Monday, October 12, 2015

Sejarah Kelahiran Dan Sumbangan Abu Nasr Mansur

Oleh : Rushda Binti Mohd Radzuan

PENDAHULUAN
Sesungguhnya ilmu pengetahuan yang kita dalami sekarang ini diterokai dan dikaji oleh ilmuwan-ilmuwan terdahulu. Kebanyakkan ilmu pengetahuan yang kita miliki sekarang ini contohnya imu perubatan, ilmu astronomi, ilmu matematik, ilmu sains dan teknologi dan sebagainya dijumpai oleh ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu dan bukannya oleh ilmuwan-ilmuwan Barat seperti yang digembar-gemburkan. Jika diimbau kembali sejarah, terdapat ramai ilmuwan yang yang terkenal dengan sesuatu bidang yang mereka terokai. Contohnya, Ibnu Sina yang terkenal dalam bidang perubatan, Al-Khawarizmi yang terkenal dalam bidang matematik dan sebagainya. Terdapat juga karya yang dihasilkan oleh ilmuwan-ilmuwan Islam yang terdahulu dialihkan kepada pelbagai bahasa supaya dapat digunakan oleh semua bangsa yang berlainan bahasa percakapannya. Misalnya karya Ibnu Sina yang terulung iaitu Qanun Fi Tib yang digunakan sebagai rujukan dalam bidang perubatan selama berabad-abad. Hal ini membuktikan bahawa ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelagai bidang ilmu pengetahuan.

Secara umumnya, kejayaan demi kejayaan yang dimiliki oleh ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu adalah disebabkan ketaatan mereka kepada Allah, kepercayaan mereka terhadap kitab Allah iaitu Al-Quranul Karim dan juga Sunnah Rasulullah SAW. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mafhumnya ;“ Aku tinggalkan padamu dua perkara yang mana jika kamu berpegang teguh terhadap keduanya maka kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.” ( Hadis Riwayat Malik )

Berdasarkan hadis di atas sudah jelas bahawa dengan mengikut segala apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah, maka kita tidak akan sesat selamanya kerana sememangnya dalam Al-Quran itu sendiri terkandung segala jenis kebenaran.
Berkaitan dengan tajuk saya iaitu Sejarah Abu Nasr Mansur, beliau juga merupakan salah seorang daripada ilmuwan Islam yang terkenal dalam bidang matematik selain daripada Al-Khawarizmi. Kejayaannya dalam menemukan hukum matematik membolehkan masyarakat pada zaman ini mampu mempelajarinya. Ini merupakan salah satu sumbangan terbesar beliau kepada seluruh ummat Islam dan juga masyarakat lainnya yang sememangnya merupakan satu kebanggan seleruh ummat Islam pada masa kini.
Dalam esei ini saya sertakan sejarah kelahiran Abu Nasr Mansur serta sumbangan beliau dalam Matematik juga karya-karya yang pernah dihasilkan oleh Abu Nasr Mansur sepanjang kehidupan beliau.

SEJARAH KELAHIRAN

Nama sebenar Abu Nasr Mansur adalah Abu Nasr Mansur ialah Abu Nasr Mansur Ibn Ali Ibni Iraq. Beliau dilahirkan di Gilan, Parsi pada tahun 970 dan beliau meninggal dunia pada tahun 1036 di Ghazni. Keluarga beliau, Bani Iraq, menguasai wilayah Khawarizm yang sekarang lebih sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan. Khawarizm merupakan tempat yang berhampiran dengan Laut Aral. Ketika di Khawarizm, Abu Nasr Mansur menuntut ilmu dan berguru dengan seorang ahli Astronomi dan juga ahli Matematik yang terkenal iaitu Abu al Wafa (940M – 998M).

Abu Nasr Mansur merupakan seorang ahli matematik Muslim yang berbangsa Parsi. Beliau terkenal dengan kejayaannya dalam menemukan hukum sinus yang digunakan dalam Matematik kini. Terdapat juga karya-karya atau penulisannya yang berkaitan dengan astronomi namun, kebanyakkan kerja-kerjanya tertumpu dalam bidang Matematik. Abu Nasr Mansur ketika menuntut dengan gurunya iaitu Abu al Wafa, sangat terkenal dengan kepintarannya segingga dengan mudahnya beliau dapat menguasai ilmu matematik dan astronomi.

Kehebatan dan kepintaran Abu Nasr Mansur akhirnya menurun kepada anak muridnya yang juga seorang astronomi yang terkenal iaitu Al-Biruni. Pada ketika itu, Al-Biruni bukan sahaja menjadi anak muridnya, bahkan, Al-Biruni juga menjadi salah satu pasangan beliau dalam menghasilkan karya dalam bidang matematik.

Hasil daripada gabungan Abu Nasr Mansur bersama anak muridnya iaitu Al-Biruni, mereka telah menghasilkan beberapa karya yang menghubungkan dua pemikiran yang hebat. Lebih kurang 15 buah karya yang berjaya dihasilkan hasil daripada gabungan kedua-dua tokoh ilmuwan yang terhebat ini.

Secara umumnya, keluarga Abu Nasr Mansur merupakan keluarga yang terhormat dan juga berada dan ini secara tidak langsung dapat memudahkan Abu Nasr Mansur untuk menerima pendidikan yang baik.

Kehebatan Abu Nasr Mansur dalam bidang Matematik ini bukan sesuatu yang patut dipertikaikan lagi kerana sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap bidang Matematik dan Astronomi.

SUMBANGAN ABU NASR MANSUR

Sumbangan terbesar Abu Nasr Mansur tidak lain dan tidak bukan adalah penemuan beliau tentang hukum sinus sfera. Tidak dinafikan lagi, sememangnya penemuan beliau ini digunapakai dalam bidang Matematik kini yang melibatkan seluruh pelosok dunia. Hukum Sinus yang ditemui oleh beliau ialah ;
a/sin A = b sin B = c/sin C

Sumbangan beliau yang seterusnya adalah, beliau telah berjaya menemukan satu cara baru dalam menentukan apogeematahari dari tiga titik yang selalu berubah-ubah ekliptika. Apogee adalah satu titik pada bulan atau pada satelit di mana kedudukannya jauh daripada bumi. Manakala ekliptika pula bermaksud orbit di mana matahari kelihatan bergerak.

Sumbangan beliau yang seterusnya adalah beliau telah menghuraikan tentang trigonometri daripada Ptolemy dan juga menghuraikan set of tables yang memudahkan penyelesaian nombor terhadap masalah dalam astronomi sfera.

KARYA-KARYA ABU NASR MANSUR

Terdapat 15 buah karya yang telah dihasilkan oleh Abu Nasr Mansur yang bertumpu ataupun yang berkaitan dengan bidang Matematik dan juga bidang Astronomi. Antara karya yang dihasilkan oleh beliau adalah Zidjes iaitu Set of Astronomicals Tables.

Selain itu, beliau juga menghasilkan karya yang berjudul Jadwal Ad-Dakaik yang mana memuatkan penyelesaian kepada masalah dalam Euclides. Karya ini juga telah dijadikan rujukan di beberapa buah negara. Karya ini juga telah dipuji sebagai salah satu karya yang bermutu walaupun terdapat beberapa persamaan dengan karya;karya Barat yang lain.

Seterusnya, Abu Nasr Mansur juga telah mengahasilkan karya yang berjudul Spherics. Karya ini telah disempurnakan kembali pada tahun 1007-1008. Beliau juga menghasilkan sebuah lagi karya yang berjudul Elements yang menyatakan tentang konsep trigonometri yang khusus.

Kejayaan Abu Nasr Mansur dalam menghasilkan karya-karya ini telah menjadikan beliau untuk mendapat gelaran bapa pengembangan cosine, sine dan tangen.

RUMUSAN

Berdasarkan isi yang telah dikemukakan sudah terang lagi bersuluh sumbangan Abu Nasr Mansur dalam bidang Matematik amat besar kerana sehingga kini ummat Islam dapat mempelajarinya. Kejayaan ini merupakan satu penghormatan yang besar buat agama Islam khususnya dan juga ummat Islam kerana dengan ini, sudah cukup membuktikan bahawa ummat Islam terdahulu juga mampu meraih kejayaan seterusnya dapat disumbangkan kepada generasi hadapan.

Kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu seharusnya dijadikan contoh teladan yang baik oleh umat Islam kini untuk menjulang nama agama Islam dan juga memartabatkan Islam.
Perkembangan teknologi kini yang berkembang pesat kini seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh ummat Islam kini untuk meraih kejayaan yang sama seperti ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu. Hal ini kerana, jika hendak diandingkan dengan kemewahan teknologi pada zaman dahulu dengan teknologi zaman sekarang amat jauh perbezaannya.

Namun, ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu sudah berjaya membuktikan bahawa mereka juga mampu menempa kejayaan walaupun perkembangan teknologi pada ketika itu tidak setanding dengan kemajuan teknologi pada zaman kini. Oleh itu, kemajuan teknologi inilah yang harus digunakan secara baik oleh ummat Islam kini untuk menempa kejayaan seterusnya dapat menjulang nama Islam serta mertabatkan agama Islam itu sendiri. Sekian, terima kasih.

 Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com



No comments:

Post a Comment