Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Sains Teknologi Seni Bina Masjid Nabawi Di Zaman Nabi Muhammad Saw

1.1 SEJARAH NABI MUHAMMAD Sallallahu ‘alaih wa sallam 
Dunia memerlukan seorang pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah masyarakat yang berbagai-bagai ragam.Di zaman jahiliah, kehidupan manusia terutama sekali masyarakat Arab, penuh dengan kezaliman dan penindasan.Bayi perempuan ditanam hidup-hidup, perempuan diperkosa, meminum arak menjadi tradisi mereka, orang-orang tua tidak dihormati dan hamba sahaya diseksa dengan kejam sekali.Di waktu manusia berada di dalam kesesatan dan tiada pegangan hidup ini, lahir seorang hamba Allah yang membawa peranan yang cukup besar bagi dunia

Bayi itu adalah seorang yatim.Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim, manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab.Beliau mengahwini Aminah ketika berusia 23 tahun.Aminah adalah seorang wanita quraisy dari Bani Zuhrah.

Setelah tiga bulan perkahwinan mereka, Abdullah telah berangkat ke Syam kerana berniaga bersama kabilah Quraisy.Di waktu itu Aminah sedang mengandung.Sewaktu kafilah itu pulang dari Syam, seperti biasa mereka singgah di Madinah untuk berehat dan membeli belah.Pada waktu itu Abdullah telah jatuh sakit.Penyakit itu telah menyebabkan beliau meninggal dunia sedang pada ketika itu Aminah sedang mengandung 2 bulan.Abdullah meningalkan harta pusaka iaitu 5 ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang hamba bernama Ummu Aiman

Kelahiran Nabi Muhammad disambut oleh datuknya yang bernama Abdul Mutalib dan dibawa ke Kaabah.Di tempat suci inilah bayi ini dinamakan dengan nama Muhammad yang bermaksud ‘terpuji’.Nabi Muhammad dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul awal tahun gajah bersamaan dengan 20 April, 571 Masihi.

Di waktu kelahiran Nabi Muhammad, Makkah telah diserang oleh sesuatu pasukan tentera Nasrani yang dipimpin Abrahah..(F.T, 1991)

1.1.1 AKHLAK NABI MUHAMMAD Sallallahu ‘alaih wa sallam 
Dalam perjalanan hidupnya sejak masih kanak-kanak hingga dewasa dan sampai diangkat menjadi Rasul, baginda terkenal sebagai seorang yang jujur, berbudi luhur dan mempunyai peribadi yang tinggi.Tidak sesuatu perbuatan dan tingkah lakunya yang tercela yang dapat dituduhkan kepadanya.Berlainan sekali dengan tingkahlaku dan perbuatan kebanyakan pemuda-pemuda dan penduduk kota Makkah yang gemar berfoya –foya dan bermabuk-mabukan itu.Kerana demikian jujurnya dalam perkataan dan perbuatan, baginda telah digelar ‘al amin’ yang bererti orang yang dipercayai.

Sebagai seorang manusia yang bakal menjadi pembimbing umat manusia, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam memiliki bakat-bakat dan kemampuan jiwa yang besar, kecerdasan fikiran, kehalusan perasaan, kekuatan ingatan dan kekerasan kemahuan.Segala pengalaman hidupnya, mendapat pengolahan yang sempurna dalam jiwanya.Dia mengetahui babak-babak sejarah negerinya.Kesedihan masyarakat dan keruntuhan agama dan bangsanya.Permandangan itu tidak dapat hilang dari fikirannya.Kejahatan, kezaliman dan keruntuhan akhlak yang menjadi darah daging kaum bangsanya menyebabkan Nabi Muhammad merasa sedih.Baginda sedar bahawa kebenaran tidak ada pada batu, patung, berhala dan dewa-dewa yang dipuja oleh kaumnya.Tetapi kebenaran itu ada dan dapat dicari melalui fikiran yang tajam dan hati yang jernih(Fakhrudin, 1999)

1.1.2 NABI MUHAMMAD MENJADI RASUL
Ketika berusia 40 tahun, baginda banyak memencilkan diri di Gua Hira’ selama 6 bulan.Pada bulan Ramadan dibawanya bekal lebih banyak dari biasanya kerana akan bersuluk lebih lama daripada waktu-waktu sebelumnya.Dalam masa bersuluk itu kadang-kadang baginda bermimpi dengan mimpi yang benar.

Pada malam 17 Ramadan, bertepatan dengan 6 Ogos tahun 610 Masihi, dating Malaikat Jibrail membawa tulisan dan menyuruh Nabi Muhammad membaca.Katanya ‘bacalah’.Baginda dirangkul beberapa kali oleh Malaikat Jibrail sehingga nafasnya sesak, lalu dilepaskan seraya diduruh membaca berturut-turut.Tetapi Nabi Muhammad masih tetap menjawab aku tidak dapat membaca.Begitulah keadaan berulang sampai tiga kali, dan akhirnya Nabi Muhammad berkata, apa yang hendak dibaca.Jibrail berkata

1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

 Inilah wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan inilah pula saat perlantikan baginda sebagai Rasulullah.Baginda dirangkul dengan kuat dan diminta membaca sebanyak tiga kali adalah untuk memberikan kekuatan jiwa, mental dan fizikal untuk menghadapi berbagai cabaran dalam menyampaikan seruan Allah kepada umat.(Mohd.Yusoff, 2003)


1.2 SEBAB-SEBAB PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD KE MADINAH

1.2.1 TERSEBARNYA DAKWAH RASULULLAH Sallallahu ‘alaih wa sallam 

Para pemeluk Islam pada kurun ke pertama, kebanyakannya terdiri daripada kaum fakir, miskin dan lemah.Mereka menyatakan iman kepada Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam secara langsung di hadapannya.Islam diterima oleh mereka secara keseluruhan, langsung dari lisan baginda.Sebagai rasul pembawa tuntunan, baginda, mengajarkan dasar-dasar Islam dengan penuh kesopanan

Jika Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam sedang duduk di masjid, para sahabat dari kaum lemah itu berkerumun di hadapannya.Mereka adalah Shahib Ar-Rumi, Amar bin Yasir, Bilal, Salman al-Farisi, Habab bin al-Arat dan lain-lain.Melihat situasi seperti ini pemimpin Quraisy mengatakan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam.Apakah kamu sudah merasa cukup puas dan bangga dengan kehadiran mereka?Apakah mereka itu kelompok yang diharapkan beriman kepadamu, padahal mereka adalah yang paling hina di kalangan kami.Apakah kami yang harus mengusir hamba dan budak itu? Pada dasarnya, kami malu dating ke tempatmu, kerana kamu berada di hadapan mereka.Usirlah mereka agar kami dapat mengikuti dan beriman kepadamu.Jika kamu memang mahu mengusir mereka!.Nabi menjawab, Tidak wajar bagiku mengusir orang-orang yang beriman.Pengikut nabi menjawab, laranglah mereka(pemimpin Quraisy)itu datang di hadapanmu ketika kami berada di hadapanmu.

Mendengar ucapan dan sikap mereka terhadap Islam, Nabi merasa gembira kerana mereka memeluk Islam secara tulus.Kemudian turunlah ayat berikut yang bermaksud :

52. dan janganlah Engkau usir orang-orang Yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredaanNya semata-mata. tiadalah Engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. maka (sekiranya) Engkau usir mereka, nescaya menjadilah Engkau dari orang-orang Yang zalim.

53. dan Demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) Dengan sebahagian Yang lain (yang fakir miskin); lalu orang-orang Yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin Yang beriman): "Inikah orang-orangnya Yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara Kami? " (Allah berfirman): "Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang Yang bersyukur?"

Al-Quran menegaskan bahawa Allah melarang Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam mengusir kaum lemah yang senantiasa beribadah kepada-NYA, siang dan malam.Dalam masalah ini, Allah memerintahkan menolak permintaan para pembesar Quraisy yang menganggap Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam tidak layak bergaul dan berkata-kata dengan kaum lemah tersebut.Dalam hal ini Nabi tidak bertanggungjawab terhadap kelakuan para pembesar Quraisy itu.Begitu pula, mereka juga tidak berhak mengusik perbuatan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam.

Firman ALLAH yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui kepada orang-orang yang mensyukuri atas kurniaan dan nikmat-Nya”(Fakhrudin, 1999)

ISRAK’ DAN MI’RAJ
Dalam menanam dan memantapkan keimanan seseorang, serta memperlihatkan kurnia-Nya atas Rasulullah s.a.w., Allah memperlihatkan seluruh kebesaran-Nya ketika beliau Isra’ dan Mi’raj Allah s.w.t memperjalankan (Israk’) hambanya (Muhammad) pada suatu malam yang penuh berkah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis.Perjalanan baginda di malam hari itu adalah di dalam rangka menyaksikan keagungan Allah dan menerima perintah solat.

ALLAH berfirman :

1. Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(Ramzi, 2004)

HIJRAH KE MADINAH (622M-624M)

Aus dan Kharaj Beriman kepada Muhammad

Perubahan besar berlaku dalam sejarah perjuangan Muhammad bin Abdullah apabila beliau memperkenalkan dirinya kepada beberapa orang daripada suku Khazraj.Pada masa itu, mereka berada di tempat yang bernama Aqabah, Muhammad datang berjumpa mereka dan membacakan al-Quran kepada mereka.Apabila mereka mendengar bacaan al-Quran kepada mereka.Apabila mereka mendengar bacaan al-Quran daripada Muhammad, mereka berbincang sesame mereka.Inilah yang selama ini Yahudi di Madinah mengancam kita.Orang Yahudi adalah satu pertiga daripada penduduk Madinah.Dua pertiga lagi Aus dan Kharaj.

 Kekuasaan di Madinah menjadi perebutan antara tiga golongan ini.Tetapi tidak ada yang mampu menundukkan yang lain.Mereka sama banyak dan sama kuat.Oleh itu, orang-orang Yahudi ini selalu mengancam suku Aus dan Kharaj yang mana akan diutuskan seorang nabi dan mereka akan menjadi pengikut nabi itu.Pada masa itu, mereka akan menguasai Madinah dan menyembelih Aus dan Kharaj

 Kharaj berkata, “ Inilah nabi yang disebut-sebut oleh orang Yahudi.Jangan sampai Yahudi mendahului kita sehingga terlaksana nanti ancaman-ancaman mereka itu.Biar kita yang beriman dahulu.Dengan itu, semua mereja akan masuk Islam.”

 Mereka semua memeterai perjanjian dengan Muhammad yang disebut Baiah al-Ula iaitu Perjanjian Aqabah Pertama.Dinamakan juga Baiah al-Nisa’ yang bermaksud perjanjian orang perempuan kerana ia adalah perjanjian taat setia dengan Muhammad, perjanjian iman dan akhlak tetapi belum perjanjian jihad seperti perjanjian orang-orang perempuan dengan Muhammad

Pada musim haji yang berikutnya datang dari Yasrib ke Mekah 73 orang terdiri dari lelaki dan dua wanita.Rasulullah s.a.w menemui mereka dan berjanji akan berjumpa mereka pada malam hari di Aqabah.Rasulullah s.a.w memperingatkan mereka agar pertemuan mereka nanti dirahsiakan,

 Setelah tiga hari mereka menjalankan haji, mereka berangkat ke Aqabah untuk mengadakan pertemuan dengan Rasulullah s.a.w.Nabi disertai bapa saudaranya, Abbas bin Abi Muthalib, yang waktu itu masih beragama tradisi Quraisy memberi sambutan kepada kedatangan mereka.
 “ Sebagaimana anda ketahui bahawa Muhammad daripada golongan kami, dilarang kegiatannya oleh kami, dilarang kegiatannya oleh kami.Sebagaimana saudara maklumi sebenarnya dia mempunyai kekuasaan dan kebebasan memimpin kaumnya dinegerinya, akan tetapi dia enggan, malah menggabungkan diri kepada anda semua.Anda pun membenarkan dan menerima ajakannya.Pada prinsipnya, anda semua akan memberikan pertolongan kepadanya, setelah baginda keluar dari tempat ini menuju negeri kamu, (Fakhrudin, 1999)

Kemudian Rasulullah membacakan al-Quran dan berdoa kepada Allah serta menyakinkan mereka tentang Islam.Selanjutnya Rasulullah menjawab, “ Berjanjilah kamu kepadaku untuk menerima dan taat, baik dalam keadaan semangat atau malas, ketika lapang atau sulit, senang berbuat makruf dan melarang perbuatan mungkar dan jika kamu membicarakan tentang Allah, janganlah kamu takut akan ejekan dan cacian khalayak, Hendaklah kalian membantu dan melindungi dirimu, isteri-isterimu dan anak-anakmu.Kelak, kamu akan memperolehi kebahagiaan di syurga”

Berjanjilah mereka kepada Rasulullah s.a.w dan bersabdalah beliau, “Sekarang berangkatlah dua belas pemimpin daripada kamu sebagai penyuluh atas kaum mereka di mana mereka berada.”

Bertolaklah dua belas pemimpin itu, kemudian Rasulullah bersabda, “ Kamu adalah penyuluh kaum kamu sebagaimana kaum hawariyyun sebagai pelindung Isa a.s. seperti aku pun pelindung atas kamu”.Kemudian mereka pulang ke Yasrib dengan membawa amanat dan tugas, yakni di sana menyebar luas dakwah Islam.Dalam waktu singkat agama Islam telah tersebar di seluruh Madinah(Ramzi, 2004)

HIJRAH KE MADINAH

 Muhammad memerintahkan sahabat-sahabatnya berhijrah ke Madinah.Hijrah ke Madinah adalah perintah daripada Nabi Muhammad s.a.w, bukan lagi seperti hijrah ke Habsyah. Orang yang pertama yang berhijrah ke Madinah ialah Abu Salamah dan isterinya Ummu Salamah.Selepas Abu Salamah berhijrah, ramai lagi sahabat yang berhijrah ke Madinah secara senyap-senyap.Hijrah terus berlaku.Seorang demi seorang sahabat Muhammad meninggalkan Mekah kecuali mereka yang ditahan oleh kaum masing-masing.Abu Bakar dan Nabi Muhammad s.a.w juga masih belum berhijrah.

PERANCANGAN QURAISY HENDAK MEMBUNUH MUHAMMAD:

Allah berfirman dalam Surah al-Anfaal : 30. dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya. Pada masa yang sama, Muhammad sudah bersiap-siap berhijrah ke Madinah.Oleh itu, Muhammad memberitahu Ali supaya tidur di tempat beliau pada malam itu. Selepas keluar dari rumah tersebut, Muhammad pun pergi berjumpa Abu Bakar supaya menemani beliau berhijrah ke Madinah

PERSIAPAN ORANG MADINAH BAGI MENYAMBUT MUHAMMAD
 Kedatangan Muhammad ke Madinah bukan sahaja sebagai nabi tetapi juga sebagai pemerintah Madinah.Persiapan menyambut kedatangan Muhammad ini menjadi program besar dan pesta besar-besaran bagi penduduk Madinah
 Muhammad tiba di Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Isnin.Pada hari itu, seperti biasa orang Madinah keluar menunggu selepas subuh sampai tengah hari.Apabila matahari sudah terik, mereka beransur pulang.Sebaik sahaja mereka beredar, Muhammad pun sampai.

Pada masa itu, masing-masing berharap Muhammad berhenti di tempat mereka bagi mendapatkan keberkatan Muhammad.Kali pertama Muhammad turun daripada daripada kenderaannya adalah di Quba’.Muhammad terus memerintahkan sahabatnya membina masjid di situ.

Dari hari Isnin sampai hari Khamis, Muhammad berada di Quba’.Pada hari Jumaat, Muhammad bergerak dari Quba’ masuk ke Madinah.(Ramzi, 2004)

PEMBINAAN MASJID NABAWI

SELEPAS membina masjid Quba', Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam pun meneruskan perjalanan baginda bersama-sama dengan sahabat ke Madinah yang juga ketika itu dikenali sebagai Yathrib.

Perjalanan yang ditempuh amat jauh dan memakan masa berhari-hari. Cuaca padang pasir yang panas terik dan kering menyukarkan perjalanan. Walaupun begitu, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat baginda dan para sahabat untuk berhijrah.

Ketika dalam perjalanan itu juga, tiba-tiba sahaja unta yang ditunggang oleh Rasulullah berhenti dan melutut.Terdapat beberapa orang Islam sedang mengerjakan solat di tempat itu.Baginda dan para sahabat pun berhenti di situ.

Di tempat itu juga terdapat dua orang anak lelaki yatim piatu.Seorang bernama Sahl dan seorang lagi Sohail.Mereka mempunyai sebuah kandang unta di tempat yang betul-betul mengenai tapak Rasulullah ingin membina masjid.

Sebagaimana yang diketahui, Rasulullah akan membina masjid di mana sahaja baginda berhenti. Baginda pun memanggil kedua-dua orang lelaki itu.Baginda ingin berunding untuk mendapatkan kandang unta mereka.Tujuan baginda adalah untuk membina sebuah masjid di situ.

Mereka pun berkata: "Wahai Rasulullah, ambil sahajalah kandang unta kami itu. Binalah masjid sebagaimana kehendak Allah.Kami amat berbesar hati sekiranya dapat berbakti di jalan Allah."

Walaupun begitu, Rasulullah menolak tawaran mereka itu.Baginda telah membayar sebanyak 10 dinar dan mengarahkan sahabat untuk membuat pembayaran kepada mereka berdua.

Setelah itu, pembinaan masjid Nabawi pun dimulakan.Rasulullah telah mengarahkan pokok-pokok kurma ditebang dan batu-batu dialihkan.

Kubur-kubur pada zaman Islam telah digali dan ditanam semula di tempat lain. Kawasan tapak kandang unta itu terdapat air yang bertakung. Baginda pun telah mengarahkan para sahabat agar mengalirkan air itu ke tempat lain sehingga kering.

Masjid Nabawi yang dibina itu mempunyai ukuran panjang dari depan ke belakang lebih kurang 100 hasta dan begitu juga pada bahagian sisi sebelah lagi. Ia berbentuk empat persegi dan dipengaruhi dengan reka bentuk pembinaan pada ketika itu.

Binaan asasnya pula berukuran tiga hasta dalam yang dibina di atas tanah.Para sahabat dan baginda membina masjid ini secara bergotong-royong.

Rasulullah membuat kiblat ke arah Baitulmaqdis di Palestin kerana pada ketika itu belum diperintahkan arah kiblat menghadap ke Kaabah di Mekah.Unsur-unsur seni bina Masjid Nabawi banyak menyerupai Masjid Quba.(Zamri, Bicara Agama, 2009)

KEISTIMEWAAN MASJID NABAWI

1.Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَمِنْبَرِي عَلَى حَوْضِي
“Tempat antara mimbarku dan rumahku adalah satu taman dari taman-taman surga. Dan mimbarku berada di atas telagaku.” (HR. Al-Bukhari no. 1888 dan Muslim no. 1391)

 2. Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa beliau bersabda:
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
“SOlat di masjidku ini lebih baik daripada 1000 solat di tempat lain, kecuali di Masjid Al-Haram.” (HR. Muslim no. 1394)

FUNGSI MASJID NABAWI

Tempat ibadah (bersolat, zikir).
2. Tempat berkomunikasi (masalah ekonomi-sosial budaya).
3. Tempat pendidikan.
5. Tempat latihan ketenteraan dan persiapan alat-alatnya.
6. Tempat perubatan kepada mangsa perang.
7. Tempat perdamaian dan pengadilan sengketa.
8. Tempat menerima tamu.
9. Tempat menawan tahanan, dan
10. Pusat penerangan atau pembelaan agama(Zamri, Bicara Agama, 2009)

KESIMPULAN
Daripada tajuk assignment yang saya perolehi ini, banyak perkara baru yang saya dapat timba.Salah satunya ialah kebijaksanaa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dalam menyampaikan dakwahnya di Mekah dan Madinah.Selain itu, saya juga dapat lebih mengenali lebih dekat dengan biodata baginda, dan akhlak-akhlak baginda.Akhlak baginda terlalu indah menyebabkan ramai orang tertarik dan terbuka hati untuk menerima ajaran Islam.Dalam tajuk ini juga, saya dapat mengenali serba sedikit tentang sahabat-sahabat baginda, yang selalu berdamping dengan baginda.Mereka sanggup mati bagi menjaga baginda dan mati sebagai orang yang mempertahankan ajaran Islam.

Kebijaksanaan baginda terserlah ketika beliau berhijrah ke Madinah apabila beliau membina Masjid yang pertama iaitu Masjid Quba’ bagi memudahkan orang bersembahyang.Baginda juga membina Masjid Nabawi bersebelah dengan rumah baginda.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam seharusnya mengikut jejak langkah baginda bagi menyampaikan dakwah tentang Islam.Jika perkara tersebut tidak dapat dilakukan, setidak-tidaknya ikutilah sunnah baginda..

Baginda bersabda, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu ikut nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnahku.

RUJUKAN
1. Dr.A.Abdul F.T, 1991, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam Bahagian 1, Kuala Lumpur, Penerbit Darul Nu’man
2. Muhammad Ramzi Omar, 2004, Sirah Nabawiyyah, Kuala Lumpur, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
3. Syarifah Fakhrudin, 1999, Sejarah Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dan Khulafa’ Rasyidin, Johor Darul Takzim, Penerbit Perniagaan Jahabersa
4. Zamri, M. (2009). Bicara Agama. Retrieved from Pembinaan Masjid Nabawi.
5. Zulkifli Mohd.Yusoff, 2003, Biografi Muhammad Bin Abdullah, Selangor, Penerbit Pts Islamika


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment