Thursday, October 15, 2015

Tajuk: Konsep Ekonomi Yang Diperkenalkan Oleh Rasulullah S.A.W.

PENDAHULUAN
Persoalan mengenai ekonomi Islam dan dasar belanjawan negara mengikut perspektif Islam adalah merupakan satu fenomena yang baru bagi umat Islam di negara ini. Sungguhpun pada setiap akhir tahun persoalan belanjawan negara telah menjadi satu perdebatan dan perbincangan dalam kalangan ahli – ahli ekonomi dan akademik, tetapi secara umumnya kebanyakan orang Islam kurang memahami tentang dasar dan polisi belanjawan negara dari perspektif Islam. Perkara yang selalu dipersoalkan oleh umat Islam ini mampu untuk dijadikan panduan atau alternatif dalam merancang dan melaksanakan dasar belanjawan negara kita pada tiap – tiap tahun. 

Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan, berbeza daripada agama – agama lain dari segi menangani masalah ekonomi yang merupakan satu aspek daripada kehidupan yang menyeluruh. Islam mempunyai nilai yang berbeza dari segi menentukan kelakuan ekonomi. Oleh sebab Islam bererti “tunduk dan menyerah diri” kepada Allah Subhanahu wa ta’ala ., maka kegiatan ekonomi Islam juga dalam konteks penyerahan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala . Apabila menjalani hidup berekonomi, umat Islam wajib mematuhi syariat Allah Subhanahu wa ta’ala . dalam bentuk amal, i’tikad dan akhlak. 

Hukum Islam merangkumi ekonomi dan peraturan khusus tentang aktiviti atau kegiatan manusia yang berkaitan dengan kekayaan, pengeluaran, pertukaran, pengagihan dan penggunaan agar semuanya mengikut peraturan dan batasan yang ditetapkan. Dengan mematuhi peraturan dan batasan seluruhnya, aktiviti ekonomi akan dilakukan dengan adil dan seimbang antara kebebasan individu dengan maslahah (kebajikan) awam dan soal agama serta perkara keduniaan. Tujuan aktiviti ekonomi ialah untuk memenuhi keperluan mereka. Keperluan ialah satu gerak dalaman di dalam jiwa manusia. Usaha yang dicurahkan oleh manusia merupakan cara atau perantaraan ekonomi, manakala kepuasan keperluan merupakan matlamat ekonomi. 

Sistem ekonomi Islam telah bermula lama dahulu sejak zaman Rasulullahs. a. w. lagi. Sebelum memperkenalkan konsep ekonomi Islam, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah mula menubuhkan Baitulmal sebagai pusat perbendaharan negara. Baitulmal adalah pos yang dikhususkan untuk semua pemasukan ataau pengeluaran yang menjadi hak kaum Muslimin, sementara pemiliknya tidak jelas, maka harta tersebut merupakan hak Baitulmal, bahkan kadang pemiliknya jelas sekalipun. Apabila harta telah diambil, maka dengan pengambilan tersebut, harta telah menjadi hak Baitulmal, baik harta tersebut dimasukkan ke dalam kasnya ataupun tidak kerana Baitulmal ini mencerminkan sebuah pos, bukan tempat. 

Tiap hak yang wajib diberikan untuk kepentingan kaum Muslimin, maka hak tersebut berlaku untuk Baitulmal. Apabila diberikan dalam salah satu pos Baitulmal, maka harta tersebut telah menjadi bahagian dari pengeluaran Baitulmal, baik dikeluarkan dari kasnya mahupun tidak. Hal ini demikian kerana, harta yang diserahkan kepada para penguasa kaum Muslimin beserta pembantu – pembantu mereka, atau dikeluarkan melalui tangan mereka, maka hukum baitulmal berlaku untuk harta tersebut, baik berkait dengan pemasukan mahupun pengeluarannya. 

Sumber pemasukan tetap Baitulmal adalah fai’, ghanimah, anfal, kharaj, jizyah dan pemasukan dari hak milik Negara, usyur, khumus, rikaz, tambang serta harta zakat. Hanya saja, harta zakat diletakkan pada kas khusus Baitulmal, serta tidak diberikan selain untuk delapan kelompok (asnaf) yang telah disebutkan dalam Al-Qur’an, dan tidak sedikit pun dari harta zakat tersebut boleh diberikan kepada selain delapan asnaf tadi, baik untuk keperluan Negara, mahupun keperluan umat. Meskipun demikian, seorang imam (khalifah) boleh saja member harta zakat tersebut berdasarkan pendapat dan ijtihadnya, kepada sesiapa sahaja dari kalangan delapan asnaf tersebut. Imam (khalifah) juga berhak memberikan harta tersebut kepada mereka. Begitu pula pemasukan harta dari hak milik umum, juga diletakkan pada kas khusus Baitulmal, dan tidak boleh dicampur adukkan dengan yang lain kerana harta tersebut menjadi hak milik seluruh kaum Muslimin yang diberikan oleh khalifah sesuai dengan kemaslahatan kaum Muslimin yang mengikuti kebajikan dan ijtihadnya berdasarkan hukum – hukum syara’. 

2. 0 DEFINISI EKONOMI
Ilmu ekonomi sepatutnya neutral, tetapi ia kerap condong kepada persekitaran. Takrif ilmu ekonomi sepatutnya dapat digunakan dan sesuai dengan sesiapa sahaja, sama ada yang beragama atau tidak beragama, Islam atau bukan Islam. Kalau dikatakan ekonomi itu “ merupakan rumusan tafsiran peristiwa manusia dalam menghadapi alam bendanya” (Sobri, 1982 : 23), atau seperti kata Ibn Khaldun sebagai “ kehidupan manusia daripada satu rupa dan keinginan untuk mendapat rezeki dan berusaha untuk mendapatkannya” (Fachruddin, 1982 : 11), maka tentunya bagi orang Islam, persemukaan mereka dengan alam benda dan usaha untuk mendapat rezeki mempunyai kaedah dan matlamat tersendiri, berbeza daripada orang lain. Tetapi oleh sebab manusia (orang Islam) sering kali terluopa daan tidak sedar tentang tanggungjawab sendiri, maka prnyataan yang lebih jelas diperlukan bagi takrif di atas. Oleh itu, takrif yang khusus diperlukan oleh ekonomi Islam. 

Akram Khan (1984: 55) mentakrifkan ekonomi Islam sebagai kajian al-falah manusia melalui pengurusan sumber bumi berasaskan kerjasama daan penyertaan. Dalam pada itu, Hasanuz-Zaman (1984 : 55) pula mentakrifkan ekonomi Islam sebagai ilmu pengetahuan dan penggunaan perintah dan peraturan syariat demi melindungi ketidakadilan dalam perolehan dan penggunaan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan manusia dan bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala . dan masyarakat seluruhnya. 

Masudul Alam Choudury (1986 : 4) mentakrifkan ekonomi Islam sebagai kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia dan masyarakat berasaskan panduan sistem nilai Islam. 

Amir Mohd. al-Faysal al-Su’ud berpendapat ekonomi Islam ialah satu ilmu wasilah (alat) yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi segala hajat individu dan masyarakat sesuai dengan peraturan syariat (dipetik daripada Hamzah dan Shahbari, 1982 : 3). 

Mannan (1980 : 36) menganggap ekonomi Islam sebagai ilmu sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi yang berpegang padaa nilai Islam. 

Dapat ditegaskan disini bahawa ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan, manusia selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperoleh, mengguna atau mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian demi mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala . 

Selain itu, dalam pengertian Islam pula, ekonomi ialah satu sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia yang didasarkan kepada asas-asas dan nilai-nilai Islam. Ekonomi Islam adalah sebahagian daripada asas kepada masyarakat dan negara Islam. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan pada kedua-dua asas inilah terhubung jalin sistem sosial Islam. 

3. 0 JENIS – JENIS EKONOMI YANG DIPERKENALKAN OLEH RASULULLAH Sallallahu ‘alaihi wa sallam. 
Ilmu ekonomi Islam sebagai pengajian ilmu pengetahuan moden baru muncul pada 1970-an. Tetapi pemikiran tentang ekonomi Islam telah muncul sejak Islam itu diturunkan melalui Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Hal ini demikian kerana, rujukan utama pemikiran Islam adalah Al-quran dan Hadis, maka pemikiran ekonomi ini munculnya juga bersamaan dengan diturunkannya Al-Qur’an dan masa kehidupan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . pada abad akhir 6 M hingga awal abad 7 M. Selepas masa tersebut banyak sarjana muslim yang memberikan sumbangan karya pemikiran ekonomi. Karya-karya mereka sangat berbobot, iaitu memiliki dasar perjanjian agama dan juga intelektual yang kuat serta kebanyakannya didukung oleh fakta empiris pada waktu itu. Banyak di antaranya juga sangat futuristik di mana pemikir-pemikir Barat baru mengkajinya ratusan abad kemudian. Pemikiran ekonomi di kalangan pemikir muslim banyak mengisi khazanah pemikiran ekonomi dunia pada masa dimana Barat masih dalam kegelapan (dark age). Pada masa tersebut, dunia Islam telah mengalami puncak kejayaan dalan berbagai bidang. Kegiatan ekonomi merupakan sesuatu yang tidak bisa dipisahkan dalam kehidupan manusia. Kegiatan yang berupa produksi, distribusi dan konsumsi ini dilakukan dalam rangka memenuhi seluruh keperluan hidup manusia. Setiap tindakan manusia didasarkan pada keinginanannya untuk memenuhi keperluan hidup. Aktiviti ekonomi inipun dimulai dari zaman nabi Adam hingga detik ini, meskipun dari zaman ke zaman mengalami perkembangan. Setiap masa manusia mencari cara untuk mengembangkan proses ekonomi ini sesuai dengan tuntuan keperluannya. Tidak terlepas dari itu, Islam yang awal kejayaannya di masa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . juga memiliki konsep sistem ekonomi yang patut dijadikan bahan acuan untuk mengatasai permasalahan ekonomi yang ada saat ini. Oleh kerana ia salah satu hal yang mendasari, maka dilakukannya penulisan ini adalah untuk mengetahui kegiatan ekonomi yang sistematik yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . yang merupakan zaman awal kegemilangan Institusi Islam sebelum jatuh pada tahun 1924. 

Oleh itu, terdapat beberapa jenis ekonomi yang telah Rasulullah perkenalkan iaitu :
1. Zakat
2. Cukai
3. Perniagaan

3. 1 ZAKAT
Pada permulaan zaman pemerintahan Islam, pungutan yang dilakukan terhadap umat Islam adalah dalam bentuk zakat. Semasa pemerintahan Umar Al-Khattab, banyak diwujudkan sistem percukaian yang baru dan lebih kompleks disebabkan faktor keluasan daerah Negara Islam pada masa itu. Umar menubuhkan beberapa bahagian di dalam perbendaharaan Negara, iaitu :
1. Pentadbiran harta zakat
2. Pentadbiran jizyah
3. Pentadbiran ghanimah dan rikaz
4. Peninggalan harta peninggalan yang tidak bertuan (waris)

Zakat merupakan satu syari’at kemanusiaan yang kekal. Syari’at zakat diwarisi daripada nabi - nabi terdahulu sebelum kedatangan agama Islam lagi. Sesebuah masyarakat dianggap tidak beragama (din) tanpa ada kewajipan bermasyarakat yang telah lama berakar umbi seperti zakat. Zakat menjadi ibadat kehartaan yang diwajibkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala ., sebagai salah satu jaminan sosial serta kebajikan manusia. Zakat berbeza dengan ibadat lain kerana keabadian, kesinambungan dan kekekalannya sepanjang masa. Zakat tidak menerima pembatalan dan perubahan. Dengan itu, zakat merupakan satu kurniaan yang mempunyai keistimewaan yang besar kerana dijadikan sumber kewangan yang abadi dalam sistem kewangan Islam. Zakat tidak terpengaruh dengan anasir luaran ke atas sesuatu kekayaan dan tidak terbatas ke atas satu pendapatan sebagaimana yang berlaku kepada sistem percukaian. Dalam beberapa keadaan, zakat berkait rapat dengan modal dan sumber pengeluaran kerana zakat pada dasarnya diwajibkan ke atas pendapatan dan modal. Dengan ini, zakat berbeza dengan cukai. Selain itu, zakat diwajibkan ke atas semua harta modal sama ada harta itu digunakan atau tidak. Oleh sebab itu, pemilik harta tersebut terpaksa melaburkan harta itu kerana dengan langkah itu, harta tersebut tidak akan habis dimakan zakat setiap tahun. 

Nas Al-Qur’an tidak membataskan harta yang diwajibkan zakat dan kadarnya. Persoalan itu dijelaskan oleh sunnah secara terperinci. Harta yang diwajibkan zakat boleh dibahagikan kepada dua pembahagian asas. Pertama harat modal seperti beniatang, mata wang dan perniagaan. Kedua, harta pendapatan seperti biji – bijian dan buah – buahan. Zakat pertanian ini telah ditetapkan nisab dan kadar zakatnya sejak awal Islam lagi. Begitu juga dengan zakat mata wang (emas dan perak), bintang pertanian dan perniagaan. Tetapi apabila dikaji tentang konsep umum harta yang diwajibkan zakat, zakat boleh dikenakan ke atas harta baru yang lain dan terdapat dalam masyarakat yang sentiasa menerima kemajuan dan perkembangan seperti hasil perindustrian, saham dan surat berharga, hasil dan sewaan tanah, hasil pengangkutan, gaji dan upah atau ganjaran kepada ahli professional. Selagi sumber zakat itu berbagai – bagai jenis, ini bermakna kewajipan berzakat membuka ruang secara fleksibel dengan sluas – luasnya. Sebagai satu andaian, keuntungan sesuatu perniagaan itu akan sampai ke tahap sifar pada tahun tertentu. Perkara ini berlaku dalam sesebuah masyarakat. Secara langsung, pendapatan sesebuah syarikat itu juga menjadi sifar pada tahun itu. Sistem zakat tetap mendapat hasil kerana zakat diwajibkan ke atas mata wang bukan ke atas keunutungan yang diperoleh. 

Harta zakat dianggap sebagai salah satu jenis harta yang diletakkan di dalam Baitulmal, namun zakat berbeza dengan jenis harta – harta yang lain, dari segi prolehannya serta berapa kadar yang harus dikumpulkan, dan dari segi perbelanjaannya. Zakat, dari segi pemerolehannya tidak akan dikumpulkan selain dari harta orang – orang Islam, dan bukan dari orang bukan Islam. Zakat meskipun berupa harta, namun pembayarannya bisa mewujudkan nilai spiritual, seperti solat, puasa dan haji. Dimana, hukum menunaikannya adalah wajib bagi setiap Muslim. Zakat tersebut tidak gugur dari seorang Muslim selama diwajibkan dalam hartanya. Zakat tersebut tidak diwajibkan ke atas seorang Muslim yang memiliki satu nisab, sebagai kelebihan hutang – hutang dan keperluan – keperluannya. Dan, zakat tersebut tidak wajib atas orang bukan Islam. Akan tetapi, zakat tersebut diwajibkan ke atas anak –anak dan orang gila, berdasarkan riwayat dari at-Tarmidzi dari Abdullah bin Amru dari nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . bersabda :

“Ingatlah, siapa saja yang mengurus anak yatim, maka dalam hal ini hendaknya dia berniaga, dan tidak membiarkannya hingga dia diberi makan oleh hasil sedekah. ”

Maknanya : dia tidak membiarkan anak yatim tersebut sehingga semua hartanya tidak tidak dikeluarkan untuk membayar zakatnya. Disamping kerana zakat tersebut diwajibkan ke atas harta yang dimiliki seseorang, dimana zakat merupakan ibadat maliyah (harta), bukan ibadat jasadiyah (tubuh). 

Terdapat beberapa kumpulan harta yang diwajibkan zakat, mengikut jenisnya seperti yang berikut :

1. Binatang ternakan
2. Pertanian
3. Perniagaan


3. 1. 1 BINATANG TERNAKAN
Binatang yang dikenakan zakat terdiri daripada lembu (termasuk kerbau), kambing biri – biri dan unta. Pada umumnya kadar yang diwajibkan keluar oalah 2. 5 peratus iaitu jika dikira pada nilainya. Nisab bagi unta ialah 5 ekor, lembu 30 ekor dan kambing 40 ekor. Syarat untuk dikenakan zakat adalah dengan memastikan binatang ternakan dipelihara di kawasan peliharaan bukan milik persendirian. Perkara ini difahamkan daripada hadis nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . tentang syarat peliharaan tersebut. Dengan itu, zakat binatang ternakan mempunyai jenis khususnya, di antaranya seperti berikut :

1. Merupakan zakat yang dikenakan secara terus pada aset – aset berkembang yang terdapat pada binatang ternakan itu sendiri dan bukan pada hasil yang diperolehnya. Aset – aset tersebut dianggap telah berkembang dengan pasti kerana berasal dari bentuk yang kecil dan berubah menjadi besar. 

2. Merupakan zakat yang mempunyai haul, iaitu dalam memiliki binatang – binatang tersebut harus mencapai waktu haul penuh (satu tahun) sebagaimana yang dilakukan oelh Rasulullah dan para sahabat setelahnya bahawa mereka mengutus para petugas zakat setiap datang masa haul untuk nmengumpulkan zakat termasuk zakat binatang ternakan. 

3. Harus termasuk binatang ternakan dari jenis saimah yang lebih dari setahun. Yang dimaksudkan dengan saimah adalah bahawa bintanag tersebut lebih sering digembalakan selama satu tahun di tempat gembala umum, sebagaimana binatang yang dimanfaatkan tenaganya. 

4. Merupakan zakat yang kadarnya dalam bentuk peratusan seperti pada unta dan lembu dimana kadarnya mencapai 2. 5 peratus dari jumlah harta, sedangkan pada kambing dan jenis kambing kacang kadarnya mencapai 1 peratus. 

5. Zakat ini harus dikeluarkan dalam bentuk benda dan tidak boleh diganti dengan harga pasar iaitu harga yang ada di pasar pada saat diwajibkannya zakat tersebut. Hal ini berdasarkan pada hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . yang ditujukan pada Mu’adz ketika diutus ke Yaman dimana beliau bersabda yang bermaksud : “Ambillah biji dari zakat biji – bijian, seekor kambing dari zakat kambing, seekor unta dari zakat lembu. ” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Baihaqi dan Hakim)

6. Merupakan zakat yang disesuaikan dengan piawaian taklif (batas dikenakannya suatu kewajipan) bagi seorang mukallaf dalam menunaikan zakatnya, sehingga binatang – binatang ternakannya yang jumlahnya di bawah nisab yang telah ditentukan tidak diwajibkan zakat, atau dengan kata lain tidak diwajibkan pada harta – harta yang jumlahnya sedikit. 
7. Tidak mewajibkan untuk mengambil zakat tersebut dari bintang ternakan pilihan kecuali apabila mendapat izin penuh dari pemiliknya, sebagaimana tidak wajib untuk diambilkan dari binatang dari binatang ternakan yang cacat dan dianggap dapat mengurangi nilainya menurut orang yang pakar haiwan kecuali bila semua haiwan yang ada menderita cacat. Dengan demikian zakat ini diambil yang memiliki kualiti sedang. Diriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . bahawa beliau bersabda yang ertinya : “Tiga hal apabila seseorang melakukannya maka ia telah merasakan nikmatnya iman iaitu seseorang yang hanya menyembah Allah Subhanahu wa ta’ala ., dan bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah Subhanahu wa ta’ala ., serta memberikan zakat hartanya dengan senang hati memberikan yang telah tua, yang kotor dan sakit, yang hina dan yang tercela, akan tetapi yang sedang – sedang saja di antara harta – hartamu kerana sesungguhnya Allah tidak pula menyuruhmu (untuk memberikan) yang terburuk. ” (HR. Abu Daud dan Thabrany)

3. 1. 2 PERTANIAN
Kewajipan zakat terhadap hasil pertanian jelas dinyatakan dalam Al – Qur’an surah al – An’am, ayat 141. Maksudnya : “Dan dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun – kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon – pohon tamar (kurma) dan tanaman – tanaman yang berlainan (bentuk, m rupa dan rasanya) dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa – apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang – orang yang melampau. ”

Jenis – jenis pertanian yang dikenakan zakat merupakan makanan ruji termasuklah anggur, tamar dan tanaman asasi yang lain. Kadar minimum ialah lima ausuk. Manakala bagi padi pula ialah 400 gantang Baghdad setahun. Kadar yang dikenakan terbahagi kepada tiga, iaitu sekiranya diairi dengan menggunakan tenaga manusia dikenakan pada kadar 2. 5 peratus manakala menerusi hujan dengan kadar 10 peratus dan jika diairi serta menerima air hujan pada kadar 5 peratus. 

Antara jenis zakat dari hasil pertanian adalah seperti berikut :

1. Zakat terus diambil dari hasil pengelolaan tanah al – usyriah baik dalam bentuk hasil tani, buah, buah, bunga dan sebagainya. 

2. Zakat yang tidak mempunyai masa haul, dengan kata lain tidak disyariatkan haul akan tetapi zakat diwajibkan ketika masa menuai berdasarkan firman Allah Subhanahu wa ta’ala ., “Dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya)” (QS. al-An’am : 141)

3. Zakat diwajibkan dari hasil bersih kerana dalam kontek ini biaya penyiraman dan lain – lainnya dipisahkan terlebih dahulu, sebahagian ulama berpendapat zakat dihitung dari hasil kotor. 

4. Zakat ditentukan setelah mempertimbangkan biaya pengelolaan yang dikeluarkan, sumber zakat harus mencapai nisab tertentu iaitu 5 sha’ dan jumlah tersebut didapati setelah dikurangi hutang biaya pengelolaan. 

5. Peratusan relative, maksudnya peratusan zakat adalah 10 peratus bagi hasil bumi yang disirami oleh hujan dan mata air (hasil lahan tadahan hujan) dan 5 peratus bagi hasil bumi yang didapati dengan cara menyiraminya dari aliran memerlukan air atau alat – alat lainnya (hasil lahan memerlukan air)

6. Pada prinsipnya, zakat dikeluarkan dalam bentuk barang akan tetapi dapat pula dikeluarkan dalam bentuk wang maka kadar zakat yang berupa barang harus dinilai dengan harga pasar pada saat menuai dan penyimpanan bukan pada saat mengeluarkan zakat. 

7. Zakat wajib dikeluarkan tepat pada masa menbuai dan dibenarkan penundaan waktu mengeluarkan zakat. 

3. 1. 3 PERNIAGAAN
Ajaran Islam sangat memperhatikan aktiviti jual beli kerana peranannya yang sangat penting dalam menyalurkan hasil – hasil industri, peratnian dan khidmat serta kekayaan – kekayaan lainnya yang diperlukan untuk memenuhi keperluan – keperluan pokok manusia. rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah memberikan dorongan kepada manusia untuk melakukan kegiatan jual beli. Hal ini diintisarikan dari hadisnya seperti sabdanya yang bermaksud : “9/10 dari rezeki umatku terdapat pada jual beli” (HR. Thabali dalam Musnad Al-Firdaus)

Urusan perniagaan diwajibkan zakat dari segi hasil daripada pusingan perniagaan itu sendiri yang menunjukkan pertumbuhan harta. Kadar minimum dan kadar pengeluarannya adalah sama dengan emas, perak dan wang. Pengiraannya bergantung pada kunci kira – kira tahunannya sama ada rugi atau untung. 

Yang termasuk dalam cakupan zakat perniagaan adalah harta – harta yang telah memenuhi syarat – syarat sebagai berikut :

1. Si muzakki harus menjadi pemilik komoditi yang dijual belikan baik kepemilikannya itu diperoleh dengan cara tukar-menukar barang mahupun tidak seperti kepemilikannya yang didapati dari warisan, hadiah dan lain sebagainya. 

2. Niat yang ada ketika memiliki komoditi tersebut adalah untuk diperjual belikan dengan maksud untuk mendapatkan penghasilan dan hal tersebut benar – benar telah dilakukannya. 

3. Kepemilikan atas komoditi tersebut telah melampaui masa haul penuh. 

3. 2 CUKAI
Kumpulan kedua ialah percukaian. Kumpulan ini dapat digunakan untuk pembangunan dan kemaslahatan umum. Bebrbeza dengan kumpulan pertama, yamng khusus boleh dibelanjakan untuk lapan kumpulan manusia saja, bahagian ini boleh dibelanjakan untuk pembangunan mengikut keperluan dan kepentingan masyarakat secara keseluruhan, terutama pembangunan insfrastruktur yang member manfaat kepada umum. Dalam pentadbiran jenis ini, perbelanjaan tidak dapat dikeluarkan untuk projek – projek yang membazir. 

Cukai disebut dalam bahasa arab antaranya dharibah, yang pada asasnya bermakna ‘beban’ atau ‘yang ditimpakan. ’ Allah Subhanahu wa ta’ala . menyatakan kalimah ini pada ayat 61 Surah al – Baqarah yang maksudnya : “Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. ”

Mudahnya cukai bermaksud sejumlah bayaran yang perlu diserahkan kepada pihak tertentu. Antara jenis cukai yang telah Rasulullah perkenalkan ialah
1. Jizyah
2. Kharaj
3. Usyur

3. 2. 1 JIZYAH
Jizyah adalah hak yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . kepada kaum Muslimin dari orang – orang kafir, kerana adanya ketundukan mereka kepada pemerintahan Islam. Jizyah tersebut merupakan harta umum yang akan dibahagikan untuk kemaslahatan seluruh rakyat, dan diwajib diambil setelah satu tahun, serta tidak wajib sebelum satu tahun. Jizyah ini wajib berdasarkan nas Al-Qur’an. Allah Subhanahu wa ta’ala . berfirman yang bermaksud : “Sampai mereka membayar jizyah dengan patuh, sedang mereka dalam keadaan tunduk. ” (Surah at-Taubah : 29)

Abu Ubaid meriwayatkan di dalam kitab Al-Amwal dari Hasan bin Muhammad yang mengatakan, Nabi pernah menulis surat kepada Majusi Hajar untuki mengajak mereka memeluk Islam : ` “Siapa saja yang memeluk Islam sebelum ini serta siapa saja yang tidak diambil jizyah atas dirinya : hendaknya sembelihannya tidak dimakan dan kaum wanitanya tidak dinikahi. ”

Jizyah tersebut wajib diambil daripada orang – orang kafir, selama mereka tetap kufur, namun apabila mereka telah memeluk Islam, maka jizyah tersebut gugur daripada mereka. Jizyah tersebut dikenakan atas orang bukan atas harta sehingga dikenakan ats tiap orang kafir, bukan ats hartanya. 

Kata jizyah tersebut diambil daripada kata jaza’ dimana jizyah tersebut diambil sebagai akibat kekufuran mereka. Oleh kerana itu, jizyah tersebut tidak gugur dari mereka apabila mereka ikut terlibat dalam peperangan. Sebab jizyah tersebut bukan imbalan atas perlindungan mereka. Jizyah tersebut juga tidak diambil selain daripada orang yang mampu membayarnya. Allah berfirman yang bermaksud : “kerana kemampuan mereka”

Sehingga jizyah tersebut tidak diambil dari orang yang tidak mampu. Serta tidak diambil dari kaum prianya, sehingga tidak wajib bagi kaum wanita, anak – anak serta orang gila, sampai pun wanita tersebut datang agar bias hidup di dalam negeri Islam dengan cara membayar jizyah sebagai kompensasi untuk bertempat tinggal di sana, maka dia tetap diterima di dalam negeri Islam, dan dia diberi kebebasan untuk bertempat tinggal, namun dirinya tidak dipungut jizyah. 

Jizyah tersebut tidak ditetapkan dengan suatu jumlah tertentu, selain diserahkan kepada kebijakan dan ijtihad khalifah, dengan catatan tidak melebehi kemampuan orang yang berhak membayar jizyah. Dari Ibnu Abi Najih mengatakan : ‘Apa alasannya penduduk Syam dikenakan 4 dinar, sedangkan penduduk Yaman hanya 1 dinar?’Mujahid menjawab : ‘Hal ini hanayalah untuk mempermudah. ’ (Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Bukhari)

Apabila jizyah tersebut berlaku bagi orang yang mampu, sementara dia keberatan sebelum membayarnya, maka dia tetap dianggap mempunyai hutang terhadap jizyah tersebut. Dia akan diperlakukan sebagaimana orang yang mempunyai hutang dalam kondisi keberatan. Kemudian akan dilihat bagaimana mudahnya. 

3. 2. 2 KHARAJ
Kharaj adalah hak yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . kepada kaum Muslimin dari kaum Kuffar. Kharaj adalah hak yang dikenakan ke atas lahan tanah yang telah dirampas dari tangan kaum Kuffar, baik dengan cara perang mahupun damai. Apabila perdamaian tersebut menyepakati, bahawa tanah tersebut adalah milik kita, dan mereka pun mengakuinya dengan membayar kharaj maka mereka harus menunaikannya. Kharaj menurut bahasa bermaksud al-kara’ (sewa) dan al-ghullah (hasil). Tiap tanah yang diambil dari kaum Kuffar secara paksa, setelah perang diumumkan kepada mereka, maka tanah tersebut dianggap sebagai tanah kharajiyah. Apabila mereka memeluk Islam setelah setelah penaklukan tersebut, maka status tanah mereka tetap kharajiyah. 

Dalam Islam sebelum pemerintahan Umar al-Khattab, kharaj belum diamalkan lagi sehinggalah Umar memperkenalkannya untuk mendapatkan punca kewangan demi menjamin keutuhan kerajaan yang luas dan kompleks itu. Ketika memperkenalkannya, Umar al-Khattab menganggap bahawa kharaj merupakan bayaran tanah milik orang kafir zimmi, manakala jizyah pula terhadap terhadap diri mereka sendiri yang menjadi suatu pemberian (faiy) kepada Negara dan orang Islam. Peristiwa ini berlaku apabila tanah yang ditakluk oleh tentera sebagai ghanimah setelah dibahagikan kepada yang berhak sebanyak satu perlima, tetapi setelah banyak kawasan ditawan, Umar berijtihad untuk mengekalkan tanah – tanah tersebut kepada tuan masing – masing dan sebagai gantinya dikenakan bayaran kharaj ini disam[ping jizyah terhadap tuan tanah itu. Cukai tersebut dipungut berdasarkan jenis tanah dari segi kesuburan dan jenis tanamannya, mengikut keluasan tanah itu. Di Suwad, kharaj dipungut pada setiap jarib tanah mengikut penjenisan tanamannya. Begitu juga di Syam, Jazirah dan Mesir. Pada pendapat Umar bayaran ini wajib disegerakan. Pada suatu ketika beliau pernah menehur gabenirnya di Mesir, iaitu Amru bin al-As kerana kelewatannya memungutnya di sana. 

3. 2. 3 USYUR
Usyur merupakan pungutan cukai terhadap perniagaan yang dijalankan dalam negara Islam. Pada asalnya cukai ini dikenakan 10 peratus terhadap nilai perdagangan. Sajarah permulaan syariat usyur ini berlaku pada zaman Umar al-Khattab yang sudah banyak mengalami tuntutan perubahan akibat hubungan perdagangandengan negara-negara bukan Islam dengan meluas dan secara terbuka. Abu Musa al-Asyaariy memberitahu khalifah Umar al-Khattab bahawa pedagang Islam yang memasuki negara bukan Islam untuk tujuan berniaga dikenakan cukai sebanyak 10 peratus oelh pemerintah negara tersebut. Lantas Umar berijtihad dan menyuruh diambil sebanyak sepuluh peratus juga daripada pedagang dari negara kafir harbi apabila mereka memasuki negara Islam untuk berniaga. Orang – orang kafir zimmi disuruh ambil sebanyak 5 peratus, manakala orang Islam sendiri sebanyak 2. 5 peratus sebagai cukai usyur. 

Zayad bin Hadir semasa pemerintahan Umar juga telah memungut sebanyak sepuluh peratus daripada pedagang yang tinggal selama enam bulan dan 5 peratus bagi pemastautin selama setahun untuk berdagang di dalam negeri yang diperintahnya. Tentang orang kafir yang memasuki Negara Islam beberapa kali dalam masa setahun untuk berdagang, usyur dipungut terhadap jumlah tambahan nilai perdagangan itu sahaja, kerana tidak wajib diambil cukai ini lebih daripada sekali dalam masa setahun. 

Selain itu, setengah pendapat mengatakan cukai ini perlu mengikut nisab, manakala setengah pendapat ahli fiqh pula mengatakan tidak perlu mengikut nisab bagi pedagang kafir harbi, tetapi bayaran usyur itu dikenakan pada setiap nilai perdagangan mereka sahaja. 

3. 3 PERNIAGAAN
Al Quran telah menyebutkan mengenai matlamat hidup manusia iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala . (Surah az-Zaariat, ayat 56). 

Justeru tujuan manusia dihidupkan di dunia adalah untuk beribadat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala ., tetapi jangan menyempitkan makna ibadat tersebut. Ibadat bukan sahaja bermakna mengerjakan puasa, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan haji atau sebagainya, tetapi ibadat sebagaimana yang dimaksudkan di dalam ayat yang di atas adalah ibadat am sebagaimana yang telah didefinisikan oleh para ulamak iaitu ibadat yang meliputi segala bentuk aktiviti, asal saja mengharapkan keredhaan, kasih sayang dan rahmat Allah Subhanahu wa ta’ala . sama ada di dalam bentuk perbuatan atau ucapan yang zahir atau yang batin; kesemuanya itu adalah ibadat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. 

Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak dapat memisahkan diri daripada kegiatan-kegiatan muamalat khasnya dalam bidang perniagaan (tijarah). Manusia amat memerlukan hal yang sedemikian, malah Allah Subhanahu wa ta’ala . menyuruh supaya manusia menceburi bidang perniagaan. Allah Subhanahu wa ta’ala . telah berfirman di dalam Surah an-Nisa', ayat 29 maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. "

Perniagaan dalam bahasa mudahnya adalah apa jua organisasi yang bermotifkan keuntungan maka ianya adalah sebuah perniagaan. Perniagaan di dalam Islam, selain mesti memenuhi tuntutan syariah, halal dan haram, perniagaan bukan lagi bermotifkan keuntungan (profit) tetapi keberkatan (barakah). Asasnya jelas iaitu mencari keredhaan Allah, rezeki ditentukan oleh Allah dan soal jawab di akhirat kelak, kerana paling berat hukumannya adalah kepada peniaga yang tidak jujur. Di mana kalau kita mendalami keusahawanan Islam, kita dapat lihat sumbangan yang lebih besar kepada kesejahteraan ekonomi negara dan masyarakat. 

Di atas adalah tafsiran jelas mengenai perniagaan. Namun tidak kira apa definisi rasminya, selagi terdapat urusan jual dan beli dan keuntungan/keberkatan kepada penjual ia bolehlah dianggap perniagaan. 

Jujur dan amanah pada diri sendiri penting untuk sesuatu perniagaan bertahan lama. Mengkhianati pelanggan dan menggunakan duit syarikat untuk urusan selain daripada kegunaan syarikat adalah perkara yang tidak patut dilakukan sama sekali. 

Persaingan wujud di mana sahaja, seseorang peniaga dan usahawan perlu memperbaiki dan membangunkan diri seiring dengan teknologi dan perkembangan semasa supaya sentiasa kelihatan segar dan berkembang. Ilmu perlu dipertingkatkan namun fokus dan masa harus diberi keutamaan kepada perniagaan. 

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala . sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan" (Hadis Riwayat Tirmizi)

Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala . Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . juga telah bersabda maksudnya:

"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada" (Hadis Riwayat Tirmizi)

Bagaimanapun, tijarah yang dimaksudkan adalah yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat benar dan amanah. Sifat-sifat sedemikian adalah merupakan ciri-ciri yang akan menempatkan mereka bersama-sama dengan para nabi dan rasul. 

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah bersabda maksudnya: "Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya" (Hadis Riwayat Bukhari)

Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain khasnya pengguna. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang susah, mahupun dilangsaikan hutang tersebut, Allah Subhanahu wa ta’ala akan memayungkannya di hari kiamat di bawah bayangan arashNya" (Hadis Riwayat Kaab bin Umar)

Bagi peniaga Muslim inilah peluang yang boleh direbut kerana sesiapa yang memberi hutang dan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang tersebut, Allah Subhanahu wa ta’ala telah berjanji akan memberinya bayangan arasy di akhirat kelak. Ini menunjukkan peluang untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala . melalui perniagaan. 

Islam juga menyuruh manusia berlaku adil dalam perniagaan di samping memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Ini bersesuaian dengan konsep persaudaraan dalam Islam, seperti dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah bersabda maksudnya: "Seseorang Muslim itu adalah bersaudara kepada seorang Muslim yang lain" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan yang sentiasa memberi senyuman kepada pelanggan dan meletakkan harga jualan yang sama kepada semua pelanggan yang hendak membeli barangan yang sama. Keistimewaan yang dimiliki baginda ini membuatkan setiap perniagaan atau jualannya sentiasa laris dan mendapat keuntungan yang besar. Perkara ini telah diakui oleh pekerja Saidatina Khadijah iaitu Maisarah. 

Islam melarang umatnya daripada melakukan "monopoli" dan menyorok barangan (ihtikar) kerana perbuatan tersebut boleh menaikkan harga sesuatu barangan akibat kesukaran mendapatkannya di pasaran. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda maksudnya, "Sesiapa yang menyorok (barangan), dia telah melakukan kesalahan" (Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & Muslim)

Unsur-unsur tipu daya atau helah juga patut dielakkan oleh peniaga, ini kerana ia boleh menghilangkan keberkatan di dalam perniagaan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah bersabda yang berbunyi: "Barangsiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami" (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini timbul daripada satu peristiwa yang berlaku di sebuah pasar di zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ., di mana baginda telah mendapati seorang peniaga telah melakukan penipuan dengan meletakkan gandum yang basah di bahagian sebelah bawah dan gandum yang kering di bahagian atasnya. 

Pengguna perlu dilindungi daripada ditipu oleh peniaga melalui kadar sukatan dan timbangan. Perkara ini telah ditegaskan di dalam Al-Quran dalam Surah al-Isra' ayat 35 yang bermaksud “ Allah akan mencela mereka yang mengurangkan sukatan dan timbangan di dalam jual beli. ” Ibrahim Adham, seorang ulamak tasawuf yang terkenal mengingatkan bahawa "syaitan akan menggoda seseorang manusia yang berniaga melalui beberapa cara; di antaranya ialah melalui timbangan atau mizan, dan juga semasa peniaga tersebut mengambil dan memberi barangan kepada pelanggan". 

Amalan riba juga perlu dijauhi kerana riba tergolong di dalam dosa-dosa besar (Surah al-Baqarah ayat 275). Ini ketara dalam amalan perniagaan biasa di mana pinjaman wang diberikan dengan dikenakan faedah yang ditetapkan. Islam juga melarang elemen gharar bila berniaga. Gharar ialah sesuatu yang tidak pasti, tidak tentu dan tidak jelas. Contohnya menjual ikan semasa ikan masih di laut, menjual burung yang belum ditembak atau memajak buah semasa ia masih berputik atau berbunga. Ia dianggap sebagai judi dan judi itu adalah haram. 

Akhir sekali, melalui akhlak yang mulia dan pergaulan yang baik, peniaga Islam boleh menggunakan kesempatan itu untuk berdakwah kepada mereka yang selalu mendampinginya. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa sesetengah dakwah Islamiah yang telah bertapak kukuh di rantau ini adalah hasil dari usaha golongan saudagar Islam. 

4. 0 KESIMPULAN Sistem ekonomi Islam sesuai dilakasanakan pada segenap zaman dan tempat. Di smaping merupakan satu – satunya ekonomi yang mendapat restu daripada Allah Subhanahu wa ta’ala . kerana prinsipnya yang utuh, iaitu bersumberkan wahyu, sistem itu juga sesuai dengan keperluan dan cita rasa manusia yang sentiasa berubah mengikut masa dan tempat. Wujudnya kedua-dua unsur iaitu (unsure tetap dari segi prinsip asasnya dan unssur berubah dari segi mekanisme pelaksanaannya) inilah menjadikan sistem ekonomi Islam sentiasa “baharu” dan berada “keterhadapan” dan mampu menangani masalah yang wujud pada bila – bila masa dan di mana – mana saja manusia hidup. 

Jika kita relevansikan antara pemikiran Rsulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dan para sahabatnya atau di kenal dengan istilah Khulafaur Rasyidin maka dapat kita rasakan bahawa sebagian pedoman yang dilakukan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah menjadi pedoman oleh sebahagian masyarakat yang masih belum terpengaruh terhadap perekonomian global orang-orang barat. Di Indonesia, perkembangan pembelajaran dan pelaksanaan ekonomi Islam juga telah mengalami kemajuan yang pesat. 

Undang-Undang yang mendukung tentang sistem ekonomi, antara lain Undang-Undang Nomor 7 Tahun 1992 tentang Perbankan sebagaimana yang telah diubah dalam Undang-undang Nomor 10 Tahun 1998 dan Undang-undang Nomor 23 Tahun 1999 tentang Bank Indonesia yang termasuk bank syariah di dalamnya. Oleh karena itu sebagai generasi penerus bangsa kita tetap harus berpegang teguh terhadap kesyariahan yang telah menjadi pedoman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . yang berpinsip pada Al-qur’an dan As-Sunnah. Inilah keistimewaan sistem ekonomi Islam, bukan sahaja sesuai dilaksanakan dalam masyarakat Islam, malah sesuai untuk kesejahteraan seluruh umat manusia. 

5. 0 BIBILIOGRAFI

  1. Membangun Sistem Ekonomi Alternatis : Perspektis Islam. Taqyuddin An-Nabhani. Risalah Gusti. 1990. 
  2. Petunjuk Amalan Ekonomi Islam. Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. 1998. 
  3. Percukaian Negara Islam Perbandingan Percukaian Moden dengan Islam. Zulkornain bin Yusof. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur. 1994. 
  4. Ekonomi Islam Dasar dan Amalan. Surtahman Kastin Hasan. Dawama Sdn. Bhd. 2005. 
  5. Kaedah Agihan Zakat Harta Pengertian, Sistem dan Agihannya. Dr. Husein Sahata. Pustaka Al-Shafa. 2003. 
  6. Dasar Ekonomi Menurut Al-Qur’an. Mahmud Al-Hasyimi. Pustaka Al-Alami. 1985. 
  7. Sistem Ekonomi Islam dan Dasar Belanjawan. Dr. Hailani Muji Tahir. Al-Rahmaniah. 1991. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment