Thursday, October 15, 2015

Tajuk: Abu Bakar Muhammad Bin Zakaria Ar-Razi

PENDAHULUAN

Syukur kehadrat Illahi, dengan limpahan rahmatnya memberi saya kekuatan untuk menyempurnakan tugasan saya dengan lancar dan membantu saya untuk memartabatkan serta memperkenalkan tokoh yang telah berjasa dalam bidang perubatan. Tokoh ini sedikit sebanyak telah mengajar kita erti tidak putus asa dalam membantu orang yang dalam kesusahan serta semangat mempelajari ilmu secara meluas. 

Dalam konteks ini, saya ingin menyampaikan sedikit sebanyak tentang kisah tokoh ilmuan Islam terulung kita iaitu Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Al-Razi atau Al-Razi yang merupakan tokoh Alkimia dan doctor di zaman nya. 

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria ar-Razi (Persia:أبوبكر الرازي) atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Iran. Beliau merupakan ilmuwan polymath, dokter, kimiawan, filsuf dan tokoh penting dalam sejarah kedokteran. 

Al-Razi hidup antara tahun 864 - 930. Ia lahir di Rayy, Teheran pada tahun 251 H. /865 dan wafat pada tahun 313 H/925. 

Sejak muda ia telah mempelajari filsafat, kimia, matematik dan kesasteraan. Dalam bidang kedokteran, dia telah berguru kepada Hunayn bin Ishaq di Baghdad. Apabila dia kembali ke Teheran, dia telah memimpin sebuah rumah sakit di Rayy. Selanjutnya ia juga memimpin Rumah Sakit Muqtadari di Baghdad. 

RIWAYAT HIDUP
Dalam bahasa Parsi, Razi membawa erti "dari bandar Ray (juga dieja RAY, REY, atau RAI, Parsi silam RAGHA, Latin RHAGAE) dahulunya salah satu bandar besar di Dunia)", bandar silam di cerun selatan Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak berhampiran Tehran, Iran. Di bandar ini (seperti Ibnu Sina) dia membuat kebanyakan pencapaian hasil kerjanya. 

Pada awal kehidupannya dia boleh menjadi sebagai seorang tukang emas (Baihaqi), pengumpul wang (Cf. Ibn abi Usaibi'ah) tetapi lebih besar kemungkinannya sebagai pemain seruling yang menukar minatnya dalam muzik kepada alkimia (cf. ibn Juljul, Sa'id, ibn Khallikan, Usaibi'ah, al-Safadi). Pada usia tiga puluh (menurut Safadi empat puluh) dia berhenti penyelidikannya dalam alkimia kerana ujikajinya menyebabkan penyakit mata (Cf. al-Biruni), memaksanya mencari ahli perubatan dan ubat bagi menyembuhkannya. Al-Biruni,

Baihaqi dan yang lain, menyatakan bahawa ini adalah sebab mengapa dia memulakan kajian perubatannya. Dia amat kuat belajar setiap hari dan malam. Gurunya adalah 'Ali ibn Rabban al-Tabari (Cf. al-Qifti, Usaibi'ah), seorang pakar perubatan dan ahli falsafah yang lahir di Merv sekitar 192/808 (meninggal. sekitar. 240/855). 

Al-Razi mendalami bidang perubatan dan kemungkinan juga bidang falsafah dengan ibn Rabban al-Tabari. Selepas itu minatnya dalam falsafah kerohanian boleh dikesan dari gurunya ini, yang merupakan anak kepada seorang Rabbai yang mahir dalam kitab keagamaan (Scriptures). Menurut Prof. Hamed Abdel-reheem Ead, Profesor Kimia di Fakulti Sains, Universiti Cairo (Cf. the Alchemy Website): " (...) Al-Razi mulai mempelajari perubatan selepas lawatan pertamanya ke Baghdad, apabila dia berusia sekurang-kurangnya 30 tahun, di bawah ahli perubatan yang terkenal Ali ibn Sahl (Yahudi yang memasuki Islam, tergolong kepada sekolah perubatan Tabaristan atau Hyrcania yang terkenal. Dia menunjukkan kepakaran yang mendalam berkenaan bidang tersebut sehinggakan dia dengan pantas melepasi gurunya, dan menulis tidak kurang daripada seratus buku perubatan. Dia turut mengarang 33 penulisan (treatises) berkenaan sains semulajadi (tidak termasuk alkhemi), ilmu hisab dan astronomi. "

Al-Razi menjadi terkenal dalam bandar asalnya sebagai ahli perubatan. Dia menjadi Pengarah (Direktor) hospital Rayy (Cf. ibn Juljul, al-Qifti, ibn abi Usaibi'ah), semasa pemerintahan Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad yang merupakan gabenor Rayy dari 290-296/902-908 bagi pihak sepupunya Ahmad ibn Isma'il ibn Ahmad, pemerintah Samanian kedua. Razi menujukan kitab perubatannya al-Tibb al-'Mansuri kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad, yang disahkan dalam manuskrip tulis tangan dalam bukunya. Ini disanggah oleh ibn al-Nadim', tetapi al-Qifti dan ibn abi Usaibi'ah mengesahkan bahawa yang bernama Mansur sememangnya Mansur ibn Isma'il yang meninggal pada 365/975. al-Razi berpindah dari Rayy ke Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Muktafi (sekitar. 289/901-295/907) di mana dia sekali lagi menjawat jawatan Ketua Pengarah (Chief Director) hospital. 

Selepas kemangkatan al-Muktafi (295/907) al-Razi dikatakan kembali ke Rayy di mana dia mempunyai ramai pelajar dengannya. Sebagaimana diterangkan oleh Ibn al-Nadim dalam Fihrist, al-Razi ketika itu adalah Sheikh (gelaran bagi seseorang yang berhak mengajar) "with a big head similar to a sack", dikelilingi oleh beberapa surrounded by several bulatan pelajar. Apabila seseorang sampai dengan soalan saintifik, soalan ini disampaikan kepada pelajar 'bulatan pertama'. Sekiranya mereka tidak mengetahui jawapannya, ia disampaikan kepada 'bulatan kedua'... dan seterusnya, sehingga pada akhirnya, apabila kesemua yang lain telah gagal memberikan jawapan, ia akhirnya sampai kepada al-Razi sendiri. Kita tahu bahawa salah seorang daripada pelajarnya menjadi pakar perubatan. Al-Razi merupakan seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali memberikan mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran, ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar

Fakta ini mungkin menjadi punca kepada melemahkan penglihatannya sehingga menyebabkan dia menjadi buta pada kedua belah matanya. Sesetengah mengatakan bahawa punca dia buta disebabkan dia makan terlalu banyak kacang (broad beans) (baqilah). Penyakit matanya bermula dengan katarak dan berakhir dengan buta sepenuhnya. Khabar angin menyebut dia enggan dirawat bagi katarak, mendakwa bahawa dia "telah melihat begitu banyak dunia sehinggakan dia tidak larat lagi melihatnya. "Bagaimanapun, ini kelihatannya sebagai lelucuan dan bukannya berdasarkan fakta sejarah. Salah seorang penuntutnya dari Tabaristan datang bagi menjaganya, tetapi, menurut al-Biruni, dia enggan dirawat dan mengistiharkan bahawa ianya tidak berguna kerana waktu matinya telah dekat Beberapa hari kemudian dia meninggal di Rayy, pada 5 Sha'ban 313/27 Oktober 925. 

SUMBANGAN
SUMBANGAN AL-RAZI DALAM ILMU PERUBATAN

Al-Razi merupakan perintis dalam banyak bidang perubatan dan rawatan. Secara khususnya, beliau merupakan pelopor dalam bidang pediatrik, ilmu perbidanan dan juga ilmu yang berkaitan dengan mata. Dalam bidang perubatan, sumbangannya adalah amat penting dan hanya boleh dibandingkan dengan tokoh Ibn Sina (Avicenna). 

Mengikut kajian yang dibuat salah satu sifat istemewa dalam sistem perubatannya adalah melalui cara pemakanan yang betul untuk menyembuhkan penyakit. Ini merupakan keinginannya yang mendalam terhadappengaruh faktor psikologi keatas

kesihatan. Beliau juga merupakan orang pertama dalam memperkenalkan penggunaan alkohol untuk tujuan perubatan. Selain itu beliau juga merupakan seorang pakar bedah dan doktor yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Di samping itu beliau turut memperkatakan mengenai penyakit katarak dan merupakan ahli saintis pertama dalam membincangkan pembesaran dan pengecilan pupil. Beliau menerangkan mengenai tindak balas anak mata terhadap otot-otot kecil di mana pergerakkannya berdasarkan kepada keamatan cahaya. 

Selain itu al-Razi amat menekankan hubungan antara doktor dengan pesakit. Beliau menyarankan agar satu ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini dapat diwujudkan. Ini kerana komen yang positif daripada doktor boleh memberi semangat baru kepada pesakit seterusnya membuatkan mereka rasa selesa serta membantu proses penyembuhan. Di samping itu, beliau turut memberi sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi merupakan orang pertama yang dapat membezakan kedua-dua penyakit ini dan turut sama menjumpai penawarnya di mana ia telah dicatatkan di dalam buku Al-Judari Wa-al Habsah. 

SUMBANGAN AL-RAZI DALAM BIDANG KIMIA



Selain daripada bidang perubatan, al-Razi juga amat mahir dalam bidang kimia. Ada yang menganggap beliau sebagai pengasas kimia moden. Beliau mencipta radas dan mencatatkan dengan terperinci iaitu lebih daripada dua puluh alat besi dan kaca. Pengetahuannya boleh diperhatikan dari amalan perubatannya. Beliau mengatakan bahawa seseorang pesakit yang sembuh dari sakit adalah disebabkan tindakbalas kimia yang terdapat di dalam badan. Beliau membahagikan bahan-bahan kimia kepada jenis-jenis yang lebih kecil. Logam ini dibahagikan menjadi jiwa, tubuh, batu, vitrol, borax dan garam serta dipisahkannya daripada benda-benda yang mudah meruap dan yang tidak mudah meruap. 

Disamping itu al-Razi telah menolak konsep alkemi Jabir yang mana ia lebih mirip kepada ilmu batin dan sihir serta menolak konsep takwil Jabir yang membahagikan semua benda kepada zahir (yang diluar) dan batin (yang tersembunyi). Oleh itu al-Razi telah dianggap sebagai pengasas kimia moden. Sungguhpun begitu perkataan alkemi masih digunakan. Ini kerana menurut Nasr ilmu kimia dan alkemi adalah dua ilmu yang berasingan. 

Dalam kajiaanya terhadap ilmu kimia, al-Razi pernah membuat asid-asid seperti asid sulfurik yang dinamakannya sebagai minyak vitrol. Ini kerana beliau telah membuatnya dengan memanaskan minyak vitrol hijau (hydrated ferrous sulphate). Selain itu beliau telah menggunakan alkohol dalam penyediaan ubat di mana alkohol ini dibuat melalui penyulingan kanji atau gula yang telah ditapaikan. Dalam masa yang sama juga, beliau berjaya menentukan graviti spesifik bagi banyak cecair dengan menggunakan alat timbangan yang khas dan menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah untuk meleburkan logam dan proses pengasingan secara pemejalwapan, penyulingan, penghabluran dan penapisan. Beliau juga ada menerangkan mengenai pelbagai alat radas kimia untuk tujuan pengujian kimia seperti bikar, kelalang, oven, lesung, lampu nafta dan pelbagai lagi. 

Al-Razi dikatakan lebih baik dari segi penjelasannya terhadap proses-proses kimia dan peralatan kimia yang digunakan. Ini kerana pada masa itu terdapat ahli kimia yang mengklasifikasikan bahan-bahan mineral kepada 'badan-badan', 'roh-roh' dan 'spirit-spirit'. Sebaliknya al-Razi mengklasifikasikan bahan mineral ini kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan atau mineral. Oleh yang demikian al-Razi telah dikenali sebagai orang pertama yang memperkenalkan penyediaan kimia dalam amalan perubatan. 

Selain itu al-Razi turut memperkenalkan perkara-perkara berikut ke dalam ilmu Farmasi iaitu, Penggunaan ubat untuk melawaskan dalam membuang air besar secara lembut (mild purgatives). Kemudian, beliau telah memperkenalkan pembekaman (mengeluarkan darah) bagi kes-kes 'apoplexy', (kehilangan deria) disebabkan kepecahan urat darah di dalam otak. Beliau juga mengajar penggunaan air sejuk bagi demam yang melarat. Al-Razi juga mencipta seton(sejenis benang) dan penggunaannya dalam kes-kes luka. 

Menurut H. G Wells (sarjana Barat terkenal), para saintis muslim merupakan golongan pertama yang mengasaskan ilmu kimia. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka telah memperkembangkan ilmu kimia selama sembilan abad bermula pada abad lapan Masihi lagi. Tokoh sejarah Barat, Gibbon juga berpendapat bahawa permulaan dalam bidang kimia dan perkembangannya adalah disebabkan usaha-usaha gigih yang dibuat oleh 'Sacarens' (muslim di Sepanyol). 




SUMBANGAN AL-RAZI DALAM BIDANG PENULISAN BERDASARKAN KITAB AL-HAWI FIT TIBB

Selain berkecimpung dalam bidang perubatan dan kimia, al-Razi juga merupakan seorang yang aktif dalam arena penulisan. Beliau telah menghasilkan 224 buah buku, yang mana 140 darinya adalah dalam ilmu perubatan. Sepuluh daripada buku ilmu perubatannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. 

Buku perubatannya yang termasyhur ialah kitab 'al-Hawi fit Tibb'. Buku tersebut dikeluarkan sebanyak 9 jilid dan telah menjadi rujukan utama di perpustakaan Fakulti Perubatan Paris, Perancis pada tahun 1395M. 

Al-Hawi fit Tibb adalah karya yang terpanjang dan ditulis dalam bahasa Arab. Buku ini telah menjadi salah satu daripada buku-buku rujukan utama di dunia Barat dari abad ke-12M hingga abad ke-17M, sehingga menyebabkan al-Razi dan Ibn Sina telah dipandang lebih tinggi dari Hippocrates dan Galen. 
Menurut Ali ibn al-Abbas al-Majusi yang telah meninggal dunia 60 tahun selepas al-Razi, kitab al-Hawi mengandungicara menjaga kesihatan, mengubat penyakit melalui cara makanan sertamengenal tanda-tanda penyakit. 

Buku al-Hawi ini merupakan kumpulan teks ilmu perubatan patologi dan terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan dicetak beberapa kali khasnya pada tahun 1509M di Venice. Tahun1528M, tahun 1578M dan tahun 1754M di Paris. Tesis beliau berkenaan cacar dan campak merupakan suatu kajian sistematis yang sulung sekali bagi penyakit itu dalam sejarah perubatan. 

Al-Razi merupakan seorang tokoh yang amat berjasa. George Sorton, seorang penulis terkenal pernah menulis di dalam bukunnya iaitu 'Pengenalan Kepada Sejarah Sains' menyatakan:

"Al-Razi merupakan seorang saintis yang terbaik pada zaman pertengahan". 
Selepas 66 tahun mengerah tenaga untuk memastikan bidang perubatan berkembang maju, al-Razi akhirnya meninggal dunia pada tahun 930M. 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dunia globalisasi ini penuh dengan cabaran yang menuntut kita proaktif dalam membincangkan wacana ketamadunan kita demi untuk mempertahankan kelangsungannya. 

Walaupun tiada siapa dapat menafikan ini, manfaat dan kebaikan yang dinikmati berada dalam dunia tanpa sempadan ini, namun kerosakan yang ada padanya wajar diberi perhatian serius. Menangani isu-isu yang berkaitan ketamadunan atau kehidupan dan pandangan alam yang berlainan sehingga berlakunya pertembungan antara tamadun terutam tamadun Barat dan tamadun Islam. 

Justeru itu, perbezaan dan kepelbagaian yang menjadi faktor pertelingkahan dan pertembungan ini tidak sewajarnya dibiarkan. Maka, kaedah yang terbaik adalah kita wajar berfikir bersama bagi menghadapi situasi sedemikian dan dialog tamadun adalah salah satu kaedah yang sesuai untuk menghadapi cabaran globalisasi. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment