Monday, October 12, 2015

Tajuk: Huraian Berkenaan Kaitan Antara Ibadah Dan Sains Dan Teknologi

PENDAHULUAN
Dari segi bahasa “ibadah” bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syara’ “ibadah” diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah. Sheikh Ibn. Taimiyah pula menyatakan, “Ibadah asal maknanya kehinaan, tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya. Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusu’ kepadanya, merendah diri dan tetap hati kepadanya. Sebagai kesimpulan ibadah bermaksud merangkumi segala perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada keyakinan, sikap, perkataan, amal perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan batin dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya semata-mata dengan niat mencari keredhaan Allah. Firman Allah “Hai orang-orang yang beriman Makanlah rezeki Yang balk Yang Kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika kepadaNya kerana beribadah. (Al-Baqarah: 172)1 “katakanlah Akan kuberitakan -kepadamu tentang pembalasan Allah yang lebih buruk dari itu yang dikutuki Allah dan dimurkaiNya, ada yang diadikan-Nya kara, ada yang dijadikan-Nya babi dan menyembah taghut” (Al-Maidah: 60) “Kepada tiap umat kami utus seorang rasul dengan perintntah ber’ibadah kepada Allah dan tinggalkan taghut (– An-nahl. 36) “Dan mereka meninggalkan taghut tudak lagi ber’ibadah kepadanya, dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira. (Az-Zumar: 17)

Istilah sains berasal daripada perkataan Latin, ‘Sceantia’ yang bermaksud ilmu, atau ‘scire’ yang bermaksud mengetahui. Sains juga membawa maksud hasil usaha pemahaman manusia yang disusun dalam suatu sistem mengenai kenyataan, struktur, pembahagian dan hukum-hukum tentang hal ehwal yang diselidiki sejauh yang dapat dijangkau oleh pemikiran manusia yang dibantu panca indera yang kebenarannya diuji oleh empiris dan eksperimental. 

Teknologi berasal daripada perkataan Latin, ’technologia’yang bermaksud kehendak untuk melakukan sesuatu secara sistematik. Kata dasar teknologi berasal daripada perkataan Greek, ‘tekhne’ yang bermaksud seni atau kraf. Menurut Professor Dr Azizzan Baharuddin, teknologi ialah, artifak atau perkakasan, sekumpulan maklumat atau kaedah teknikal yang digunakan untuk mempermudahkan kehidupan, dan aktiviti pembudayaan atau lapangan dalam kehidupan. 

HURAIAN BERKENAAN IBADAH
1. 1 SOLAT

Pergerakan-Pergerakan Solat

Jika senaman tai Chi melibatkan pergerakan angota tubuh badan, namun solat melebihi daripada itu kerana ianya juga memerlukan pelakunya untuk membaca ayat ayat al Quran dan doa yang tertentu. Ayat ayat al Quran dan doa ini mesti dibaca ketika pelakunya berada dalam postur atau posisi badan tertentu serta melakukan gerakan-gerakan di atara postur. Postur atau gerakan utama dalam solat adalah berdiri (qiyam), membongkok (rukuk) sujud, dan duduk (tahiyat). Manakala postur melutut juga berlaku seketika dalam gerakan solat di antara dua daripada postur utama iaitu dari postur duduk ke berdiri. 

Pergerakan solat yang sempurna melibatakan pergerakan yang sama untuk beberapa rakaat (kitaran). Satu rakaat dalam solat terdiri daripada beberapa postur seperti berdiri, rukuk, sujud, dan duduk diantara dua sujud. Rakaat kedua dan terakhir pula mempunyai penambahan postur duduk tahiyat. 

 Huraian setiap postur utama dalam solat yang telah disarankan oleh Islam:

a) Qiyam
Dalam konteks solat, qiyam yang dimaksudkan disini bererti tegak, Islam member kelonggaran atau keringanan untuknya harus melaksananakan ibadah solat secara duduk. Kiranya tidak mampu duduk, dibolehkan bersolat secara mengiring. Hal hal ini ada dinyatkan melalui hadith Nabi, seperti yang berikut. 

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: “Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika anda tidak mampu berdiri, solatlah dalam keaadaan duduk. Jika anda tidak mampu duduk solatlah dalam keadaaan mengiring”. (HR Bukhari)

Semasa berdiri tegak melakukan solat, tangan perlu bersedekap, iaitu kedudukkan tangan kanan berada diatas tangan kiri, dan kedua-dua tangan tersebut berada atas dari paras pusat. Perlakuan ini diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. 

Perbuatan melipatkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua dua tangan. Mengikut teori ahli fisiologi, dari posisi dan kedudukan ini, sendi siku dan dan sendi pergelangan tangan serta otot dari kedua dua tangan berada dalam keadaan rehat penuh. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari timbulnya perbagai penyakit persendian seperti penyakit kekakuan sendi. 

b) Rukuk
Rukuk didalam ibadah solat dimulai dengan takbir (mengangkat tangan sehingga teliga atau bahu) sambil membaca “Allahuakbar” diikuti dengan menundukkan badan sebanyak 90% darjah, tangan memegang lutut dan ditekankan supaya anggota belakang badan lurus. Mata pula tetap memandang ke arah tempat sujud atau pun kaki. 

Ketika rukuk, kepala tidak boleh berada pada paras lebih tinggi atau rendah daripada paras bahu. Pada masa yang sama, tulang belakang perlu lurus dan rata. Tangan juga perlu dijarakkan dan diletakkan di lutut. Antara anjuran Islam agar umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan tersebut menurut tatacara tertentu adalah berdasarkan hadith dan huraian yang berikut:

i. Mengangkat tangan sebelum dan ketika bangun dari rukuk

Hadith diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar r. a. (maksudnya):  “Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, apabila hendak memulakan solatnya, Baginda mengangkat tangannya ke paras bahu. Tatkala mengucapkan takbir untuk rukuk dan tatkala ingin mengangkat kepalanya daripada rukuk Baginda berbuat demikian. Dan membaca: “Allah Maha Mendengar sesiapa yang memujiNya. ” Baginda tidak berbuat demikian tatakla sujud. ” (HR Bukhari dan Muslim) 

ii. Keadaan Tangan dan Jari Ketika Rukuk

Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam meletakkan kedua-dua telapak tangannya pada kedua-dua lututnya. Baginda meletakkan tangannya pada lutut (seolah-olah mengengam kedua-dua lututnya). Baginda juga merenggangkan jari-jari tanganya berdasarkan sebuah hadith (maksudnya):  “sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, apabila rukuk, Baginda membuka (merengangkan) jari-jari nya, dan apabila sujud, Nabi merapatkan jari-jarinya. ” (HR al-Baihagi dan Darqutni).  

iii. Meluruskan Tulang Belakang Ketika Rukuk

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam menyuruh meluruskan tulang belakang ketika rukuk seperti sabdanya yang bermaksud:

“Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tangan mu pada kedua-dua lututmu, kemudian renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakang mu mantap di di tempatnya. ”(HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban). 

Apabila Baginda rukuk, Baginda meluruskan dan meratakan tulang belakang (dalam keadaan 90 darjah) sehingga apabila segelas air diletakkan diatasnya, air tesebut tidak akan bergerak. Baginda tidak menundukkan kepala dan tidak pula mengangkatnya (tidak meninggikan kepala dari paras bahunya). 

Ruas tulang belakang secara lazimnya terdiri daripada tulang punggung, tulang leher, dan tulang pinggang. Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah senggal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang bahu dan senggal otot. Gerakan rukuk yang diajar oleh Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, boleh menghindari dan menyembuhkan penyakit yang menyerang ruas tulang belakang. 

iv. Tamakninah Atau Bertenang Sebentar Ketika Rukuk

Tamakninah atau berhenti seketika merupakan satu perkara yang perlu dilakukan dalam beberapa solat iaitu rukuk, iktidal, sujud dan duduk diantara dua sujud. Semasa melakukan posisi ini seseorang itu perlu berhenti seketika sekurang-kurangnya dengan kadar satu tasbih. Keadaan ini dipercayai memberikan ketenangan kepada seseorang yang bersolat. Keadaan ini dapat dibuktikan sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam (maksudnya):

“……. kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta tamakninah). ” (HR al-Bukhari). 

c) Sujud

Pergerakan sujud di dalam solat dimulai dengan meletakkan lutut dan tangan di lantai. Postur sujud sepenuhnya melibatkan persentuhan antara tujuh anggota (dahi, kedua-dua tapak tangan kedua-dua lutut, kedua – dua hujung kaki/jari kaki yang dibengkokkan) dengan permukaaan lantai. 

Hal ini disebut dalam sebuah hadith Nabi (bermaksud); “Aku diarahkan untuk sujud diatas tujuh anggota sujud: diatas dahi dan Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam menunjukkan kearah dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut, dan kedua-dua hujung kaki. ”(HR al-Bukhari & Muslim). 

Keadaan tangan ketika sujud adalah seperti berikut:

i. Tangan hendaklah direngang dari tubuh badan

Hal ini disebutkan didalam hadith (maksudnya): “Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam merenggangkan kedua belah tangan nya dari sisinya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda. ”(HR al-Bukhari & Muslim). 

ii. Siku Diangkat iaitu Tidak Menyentuh Lantai

Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam mengangkat siku dari tanah sebagaimana hadith (bermaksud): “apabila sujud, letaklah kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu” (HR Muslim, Ahmad)

iii. Dahi dan Muka Berada diantara kedua-dua Tangan

Maksud Hadith: Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam apabila sujud maka baginda meletakkaan wajahnya di antara kedua – dua tangannya. ”

iv. Jari-jari Dirapatkan

Sebuah hadith menyebutkan (maksudnya); ‘Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam apabila rukuk Nabi membuka (merenggangkan) jari-jarinya, dan apabila sujud Nabi merapatkan jari-jarinya. ”(HR al Baihaqi dan Darqutni). 

Kajian mendapati ketika seseorang itu sujud bukan sahaja menjadikan otot-otot besar dan kuat tetapi saluran darah seperti arteri dan vena serta urat limfa akan terurut. Fenomena ini dapat menghidarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah (arterioskerosis). Hal ini akan membantu melancarkan pengaliran dan limfa keseluruh anggota badan. 

Selain itu, rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan dapat berkembang dengan baik bagi menghirup lebih udara bersih ke dalamnya bagi mengelakkan penyakit yang boleh menyerang paru-paru. 

d) Duduk antara dua sujud dan Tahiyat Awal

Duduk antara dua sujud dinamakan duduk iftirash, kerana tapak kaki kiri diduduki dan menjadi alas (firash). Tapak kaki ditegakkan diatas lantai sementara jari kaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh). 

Disebutkan di dalam Sahih Bukhari sebuah hadith (maksudnya): “Apabila Nabi duduk diantara dua rakaat, maka Baginda duduk diatas kaki kiri dan menegakkan kaki kanannya”. 

Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada diatas peha dan Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam juga meletakkan sikunya diatas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut. Kajian beliau mendapati pada kedudukan ini, tumit menekan otot-otot pangkal peha yang besar dimana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung. Selain itu juga, posisi ini juga dapat menghidarkan dan menjadi penawar penyakit saraf pangkal paha. 

e) Duduk Tahiyat Akhir

Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan diatas lantai, kaki kiri dimasukkan kebawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan (dengan jari kaki dibengkokkan menghadap kiblat). 

Hadith yang mengambarkan keadaan ini ialah (maksudnya): sehinggalah tatkala Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam berada pada sujud (terakhir) yang ada padanya taslim (memberi penutup solat) Baginda mengeluarkan kakinya (tidak duduk diatas kakinya) dan duduk diatas sebelah kirinya bersimpuh. ”(HR al-Bukhari dan Ibn Hibban). 

Ketika pergerakan dari sujud ke tahiyat akhir, otot lantai pelvik akan diaktifkan. Sama seperti duduk tahiyat awal, duduk tahiyat akhir ini juga akan melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung. 

1. 2 PUASA

Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (al-Baqarah, 2:183). 

Puasa bulan Ramadan juga merupakan satu proses yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Dalam bulan ini, kita berpeluang untuk merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Bukan sahaja merehatkan, kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan “dirinya” dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini. 
Berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat Islam. Selalunya pada bulan inilah kita merasakan bahawa kekuatan dalam diri kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan kekuatan fizikal, bulan Ramadan pasti menguji ketahanan diri. Bagi mereka yang mudah lemah semangat, kelebihan bulan Ramadan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri. 
Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M. D., 
Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:

a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental). 
b. To look and feel younger (merasa lebih muda). 
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak. 
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks). 
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya). 
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa). 
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense). 
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri). 
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan). 

2. Dr. Yuri Nikolayev

 Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches?Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset?Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional). 

3. Alvenia M. Fulton

 Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour). 

4. Muzam MG, Ali M. N dan Husain

Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M. N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut. 

5. Elson M. Haas M. D. 

 Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building(toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh. 

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia. 

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan

 Beliau mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf. 

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan

 Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan. 

8. Dr. Muhammad Munib

 Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa Islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat. 

 Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. 

1. 3 IBADAH HAJI

Imam Syafie mentakrifkan haji dari sudut bahasa bermaksud menuju ke suatu tempat. Manakala dari sudut syarak pula ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam dan hukumnya adalah wajib bagi Muslim yang mukalaf. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam surah al-Imran : 97 yang bermaksud:

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk”. 

Menurut Prof. Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy ni banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan malapetaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk didiami. 

Menurut beliau lagi, Mekah ialah kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan selamat dan aman sehingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi, Mekah memang mempunyai banyak keistimewaannya. Antaranya ialah tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 

Masjid Al-Aqsa
“Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika itu. Kemudian Allah perintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi di tanah Arab dan menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah, ” katanya. 

Prof. Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semula jadi tanpa bantuan vaksin. 

Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat dan yang lemah akan bertenaga. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. 

Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 

Ketika berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi hening, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu adalah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi. Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi tidak dapat menembusi Mekah. Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. 

Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh mereropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. 

“Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantai masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu, ” terangnya. 

Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, sejarahnya, perkara yang dilarang semasa ihram dan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang memberitahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu. Hikmah-hikmah yang selalu di laung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan, kesu dan rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan terlalu subjektif. 

Ia sudah pasti dimulakan dengan niat. Nampak mudah tetapi besar impaknya pada keseluruhan ibadat. Niat di sini bukan saja niat ihram tetapi juga niat kali pertama yang terlintas di hati untuk menunaikan haji. 

Apabila niat untuk mengerjakan haji sudah terlintas di hati, ia sebenarnya sudah sampai ke Kaabah. Untuk mendapatkan haji yang mabrur bermula dari niat semasa di tanah air. Akuinya, memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji namun untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar. Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak menghalang tujuan mendapatkan haji yang mabrur. 

Katanya ramai yang tidak faham tentang ibadat tersebut. Ibadat haji mempunyai hubungan yang sangat rapat antara manusia dengan tuhan. Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri. Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai menjemput satu kampung. 

“Kita pergi ke sana untuk penyerahan diri pada tuhan, rasa kerdil pada kebesaran Nya. Secara automatik akan menyebabkan kita lupa pada urusan dunia dan kesusahan yang ditempuhi. Pemusatan fikiran hanya kepada Allah tuhan yang satu, ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat bumi, ” ujarnya. 

Tambahnya lagi, Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. Mengapa bermalam di Muzdalifah dan Mina menjadi satu perkara yang wajib sebelum melontar ketiga-tiga jamrah. Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah menurunkan perintahnya. Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu bertujuan mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga sebelum kembali semula ke Masjidilharam menunaikan tawaf dan sai. 

Pengaruh graviti itu penting untuk menentukan kedudukankan tulang belakang bagi menghasilkan sel darah. Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk melakukan rukun haji yang berikutnya sebab itulah diwajibkan bermalam. 

“Semasa tawaf nanti memerlukan tenaga yang banyak untuk mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Bila bermalam di Mina seolah-olah kita sudah dapat bateri baru untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi, ” jelasnya. 

Manakala mengenai tawaf pula memang banyak keistimewaannya. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa. Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dili hat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya. 

Prof Norhisham turut menjelaskan pergerakan lawan jam di dalam jumlah tujuh pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelilingi nukles, molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum yang sama. 

Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur. 

“Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya, ” terang Prof Norhisham. 

Manakala di dalam menunaikan rukun haji, ada perkara yang dilarang semasa berihram seperti tidak boleh tutup kepala, muka dan tapak tangan. Rambut, janggut tidak boleh disapu minyak, tidak boleh menanggalkan bulu dan rambut, memotong kuku dan memakai pakaian bersarung yang berjahit- khususnya bagi lelaki. 

KESIMPULAN

Islam telah menetapkan bahawa setiap perkara itu adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Nabinya, dan tidak terkecuali juga ilmu sains dan teknologi. Oleh itu ilmu sains dan teknologi yang diterima oleh Islam adalah ilmu yang dipimpin dan disuluh oleh Nur Ilahi, kerana hanya dengan itu ilmu tersebut tidak akan bersifat menindas dan menganiaya makhluk lain. 

Setiap ayat yang terkandung di dalam Al Quran mempunyai maksud dan makna yang tertentu yang perlu digali, diteliti dan direnungi, sebab Al Quran adalah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar dan terpenting. Jika tidak mutiara Al Quran itu tidak akan menyerlah dan memancarkan cahayanya untuk menyinari kehidupan umat manusia. 

BIBLIOGRAFI

Alimin, Z. (2009, October). Sebuah Kehidupan. Retrieved From Http://Zharifalimin. Blogspot. Com/2011/01/Hukum-Fizik-Di-Dalam-Ibadah-Haji. Html
Aurani, J., & Ahmad Termizi, A. (2014). Asas-Asas Pandangan Hidup Islam. Kuala Lumpur: Cahaya Ilmu Printing And Service. 
Ibrahim, F., Wan Abu Bakar, & Ng Siew Cheok. (N. D.). Membongkar Fakta-Fakta Saintifik Disebalik Solat. Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Universiti Malaya. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment