Monday, October 12, 2015

Tajuk: Ibnu Shuja tokoh matematik

Pendahuluan
Tokoh adalah seseorang yang terkemuka atau orang kenamaan dalam bidangnya, atau seseorang yang memegang peranan penting dalam sesuatu bidang tertentu. Mereka banyak berjasa kepada semua masyarakat di dunia. Tanpa mereka mungkin kita tidak dapat mengenal sesuatu perkara tersebut. Tokoh-tokoh Islam banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bidang contohnya Ibnu Sina memberi sumbangan dalam bidang perubatan, Ibnu Khaldun dalam bidang ekonomi dan Ibnu Shuja dalam bidang matematik. Kebanyakkan tokoh-tokoh Islam banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan Islam. 

Pendidikan Islam dapat tumbuh dan berkembang pesat sejak dari peninggalan Rasulullah hingga ke hari ini. Perkembangan institusi keilmuan di alam Melayu menjadi pemangkin kepada berkembangannya Islam di alam Melayu. Perkembangan pendidikan dalam kalangan masyarakat dapat membentuk para ilmuan yang memiliki keluruhan akhlak dan budi pekerti. Jadi kitasebagai masyarakat Islam yang hidup di dunia ini perlu menuntut ilmu supaya tidak dikategorikan sebagai masyarakat yang ketinggalan zaman. 

Tokoh-tokoh Islam telah memberi kemudahan kepada kita untuk mempelajari ilmu pendidikan ini. Dengan adanya pendidikan ini, negara kita dapat berkembang dengan pesatnya dan negara akan bertambah maju dari pelbagai bidang yang dapat kita ceburi. Contohnya dalam bidang perubatan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pelbagai gejala yang tidak diingini. Kita dapat melindungi negara kita daripada ancaman musuh dari negara luar. 

Terdapat pelbagai jenis ancaman yang boleh mereka lakukan kepda kita. Contohnya, kegiatan penyelewengan. Jika masyarakat kita tidak mempunyai ilmu pendidikan yang tinggi, ini memudahkan mereka untuk melakukan penipuan dalam pelbagai bidang. Masyarakat kita mudah terpedaya dengan apa yang diperkatakan oleh pihak musuh. Allah menyuruh kita menimba ilmu pengetahuan untuk masa depan kita. jadi, kita sebagai hambanya perlu mempelajari ilmu pengetahuan tersebut. Bukan sahaja dari segi keagamaan bahkan dari segi ekonomi, perubatan dan sebagainya. Justeru itu, semua ilmu yang dipelajari mestilah berdasarkan syariat Allah. Jangan mempelajari ilmu tersebut bertentangan dengan syarak kerana Allah melaknat hambanya jika melakukan perkara yang bertentangan dengan syariatNya. 

Latar belakang Ibnu Shuja

Sejarah kelahiran Ibnu Shuja

" Ahli hitung yang terkemuka dari Mesir ". Ibnu Shuja begitu popular sebagai ahli matematika Muslim pada era keemasan Islam di Mesir. Ia sangat berjasa kerana Ibnu Shuja telah mengembangkan ilmu matematika. Buah fikirannya sangat berpengaruh hinnga ke Barat. 
Nama penuh Ibnu Shuja ialah Abu Kami Shuja Ibnu Aslam Ibnu Muhammad Ibnu Shuja. Beliau dilahirkan pada tahun 850M dan telah wafat pada tahun 930M. Ibnu Shuja hidup sebelum era Ali bin Ahmad Imrani pada tahun 955M hingga 956M. Beliau merupakan penduduk asal Mesir. Ibnu Shuja dikenali sebagai Al-Hisab Al-Misri dan merupakan penerus Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi. Walaupun beliau sangat berpengaruh, tetapi Ibnu Shuja tidak sepopular tokoh-tokoh matematika Muslim yang lain. Tidak banyak para sejarawan menceritakan tetang perjalanan ketika beliau mengembangkan ilmu matematikanya. 

Selain itu, beliau terkenal sebagai ahli aljabar tertua dan karyanya cukup banyak bertebaran walaupun beliau tidak sepopular tokoh-tokoh matematika muslim yang lain. Sebagai penerus Al-Khawarizmi, beliau adalah matematikus muslim yang berupaya menyempurnakan aljabar karya al-khawarizmi. Beliau juga mempelajari karya Al-Khawarizmi yang lain tentang matematik seperti persamaan akar kuadrat, perkalian dan pembahagian, penambahan dan pengurangan akar-akar. 

Para sejarawan Matematika iaitu, JJ O’Connor dan Edmud F Robertson, telah memaparkan dalam karyanya yang bertajuk ‘ Arabic Matematics:Forgotten Brilliace? ’bahawa " Ibnu Shuja merupakan orang pertama yang menyelesaikan angka irasional sebagai objek aljabar ". Selain itu, Jacques Sesiano juga ada menyatakan dalam karyanya yang bertajuk ' Islamic Mathematics ' iaitu " Ibnu Shuja sebagai orang pertama yang menerima angka irasioanal (seringkali dalam bentuk akar kuadrat, akar pangkat tiga atau akar pangkat empat) sebagai jalan kira untuk persamaan kuadrat". 

Seterusnya, dalam karya ' Mathematics in Medieval Islam ' yang ditulis oleh J Lennart Berggren ada menyatakan bahawa " Ibnu Shuja juga merupakan orang pertama yang memecahkan persamaan tiga non-linear bersamaan dengan tiga pemboleh ubah yang tidak diketahui ". O‘Connor dan Robertson menambah, sebelum datangnya Al-Khawarizmi, para sejarawan tidak mempunyai sesuatu informasi tentang perkembangan aljabar di Semenanjung Arab. 
Jika para sejarawan matematika memasukkan Ibnu Shuja sebagai salah seorang pakar dalam ilmu matematika terbesar pada abad pertengahan Islam, ini tidak salah. Ini kerana pemikirannya yang mampu mempengaruhi para ilmuan terkemuka dari dunia Islam dan barat seperti Abu Bakar Ibnu Muhammad Ibnu al-Husayn Al-Karaji pada tahun 953M hingga 1029M, ilmuan barat pula iaitu Leonard da Pisa. Melalui Leonard da Pisa, Ibnu Shuja juga telah banyak memberi pengaruh besar pada perkembangan aljabar di Eropah. Tulisan-tulisannya tentang geometri memberi pengaruh besar terhadap geometri Barat terutamanya tentang uraian-uraian aljabar tentang soal-soal geometrik. 

Sumbangan Ibnu Shuja

Sepanjang hidupnya, Ibnu Shuja telah banyak menghasilkan pelbagai karya tentang ilmu aljabar. Contohnya dalan satu karya yang bertajuk Al-Fihrist (indeks) yang diterbitkan oleh Ibnu an-Nadim sekitar tahun 988M iaitu sebuah daftar buku tentang matematik dan astronologi, banyak nama Ibnu Shuja tercatat dalam buku tersebut. Al-Fihrist telah memberikan laporan lenkap tentang literatur Arab yang tersedia pada abad ke-10M dan menjelaskan dengan ringkas bebrapa pengarang dalam literatur ini. 

Antara nama-nama karya Ibnu Shuja yang tercatat dalam Al-Fihrist ialah Book of Fortune, Book of the Key Fortune, Book of Algebra, Book on Surveying and Geometry, Book of the Adequate, Book on Omens, Book of the Kernel, Book of the Two Errors and Book on Augmentation and Diminution. Di antara karya-karya Ibnu Shuja, terdapat beberapa karya yang masih digunakan sehingga kini iaitu Book on Algebra, Book of Rare Things in the Art of Calculation, and Book on Surveying and Geometry. 

Di dalam buku Al-Fihrist telah memuatkan dua buah karya berjudul " Kitab fi al-Jam wa at-Tafrik "(tentang penambahan dan pengurangan) serta "Kitab al-khata’aya" (tentang dua kesalahan). Kedua-dua kitab ini kerap dibahas dan diperbincangkan sesama para ahli matematika. Perkara ini berlaku sejak F. Woopeke mencuba memperkenalkan " Kitab fi al-Jam wa at-Tafrik " pada tahun 1863M. Ia telah menterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan berjudul " Augmentum et Diminuti " yang terdapat dalam buku " Liber Augmenti Diminutionis " dan " Histoire des Sciences Mathematics et Italie ". 

Karya-karya Ibnu Shuja yang tercatat dalam buku Al-Fihrist telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Contohnya, buku At-Ta’arif yang telah diterjemahkan dan dibukukan oleh Hijrah Suter ke dalam buku yang berjudul " Das Buch der Sletenheiten der Rechenkust von Abu Kamil Al-Misri ". Buku ini mengisahkan tentang cara-cara penyelesaian integral terhadap persamaan-persamaan tidak tentu. Al-Ta’arif juga mempunyai versi bahasa Yahudi yang diterjemahkan oleh Medekhai Finzi dari Montua pada tahun 1460M. Fizi juga diterjemahkan beberapa risalah Ibnu Shuja tentang ilmu matematika ini. 

Seterusnya, Kitab At-Ta’arif Al-Hisab karya Ibnu Shuja masih lagi tersimpan elok di Leiden, Belanda, walaupun kitab tersebut tidak lengkap diterjemahkan. Banyak kitab yang lengkap diterjemahkan dalam bahasa Latin tentang risalah ini disimpan di Paris. Di samping itu, terdapat karya Ibnu Shuja yang diterjemahkan oleh Gsachendote, walaupun bukan berasal dari buku aslinya yang berbahasa Arab, melainkan lewat bahasa Sepanyol. Kitab al-Jabr atau Book on Algebra telah ditulis dalam pelbagai manuskrip yang terletak seperti di Istanbul dan Berlin dan juga aneka bahasa dan terjemahan lain seperti bahasa Ibrani, Jermen dan Inggeris. 

Dalam risalahnya tentang al-Jabar, Ibnu Shuja telah menulis suatu bab mengenai al-Jabar dengan membentuk analisis dan menyusun pelbagai kaedah yang menakjubkan. Beliau telah meringkaskan jalan pengiraan yang telah dibuat oleh Al-Khawarizmi tentang sesuatu tajuk. Ini dapat memudahkan kita untuk mengunakannya. Ibnu Shuja juga menuliskan mengenai analisis inderteminasi yang disebut dalam bahagian akhir di buku al-khawarizmi. Ibnu Shuja mencetuskannya sebelum Diophantus menterjemahkan Arithmetica ke dalam bahasa Arab. Pentafsiran Arithmetica telah dilakukan secara besar-besaran dengan segera terhadap karya Diophantus tersebut. Buah fikiran Ibnu Shuja tentang ilmu matematika lebih terkenal dalam bahasa Latin dan Yahudi. 

Dalam banyak hal, Ibnu Shuja masih berpandukan pada pemikiran Al-Khawarizmi. Walau bagaimanapun,Ibnu Shuja mampu mengungguli pendahulunya itu. Bahkan beliau berani mengadakan penambahan dan pengurangan dari akar-akar kuadrat yang hanya melibatkan bilangan-bilangan irasional yang tidak dilakukan oleh para matematikus yang sebelumnya. Ibnu Shuja juga menulis tentang turunan dari rata-rata akar, turunan dari rata-rata aljabar, risalahan pengukuran tanah, pengukuran dan geometri, penyatuan dan pemisahan. 

Pengaruh Ibnu Shuja terhadap Barat

Ibnu Shuja telah memberi pengaruh besar kepada masyarakat. Pengaruhnya tersebar dengan luasnya bukan sahaja terhadap masyarakat Mesir malahan terhadap masyarakat barat juga. Karya-karya terulung Ibnu Shuja yang telah dicapai pada abad ke-10M merupakan suatu kemajuan yang amat terpenting ketika itu. Ini terbukti apabila Sarcherdote telah menunjukkan bahawa salah seorang penduduk barat iaitu Leonard da Pisa hafal betul risalah geometri dan menyebarkan penggunaannya melalui karya “ Practica Geometriea ” atau “ Practice of Geometry “. 

Selain itu, Leonard da Pisa telah menulis an menterjemahkan buku-buku pengetahuan Arab, termasuklah matematik iaitu ilmu hitung karya Al-Khawarizmi dan Ibnu Shuja ketika beliau kembali pulang ke negaranya iaitu Eropah. Leonard da Pisa merupakan salah seorang masyarakat dari Eropah yang telah menyebarkan ilmu matematik (ilmu hitung) Ibnu Shuja ke pelbagai pusat pengetahuan Arab yang wujud pada abad ke-13M. 

Seterusnya, Leonard da Pisa juga merupakan salah satu penyebar pengetahuan tentang limbangan bilangan Hindi-Arab ke Eropah lama. Leonard da Pisa telah berjaya menyusun bukunya yang bertajuk Liber Abaci pada tahun 1202M dan telah disempurnakan pada tahun 1228M. Beliau telah menyebarkanmya ke seluruh Eropah mengikut dasar hitung (ilmu matematik) Al-Khawarizmi dan Ibnu Shuja. 

Antara yang terkandung dalam bukunya yang bertajuk Liber Abaci ini ialah:
1. Pengetahuan tentang berhitung dengan bilangan bulat dan pecahan. 
2. Cara berhitung akar 2 (kuadrat) dan akar 3 (kubik). 
3. Cara memecahkan persamaan linier dan kuadrat. 
4. Cara Menghitung melalui penjajagan dan jawaban palsu (rules of false
position). 
5. Pengetahuan matematika yang kemudian disebut barisan Fibinacci,
yaitu 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, ……dan seterusnya. Dengan
 bilangan ini nantinya akan diperoleh suatu segitiga Pascal, dengan
penjumlahan bilangan menurut
garis lurus. 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita dapat mengetahui lebih ramai tokoh Islam yang telah banyak memberi jasa mereka kepada kita semua. Walaupun tokoh Ibnu Shuja ini tidak sepopular tokoh yang lain, tetapi beliau banyak memberi sumbangannya dalam bidang matematik sebelum Al-Khawarizmi. Jadi, kita perlu bersyukur kerana mempunyai ramai tokoh yang berjasa di dunia ini dalam kalangan orang muslim. Seperti yang kita tahu, tokoh dari barat lebih terkenal berbanding tokoh-tokoh Islam. Ini kerana, masyarakat sekarang tidak terdedah dengan sejarah-sejarah terdahulu mengenai tokoh-tokoh Islam. Sepatutnya, kita didedahkan dengan sejarah-sejarah mengenai tokoh Islam dari sekolah lagi. 
Selain itu, semua sumbangan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut amat berharga dan masih digunakan sehingga ke hari ini. Kita perlu berbangga kerana mempunyai tokoh yang memberi sumbangan kepada masyarakat dalam kalangan orang Islam. Seterusnya, sumbangan-sumbangan mereka banyak memudahkan kita. Contohnya Ibnu Shuja. Beliau telah meringkaskan persamaan aljebra supaya kita lebih mudah untuk memahaminya. Kaedah-kaedah yang sukar untuk kita memahaminya telah diringkaskan. Selain itu, Ibnu Sina. Beliau memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Beliau telah memperkenalkan pelbagai jenis peralatan untuk merawat sesuatu penyakit. 
Akhir sekali, semua sumbangan ini amat bermakna kepada kita. Jika mereka tidak memberikan sumbangan mereka, mungkin sukar bagi kita untuk mempelajari sesuatu bidang tersebut. Kita mungkin telah berputus asa untuk mempelajari dalam sesuatu bidang tersebut kerana mengalami pelbagai kesukaran untuk memahaminya. Natijahnya, negara kita dapat berkembang dengan pesatnya dalam pelbagai bidang. Terutamanya dalam bidang keilmuan. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment