Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Tamadun Islam Berteraskan Kepada Sunnah Rasulullah Saw

Pendahuluan
Tamadun merupakan suatu peradaban manusia. Ia juga adalah istilah yang membincangkan tentang kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa di dalam suatu pemerintahan. Istilah ini juga merujuk kepada perbahasan tentang sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan perindustrian dan pembangunan ekonomi sesuatu negara. Tamadun juga merupakan mekanisme yang sesuai bagi mengukur tahap kemajuan sesuatu kaum atau bangsa dari zaman ke zaman. Istilah tamadun ini merupakan istilah peradaban atau kemajuan manusia yang berupaya menggabungkan dua bentuk kemajuan iaitu kemajuan material dan kemajuan sosio-budaya. Kemajuan yang dimaksudkan ini adalah meliputi segala aspek pembangunan yang dicapai oleh sesuatu kaum atau bangsa dalam segala bidang kehidupan sehari-harian. Walaubagaimanapun, tamadun yang terbaik bagi setiap individu muslim adalah tamadun yang berteraskan kepada sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam kerana ia mencakupi seluruh aspek kehidupan mahupun kehidupan di dunia serta kehidupan di akhirat kelak. Tamadun yang berteraskan kepada sunnah baginda Rasulullah bermaksud sebuah tamadun yang wujud pada zaman Rasulullah dengan mengamalkan gaya dan cara hidup yang Islamik yang hanya berpandukan al-Quran dan al-Hadis.

Takrif
Ketamadunan dan peradaban merupakan suatu ciri khas yang ada hanya pada manusia. Dari sudut lain, tamadun boleh dianggap sebagai sunnah insaniyyah yang menjelma daripada sifat kreativiti dan inovasi ummat manusia itu sendiri. Selagi mana manusia itu sentiasa mempersiapkan dirinya utuk terus hidup dalam keadaan selesa, baik, dan maju untuk mencukupi segala keperluan hidup, maka selagi itulah proses ketamadunan terus berkembang dari semasa ke semasa.Pengertian tamadun secara umumnya ialah cara hidup atau peradaban manusia yang berinteraksi sesama sendiri bagi memenuhi keperluan hidup mereka dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, tamadun Islam merupakan tamadun yang dihasilkan oleh pemikiran orang Islam dengan berpandukan al-Quran dan al-Hadis. Al-Quran merupakan perundangan Islam yang pertama dan utama manakala al-Hadis pula merupakan perundagan Islam yang kedua.

Maksud tamadun: Perkataan tamadun ini berasal dari perkataan Arab iaitu “maddana”, “mudun” atau “madain” yang bermaksud pembukaan bandar atau masyarakat yang sudah maju dari segi fizikal dan rohani. Tamadun juga dapat diertikan kepada keadaan kehidupan masyarakat yang bertambah maju dari zaman ke zaman. 

Bagaimanapun terdapat pelbagai istilah-istilah yang diertikan sebagai tamadun dalam suatu peradaban manusia. Antara istilah-istilah tamadun ialahumran, hadharah, madaniyyah dan civilization.

Istilah
Istilah-istilah yang terdapat pada penggunaan perkataan tamadun ada pelbagai perkataan. Antaranya ialah hadharah, madaniyyah, umran dan civilization.

Hadharah:
Terdapat beberapa sarjana Islam yang menggunakan perkataan hadharahtanpa menggunakan istilah tamadun ketika membicarakan mengenai peradaban dan kemajuan sesuatu bangsa dalam sesebuah masyarakat. Ini membuktikan bahawa para sarjana Islam sering menggunakan istilah yang pada sudut pengertian, kesemuanya adalah sama maksud dengan pengertian tamadun. Hadharah juga merupakan perkataan yang sinonim dengan hadhari yang bercirikan kehidupan di kota atau di bandar yang padanya terdapat kegiatan ekonomi dan perdagangan. Said Hawwa menjelaskan bahawa hadharah merupakan istilah peradaban atau kemajuan manusia yang berupaya menggabungkan dua bentuk kemajuan iaitu kemajuan dari segi material dan kemajuan sosio-budaya. Kemajuan yang dimaksudkan ini meliputi segala aspek pembangunan yang dicapai oleh sesuatu bangsa dalam segala bidang kehidupan.

Madaniyyah:
Setelah diteliti dengan lebih mendalam, perkataan madaniyyah seringkali digunakan menjurus kepada aspek pembangunan fizikal semata-mata. Ia berasal dari perkataan madinah yang bermaksud bandar atau kota yang merupakan asas dan tempat perkembangan sesuatu tamadun. Ia juga merupakan tamadun kebendaan yang meliputi pelbagai aspek pembangunan fizikal atau pembangunan lahiriah sesebuah masyarakat.

Umran:
Ibnu Khaldun merupakan antara sarjana Islam yang pertama membahaskan konsep ketamadunan. Beliau turut menggunakan perkataan umran yang bermakna pembangunan. Dalam kitabnya, istilah umran berasal daripada perkataan arab iaitu ‘amara, ta’mir yang bermaksud membangun, memajukan, menghidupkan dan memakmurkan. Terma umran digunakan bagi menerangkan sifat-sifat fizikal tamadun iaitu kawasan tanah yang didiami secara tetap dan aspek-aspek pembangunan yang wujud di sesuatu kawasan.

Civilization:
Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah civilization atau culture. Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud bandar. Civilizationdiambildaribahasa Latin iaitu cityataucivitas.Iaturutberkaitrapatdengankemajuandalamkehidupanmanusia yang membentukperadabandantamadun. Civilization jugamenekankanpenggabunganantaraketinggianbudayadankemajuankebendaan.Olehitu, setiapkemajuanbermuladaripadabandarkeranabandarmerupakanpusatkegiatan yang utamasepertibidang agama, pemerintahan, kegiatanekonomidanpelbagailagi. Di sampingitu, seperti yang seringkitalihatpadahariini, di bandarjugasemuapendudukdan orang asingakanbertemudansekaligusdapatmembantukerancakan proses kerancakanurbanisasisesebuah Bandar danseterusnyamembinatamadun yang berjayadangemilang.

Tamadun Islam yang berteraskankepadaSunnahRasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam 
As-sunnahmerupakansumberkedua yang utama di dalamperundangan Islam. As-sunnah juga merupakan al-hadis. Sunnah bererti cara atau amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad. Maksud as-sunnahdarisegibahasaialahperjalananbagindaRasulullahsamadaperjalanan yangbaikatauburuk.
 Dari segiistilah pula, sunnahialahsesuatu yang disandarkankepadaNabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam samadadarisegiperkataan, perbuatanataupengakuan(persetujuan). Sunnahjugakebanyakannyamenceritakansifat-sifatkejadian, akhlakbagindasertasirahnyasamadasebelumatauselepasbagindadilantikmenjadiRasul.
 Islam merupakan agama yang benar yang hanya diterima oleh Allah kepada seluruh individu muslim. Oleh itu, setiap individu muslim mestilah mentaati perintah agama serta senantiasa mengamalkan sunnah Nabi Muhammad bagi menjamin keharmonian dan ketenangan dalam di dunia mahupun di akhirat kelak. Umumnya, sunnah merupakan penterjemah amali atau perician isi kandungan al-Quran. Ia juga merupakan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad supaya melakukan amal ibadat dan segala perintah-Nya sekaligus dapat menjadi contoh dan petunjuk utama kepada umat Islam keseluruhannya.

Matlamat tamadun yang berteraskan Sunnah
Islam adalah agama yang suci dan murni. Setiap pengajaran yang diajarkan oleh sunnah Nabi Muhammad adalah yang terbaik untuk setiap umat manusia. Segala yang diajarkan oleh baginda juga mempunyai hikmah yang tersendiri yang pada akhirnya membawa kepada kebaikan. Setiap individu muslim patut menjadikan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam sebagai contoh ikutan atau idola yang terbaik kerana akhlak baginda merupakan akhlak al-Quran yakni akhlak manusia yang paling mulia dan terbaik. Oleh itu, tamadun Islam yang berteraskan kepada Sunnah Rasul-Nya adalah semata-mata untuk mengangkat agama Islam sebagai ad-deen iaitu agama supaya menjadi panduan dan tujuan hidup yang lengkap serta mencakupi segala aspek kehidupan.
 Selain itu, ia juga bertujuan untuk memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan zaman selepasnya. Antaramatlamat yanglain pulaialahuntukmenjalinkanhubunganantaramanusiadenganpenciptakepadamanusiadanalam. Hal inisekaligusdapatmenjadikankelancarandalamhidupsehari-hariandenganpenuhharmonisertaamandamaijikanilai-nilai Islam diterapkandenganbersungguh-sungguhdalamdirisetiapindividu Muslim.
 Di sampingitu, matlamat yang lainnyaadalahuntukmewujudkanhubunganmanusiadenganmanusiadanalamsejagat.Manusiadiciptakan di atasmukabumiadalahuntukmenjadikhalifah.Merekadiciptauntukmemperhambakandirikepada Allah Subhanahu wa ta’ala sertamentadbirdanmengimarahkanbumidengannilai-nilai moral danakhlak yang baiksupayasetiapperkaradapatdiambilmanfaatdarinyadanmerealisasikannyadengancara yang berhemah.
 Oleh itu, setiap pemimpin atau pemerintah di suatu tempat mestilah menitikberatkan serta mengambil peduli tentang segala permasalahan yang ada di kalangan umat supaya sebarang kekecohan dapat dielakkan. Para pemimpin juga mestilah bersikap adil dan saksama terhadap seluruh rakyat walaupun mungkin berbeza dari segi pandangan sosial atau politik. Ini kerana bersikap adil serta jujur adalah suatu komponen yang amat penting yang dapat menjamin keselamatan dan keharmonian dalam hidup di dunia dan akhirat kelak kerana ia adalah sifat yang diterajui oleh baginda Nabi Muuhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam kepada seluruh umat manusia.

Ciri –ciri tamadun yang berteraskan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam 
Mengutamakan kepentigan ummah:
Setiap pemerintah mestilah memastikan kebajikan rakyat atau ummah yang dipimpin. Para pemimpin mestilah menitikberatkan segala kebajikan rakyat dari segi ekonomi, pendidikan, keselamatan dan sebagainya. Secara lazimnya, akan ada seorang tokoh yang akan berjuang demi kepentingan dan kebajikan bangsanya. Dalam pada itu, yang penting pada diri seseorang tokoh itu bukanlah ilmu semata-mata, tetapi sikap yang dipamerkan dan senantiasa menunjukkan kebenaran yang dibawakan oleh agama Islam itu sendiri.
 Para pemimpin dalam sesebuah tamadun mestilah cenderung untuk berlaku adil dalam setiap perkara. Ini kerana keadilan adalah sesuatu yang amat penting. Tanpa keadilan dari pihak pemerintah, sudah pastinya masyarakat dalam sesebuah tamadun akan porak-peranda dan kucar-kacir. Hal ini juga akan mendatangkan pandangan yang negatif dari tamadun yang lain. Masyarakat manusia hanya menginginkan keamanan serta keselamatan yang terjamin dalam sesebuah tamadun.

Musyawarah:
Konsep musyawarah juga amat penting dalam sistem kehidupan manusia. Musyawarah bermaksud perbincangan sesuatu masalah serta usaha menyelesaikan masalah tersebut. Ia juga sinonim dengan mesyuarat. Tanpa mesyuarat dalam sesuatu permasalahan, masyarakat pastinya akan bertelagah sesama sendiri dan tentunya akan menyebabkan ketenteraman awam terganggu. Perbincangan yang baik akan mendatangkan sesuatu hasil yang baik. Bagaimanapun, sebarang kritikan di dalam sesebuah mesyuarat tidak harus dipandang negatif. Sebaliknya, ia mestilah diterima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada demi kebaikan dan pengukuhan sesebuah tamadun.

 Hal ini menggambarkan bahawa sikap keterbukaan dalam Islam adalah fleksible kerana menerima sebarang pembaharuan serta adil dan saksama. Melalui sikap ini, ia dapat menangkis pandangan yang sempit terhadap umat Islam dalam proses kehidupan insan.

 Skop pemikiran yang terhad tentang Islam haruslah dihindarkan supaya akal dan pemikiran manusia dapat digunakan dengan lebih sempurna dan berkesan. Oleh itu, hal ini secara tidak langsung dapat meninggikan martabat Islam pada peradaban lain sekaligus menjadikan tamadun yang berteraskan sunnah Rasulullah sebuah tamadun yang paling dikagumi.

Kesimpulan
Tamadun adalah sebuah indikator yang menjadi pengukur taraf urbanisasi dari zaman ke zaman dari segi perubahan fizikal dan rohani. Bagaimanapun, tamadun yang berteraskna sunnah merupakan tamadun yang amat baik kerana ia meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Ia juga sesuai untuk digunakan untuk sepanjang zaman kerana nilai-nilai moral dalam Islam sentiasa relevan dari semasa ke semasa. Akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah juga adalah sebaik dan semulia-mulia akhlak manusia. Ia merupakan akhlak al-Quran. Disebabkan oleh itulah kita disarankan untuk melakukan segala sunnah baginda supaya dapat membentuk peribadi yang baik.

Dalam kata lain, tamadun Islam yang berteraskan kepada sunnah Rasulullah juga sentiasa menitikberatkan nilai-nilai tanggungjawab dan menjaga kemaslahatan ummat dengan cara yang betul yang hanya berpandukan Quran dan Sunnah. Oleh itu, jika setiap individu muslim dapat melakukan segala nilai-nilai moral yang diajarkan oleh Rasul, ummat manusia dalam sesebuah tamadun tersebut pastinya akan hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman damai.

Bibliografi
1. Ayub, M. N. (2011). Pengenalan Tamadun dan Pemikiran Islam Kontemporari. Perpustakaan Sultan Badlishah.
2. Chapra, M. U. (1997). Islam dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: THINKER'S LIBRARY SDN. SHD.
3. Kahirah, D. A.-M.-F. (1986). Sistem Pemerintahan dalam Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Majid, M. S. (2006). Wacana Ketamadunan dalam Masyarakat Islam Hadhari. Kuala Lumpur: Tengas Communication SDN. BHD.
5. wikipedia. (2012, 7 28). https://ms.wikipedia.org. Retrieved 8 24, 2015, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment