Thursday, October 15, 2015

Tajuk: Undang-Undang Islam Dalam Pentadbiran Di Malaysia

PENDAHULUAN
Pentadbiran adalah perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan dan pemerintahan (Kamus Dewan, 2005). Ia merujuk kepada fungsi pengurusan yang terdapat dalam sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan. 

Dalam konteks Islam, pentadbiran dan pengurusan adalah berkaitan pengelolaan dan pengaturan adalah berkaitan dengan pengelolaan dan pengaturan kegiatan manusia menurut sumber-sumber sekitarnya sebagaimana yang diperuntukkan Allah Subhanahu wa ta’ala. Ia didasarkan kepada nilai-nilai dan perkiraan-perkiraan yang berunsur rabbani dan pelaksanaanya bersifat ibadat. (Abu ‘Urwah, 1989)

Pentadbiran Islam menekankan matlamat al-bir dan takwa terhadap para mukminin dan keadilan serta keamanan kepada masyarakat dan manusia dan keadilan serta keamanan kepada masyarakat dan manusia seluruhnya. Oleh itu Islam meletakkan pentadbiran dan pengurusan sebagai salah satu amal yang mesti diambil berat kerana ia terangkum dalam pengertian ibadah yang luas. Pentadbiran dan pengurusan yang umpama itu adalah antara alat utama ke arah kesempurnaan amal dan ibadah. Luasnya keperluan pentadbiran dalam Islam adalah seluas matlamat Islam itu sendiri dalam menegakkan al-bir dan takwa serta tujuan menegakkan keadilan dan keamanan (Abu ‘Urwah, 1989)

TAKRIF
Oleh : Law; Jawi: اوندڠ٢) dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama. 

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara. 

Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuatpenangkapan. 

Pengamal undang-undang lazimnya mesti mendapat latihan secara professional dalam undang-undang sebelum mereka dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu mahkamah undang-undang, merangka dokumen undang-undang, atau memberi bantuan guaman. 


ISTILAH
Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia kini, harus difahami berdasarkan perkembangan perundangan negara terutama zaman sebelum merdeka iaitu zaman penjajahan Inggeris. Pengalaman-pengalaman mereka menjajah negara ini dan seterusnya memperkenalkan beberapa statut atau undang-undang bertulis dimana sebahagiannya telah dikekalkan hingga ke hari ini juga harus diteliti kerana ia mempunyai hubungan dalam konteks perkembangan pentadbiran undang-undang Islam. Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah “undang-undang Islam” dan istilah “pentadbiran” undang-undang itu sendiri ada hubungan dengan perlaksanaan undang-undang itu sendiri. 

Secara umum, istilah “pentadbiran” undang-undang lebih hampir kepada urusan siyasah yang membawa maksud bagaimana mengurus sesuatu perkara yang merujuk kepada kehendak dan kepentingan masyarakat itu sendiri atau dengan perkataan lain difahami sebagai “kuasa budibicara melalui autoriti pemerintah yang dibuat secara rasmi”(1). Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan itu membawa kebaikan jika dirujuk berdasarkan semangat atau ruh Syariat itu sendiri. Sebab itu, realitinya peruntukan undang-undang yang digubal semasa penjajahan Inggeris berkaitan dengan pentadbiran hukum Syarak di negara ini sebahagiannya telah dilanjutkan selepas merdeka hingga kini meskipun konsep atau niat asal penggubalan undang-undang tersebut lahir secara kebetulan semata-mata untuk menjaga kepentingan atau maslahah masyarakat yang mereka tadbir. 

CIRI-CIRI
Kedududukan Islam Dalam Perlembagaan
Di dalam kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia mempunyai Perkara yang menyatakan tentang undang-undang di Malaysia. Perkara 3(1) Perlembagaaan agama Islam menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. 

Seterusnya, di dalam perlembagaan Malaysia, rakyat Malaysia yang berlainan agama boleh mengamalkan agama mereka tersendiri dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan. Perkara 11 pula memperuntukkan bahawa rakyat Malaysia berhak menganut, mengamal serta mengembangkan agamanya. Kecuali agama Islam tetapi sebenarnya telah bercanggah dari Al-Quran dan Sunah. 

Tambahan pula, Penganut agama Islam, kerajaan telah menggubal undang-undang untuk mengawal kepercayaan yang dianggap menyeleweng di kalangan mereka. Kuasa Badan Perundangan Negeri telah ditubuhkan untuk menggubal perkara-perkara tentang undang-undang Islam termasuklah menubuhkan mahkamah. Akhir sekali, kes-kes jenayah seperti merompak, membunuh, dan sebagainya akan ditugaskan oleh Mahkamah Syariah kerana berhak mengenakan hukuman penjara, denda atau sebatan atau kedua-duanya. 

Islam Hadhari
Islam Hadhari bukan suatu ajaran baharu dalam Islam. Islam Hadhari ialah suatu pendekatan yang cuba menterjemahkan dan merealisasikan Islam dari sudut pelaksanaan dan pendekatan yang dituntut untuk diikuti oleh umat Islam sendiri berdasarkan al-Quran dan as-Sunah. 
Pelaksanaan Islam Hadhari di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Y. A. BTun Abdullah Ahmad Badawi adalah untuk menjadikan pendekatan Islam Hadhari sebagai keutamaan (aulawiyat) di dalam pengurusan dan pembangunan negara. Islam adalah ad-deen isitu satu cara hidup yang lengkap dan syumul yang bertunjangkan agama. Tidak semua manusia menjadikan agamanya suatu cara hidup yang berkomprehensif. Ada beberapa keadaan dalam kalangan umat Islam yang menyebabkan perlunya Islam Hadhari. 

ASAS-ASAS
Masih ada lagi yang mentafsir agama Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan tafsiran yang sempit; iaitu bersifat upacara dan istiadat sahaja. Kefahaman ini merujuk kepada penggunaan Islam dalam upacara-upacara rasmi seperti ucapan basmalah dan bacaan doa semasa upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong. 

Apabila Islam dijadikan sebagai agama Persekutuan, tanpa menafikan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, maka ia sewajarnya perlu diterjemahkan sebagai agama negara. Sekali gus agama Islam wajar menerima keistimewaan-keistimewaan tertentu dalam urusan-urusan kenegaraan dan pemerintahan. Sumpah Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan turut memberi pengukuhan bahawa agama Islam bukan sekadar berfungsi sebagai hiasan untuk upacara-upacara rasmi malahan juga sebagai teras undang-undang negara. 

Kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan realiti hari ini sebagai reflleksi atau kesan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah. Ia termasuklah berhubung soal-soal yang berkaitan dengan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan sultan-sultan yang menjadi ketua agama Islam negeri-negeri. 

KESIMPULAN
Kesimpulan dari paparan di atas, jelaslah bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi kesan yang besar dan meluas dalam kehidupan masyarakatnya. Sehingga dengan itu telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan Islam di kalangan mereka secara berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik dan bermaruah. Keadaan tersebut berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik di kalangan individu,
keluarga, masyarakat atau negara. Kedatangan Islam telah membawa perubahan menyeluruh
kepada sistem kehidupan masyarakat Alam Melayu seperti akidah atau agama, sosial, politik, pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Melihat keadaan ini, maka, sangatlah bertepatan ungkapan yang telah diperkatakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Beliau mengatakan bahawa kedatangan Islam ke rantau Alam Melayu ini haruslah ditanggapi sebagai zaman baru dalam pensenjarahan rantau ini. Namun, masih terdapat sebahagian bentuk budaya atau adat dari pengaruh Hindu sebelumnya diamalkan seperti adat bersanding dalam majlis perkahwinan dan lain-lain. 

RUJUKAN
1. Liaw Yock Fang, Hassan Ahmad, 2003. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut, Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan. 
2. Noresah Baharom, Rusli Abdul Ghani. 1996. Kamus Dewan, Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 
3. T anpa Pengarang. 2008. Malaysia Kita. International Law Book Services: Petaling Jaya. 
4. Tanpa Pengarang. 2007. Pelan Integriti Nasional. Institut Integriti Malaysia: Persiaran Duta. 
5. Tun Seri Lanang, Muhammad Haji Salleh(Pengkaji), 1997. Sulalat al-Salatin Ya’ni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment