Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Sejarah dalam bidang astronomi

PENDAHULUAN
Sejarah dalam bidang astronomi sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Ilmu Bintang di dalam Al-Quran telah menjadi dorongan yang kuat kepada orang Arab yang cenderung dengan ilmu tersebut. 

Antara tokoh astronomi Islam yang terkenal ialah Al-Sufi. Nama asalnya ialah Abdul Rahman Ibnu Abu Al-Hussin Al-Sufi. Beliau dikenali dengan nama Azophi di dunia Barat. 

Diantara hasil karya beliau ialah Kitab Alkawakib As-Sabit Al-Musawwar yang menerangkan tentang kedudukan buruj bintang. Al-Sufi juga adalah saintis pertama yang menerangkan tentang kewujudan bulan dan galaksi di angkasalepas. 

Selain itu, Al-Sufi telah membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitude. Al-Sufi juga menulis mengenai astrolabe dan mencari beberapa kegunaan mengenainya. Beliau menerbitkan bukunya yang terkenal ‘Book of Fixed Stars’ pada tahun 964. 

Dalam keterangan dan gambar mengenai Andromeda, beliau memasukkan ‘A Little Cloud’ yang sebenarnya adalah Andromeda Galaxy M31. 

Bukunya Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar merupakan hasil karya yang unggul dalam astronomi stellar. Bukunya boleh didapati dalam Bahasa Arab dan diterjemah dalam Bahasa Perancis oleh Schjellerup dan ia dikatakan penting sehingga kini bagi kajian pergerakan dan kepelbagaian. Disebabkan sumbangannya yang besar dalam bidang astronomi, sebuah kawah di bulan dinamakan Kawah Azophi yang mempunyai diameter 47. 0 kilometer dalam Sembilan bahagian peta bulan dan terletak 22. 1

Selatan 12. 7 timur. Beardan Madler dalam tugasannya terkenal Der Mond pada 1837 menyebut kawasan permukaan bulan sempena nama al-Sufi (Azophi). Al-Sufi

dikagumi, disegani dan dihargai bukan sahaja oleh umat Islam malah barat juga banyak merujuk kepada tulisan-tulisan beliau. Sarjana Barat banyak mengambil ilmu daripada Sarjana Islam dengan menterjemahkan buku-buku karanganmereka. 

LATAR BELAKANG
Abdul-Rahman bin Umar Al-sufi Abdul Husayn lahir di Rayy Persia pada tanggal 14 Muharram 291 H/5 Desember 903 M. Beliau hidup di bawah pemerintahan Adud al-Dawla. Bahkan beliau tinggal di istana raja yang bertempat di Isfahan, Persia. Pada masanya beliau dikenal sebagai seorang astronomi cemerlang dan merupakan salah satu cendikiawan kebanggaan sang maharaja di antara "tiga bintang". Dua lainnya adalah al-Farisi seorang ahli tatabahasa dan Ibnu al-Alam seorang pakar tentang tabel-tabel astronomi. Pekerjaan beliau adalah menterjemahkan dan memperluas karya-karya astronomi Yunani, terutamanya "Almagest" dari Ptolemaios, serta melakukan pembetulan terhadap daftar bintang Ptolemy. Bahkan beliau mendapat tempat sebagai penterjemah utama Astronomi Helenistik yang telah berpusat di Alexandria ke dalam bahasa Arab. Hal terbesar yang beliau lakukan adalah menghubungkan nama-nama bintang menurut penelitian Yunani dan bangsa Arab, serta rasi bintangnya. Abdar-Rahman bin Umar Al-Sufi Abu Al-Husayn wafat pada tanggal 13 Muharram 376 H/25 Mei 986 M, di Shiraz, Iran. 

KARYA TERKENAL ABDUL RAHMAN AL-SUFI

Karya as-Sufi yang paling terkenal adalah Kitab al-Kawakib ats-Tsabit al-Musawwar, sebuah catalog bintang yang dibuat berdasarkan pengamatannya sendiri. Katalog ini merupakan atlas bintang pertama yang membahas tentang Nebula pada rasi Andromeda, sekaligus atlas bintang paling penting kerana mengungkap sejumlah perubahan yang dialami beberapa bintang utama dalam waktu sepuluh abad. As-Sufi mendedikasikan buku yang ditulisnya sekitar tahun 965 (355 H) ini kepada Buyld Emir Adud al-Dawla. Kitab al-Kawakib ats-Tsabit al-Musawwar adalah salah satu manuskrip berilustrasi paling tua yang mengupas beberapa temuan Ptolomeus. 

Ilustrasinya dibuat begitu menarik untuk menggambarkan konstelasi atau tatanan bintang yang terlebih dahulu telah disusun oleh Utarid bin Muhammad. Namun, ada pula sumber lain yang menyebutkan bahawa Kitab al-Kawakib ats-Tsabit al-Musawwar adalah buku terjemahan dari sejumlah naskah ilmiah Yunani, seperti Almagest karya Ptolomeus. Jika keduanya dibandingkan, karya astronomi Yunani yang penuh simbol-simbol astronomi memang hamper mirip dengan catatan bintang dalam buku karya as-Sufi tersebut. Namun jika diperhatikan lebih mendalam, terlihat bahawa ilustrasi catatan bintang tersebut berwujud gambar rajah tokoh terkemuka yang dibentuk dari rangkaian sejumlah titik merah. Kini, manuskrip awal karya as-Sufi tersebut masih tersimpan di Perpustakaan Bodleian, setelah sebelumnya disalin dan diilustrasi kembali, dan dikaligrafi oleh salah satu putera Al-Sufi (1009 - 1010). 

Selain karya di atas, masih banyak karya Al-Sufi yang diilustrasi kembali dengan gaya dan judul yang berbeza sesuai perkembangan zaman. Sebuah teks dan terjemahan kata pengantaraannya pernah diterbitkan oleh Caussin de Parceval dengan judul Notices at Extraits, sedangkan oleh H. C. F. C. Schjellerup dengan judul Description des Etoiles Fixes par Abd al-Rahman as-Sufi (St. Petersburg, 1874). Pada tahun 1953, naskah yang sama diterbitkan dalam bahasa Arab, setelah manuskripnya yang berada di Paris disunting terlebih dahulu oleh M. Nazamuddin. 

Al-Sufi juga pernah menulis sebuah buku pegangan tentang astronomi dan astrologi, serta sebuah risalah tentang astrolobe. Selain menulis, al-Sufi juga pernah membuat sebuah peta bumi dari bahan perak. Ia mempersembahkan peta ini untuk Raja Adud al-Dawla. Kini, peta tersebut tersimpan di Perpustakaan Istana Dinasti Fatima di Kairo. 

SUMBANGAN ABDUL RAHMAN AL-SUFI

Beliau telah menjumpai ‘The Large Magellanic Cloud’ yang pada masa itu hanya boleh dilihat di daerah Yaman. Dan selepas itu baru dapat dilihat di daratan Eropah setelah pelayaran Magellan pada abad ke-16. 

Beliau merupakan pengamat pertama tentang Galaksi Andromeda pada tahun 964 M. Beliau juga telah meneliti tentang bentuk pesawat yang cenderung terhadap pergerakan di langit. Selain itu, beliau juga telah membuat perhitungan yang tepat tentang pengiraan masa tahun tropis. 

Beliau memerhati dan menggambarkan bintang-bintang, kedudukan, saiz dan warnanya. Untuk setiap bintang, beliau menyediakan dua gambar. Satu gambar dilihat daripada bahagian luar Bumi dan satu gambar lagi dilihat daripada Bumi. 

Al-Sufi juga merupakan orang pertama yang mengkaji lebih daripada 1000 perbezaan astrolabe seperti Astronomi, Navigasi, Survey, Ketepatan waktu, Kiblat, dan sebagainya. Dan masih banyak lagi hasil kajian beliau. 

Beliau merupakan salah seorang astronomi yang terkenal. Salah satu karya beliau menjadi sangat terkenal adalah Kitab Al-Kawakib As-Sabit Al-Musawwar dan dalam bahasa Inggeris yang berjudul Fixed Star yang terkenal antara Tahun 903 hingga 986. Buku ini menerangkan tentang kedudukan bintang-bintang. 

KARYA MENJADI PANDUAN KEPADA SAINTIS BARAT:
Menurut sumber Islam dan Muslim Art bahawa buku astronomi ini merupakan terjemahan daripada beberapa buah naskah ilmiah Yunani seperti Almagest oleh Ptolemaios, Farnese Atlas dan Phenomena oleh Aratus. Dalam ini menerangkan dalam bentuk gambar rajah atau tokoh-tokoh terkemuka yang ditanda dengan titik-titik merah sebagai tanda bintang-bintang. 

Manuskrip awalnya masih boleh kita temui di Perpustakaan Bodlein. Manuskrip itu disalin dan diilustrasi oleh puteranya sendiri pada Tahun 1009-1010. Teks dan terjemahan kata pengantar pernah diterbitkan oleh Caussin De Perceval dengan tajuk ‘Notices At Extraits’ juga H. C. F. C. Schjellerup dengan judul ‘Description Des Etoiles Par Abd Rahman Al-Sufi’ di St. Petersburg pada tahun 1874. 

Karya-karya lain yang masih ditinggalkan antaranya berupa sebuah buku pegangan (handbook) tentang astronomi dan astrologi. Terdapat juga risalah mengenai penggunaan astrolabe. Sebuah peta Bumi dibuat daripada perak dan dipersembahkan kepada Raja Adud Dawla juga telah disimpan di Musium dalam perpustakaan Istana Dinasti Fatima di Kairo. 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita mestilah mewarisi dan mencontohi semangat tokoh-tokoh Islam terdahulu dalam mempelajari ilmu pengetahuan di dunia ini. Dengan cara ini kita dapat mendalami dan menghayati maksud Islam serta dapat mendekatkan diri kita dengan Allah Subhanahu wa ta’ala. Kita juga hendaklah mempelajari ilmu pengetahuan bagi membangunkan dakwah Islam dengan dorongan dan semangat Islam serta menjadikan segala aktiviti yang dilakukan di dunia ini sebagai ibadah kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Dengan demikian, umat Islam di dunia sebagai rahmatan lil’alamin dapat turut serta menyumbangkan tenaga bagi kemajuan peradaban dunia. 

RUJUKAN
1. Dr. Muhammad Hanafi (2010). ILMU ISLAM. Terbitan Seribu Dinar SDN BHD. 
2. Ramli Awang (2003). FALSAFAH SAINS DAN TEKNOLOGI. Kuala Lumpur: PTS. 
3. Shaharir Mohamad Zain (1985). PENGENALAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 
4. Sulaiman Nordin (1995). SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment