SEJARAH KELAHIRAN DAN KEHIDUPAN AWAL
Arzachel
Abu Ishaq Ibrahim Ibnu Yahya al-Zarqali, dikenali dengan nama al-Zarqalluh ataupun al-Zarqallah dalam dunia Islam tetapi lebih dikenali sebagai Arzachel dalam kalangan masyarakat Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 1029 dalam sebuah keluarga Visigoth. Beliau telah kembali kepadaNya pada tahun 1087.
Keluarga telah memeluk agama Islam di suatu kampung berdekatan dengan Toledo, yang pada masa itu merupakan ibu negeri termasyur di Taifa. Toledo merupakan sebuah Negara yang terkenal kerana hubungan baik antara penduduk Muslim dan juga Kristian. Beliau menjalani kehidupan disaat-saat kerajaan Islam Andalusia berpecah-belah dan di tabir kehancuran.
Toledo
Pada akhir abad ke-11M, pusat peradaban Islam di Eropah itu hampir jatuh di tangan tentera Kristian. Tetapi keadaan ini dapat dikawal kembali kerana telah diselamatkan dengan bantuan pasukan tentera Dinasti Murabbitun. Pasukan tentera ini diketuai oleh Ibn Tashfin dari Morocco pada 1089. Mereka telahmenyeberangi Andalusia untuk memerangi serta mematahkan serangan tentera Kristian di Zalaqa. Mereka telah berjaya memenangi peperangan itu dan mentadbir Andalusia.
Setelah kekuasaan Dinasti Murabbitun berakhir, peradaban Islam di Andalusia telah bersinar selama dua abad sehingga pertengahan abad ke-13M. Pelajaran dan ilmu pengetahuan telah berkembang dengan pesat dan jayanya di Andalusia. Ini kerana ianya telah mendapat sokongan daripada para penguasa. Ramai orang luar telah datang ke Andalusia untuk menuntut ilmu pengetahuan dan menjadikan Andalusia semakin maju dan bersinar.
Ibn Tashfin
Pada masa kekuasaan Khalifah Al-Hakam II, Andalusia memiliki sekitar 70 buah perpustakaan umum. Bukan sahaja ilmu pengetahuan terutamanya bidang sains yang berkembang tetapi juga kota-kota di Andalusia juga telah menjadi tempat tumpuan utama dan menjelma sebagai kota metropolitan yang terkemuka.
Pusat Ilmiah
Beliau seorang yang sangat mahir dalam bidang matematik, geometri dan ilmu falak. Beliau telah pergi melawat dan mengajar di Cordova beberapa kali untuk mengumpul pengalaman serta ilmu. Oleh itu, beliau merupakan salah seorang ahli matematik dan astronomi muslim yang terunggul terutamanya di Toledo, Andalusia ataupun lebih dikenali sebagai Sepanyol pada zaman kini.
Selain merupakan seorang ahli falak terkenal, Al-Zarqali juga seorang muslim yang membuat peralatan logam dan seorang ahli nujum. Dengan kemahirannya yang telah terlatih sekian lama, beliau diberikan beberapa gelaran. Antara gelaran yang telah diberikan kepadanya adalah Al-Nekkach yang dalam bahasa Arab Al-Andalusia bermaksud “pengukir logam”. Nama Latinnya, Arzachel ialah gabungan ungkapan Arab al-Zarqali al-Naqqash yang bermaksud “Si Pengukir”. Dalam karya-karya Geoffrey Chaucer, beliau juga dikenali sebagai Arsechieles.
PENEMUAN
Nama al-Zarqali telah tercatat bersama 23 ilmuan muslim yang tersohor dan diiktiraf oleh dunia sains moden. Pada akhir abad ke-11M, al-Zarqali memdapati bahawa orbit planet adalah berbentuk elips atau bujur dan bukannya berbentuk sirkular.
Selain itu, al-Zarqali juga membetulkan data geografi yang dibuat Ptolemy. Secara khusus, dia membetulkan panjang Laut Mediterranean. Anggaran jarak laut Mediterranean oleh orang Greek adalah 62darjah manakala Al-Kwarizmi adalah 52 darjah dan anggaran Al-Zarqali pula adalah 42 darjah. Antara anggaran yang dilakukan itu, anggaran yang dilakukan oleh al-Zarqali merupakan anggaran yang paling tepat.
Ptolemy
Al-Zarqali juga mampu mencari pelbagai fakta penting berkaitan rahsia langit, seperti planet, bintang, bulan dan matahari. Penemuan-penemuan yang diciptakannya ditulis dalam kitab berjudul al-Safiha al-Zarqaliya ataupun lebih dikenali sebagai Azafea.
Beliau juga merupakan orang pertama yang menjelaskan secara terperinci tentang pergerakan matahari yang menjauhi bumi (aprehelion) sebanyak 12. 0 saat per/tahun. Ianya hampir tepat dengan kiraan kaedah kajian moden yang jarak sebenarnya adalah 11. 8 saat per/tahun. Perbezaan hanya 0. 2 saat per/tahun. Kajian-kajian yang dibuat beliau telah manjadi rujukan oleh Nicolos Copernicus. Nicolos mentafsirkan matahari sebagai pusat sistem solar dalam tesisnya “ De Revolutionibus Orbium Celestium”.
De Revolutionibus Orbium Celestium
Pada 1060M, al-Zarqali membuat peranti pusat pemerhatian astronomi yang dikhaskan untuk Yahya Ibnu Abi Mansur. Awalnya, al-Zarqali memang bekerja dengan membuat peralatan untuk para ilmuan lain kerana karya ciptaannya yang luar biasa. Ini sememangnya berjaya untuk menarik minat dari para ilmuan yang lain. Kamus of Scientific Biography ada menyebutkan bahawa pada tahun 1062M, al-Zarqali tercatat sebagai anggota kumpulan para saintis di Andalusia.
KARYA-KARYA
Al-Zarqali seorang yang sangat popular di dunia Barat kerana hasil karya-karya beliau yang menjadi rujukan terutamanya dalam kalangan sainstis. Karya-karya al-Zarqali telah mempengaruhi Ibn Bajjah (Avempace), Ibn Tufail (Abubacer), Ibn Rusyd (Averroes), Ibn al-Kammad, Ibn al‐Haim al‐Ishbili and Nur ad-Din al-Betrugi (Alpetragius).
Karya-karya al-Zarqali juga telah diterjemah ke dalam beberapa bahasa. Contohnya, Gerard dari Cremona telah menterjemahkan karya-karya al-Zarqali ke dalam bahasa Latin. Dia merujuk kepada al-Zarqali sebagai seorang ahli falak dan ahli sihir. Ragio Montanous juga menulis sebuah buku dalam kurun ke-15 berkaitan manfaat Sahifah al-Zarqalia. Pada tahun 1530, sarjana Jerman, Jacob Ziegler menulis komen terhadap satu daripada karya-karya al-Zarqali.
Nicolaus Copernicus, dalam karya beliau, De Revolutionibus Orbium Coelestium, yang dikarang dalam tahun 1530, telah memetik beberapa perkara daripada karya-karya al-Zarqali dan al-Battani.
Nicolous Copernicus
JAM TOLEDO
Metode pembuatan jam Toledo ini merupakan salah satu penemuan al-Zarqali yang paling fenomenal. Jam yang diciptakan ini masih boleh digunakan danberfungsi dengan maik sehingga tahun 1135M. Penemuan jam ini telah menarik perhatian masyarakat dunia terutamanya Raja Alphonso IV. Baginda yang sangat tertarik dengan ciptaan ini ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana jam ini berfungsi. Baginda kemudiannya telah mengarahkan Hamis Bin Zabara untuk menceraikan setiap bahagian dalam jam ini satu-persatu. Malangnya setelah jam itu diceraikan bahagiannya, tiada sesiapa yang dapat memasangkannya semula seperti asal.
Mengikut Ahmad Thomson, jam ini mempunyai dua bekas air ataupun kosong. Keadaan ini berlaku mengikut keadaan bulan sama ada ianya bulan sakit ataupun bulan penuh. Jika bulan menunjukkan ianya bulan penuh, kedua-dua bekas ini akan penuh dengan air dan mula berkurangan selepas 15 haribulan dan seterusnya akan kosong sepenuhnya apabila mencecah malam ke-29.
Jam Toledo
ASTROLABE
Astrolabe merupalan ciptaan yang paling tepat untuk sesuatu pengiraan. Astrolabe ini juga boleh digunakan untuk mengamati kiraan zodiak. Selain itu peranti ini juga diciptakan dan direka secara khusus untuk boleh digunakan dalam mengukur garis lintang dan mengunjur letak garisan khatulistiwa. Teknologi astrolabe yang diciptakannya juga boleh digunakan untuk menentukan perjalanan jam dan waktu.
Al-Zarqali juga menyertakan penulisan panduan penggunaannya bersama ciptaannya ini yang dinamakan “al-Safiha al-Zarqaliya. Oleh itu, ianya sangat membantu dalam menyelesaikan masalah astronomi untuk semua latitud. Selain itu, koordinasi 29 bintang juga ditandakan dana juga ianya mampu memamtau pergerakan matahari.
Ciptaan al-Zarqali ini telah menarik perhatian beberapa tokoh dunia selepasnya seperti Raja Alfonso dan Regiomontanus untuk menggunakannya. Mereka juga mengkaji ciptaan al-Zarqali hingga panduan penggunaannya telah ditafsir ke dalam beberapa bahasa lain seperti Latin dan Roman-Sepanyol.
TOLEDAN TABLE
Toledan table ini telah bertanggungjawab untuk memberi nafas baru kepada para astronomi. ini kerana ianya berjaya menjadikan kenyataan untuk memposisikan sistem planet-planet secara berkomputer pada bila-bila masa sahaja cerapan dilakukan. Beliau juga telah menyunting sendiri jadual yang dihasilkannya ataupun jadual yang dihasilkan oleh para astronomi lain dari kalangan Islam mahupun bukan Islam. Suntingan ini dilakukan di dalam balai cerap beliau di Toledo.
Pengaruh al-Zarqali yang begitu kuat telah membuat penyusunan jadual-jadual astronomi lain di Eropah merujuk pada hasil pengukuan al-Zarqali. Jadual Marseilles yang didasarkan pada Jadual Toledo buatan al-Zarqali juga diadaptasi ke meridian London, Paris dan Pisa. Raymond dari Merseilles merupakan salah satu tokoh yang pertama kali menyesuaikan jadual al-Zarqali di Eropah, yakni di bandar Marseilles. Leopold dari Austria juga tercatat sebagai astronomi Austria yang juga terpengaruh dengan pemikiran al-Zarqali. Tak cuma itu, Tablas Alfonsinas yang dibuat Alfonso juga disusun berdasarkan pada hasil kerja al-Zarqali.
Selama berabad-abad karya ini digunakan kerana sangat dikagumi terutamanya dari kalangan masyarakat Kristian di Barat. Karya ini mampu bertahan dan terus digunakan selama lebih dua abad seterusnya.
KESIMPULAN
Al-Zarqali merupakan seorang tokoh Islam yang banyak menyumbang kepada dunia. Walaupun beliau telah meninggal dunia, buah pikir dan karya-karyanya telah memberi inspirasi bagi ilmuwan lain terutama di Eropah. Peradaban Islam masa kini sudah seharusnya membakar dan menaikkan kembali semangat dan perjuangan hidup seorang al-Zarqali.
Secara umumnya, pengaruh Islam di Andalusia merupakan tempat yang paling utama bagi Eropah dalam menyerap peradaban Islam terutamanya dalam khazanah ilmu pengetahuan astronomi. Masyarakat Eropah juga menyaksikan kenyataan bahawa Andalusia berada di bawah kekuasaan Islam jauh meninggalkan negara-negara tetangganya Eropah, terutama dalam bidang pemikiran dan sains disamping bangunan fizik.
Pengaruh ilmu pengetahuan Islam atas Eropah telah menimbulkan gerakan kebangkitan kembali (renaissance) pusaka Yunani di Eropah pada abad ke-14 M. Berkembangnya pemikiran Yunani di Eropah adalah melalui terjemahan-terjemahan Arab yang dipelajari dan kemudian diterjemahkan kembali ke dalam bahasa Latin.
Walaupun Islam akhirnya terusir dari negeri Andalusia dengan cara yang sangat kejam, tetapi ia telah mempengaruhi gerakan-gerakan penting di Eropah. Gerakan-gerakan itu adalah: kebangkitan kembali kebudayaan Yunani klasik (renaissance) pada abad ke-14 M yang bermula di Itali, gerakan reformasi pada abad ke-16 M, rasionalisme pada abad ke-17 M, dan pencerahan pada abad ke-18 M.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:
Post a Comment