Monday, October 12, 2015

Tajuk: Interaksi Antara Tamadun Islam Dengan Kristian

PENDAHULUAN
Sudut ‘dalaman’ Islam seperti ajaran Islam, al-quran, al-sunnah, kepimpinan dan peribadi Rasulullahsaw, tauhid, syariah, pendidikan Islam dan lain-lain adalah sudut terpenting untuk melihat bagaimana Islam membentuk tamadun. Inilah sudut tamadun yang paling penting yang diketepikan atau yang kurang difahami sesetengah sarjana bukan Islam bila mereka mengulas tentang tamadun Islam. Sesungguhnya tamadun Islam dalam mengasas dan membangunkan tamadun adalah salah satu fakta yang tidak dapat ditolak. Sesebuah tamadun menerima pengaruh luar melalui interaksi dengan tamadun lain. Interaksi berlaku di peringkat nilai, idea, institusi, dan insan di sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan positif dan negatif. 

TAKRIF
Tamadun boleh diibaratkan seperti manusia yang akan berinteraksi secara fitrah sesame sendiri bagi memenuhi keperluan hidup yang tidak mungkin tercapai jika ia bersendirian. Jika manusia itu `makhluk sosial`, maka tamadun juga boleh dikatakan `entity sosial` tidak akan terkecuali melainkan terpaksa berkomunikasi dengan tamadun-tamadun lain yang sezaman dengannya. 

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksiantara tamadun sama ada diperingkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Kewujudan interaksi antara tamadun disebabkan oleh semangat toleransi serta sikap saling menghormati antara sebuah tamadun dengan sebuah tamadun lain. Sebagai contoh hubungan antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin dengan harmoni hubungan antara tamadun Cina dan tamadun Islam, antara tamadun India dan tamadun Melayu melalui hubungan perdagangan. 

Saling berinteraksi antara tamadun sebenarnya akan melahirkan kesan-kesan positif dan terdapat juga kesan-kesan negatif. Sama ada kesan yang lahir bersifat positif ataupun negatif, apa yang pasti ia disebabkan wujudnya interaksi antara tamadun dan ianya bergantung sejauhmana bentuk interaksi itu dijalinkan. Proses interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui kehidupan bersama, pedagangan, peperangan, pejelajahan, penjajahan dan media. Ia boleh dilihat dalam proses rentesan persempadanan akibat pertembungan agama, bahasa, adat, makanan, pakaian dan sebagainya. Akibatnya menyaksikan peradaban yang besar akan mendominasi peradaban yang kecil. 

Pada umumnya, terdapat empat jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu, Interaksifizikal. Seperti yang berlaku di Alam Melayu di mana pedagang Arab mengahwini penduduk tempatan dan membina petempatan khas di kawasan pantai timur dan barat Sumatera. Interaksi teknologi atau agama. 

Sebagai contoh proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam ajaran Shinto di Jepun tentang nilai etika dan moral. Interaksi sains dan teknologi. Seperti Jepun mempelajari sains dan teknologi dari Eropah danAmerika Syarikat ekoran hubungan yang terjalin. Interaksi budaya. Ia merupakan interaksi yang paling ketara berlaku pada mana-mana tamadun yang meliputi pelbagai aspek seperti makanan, pakaian, seni bina, muzik dan sebagainya. 

KESAN INTERAKSI
Interaksi antara tamadun telah lama wujud, tidak ada mana-mana tamadun yang wujud dan berkembang tanpa berlakunya proses interaksi dengan tamadun-tamadun yang lain. Interaksi antara tamadun melahirkan kesan yang baik kepada perkembangan sesebuah tamadun. Namun terdapat juga kesan negatif hasil daripada berlakunya proses interaksi. 

KESAN POSITIF
Interaksi tamadun Islam dengan Kristian turut memperlihatkan beberapa kesan positif pada peringkat awal penyebaran Islam. Hal ini kerana hak masyarakat Kristian dan kelompak-kelompak yang lain turut diberi jaminan perlindungan oleh Piagam Madinah yang digubal oleh Rasulullah saw di Madinah. Diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa gangguan. Nabi Muhammad (s. a. w) juga pernah memberi perlindungan kepada golongan Kristian pada masa lalu. Dalam hubungan dengan kalangan non-Muslim, Rasulullah menuliskannya dalam ‘Piagam Anugerah’ yang kini tersimpan sebagian duplikatnya di Gereja St Catherine’s Monastery, Bukit Sinai, Mesir. Surat itu diberikan kepada seorang delegasi Kristen yang mengunjungi Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam pada 628 Masehi di Madinah. 

‘Piagam Anugerah’ juga dikenal sebagai Surat Perjanjian (Testamentum) Muhammad, adalah sebuah dokumen atau ahdname merupakan suatu surat perjanjian yang diratifikasi oleh nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam yang memberikan jaminan perlindungan dan hak-hak lain bagi para biarawan di Biara Santa Katarina, Semenanjung Sinai. 

Surat ini dimeteraikan dengan gambar telapak tangan Muhammad. Gambar di bawah ini merupakan sebagian buktinya:

Dokumen ini menyatakan bahwa Nabi Muhammad (570-633) secara pribadi melalui perjanjian ini memberikan hak-hak dan kemudahan bagi semua orang Kristian “jauh dan dekat”. 

Memuat sejumlah butir topik perlindungan orang-orang Kristen yang hidup dalam kekuasaan Islam sebagaimana para peziarah dalam perjalanan ke biara-biara, kebebasan beragama, kebebasan bepergian dan kebebasan menentukan para hakim dan memelihara hak milik mereka, bebas dari wajib militer dan pajak serta hak untuk dilindungi dalam peperangan. 

Pada tahun 1630, Gabriel Sionita menerbitkan edisi pertama naskah bahasa Arab, dengan terjemahan bahasa Latin, berjudul Testamentum et pactiones inter Mohammedem et Christianae fidei cultores atau judul bahasa Arab “Al-‘ahd wa-l-surut allati sarrataha Muhammad rasul-Allah li ahl al-millah al-nasraniyyah. “

Berikut merupakan terjemahan isi piagam tersebut:
“Ini adalah pesan Muhammad bin Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang beragama Kristiani, jauh ataupun dekat, kita bersama dengan mereka. Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya akan mempertahankan mereka, karena orang-orang Kristiani juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apapun yang mengganggu mereka!”

Tiada paksaan yang diberikan atas mereka. 

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat dari pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadah mereka. 

Tidak ada siapapun yang akan memusnahkan rumah ibadah mereka, merusakkan, atau membawa apapun dari rumah ibadah mereka ke rumah-rumah orang Islam. 

Siapapun yang mengingkari perintah ini walaupun satu orang, dia akan merusakkan perjanjian Allah dan durhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang menyelamatkan terhadap apa yang mereka benci. 

Tiada siapapun yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang. 

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka. 

Jika seorang wanita Kristiani menikah dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemauan beliau, dia tidak akan dihalangi ketika melawat gereja untuk berdoa. 

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalangi dari memperbaiki diri mereka maupun kesucian janjinya. 9
Tiada satu negara (Islam) pun, akan melanggar perjanjian ini, hingga hari terakhir (akhir dunia). ”

Selain itu, kesan positif lain adalah individu Kristian mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran (Abbasiyyah). Contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian. Orang-orang Islam di Sepanyol telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun dan peradaban Eropah. Universiti-universiti di Sepanyol iaitu di Cordova, Sevelle, Malaga dan Granada mejadi pusat pengajian penting kepada penuntut-penuntut Kristian di Eropah. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di sepanyol telah mempengaruhi pemikiran orang-orang Eropah kemudiannya. Cordova merupakan pusat kegiatan intelektual. Universiti Cordova menjadi institusi ilmu terbesar di dunia Islam dan menawarkan pembelajaran semua cabang ilmu pengetahuan. Perpustakaan yang besar juga diwujudkan oleh Al-Hakam yang mengumpulkan sebanyak 400, 000 manuskrip dari Iskandariah dan Baghdad. Para pelajar Muslim dan bukan Muslim dari Sepanyol, Eropah, dan Afrika berkumpul di Cordova untuk mencari ilmu. Falsafah Aristotle dan ilmu sains Yunani dan Arab dikaji dan di bawa balik ke Eropah. Mencetuskan minat dalam beberapa isu akademik, menggalakkan penubuhan universiti-universiti di Eropah Barat pada kurun ke-12 TM dan akhirnya menyumbang kepada kelahiran Renaissance. Antara tokoh pertama yang belajar di Andalus iaitu Gelbert De Oralic, Adelard of Bath, Robert of Chester. 

Seterusnya, sepanjang sejarah ketamadunan Islam dari zaman pemerintahan Umayyah sehinggalah zaman pemerintahan Uthmaniyyah masyarakat Kristian hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti. Melalui saluran diplomatik berlakunya interaksi kedua tamadun. Kecemerlangan Cordova adalah setanding dengan Baghdad dan Constantinople. 10
Khalifah mengadakan hubungan diplomatik dengan Maharaja Constantinople dan raja-raja Jerman, Itali, dan Perancis. Hubungan rasmi terbukti dengan datangnya utusan-utusan negara Eropah ke Cordova. Melalui saluran diplomatik unsur-unsur tamadun Islam telah mengalir ke Eropah. Sarjana-sarjana Eropah dan negara-negara lain bertumpu di Cordova untuk mencari ilmu. Pertemuan antara para sarjana Muslim dengan Eropah di Cordova telah membawa kepada penterjemahan karya-karya dalam berbagai-bagai ilmu daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin. Contohnya ialah Mukadimah, karya Ibn Khaldun. Muqaddimah merupakan sebuah ensiklopedia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan. Penterjemahan karya-karya sains matematik dan astronomi telah banyak menyumbang kepada kebudayaan Eropah. Terbukti dengan munculnya pusat pengajian ilmu Islam di beberapa tempat Eropah Barat – Marseille, Toulouse, Narbonne dan Mont-Pellier. Adalah diketahui bahawa buat pertama kali dalam sejarah dunia, al-Quran diterjemahkan dalam bahasa Latin. Maka melalui penterjemahan kebudayaan Islam tersebar luas ke seluruh Eropah. 

Di samping itu, Di bawah pemerintahan Abd al Rahman industri dan pertanian kian berkembang. Terdapat industri tekstil, kaca, dan tembikar. Juga perlombongan emas, perak, besi, dan plumbum. Toledo adalah bandar yang terkenal untuk pembuatan pedang yang amat menarik perhatian para saudagar Barat dan Kristian. Pertanian yang digalakkan oleh kerajaan didapati penanaman buah-buahan seperti anggur dan tebu. Kegiatan ekonomi yang dinamik di Sepanyol menggalakkan hubungan perdagangan yang rapat antara saudagar Islam dengan Eropah. Dalam pada itu berlakulah interaksi dan asimilasi antara masyarakat Islam dan Eropah. Kedua-dua tamadun saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Pengaruh tamadun Islam melalui saluran perdagangan terbukti dalam bahasa-bahasa Eropah seperti “admiral” dan “tarif” yang didapati dalam perbendaharaan kata nautika. Sistem duit syiling juga digunakan di sebahagian Eropah. 

KESAN NEGATIF
Bagaimanapun tidak tepatlah kita memberi gambaran bahawa pertembungan antara tamadun semuanya memberi kesan positif. Hal ini kerana pertembungan antara tamadun Islam dengan Kristian kurang memuaskan sejak permulaan lagi. Pemerintahan Kristian di Eropah bertindak melancarkan beberapa siri peperangan ke atas orang-orang Islam di Timur Tengah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades). Peperangan tersebut mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi. Jika dikatakan Perang Salib dan Revolusi 1848 adalah pembentukan yang berlainan dari idea agama, pandangan itu mungkin merupakan pandangan yang bercanggah, berdasarkan kenyataan bahawa Perang Salib sebenarnya merupakan bayangan langsung dari pengaruh agama Kristian. Revolusi 1848 pula adalah kesan daripada idea sainstifik dan secular yang sedang berkembang dalam rangka budaya Eropah yang selari dengan falsafah John Locke dan ahli Ensiklopedia Perancis. Ini menunjukkan bahawa ada pertentangan yang nyata antara apa yang berasal secara langsung daripada agama Kristian dengan yang berasal daripada idea sekular. Walaubagaimanapun, dua peristiwa ini sebenarnya merupakan hasil daripada tindakan bersama dari alam peribadi manusia, idea dan objek yang sama, iaitu kesan dan kegiatan hasil yang sama, yang berfikir dan bertindak kearah yang sama kerana adanya rangkaian hubungan sosial yang sama. 

Selain itu, sesudah agama Kristian bertapak di muka bumi ini selama 6 kurun lamanya, dan penganut-penganut agama ini telah mereka ghairah dengan keunggulan maka ketibaan Islam kemudiannya telah dirasakan oleh mereka sebagai mencabar keunggulan mereka, lalu timbullah salah faham dan kebencian mereka terhadap Islam dan penganutnya. Lebih-lebih lagi sesudah kebangkitan tentera-tentera Islam dengan segala pukulan kekuatannya menjahanamkan kerajaan Byzantium, iaitu serangan yang dianggap sebagai menggambarkan kemurkaan Tuhan kepada orang-orang Kristian yang berdosa. Orang-orang Kristian menganggapkan itu sebagai hukuman dari Tuhan atau suatu `Komplot Yahudi`. (Perkara ini ditegaskan oleh Alain Ducellier di dalam bukunya Lemiroir de I`Islam, 1971). 12

Oleh kerana kecetekan intelektual umat Kristian mengeluarkan hukuman terhadap Islam dengan membandingkan agama ini dengan agama-agama yang terdahulu dan sekarang, akhirnya mereka mengatakan Islam itu adalah murtad dari agama Kristian dan mendakwa Muhammad Nabi palsu; kerana kebetulan negeri yang di bawah kerajaan Islam di masa itu dan sekarang, adalah sebelumnya beragama Kristian. Pengarang-pengarang Kristian yang cetek pengetahuannya tentang Islam telah menyerang agama Islam dengan mendiskreditkan Nabi Muhammad serta mengadakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dengan membandingkan `Kristianism-Muhammadanism`, iaitu dengan mengatakan bahawa Muhammad adalah seorang murtad yang haus dan gila wanita. 

Prasangka dan kebencian orang Barat untuk bertemu dengan orang Islam amat memuncak, lebih-lebih lagi setelah disuburkan oleh cerita-cerita dongeng yang tidak berasas, perasaan dan pandangan jejek kepada Islam telah tumbuh bagai cendawan dalam fikiran orang-orang Barat di setiap penjuru di abad pertengahan. Dakwaan-dakwaan seperti ini diperhebatkan lagi di dalam medan peperangan Salib, sehinggalah akhirnya dunia Islam jatuh ke tangan orang-orang Kristian. 

Di samping itu, pendukung-pendukung Kristian, dalam propaganda mereka, menggambarkan Islam sebagai idealogi yang telah using dan bersifat pasif sehingga menyebabkan kemunduran material yang besar kepada penganutnya. Penjajah-penjajah Barat berasa tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan anak jajahan yang mereka jajah. (Lihat dalam buku `Respect` karangan Louis Massignon, 1952). 

Seterusnya, orientalis-orientalis ini nampaknya mempunyai kecenderungan untuk mengikut disiplin yang jujur, akan tetapi mungkinkah motifnya telah berubah dan luput dari tujuan-tujuan tertentu?

Sebagai jawapan yang spontan tentunya ternyata tidak. Penyelidikan Orientalis tentang Islam merupakan satu cabang untuk membantu gerakan Kristian ataupun sebaliknya untuk mencari kudis-kudis lama umat Islam, tugasini juga sebagai sambungan kepada satu cabang dari persoalan colonial. Perkara ini telah diluahkan oleh Jean Jacques Waarenburg dalam buku `L` Islam dans le mirior de l`occident:1969. 

KESIMPULAN
Tamadun Islam dan Kristian boleh wujud bersama, jika Kristian berusaha memahami Islam dan umat Islam. Namun hakikatnya, ini sangat sukar dicapai kerana dari yang kajian dibuat, Kristian tidak pernah ikhlas melakukannya. Fenomena ini terjadi akibat persepsi Kristian bahawa Islam telah menjadi ancaman kepada mereka. Oleh itu mereka sentiasa mengkritik dan mencemuh tamadun Islam dengan desakan supaya Islam akan tunduk kepada dasar dan cara berfikir Kristian. Malah kemunculan kelompok Islam liberal yang banyak dipengaruhi oleh kelompok orienstalis yang menganggap Islam sebagai kolot, dogmatik dan literal telah membantu secara tidak langsung pihak Kristian menjayakan agenda mensekularisasikan fahaman umat Islam. 

Yang paling membimbangkan sekiranya sekularisasi menjadi satu proses sejarah yang mungkin tidak mampu berpatah balik. Hakikatnya Allah Subhanahu wa ta’ala telah menegaskan bahawa agama Islam adalah jalan yang terbaik untuk diikuti sekalian umatNya seperti di dalam firmanNya:
`Dan bahawasa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam) kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertawa`. (al-an`am:153)

RUJUKAN

Khalif Mu`ammar (2003). Tamadun Islam dan Tamadun Barat: Di mana Letaknya Konflik?Dalam Ahmad Mohamad Said (et al.). Islam dan Isu-isu Ketamadunan. Kolej Dar al-Hikmah. 

Mahayudin Hj Yahaya. 1984. Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahanya. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd. 

Mohd Nasir Ayub et. al, 2011, Pengenalan Tamadun Islam & Pemikiran Islam Kontemporari, Kedah: UiTM, hlm. 54. 



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment