Monday, October 12, 2015

Tajuk: Ketokohan Ibnu Bajjah Dalam Kedoktoran Dan Astronomi Asasi

PENDAHULUAN
Beliau ialah Ibnu Bajjah. Beliau telah bnyak member jasa kepada kita sehingga kini. Ilmu yang dipelajarinya ialah astronomi, falsafah, perubatan dan fizik. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang bnyak berkorban kepada saya mahupun dari segi kewangan, tenaga dan juga masa untuk membantu saya dalam mencari dan mendalami tentang sejarah hidup seorang ilmuwan Islam ‘Ibnu Bajjah’. Tidak lupa kepada pensyarah yang mengajar saya dalam kursus Sains dan Teknologi Dalam Islam. Pensyarah yang telah banyak member tunjuk ajar kepada saya dan berkongsi dan menyampaikan segala ilmu yang ada supaya menjadi panduan kepada saya untuk menghabiskan tugasan saya. Akhir sekali, yang paling penting dan paling bermakna dalam hidup saya ialah ibu bapa saya yang saya kasihi, tanpa mereka siapalah saya dan tanpa mereka saya tidak akan ada dapat menjejak kaki saya di tanah negeri Perlis pada hari ini.

Saya berharap apa yang saya cuba sampaikan akan dapat menjadi teladan kepada kita dalam menjadi seorang umat Islam yang berjaya seiring dengan pembangunan dunia yang serba pesat membangun dan maju. In Shaa Allah penulisan yang tidak seberapa ini akan dapat membuka mata dan pintu hati kita untuk lebih berusaha dalam mengejar ilmu dunia dan juga akhirat.

ABSTRAK
Ibnu Bajjah merupakan seorang tokoh ilmuwan Islam yang terkemuka di Andalusia. Beliau pernah menjadi tabib iaitu doktor di Andalusia selepas beliau berpindah kesana bersama keluarga beliau. Beliau merupakan seorang yang amat rajin dan berpendirian teguh kerana beliau menolak cara pemikiran Al-Ghazali dan berpegang dan mengikut cara pemikiran Al-Farabi dan juga Aristotle. Cara pemikiran beliau ialah beliau sentiasa mementingkan logik, amali, teori dan juga praktikal dalam menentukan sesuatu. Beliau juga seorang yang bijaksana. Beliau telah berjaya menguasai pelbagai jenis bidang ilmu sebagai contoh politik, falsafah, astronomi dan juga perubatan. Dalam esei dan penulisan saya pada hari ini ialah berkaitan sumbangan Ibnu Bajjah dalam bidang astronomi dan juga bidang perubatan.

Astronomi merupakan ilmu praktis bagi orang-rang Arab, sebahagian kerana mereka harus mengetahui arah Makkah dari setiap arah dari kota Islam, supaya kita mampu menghadap kea rah kiblat yang betula iaitu kearah Ka’bah untuk menunaikan solat fardhu mahupun solat sunat. Dalam astronomi ialah ilmu yang memerlukan pengamatan yang teliti dan mempunyai kesabaran yang tinggi.

Ilmu perubatan merupakan ilmu yang telah lama diterokai. Sebelum terbongkarnya ilmu perubatan, tidak ada ilmu perubatan yang bernilai yang dipraktikkan oleh masyarakat Eropah. Ahli sejarah moden telah mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan di Barat banyak dipengaruhi oleh perubatan Islam. Di Eropah dari abad ke-14 hingga ke-17.

Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah (661-720M).

BIODATA IBNU BAJJAH SERTA PENGLIBATANYA DALAM BIDANG ASTRONOMI DAN PERUBATAN

Ibnu Bajjah merupakan nama panggilan ataupun nama timangan yang dipanggil oleh masyarakat arab terdahulu sehinggalah ke hari ini. Nama sebenar bagi Ibnu bajjah ialah Abu Bakar Muhammad B. Yahya B. Ash-Shayigh merupakan nama sebenarnya dan Ibnu Bajjah merupakan nama panggilan dan gelerannya bagi masyarakat arab. Ibnu Bajjah juga merupakan seorang ilmuwan yang terkenal dengan ilmu-ilmu yang dipelajarinya. Terdapat pelbagai jenis bidang dan cabang ilmu yang dipelajari dari tanah arab hinggalah ke tanah barat. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya dan terokai oleh Ibnu Bajjah ialah ilmu perubatan, astronomi, fizik, matematik dan muzik. Ibnu juga merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang politik. Ibnu Bajjah dating dari keluarga Al-Tujibi, oleh yang demikian beliau diberi gelaran sebagai al-Tujibi kerana mereka merupakan pedagang emas. Di barat Ibnu Bajjah juga mendapat panggilan dan gelaran baru iaitu Avempace. Ibnu Bajjah juga merupakan seorang yang alim dan selalu mendekatkan diri kepada Allah. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli hafiz Al-Quran. Ibnu Bajjah juga merupakan seorang guru beliau juga pernah mengajar Ibnu Ruysd

RENTETAN HIDUP IBNU BAJJAH
Sepertimana yang telah diketahui Ibnu Bajjah juga merupakan seorang yang aktif dalam bidang politik dan juga falsafah hingga beliau menyebabkan gabenor Saragossa iaitu Daulat Al-Mutrabith dan juaga Abu Bakar Ibnu Ibrahim Al-Sahwari berminat dengan beliau dan mengangkat beliau sebagai seorang wazir di Saragossa ketika itu. Perkara ini semua bermula ketika Ibnu Bajjah bergiat sebagai seorang penyair bagi pihak Al-Murabithun yang keyika itu dipimpin oleh Abu Bakar Ibnu Ibrahim A-Sahwari. Oleh kerana keupayaan, kemahiran dan sikap Ibnu Bajjah yang baik menyebabkan Ibnu Bajjah diangkat dan dilantik menjadi wazir di daerah tersebut selepas Abu Bakar Ibnu Ibrahim Al-Sahwari mendapat kuasa untuk memerintah di kawasan dan daerah tersebut.

Tetapi setiap kejayaan seorang cucu nabi Adam dan sebagai hamba Allah setiap kejyaan akan sentiasa diuji olehNya. Setiap pemerintahan yang hebat akan ada seorang pemimpin yang gagal memimpin negaranya dengan betul, adil dan bertanggungjawab sehingga menyebabkan negara dan juga kawasan yang diperintah suatu ketika dahulu jatuh begitu sahaja. Perkara seperti ini telah pun berlaku pada Saragossa apabila pentadbirannya jatuh ke tangan raja Al-Fansol di Arogan pada 512 hijrah iaitu bersamaan dengan 1118 masihi. Pada kejatuhan Saragossa Ibnu Bajjah berserta kelurganya telah berpindah ke sebuah kota iaitu kota Sevillevia Valencia. Ketika Ibnu Bajjah berserta keluarganya menetap di kota tersebut beliau telah bertukar bidang daripada bidang politik kepada bidang perubatan. Beliau mula berkhidmat sebagai seorang doktor di kota tersebut dan beliau banyak menulis tentang ilmu falsafah.

Selepas beliau berpindah ke kota Sevillevia Valencia Ibnu Bajjah mengambil langkah untuk berpindah ke Granada. Dari situ beliau meneruskan perjalanan beliau ke Afrika Utara yang merupakan pusat bagi zaman Murabithun. Oleh sebab, cara pemikiran dan falsafah Ibnu Bajjah yang amat berbeza dalam kalangan masyarakat dimana masyarakat tersebut menganggap cara pemikiran dan falsafah yang dipegang oleh Ibnu Bajjah selama ini sangat asing bagi masyarakat disana, malah masyarakat tersebut juga menganggap pemikiran tersebut adalah bida’ah dan murtad. Beliau ditangkap ketika berada di kota Syatibah iaitu salah satu kota yang terdapat di kawasan Maghribi. Beliau telah ditangkap oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibnu Yusuf Ibnu Tasifin iaitu ketua ataupun penguasa Murabithun ketika itu yang telah menuduh Ibnu Bajjah sebagai seorang yang murtad dan membawa sejenis ajaran yang salah dan bida’ah. Walau bagaimanapun, Ibnu Bajjah telah dibebaskan daripada ditahan oleh kerana beliau merupakan salah seorang guru bagi tokoh yang terkemuka sama seperti beliau iaitu Ibnu Rusyd iaitu pelajar yang mengikut dan membenarkan cara pemikiran dan falsafah yang dia hasilkan oleh Ibnu Bajjah untuk dipelajarinya.

Berikutan dari kes tersebut Ibnu Bajjah meneruskan perjalanan beliau menuju ke sebuah lagi kota iaitu kota Fez. Kota tersebut merupakan sebuah kota yang terletak di Morocco dan di situ jugalah beliau menghembuskan nafas terakhir beliau sebelum menghadap ilahi. Di Fez Ibnu Bajjah telah diangkat oleh orang-orang Al-Murabithun dan beliau telah dilantik menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibn Yusuf Ibn Tasifin dalam tempoh yang panjang. Dalam tempoh tersebut ramai pihak yang dengki dan iri hati dengan jawatan, kecerdasan dan penguasaan ilmunya. Beliau telah dibunuh dengan cara diberi racun. Orang membunuh Ibnu Bajjah merupakan seorang doktor iaitu Abu Al-‘Ala. Beliau dibunuh pada 533 hijrah iaitu bersamaan dengan 1138 masihi. Beliau juga telah dimakam di Fez bersebelahan dengan makam Ibn ‘Arabi.

SUMBANGAN IBNU BAJJAH
Sumbangan Ibnu Bajjah kebanyakkanya merupakan sejenis manuskrip ataupun karya-karya ilmiah yang kebanyakkanya berkaitan falsafah, perubatan, astronomi dan politik kemanusiaan. Beliau telah menghasilkan karya yang berkaitan ilmu falsafah, perubatan, astronomi, politik kemanusiaan, matematik dan fizik lebih kurang hampir 31 buah karya. Karya-karya asal tulisan Ibnu Bajjah merupakan dalam bahasa arab dan seterusnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan bahasa Latin. Manuskrip-manuskrip serta catatan Ibnu Bajjah masih disimpan rapi sehingga ke hari ini di beberapa buah perpustakaan iaitu perpustakaan Bodlein M. S. Pococke 206 serta di perpustakaan Berlin M. S. 060 dan juga di perpustakaan Escurial M. S. 612 iaitu terletak di Sepanyol.
Terdapat beberapa jenis karya yang dihasilkan oleh Ibnu Bajjah yang berkaitan tentang perubatan dan juga astronomi.

KARYA-KARYA IBNU BAJJAH BERKAITAN ILMU PERUBATAN

Dalam bidang perubatan, Ibnu Bajjah banyak member sumbangan semenjak beliau mula menjejak kaki di Andalusia. Beliau telah menjadi doktor di Andalusia semasa beliau menjelajah ke sana. Setiap bidang yang diceburi oleh Ibnu Bajjah pasti akan ada sumbangan serta karya yang dihasilkan oleh beliau. Dalam bidang ini Ibnu Bajjah telah menghasilkan dua buah risalah yang mengandungi tentang ilmu perubatan dan cabang ilmu yang hampir sama dengan bidang perubatan. Antara risalah yang dihasilkan ialah risalah Al-Wida’ dan juga risalah Al-Ittisal Al-Aql’ Bi Al-Insan. Risalah Al-Wida’ mengandungi tentang unsure-unsur ketuhanan, kewujudan manusia, alam serta huraiann-huraian mengenai perubatan dalam Islam serta ilmu-ilmu kedoktoran. Risalah yang kedua yang dihasilkan oleh Ibnu Bajjah yang mempunyai kaitan tentang ilmu perubatan ialah risalah Al-Ittisal Al-Aql’ Bi Al-Insan. Risalah tersebut menceritakan dan menerangkan tentang perhubungan akal terhadap manusia berserta huraian mengenainya iaitu dalam risalah ini Ibnu Bajjah menerangkan bahawa akal dan penyakit mempunyai kaitan dan dalam risalah ini juga ia menerangkan lebih kepada jenis-jenis perubatan yang berkaitan psikologi.

KARYA-KARYA IBNU BAJJAH YANG BERKAITAN ILMU ASTRONOMI

Dalam bidang astronomi Ibnu Bajjah telah Berjaya menguasai bidang ini. Beliau juga telah Berjaya menghasilkan sebuah karya tentang ilmu astronomi yang dikuasainya. Karya yang dihasilkan oleh Ibnu Bajjah yang berkaitan bidang astronomi ialah risalah Tadbirul Mutawahhid. Risalah ini menerangkan tentang alam semesta dan mengandungi pelbagai jenis ilmu terutama sekali ialah berkaitan ilmu falak. Pada ketika ini ilmu falak lebih dikenali sebagai sejenis ilmu astronomi yang merangkumi pembelajaran tentang bintang, planet, orbit, nebula dan alam semesta. Ilmu ini juga telah banyak membantu para pedagang-pedagang semasa melakukan perlayaran dan berdagang dan ilmu ini juga merupakan suata cabang ilmu yang luas dan dapat diguna pakai sehungga sekarang.

FILASAFAT IBNU BAJJAH
Filasafat-filasafat Ibnu Bajjah banyak dipengaruhi oleh aliran pemikiran Al-Farabi dan juga ilmuwan barat iaitu aliran pemikiran Aristotle. Ibnu Bajjah telah banyak menghasilkan karya-karya mengikut filasafatnya yang mana banyak membantu para ilmuwan yang lain sebagai contoh Ibnu Ruysd. Karangan-karangan Ibnu Bajjah telah banyak membantu Ibnu Ruysd dalam mendalami ilmu yang cuba disampaikan oleh Al-Farabi dan Aristotle. Beliau juga telah mengatakan bahawa akal dapat membantu kita dalam berfikir dan daya berfikir adalah sejenis sumber semua pekerjaan manusia. Oleh itu, akal amat penting dan haruslah dijaga dengan sempurna.

Dalam bidang ini terdapat pelbagai jenis pemikiran dan anggapan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli filasafat yang lain. Mereka telah mengatakan bahawa roh kita terdiri daripada 3 jenis iaitu roh akali, roh jiwa dan juga roh tabiat. Roh akali merupakan roh kita untuk berfikir manakala roh jiwa ialah untuk menggerakkkan sesuatu keinginan kita dan roh tabiat pula merupakan sejenis perasaan dan juga kelakuan individu tersebut.

Ibnu Bajjah juga telah Berjaya menghasilkan fisafat-filasafat baru dalam Islam di barat terutamanya mengenai teori-teori ma’rifat dalam efitologi.

AJARAN FILASAFAT IBNU BAJJAH
Ibnu Bajjah merupakan seorang ahli yang berpegang teguh kepada teori dan juga praktikal terhadap ilmu-ilmu yang beliau kuasai iaitu ilmu matematik, astronomi, muzik, perubatan dan sastera. Beliau telah menolak filasafat yang telah dikemukakan oleh Al-Ghazali kerana bertentangan dengan cara pemikiran beliau di dunia Islam Timur.


FILASAFAT-FILASAFAT IBNU BAJJAH
EPISTEMOLOGI
• Manusia mampu berhubung dan meleburkan diri dengan akal fa’al atas bantuan ilmu dan pertumbuhan kekuasaan insaniah.
• Pengetahuan juga dapat membnagunkan keperibadian sesorang.
• Akal mempunyai dua jenis funsi iaitu:
-Memberi imej atau objek yang akan diciptakan kepada unsure imaginasi
-Memiliki objek yang dibuat diluar roh dengan menggerakkan oragan-organ tubuh.

METAFISIKA
• Menurut AL-Maujudat terbahagi kepada dua perkara iaitu bergerak dan juga tidak bergerak dalam hukum fizik
• Gerakan ala mini ialah jisim yang terbatas yang digerakkan oleh ‘aql

JIWA
• Ibnu Bajjah telah mengelompokkan perbuatan manusia kepada perbuatan haiwan dan perbuatan manusia.
• Perbuatan haiwan didorong oleh motif naluri dan juga nafsu atau hal-hal lain yang berhubung dengannya.
ILMU DAN SAINS
• Ibnu Bajjah meletakkan ilmu untuk mengatasi segala-segalanya iaitu ilmu yang dipengaruhi dengan pemikiran Al-Farabi.
• Ibnu Bajjah terkenal dengan ungkapan yang menyebut manusia sebagai “makhluk social”.

PENUTUP
Alhamdulillah, atas segala usaha yang saya telah berikan dalam menyiapkan esei. Saya berharap Esei-esei seperti perlulah lagi diperbanyakkan kerana zaman-zaman yang akan datang pelajar-pelajar dah mula lupa tokoh-tokoh Islam yang terkemuka pada zaman rasulullah dan juga pada zaman pemerintahan para sahabat baginda. Kesimpulannya, kita haruslah menghayati pejuang-pejuang Islam dalam menyebarkan agama Islam dan juga kepada ilmuwan-ilmuwan terdahulu. Saya berharap apa yang saya tulis akan menjadi pembakar semangat dalam menjadi seorang yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment