Thursday, October 15, 2015

Tajuk: Ibnu Baitar Dalam Bidang Tumbuh-Tumbuhan

ENDAHULUAN
Pada abad pertengahan, salah satu tokoh ilmuan Islam yang terkenal adalah Ibnu Al-Baitar. Ibnu Al-Baitar merupakan tokoh Ilmuan yang perlu dicontohi serta beliau telah banyak menyumbang dalam bidang botani dan sains. Ibnu Al-Baitar berkecimpung di dalam Ilmu botani sejak beliau kecil sehinggalah beliau wafat. Antara sumbangan-sumbangan beliau adalah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al-Mufrada, iaitu salah satu kompilasi botani terbesar berurusan dengan tanaman ubat dalam Bahasa Arab. Selain itu, risalah monumental kedua ialah Kitab al-Mlughni fi al-Adwiya al-Mufrada yakni ensiklopedia perubatan. Sumbangan Ibn Baitar dicirikan dengan pengamatan, analisis dan klasifikasi dan telah diberikan pengaruh yang mendalam di Timur mahupun Barat botani dan perubatan. Meskipun Kitab al-Jami fi al-Adwiya al-Mufrada diterjemahkan dan diterbitkan terlambat dalam Bahasa-bahasa barat seperti yang disebutkan di atas, namun banyak saintis sebelumnya telah mempelajari pelbagai bahagian daripada buku dan membuat beberapa rujukan untuk itu. 

Sejarah Ibnu Al-Baitar

1. Latar Belakang
Ibnu Al-Baitar dikenali sebagai ahli botani (tumbuhan) dan farmasi pada waktu itu disebabkan kepakarannya dalam bidang tumbuh-tumbuhan. Nama lengkapnya Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi (ابنالبيطار‎). Ibnu Baitar dilahirkan pada akhir abad 12 di kota Malaga (Sepanyol). Beliau wafat di Damaskus pada tahun 1248. 

2. Penglibatan Ibnu al-Baitar dalam bidang botani
Semenjak dari kecil lagi, Ibnu Baitar sudah mula meminati bidang tumbuh-tumbuhan. Kemudian apabila meningkat dewasa, beliau mula belajar banyak mengenai ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati yang pada masa itu merupakan ahli botani terkemuka. Selain itu, beliau juga belajar tiga bahasa iaitu Spanyol, Yunani, dan Suriah daripada Ibn Al-Rumeyya. Berbekal kemampuan berbahasa inilah, beliau merantau ke beberapa negara untuk mengembangkan ilmu yang diminatinya, botani. 

3. Perkembangan Ibnu Al-Baitar
Tahun 1219 dia meninggalkan Spanyol untuk sebuah ekspedisi mencari ragam tumbuhan. Bersama beberapa pembantunya, beliau menyusuri sepanjang pantai utara Afrika dan Asia Timur Jauh. Setelah tahun 1224 Al-Baitar bekerja untuk Al-Kamil, gabenor Mesir. Tahun 1227, Al-Baitar menyertai setiap perjalan Al-Kamil dalam meluaskan kekuasaannya hingga ke Damaskus. Ini sekaligus dimanfaatkan untuk banyak mengumpulkan tumbuhan. Ketika tinggal beberapa tahun di Suriah, Al-Baitar berkesempatan mengadakan penelitian tumbuhan di kawasan yang sangat luas, termasuk Saudi Arabia dan Palestina, di mana dia sanggup mengumpulkan tanaman dari sejumlah lokasi di sana. 

Tugu Ibnu Al-Baitar yang dibina untuk memperingati beliau. 

Sumbangan Ibnu Baitar dalam bidang botani

1. Karya Ibnu Baitar
Sebahagian besar buku karya Ibnu al-Baitar berasal dari hasil penelitiannya selama beberapa tahun dalam berbagai jenis tumbuhan. Tidak hanya berisi hasil penelitian, buku tersebut juga di lengkapi penjelasan & penerangan panjang. Di kemudian hari, karya-karya beliau menjadi buku rujukan ilmu botani yang sangat penting. Sumbangan Ibnu al-Baitar tersebut sangat mempengaruhi perkembangan ilmu botani dan perubatan selanjutnya, baik di Eropah maupun Asia. 

Kitab Al-Jami’ li Mufradat Al-Adweya wa Al-Aghtheya
Karya ini merupakan sumbangannya yang utama. Buku ini dibawa ke Barat dan diterjemahkan menjadi ‘The Complete [book] in Simple Medicaments and Nutritious Items’. Buku ini merupakan kitab paling terkemuka mengenai tumbuhan dan kaitannya dengan ilmu pengubatan Arab. Kitab ini menjadi rujukan para ahli tumbuhan dan ubat-ubatan hingga ke-abad 16. Ensiklopedia tumbuhan yang ada dalam kitab ini merangkumi 1400 item, terbanyak adalah tumbuhan ubat dan sayur-mayur termasuk 200 tumbuhan yang sebelumnya tidak diketahui jenisnya. Kitab tersebut pun telah dirujuk oleh 150 penulis, yangkebanyakannya berasaldaripada Arab, dan dikutip oleh lebih dari 20 ilmuwan Yunani sebelum diterjemahkan ke bahasa Latin serta dipublikasikan pada tahun 1758. 

Kitab al-Mughni fi al-Adwiya al-Mufrada
Merupakan karya fenomenal kedua Al-Baitar dan diterjemahkan di Eropah menjadi ‘The Ultimate in Material Medical’ yakni ensiklopedia ubat-ubatan. Ubat bius masuk dalam daftar ubat terapetik. Ditambah pula dengan 20

bab tentang beragam khasiat tanaman yang bermanfaat bagi tubuh manusia. Masalah-masalah pembedahan juga turut dibahas dalam kitab ini. Al-Baitar banyak diambil sebagai ahli bedah Muslim ternama, Abul Qasim Zahrawi. Selain bahasa Arab, Baitar pun kerap memberikan namatumbuhan dalam bahasa Latin dan Yunani. 

Tidak hanya itu, ada juga Mizan al-Tabib (The Physician’s Balance), Al-Ibana wa Al-I’lam ‘ala ma fi Al-Minhaj min Al-Khalal wa Al-Awham yang merupakan karya kritisnya atas ilmu farmasi sebelumnya, Minhaj al-Bayan fi ma yasta’meluhu al-Insan yang disusun oleh Abu Ali Yahya ibn Jazla al-Baghdadi (493 H/1100 M) serta juga Al-Af’al al-Ghariba wa al-Khawas al-’Ajiba. 

Catatan-catatan Al-Baytar adalah catatan terpenting dalam dunia tumbuhan dari seluruh periode kejayaan ahli botani, mulai dari masa Dioscorides sampai abadke-16, ” ungkap Sarton. Catatan Al-Baitar, kata ahli sejarah ini, seperti kamus atau ensiklopedia lengkap tentang tumbuh-tumbuhan. 

Karya Ibnu Al-Baitar
Karya Ibnu Al Baitar yang diterjemahkan dan dipublikasi

2. Penemu Ramuan Herbal Barah (Hindiba)
Al-Baitar berhasil menemukan ramuan herbal untuk mengubati barah bernama Hindiba. Ramuan Hindiba yang ditemukan al-Baitar itu mengandungi zat ‘anti-cancer’ yang juga boleh menyembuhkan tumor dan ganguan-gangguan neoplastik. 

Ketua Bahagian Sejarah dan Etika, Universiti Istanbul, Turki, Prof. Nil Sari dalam karyanya ‘Hindiba: A Drug for Cancer Treatment in Muslim Heritage’, telah membuktikan khasiat dan kebenaran ramuan herbal Hindiba yang ditemukan al-Baitar itu. Beliau dan doktor-doktor lain telah melakukan pengujian secara ilmiah dan bahkan telah mempatenkan Hindiba yang ditemui oleh Al-Baitar. 

Menurut Prof. Nil Sari, Hindiba telah dikenalkan kepada para ahli pengubatan (pharmacologist) Muslim di dunia Islam. “Umat Muslim telah menggunakan ramuan untuk menyembuhkan barah jauh sebelum doktor di dunia Barat menemukannya, ” ungkap Prof. Nil Sari. 

Setelah melakukan pengujian secara ilmiah, Prof. Nil Sari membuat kesimpulan bahawa, Hindiba memiliki kekuatan untuk mengubati berbagai penyakit. Hindiba dapat membersihkan hambatan yang terdapat pada saluran-saluran kecil di dalam tubuh, khususnya dalam sistem pencernaan. Namun, keutamaan yang paling khusus adalah kekuatannya yang dapat menyembuhkan tumor. 

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang khasiat dan ramuan Hindiba, Prof Nil Sari pun melakukan penelitian terhadap perubatan pada zaman dahulu. Beliau menemui dua karya ilmuwan Muslim, yakni karya Ibnu Sina, ‘Canon of Medicine’ serta ensiklopedia tanaman yang ditulis oleh Al-Baitar. 

Canon of Medicine

Memetik dari catatan Ibnu Sina dalam ‘Canon of Medicine’, Prof Nil Sari mengungkapkan, tumor atau cancer, apabila dibiarkan akan semakin bertambah ukurannya. Sehingga tumor itu akanmerebak dan rosak. Akarnya dapat menyusup di antara elemen jaringan tubuh. 
Menurut beliau, Hindiba terbukti sangat efektif mengubati cancer. Sayangnya, kata beliau, pada zaman dahulu, Hindiba lebih banyak disarankan sebagai ubat untuk rawatan tumor. Hal itu terungkap dalam kitab Ibnu al-Baitar. Menurut al-Baitar, jika ramuan Hindiba dipanaskan, dan busanya diambil dan disaring kemudian diminum akan bermanfaat untuk menyembuhkan tumor. 

Pakar pengubatan pada era Kesultanan Turki Usmani, Mehmed Mumin, mengungkapkan bahawa Hindiba boleh mengubati tumor dalam organ internal. Jika kayu manis dicampurkan pada jus Hindiba (khusus yang diolah dengan baik) dapat digunakan untuk ubat kumur serta bermanfaat pula untuk rawatan tumor, sakit dan radang tenggorokan. 

KESIMPULAN

Pada kesimpulannya, Al-Baitar banyak menyumbang dalam bidang botani. Penyumbangannya dalam bidang ilmu botani merupakan bukti titik peluh beliau menelaah dan mengkaji ilmu itu sejak kecil. Hal ini menujukkan bahawa kita hendaklah berusaha dalam mencapai apa yang dihendaki serta dapat memberi sumbangan kepada orang lain. Al-Baitar juga telah memberi pengajaran yakni kita hendaklah sentiasa mendekati ilmu. Contohnya, Al-Baitar sentiasa mendekati ilmu botani sejak kecil sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment