Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Sejarah Kelahiran Dan Sumbangan Abu Mahmud Al Khujand

PENDAHULUAN

Setiap bidang ilmu yang wujud di dunia ini, semuanya sangat penting dalam kehidupan kita untuk meneruskan kehidupan di dunia globalisasi kini. Seperti yang kita sedia maklum, ummat Islam sekarang sangat memerlukan satu ummat yang lengkap dengan ilmu yang penuh di dada dan seiring juga ibadahnya pada Allah Subhanahu wa ta’ala pada siang mahupun malam hari. Apabila aspek yang dibincangkan tentang kepentingan orang berilmu, mereka ini haruslah orang yang dekat dengan Pencipta - Nya, Pencipta ilmu itu sendiri, dan juga Pencipta alam semesta ini. Selain dekat dengan Pencipta, mereka juga haruslah menjadi orang yang memanfaatkan ilmu yang mereka ada kearah yang baik dan tidak boleh sama sekali menyalahgunakan ilmu yang diberi peinjam oleh Pencipta yang Esa iaitu Allah Subhanahu wa ta’ala. Dalam membincangkan perihal memanfaatkan ilmu ke jalan yang benar, sebagai individu Islam, mereka haruslah peka dengan persekitaran, peka tentang apa kekurangan ummah dalam bidang ilmu. 

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damakanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat “{ Surah Al – Hujurat : 10 }

“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai – cerai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh – musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNYA kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat – ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. ” { Surah Ali `Imran : 103 }

“ Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka sehingga mereka hidup bersaudara, duduk menghadap satu sama lain di atas singgahsana “ { Surah Al – Hijr : 47 }

Berdasarkan dalil – dalil yang diberikan, kita dapat lihat bahawa ummat Islam ini bersaudara. Ummat Islam adalah satu. Maka dengan itu, mereka yang mempunyai Ilmu yang bermanfaat haruslah menyumbangkan ke arah kemajuan Islam. Menolong mereka yang tidak berkemampuan baik dari segi kewangan mahupun ilmu yang bermanfaat. Secara tidak langsung, mereka dapat menyebarkan agama Islam sebagai agama yang benar dengan lebih mudah dan cepat. Sebagai contoh, tokoh yang kita kenali, iaitu Abu Mahmud Al – Khujandi. Beliau seorang ahli astronomi dan mathematik, walaupun begitu, beliau menyumbangkan ilmu itu untuk pembangunan ummat Islam. 

Beliau menyumbangkan idea untuk membina sextant mural yang secara tidak langsung memudahkan ummat Islam menentukan kiblat, dan juga memudahkan pengembara – pengembara mengembara di seluruh dunia untuk mencari arah yang dituju dan sebagainya. Dari sini kita dapat lihat bahawa dala sesuatu ilmu itu, jika dapat menguasai dengan sepenuhnya, natijahnya kita dapat menolong dan juga memanfaatkan kepada orang lain terutama kepada ummat Islam dalam menuju kepada ummat Islam yang produktif. 

Antara sejarah penting yang harus diketahui tentang sejarah kelahiran dan sumbangan tokoh yang disegani iaitu Abu Mahmud Hamid Ibn Al – Khidr Al – Khujandi atau lebih dikenali Abu Mahmud Al khujandi ialah sejarah kelahiran, sumbangan, karya dan juga era zaman kegemilangan beliau. 
1. 1 Biografi tokoh Abu mahmud Al – Khujandi
Nama sebenar bagi Abu Mahmud Al – Khujandi ialah Abu Mahmud Hamid Ibn Al – Khidr Al – Khujandi. Beliau berasal daripada Mongol dan dilahirkan pada abad ke 10 iaitu pada tahun 940 dan meninggal pada tahun 1000. Beliau dilahirkan di sebuah wilayah yang bernama Khunjand, Tajikistan. Kota Khunjand terletak di sepanjang kedua tepi sungai Syrdarya, menuju pintu masuk ke Lembah Fergana yangsangat subur dan menghijau. (FATHURRAHMAN)

Beliau berasal daripada Mongol. Semasa riwatyat kehidupannya, Abu Mahmud al- Khujandidikenali sebagai seorang ahli astronomi dan juga matematik yang tidak kurang terkenalnya dikalangan ahli astronomi yang lain. Kehidupan beliau dapat diketahui dan diselusuri melalui tulisan- tulisan yang terselamat dan terpelihara dan komentar – komentar daripada seorang ilmuan, ahli matematik berasal dari Iran iaitu Nasiruddin Al – Tusi (Nassereddin Tusi). Al – Tusi ada menyatakan bahawa Al – Khujandi dating dari bandar Khujand iaitu terletak di sepanjang tebing Sungai Syrdarya dan ia telah ditawan oleh orang – orang Arab pada abad ke 8. Al – Tusi juga mengatakan bahawa Al – Khujandi adalah seorang suku kepala Mongol di wilayah itu dan seperti yang dianggarkan, beliau datang dari golongan bangsawan Nasiruddin Al – Tusi

1. 2 Sumbangan Abu Mahmud al Khujandi
Al khujandi disokong dalam kerja- kerja sintifik bagi sebahagian besar hidupnya oleh ahli-ahli dinasti Buyid. Dinasti ini mula berkuasa pada tahun 945 oleh Ahmad Ad Dawlah. Ahli –ahli keluarga Ahmad Ad Dawlah ini menjadi pemerintah di wilayah yang berbeza dan tidak pernah banyak kesepaduan dalam empayar Buyid. Al Khujandi mendapat sokongan dan naungan daripada Fakhr Al Dawlah yang memerintah pada tahun 976 hingga 997. Fakhr Ad Dawlah merupakan pemerintah yang menyokong Al Khujandi dalam projek utama untuk membina Sextan Mural besar bagi balai cerap di Rayy, berhampira Tehran moden. Menurut kepercayaan para saintis Arab, jika sesuatu alat itu lebih besar, maka keputusannya akan lebih tepat. Lebih mengagumkan bahawa sextan mural yang dibinanya adalah ciptaan dan rekaanya yang tersendiri dan beliau telah melakukan sesuatu yang baru iaitu mempunyai skala yang menggunakan konsep saat dan aplikasi, ia sangat berhasil dan berjaya. 

1. 3 Penggunaan Sextan Mural
Pada tahun 994, Al Khujandi telah menggunakan alat yang sangat besar untuk melihat 1 siri transit meridian matahari berhampiran solstis. Beliau menggunakan pemerhatian tersebut, yang dibuat pada 16 dan 17 Jun 994 untuk soltis musim panas dan juga pada 14 dan 17 Disember 994 untuk soltis musim sejuk, untuk mengira arah italic ekliptik dan latitude Rayy. Tetapi penggunaan alat atau instrument tersebut kadang – kadang tidak mendapat ukuran yang tepat atas factor peredaran semulajadi oleh bumi seperti contohAl-Khujandi memaparkan, peradaban India menetapkan garis ekliptik sekitar 24 derajat dan Ptolemeus, ilmuwan Yunani, sebesar 23 derajat dan 51 menit. Sedangkan, ia punya hitungan 23 derajat, 32 menit, 19 detik. Dari peristiwa tersebut beliau mengatakan bahawaalatan atau instrumentnya tidak ada kesilapannya tetapi ia adalah peredaran semula jadi alam itu sendiri

“Tapi kerana garis edar ekliptik memang senantiasa berubah, menyesuaikan dengan penurunan kuantiti, ”. 
 ~ Al Khujandi ~
Walaupun penggunaan instrumennya atau alatnya ada ahli astronomi yang mempertikaikan ketepatan alat itu mengukur, tetapi ada juga ahli astronomi yang lain yang cukup memberi sokongan kepada beliau. Sebagai seorang muslim atau muslim yang bersaudara, kita haruslah memberi dorongan atau motivasi sesama kita agar tidak ada yang tersungkur di tengah-tengah jalan dan hal ini juga sekaligus dapat mendorong ummat Islam agar terus berusaha walau badai yang melanda. 

1. 4 Karya Abu Mahmud Al Khujandi
Abu Mahmud telah menghasilkan karyanya iaitu sebuah buku yang berjudul Risala fi A’mal al-Amma (Buku Petunjuk Konstruksi Instrumen Bintang). Buku tersebut tidak hanya membincangkan perihal sextan mural ciptaannya sahaja malahan ada juga membincangkan tentang astrolabe

1. 4. 1 Astrolabe
Astrolabe sangat penting untuk menghitung ketinggian matahari. Alat ini juga mampu menunjukkan posisi benda-benda angkasa secara tepat. Keunggulan astrolabe kreasi al-Khujandi adalah dapat digunakan di wilayah yang lebih luas dari astrolabe yang ada sebelumnya. 

1. 5 Kegemilangan Abu Mahmud Al Khujandi
Instrumen yang diciptaolehnya telah menjadikan beliau seorang ahli astronomi yang popular pada era tersebut. Para astronomi besar telah memuji beliau. Antara kata- kata mereka seperti

“Alat itu ditempatkan di Gunung Tabarak di Rey dan sangat penting untuk mengukur perkiraan jarak matahari dan garis ekliptik. ” ~Al Biruni~

“Akurasi perhitungannya juga sangat hebat, ” ~JJ Connor dan EF Robertson~

Meski tidak sehebat para astronomi terkemuka seperti al-Battani, al-Biruni, Jabir ibn Aflah, dan lainnya, nama al-Khujandi cukup diperhitungkan di bidang astronomi Islam pada abad pertengahan. Para astronom besar memberikan komentar terhadap karya dan pemikiran tokoh tersebut. cara pemikirannya yang sangat meluas lagi teliti membolehkannya menghasilkan karya atau sumbangan yang berkesan dan bermanfaat bagi masyarakat pada waktu itu. 
Al Khujandi lebih kepada seorang pereka instrument astronomi dan pemerhatian astronomi daripada teori beliau. Beliau sangat menitik beratkan hal – hal yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain seperti menggunakan konsep saat dan aplikasi dalam ciptaannya dan hasil tersebut menjadikannya seorang astronomi yang sangat. 

RUMUSAN

Ummat Islam pada zaman globalisasi kini, sangat kekurangan individu –individu yang professional dan bersungguh –sungguh dengan kerjayanya yang sangat diperlukan seperti doctor, ahli astronomi, jurutera awam, dan sebagainya. Ummat Islam kini dipandang rendah, hal ini kerana tidak ramai lagi anak muda Islam yang mahu menyahut seruanuntuk menuntut ilmu yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dan dititikberatkan oleh Nabi Muhammad ﷺ
Sangat banyak dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam Al-Quran begitu juga oleh Nabi Muhammad ﷺ di dalam hadis akan kelebihan menuntut ilmu. Antara yang selalu kita dengar,

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

“Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. ”
{Surah Al-Mujaadilah: 11}

Di dalam hadis Nabi Muhammad ﷺ bersabda, antaranya,

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. ” (Riwayat Muslim)

Seperti ayat al-Quran dan hadis diatas, ummat Islam dituntut untuk mencari ilmu agar diri tidak ketinggalan dan ilmu itu juga dapat dimanfaatkan kearah kebaikan selain bertujuan untuk membangunkan ekonomi, politik, social ummat Islam itu sendiri. jika ummat Islam sedar akan kepentingan ilmu, maka segala masalah atau jenayah yang kita takuti akan terhindar seperti mencuri, meragut, merompak dan sebagainya. Oleh itu secara tidak langsung, ummat Islam tidak lagi dipandang serong dan hina oleh agama –agama lain. Pada zaman itu, ummat Islam dipandang tinggi, ummat Islam sangat diperlukan dalam urusan –urusan pekerjaan kerana pekerjanya yang amanah, berhemah dan berakhlak. Maka tidak hairanlah zaman kegemilangan seperti tokoh Abu Mahmud Al Khujandi berulang kembali. Segala sumbangan dapat diberikan dan digunakan kearah kebaikan. Melahirkan tokoh yang kreatif dan intelektual seperti Abu Mahmud Al Khujandi. 




Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment