Monday, October 12, 2015

Tajuk: Ciri-Ciri Kebudayaan Islam Di Alam Melayu

PENGENALAN:
Makalah ini adalah suatu penelitian umum akan aspek-aspek dari pertemuan tamadun Melayu dan Islam serta memeriksa proses saling pengaruh antara pelbagai anasir budayadari kedua-dua pihak dalam lingkungan ekologi Alam Melayu. Meskipun perhatian tertumpu kepada fenomena kebudayaan atau peradaban namun gagasan ‘contact’ yang dikemukakan ialah suatu pertemuanaman, mesra dan saling menerima. Tidak wajar kontak budaya itu digagaskansebagai ‘satu pertembungan’ dengan erti kontak yang saling berlaga atau bertentangan. Tidak terdapat bukti meluas akan pertemuan dengan kekerasanatau kekasaran antara peribadi-peribadi yangterlibat. Baik dari sudut perwatakanlegenda atau metos kedatangan Islam keAlam Melayu mahupun dalam dokumensejarah amat sukar untuk menemukan suatu titik pertembungan yang melahirkanpergeseran atau persinggitanantara Islam dan budaya Melayu. Justeru demikianadalah amat padan jika fenomena kehadiranIslam di dalam kebudayaan Melayudilihat dan ditanggapi sebagai suatu ‘pertemuan’ peradaban, yakni suatukehadiran yang saling menerima dan meresapi sehingga melahirkan sebuahbentuk serta identiti peradaban yang amat padu dan mesra bernama Melayu. 

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa satu era baru yang menjuruskan kepada zaman baru dan bertamadun. Islam telah berjaya mengubah minda masyarakat di Alam Melayu. Tidak lagi berada di alam Hindu-Buddha yang penuh dengan tahyul, mitos dan khurafat. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat di Alam Melayu dengan cepat menerima Islam disebabkan keistimewaan yang ada pada Islam itu sendiri. Islam mampu berkembang pesat di Alam Melayu walaupun pada masa itu orang Melayu sudah mempunyai kepercayaan yang tersendiri. Apabila orang Melayu telah memeluk agma Islam, ia membawa kepada perubahan dan pembangunan jiwa serta wajahnya. Maksud perubahan jiwa adalah perubahan seperti kepercayaan, sikap, sifat dan pemikiran. Sedangkan perubhan wajah adalah perubahan kebudayaan, sosial, ekonomi, politik dan pentadbiran. 

PENGARUH DALAM ASPEK AKIDAH:
Kepercayaan masyarakat Melayu sebelum kedatanagan Islam dipengaruhi oleh:

Sistem kepercayaan peribumi iaitu aninisme dan dinanisme yang mempercayai bahawa setiap benda mempunyai bahawa setiap benda mempunyai roh, jiwa atau semangat yang boleh memberikesan sam ada baik atau buruk. 

Mempercayai kuasa roh nenek moyang yang dinamakan hyang yang sama seperti poyang atau moyang. 

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa telah wujud agama tauhid iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa di Alam Melayu. 

Namun selepas kedatangan agama Islam berlaku perubahan yang paling ketara masyarakat di Alam Melayu daripada sudut keyakinan yang berteraskan kepada ketauhidan Allah Subhanahu wa ta’ala, di mana sebelumini mereka percaya kepada aminisme, kepercayaan kepada roh dan semangat serta percampuran ajaran Hindhu-Buddha. Daripada kerpercayaanyang berunsurkan politheisme (kepercayaan banyak tuhan) yang mencelarukan serta sukar difahami kepada kepercayaan monotheisme, kepercayaan kepada tuhan yang satu, yang lebih mudah difahami dan diamalkan

Dengan meresapnya kefahaman tauhid yang menjadi aras akidah Islam kepada masyarakat di Alam Melayu telah melahirkan amalan yang selaras dengan syariat Islam, terutama ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan seumpamanya. Selai dari itu, mereka telah diperkenalkan pula denga persoalan yang berkaitan dengan akhlak dan tasawwur Islam secra meluas. Jadi pengaruh akidah, ibadah, dan tasawwur Islam meresap ke dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu adlah merupakan teras yang kukuh sampai kini dapat dipertahankan terlalu sukar untuk dipisahkan di antara Melayu dan Islam. Seolah-olahnya Melayu itu Islam dan Islam itu melayu. 

Kepercayaan masyarakat Alam Melayu menjurus kepada perkara yang lebih rasional jika dibandingkan dengan kepercayaan asal orang Melayu yang berunsurkan anamisme. Contoh mudah jika dilihat lagenda kehebatan orang Melayu sebelum Islam ialah Badang. Cerita Badang penuh dengan unsur tahyul, Badang menjadi kuat kerana memakan muntah hantu. Lagenda orang Melayu selepas Islam ialah Hang Tuah yang lebih rasional kerana Hnag Tuah menjadi kuat kerana menuntut ilmu persilatan dengan pelbagai guru, amalan dan akhlak Hang Tuah menjurus kepada pengaruh Islam. Kepercayaan kepada rukun iman yang enam dalm Islam lebih rasional dri kepercayaan anamisme yang sukar untuk dimengertikan oleh orang kebanyakan. 

Perubahan kepercayaan ini membawa membawa Alam Melayu untuk membina tamadun yang lebih gemilang sehingga lahir kerajaan Melayu-Islam Melaka yang berjaya mengukir nama sebagai pelabuhan perdagangan antarabangsa, pusat perdagangan antara Timur dengan Barat. Semua ini muncul setelah masyarakat Alam Melayu menganut dan mengamalkan Islam dalam sistem hidup mereka. 

PENGARUH DALAM ASPEK KEILMUAN:

Di samping perubahan akidah masyarakat kepada akidah tauhid, tidak kurang juga pentingnya perubahan masyarakat di Alam Melayu dalam aspek keilmuan. Perubahan ini cukup bererti di mana wujudnya budaya ilmu yang merata di kalangan rakyat. Terbukti bahawa hubungan proses Islamisasi di Alam Melayu telah membawa kesan pendemikarasian keilmuan yang berteraskan pendidkan al-Quran. Dengan kata lain telah mencetuskan revolusi celik huruf, budaya membaca dan tamadun ilmu tersebar di merata tempat. Dengan demikian masyarakat Melayu pra-Islam yang terbelenggu dalam budaya mitos atau dogeng tahyul telah mengalami transformasi intelektual yang cukup hebat hingga mampu membina masyarakat berbudaya ilmu, saintifik dan rasional. 

Masyarakat di Alam Melayu secara umumnya telah menganggap bahawa status dan kedudukan ilmu serta ilmuan amat penting bagi meraka, sebagaimana telah digambarkan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas (19720 sebagai berikut:

“Tuntutan budi dan akal mengenai hal-hal agama keagamaan dan kemurnian batin serta ilmu mengenainya tersebar luas, mendalam laksana akar beringin merangkup bumi”. 

Kegiatan keilmuan di Alam Melayu yang berkembang pesat, sudah pasti mendedahkan kepada rakyat terhadap kekayaan khazanah pembudayaan ilmu Islam. Karya-karya kesusasteraan Islam telah menghasilkan transformasi jiwa dan minda masyarakat. Perkembangan ini telah melahirkan “Melayu Baru” dalam ertinya terbinanya watak Melayu yang berasaskan nilai-nilai baru keislaman. Islam telah menjadikan merka manusia global yang menghayati nilai-nilai universal. Hatta kini al-Quran, sirah nabawi dan kisah-kisah hidup peribadi mulia dalam sejarah Islam masih menjadi sumber inspirasi dan panduan. Berasaskan sumber-sumber ini maka orang Melayu membentuk pandangan semesta dan nilai-nilai hidup. Jadi gagasan “Melayu Baru” digarap dengan jelas sebagai Melayu yang mengalami proses al-tajdid al-Islamiyy, pembaharuan komitmen, kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran dan nilai-nilai Islam dalam bentuknya yang asli, murni dan segar. 

Selang beberapa tahun setelah kedatangan Islam, maka para ilmuan dan ulama telah menjadi tempat rujukan pihak atasan dan pentadbir serta masyarakat umum, sebagai pengganti tempat atau peranan pawan, bomoh dan ahli nujum sebelum kedatangan Islam. 

Berkait dengan perkara ini, di manaSultan Iskandar Muda Mahkota Alam memeberi wasiat kepada bakal penggantinya sebagaimana yang tercatat dalam Qanun Acheh Darul-Salam supaya menghormati dan selalu mendampingi para ulama, sebagai berikut: “… Dan demikian, Raja-raja hendaklah sentiasa memandang para ulama, musyawarah dengan ulama, dan selalu mendengar nasihat para ulama”. 

Pendidikan dan pengembangan ilmu adalah warasan Nabawi yang sangat utama. Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5 yang bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. 

Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Sistem awal yang diperkenalkan, mungkin pada mulanya menadah kitab di surau, langgar dan masjid atau di kalangan istana, sehigga kemudiannya terdirinya pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Ilmu adalah alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak. 

Proses pembudayaan rantau Melayu banyak sekali dimainkan peranannya oleh para ulama yang bermula daripada pusat-pusat pemerintahan Islam-Melayu seperti Melaka seawal abad ke-15, Jawa, Pasai, Banten dan Minangkabau. Daripada pusat-pusat inilah terpancar keluarnya pengaruh kebudayaan Islam di Alam Melayu dari Semenanjung sehingga ke kepulauan Indonesia, bukan sahaja melalui pengajian pondok atau kegiatan dakwah seperti yang dinyatakan, tetapi juga mempengaruhi perdagangan dan perluasan wilayah geo-politik baharu seperti Acheh-Pasai dan Johor-Riau. Sehingga suku pertama bad ke-20, gerakan ulama mengembangkan ilmu menerusi pendidikan agama tidak pernah surut. 

Sumbangan seperti ini, ditambah oleh hubungan dengan pusat-pusat kebudayaan Islam di al-Haramain (Mekah dan Madinah), Mesir dan Turki, juga India dan Pakistan, telah memberikan ciri-ciri khusus terhadap sebuah tamadun Islam di Asia Tenggara yang dikenali sebagai peradaban Melayu-Islam sebagaimana kita kenali adanya peradaban Arab-Islam, Parsi-Islam, India-Islam dan Turki-Islam. Peradaban Melayu-Islam berada dan berkembang di wilayah Melayu. 

Di pelbagai wilayah Alam Melayu luas, selain daripada pusat-pusat kebudayaan Islam di atas tadi, terdapat cukup para ulama yang berjasa besar dan terserlah sumbangan merak dalam pembangunan tamadun Melayu. Nama-nama ulama besar itu termasuklah ulama-ulama dari Kelantan-Pattani, Terengganu, Pontianak, Sambas, Sumbawa, Makasar, Minangkabau, Kedah, Lingga dan banyak lagi, bahkan tidak terkecuali pada abad-19. 

Penerimaan terhadap ajaran Islam dan kebudayaannya menyebabkan kebudayaan Melayu disejajarkan dengan Islam. Justeru Islam tidak sukar diterima oleh sebahagian besar umat serumpun Melayu. Kalau diteliti lanjut, ulama-ulama tadi cukup aktif menghasilkan karya berbentuk penulisan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan agama. Dengan kedatangan Islam dan tersebar ajarannya di Nusantara atau Alam Melayu, maka telah tumbuh dan berkembang ilmu-ilmu yang menentukan ciri-ciri kebudayaan Melayu besar serantau, antaranya yang paling awal, tentu sahaja ilmu-ilmu yang mebahaskan tentang keruntuhan dan pandangan semesta (worldview) Islam. 

Manusia membentuk kebudayaan dan tamadun mereka tetapi terasnya adalah agama yang datangnya daripada Allah Subhanahu wa ta’ala, Tuhan Yang Maha Esa. Kemudian dihuraikan juga ilmu-ilmu yang berkaitan dengan etika dalam kerangka syariat yang syummul. Dalam bidang ini, sifat-sifat utama yang merupakan nilai-nilai baik atau al-mahmudah dan sifat-sifat tercela keji yang menjadi lawannya atau al-mazmumah, dihurai dengan sosial dan kehidupan seseorang. 

Malah, terdapat juga perbincangan tentang ilmu ini dikaitkan dengan soal-soal ketuhanan. Antara nama-nama yang sangat terkemuka dalam bidang ini ialah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karya besarnya Siyar al-Salikin dan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dengan karyanya al-Durr al-Nafis. 

Daripada segi budaya intelektual, Dunia Melayu mempunyai sejarah dan tradisi intelektualismenya sendiri. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memulakan tamadun keilmuan dan melibatkan para ilmuwan Melayu dalam perkembangan intelektualisme dunia Islam. Memang rantau ini belum pernah melahirkan seorang seperti al-Syafie atau al-Ghazzali, tetapi setidak-tidaknya rantau ini memang sentiasa terdedah kepada pemikiran para ilmuwan besar dunia Islam. 

Khazanah intelektualisme Melayu tidak hanya mengandungi sastera penglipur lara, tetapi meliputi juga terjemahan dan saduran karya-karya besar al-Baydhawi, al-Mawardi, al-Ghazali dan lain-lain di samping karya-karya asli ulama Melayu. Tradisi pengajian pondok bersifat indigenous (asli) itu telah memainkan peranan besar sebagai jambatan budaya yang menghubungkan tradisi keilmuan rantau ini dengan tradisi keilmuan dunia Islam terutama yang berpusat di Asia Barat. Para ilmuawan Melayu tidak hanya menterjemah dan mengubah karya-karya daripada luar tetapi juga yang menghasilkan karya-karya asli termasuk karya-karya dalam bahasa Arab. 

PENGARUH ISLAM DALAM SASTERA MELAYU:

Perkataan sastera berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud “kata-kata yang indah”. Keindahan bahasa dalam bahasa Arab disebut “adab”. Jika “kata-kata indah” itu dikaitkan dengan “adab” maka sesuailah dengan ungkapan Melayu “budi bahasa”. Bahasa adalah ucapan lidah, sedangkan ucapan yang keluar daripada lidah itu adalah berasal daripada dalam batin kita iaitu “budi”. Bertambah halus budi, maka bertambah haluslah bahasa yang kita pakai. Sebaliknya orang yang kurang budi, maka mereka suka memakai ucapan kasar. Ia amat berkait rapat dengan pepatah Melayu yang berbunyi: “Hidup di dunia biarlah beradab, bahasa tidak dijual beli”. Ia bermaksud: “bahasa yang halus, budi yang baik, tidaklah dapat dihargai dengan wang; tidak dapat dibeli dan tidak dapat dijual. 

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memperhalusikan lagi budi bahasa orang-orang Melayu. Islam telah memperkenalkan kepada mereka huruf-huruf tulisan jawi untuk dipakai bagi menyatakan apa yang terasa di hati dan fikirannya dengan secara tertulis. Hal ini asal mulanya berlaku terhadap pengajaran dan didikan kepada kanak-kanak mengaji al-Quran, di mana huruf al-Quran yang telah dibaca setiap hari, lalu dipakai secara berulang-ulang, akhirnya menjadi huruf kita, sebagaimana di Alam Melayu biasanya disebut “huruf Jawi, huruf Melayu, huruf Arab. 

Dalam bidang penulisan atau sastera, kita lihat tradisi yang sangat penting ini yang boleh disebut pada abad ke-16 dan 17, dengan tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Abdul Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Shamsuddin al-Sumatrani, seterusnya di Banjar dengan tokoh-tokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan Muhammad Nafis al-Banjari. Kemudian Terengganu dengan Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis, penulis kitab Syarh Hikam yang terkenal itu, Palembang dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembani, dan kemudian Patani dan Kelantan dengan tokoh-tokohnya dikenal seperti Syeikh Abdul Rahman Pauh Bok, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani, Tuan Minal, Tuk Wan Ali Kutan, Haji Mohd Yusoff Ahmad al-Kenali (Tok Kenali), Tuan Jabal dan lain-lain, lebih awal lagi di Jawa dengan Wali Songo dan ulama-ulama besar Minangkabau yang bergerak secara langsung dalam gerakan bahasa, persuratan, kesenian dan kebudayaan selain keagamaan. 

Hasil karya para ulama Melayu itu, antara lain, menghuraikan dasar-dasar pandangan hidup Islam dengan menerangkan hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan kenyataan-kenyataan yang perlu diketahui dan direalisasi dalam kehidupan seorang Muslim, sehingga dengan demikian, dasar-dasar pandangan hidup Muslim menjadi lebih jelas dan tidak hanya sekadar menjadi suatu rukun daripada rukun-rukun iman yang dihafal dalam kepala sahaj. Beberapa peribadi Isalm yang dikenal masyhur dalam menghuraikan ilmu ini seperti al-Ash’ari, al-Maturidi dan al-Ghazali, antara lainnya mempunyai penerjemah-penerjemah dan penghurai-penghurai di Nusantara. 

Selepas ilmu tentang ketuhanan dan world view, maka ilmu yang paling dekat selepasnya ialah tentang ibadat dan hokum-hakam atau fiqh, iaitu ilmu yang mengatur cara berhubung antara manusia sesama manusia dengan Tuhannya. Hubungan antara manusia dengan manusia itu telah membentuk kebudayaan dan tata kehidupan sehingga proses penciptaan mereka tetap berpaut kepada akidah dan tauhid. 

PENGARUH DALAM ASPEK BAHASA DAN PERKATAAN:

Dengan kehadiran Islam, pengaruh daripada sudut bahasa dan perkataan-perkataan baru telah memberi nafas terhadap bahasa Melayu. Tulisan al-Quran yang di asaskan oleh 29 huruf itu menyebabkan masyarakat Melayu pandai membaca dan menulis. Ulama dahulu telah mengambil inisiatif dengan menambah lima huruf lain yang mirip dengan huruf Arab iaitu huruf “NGA”, “CA”, “NYA”, “PA”, “GA”, dan sekarang ini ditambah lagi satu huruf “V” yang akhirnya orang-orang Melayu berkebolehan membaca dan menulis tulisan jawi. 

Selain daripada aspek bahasa, kehadiran Islam juga telah memberi nafas baru dalam bidang sastera di Alam Melayu. Fungsi dan peranannya telah berubah daripada membincangkan tema-tema “manusia yang luar biasa” atau “kedewaan” kepada membincangkan manusia biasa yang menjadi contoh kepada umat Islam. Dengan kehadiran Islam juga telah menyuburkan sastera dalam bentuk tulisan, di samping sastera secara lisan yang amat ditekankan sebelum itu. 

Sastera Islam yang berkembang di Alam Melayu, banyak menyentuh tentang kisah-kisah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Israk dan Mikraj, Hikayat Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dan sebagainya. Juga cerita mengenai para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam seperti Hikayat Abu Bakar r. a, Hikayat Amirulmukminin, Hikayat Hasan dan Husin dan lain-lain. Selanjutnya, dengan kehadiran Islam juga telah memperkenalkan cerita berbingkai dalam sastera Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab dan Farsi, seperti: Hikayat Bakhtiar, di samping perkembangan golongan sufi dan aspek ketatanegaraan. 

Sebagai kesimpulan menunjukkan bahawa dengan kedatangan Islam adalah amat signifikan kepada pertumbuhan dan kemantapan bahasa Melayu. Begitu juga dengan bidang sastera yang ternyata telah dapat berkembang dan mampu berfungsi sebagai media dakwah dan pendidikan ummah yang berkesan. 

PENGARUH DALAM ASPEK PERLAKUAN INDIVIDU:

Hasil positif dakwah amat ketara kesannya dalam kehidupan muda-mudi setempat. Hampir di setiap kampung wujud pendakwah muda, bahkan kebanyakan keluarga mempunyai anak menjadi pendakwah. Mereka sanggup mempelajari dan menghayati Islam secara mendalam. Lantaran itu, akhirnya menjadi sebati dan sesuai dengan jiwa. Orang Melayu bukan sahaja mempraktikkan amalan fardhu ain semata-mata, malah perkara fardhu kifayah dan sunat pun dibiasakan seperti orang lelaki sedia memakai jubah dan serban seperti haji atau lebai kampung. Selain daripada itu mereka sering mengucapkan salam jika bertemu dengan seseorang dan selalu menyebut astaghfirulLah, alhamdulilLah, insya’Allah dan sebagainya. Ramai anak-anak muda menuntut ilmu pengetahuan berpuluh tahun lamanya di pondok-pondok pengajian yang didirikan oleh para ulama Nusantara. Setelah selesai pengajian dan pulang ke kampung masing-masing, meraka amat disanjungi dan diberi penghormatan oleh masyarakat setempat. 

PENGARUH DALAM ASPEK SOSIAL:

Orang Melayu mempunyai daya kemahiran intelektual yang unik daripada segi memerhati dan menghayati faktor-faktor alam semesta secara rasional dan saintifik yang kemudiannya menggubal peribahasa dan pelbagai kata perbilangan sebagai analogi kepada perkara-perkara yang mereka perhatikan, alami dan hayati. Peribahasa ini digunakan sebagai panduan, teladan dan sempadan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat termasuk digunakan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. 

Dengan kedatangan Islam, nilai-nilai ini ditambah dengan pendidikan keagamaan khususnya pengajian al-Quran yang sangat ditekankan oleh orang Melayu. Pengajian agama ini dijalankan secara tidak formal dengan menghantar anak-anak mereka berguru dengan guru-guru al-Quran. Selain itu, kewujudan pondok-pondok dan madrasah agama menjadi tempat pendidikan agama yang berlangsung secara rasmi dan sistematik. 

Penekanan orang Melayu dalam bidang pendidikan ini membawa kepada perubahan sosial masyarakat setempat. Ia berlaku ke atas individu yang telah menerima dakwah dengan ketara sekali, terutama daripada segi pergaulan antara lelaki dan perempuan. Perhubungan dan pergaulan mereka amat terbatas, hanya dalam bentuk hubungan yang diharuskan mengikut lunas-lunas Islam. Tujuannya adalah untuk mengelak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti pergaulan bebas boleh membawa kepada pengzinaan. 

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”. 

Selain itu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Keluarga contohnya menjadi agen sosialisasi utama dalam masyarakat manjalankan tanggungjawab ini dan dibantu oleh komuniti yang melaksanakan kawalan. Tujuan utamanya adalah untuk mendidik dan mengajar supaya seorang anak itu menjadi anggota masyarakat yang berguna dan dihormati masyarakat sekeliling. 

Disebabkan budaya Melayu berterasakan Islam dan amalan masyarakat (adat), maka kedua-dua aspek ini menjadi asas utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi orang Melayu banyak dibentuk oleh amalan keagamaan seperti budaya menziarahi perkuburan, amalan bermaaf-maafan di hari raya dan banyak lagi. 

KESIMPULAN:

Islam dating ke Alam Melayu sejak sebelum kesultanan Melaka secara tidak rasminya. Pengislaman Parameswara adalah titik mula perkembangan Islam di rantau ini. Sebelum kerajaan Melaka tertubuh, kerajaan Pasai memainkan peranan yang amat penting dalam mengembangkan syiar Islam. Setelah Islam bertapak kukuh di Alam Melayu, ia membawa pengaruh yang amat besar dalam kehidupan masyarakat alam ini. Daripada soal paling kecil hingga kepada perkara paling penting dalam kehidupan masyarakat Alam Melayu dipengaruhi oleh agama tersebut sepertimana yang telah dibincangkan. 

Kedatangan Islam ke rantau ini telah membawa perubahan baru dalam masyarakat Melayu. Perubahan ini bukan sahaja dalam aspek akidah malah mencakupi keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu. Meskipun pada tahap awal, agak sukar untuk menghilangkan sama sekali pengaruh yang telah sebati dalam masyarakat Melayu kesan daripada malan mereka dalam tradisi pra-Islam. Namun apa yang paling penting adalah asas kepada Islam tersebut tidak mengalami perubahan. Kedatangan Islam sama ada melalui usaha pendakwah dan ahli sufi, mahupun melalui perkahwinan antara Islam dan bukan Islam ataupun aktiviti perdagangan, namun masyarakat Melayu telah menerima agama tersebut sebagai agama mereka dan lebih penting lagi disesuaikan dengan diri mereka sehingga ke hari ini beberapa kawasan Alam Melayu. 

Hingga sekarang kita dipengaruhi oleh Islam dalam setiap dasar dan tindakan yang membentuk sistem kehidupan. Islam juga menjadi asas kepada perpaduan masyarakat Alam Melayu hingga disinonimkan Melayu itu dengan Islam dan Islam itu Melayu. Perkembangan dan kekuatan masyarakat Alam Melayu bergantung kepada sejauh mana mereka beramal dengan Islam. Islam Berjaya mengangkat martabat masyarakat Alam Melayu dan meletakkan mereka di puncak tamadun dunia pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu-Islam Melaka. Keruntuhan masyarakat Alam Melayu hari ini ialah kerana mereka merenggangkan diri dari beramal dengan Islam. Untuk memartabatkan kembali masyarakat Alam Melayu hari ini, kita perlu kembali beramal dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam secara menyeluruh bukan mengambil Islam secara juz’i atau bahagian-bahagian tertentu sahaja. 

RUJUKAN:

Abdul Jalil Hassan (1973). Falsafah Dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Abdul Rahman Haji Abdullah (1981). Sejarah Dan Pemikiran Islam. Selangor: Penerbitan Pena Sdn Bhd. 

Al-Bahi, Muhammad (1979). Islam Diliputi Awan Mendung. Kota Bharu: Penerbitan Dian. 

Abdul Monir Yaacob dan Ahmad Faiz Abdul Rahman, Towards A Positive Islamic World-View Malaysian and American Perception. Kuala Lumpur: IKIM

Ahmad Sarji dan Syed Othman al-Habsy (ed), The Islamic World and Global Coorperation, Kuala Lumpur: IKIM

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment