Monday, October 12, 2015

Abu Abdullah Al-Idris Seorang Pakar Geografi Dan Kedoktoran

Oleh:Nama : Mohamad Hafizi Bin Alias
PENDAHULUAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana limpahan rahmatNya memberi saya kekuatan untuk menyempurnakan tugasan saya dengan lancer an membantu saya untuk memartabatkan serta memperkenalkan salah seorang tokoh Islam yang disegani satu ketika dahulu malah masih dikenali sehingga sekarang.

Tujuan esei atau kerja kursus ini dibuat bukanlah semata-mata untuk mendapatkan markah tetapi bertujuan untuk mengajak rakan-rakan mengenali tokoh muslim yang telah banyak menyumbang dalam bidang keilmuan supaya dapat dijadikan inspirasi dalam kehidupan umumnya, dan pembelajaran khasnya.

Tajuk kursus yang telah diberikan adalah berkaitan dengan “ Abu Abdullah Al-Idris Seorang Pakar Geografi dan Kedoktoran”.

Skop esei saya merangkumi biodata, pendidikan, sumbangan serta karya-karya yang telah beliau karang sepanjang kehidupan beliau sebagai seorang tokoh ilmuan yang disegani.
Saya berharap dengan adanya penulisan ini, dapat kita rasai betapa pentingnya ilmu dalam kehupan seorang muslim selain menyebarkan kepada dunia kehebatan zaman peradaban Islam. Dengan ini, mudah-mudahan kita sentiasa mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT serta berada dalam keberkatannya.
Wasssalam…
  
Biodata

Al-Idris atau Dreses dalam bahasa Latin merupakan seorang pengembara yang tinggal di Sicilia, tepatnya di Istana Raja Roger II. Beliau bukan sembarangan pengembara kerana beliau merupakan seorang ilmuan yang mahir dalam bidang geografi, kartografi, mesirologi, zoology dan botani. Beliau lebih dikenali oleh masyarakat Barat sebagai ahli geografi yang telah membuat glob dunia daripada bahan perak seberat 400 kg untuk Raja Roger II dari Sicilia (sekarang disebut sebagai Sicily, sebuah pulau yang terletak di selatan Itali).

Beberapa mahasiswa menyanjungnya sebagai ahli geografi dan kartografi terhebat pada abad pertengahan. Beliau dilahirkan di Ceuta (Sabtah), Afrika Utara pada tahun 493 H/1100 M. Namun kawasan Ceuta termasuk dalam wilayah Sepanyol. Beliau merupakan keturunan para penguasa Idrisiyyah di Maghribi. Mereka juga dikatakan keturunan Saidina Hassan bin Ali anak kepada Saidina Ali RA dan cucu kepada Nabi Muhammad SAW. Beliau juga dikenali dengan nama pendek beliau iaitu Al-Syarif Al-Idris Al-Qurtubi.

Sumbangan Andalus yang terbanyak sekali dalam bidang geografi ialah daripada segi pengembaraan dan kartografi. Para pengembara Andalus telah mengembara jauh ke merata tempat di dalam dan juga di luar negeri untuk mencari maklumat mengenai geografi. Ini tidak terkecuali dengan Al-Idris. Karyanya banyak menyajikan data komprehensif dari setiap wilayah di dunia. Al-Idris wafat pada tahun 560 H/1165 M ketika beliau berusia 65 tahun.

Pendidikan

Al-Idris menghabiskan zaman persekolahan beliau di Cordova, Andalusia yang mana merupakan salah sebuah tempat yang dipenuhi dengan ilmuan-ilmuan yang terkenal pada masa itu. Kota ini merupakan tempat menimba ilmu yang amat terkenal sehingga disebut sebagai “The Greatest Centre of Learning” di Eropah pada masa itu. Di kota ini terdapat 27 buah sekolah swasta dan juga 70 gedung perpustakaan.

Pembelajaran beliau tidak berhenti setakat itu sahaja, Al-Idris juga belajar menerusi buku-buku karya ilmuan geografi yang terkemuka seperti Ptolemy, Ibnu Hauqal, Al-Mas’udi, Al-Udzri, dan tokoh-tokoh lain. Selain itu, Beliau juga sering menghabiskan waktunya untuk menelaah dan mengkaji karya-karya ilmuan geografi terdahulu. Seperti ahli geografi muslim pada umumnya, beliau mengembara ke banyak tempat, termasuk Eropah, untuk mengumpulkan data geografi.

Ahli geografi pada masanya telah dapat membuat pengukuran-pengukuran tepat dari permukaan bumi dan beberapa peta-peta belahan dunia yang kini digunakan. Al-Idris menggabungkan kesemua pengetahuan yang sedia ada pada penemuanpenemuannya. Hal ini menyebabkan beliau mula dikenali dan mula mendapat perhatian dari ramai pihak yang memerlukan khidmat beliau.
Sumbangan
Dalam bidang Geografi

Disebabkan kemampuan Al-Idris dalam bidang geografi mula tersebar, pelbagai pihak seperti navigator laut dan pasukan tentera Eropah yang inginkan khidmat beliau. Akhirnya kemasyuran Al-Idris sampai ketelinga Raja Roger II dari Sicilia (1129-1140M) yang kemudiannya mangundang ilmuan itu ke istananya di Sicilia pada tahun 1138M. Pemerintah Sicilia itu merupakan salah seorang peminat bidang geografi. Oleh itu, beliau menjemput Al-Idris untuk membuat peta dunia secara tepat. Setelah keduanya berbincang, akhirnya Al-Idris bersetuju, namun beliau meletakkan beberapa syarat yang kemudiannya dipersetujui ole Raja Roger II.

Dalam pertemuan itu, mereka bersepakat untuk membuat peta dunia pertama yang tepat dalam tempoh 15 tahun. Projek mega ini melibatkan 12 sarjana, 10 orang adalah sarjana muslim. Setelah bertahun-tahun mengumpul data, akhirnya peta yang diingikan Raja Roger II akhirnya selesai pada tahun 1154M. Dalam peta itu, beliau membahagikan bahagian utara dunia kepada tujuh kawasan dengan cuaca yang berbeza, kemudian beliau membahagi kawasan masing-masing kepada sepuluh bahagian yang mempunyai garis bujur yang sama. Keseluruhan daripada peta yang jumlahnya 70 tersebut menjadi satu peta yang mencakupi seluruh dunia. Peta tersebut dilukis diatas bebola perak yang padat seberat 400 kg yang kemudiannya dikenali sebagai Peta Al-Idris.

Peta Al-Idris merupakan peta paling terperinci dan mengagumkan yang pernah dikenali dalam ilmu geografi dan seni melakar dan menggambarkan peta (cartography) pada masa itu. Dalam peta itu, Al-Idris menggambarkan enam benua, dilengkapi dengan jalur perdagangan, danau, sungai, kota-kota utama, daratan, dan gunung-gunung. Petanya juga memuatkan informasi tentang jarak, panjang, dan tinggi secara tepat. Sebagai ahli geografi yang meyakini bahawa bumi ini bulat, beliau mula melakar petanya itu diatas sebuah bebola perak seberat 400 kg.

Untuk melengkapi glob yang dirancangnya, Al-Idris menulis buku berjudul al-Kitab al-Rujari (Buku Roger) yang didedikasikan untuk pemerintah Sicilia itu. Selain itu, beliau juga berjaya membuat anggaran ukuran garis tengah bumi dan pada titik 22.900 batu, setara dengan 42.185 km. Kejayaan ini tak banyak bezanya dengan ukuran yang sebenarnya, iaitu 40.068 km. Al-Idris menginspirasi pakar geografi Islam yang lain seperti Ibnu Battutah, Ibnu Khaldun, Piri Reis dan Barbary Corsairs. Petanya sering digunakan oleh Christopher Columbus dan Vasco Da Gama didalam pengembaraan mereka.

Dalam bidang kedoktoran
Selain dikenali sebagai pakar geografi, beliau juga terkenal dalam bidang perubatan dan farmasi. “Al-Adwiyah Al-Mufrijah” merupakan buku yang beliau hasilkan, membicarakan tentang kedua-dua bidang tersebut. Di dalam buku ini, Al-Idrisi menyebutkan nama preskripsi ubat-ubatan dengan menggunakan 12 bahasa.

Dalam bidang ilmu tumbuh-tumbuhan (botani) dan farmasi, Al-Idrisi telah menulis sebuah buku yang berjudul “Al-Jami’ Li asytaat An-Nabaat”. Buku ini disusun berdasarkan huruf abjad. Ilmuwan Perancis, Jack Risler mengatakan bahawa Al-Idrisi telah menyebutkan kegunaan 360 jenis tumbuh-tumbuhan dalam membuat preskripsi ubat-ubatan.

Sepanjang hidup beliau, Al-Idris telah mengarang beberapa buah karya yang terkenal yang sering digunakan oleh para ilmuan yang lain sehingga kini. Karya- karya beliau banyak yang telah dicetak ulang dan dialih bahasa terutamanya dalam bahasa Latin.

1. “Nuzhatul Musytaq fi Ikhiraqil Afat” (Kesenangan untuk Orang-orang yang Ingin Mengadakan Perjalanan Menembus Berbagai Iklim). Buku ini menjadi sebuah ensiklopedia yang berisi peta secara terperinci dan informasi lengkap negara-negara Eropah. Buku ini kemudian menjadi rujukan penting bagi para ilmuwan di Eropah selama beberapa kurun.

2. “Rawd-Unnas wa-Nuzhat al-Nafs” (Kenikmatan Lelaki dan Kesenangan Jiwa) Buku ini memuatkan tentang pengetahuannya keatas kaum negro dari Timbuktu, di Sudan dan asal sumber air sungai Nil di Mesir. Ini adalah salah satu bukti ketepatannya yang menakjubkan.

3. “Al Jami Li Sifat Ashtat al Nabatat”. Dalam buku ini, Al-Idris menggabungkan kesemua sastera atau perbincangan tentang tumbuhan herba berserta dengan kajiannya sendiri berdasarkan pengembaraan beliau di setiap benua. Misalnya dalam buku itu Al-Idris, menjelaskan nama-nama ubat-ubatan dalam beberapa bahasa, termasuk Berber (Arab), Syriac, Persia, Hindi, Yunani dan bahasa Latin.

4. “Kharitatul 'alaamil Ma'mur minal Ard”
 (peta dunia). Peta ini merangkumi wilayah Asia, Afrika dan Eropah waktu dahulu.
5. “Al-Adwiyah Al-Mufrijah”. Buku ini membicarakan tentang farmasi dan perubatan. Dalam buku ini, Al-Idris menyebutkan preskripsi ubat-ubatan dalam 12 bahasa.
6. “Shifatul Arab” (Karakter Bangsa Arab)

RUMUSAN
Dengan itu, dapatlah kita simpulkan bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan seorang muslim. Ketokohan Al-idris dalam bidangnya menyebabkan nama beliau sering disebut sebagai salah seorang tokoh Islam yang terhebat, malah disanjungi oleh pelbagai pihak bukan sahaja yang beragama Islam, malah yang berlainan agama juga

Berasaskan karyanya, banyak buku-buku rujukan yang ditulis ilmuan Barat menyebutkan bahawa karya Al-Idris merupakan suatu sumbangan yang besar pada teknologi pembuatan peta dunia selepas itu. Tidak hairan apabila nama Al-Idris disebutkan dalam bnyak buku-buku berkaitan sejarah pembuatan peta dunia. Misalnya salah satu perisian pemprosesan pada Sistem Informasi Geografi (SIG) dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Geographical Information System (GIS) dikenali sebagai IDRIS. Al-Idris adalah antaratokoh yang membuktkan kemmpuan seorang cendekiawan Muslim yang member sumbanagn kepada semua lapisan masyarakat.


Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com



No comments:

Post a Comment