggelamkansebagian populasi manusia dimuka bumi yang barangkali terjadi pada 2345 B. CRupa bentuk dari The Great Noah Ark itu sendiri sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut masa kini pada umumnya. Menurut para peneliti dan pendaki yg pernah melihat langsung “Noah Ark” di puncak Mt. Ararat serta beberapa gambar yang diambil dari pemotretan udara, The Great Noah Ark memang merupakan sebuah bahtera yang berdimensi sangat besar dan kokoh. Pembinaan utamanya tersusun daripada susunan kayu dari spesis pohon purba yg memang sudah tidak boleh ditemui lagi didunia ini kerana barangkali sudah tidak wujud lagi. Pengukuran objek yang ditandai mempunyai altitude 7. 546 kaki dengan panjang dari bahtera kurang lebih 500 kaki, 83 kaki lebar, dan 50 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat, ”Noah Ark” berukuran lebih luas dari sebuah padang bola sepak. Luas pada bagian dalamnnya cukup untuk menampung ratusan mahupun ribuan manusia. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat lainnya ialah 12 hingga ke 13 kaki. Sebanyak kurang lebih ribuan sampai pulahan ribu balak kayu digunakan untuk membangunnya. Maka jumlah kesemuanya, terdapat kurang lebih ratusan ribu manusia dan haiwan dari berbagai spesis yang turut berada menaiki bahtera ini, Mengikuti kajian dari Dr. Whitcomb, kira-kira terdiri 3. 700 binatang mamalia, 8. 600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark tersebut, selebihnya adalah para kaum Nabi Nuh yang percaya akan ajaran yang dibawanya. Jumlah berat kargo/muatan bahtera itu keseluruhan mungkin mencapai kurang lebih 24, 300 tan. Di sekitar objek tersebut, juga ditemui sebuah batu besar dengan lubang pahatan. Para peneliti percaya bahawa batu tersebut adalah “drogue-stones”, di mana pada zaman dahulu biasanya dipakai pada bagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan mereka menemukan sesuatu yang tidak lazim pada level “iron oxide” atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan penelitian bahwa jenis “vessel” ini telah berumur lebih dari 100. 000 tahun, dan terbukti bahawa struktur dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahwa itu adalah jejak pendaratan perahu Nuh. Beberapa sarjana berpendapat bahawa kemungkinan besar ‘Noah Ark’ ini dibangun disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah kawasan yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibangun di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey, kemungkinan besar bahtera tersebut telah terbawa arus air sejauh kurang lebih 520 Km. Mount Ararat Mt. Ararat itu sendiri bukanlah sebarang gunung, ia adalah sebuah gunung yang unik. Diantara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu. Mt. Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai puncak yg terluas di muka bumi ini. Statusnya juga merupakan puncak tertinggi di Turki yaitu setinggi 16, 984 kaki dari permukaan air laut. Sedangkan puncak kecilnya setinggi 12, 806 kaki. Jika kita berhasil menaklukkan puncak besarnya, kita dapat melihat 3 wilayah negara dari atasnya, yaitu “Russia, Iran, dan Turkey”. 

Sebuah “batu nisan” yg didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Mt. Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. 

Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II mengirim sejumlah 150 orang pakar daripada berbagai bidang yang terdiri daripada saintis, arkeologi dan tentara untuk melakukan penyelidikan terhadap The Great Noah Ark tersebut. Setelah sebulan, ekspedisi itu baru sampai ke puncak Ararat. Segala kesukaran telah berhasil mereka lewati, dan akhirnya menemukan perahu Nuh tersebut. Dalam keadaan terkagum, mereka mengambil gambar sebanyak mungkin. Mereka mencuba mengukur panjang perahu Noah dan didapati berukuran panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebagian lainnya tenggelam di dalam salju. 

Hasil dari perjalanan itu dibawa pulang dan mau diserahkan kepada Tsar, malangnya sebelum sempat melaporkan temuan itu ke tangan kaisar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jenderal Leon Trotsky. Sehingga sampai sekarang masih belum diketahui, apakah laporan itu masih disimpan atau dimusnahkan. Bagaimanapun, terdapat juga beberapa laporan ada yang mengatakan bahawa kapal tersebut dilaporkan telah dijumpai oleh orang -orang yang terdahulu dalam tamadun Babilonia, di Bukit Judi, di Timur Utara Jazirah Ibn Umar di Kurdistan dan ia diperbuat dengan menggunakan besi logam, selain daripada kayu. (Ibn al-Athir, 1978:39). Panjangnya tiga ratus hasta dan lebarnya lima puluh hasta sebagaimana yang tercatat dalam kitab Taurat. Bahkan juga, ada juga yang mengatakan bahawa dalam penelitian sejarah ini tidak ada orang Islam dan orang Indonesia, melainkan para arkeolog dari Turki dan Cina yang sejak awal melakukan penelitian kapal Nabi Nuh. Ternyata, bahan kayu kapal Nabi Nuh AS adalah kayu-kayu jati purba yang berasal dari Jawa. 

1.9. Hasil Laboratorium Noah’s Ark Minesteries International China-Turki, menujukan bukti bahawa fosil kayu kapal Nabi Nuh berasa dari Jawa. 

Sejak ditemukannya situs kapal Nabi Nuh AS oleh Angkatan Udara Amerika Syarikat iaitu tahun 1949, yang telah menemukan beberapa benda mirip kapal di atas Gunung Ararat-Turki dari ketinggian 14. 000 feet (sekitar 4. 600 M). Dan dimuat dalam berita Life Magazine pada 1960, dimana pada ketika itu pesawat Tentara Nasional Turki telah Berjaya menangkap gambar sebuah benda mirip kapal yang panjangnya sekitar 150 M. Penelitian dan pemberitaan tentang dugaan kapal Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark) terus berlanjut hingga kini. 

Sesi pemotretan oleh penerbang Amerika Syarikat iaitu Ikonos pada 1999-2000 tentang wujudnya kapal di Gunung Ararat yang tertutup salju, telah menguatkan lagi bukti tentang berita wujudnya kapal Nabi Nuh A. S itu. Kini terdapat juga beberapa penelitan terbaru tentang dari mana kapal Nabi Nuh AS itu berangkat. 

Baru-baru ini, gabungan peneliti arkeologi-antropolgi dari dua Negara iaitu China dan Turki, beranggotakan 15 orang, yang telah berjaya menghasilkan sebuah dokumentari yang mengisahkan tentang wujudnya kapal Nabi Nuh AS itu dengan beberapa penemuan bukti- bukti baru. Mereka mengumpulkan artifak dan fosil-fosil yang berupa serpihan kayu kapal, tambang dan paku. 

Hasil Laboratorium Noah’s Ark Minesteries International, China-Turki, setelah melakukan bebrepan ujian tentang fosil kayu oleh kumpulan ahli tanaman purba untuk menunjukkan bukti yang mengejutkan, bahawa terdapat fosil kayu kapal Nabi Nuh A. S berasal dari kayu jati yang ada di Pulau Jawa. 

Mereka telah meneliti ratusan sampel kayu purba dari berbagai-bagai negara dan memastikan bahawa fosil kayu jati yang berasal dari daerah Jawa Timur dan Jawa Tengah 100 persen adalah sepadan dengan sampel fosil kayu kapal Nabi Nuh ‘alai his salam Sebagaimana yang telah diungkap oleh Yeung Wing, pembuat dokumentari, The Noah’s Ark, ketikaman melakukan persidangan di Hongkong, Senin (26/4/2010) yang lalu. 

“Saya meyakini 99 persen, bahawa kapalyang ditemui di Gunung Ararat, Turki adalah merupakan fosil kapal Nuh yang ribuan tahun lalu terdampar di puncak gunung itu, setelah banjir besar menenggelamkan dunia dalam peristiwa mencairnya gleser di antara kedua kutub” jelas Yeung Wing. 

2.0 Pendapat National Turk

 Dr. Mehmet Salih Bayraktutan PhD telah melakukan penyelidikan tentang kapal Nabi Nuh sejak 20 Jun 1987 turut meneliti dan mempopularkantentang kewujudan dan penemuan Kapal Nabi Nuh AS. Dia telah mengatakan: “Perahu ini adalah struktur yang dibuat oleh tangan manusia. ” Dalam artikelnya jugaada mengatakan bahawa lokasinya di Gunung Judi (Ararat) yang disebut dalam Al Qur’an, Surat Hud ayat 44. Sedangkan dalam injil: Perahu itu terdampar diatas Gunung Ararat (Genesis 8 : 4). 

Menurut peneliti The Noah’s Ark, kapal tersebut telah dibina di puncak gunung oleh Nabi Nuh AS, tak jauh dari desanya. Lalu berlayar ke seluruh tempat, di saat dunia ditenggelamkan oleh banjir besar. Berbulan-bulan kemudian, kapal Nabi Nuh AS merapat ke sebuah daratan asing. Ketika air menjadi surut, maka tersebarnya bahawa mereka terdampar di puncak sebuah gunung. 

Apabila cerita tentang fosil kayu kapal itu yang barangkali menunjukanbahawa berasal dari kayu jati dan hanya tumbuh di Indonesia pada zaman purbamaka timbullah beberapa pendapat yang mengatakan bahawa Nabi Nuh AS dan umatnya dahulu tinggal di sana. Saat ini kita dapat saksikan dengan satelit, bahawa gugusan ribuan pulau itu (Nusantara), dahulu merupakan daratan yang luas. 

Sedangkan Dr. Bill Shea, seorang antropologi telah menemukan pecahan-pecahan tembikar sekitar 18 M dari situs kapal Nabi Nuh AS. Tembikar ini memiliki ukiran-ukiran burung, ikan dan orang yang memegang palu dengan memakai hiasan kepala bertuliskan Nuh. 

Dia menjelaskan, pada zaman kuno barang-barang tersebut dibuat oleh penduduk lokal di desa itu untuk dijual kepada para peziarah situs kapal. “Sejak zaman kuno hingga saat ini, fosil kapal tersebut telah menjadi lokasi rahsia, ” ujarnya. 

3.0. Kesimpulannya

Terdapat beberapa hikmah dan iktibar yang dapat kita teladani daripada kisah Nabi Nuh A. S ini. Yang dimana kita sebagai umat Islam seharusnya menyakini bahawa setiap perkara yang telah diperintahkan oleh ALLAH Subhanahu wa ta’ala adalah sesuatu hikmah di sebaliknya. Sebagaimana yang telah berlaku seperti kisah Nabi Nuh ini, sepertimana ALLAH Subhanahu wa ta’ala telah menurunkan banjir yang besar demikian keran supaya makhluk bumi ini lebih mensyukuri dan merenung setiap perkara yang berlaku, dimana kita perlulah mengambil iktibar untuk lebih menyakini setiap perkara yang telah berlaku. Kita juga seharuslah lebih mentaati ALLAH Subhanahu wa ta’ala kerana dialah yang menghidupkan segala benda dan dia lah juga yang berhak mematikannya. Masyallah. Sekian 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment