Monday, October 12, 2015

(Teori Kedatangan Islam Dan Faktor Perkembangan Islam Di Malaysia)

Oleh:Nurul Husnina Binti Izhar

PENDAHULUAN

Kehidupan manusia seluruh dunia yang kita lihat kini serta kehidupan masyarakat kita sendiri adalah kehidupan yang bertamadun iaitu kehidupan yang lebih teratur dan tersusun berbanding kehidupan sebelum bertamadun yang langsung tidak sistematik. 

Tamadun adalah mengenai kemajuan dan pembangunan dari pelbagai aspek kehidupan seperti yang kita lihat kini, dunia kian maju serta membangun disebabkan kehidupan yang bertamadun. Negara kita juga terkesan dengan tamadun yang dibawa dari luar apabila tamadun islam adalah sebagai asas pembinaan tamadun Malaysia. 

Secara amnya terdapat 4 perkataan yang menjadi fokus penting iaitu “umran”, “hadharah”, “madaniyyah” dan “tamadun”. 
Diertikan sebagai “ kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan seumpamanya”. 
Kalimah tamadun dikatakan berasal dari istilah Bahasa arab yang telah diterima sebagai separuh dari perbendaharaan melayu. Ia lahir seiring perkembangan kehidupan manusia dari masa ke masa dari segi pemikiran dan kebendaan. 
Maddana dan madani itu sebenarnya berasal dari “deen” yang bermakna agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama. 
Ibn Khaldun menggunakan “umran” dan “hadharah”bermaksud tamadun. Umran dari dasar kata “amara” yang bermaksud :
1) Kawasan tanah, tinggal menetap dan seumpamanya. 
2) Keadaan makmur
3) Kawasan tanah ditanam dengan baik
4) Sebuah rumah yang terpelihara
5) Ibu kota

TEORI KEDATANGAN ISLAM DAN FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA

Tamadun Malaysia sebelum kedatangan islam menerima pengaruh berasakan kepada kepercayaan unsur ajaran hindunisme, aninisme, dinnamisme, hyang, premis dan lain-lain. Namun dengan perkembangan tamadun islam sedunia, Malaysia tidak terkecuali dalam mengikuti ajaran sunnah yang dibawa nabi Muhammad dan cara hidup rakyat Malaysia sejak 12 masihi. 

Pelbagai teori dikaitkan dengan perkembangan ketamadunan islam di Malaysia. Antaranya ialah teori kedatangan Islam dari Arab, Cina dan India. Professor C. A. Majul menyatakan penguasaan pedang dari Arab memonopoli perdagangan di rantau India, Mesir dan Asia Tenggara bertanggungjawab atas penyebaran islam di Alam Melayu dan Asia. Kesan yang masih wujud hari ini seperti nama-nama hari yang diadaptasikan penggunaan dalam Bahasa Melayuseperi ahad, isnin, selasa, rabu dan sebagainya. 

Manakala Professor S. Q. fatimi berpendapat yang penyebaran islam membawa ketamadunan malaysia berpunca dari negeri china. Menurutnya, pada 876 masihi terdapat perpindahan beramai-ramai orang islam dari canton kerana pmberontakan dan orang islam merantau ke nusantara. Hubungan diplomatik Malaysia dengan China yang lama terjalin secara tak langsung mendorong penyebaran Islam tambahan Islam telah lama dianuti orang China. 
Beberapa contoh seperti senibina masjid berbetuk pagoda terdapat sekitar Melaka dan kepulauan jawa. Tembikar tulisan khat al-quran menjadi bukti kukuh menyokong kedatangan islam ke alam melayu. 

Sebahagian besar tokoh menyatakan islam dibawa ke Malaysia dari India. berdasarkan teori itu, pedagang india beragama islam berdagang ke kepulauan Melayu juga menyebarkan islam kepada orang tempatan. Kesan menunjukkan bahawa islam datangnya dari india bila bilangan india muslim tidak kurang jumlahnya di Malaysia. 

PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kedatangan islam ke Malaysia banyak mencorak kehidupan masyarakat serantau. Salah satu kesannya ialah Malaysia telah menjadi sebuah Negara yang bermasyarakat majmuk pada teras undang-undang iaitu Perlembagaan Malaysia. Pengaruh islam terhadap Malaysia jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1, Perkara 3 mengenai Ugama Bagi Persekutuan. 
Sebagai contoh Perkara 3 (1): ‘Ugama ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana persekutuan’. 
Perkara tersebut bermaksud agama islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama, sifat agama islam yang mulia membentuk perlembagaan dan Negara Malaysia supaya mengizinkan hak-hak orang bukan islam untuk mengamalkan agama masing-masing. 
Selain dari penetapan agama islam sebagai agama rasmi Persekutuan, terdapat juga peruntukan dalam perlembagaan persekutuan yang telah menyatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua agama di Malaysia dan kerajaan perlu mewujudkan peraturan mengenai hal ehwal agama islam dan menubuhkan sebuah Majlis untuk memberi nasihat kepada yang di-Pertuan Agong mengenai perkara berkaitan dengan hal ehwal agama. 
Perkara 3 (5), Perlembagaan Persekutuan: ‘ Walau apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Di-Pertuan Agong hendaklah menjadi ketua agama islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara berhubungan dengan agama islam’
Perkara 12 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan: ‘Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuh dan menyenggara institusi-institusi pelajaran kanak-kanak ugama itu sendiri, tidak boleh ada perbezaan semata-mata sebab ugama dalam undang-undang berkaitan institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-udang itu, tetapi sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuh atau menyenggara institusi islam atau mengadakan atau membantu mengajar dalam ugama islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu’
Dengan peruntukan-peruntukan Perkara 3 dan perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, boleh disimpulkan bahawa dasarnya agama islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Oleh itu, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memunyai kuasa menyelenggara dan menubuhkan kemudahan dan institusi islam. Contoh penubuhan intitusi Islam seperti penubuhan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pembinaan surau-surau serta masjid-masjid di seluruh tempat untuk memudahkan aktivit keagamaan rakyat. Pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan juga memiliki hak istimewa untuk mengeluarkan perbelanjaan bertujuan membantu dan melaksanakan pengajaran islam sebagai contoh sekolah agama. 

PERANAN DAN PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Kedatangan islam telah memberi impak yang besar kepada pendidikan Negara Malaysia. Pengaruhnya bukan sahaja boleh dilihat pada institusi pendidikan dan strukturnya tapi boleh juga dilihat dari segi ilmu yang diajar sepert ilmu fiqah dan sebagainya serta guru-guru dan murid-murid yang menuntut agama islam di mana guru-guru pada zaman kedatangan islam kebanyakannya dari bangsa arab, india dan turki. 
Manakala murid-murid yang menuntut ilmu pula dari segenap lapisan masyarakat, bermula dari raja hingga ke rakyat. Berkat perkembangan pesat dan pengaruh agama Islam dari segi pendidikan di tanah melayu maka terlahirnya ulama berbangsa mekayu seperti Nuruddin al-Raniri. 
Sistem pendidikan di Malaysia meliputi pendidikan formal dan tidak formal. 
Pendidikan formal ialah pendidikan yang didapati dari institusi pendidikan agama seperti sekolah, masjid, madrasah dan sebagainya. Sistem pendidikan formal berasakan bidang pengajian Islam seperti fiqah, tafsir, akhlak dan lain-lain. 
Bagi pendidikan tidak formal pula pengajaran yang berlaku secara langsung dalam kehidupan seharian seseorang muslim. Pendidikan jenis tidak formal merangkumi cara berfikir, amal, kecergasan dan sebagainya. Penndidikan tidak formal biasanya diberi secara lisan dan diwarisi turun-menurun. 
4 pencapaian awal bidang pendidikan islam di Malaysia adalah seperti berikut:
I. Kelahiran naskhah naskhah Melayu. 
Naskhah naskhah ini dicetak dalam tulisan arab, iaitu bahasa al-Quran. Naskhah naskhah tersebut merangkumi bukan saja bidang agama islam tetapi juga meliputi bidang pemerintahan, falak, kemasyarakatan dan sebagainya. 

II. Kewujudan institusi pendidikan agama Islam. 
Selaras dengan peruntukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah menubuhkan intitusi pendidikan agama Islam bertujuan membangunkan umat islam di Malaysia serta luasnya bidang pengajian Islam dan pendidikan yang boleh didapati berteraskan islam. Institusi pendidikan agama termasuklah istana, pusat-pusat latihan dakwah, intitusi kemahiran islam Malaysia dan banyak lagi. Kewujudan intitusi Islam yang bagai cendawan tumbuh menjadi simbolik kepada kekuatan pengaruh islam di Malaysia. 

III. Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam. 
Pendidikan agama Islam diberi kepada sultan-sultan dan kerabat diraja di Istana. Pengaruh islam mendorong sultan untuk mengarahkan ulama-ulama Melayu dan ulama asing bekerjasama menterjemah Al-Quran ke Bahasa melayu. Usaha ini menerangkan lagi isi kandungan kitab suci serta memudahkan masyarakat Malaysia merujuk al-quran untuk setiap urusan. 


IV. Kemunculan golongan intelektual. 
Penyebaran luas agama Islam serta falsafah agama di serantau melayu amnya dan berjaya melahirkan golongan intelektual yang terdiri dari bangsa Melayu sendiri. Hal ini kerana pengajaran agama islam sendiri syumul dan mudah, masyarakat melayu untuk menerima agama islam dan kerana ciri-ciri unik agama Islam sendiri telah mendorong masyarakat Melayu berusaha sehingga lahirnya golongan intelektual tanah air sendiri. Golongan intelektual ini menjadi tunjang kemerdekaan dan pembangunan Negara. Pendidikan dan ajaran islam menjadi rujukan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama malah di sekolah tiada had paksaan hanya pelajar islam sahaja yang boleh mempelajari ilmu agama islam. Tidak menjadi satu kehairanan bila sesetengah masyarakat bukan islam lebih mahir dalam selok belok undang-undang islam di Malaysia serta cara hidup orang Islam. Disebabkan pengaruh dan peranan Islam dalam sistem pendidikan, membenarkan masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam suasana aman dan makmur. 

PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM KEBUDAYAAN MALAYSIA

Budaya Malaysia terdiri dari beberapa aspek seperti: kesenian, adat istiadat, cara hidup dan nilai-nilai asas masyarakat tersebut. Sama dengan menilai peranan dan pengaruh Islam dalam kebudayaan Malaysia, adalah lebih baik dinilai dari semua segi kebudayaan.  

1) Kesenian:
Pengaruh Islam terhadap aspek kesenian dalam budaya Malaysia dapat dilihat pada perkembangan kaligrafi, pembinaan masjid, makam dan batu nisan. Contoh batu nisan terawal adalah pada batu nisan Syeikh Abd al-qadir bertarikh 903 di Kedah. Masjid di Malaysia mempunyai ciri-ciri islamiah tidak ternilai keunikannya serta kehalusan seni bina. Contohnya mihrab, mimbar dan juga hiasan dalam masjid. Kedatangan islam di malaysia mencorakkan kesenian negara dan menggabungkan kesenian bangsa-bangsa di malaysia seperti contoh pembinaan masjid Kampung Hulu di Melaka. 

2) Adat Istiadat:
Kedatangan islam di Malaysia melengkapkan adat istiadat Malaysia yang memang kaya dengan peradaban. Islam itu sendiri membentuk teras bagi identiti atau status Melayu. Merujuk kepada perlembagaan Malaysia, seseorang warga Melayu adalah orang yang berbahasa melayu, mengamalkan adat istiadat melayu dan beragama islam. Agama islam yang cintakan kedamaian serta keharmonian membolehkan bangsa-bangsa lain di Negara Malaysia mengamalkan adat istiadat sendiri. Pengaruh islam juga boleh dilihat dari segi perkahwinan orang islam di Malaysia, kaum melayu khususnya. Sebelum munculnya orang Islam, orang melayu mengamalakan cara dan budaya hindu. Contoh budaya hindu yang diamalkan seperti menepung tawar kepada pengantin sewaktu kenduri kahwin. Penyerapan agama islam membawa banyak perubahan dari segi adat perkahwinan kerana makin ramai yang sedar akan kebertentangan menepung tawar lalu meninggalkan adat tersebut. 

3) Cara hidup:
Cara hidup rakyat malaysia sebelum menerima pengaruh islam, kebanyakkannya berasakan kepada budaya asasideology penjajah. Seperti contoh perbezaan kelas sosial dalam kalangan masyarakat. Selepas kedatangan Islam, silam membawa tinggi nilai akidah dan tembok kelas sosial manusia dapat dirobohkan serta kedudukan boleh berkumpul bersama. Islam memperkenalkan sistem khilafah yang adil malah bersistematik, yang mana sistem ini berkonsepkan keadilan tanpa mengira kedudukan atau pangkat. Kesan-kesan yang boleh dilihat melalui perwakilan legislature (perundangan) di malaysia yang mengamalkan kebebasan dan hak pengundi. Setiap undian dikira dengana adil dan saksama dan rakyat diberi pilihan untuk memilih pemimpin masing-masing. 

4) Nilai-nilai asas masyarakat:
Islam telah mempengaruhi nilai dan juga asas kehidupan dalam segenap masyarakat di malaysia. Antaranya adalah penerapan nilai-nilai keimanan yang dapat memperkukuhkan akhlak rakyat dalam malaysia. Contohnya seperti ketaqwaan dan keimanan kepada Allah S. W. T, hormat dan taat kepada pemimpin, patuh kepada undang-undang Negara, bermuafakat, meraikan tetamu, menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya. Sebelum datangnya islam, rakyat kebanyakkanya hidup secara terasing. Masing-masing mengamalkan cara hidup hasil teladan dari asas adat dan budaya masing-masing. Namun, kedatangan islam berjaya menyatukan rakyat dan penerapan islam telah pun dihayati oleh semua rakyat Malaysia. 

PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM BAHASA DI MALAYSIA

Sebelum datangnya islam ke Malaysia, Bahasa dominan di Tanah Melayu adalah Bahasa jawab dan Melayu Kuno. Dan Bahasa Sanskrit telah dijadikan sebagai bahasa ilmu. Selepas kedatangan islam ke Malaysia, Bahasa arab telah dijadikan sebagai Bahasa perantara manakala bahasa-bahasa arab juga diadaptasi dan digunakan bersama-samaan dengan penggunaan Bahasa melayu di Malaysia. Contohnya seperti nama untuk hari iaitu ahad, isnin, selasa, rabu, khamis dan seterusnya. 
Nama-nama benda juga diadaptasikan dari Bahasa arab, seperti kitab, surat dan sebagainya. Dan Bahasa-bahasa ini bukan sahaja digunakan oleh umat islam di Malaysia malah dijadikan sebahagian dari Bahasa rasmi Negara, iaitu Bahasa melayu dituturkan oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia. 

PENGHAYATAN PENGARUH ISLAM DALAM PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN MALAYSIA

Status agama islam yang diangkat dan ditetapkan sebagai agama rasmi di persekutuan Malaysia memberi impak yang amat besar kepada aplikasi Islam dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, bidang sosial, ekonomi, politik dan pentadbiran, dan pendekatan islam hadhari yang diperkenalkan kepada segenap rakyat Malaysia. 
Bukan itu sahaja, dari segi akidah, undang-undang serta sastera juga dapat dilihat kesannya dari pengaruh Islam di Malaysia. 

KESIMPULAN

Dapat diringkaskan bahawa kedatangan islam di Malaysia banyak mencorakkan bukan sahaja dalam kehidupan umat islam Malaysia tetapi juga rakyat bukan islam di Malaysia. Hanya dengan mengimbau perkembangan tamadun di malaysia serta peranan agama islam itu sendiri dapat mmbantu seseorang muslim mengenali identity dirinya dengan lebih baik dari aspek keagamaan dan juga kenegaraan. 

Sebelum wujudnya islam di muka bumi Malaysia, tamadun Malaysia bermula dari asas yang rapuh dengan kepercayaan masing-masing yang terbina dari elemen-elemen dicipta manusia sendiri. Dan selepas dijajah beberapa kuasa asing, menyukarkan lagi perpaduan dan penyusunan struktur tamadun di Malaysia. Dengan datangnya islam, Malaysia setelah merdeka telah beridentitikan Negara Islam, nilai-nilai islam berjaya diserap ke dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat Malaysia. 

Dengan adanya petunjuk dari agama islam, Malaysia ammpu membangun dengan pesat dan juga harmoni. Sikap rakyatnya yang bertolak ansur dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai muafakat dan saling hormat-menghormati hak orang lain. Berteraskan islam juga, hak dan kebebasan setiap kaum sellu terpelihara. Nilai yang murni ini asasnya terdiri dari agama islam yang boleh dirujuk seperti di dalam Perlembagaan, Perkara 8 (1) yang memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Perkara 8 (2): ‘tidak boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama. . ’
Kesan pengaruh islam di Malaysia bukan sahaja meliputi subjek yang luas, tetapi membolehkan Negara Makaysia sebuah Negara yang telah mendapat penghargaan dan penilaian sebagai sebuah Negara Majmuk yang paling aman dan harmoni di dunia. Malah terdapat warga asng yang ingin menyelami akar umbi keharmonian tersebut dan apabila menenmui jawapannya, agama islamlah teras pembangunan dan juga perpaduan di Malaysia. 

Tamadun islam memawa hanya kebaikan kepada pembangunan sesebuah Negara. jika hendak memperkukuhkan martabat dan tamadun Malaysia, perlulah berpaksikan kepada ajaran agama islam dan nilai-nilai islam sendiri. 

RUJUKAN

Mohd Shauki Abd. Majid, wacana Ketamadunan dalam masyarakat islam hadhari, iBook Publication Sdn. Bhd, 2006

Abdul monir yaacob, Wan rosli Abd. Majid, kriteria Negara berteraskan prinsip islam, terbitan IKIM, 2002

Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti, Muhammad Ramzi Omar, islam hadhari dalam pembangunan insan (asas kepada pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia), Mashi publication Sdn. Bhd, 2004



Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com


No comments:

Post a Comment