Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Sejarah Kelahiran Dan Sumbangan Abu’l Hasan Al-Uqlidisi

Pendahuluan
Perkembangan peradaban manusia adalah disebabkan oleh berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi, tidak terkecuali ilmu matematik. Matematik yang dikenali sebagai bahasa dari semua ilmu ini ternyata dikembangkan oleh tokoh- tokoh beragama Islam. 

Dalam sejarah matematik, matematik Islam adalah merujuk kepada matematik yang dikembangkan oleh ahli matematik dari budaya Islam dari bermulanya Islam dari abad ke-17, kebanyakannya terdiri daripada ahli matematik Arab dan Parsi, dan juga umat muslim yang lain dan bukan muslim yang sebahagian dari kebudayaan Islam. Ahli matematik Islam juga dikenali sebagai ahli matematikArab kerana berasaskan teks matematik Islam ditulis dalam bahasa Arab. Ahli matematik Islam adalah aspek utama pada sejarah sains Islam. 

Sains dan matematik Islam yang berkembang di bawah pemerintahan khalifah Islam yang juga dikenali sebagai empayar Arab atau Empayer Islam ditubuhkan di merata-rata Timur Tengah, Asia Tengah, Afrika Utara, Semenanjung lberia dan sesetengah bahagian Perancis dan Pakistan yang dikenali sebagai india pada abad ke-8. Walaupun kebanyakan teks Islam pada metematik ditulis dalam bahasa arab, tetapi ia tidak semua ditulis oleh orang arab. 

Kajian terkini melukiskan sebuah gambran baru tentang system hutang yang telah dikenalpasti oleh ahli matematik Islam. 

3. 1. Sejarah kelahiran
Sejarah Kelahiran Pada zaman terdahulu terdapat ramai ahli-ahli matematik yang terkenal dalam kalangan masyarakat. Antara salah seorang ahli matematik ialah Abu’l Hasan Al uqlidisi. Nama sebenar beliau ialah Abu’l Hasan Ahmad ibn Ibrahim al-Uqlidisi. Beliau merupakan seorang ahli matematik arab. 

Beliau dilahirkan di damancus pada 920 M di Damascus, Syria dan beliaumenetap di Damascus. Beliau merupakan ahli matematik yang aktif di dan Damascus Baghdad. Beliau adalah ahli matematik yang dapat dikenali melalui dua buku iaitu kitab al-fusul fi al hisab al-hindi dan kitab al-hajari fi al-hisab. Beliau telah menjumpai sesuatu yang penting dan telah mengundang satu pendebatan yang menarik dikalangan ahli sejarah sains. 

Beliau merupakan seorang tokoh penting yang banyak mendorong hujan-hujah ilmiah yang menarik dalam kalangan ahli sejarah sains. Beliau juga merupakan seorang ahli matematik yang suka menuntut ilmu. Semasa beliau merantau ke tempat lain bagi mencari ilmu, beliau telah menuntut ilmu daripada ahli matematik yang terdahulu yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan. Beliau telah meninggal dunia pada 980 M di Damascus, Syria. 

3. 2. Pendidikan
Beliau merupakan seorang yang suka untuk merantau dan berdasarkan kitab al fusul fi al-hisab juga menerangkan bahawa beliau suka untuk merantau jauh untuk meneroka dan mencari pelbagai lagi ilmu yang bermanfaat untuk dirinya. Semasa beliau cuba untuk merantau dan mencari ilmu, beliau menambahkan lagi pengetahuan beliau dengan menuntut ilmu daripada ahli matematik yang terdahulu dan berusaha untuk mejadi seorang yang bijak dalam ilmu matematik. 

Di dalam buku tersebut juga mendakwa bahawa beliau telah mempelajari ilmu membaca semua teks berkaitan arimetik. Dan beliau juga dikatakan telah menjadi seorang tenaga pengajar bagi aritmetik india kerana beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak berkaitan tersebut dan beliau juga mampu menjawab setiap pertanyaan yang ditanya berkaitan aritmetik. 

3. 3. Sumbangan

3. 3. 1. Merupakan ahli matematik yang menunjukkan pengiraan tanpa potongan. 
Beliau telah menkaji ilmu matematik dan telah menerbitkan kaedah pengiraan tanpa perlu menggunkan kaedah pemotongan. Dengan kaedah sebegini, ia mampu memudahkan sesuatu jalan pengiraan. Dalam sejarah, matematik telah dikembangkan oleh ahli matematik dengan berdasarkan budaya Islam. Kebanyakannya adalah terdiri daripada ahli matematik daripada Arab dan Parsi serta melibatkan orang Islam dan juga orang bukan Islam. 

Ahli matematik kebanyakannya dikenali sebagai ahli matematik arab kerana berteraskan teks matematik yang ditulis dalam bahasa Arab. Tetapi matematik yunani dan matematik india juga berperanan penting dalam kemajuan terawal matematik Islam terutamanya karya karya seperti karya geometik klasik Euclid, karya trigonometri aryabhata dan Karya arimetik Brahmagupta. Sarjana menganggap karya-karya ini menyumbang pada era inovasi saintifik Islam yang berlanjutan hingga kurun ke-14. Banyak teks-teks yunani kuno hanya bertahan dalam bentuk terjemahan ke bahasa arab yang dilakukan oleh ilmuan Islam. Kemungkinan sumbangan paling penting dalam bidang matemaatik dari india ialah system angka india-arab yang berasaskan tempat perpuluhan, yang juga dikenali sebagai angka hindu-sejarawan Parsi al-Biruni dalam sekitar 1050 M dan dalam buku beliau iaitu Tahqiq ma li al-Hind menyatakan bahawa khalifah al-ma’mun menerima kedatangan duta dari india dan membawa bersama sebuah buku yang diterjemahkan ke bahasa arab sebagai Sindhind. Terdapat banyak idea yang dianggap sebagai konsep baharu yang bijak oleh kerana ahli matematik Eropah pada abad ke-16, 17, 18, Contohnya system hutang. 

3. 3. 2. Mengajar dalam india aritmetik. 
Beliau juga pernah dikatakan telah mengajar dalam india aritmetik dengan ilmu pengetahun yang dimilikinya kerana beliau boleh menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan baik. Terdapat lukisan-lukisan yang menunjukkan pengetahuan tentang matematik dan pengukuran masa berasaskan bintang-bintang. 

Pada zaman dahulu orang mesir telah memperkenalkan sistem perpuluhan terawal yang membenarkan pengiraan tak tentu melalui simbol- simbol yang baru. Terdapat berbagai idea yang bijak dripada sejarah matematik pada awalnya, pertamanya matematik india kuno telah memperkenalkan system timbang dan ukur seragam yang menggunakan sistem perpuluhan iaitu satu teknologi beta yang maju yang menggunakan nisbah, jalan-jalan raya yang diletakkanpada sudut tegak yang sempurna dan sebilangan bentuk dan reka bentuk geometri, termasuk bentuk-bentuk tempayan, kuboid, kon, silinder, serta lukisan-lukisan bulatan dan segi tiga sepusat dan bersilang. Seterusnya, matematik mesir kuno iaitu merujuk kepada matematik yang ditulis dalam bahasa mesir. Dari tempoh Helenistik, bahasa yunani menggantikan bahasa mesir bagi bahasa penulisan sarjana mesir, dan bermulanya detik ini matematik mesir bergabung dengan matematik yunani dan Babylon, lalu memberikan matematik hellenstik. Pembelajaran matematik di mesir kemudiannya diteruskan bawah pemerintahan khalifah Islam sebagai sebahagian matematik Islam apabila bahasa arab dijadikan bahasa penulisan sarjana mesir. Bagi ahli matematik Babylon kuno. Ia merujuk kepada mana- mana matematik orang Mesopotamia dari masa awal sumer sehingga permulaan zaman keyunanian. Ia dinamai sebagai matematik Babylon kerana peranan utama Babylon sebagai sebuah tempat pengajian. Bagaimanapun, tempat ini kemudiannya hilang sama sekali pada zaman keyunanian dan sejak dari masa itu, matematik Babylon bergabung dengan matematik yunani dan mesir untuk menghasilkan matematik keyunanian. 

3. 3. 3. Beliau menyampaikan kandungan semua teks lebih awal kepada masyarakat arimetik india dan digunakan dalam sistem seksagesimal. 
Kami tiada teks yang lengkap untuk membuktikan ketepatan sejarah beliau dalam beliau menyampaikan kandungan semua teks lebih awal kepada masyarakat arimetik india dan menggunakan dalam system seksagesimal. Walaubagaimanapun, Algorismus corpusmenyatakan bahawa arimetik india sebagai sesuatu yang dinyatakan oleh al-khwarizmi berdasarkan daripada apa yang tersebar di dalam dunia Muslim. Aplikasi skema india kepasa sistem seksagesimal telah dijumpai di dalam semua buku arimetik Arab. Seksagesimal adalah system bilangan yang menggunakan angka 60 sebagai dasarnya. Sistem ini berasal dari Babylon kuno. System ini kemudiannya digunakan dalam bentuk yang lebih modem oleh orang-orang Arab di zaman khalifah umayyah. 

3. 3. 4. Beliau memberikan kaedah yang hanya diketahui oleh ahli arimetik yang dinyatakan, dan dilanjutkan kaedah untuk pecahan dan punca kuasa dua. 
Beliau telah menyampaikan kaedah untuk pecahan dan punca kuasa dua yang juga termaktub di dalam Papirus Rhind yang juga merupakan teks matematik utama lain, sebuah manual arahan dalam aritmetik dan geometri. Sebagai tambahan untuk memberi rumus luas dan kaedah bagi pendaraban, pembahgian dan menggunakan unit pecahan, ia juga mengangandungi bukti bagi pengetahuan matematik lain termasuk nombor gubahan dan perdana, min aritmetik, geometric, harmoni dan pemahaman mudah bagi kedua dua penapis Eratosthenes dan teori nombor sempurna. Ia juga menunjukkan bagaimana untuk menyelesaikan persaman linear tertib pertama begitu juga dengan janjang aritmetikdan geometri. 
3. 3. 5. Beliau menunjukkan bahawa aritmetik india tidak lagi memerlukan abacus. 
Perkara ini lebih dipersetujui di barat berbanding timur. Bagi mengiyakan lagi, kita boleh menyatakan bahawa ibn al-banna dripada Morocco termasuk sebagai satu kecurigaan di dalam satu daripada kerja aritmetik beliau menyatakan bahawa zaman dahulu kala debu digunakan dengan banyak untuk pengiraan. Dan Nasir al-Din al-Tussi of Persia telah menemukan bahawa debu abacus cukup penting untuk menulis sebuah buku. 

3. 4. Antara ahli-ahli matematik termasyur
1. Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi
- Ahli matematik dan ahli talak berketurunan parsi yang berkerja untuk khalifah di Baghdad. 
2. al-Mahani
-Ahli matematik yang mengeluarkan idea bagi mengurangkan masalah geometik seperti masalah dalam algebra. 
3. Abd Al-Hamid Ibn Turk
-memperkenalkan cara untuk mempelajari persamaan kuadratik. 
4. Al-Batani
- Membuat ketepatan dalam mengkaji astronomi
-menghasilkan nombor daripada hubungan trigonometri. 

4. Kesimpulan
Tokoh Abu, l Hasan al-Uqlidisi merupakan tokoh matematik Islam yang cemerlang dan ilmu matematik yang disampaikan juga mempunya hubungan yang sangat rapat dengan tradisi spiritual umat Islam dan rapat dengan al-quran. 

Kita sebagai penikmat ilmu sudah sepatutunya menghargai perjuangan tokoh-tokoh yang telah menemukan ilmu yang sangat bermanfaat bagi kita saat ini. Terutamanya tokoh seagama kita iaitu para ahli matematik muslimdanada baiknya kita mengenal mereka dengan mempelajari perkara yang berkait dengan sejarah hidup mereka dan mempelajari perkara berkaitan sumbangan-sumbangan mereka untuk meningkatkan lagi semangat kita sebagai penuntut ilmu yang baru untuk bertatih memulakan hidup bagi seorang yang berjaya. 

Kita juga mestilah mempelajari ilmu-ilmu yang telah di jumpai oleh tokoh-tokoh terdahulu supaya kita menjadi manusia yang cintakan ilmu pengetahuan dan berkemungkinan besar kita sebagai anak-anak muda Islam di zaman sekarang pula bakal menemui ilmu-ilmu baru yang bakal diwarisi oleh generasi-generasi akan datang. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment