Monday, October 12, 2015

Tajuk: Abd Qadeer Khan, Saintis Nuklear Pakistan

PENDAHULUAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana limpahan rahmatNya memberi saya kekuatan untuk menyempurnakan tugasan saya dengan lancar dan membantu saya untuk memartabatkan serta memperkenalkan salah seorang tokoh Islam dalam sains dan teknologi. 

Tujuan esei atau kerja kursus ini dibuat bukanlah semata-mata untuk mendapatkan markah tetapi bertujuan untuk mengajak rakan-rakan mengenali tokoh muslim yang telah banyak menyumbang dalam bidang keilmuan supaya dapat dijadikan inspirasi dalam kehidupan umumnya, dan pembelajaran khasnya. 

Tajuk kursus yang telah diberikan adalah berkaitan dengan “ Abdul Qadeer Khan:Saintis Nuklear Pakistan”. 

Skop esei saya merangkumi biodata, pendidikan, serta sumbangan sebagai seorang tokoh Islam dalam sains dan teknologi. 

Saya berharap dengan adanya penulisan ini, dapat kita rasai betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seorang muslim selain menyebarkan kepada dunia kehebatan Islam. Dengan ini, mudah-mudahan kita sentiasa mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahu wa ta’ala serta berada dalam keberkatannya. 

BIODATA

Abdul Qadeer Khan atau dikenali sebagai A. Q. Khan telah dilahirkan pada 1 April 1936. Beliau dilahirkan di Bhopal, India. Beliau merupakan seorang saintis dan juga jurutera nuklear di Pakistan. 

Nama bapa beliau ialah Abdul Ghafoor Khan. Abdul Ghafoor Khan merupakan seorang lulusan dari Nugpar University. Beliau merupakan seorang yang dihormati, disegani dan disenangi dalam golongan masyarakat. Ibu kepada Abdul Qadeer Khan bernama Zulekha Begum. Ibunya merupakan seorang yang berfikiran keagamaan dalam masyarakat. 

Keluarga beliau telah berpindah ke Pakistan setelah Pakistan mendapat kemerdekaan daripada India. Namun, beliau mengikut jejak langkah keluarganya untuk berpindah ke Pakistan 5 tahun kemudian. 

PENDIDIKAN
Abdul Qadeer Khan mendapat pendidikan awalya di Ginnori Primary School. Kemudian beliau menyambung persekolahannya di Jehangiria Middle School. Beliau mengakhiri zaman persekolahannya di Alexandria High School yang kemudiannya ditukar nama kepada Hameedia High School. 

Beliau telah melanjutkan pelajaran di D. J Sindh Government Science College di Karachi. Kemudian beliau telah menyambung pelajarannya di Karachi University dalam bidang fizik pada tahun 1956. Pada tahun 1965, beliau telah pergi ke Belanda untuk menyambung lagi pelajarannya di Delft University Of Technology. Pada tahun 1967, beliau telah pergi ke Leuven University untuk menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah kedoktoran. 

SUMBANGAN
Tidak lama selepas India mengumumkan rekacipta nuklear mereka, Zulfiqar Ali Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada ketika itu, telah menggesa saintis Pakistan untuk mengkaji dan membina sebuah senjata nuklear. 

Pada 17 September 1974, ketika Dr Abdul Qadeer khan bekerja untuk Anglo-Dutch-German Nuclea Engineering Consortium Urenco di Belanda, Beliau telah menulis speucuk surat kepada Zulfiqar Ali Bhutto melalui kedutaan Pakistan di Belanda untuk menawarkan khidmatnya dalam bidang nuklear. Pada Disember 1974, Dr Abdul Qadeer Khan telah berjaya menemui Zulfiqar Ali Bhutto. 

Dr Abdul Qadeer Khan telah diterima bekrja di Pakistan Atomic Energy Commision (PAEC) yang diketuai oleh Munir Ahmad khan. Pada Julai 1976, Dr Abdul Qadeer Khan telah diberi kuasa untuk mengawal Kahuta Encrichment Project yang telah beroperasi sebagai Project-706 sejak tahun 1974. 

Apabila beliau menyertai projek tersebut, ia telah ditukar nama dan dikenali sebagai Engineering Research Laboratories(ERL). Pada tahun 1981, ERL sekali ditukar nama kepada Dr Abdul Qadeer Khan Research Laboratories (KRL) oleh Jeneral Mohammad Zia-Ul-Haq. 

Setelah mengambil masa yang lama melakukan kajian, akhirnya, pada 28 Mei 1998, Pakistan telah menguji senjata nuklear mereka yang pertama dan menjadi negara Islam pertama yang tergolong dalam negara yang mempunyai kuasa nuklear. 

Sebagai saintis yang aktif, Dr Abdul Qadeer Khan telah menerbitkan lebih dari 188 kertas kerja saintifik dalam jurnal antarabangsa. 

Media barat telah melaporkan bahawa Dr Abdul Qadeer Khan telah terlibat dalam penjualan mesin pengempar kepada Libya dan Iran. Pada November 2003, Pakistan telah diberi peringatan mengenai kebocoran nuklear. 

Dr Abdul Qadeer Khan telah mengundurkan diri daripada KRL dan menjawat jawatan sebagai penasihat kepada presiden. Pada mulanya Dr Abdul Qadeer Khan telah menafikan segala penglibatannya dalam bidang nuklear secara peribadi. 

Namun, pada 4 Februari 2004, ketika kemunculannya di sebuah program temubal TV. Beliau telah mengaku terlibat dengan skandal senjata nuklear dan dan akan bertanggungjawab atas segala tindakannya. 

Beliau telah membuat permohonan maaf kepada negara Pakistan dan seluruh rakyat jelatanya. Akhirnya, Dr Abdul Qadeer Khan telah ditahan dan dipenjarakan dirumah. Tiada siapa pun yang dibenarkan untuk bertemu beliau. 

PENCAPAIAN
Berikut merupakan senarai pencapaian yang diperolehi beliau sepanjang hidup beliau dan ketika melakukan kajian mengenai senjata kuasa nuclear kepada Negara Pakistan. 
 HONORARY DEGREES OF DOCTOR OF SCIENCE, UNIVERSITY OF KARACHI (1993)
 HONORARY DEGREES OF DOCTOR OF SCIENCE, BAQAI MEDICAL UNIVERSITY (1998)
 DOCTOR OF SCIENCE, HAMDARD UNIVERSITY, KARACHI (1999)
 HONORARY DEGREES OF DOCTOR OF SCIENCE, UNIVERSITY OF ENGINEERING AND TECHNOLOGY, LAHORE (2000)
 NISHAN-I-IMTIAZ AWARD (1996 AND 1998)
 HILAL-I-IMTIAZ AWARD (1990)

RUMUSAN
Sains dan teknologi merupakan satu bidang yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini tidak dapat disangkal lagi. Kebergantungan manusia kepada sains dan teknologi hari ini begitu ketara sehingga sukar dibayangkan kehidupan manusia tanpa sains dan teknologi. Namun, sains dan teknologi juga mampu membawa keburukan selain memberi kebaikan dan kesenangan kepada manusia. Oleh yang demikian, para saintis perlulah mengkaji berdasarkan Al-Quran suaya sains dan teknologi tidak terpesong dari landasan syariat Islam yang sebenar. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment