Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Tamadun Islam Menekankan Kepada Sains Dan Teknologi

PENDAHULUAN

Perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi selari dengan penonjolan dalam tamadun Barat pada zaman ini. Wujud pandangan mengatakan bahawa perkembangan sains dan teknologi sejajar dan serentak dengan penciptaan manusia. Perkembangan ini berlaku disebabkan penggarapan unsur intelektual dan naluri semula jadi ingin tahu manusia telah meransangnya untuk mengenal serta mamahami sifat persekitarannya dan sebabsebab penciptaannya. Oleh itu, evolusi setiap tamadun di muka bumi ini, bahkan kemajuan kendiri manusia seluruhnya berdasarkan sains. Ianya berperanan luas dalam proses manusia mengumpulkan kekayaan, merebut lebih banyak sumber dan meluaskan wilayah. 

Fakta sejarah perkembangan sains dan teknologi telah membuktikan bahwa majoriti di kalangan ahli sejarah dan sains Barat serta sarjana Islam yang apologetik yakin dan percaya bahawa ahli sains masa kini bergantung kepada sumbangan ahli sains terdahulu. Ahli sains terdahulu terdiri daripada warga sains Greek dan Islam apabila mereka membina ilmu pengetahuan bagi kemajuan ketamadunan. Pengenalan kepada sejarah sains oleh Sejarawan Barat telah cuba menyampaikan serba sedikit tentang kualiti dan kuantiti sumbangan Islam dalam bidang ilmu sains. 

Selain itu, penterjemahan buku-buku Arab ke bahasa Latin dan Roman daripada semua bentuk dan cabang pengajian sains giat dijalankan bagi pemantapan ilmu sains dan teknologi Barat. Secara khususnya, Newton telah menjalankan kajiannya berdasarkan hasil kerja Al-Haitham, Harvey pula menciplak ciptaan Ibn Nafis dan Kapler mengkaji penyelidikan al-Battani, Al-Biruni serta ahli Astronomi Islam yang lain. Namun, perlu difahami bahawa saintis Islam yang cemerlang tersebut telah melakukan gerak kerja dalam kerangka kefahaman dan amalan yang tersendiri. Epistemologi dan pedagogi mereka adalah berbeza dengan pengajian sains tajaan Barat, walau pun beberapa hasil kajian dan ciptaan mereka menjadi asas peningkatan dan permodenan sains Barat. 

TAKRIF

Sains dalam Islam merupakan satu cabang ilmu berkaitan dengan alam tabi’i (sesuatu yang diciptakan iaitu oleh Allah) dimana falsafah dan matlamatnya adalah terletak pada ilmu-ilmu lain yang mengandungi nilai nilai keagamaan dan kerohanian. Teknologi pula ialah satu disiplin yang melibatkan proses pembuatan keputusan dalam penentuan sesuatu tindakan. Satu proses yang bersandar kepada pengadilan nilai, satu manifestasi bagi sains Islam yang membawa kepada pengetahuan dan institusi mengenai cara hidup yang bersepadu di bumi. 

Sains dan agama adalah suatu yang bersepadu. Sains tidak dapat dipisahkan daripada nilai-nilai agama. Agama menjadi pengawal kepada segala aktiviti sains dan etika saintis. Sains mestilah berpaksikan kepada tauhid, dimana segala kajian dan penerokaan sains ini dikaitkan dengan keagungan Allah Subhanahu wa ta’ala yang menjadikan alam ini. Ilmu agama adalah ilmu tertinggi dalam sains adalah sebagai penyokong. dengan melaksanakan syariat Islam yang dituntut oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Kita memerlukan kemudahan kemudahan yang boleh dibekalkan oleh golongan saintis. Perlaksanaan fardu ain tidak akan sempurna tanpa adanya fardu kifayah. Oleh itu sains sebagai bidang fardu kifayah banyak memberi sumbangan. Kajian sains atau kajian alam tabii amat dituntut oleh agama. Dalam al Quran dan sunnah Rasulallah terdapat banyak gesaan dan galakan mengkaji alam tabii. 

ISTILAH

Tamadun berasal daripada perkataan madana ataupun tamaddana beerti pembukaan bandar ataupun perbuatan memperhalus budi pekerti yang terpuji. kadangkala juga ia dikaitkan dengan din yang bermaksud agama. Dalam bahasa inggeris tamadun berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa latin atau civicyang beerti kehidupan di bandar. 

Sains daripada perkataan inggeris ialah science. Juga berasal daripada perkataan scio, scire atau scientia (daripada bahasa Latin) bermaksud pengetahuan. Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperolehi secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif. Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadnya. Sains adalah satu huraian secra sistematik tentang fenomena tabi’i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek disamping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif). Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianyatunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya. 

Perkataan teknologi berasal dari perkataan Greek (technología), dari perkataan Yunani (téchnē) yang bermaksud seni, kemahiran dan rekaan. Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagimencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. Dari istilah, teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya dikaitkan dalam proses industri. 

PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI

• Membantu manusia mengenali Allah sebagai pencipta

Allah berfirman:
“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air, maka mengapa mereka tidak beriman?”(QS. al-ANBIYA: 30)

• Membantu manusia memahami persoalan tauhid. 
• Membawa manusia bersifat tafakkur. 
• Membantu manusia memenuhi keperluan material
• Membantu dalam melaksanakan syariat
• Menghubungkan nilai etika dengan sains, sains dengan agama dan sains dengan Al quran dan As sunnah. 
• Memenuhi keperluan manusia kepada konsep keindahan. 
• Memudahkan kehidupan manusia

PENGELASAN ILMU KEJURUTERAAN ISLAM DAHULU
Sarjana-sarjana Islam dahulu menganggap kejuruteraan sebagai salah satu daripada sains matematik. Sains matematik pula dibahagikan kepada sains bentuk, sains nombor dan sains kejuruteraan. Sains kejuruteraan pula dibahagikan kepada dua belas subbidang iaitu bangunan, ukur, perlayaran dan pengapungan, optik, cermin pembakar, mesin perang, pusat graviti, mengangkat beban berat, imbangan dan pengimbangan, jam pengangkutan air dan mesin rohani. 

KEJURUTERAAN AWAM

Kubah dan menara masjid yang dibina menunjukkan kefahaman dan kemahiran sarjana sarjana Islam dahulu dalam sains bangunan dan senibina. Dalam kejuruteraan awam hidrologi, orang orang Islam juga memberi sumbangan penting. Pada zaman pemerintahan khalifah 'Umar, beberapa terusan telah di bina. Apabila Khalifah 'Umar R. A mendengar bahawa Basrah ketiadaan air daripada suatu rombongan khas yang di hantar menemuinya, Syaidina 'Umar telah mengarahkan pembinaan suatu terusan yang panjangnya lebih kurang 10km yang mengalirkan air dari sungai Furat. Terusan ini telah diberi nama Terusan Abu Musa Asy'ari, pemerintah Basrah ketika itu. 

 Terusan yang paling utama ialah terusan yang menyambungankan Sungai Nil di Mesir dengan Laut Merah. Oleh sebab kemarau berpanjangan Berlaku di semenanjung Tanah Arab dalam Tahun 18H. Khalifah Umar telah mengarahkan supaya makanan dihantar ke sana. Oleh kerana jarak yang jauh dan tiada pengangkutan tidak baik maka makanan-makanan itu lambat sampai. Ini yang mendorongkan Khalifah Umar R. A menjemput pemerintah Mesir Amru Ibnu al-As dan pembesar-pembesarnya untuk membincang tetang kemungkinan membina satu terusan yang menghubungkan Sungai Nil. 

 Teknologi air bawah tanah telah di usahakan di Parsi. Bandar Isfahan di kelilingi oleh padang pasir. Sungai Zayandirud mengalir melalui bandar ini. Jurutera-jurutera awam ketika itu telah mengalirkan air sungai ini ke beberapa anak sungai yang di gunakan untuk pertanian dan air minuman. Teknologi ini telah di tulis oleh Syeikh Bahauddin Al-'Amili seorang ahli sufi safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan. 

 Satu lagi kegiatan kejuruteraan awam yang mengkagumkan ialah pembinaan 'Qanat' iaitu sistem pengairan bawah tanah yang di terangkan oleh seorang ahli matematik Parsi, Al-Karaji. Bagi negara yang di kelilingi oleh padang pasir, teknologi ini amat berguna kerana ia dapat mengelakkan pengewapan air. Bukti-bukti menunjukkan bahawa mereka juga telah meneliti bukan sahaja tentang pembinaannya malahan mengambil berat tentang perancangan dan penyelenggaraan projek tersebut. 

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Boleh di katakan sumbangan sarjana sains dan teknologi Islam yang banyak ialah di dalam bidang mekanikal. Sumbangan Banu Musa terkandung di dalam buku Kitab Peranti (The Book of Artifices) yang telah di sebut dahulu. 
 Ibnu Sina pula, walaupun beliau lebih terkenal dalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi sumbangan yang mengkagumkan dalam bidang mekanik. Di antara saranan-saranan Ibnu Sina ialah :
1. Prinsip inersia yang terkandung dalam kata-katanya yang berbunyi " tidak ada jasad yang mula bergerak atau berhenti dengan sendiri "
2. "Masa tidak boleh di bayangkan tanpa gerakan ". 
3. "Daya hanya boleh di sukat dalam sebutan kesan-kesannya ". 
4. "Dalam sesuatu mesin mudah, apa yang di perolehi dalam bentuk kuasa, adalah kehilangan dalam kelajuannya

Al-Biruni (973-1048 M) pula merupakan peneroka bidang sains tabii Islam yang ternama. Beliau telah mengasaskan teknologi sains menyukat apabila beliau telah berjaya menentukan ketumpatan spesifik kepada sebanyak 18 mineral dan batu batan. 

Beliau juga telah menentukan latitud dan longitud bumi. 

Al-Khawarizmi pula terkenal dalam komuniti jurutera menerusi bukunya berjudul The Balance of Wisdom (Imbangan Kebijaksanaan). Di antara pernyataan Al-Khawarizmi berkaitan dengan hal:
1. "Berat ialah daya malar inheren tatkala suatu jasad tertarik ke pusat bumi "
2. "Jasad-jasad yang mempunyai graviti sama adalah jasad-jasad yang bergerak di dalam cecair dari titik tunggal melalui jarak yang sama dalam masa yang sama. Pada awal abad ke 8 M Khalifah Harun Al-Rasyid telah menghadiahkan sebuah jam air kepada Charlemagne dan pada tahun yang sama mereka telah mempelajari teknologi membuat kertas. Teknologi mendapat tenaga dari udara dan kincir udara, telah di pelopori oleh orang Islam pada kurun ke-7 M. Sebagai contoh di Sijistan dan Parsi. Ia di gunakan untuk mengepam air yang sangat-sangat di perlukan dalam pertanian. 
Contoh-contoh rekaan jurutera Islam :
1. Jam air Gajah
2. Pam air dua silinder. 
3. Pam air enam silinder selari. 
4. Jet stim. 

CIRI-CIRI SAINS DAN TEKNOLOGI

• Berteraskan perinsip tauhid
Seluruh alam semesta termaksud makhluk manusia adalah ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala. kewujudan alam semesta termaksud proses sebab-musabab dan segala fenomena yang berlaku daripada sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya ditentukan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . sebagai tanda kebesaran dan keagungan-Nya. 

• Integrasi antara ilmu akal dan ilmu naqal (Wahyu)
Pencapaian sains dan teknologi adalah pencapaian minda yang dikenali al-ulum al-aqliyyah (ilmu akal). Namun ulum al-aqliyyah perlu diintegrasikan atau digabungkan dengan ulum al-naqliyyah (ilmu wahyu). Contohnya, Islam menggalakkan penerokaan alam semesta dengan sains dan teknologi, namun tujuannya adalah untuk mengenali kebesaran dan keagungan Allah Subhanahu wa ta’ala .. 

• Alam sebagai pembawa mesej
Dalam sains Islam, alam semesta dan fenomena tabi’i merupakan Kitab Allah yang mengandungi dan merakamkan pelbagai mesej, rahsia dan ilmu yang disampaikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . kepada manusia untuk berfikir dan merenung tentang kejadian ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala . yang sungguh hebat. Alam nyata ini tidak wujud sendiri tanpa Penciptanya, iaitu Allah Subhanahu wa ta’ala . Sifat tabii bukanlah sesuatu yang bersifat semula jadi, kebetulan, tidak sengaja dan tidak ditentukan oleh keadaan dan kehendak alam. Sebaliknya, segala kejadian adalah tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan-Nya. 






• Kebenaran hakiki adalah kebenaran wahyu
Menurut Islam, segala pencapaian sains dan teknologi tidak bermakna jika kebenaran mutlak (absolute truth) dinafikan. Kebenaran berasaskan pengetahuan empirik (ilmu sains dan teknologi) harus menerima hakikat kebenaran metafizik iaitu tentang kebenaran wujudnya Allah Subhanahu wa ta’ala . 

• Sains dan teknologi mengukuhkan keimanan
Sains Islam penuh nilai keberkatan ilmu (blessing), kebijaksanaan (wisdom), ketajaman daya faham (tafaqquh) dan kebenaran (al-haqq). Pencapaian sains dan teknologi adalah anugerah ilmu yang mempunyai pelbagai maklumat untuk menyakinkan manusia dengan bukti bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala . adalah Pencipta, Pendidik dan Pemelihara alam semesta ini. 

KESIMPULAN

Sains dan teknolgi Islam merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting bagi memenuhi tuntutan kehidupan manusia yang sentiasa maju dan berkembang. Namun begitu, setiap kemajuan yang dicapai seharusnya dipandu dan dikawal oleh nilai-nilai etika Islam bagi memastikan ia sentiasa berada di paksi yang benar dan diredhai Allah. Islam hanya menerima bentuk yang boleh member manfaat seperti untuk kemudahan dan kemakmuran kepada ummah. Islam menolak teknologi yang membawa kerosakan kepada minda dan fizikal. Oleh itu, manfaatkan teknologi dengan cara yang betul. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment