Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Sejarah Dan Sains Teknologi Peperangan Dalam Al – Quran

PENDAHULUAN
Islam adalah satu sistem lengkap yang merangkumi semua aspek kehidupan dan prinsip-prinsip atau kaedah yang membantu rakyat untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mereka hadapi setiap hari. Islam berjaya menyambung antara urusan duniawi dan urusan dunia akhirat. Islam mempunyai pandangan yang seimbang dalam urusan duniawi dan akhirat. Manusia adalah khalifah yang bertanggungjawab dalam menjadikan hidupnya berjaya dunia dan akhirat. Orang Islam perlu menyediakan bekalan amalan yang secukupnya untuk dibawa ke dunia akhirat. 

Pemahaman ini menyeluruh dan termasuk dalam konsep peperangan dalam Islam yang ditadbir dengan peraturan yang terhad menjadikan ia salah satu bentuk yang paling mulia dalam peperangan dan digubal untuk mempertahankan hak asasi manusia, mencegah ketidakadilan dan penindasan dan ia juga untuk memelihara hak asasi manusia. 

Allah memerintahkan kita untuk elak peperangan selagi kita boleh dan mencari kedamaian dalam setiap cara yang mungkin. Rasulullah berkata, "Adakah tidak mahu bertemu dengan musuh, tetapi jika anda bertemu dengan mereka, bersabarlah" (Muslim). Ini menunjukkan keperluan untuk tidak disegerakan peperangan dan mencuba kepada keamanan dan penyelesaian secara aman untuk perkara konflik sebanyak mungkin. 

3. 0 SEJARAH PEPERANGAN
Dalam menjalankan misi kenabiannya, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam sering sekali mendapatkan tentangan dari orang-orang kafir. Bahkan saat Islam sudah mula berkembang, kaum kafir sentiasa berusaha untuk menghancurkan serta memecah belahkan persatuan umat Islam. Dalam sejarah perkembangan Islam, Rasulullah pernah beberapa kali terlibat dan turun ke medan perang demi memerangi orang-orang kafir yang cuba untuk menghancurkan kaum Islam. Perkara ini telah memberi tanggapan yang buruk kepada Rasulullah yang Rasulullah menggunakan kekasaran dalam mejalankan misi kepada mata dunia sekarang. Tambahan lagi dengan aksi- aksi keganasan yang dilakukan oleh segelintir pihak yang mengaku dirinya orang-orang muslim. Pihak ini melakukan keganasan dengan kononnya atas jihad tetapi yang sebenarnya mereka merosakkan nama Islam di mata dunia. 


3. 1 PERANG BESAR DALAM ISLAM
3. 1. 1. Perang Badar
Perang Badar adalah pertempuran besar pertama antara umat Islam melawan musuh-musuhnya. Pada waktu itu, kaum muslimin berjumlah 313 orang bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari Mekkah yang berjumlah 1. 000 orang. Perang ini terjadi pada 17 Ramadhan 2 Hijrah. Setelah bertempur habis-habisan sekitar dua jam, pasukan Muslim menghancurkan barisan pertahanan pasukan Quraisy yang kemudiannya berundur. Bagi kaum Muslim awal, pertempuran ini sangatlah bermakna kerana ini merupakan bukti pertama bahawa mereka sesungguhnya berpeluang untuk mengalahkan musuh mereka di Mekkah. Mekkah pada waktu itu merupakan salah satu kota terkaya dan terkuat di Jazirah Arab pada zaman jahiliyah. 

Kemenangan kaum Muslim juga memperlihatkan kepada suku-suku Arab lainnya bahawa suatu kekuatan baru telah bangkit di Arabia, serta memperkukuhkan nama nabi Muhammad sebagai pemimpin kepada pelbagai golongan masyarakat Madinah yang sebelumnya sering bertikai. Berbagai suku Arab mulai memeluk agama Islam dan membangunkan persekutuan dengan kaum Muslim di Madinah. Bermula dengan itu, Islam mula berkembang. 

3. 1. 2 Perang Uhud
Pertempuran Uhud adalah pertempuran yang berlaku antara kaum muslimin dan kaum kafir Quraisy pada tanggal 7 Syawal 3 H. Pertempuran ini terjadi lebih kurang setahun lebih seminggu setelah Pertempuran Badar. Tentara Islam berjumlah 700 orang sedangkan tentara kafir berjumlah 3. 000 orang. Tentera Islam dipimpin oleh Rasulullah dan tentera kafir dipimpin oleh Abu Sufyan. Nama kepada pertempuran Uhud adalah kerana terjadi di dekat bukit Uhud yang terletak 4 batu dari Masjid Nabawi dan mempunyai ketinggian 1000 kaki dari permukaan tanah dengan panjang 5 batu. 
Pada saat itu, umat Islam hampir saja menghadapi kekalahan kerana para pasukan tentera yang tidak berdisiplin yang berada di atas bukit telah tamak dengan harta rampasan perang sehingga mereka meninggalkan tempat mereka yang dipelopori oleh Abdullah bin Ubay. Hal ini telah memberi manfaat kepada tentera-tentera kafir untuk menyerang kaum muslimin. Namun, Allah memberikan pertolongan-Nya terhadap kaum muslimin sehingga kaum muslimin meraih kemenangan. 

3. 1. 3 Perang Mu’tah
Peperangan ini tercatat di dalam sejarah sebagai sebuah peperangan besar, dimana tentera Islam yang berjumlah 3, 000 orang melawan 200, 000 tentera Romawi Nasrani. Dalam peperangan ini, terdapat 12 orang sahabat yang mati syahid dan mereka memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah. Perang ini terjadi pada 629 M atau 5 Jamadil Awal 8 Hijrah di kampung yang bernama Mu'tah, di sebelah timur Sungai Yordan dan Al Karak. Perang Mu’tah merupakan pendahuluan dan jalan pembuka untuk penaklukkan negeri-negeri Nasrani. 

Pemicu perang Mu’tah adalah disebabkan pembunuhan utusan Rasulullah yang bernama al-Harits bin Umair yang telah diperintahkan untuk menyampaikan surat kepada pemimpin Bashra. Al-Harits ditangkap oleh Syurahbil bin Amr, seorang gabenorwilayah Balqa di Syam, dan dipenggal lehernya. Untuk perang ini, Rasulullah mempersiapkan pasukan berkekuatkan tiga ribu tentera. Inilah pasukan Islam terbesar pada waktu itu. 

Mereka bergerak ke arah utara dan beristirahat di Mu'an. Pada saat itulah mereka memperoleh informasi bahwa Heraklius telah berada di salah satu bahagian wilayah Balqa dengan kekuatan sekitar seratus ribu tentera Romawi. Mereka bahkan mendapat bantuan dari pasukan Lakhm, Judzam, Balqin dan Bahra lebih kurang seratus ribu tentera. Hasilnya adalah dua ratus ribu tentera

3. 1. 4 Perang Khandaq
Perang Khandaq terjadi pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah atau pada tahun 627 Masihi, pengepungan Madinah ini dipelopori oleh pasukan gabungan antara kaum kafir Quraisy Makkah dan Yahudi Bani Nadir (al-ahzaab). Pengepungan di Madinah berakhir setelah 27 hari. Dua puluh pimpinan Yahudi bani Nadhir datang ke Makkah untuk melakukan provokasi agar kaum kafir bersatu untuk menumpas kaum muslimin. Pimpinan Yahudi bani Nadhir juga berjumpa dengan Bani Ghathafan dan mengajak mereka untuk melakukan apa yang mereka suruhkan pada orang Quraisy. 

Selanjutnya mereka berjumpa kabilah-kabilah Arab di sekitar Makkah untuk melakukan hal yang sama. Semua kelompok itu akhirnya sepakat untuk bergabung dan menghabisi kaum muslimin di Madinah sampai ke akar-akarnya. Jumlah keseluruhan pasukan Ahzab (sekutu) adalah sekitar sepuluh ribu tentera. Jumlah itu disebutkan dalam kitab sirah adalah lebih banyak daripada jumlah orang-orang yang tinggal di Madinah secara keseluruhan, termasuk wanita, anak-anak, pemuda dan orang tua. Menghadapi kekuatan yang sangat besar ini, Salman al-Farisi, memberi idea kepada kaum muslimin untuk menggunakan strategi penggalian parit untuk menghalang sampainya pasukan musuh ke wilayah Madinah. 

3. 1. 5 Perang Tabuk
Perang Tabuk, adalah peperangan yang dilakukan umat Islam pimpinan Muhammad pada 630 M atau 9 H, ke Tabuk, yang sekarang terletak di wilayah Arab Saudi barat laut. Romawi memiliki kekuatan militen paling besar pada waktu itu. Perang Tabuk merupakan kelanjutan dari perang Mu’tah. Kaum muslimin mendengar persiapan besar-besaran yang dilakukan oleh pasukan Romawi dan raja Ghassan. Jumlah pasukan yang dihimpun adalah sekitar empat puluh ribu tentera. Pada waktu itu keadaan semakin susah, disebabkansuasananya yang kemarau. Kaum muslimin tengah berada di kesulitan dan kekurangan. 
Untuk melindungi umat Islam di Madinah, Rasullullah memutuskan untuk melakukan pertahanan dan menyiapkan pasukan. Hal ini menjadi sulit kerana dengan adanya kelaparan di tanah Arab dan kurangnya umat Muslimin. Namun, Rasulullah berjaya mengumpulkan pasukan yang terdiri dari 30, 000 orang, jumlah pasukan terbanyak yang pernah dimiliki umat Islam. 

Setelah sampai di Tabuk, umat Islam tidak berjumpa pasukan Bizantium ataupun sekutunya. Menurut sumber-sumber Muslim, mereka menarik diri ke utara setelah mendengar kedatangannya pasukan Muhammad. Namun tidak ada sumber non-Muslim yang mengesahkan hal ini. Pasukan Muslim berada di Tabuk selama 10 hari. Ekspedisi ini dimanfaatkan oleh Rasulullah untuk mengunjungikabilah-kabilah yang ada di sekitar Tabuk. 
Hasilnya, banyak kabilah Arab yang sejak itu berpihak kepada Rasulullah dan umat Islam. Rasulullah juga berjaya mengumpul pajak dari kabilah-kabilah tersebut. Saat hendak pulang dari Tabuk, rombongan Muhammad didatangi oleh para pendeta Kristin di Lembah Sinai. Muhammad berbincang dengan mereka, dan berlaku perjanjian yang mirip dengan Piagam Madinah bagi kaum Yahudi. Piagam ini berisi perdamaian antara umat Islam dan umat Kristin di daerah tersebut. 
Rasulullah akhirnya kembali ke Madinah setelah 30 hari meninggalkannya. Umat Islam mahu pun kekaisaran Bizantium tidak ada nyawa yang terkorban dari peristiwa ini, kerana pertempuran tidak pernah terjadi. 

4. 0 SEBAB-SEBAB UNTUK PERANG
Antara sebab-sebab untuk berperang dalam Islam adalah:
1. Mempertahankan hidup seseorang dan bertindak balas kepada pencerobohan. Ini adalah hak kepada setiap orang muslim mahupun bukan muslim. 

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. ”[al-Quran 2:190]

2. Melindungi tanah air dan membantu orang Islam yang ditindas di serata dunia. Semua negara Islam dari perspektif Islam perlu dilindungi. 

"Dan apa yang [perkara itu] dengan anda bahawa anda tidak mahu berperang pada jalan Allah dan [untuk] orang yang tertindas di kalangan lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang mengatakan, " Tuhan kami, membawa kami keluar dari bandar ini menindas ?orang dan melantik bagi kami dari Diri pelindung dan melantik bagi kami dari Diri penolong "[al-Quran 4: 75]

3. Untuk menjamin kebebasan menyebarkan ajaran Islam. Ia amat penting untuk menyampaikan mesej Rasulullah kepada dunia. Setelah menyampaikan mesej Rasulullah, keputusan terletak kepada individu untuk mengikutinya atau tidak. 

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. ”[al-Quran 8:39]

5. 0 SYARAT – SYARAT DI WAJIBKAN PERANG (JIHAD)
1. Kemampuan secara fizikal. Dalam hal ini, orang yang cacat, buta, cedera parah dan memiliki kekurangan dari segi fizikal tidak wajib untuk berjihad. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman dalam surah Al-Fath, ”Tiada dosa atas orang – orang yang buta dan atas orang yang pincang serta atas orang yang sakit (apabila tidak ikut berperang) [ Al – Fath 48 : 17 ]. Orang-orang yang tidak boleh berperang boleh menghulurkan bantuan seperti mengubati tentera yang tercedera. Hal seperti ini dilakukan oleh kaum wanita pada zaman nabi Muhammad. 
2. Biasa dalam penggunaan senjata – senjata perang. Sesiapa yang tidak ada senjata atau ada senjata tapi tidak pernah menggunakannya tidak wajib ke medan perang. Hal ini kerana, perkara seperti ini tidak dapat melindungi individu itu sendiri mahupun orang lain. Dalam keadaan ini, individu itu perlulah di beri masa untuk berlatih dan hal ini hukumnya menjadi fardu’ain. 
3. Ada kemampuan untuk sampai ke medan perang. Misalnya mempunyai kenderaan untuk ke medan perang itu sendiri. Mampu membiayai diri sendiri untuk ke medan perang melalui darat, laut ataupun udara. Disamping itu, orang uzur yang tidak mampu ke medan perang juga boleh wajib membantu kesusahan orang yang pergi berperang seperti tolong untuk menjaga dan melihat keluarga individu yang pergi berperang. Hal ini juga diperlihatkan sebagai jihad. 
4. Tiada rintangan apa yang boleh menghalang sesuatu individu untuk pergi berperang. Pihak individu tidak ada tentangan dari pihak yang berkuasa atau sesiapa yang tidak melarang individu tersebut untuk berperang. 

6. 0 ETIKA DAN MORAL PEPERANGAN
6. 1 Etika dan moral sebelum berperang
 Menahan diri daripada melakukan pengkhianatan. Hal ini bermaksud apabila perjanjian yang telah dibuat oleh orang Islam dengan negara atau kaum yang lain telah dilanggar perjanjiannya, kita wajib memberi masa kepada mereka untuk memikirkan tentang perkara itu. Pada waktu ini, umat Islam tidak dibenarkan pergi berperang. Pemberian masa ini adalah untuk mereka memahami dan mereka mungkin berundur dan meminta untuk mempebaharui perjanjian itu. Hal ini mngkin dapat untuk mengekalkan keamanan. 
Allah berfirman "Jika anda [mempunyai sebab untuk] ketakutan daripada pengkhianatan orang, membuang [perjanjian mereka] kembali kepada mereka, [meletakkan anda] pada terma yang sama. Sesungguhnya Allah tidak suka pengkhianat "[al-Quran 8:58]

6. 2 Etika dan moral semasa berperang
 Pertama, mengetahui musuh yang ditentang dan tidak berperang dengan orang yang tidak terlibat dengan perang. Allah telah menghadkan sesuatu pembunuhan yang berlaku itu ada manfaatnya kepada rakyat. Allah telah berkata berulang kali di dalam Al-Quran iaitu “Jangan melampaui batas”. Rasulullah telah mengklasifikasikan yangbahawa umat Islam tidak dibenarkan untuk melawan mereka yang termasuk wanita, kanak-kanak, orang-orang tua, cacat, buta, seorang yang tangan kanan terputus, gila, sami-sami di biara, pengembara di gunung yang tidak bercampur dengan orang ramai, orang-orang yang terpencil di sebuah rumah atau sebuah gereja yangpintunya dikunci. 

Kedua, askar dilarang daripada memusnahkan dan merobohkan hartanah. Para pejuan Islam sepatutnya telah komited berperang untuk mempertahankan umat, agama dan bangsa, bukannya merosakkan harta dan infrasturktur tempat perjuangan. Oleh itu umat Islam tidak dibenarkan memusnahkan atau merobohkan tanah-tanah pejuang yang lain, atau membakar tanaman mereka atau menyembelih haiwan ternakan mereka tanpa sebab. 

Ketiga, melindungi hak orang awam dan orang Islam wajib melindunginya. Perkara ini bermaksud jika ada rakyat daripada musuh yang tinggal di tanah air kita, kita wajib melindunginya dan hak mereka tidak berubah. Orang Islam tidak boleh melampaui batas seperti mengambil duit mereka atau membuatkan nyawa mereka berada dalam keadaan bahaya. Allah berkata, "Dan jika seseorang dari kaum pendita (orang-orang musyrik, orang-orang musyrik, orang-orang kafir, orang-orang kafir dalam mengesakan Allah) bertujuan perlindungan anda kemudian memberinya perlindungan, supaya dia boleh mendengar Firman Allah (al-Quran), dan kemudian hantarlah dia ke mana dia boleh selamat, itu adalah kerana mereka adalah orang-orang yang tidak mengetahui "[al-Quran 9: 6]. 

Akhir sekali ialah menerima keputusan musuh jika musuh berkata untuk mengundurkan diri. Ini bermakna jika musuh menuju kearah keamanan, umat Islam wajib mengikutinya. Allah berfirman dalam al-Quran, "Dan jika mereka condong kepada perdamaian, anda juga cenderung kepadanya, dan (meletakkan anda) amanah kepada Allah. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui "[al-Quran 8: 6]. 

6. 3 Etika dan moral selepas berperang
Mencegah dari perbuatan merompak selepas peperangan. Telah diriwayatkan bahawa Nabi pernah berjalan dengan sahabat-sahabatnya dan mereka mengalami keletihan melampau dan kesusahan supaya mereka mendapati sekumpulan kambing jadi mereka mengambil ia dan periuk mereka telah mendidih apabila nabi datang bersandar tunduk dan dipadamkan api yang periuk dengan tunduk dan melemparkan debu pada daging berkata "rampasan tidak kurang dilarang daripada makan daging binatang yang mati" (Abu Dawud). 

Seterusnya ialah merawat tawanan perang dan dilarang apa jua serangan terhadap mereka. Umat Islam perlu melayan tawanan perang dengan rahmat dan hormat. Allah berkata, "Dan mereka memberikan makanan, walaupun cinta mereka (atau kerana mencintai-Nya), untuk Miskin (miskin), anak yatim dan tawanan, (Sambil berkata):" Kami memberi makan kepada kamu keredaan Allah sahaja. Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan atau ucapan terima kasih daripada anda "[al-Quran 76: 8-9]. 

Jihad ini tidak terhenti selepas habisnya peperangan. Umat Islam bukannya diberi kebebasan untuk bersantai kembali kerana peperangan itu ialah jihad yang kecil walhal mereka akan bertarung dengan jihad yang besar yang itu jihad terhadap diri sendiri melawan kemalasan. Penting untuk umat Islam berperang kerana untuk membela nama agama dan bangsa. Oleh itu tentera Islam dan juga rakyat harus sentiasa bertanggungjawab dalam mempertahankan hak agama, hak diri sendiri dan keamanan. 

7. 0 TEKNOLOGI – TEKNOLOGI PEPERANGAN
1. Manjaniq
Manjaniq pertama kali digunakan oleh kaum Muslim pada peristiwa pengepungan Bani Thaif. Salman Al-Farisi yakni seorang warga Parsi yang memeluk Islam di zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam adalah orang pertama yang memcipta senjata ini atas perintah Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. Manjaniq merupakan mesin balok pengayun yang dikendalikan oleh orang-orang yang menarik tali pada satu sisi balok sehingga ujung yang lain akan berayun sangat kuat dan menembakkan misil dari tali yang menempel pada ujungnya. 

Manjaniq sebenarnya telah dikenali sebelum masa penaklukan Islam. Bangsa Avar pernah menggunakannya pada penyerbuan Thessalonica di tahun 597 M. Bahkan mesin pelontar ini dipercayai dicipta pertama kali oleh China antara abad ke-5 dan ke-3 SM, dan sampai ke Eropah sekitar 500 M. Lalu pada masa pemerintahan Islam, Salman mengusulkannya kepada Nabi Saw sebagai senjata perang, seperti yang diriwayatkan dalam Sirah al-Halabiyah. Atas cadangan Salman ini, Rasulullah telah membangunkan industry pembuatan manjaniq ini untuk memperkukuhkan kekuatan kententeraan untuk ke medan tempur. 

2. Pedang Damaskus (Sword of Damascus)

Dihiasi dengan ornamen garis bergelombang, lentur, ringan, dan mampu menembus baju zirah, menjadikan pedang damaskus salah satu senjata perang paling bersejarah. Pedang ini diproduksi di Damaskus pada abad ke-12 M. Eropah lalu cuba menghasilkan yang serupa dengannya, namun hingga kini masih belum mampu meniru 100%. Bahkan dengan teknologi metalurgi sekalipun Eropah masih belum mampu mencipta tandingan yang memiliki ketajaman yang sama dengan Pedang Damaskus ini. Pedang yang pernah menimbulkan rasa gentar para tentera Salib ini, memiliki suatu lapisan kaca di permukaannya. Sutra akan terbelah bila jatuh di atasnya. Pedang lain pun akan menemui nasib yang sama jika beradu dengannya. Tiada pihak yang menjangkakan bahawa ilmuwan Muslim telah menerapkan teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu. 

Selama ratusan tahun, tidak ada yang mengetahui rahsia kehebatan pedang tanpa yang tiada tandingan ini. John D. Verhoeven -seorang profesor metalurgi moden dari Iowa State University bekerjasama dengan Alfred H. Pendray, seorang tukang besi dari Florida, telah mencuba untuk membuat pedang ini selama bertahun-tahun. Dari penerapan nanoteknologi bahan impurities (non-besi dan non-carbon) dalam adunan baja membentuk pola mirip aliran air yang dikenali dengan nama Multi Walled Carbon Nano Tube, barulah diketahui rahsia di balik kehebatan pedang damaskus ini. 

3. Teknologi Pembuatan Mesiu (Gun powder)

Tidak hanya menguasai dalam seni pembuatan pedang, kaum Muslim juga mampu mengembangkan teknologi pembuatan mesiu. Walaupun senjatanya bubuk mesiu pertama kali ditemukan di Cina yang digunakan sebagai alat pembakaran pada abad 9 M, dua abad sebelumnya seorang ahli kimia Muslim Khalid bin Yazzid telah mengenal lebih dulu potassium nitrat (KNO3), bahan utama pembuat mesiu. 

Eropah baru mengenal mesiu setelah dibawa oleh pasukan Mongol pada tahun 1240 M. Dan selanjutnya dikembangkan menjadi bahan peledak, misalnya untuk mendorong peluru, kemudian seabad seterusnya telah disempurnakan menjadi senjata api. Jauh sebelum Eropah mengembangkan teknologi pembuatan mesiu, ilmuwan-ilmuwan Muslim telah terlebih dahulu mencubanya. Ramai ilmuwan Muslim yang menguasai teknik pemurnian potassium, sebuah teknik yang tidak diketahui oleh orang-orang Cina. Jabir Ibnu Hayyan (wafat tahun 815 M), Abu Bakar Al-Razi (wafat tahun 932) dan Hasan Al-Rammah adalah ilmuwan-ilmuwan Muslim yang telah menguasai teknik ini dan telah dijelaskan di dalam karya-karya mereka. Teknik pemurnian ini dilakukan agar potassium mampu digunakan sebagai bahan peledak. 

Pemurnian potassium ini pernah didakwa oleh Barat sebagai hasil penemuan oleh Roger Bacon. Namun dakwaan ini dibatalkan sendiri oleh ilmuwan Barat lain seperti Partington. Hasan Al-Rammah telah menjelaskan proses ini secara terperinci di dalam karyanya yang bertajuk Al-Furusiyyah wa Al-Manasib Al-Harbiyyah. Penguasaan Al-Rammah atas penggunaan bubuk mesiu sangat luar biasa. Beliau telah berjaya menulis sebanyak 107 rumus atau 'cara kerja' penggunaan mesiu. 22 kaedah di antaranya khusus untuk membuat roket. 

Ketika Perang Salib meletus pada tahun 1249 M, Raja louis IX dan pasukannya pernah merasakan kehebatan meriam dan roket kaum Muslim. Betapa hebatnya kesan yang ditembakkan pasukan Muslim, membuat Raja Louis IX mengalami kekalahan dan akhirnya berjaya ditakluk. Peristiwa itu diakui sendiri oleh Jean de Joinville, iaitu salah seorang perwira tentera Perang Salib. 

4. The Mohammed’s Al-Fatih Greats Gun
Inilah salah satu senjata paling fenomenal yang digunakan dalam perang paling menakjubkan dalam sejarah. The Mohammed’s Greats Gun, itulah sebutan pada senjata yang dicipta pada tahun 1942 ini. Meriam ini dibuat sebagai jawapan atas keinginan Muhammad al-Fatih untuk menembusi kekebalan benteng pertahanan Kostantinopel. 

“Aku mampu membina meriam tembaga dengan saiz seperti yang kamu inginkan, ” kata Orban -seorang ahli insinyur yang diundang Al-Fatih ke Adrianopel-, “Aku telah mengamati secara teliti tembok di Konstantinopel. Aku tidak hanya akan memporakberandakan tembok itu dengan senjataku. Bahkan, tembok Babylon pun akan hancur karananya. ”

Hal ini disambut gembira oleh Muhammad Al-Fatih. Impian untuk mewujudkan bisyarah Rasulullah Saw (tentang tertakluknya Konstantinopel) sudah di depan mata. Maka dijalankanlah projek tersebut. Dan senjata terbesar di dunia yang pernah wujud pada waktu itu, akhirnya berada dalam genggaman Muhammad Al-Fatih. Memiliki panjang 8, 2 meter, diameter 76 cm, dengan berat 18, 2 ton, meriam ini sanggup melontarkan bola besi padat berdiameter 70 cm dengan berat 680 kg sejauh 1, 6 km. 

8. 0 KESIMPULAN
Peperangan penting dalam menegak keadilan terhadap agama Islam dan juga seluruh umatnya tetapi perlulah menurut syariat Allah Subhanahu wa ta’ala . Peperangan dalam Islam juga memerlukan etika membuatkan Islam ini berbeza dari agama lain. Ini menunjukkan Islam mempunyai sifat peribadi yang terbaik mahupun di medan perang. Peperangan di dalam Islam juga boleh di sifatkan kepada jihad. Jihad ini tidak terhenti apabila pertempuran itu berakhir atau tentera Islam diberikan kebebasan untuk kembali bersantai kerana kebenarannya bahawa berjuang dalam pertempuran ialah sekadar jihad kecil. Apabila mereka telah selesai peperangan, mereka kembali kepada jihad yang lebih besar iaitu jihad terhadap diri sendiri lebih penting untuk mengelakkan ia daripada kembali kepada kemalasan. Ia agak penting bagi umat Islam untuk memelihara kehidupan manusia sama ada dalam peperangan atau keamanan. Oleh itu adalah perlu untuk tentera Islam pada masa aman untuk melaksanakan tanggungjawab sosial yang berkesan di mana ia boleh menyumbang dalam membangunkan masyarakat dan memperkayakan sumber. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment