PENDAHULUAN
“ Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang ”
Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan, seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, maka mereka tidak sesat selamanya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam itu adalah pesuruh-Nya.
Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala . Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya, saya telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat untuk di jadikan teras penulisan saya terutamanya kepada keluarga saya. Seterusnya, tak lupa juga kepada pensyarah saya, Ustaz Abdul Aziz Harjan yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna.
Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan iaitu " SEJARAH KELAHIRAN DAN SUMBANGAN ABDUL SALAM, PAKISTANI THEORETICAL PHYSICIST", skop penulisan saya berkisahkan seorang pendakwah yang banyak menyumbang dalam ilmu fizik dan dakwah dalam agama Allah Subhanahu wa ta’ala.
Ilmu fizik merupakan warisan bersama seluruh umat manusia tidak kira di barat, timur, utara atau selatan. Kesemuanya mempunyai peranan dan sumbangan yang signifikan dalam usaha mengembangkan ilmu pengetahuan tersebut. " Ungkapan ini dinyatakan oleh penerima hadian nobel fizik 1979, Profesor Dr Abdus Salam di hadapan peserta symposium universiti PBB, di Kuwait pada tahun 1981. Beliau menyatakan ungkapan tersebut untuk mengingatkan masyarakat dari dunia ketiga yang merasa terkebelakang dalam persaingan dalam bidang ilmu pengetahuan dan kemajuan sains dan teknologi akibat kekangan sumber tenaga manusia, peluang dan persekitaran. Fizikawan ini memang terkenal dengan semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib negara-negara membangun dalam memajukan bidang sains dan teknologi yang dilihat ketinggalan di belakang negara-negara maju. Keprihatinan beliau sangat terkait dengan pengalaman peribadi beliau di negara keliharannya sendiri iaitu di Pakistan.
Abdus Salam dilahirkan di Jhang Pakistan pada 29 Januari 1926. walaupun kedua ibubapanya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, namun mereka sangat menitiberatkan pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan di kalangan ahli keluarganya. Bapa beliau merupakan pegawai di jabatan pendidikan di sebuah daerah pertanian miskin di Pakistan. Di awal usia 14 tahun, Salam telah memperlihatkan bakat istimewanya dalam bidang sains dan matematik. Beliau memecahkan rekod pencapaian tertinggi dalam ujian kemasukan ke universiti di Universiti Punjab, dan memperolehi biasiswa pembiayaan pengajiannya ke St John College, London. Di sana Salam telah berjaya memperolehi kedua ijazah sekaligus dalam bidang matematik dan fizik pada tahun 1949.
Selepas setahun memegang ijazah sarjanamuda, Abdus Salam telah memenangi Smith Prize dari Universiti Cambridge atas sumbangan teori fizik yang signifikan di dalam makalah pra-PhDnya. Di usia 26 tahun, Salam telah layak bergelar Doktor di pangkal namanya setelah memperolehi PhD dalam bidang fizik teori dari universiti yang sama. Tesis penyelidikan di peringkat PhD beliau berkisar tentang kuantum elektrodinamik yang diterbitkan pada tahun 1951 telah mendapat sambutan yang hangat di kalangan komuniti fizik di peringkat antarabangsa sehingga melonjakkan nama Abdus Salam sebagai pakar fizik baru dalam bidang tersebut.
Abdus Salam mendapat tawaran untuk menyumbang tenaga dan buah fikirannya dalam bidang fizik di tempat beliau belajar, namun memilih untuk pulang ke tanah air berkhidmat untuk negaranya yang tercinta, Pakistan. Kerajaan Pakistan telah memberikan jawatan professor tertinggi di Government College, di Lahore. Beliau juga dilantik menjadi ketua Jabatan Matematik di Universiti Punjab. Setelah beberapa tahun di Pakistan, Salam mula merasakan bahawa negaranya belum mempunyai tradisi keilmuan dan penyelidikan yang hebat berbanding di barat. Selain itu kemudahan penyelidikan dan persekitarannya tidak memberikan inspirasi baru kepadanya untuk terus berkhidmat. Selain jurnal-jurnal terkini dan kesukaran untuk menghadiri konferen-konferen akademik bersama ahli akademik lain di seluruh dunia, pemerintah pakistan juga tidak menggalakkannya terus menyumbang dalam bidang penyelidikan.
Setelah menghabiskan 3 tahun di Lahore, Salam berada dalam keadaan dilema samaada untuk meneruskan kajian bidang fizik atau menurut saranan pemimpin Pakistan. Akhirnya Salam membuat keputusan untuk kembali ke London. Pada tahun 1957, beliau dilantik sebagai Profesor di Imperial College yang merupakan salah satu universiti berprestij di sana. Di sana Salam mula memberikan tumpuan penyelidikannya dalam bidang yang sememangnya menjadi darah dagingnya iaitu fizik. Maka prestasi cemerlang Abdus Salam seakan-akan tidak terbendung lagi. Puluhan malah ratusan kertas kerja dan jurnal penyelidikannya serta buah fikirannya menjadi rujukan dan reputasi beliau sentiasa mendapat poenghargaan dan pengiktirafan menduduki jawatan tertinggi di pelbagai institusi.
Di PBB, Salam dilantik sebagai wakil bidang sains untuk konferen penggunaan tenaga nuklear yang selamat, Geneva (1955 dan 1958). Beliau juga dilantik sebagai komiti penasihat sains dan teknologi (1971-1972). Di Pakistan juga, walaupun berada jauh di London beliau turut dilantik sebagai penasihat presiden dalam bidang sains (1961-1974). Beliau juga menyumbang buah fikiran dan ideanya dalam bidang pendidikan, tenaga atom dan penyelidikan angkasalepas di negara kelahirannya itu.
Pada tahun 1979, nama Abdus Salam tercata dalam sejarah perkembangan ilmu fizik dunia apabila dianugerahkan Hadiah Nobel Fizik dan dikongsi bersamas dengan dua penyelidik lain iaitu Steven Weinberg dan Sheldon Glashow. Mereka bertanggungjawab dalam penyelidikan fizik teori mengenai penyatuan daya elektromagnetik dan daya nuklear lemah (weak interaction nuclear). Teori yang dinamakan elektrolemah (electroweak) menjadi suatu sumbangan bermakna dalam pengembangan Teori Kesatuan Agung (Grand Unification Theory) yang menjadi impian setiap ahli fizik teori. Teori yang dikembangkan oleh Abdus Salam ini menjadi penemuan penting dalam pengembangan model standard fizik partikel. Kesahihan teori yang dikemukakan oleh Abdus Salam ini telah diuji padaSuperProtoSynchroton di CERN Geneva yang telah membawa kepada penemuan partikel W dan Z.
Reputasi Salam yang melonjak ternyata tidak membuatkan beliau lupa tentang tanggungjawab untuk terus berjuang mencari jalan agar orang-orang berkebolehan seperti dirinya yang berasala dari dunia ketiga tidak kehilangan peluang besar menjadi ilmuan di peringkat dunia. Oleh yang demikian, bersama dengan rakan-rakan beliau dari Eropah dan Amerika serta bantuan dana dari PBB khususnya dari Lembaga Tenaga Atom Antarabangsa, pada tahun 1964, International Center for Theoritical Physics telah diwujudkan di Trieste, (ICTP)Italy. Penubuhan ICTP ini adalah atas idea dan usaha keras yang dilakukan oleh Abdus Salam.
Menurut Herwing Schopper, Presiden Komuniti Fizik Eropah penubuhan ICTP ini merupakan sumbangan terbesar bagi komuniti fizikawan di seluruh dunia. Setelah 30 tahun ditubuhkan, ICTP telah dikunjugi oleh 60, 000 ilmuan dari selruh pelosok dunia. Selain ICTP, Salam juga telah mengutarakan idea penubuhanThe Third World Academy of Sciences dan menjadi presiden pertama The Third World Network of Scientific Organization.
Dunia amat merasai kehilangan Profesor Abdus Salam apabila beliau dijemput kembali ke rahmatullah pada 21 November 1996 di Oxford England akibat derita penyakit kanser. Sesiapapun yang pernah mengikuti kisah perjalanan hidup dan penat lelah beliau dalam memperjuangkan sains dan teknologi, terutamanya di dunia ke tiga tentu akan sependapat dengan apa yang ditulis di dalam Science Magazine1976 iaitu “Dunia rugi kerana hanya dapat melahirkan seorang Abdus Salam dan beliau hanya dapat hidup sekali”
CADANGAN KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan umum daripada kajian ini, saya berpendapat bahawa permodenan dan perbaharuan di dalam pengajian ilmu fizik murapakan suatu platform atau batu loncatan yang utama yang boleh mngeluarkan umat Islam pada hari ini daripada kepompong kemunduran mereka. umat Islam silam telah berjaya mencapai kegemilangan di zaman mereka kerana kefahaman mereka yang mendalam terhadap pengajaran Al-quran dan kehendak ajaran Islam. Bagi realiti zaman ini, ramai umat Islam tidak mendapat maklumat sebenar mengenai kesyumulan Islam sebagai suatu panduan hidup kerana keterbatasan ilmu dan peluang yang mereka miliki.
Maksudnya : ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah (Ahzab 33:39)
Syukur Alhamdulillah kerana tugasan ini dapat diselesaikan dengan baik. Saya berharap agar dapat dijadiakn teladan dan panduan mengenai kisah hidup Abdul Salam.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:
Post a Comment