Oleh : Fatin Zulaikha Binti Mohd Khairi
PENGENALAN
MENJAGA HARTA UMMAH DAN INDIVIDU MENGHALANG ORANG SOLEH
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yg belum
sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang kamu sendiri
dijadikan Allah sebagai pemeliharaannya. Berilah mereka belanja dan pakai (dari
hasil harta itu) dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata” An-Nisa’5
Safih ialah orang yang membelanjakan harta mereka secara
membazir dan bukan dengan cara yang betul sama ada kerana akhlak mereka rosak, atau
otak mereka lemah atau kerana tidak pandai mentadbir.
Jadi ayat ini melarang orang-orang Islam membiarkan
orang-orang bodoh mentadbir harta mereka. Dalam ayat ini, ada dua syarat yang
member galakan supaya orang-orang Islam menjaga harta orabg safih.
Pertama, dalam firman Allah : “harta kamu” tidak
dikatakan (harta mereka), supaya dapat menarik perhatian orang-orang Islam
bahawa harta orang safih dalam waktu yang sama ialah harta ummah yang wajib
dipelihara dan tidak diberikan kepada orang safih, sebabnya, ialah jika orang
safih itu membelanjakan harta kemudian ia menjadi miskin maka ia akan
menimbulkan suatu keadaan yang bahaya lepada masyarakat. Untuk menjamin
perlulah dianngap harta orang safih sebagai orang-orang Islam.
Kedua ialah firman Allah : “Yang kamu sendiri dijadikan
Allah sebagai pemeliharaannya”. Maknanya ialah harta yang Allah jadikan untuk
kamu gunakan menurut muslihat iaiti tiang kepada kehidupan ekonomi ini yang
menjadi asas kepada kehidupan.
Orang safih jika menggunakan hartanya kepada kerosakkan
maka ia seolah olah merosakkan masyarakat umum, ia mendedahkan dirinya dan
masyarakat juga kepada kepada kemiskinan, khasnya apabila harta itu terjatuh ke
tangan penjudi, pemabuk dan perbuatan sia-sia yang lain. Dengan sebab itu wajib
diberi tahu kepada pemerintah supaya menghalang orang safih dari mentadbir
harta mereka dan mereka hanya diberi menurut kadar keperluan sahaja. Malangnya
orang Islam melakukan perkara yang berlawanan dengan ini, dan dengan demikian
lebih kurang 1/3 daripada harta mereka hilang melalui tindakan orang-orang
safih.
MATLAMAT TAMADUN ISLAM : MENJAGA HARTA UMAT
Menjaga harta umat merupakan salah satu daripada tujuan
atau matlamat tamadun Islam. Matlamat tamadun ini terbahagi kepada beberapa
aspek menurut tamadun Islam iaitu zakat, sedekah, Infaq, wakaf dan hadiah.
1. ZAKAT
1.1 PENGERTIAN ZAKAT
Perkataan zakat atau al zakah dalam bahasa Arab yang
membawa maksud suci, rahmat, berkembang, subur, bertambah, damai dan terpuji.
Ia merujuk kepada pembersihan diri yang diperoleh selepas melaksanakan
tanggungjawab menunaikan zakat.
Pengertian zakat menurut Kamus Dewan ialah rukun keempat
yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian hartanya kepada orang
yang berhak menerimanya seperti fakir miskin, mengikut syarat tertentu.
1.2 SYARAT SYARAT ZAKAT
-MUSLIM-
Kerana zakat merupakan salah satu rukun Islam maka tidak
diwajibkan kepada orang kafir.
-MERDEKA-
Zakat tidak diwajibkan budak dan hamba kerana hartanya
milik tuannya maka tuannyalah yang mengeluarkan zakat.
-DEWASA (BALIGH)-
Zakat hanya diwajibkan kepada orang dewasa, bukan kanak
kanak yang belum baligh.Akan tetapi sekiranya kanak kanak itu sudah memiliki
harta yang sudah sampai nisab dan satu tahun maka wali atau orang yang
menguruskannya wajib mengeluarkan zakat dan diniatkan untuk mereka.
-BERAKAL-
Orang yang tidak berakal kedudukannya atau sama dengan
kanak kanak, maka walinya yang dibebani untuk mengeluarkan zakat.
1.3 HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT
Terdapat beberapa kumpulan harta yang diwajibkan zakat, mengikut
jenisnya seperti yang berikut :
BINATANG TERNAKAN
Binatang yang dikenakan zakat terdiri daripada lembu
(termasuk kerbau), kambing biri-biri dan unta. Pada umumnya kadar yang wajib
dikeluarkan ialah 2.5 peratus iaitu dikira pada nilainya. Nisab bagi unta ialah
5 ekor, lembu 30 ekor dan kambing dan 40 ekor. Syarat dikenakan zakat adalah
dengan memastikan binatang ternakan dipelihara di kawasan peliharaan da bukan
milik persendirian.Perkara ini difahamkan daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w, tentang
syarat pemeliharaan tersebut.
PERTANIAN
Kewajipan zakat terhadap hasil pertanian jelas dinyatakan
dalam al-Quran surah al-An’am. Jenis-jenis pertanian yang dikenakan zakat
merupakan makanan ruji termasuklah anggur, tamar dan tanaman asasi yang lain.
Kadar minimum ialah lima ausuk. Manakala bagi padi pulak ialah 400 gantang
Baghdad setahun. Kadar yang dikenakan terbahagi kepada tiga, iaitu sekiranya
diairi dengan menggunakan tenaga manusia dikenakan pada kadar 2.5 peratus, manakala
menerusi hujan dengan kadar 10 peratus dan jika diairi serta menerima air hujan
pada kadar 5 peratus.
WANG, EMAS DAN PERAK
Had minimum zakat tersebut adalah pada nilai 20 dinar
atau 200 dirham. Kadar ini berbeza mengikut nilai wang antarabangsa semasa yang
sentiasa berubah turun naik dalam pasaran pada masa ini. Kadar yang wajib
dikeluarkan zakat ialah 2.5 peratus secara spesifik. Emas dan perak tersebut
bukanlah terdiri daripada alat perhiasan wanita. Kalau dijadikan perhiasan
tidak wajib dikeluarkan zakat.
PERNIAGAAN
Urusan perniagaan diwajibkan zakat dari segi hasil
daripada pusingan perniagaan itu sendiri yang menunjukkan logam seperti emas, perak,
besi dan cecair seperti minyak. Kadar yang dikenakan ialah 20 peratus. Kadar
yang tinggi dikenakan kerana perusahaan ini tidak memerlukan faktor masa dan
usahanya tidak banyak mengalami kesusahan dan risiko berbanding dengan kegiatan
ekonomi yang lain. Tambahan pula, nilainya tinggi.
FITRAH
Fitrah diwajibkan kepada semua orang Islam secara sama
rata. Kadar yang dikenakan adalah sebanyak satu gantang Baghdad daripada jenis
makanan ruji. Amalan dewasa ini sudah dilakukan dengan lebih mudah mengikut
tempat dan keadaan. Kebanyakkan negeri mengamalkan bayaran secara wang mengikut
tempat dan keadaan. Kebanyakkan negeri mengamalkan bayaran secara wang mengikut
pendapat Imam Abu Hanifah. Waktu pengeluarannya adalah pada hari raya puasa, bertujuan
antara lain untuk meringankan beban yang ditanggung oleh orang miskin pada hari
itu serta membersihkan diri pengeluarannya setelah setelah sebulan menunaukan
ibadah puasa.
1.4 HUKUM ZAKAT
Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang kelima. Maka
hukumnya wajib bagi setiap muslim yang memenuhi syarat syaratnya.
1.5 CARA PENGAGIHAN ZAKAT
a)Ahli-ahli fiqah mempunyai pendapat yang berbeza sama
ada tabung ini harus dibahagikan sama rata kepada lapan golongan atau ia harus
dibelanjakan kepada semua golongan ini secara bersama.
b)Ahli-ahli fiqah juga berpendapat bahawa jumlah maksimum
wang yang boleh diberi kepada sesiapa yang berhak menerima zakat, tidak harus
melebihi jumlah nisab iaitu 200 dirham.
c)Dikatakan juga bahawa pembayaran zakat mestilah
terhasil dalam bentuk pemindahan pemilikan kepada penerima zakat. Zakat tidak
boleh diberi kepada saudara mara sama ada yang lebih tua atau lebih muda, malah
kepada suami atau isteri kerana dalam kes-kes seperti ini ia merupakan
pemindahan milik yang tidak sepenuhnya daripada pembayar zakat kepada
penerimanya.
1.6 HIKMAT DISYARIATKAN ZAKAT
-Dapat menguatkan rasa kasih saying si kaya dan si
miskin.
-Mensucikan dan membersihkan jiwa serta menjauhkan jiwa
daripada sifat kikir dan bakhil.
-Membiasakan seorang muslim untuk bersifat belas kasihan.
-Memperoleh keberkatan, tambahan dan gantinya lebih baik
daripada Allah.
-Sebagai ibadah kepada Allah S.W.T
2 SEDEKAH
2.1 PENGERTIAN SEDEKAH
Sedekah berasal daripada perkataan bahasa Arab sudaqoh
yang bererti suatu pemberian yang diberikan oleh orang muslim kepada orang
muslim yang lain secara sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu.
Sedekah dalam pengertian para fuqaha disebut sadaqah at-tawwu’ iaitu sedekah
secara spontan dan sukarela.
Pengertian sedekah menurut kamus Dewan ialah pemberian
kepada fakir miskin(dengan ikhlas).Maksud yang sama ialah membelanjakan wang
atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ihklas tanpa
mengharapkan sebarang imbalan atau balasan.
2.2 HUKUM BERSEDEKAH
Para fuqaha bersepakat hukum sedekah pada dasarnya adalah
sunnah, mendapat pahala bila dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Di
samping sunnah, adakalanya hukum sedekah menjadi haram iaitu dalam keadaan
seseorang yang bersedekah mengetahui dengan pasti bahawa orang yang bakal
menerima sedekah tersebut akan menggunakan harta sedekahnya untuk
kemaksiatan.Manakala hukum sedekah menjadi wajib jika seseorang bernazar hendak
bersedekah kepada seseorang tertentu.
2.3 PEMBAHAGIAN SEDEKAH
Sedekah pada dasarnya terbahagi kepada dua iaitu sedekah
wajib(zakat) dan sedekah sunat.
Pada masa kini, sedekah sunat dipandang ringan dan tidak
penting oleh sesetengah pihak yang mana sebenarnya amat bermanfaat kerana dapat
meringankan bebanan orang-orang yang memerlukan seperti fakir miskin dan
anak-anak yatim.
Amalan bersedekah daripada satu sudut yang lain
menggambarkan sifat kemurahan hati dan keluhuran budi seseorang
manusia.Tidaklah dikatakan seseorang manusia itu kaya dengan
perikemanusiaan jika tidak ada sikap prihatin dan belas
kasihan kepada sesame manusia.
3 HADIAH
3.1 PENGERTIAN HADIAH :
Hadiah bermaksud suatu pemberian kepada orang lain sama
ada berbentuk cenderamata, ungkapan terima kasih mahupun sebagai penghargaan
dan sebagainya. Hadiah tidak semestinya berbentuk sesuatu benda, terdapat juga
dalam bentuk tenaga, fikiran, sikap dan tingkah laku yang menyenangkan.
Pengertian hadiah mengikut kamus Dewan ialah pemberian
kerana penghargaan, untuk kenang-kenangan, sebagai penghormatan dan
lain-lain.Selain itu, hadiah juga bermaksud ganjaran kerana menang perlumbaan, pertandingan
dan lain-lain.
3.2 HUKUM MENERIMA HADIAH DARI SEORANG MUSYRIK
Para ulama telah berselisih tentang hukum menerima hadiah
dari seorang musyrik untuk seorang muslim.Terdapat dua pendapat :
Pendapat pertama : bolehnya menerima hadiah dari seorang
musyrik.Antara dalilnya: 1.Hadith dari Anas yang sahih, “Bahawa ada seorang
perempuan Yahudi yang memberi kepada Rasulullah s.a.w berupa daging kambing
yang beracun.”Muttafaq’alaih.
2.Dan Imam Bukhari dalam ash-Sahih meriwayatkan dari Abu
Humaid, “Dan Raja Allah memberi hadiah kepada Nabi s.a.w seekor bighal putih
dan menutupinya dengan kain bergaris.., ”
Pendapat kedua : tidak boleh menerima dari seorang
musyrik.
Melalui dalil hadis Iyadh bin Himar r.a bahawa dia
menghadiahkan kepada Nabi s.a.w seekor unta. Maka Nabi s.a.w. “Apakah engkau
telah masuk Islam ?” dia berkata, tidak. Nabi s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya
aku dilarang menerima pemberian orang-orang musyrik, ”(Diriwayatkan oleh Ahmad,
Abu Daud, at-Tarmidzi
4 INFAQ
Infaq bermaksud pengeluaran sukarela yang dilakukan oleh
seseorang. Diberi kebebasan kepada pemiliknya untuk untuk menentukan jenis
harta, berapa jumlah yang sebaiknya diserahkan.
Menurut bahasa Arab infaq berasal dari kata anfaqa, yang
bererti mengeluarkan untuk kepentingan sesuatu.
Menurut istilah syariat pula, Infaq adalah mengeluarkan
sebagian harta yang diperintahkan oleh Islam.
5 WAKAF
5.1 DEFINISI WAKAF
Wakaf (waaf) atau Hubs dari segi bahasa bermaksud menahan
menghentikan. Dalam istilah perundangan Islam, wakaf bererti melindungi sesuatu,
menahan sesuatu daripada menjadi milik orang ketiga. Dari segi syarakpula, kita
boleh melihat beberapa takrif yang diberi oleh ulama-ulama tertentu.
MENURUT ABU HANIFAH :
Wakaf adalah pemindahan milik sesuatu benda tertentu
dengan cara mengekalkan hak-hak pemilikan dan menggunakan manfaat daripadanya
(wakaf) untuk tujuan kebajikan.
Ini bererti bahawa manfaat benda yang diwakafkan itu
boleh digunakan oleh penerima tetapi benda itu bukanlah miliknya. Umpamanya, air
dari telaga yang diwakafkan boleh digunakan tetapi telaga itu tidak menjadi
milik pengguna.
ABU YUSUF, IAITU MURID ABU HANIFAH, MENTAKRIFKAN :
Wakaf sebagai penahan sesuatu harta yang menjadi milik
Allah s.w.t. yang mana hasil daripadanya boleh digunakan untuk kepentingan
umum. Penyerahan harta itu adalah mutlak. Ia tidak boleh dijual, dihadiahkan
kepada orang lain atau diwarisi.
Penjelasan Abu Yusuf menegaskan bahawa harta wakaf adalah
milik Allah dan tidak berhak bagi seorang pun untuk mendakwa bahawa harta
adalah kepunyaannya.Justeru itu, manfaat harta wakaf akan berterusan dinikmati
oleh orang ramai. Begitu juga dengan tapak masjid atau tanah perkuburan yang
lazimnya tanah wakaf. Menurut Muhammad bin al-Hasan al-Syarbini, wakaf yang
dimaksudkan disini ialah “penyerahan penggunaan manfaat harta bagi kepentingan
selain tuan miliknya”.
Tanpa diragui lagi niat wakaf ada hubungan dengan agama.
Tujuan utama berwakaf ialah qurbah atau faqarrub iaitu mendekatkam diri dengan
Allah. Wakaf adalah satu usaha untuk mencapai keredhaan Allah. Niat dalam
berwakaf hamper menyerupai konsep korban ketika mengerjakan ibadah haji. Yang
sampai kepada Allah bukanlah haiwan yang dikorban ataupun benda yanf diwakafkan,
tetapi yang sampai niat keikhlasan keran Allah.
5.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN WAKAF
Sebelum menjelaskan bahagian-bahgian wakaf, kita perlu
mengetahui bagaimana proses pergerakan wakaf itu berlaku. Penyerahan wakaf
boleh dilakukan dengan penyerahan mutlak harta itu atau dengan penyerahan
manfaatnya sahaja secara individu atau melalui pihak-pihak tertentu yang
diamanahkan untuk mentadbirkan harta wakaf tersebut. Undang-indang Islam
mengiktirafkan dua jenis wakaf sahaja, iaitu wakaf umum dan wakaf khas atau
lebih dikenali dengan waaf al’am atau al’khairi dan waaf al-khas atau al-ahli
tau al-dhurri.
Pertama, wakaf ‘am atau khairiah memperuntukkan hasil
wakaf untuk tujuan agama dan kebajikan yang diakui oleh Islam. Termasuklah
dalam kumpulan wakaf jenis ini ialah membelanjakan harta untuk mendirikan
masjid, sekolah, membina jambatan dan jalan raya seta menyediakan tanah
perkuburan bagi kegunaan umum. Begitu juga wakaf ini digunakan untuk
menguruskan rumah tumpanagan bagi orang musafir, membina rumah untuk para
pejuang Islam, dan membina tempat menyimpan biji-bijian kepada petani secara
percuma. Di samping itu, wakaf ini juga digunakan untuk membantu para
peniaga(dalam membentuk ruang kedai), orang buta, orang cacat, untuk membantu
anak yatim dan anak-anaj yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.
Kedua, wakaf khas atau dhurriah atau ahli memperuntukkan
hasil wakaf untuk tujuan agama dan kebajikan dan juga orang yang dinamakan
dalam wakaf itu. Wakaf cara ini adalah untuk memberi jaminan sosial kepada kaum
kerabat dan keturunan orang yang mewakafkan harta tersebut. Wakaf cara ini
berkaitan dengan amal kebajikan seperti membantu fakir miskin atau para
pelajar.
Perbezaan antara wakaf ‘am dengan wakaf khas ialah dengan
penubuhan wakaf ‘am hasil wakaf disalurkan serta-merta kepada lembaga agama, budaya
atau kebajikan serta masjid, perkuburan, maktab, jambatan dan perigi.
Bagaimanapun, bagi wakaf khas, walaupun hasil wakaf ini akan sampai juga
akhirnya kepada sesuatu lembaga seperti tersebut di atas, hasinya lebih awal
lagi diberi kepada penama-penama yang terdapat dalam penyataan wakaf ini. Ini
bermakna wakaf kedua ini mengutamakan penyaraan anak dan zuriat pewakaf atau
orang lain dengan syarat apabila tidak ada lagi penerima yang berhak, hasil
wakaf tersebut hendaklah diberikan untuk tujuan agama atau kebajikan.
5.3 PERKARA YANG BOLEH DIWAKAFKAN
a) harta tidak bergerak
b) harta boleh bergerak
c) harta yang tidak boleh dipecahkan atau dibahagikan
Harta tidak bergerak ialah seperti tanah, dusun, kebun
dan bangunan seperti rumah dan kedai. Barang-barang bergerak yang terdapat pada
harta yang tidak bergerak ini seperti lembu, ayam, itik dan perkakasan sah
diwakafkan bersama. Oleh itu, amat perlu bagi pewakaf menyebut status
benda-benda bergerak yang terdapat pada harta tidak bergerak yang ingin
diwakafkan.
Terdapat harta harta bergerak yang ingin diwakafkan
seperti ternakan dan perkakasan, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan
fuqaha walaupun masyarakat umum menganggapnya tidak boleh diwakafkan kerana
tidak memiliki sifat kekal. Bagaimanapun, pengecualian dibuat terhadap
benda-benda yang boleh bergerak yang terdapat pada harta tidak bergerak seperti
dalam keterangan diatas. Bagaimanapun, pendapat yang lebih tepat menyatakan
pewakafan benda-benda bergerak itu adalah sah sekiranya terdapat adat di
sesuatu tempat itu mewakafkannya seperti pewakafan naskah al-Quran, buku, kapak,
gergaji, periuk dan keranda untuk mengusung jenazah.
5.4 RUKUN WAKAF
1)Yang bewakaf dan syaratnya :
a)Berwakaf membuat
kebaikkan walaupun bukan Islam.
b)Dengan kehendak
sendiri dan tidak sah kerana dipaksa.
2)Benda yang diwakafkan dan syaratnya :
a)Hendaklah kekal
zatnya iaitu semasa diambil manfaatnya zatnya tidak rosak seperti sekolah, rumah
dan tanah.
b)Kepunyaan yang
member wakaf.
3)Tempat berwakaf (yang berhak menerima hasil wakaf itu).
Kalau berwakaf kepada orang yang tertentu disyaratkan orang yang berhak
menerima hasil wakaf itu orang yang berhak memiliki sesuatu, maka tidak sah
wakaf kepada anak yang masih dalam kandungan rahim ibu begitu juga kepada
hamba.
4)Wakaf untuk kebajikan am.
Lafaz wakaf seperti kata yang member wakaf, “ Saya
wakafkan ladang saya ini kepada orang-orang miskin atau saya wakafkan bangunan
ini untuk kediaman pelajar-pelajar atau sebagainya.
5.5 SYARAT WAKAF
1) Selama-lamanya yakni tidak terbatas dengan waktu maka
jika seorang berkata : Saya wakafkan ini kepada fakir miskin dalam masa dua
tahun, maka tidak sah kerana tidak berkekalan.
2) Tunai dan tidak ada khiyar(pilihan)
Bersyarat kerana wakaf bermakna pemindahan milik pada
wakaf itu. Jika disyaratkan khiyar atau dia berkata : Kalau saya dating saya
wakafkan ini kepada sekolah ini.Wakaf semasa ini tidak sah, kerana tidak
bersifat tunai, kecuali jika dihubungkan dengan mati seperti seorang berkata :
Saya wakafkan ladang getah saya kepada Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia sesudah saya mati, akan lafaz ini menjadi wasiat bukan
wakaf.
3) Hendaklah diterangkan kepada siapa yang diwakfkan, jika
dia berkata, “Saya wakafkan rumah ini” tidak sah, kerana tidak diterangkan
kepada siapakah ataupun pihak mana diwakafkan.
5.6 PERLAKSANAAN WAKAF DI MALAYSIA
Kedudukan wakaf di Malaysia tidak begitu menonjol seperti
di Negara-negara Islam lain seperti Mesir dan Turki. Ini kerana berdasarkan
kecilnya jumlah harta yang dijadikan harta wakaf. Kebanyakkan harta wakaf di
Malaysia terdiri daripada tanah perkuburan, tapak masjid dan tanah untuk tapak
bangunan sekolah. Sekolah agama khususnya dibangunkan daripada harta wakaf
tetapi jumlahnya sangatlah terbatas.
Dari segi sejarah agak sukar untuk menentukan bilakah
masanya wakaf diperkenalkan di Malaysia. Besar kemungkinannya wakaf mula
diperkenalkan serentak dengan kedatangan Islam di negara ini seperti juga
pendidikan Islam diperkenalkan serentak dengan tersebarnya Islam. Tetapi, kepesatan
perkembangan harta wakaf dalam bidang pendidikan dapat dilihat sejak mula
berkembangnya institusi pondok. Banyak tanah yang dijadikan tapak sekolah
pondok diwakafkan pada abad ke-19. Tanah-tanah wakaf itu asalnya adalah tapak
untuk masjid dan tanah perkuburan.
Secara keseluruhannya penubuhan sekolah agama (madrasah)
adalah hasil inisiatif orang ramai yang menderma dengan cara kutipan khairat
atau yang mewakafkan hartanya. Tetapi ada juga bangunan sekolah yang diwakafkan
sepenuhnya oleh orang tertentu. Contohnya, Madrasah al-Idrisiah, Bukit Chandan,
Kuala Kangsar. Madrasah ini diwakafkan oleh almarhum Sultan Idris I pada tahun
1922.
Harta wakaf ini sangat penting kepada masyarakat kerana
melaluinya pelajar-pelajar Islam berpeluang melanjutkan pelajaran. Terdapat
banyak kes harta wakaf yang telah memberi faedah. Contohnya, di Selangor
terdapat Kolej Islam Kelang. Manakala di Pantai Timur iaitu Kelantan, terdapat
banyak tempat ibadat, pondok, sekolah agama dan tanah tapak rumah atau ladang
yang diwakafkan.
5.7 MASALAH YANG DIHADAPI DALAM PENYELENGGARAAN WAKAF
Terdapat beberapa masalah dalam penyelenggaraan wakaf di
Malaysia. Secara ringkasnya, masalah itu boleh dibahagikan kepada tiga ketegori
:
a) masalah Pentadbiran
b) masalah Undang-undang
c) masalah Pengurusan
Masalah Pentadbiran
1. Pengurusan wakaf yang tidak teratur
Dalam enakmen Pentadbiran Hukum Syarak bagi setiap negeri
di Malaysia termaktub bahawa Majlis Agama Islam negeri yang berkenaan merupakan
pemegang harta yang diamanahkan untuk mentadbir harta wakaf di negeri itu.
Malangnya ada antara negeri tersebut tidak mewujudkan satu unit yang khas dalam
struktur organisasi Majlis untuk menguruskan hal wakaf. Akibatnya wakaf tidak
mendapat perhatian yang sewajarnya.
2. Kekurangan Kakitangan atau pegawai yang berkelayakan
Dalam kebanyakkan negeri, pegawai yang menjaga hal-ehwal
wakaf juga merupakan pegawai yang menjaga unit-unit zakat dan dakwah. Tidak ada
pegawai yang berkelayakan dan bertauliah untuk mengendalikan wakaf. Setakat ini,
di kebanyakkan negeri, urusan wakaf ditadbir oleh pegawai yang tidak terlatih
dalam perkara tersebut. Kesan daripada masalah ini adalah seperti berikut :
a) Masih banyak wakaf yang tidak dipindah milik kepada
Majlis Agama Islam. Malah ada tanah wakaf yang belum didaftarkan.
b) Sebahagian daripada tanah wakaf tidak disenaraikan
dengan lengkap dari segi pemilik, nombor lot, keluasan, kegunaan dan
pengawasan.
c) Susah hendak mengesan tamatnya tempoh penyewaan kedai
atau rumah kediaman. Kadangkala penyewa-penyewa masih tinggal di rumah sewa
kepunyaan kumpulan wakaf walaupun telah tamat kontraknya.
Masalah Undang-undang
1) Terikat dengan Akta Sewaan tahun 1948 dan 1960
Mengikut Akta Sewaan tahun 1948, kadar sewa harta pada
akhir dan awal kurun ke-19, adalah sebanyak RM1.00 sebulan untuk tempoh 99
bulan. Dalam Akta1960 pula, tempohnya dipinda kepada 66 tahun dengan ladar sewa
sebanyak RM10 sebulan.
2) Kerumitan proses untuk mewakafkan harta
Mengikut amalan sekarang, sesiapa yang beniat hendak
mewakafkan tanah hendaklah mengisi borang-borang yang dikeluarkan oleh
Kementerian Tanah dan setelah diproses, tanah tersebut diletakkan sebagai rizab
dan bukannya wakaf. Kemudian pihak Majlis Agama Islam haruslah membuat permohonan
semula kepada Jabatan Tanah supaya tanah tersebut diwartakan sebagai tanah
wakaf.
Masalah Pengurusan
Masalah paling besar yang dihadapi oleh pihak Majlis
Agama Islam negeri adalah kekuranganmodal bagi membangunkan harta wakaf.
Pendapatan daripada harta wakaf yang dibangunkan adalah terlalu kecil untuk
membantu wakaf-wakaf yang lain. Ini disebabkan oleh :
a) sewa rumah murah
b) pelaburan yang tidak ekonomik.
Pendapatan daripada harta wakaf itu terlebih dahulu
digunakan untuk penyelenggaran masjid seperti membayar bil air dan elektrik, membeli
perkakas masjid, dan membayar gaji serta elaun pegawai masjid. Contohnya, pada
tahun 1974, perbelanjaan wakaf di Melaka mengatasi pendapatan. Segala
pendapatannya habis digunakan untuk membeli alat kelengkapan dan pembiayaan
pengurusan bagi tanah wakaf dan masjid serta membayar cukai tanah.
KESIMPULAN
Berdasarkan bahan rujukan berkenaan dengan menjaga harta
umat, dapatlah saya simpulkan bahawa tamadun Islam amat menitikberatkan
penjagaan harta terhadap kaum-kaumnya.Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap
ikhtilat dijaga dan diberi panduan penjagaan serta pembahagian dengan penuh
teliti dan sesuai untuk setiap zaman dan peredaran masa.
Sebagai contohnya, zakat, wakaf dan lain-lain dijelaskan
dengan lebih teliti beserta dengan ayat-ayat Quran dan Hadith Nabi s.a.w supaya
tidak berlaku penyelewengan serta salah faham antara para pengkaji dan umat
manusia yang lain.
Oleh itu, dengan adanya bahan-bahan rujukan dapatlah saya
mempelajari dan mengetahui dengan lebih dalam dan terperinci tentang ikhtilat
tamadun Islam sejak zaman para Nabi.
RUJUKAN
Percukaian negara Islam : perbandingan percukaian moden
dengan Islam, Zolkarnain b. Yusof, 1994
Ekonomi dan pendidikan dari perspektif Islam, Rosmani
Hashim dan Abdul Karim, 2000
Ekonomi Islam, Afif Abdul Latif Tabbarah, 1982
Islam agama bisnes dan pengurusan, Dato’ Dr.Haron Din, 2007
Doktrin Ekonomi Islam, Afza-Ur-Rahman, 1980
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment