Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Sejarah Kelahiran dan Sumbangan Abul ‘Ala Maududi

Pendahuluan
Sayyid Abul ‘Ala Maududi, juga dikenali sebagai Shaykh al-Hadith Maududi. Beliau dilahirkan pada 25 September 1903 di Aurangabad, India dan meninggal dunia pada 22 September 1979 di Buffalo, New York, United States. Beliau berpengaruh dalam lingkungan Jama’ati Islami anak benua India dan juga pergerakan Islam Moden di seluruh dunia.

Antara keistimewaan beliau adalah cerdas sejak kecil, mempunyai keperibadian dengan pelbagai bakat, pemahamannya yang mendalam tentang Islam dan mempunyai interaksi dengan dengan pergerakan secara sempurna, berani dan kuat dalam menghadapi kesulitan serta teliti dalam memberi pandangan dalam hal-hal yang baru dari perspektif Islam yang sahih.

Al Maududi merupakan seorang remaja yang mampu melakukan pekerjaan-pekerjaan yang tidak mampu dilakukan oleh orang-orang seusianya. Pada usia sebelas tahun, beliau telah menulis artikel dan menyampaikan ceramah, sehingga guru-guru dan temannya berasa kagum.


Pada usia 15 tahun, dia bekerja sebagai editor pada akhbar harian yang terbit di kota kecil, Pajnoor. Selepas itu, dia berpindah untuk bekerja di lembaga bantuan dan penyelamat umat Islam setelah akhbar harian ini dilarang penerbitan.

Pada usia 16 tahun ia bergabung dalam pergerakan untuk menghidupkan sistem khilafah, kemudian bekerja dengan keluarga redaktor majalah mingguan At-Taj yang terbit di Jabalpoor.

Pada usia 19 tahun, dia menjadi pemimpin redaksi dalam harian At-Taj yang sebelumnya merupakan majalah mingguan itu. Artikel-artikel yang dia tulis pada waktu tersebut mempunyai corak warna politik yang kental, di mana dia begitu gigih membela gagasan menghidupkan kembali sistem khilafah.

Kali ini artikel-artikel yang dia tulis juga menjadi penyebab akhbar harian ini ditutup dan pemimpin redaksinya diajukan ke meja hijau. Tidak lama kemudian dia berpindah ke Delhi untuk bergabung bersama ketua Himpunan Ulama’ India dalam penerbitan akhbar harian Al Muslim, dan dia pun dipilih menjadi ketua redaksinya.

Setelah akhbar harian Al Muslim dilarang penerbitannya, lalu dia bekerja bersama Syeikh Ahmad Sa’id dia Delhi dalam penerbitan akhbar harian dengan nama Jam’iyyah Ulama’ Al-Hind.

Al Maududi tetap memikul tugas penerbitan harian ini seorg diri sejak awal penerbitannya pada tahun 1343 hingga 1347 Hijrah. Demikian Al-Maududi keluar untuk hidup sejak usia remaja sebab ayahnya menderita sakit sejak dia masih kecil dan keadaan ini memaksanya bekerja untuk hidup.

Bagi beliau, pengalaman satu tahun memberikan pelajaran berharga bahawa tidak ada jalan bagi manusia selain bekerja keras, berjuang demi sesuap nasi. Allah telah mengurniakan kepandaian menulis kepadanya yang didapati melalui bacaan dan tela’ah. Beliau telah memutuskan untuk menjadikan pena sebagai alat mencari rezeki.

Bekerja mencari rezeki bukanlah tujuan utama. Sebab dia berjuang, menulis, menyampaikan ceramah, dan membela hak-hak umatnya serta mengarang buku yang semua itu dia lakukan pada usianya belum mencapai 20 tahun.

3. Sumbangan

3. 1. Keperibadian Dengan Pelbagai Bakat

3. 1. 1. Seorang penulis yang sangat produktif.
Kebiasaannya, ditemui seseorang yang dalam kehidupannya memiliki bidang keahlian tertentu. Bagi Al-Maududi, dia adalah seorang penulis yang sangat produktif dan tajam pengungkapan kata-katanya serta padat isinya, hingga banyak ungkapan kata-katanya menjadi kata mutiara yang sentiasa berpindah dari seorang kepada seorang lain yang menyertai perjalanan masa.
Perhatikan ungkapan berikut ketika dia memberikan komen tentang pengumuman pemerintah menerapkan syari’ah Islam : “Ini adalah hujah ajaib yang diturunkan dari langit dan sebelum turun tidak nampak mendung dan setelah turun bumi tidak menumbuhkan apa-apa pun. ” Kekuatan pengungkapan bahasa yang dia gunakan mempunyai nilai yang besar pada karya-karyanya itu melalui terjemahan buku-buku yang dia tulis sebab terjemahan adalah gaya penterjemahnya. Akan tetapi pengamatan yang tajam menegaskan bahawa Al-Maududi adalah seorang sasterawan yang mantap dan mampu mengolah bahasa dengan cara yang sangat mengagumkan.

3. 1. 2. Memberi pengaruh yang besar dan karya-karyanya tersebar luas.
Al-Maududi telah memberi pengaruh yang besar terhadap berbagai kalangan umat dan karya-karyanya tersebar luas di Pakistan dan negari-negeri Muslim. Diyakini karya para Muslim lainnya tidak tersebar luas seperti karya-karya Al-Maududi.

Dalam karya-karyanya itu, pemilihan kata-katanya adalah begitu baik dengan maknanya yang mendalam. Padangannya dalam sastera lebih tertumpu pada makna dan gagasan daripada ungkapan dan penggunaan kata-kata. Al-Maududi adalah salah seorang pemikir Muslim moden jika diungkapkan dengan kata-kata pendek, kiranya tidak berlebihan bahawa dia adalah pemikir pergerakan Islam moden. Para tokoh pemikiran yang ada di dunia Islam banyak mengambil pemikiran-pemikirannya dan mereka mengakui hal itu. Yang mengetahui orang besar hanyalah orang besar.

Negara Turki Usmani yang mewakili kepimpinan kaum Muslimin di seluruh dunia telah berubah setelah kejatuhan Sultan ‘Abdul Hamid pada tahun 1909, di mana Sultan hanya sekadar pada gelaran tanpa makna. Bahkan gelaran tanpa erti ini dihapuskan sama sekli oleh Musthafa Kamal Artartuk pada tahun 1924. Sedangkan India telah jatuh sama sekali ke tangan Britain, menghabiskan kekayaan negeri itu dan memerangi kaum Muslimin serta orang-orang Hindu dengan politik memecah-belah, menciptakan “boneka mainan” dari kalangan Muslimin dengan memberi pakaian dan hiasan Islam untuk memasarkan pemikiran-pemikirannya yang merosakkan Islam dan kaum Muslimin, aliran Sir Ahmad Khan, Qadainiyyah, Parti Kongres dan terakhir Parti Liga Islam (Muslim League).

Pada masa itu ramai di kalangan ulama’ Muslimin berada dalam tingkat kebodohan, rendah diri, dan keterasingan yang parah, kerana mereka tidak memahami ilmu-ilmu yang berkembang di Barat dan penemuan-penemuan baru, maka mereka tidak mampu memberi pemecahan terhadap permasalahan dalam banyak hal yang mulai dihadapi oleh umat Islam, menutup mata, dan tidak mahu tahu kemudian menolak mentah-mentah.

Di sini penjajah menemui peluang keemasan, lalu memasarkan ucapan sinisnya bahawa agama bertentangan dengan ilmu pengetahuan, kemajuan dan peradaban. Jika bangsa-bangsa Muslimin ingin meraih kemajuan maka tidak ada jalan lain selain menempuh jalan yang dilalui oleh Barat, iaitu mencampakkan agama dan mengangkat sekularisme, “agama untuk Tuhan dan negara untuk semua”.

Banyak kaum terpelajar yang tergiur dengan ajakan penjajah ini, lalu memandang Islam dengan pandangan sempit, jumud dan tidak relevan dengan realiti kehidupan, bahkan sebahagian mereka menganggap bahawa agama adalah penyebab utama kepada kemunduran.

Pada waktu yang mengelirukan dalam kehidupan umat ini, wawasan Al-Maududi terbuka. Dia menuntut ilmu dengan modal dasar pendidikan yang diperoleh dari orang tuanya di rumah. Terutama ilmu-ilmu Islam dan sejarah Islam agar anaknya kelak menjadi seorang ulama’ yang mampu menyambungkan masa lalu dengan masa kini.

Sebab Al-Maududi lahir dari keluarga yang terpelajar dan terhormat, dia menemukan kebesaran risalah Islam, dan hanya Islam yang memiliki ajaran sempurna yang dapat membahagiakan manusia dalam menghadapi kehidupan.

Sedangkan ilmu teknologi yang telah dapat diraih secara gemilang oleh Barat hanyalah ilmu-ilmu alat yang tidak dapat memahami tujuan hidup manusia dan realiti hakikinya, sehingga ia justeru memberi peluang bagi manusia untuk terperangkap setiap kali dihadapkan pada permasalahan atau peradabannya. Al-Maududi ingin menjelaskan ini pada umatnya dan mengajak orang-orang yang tergiur di antara kaum Muslimin untuk kembali kepada Islam.

3. 1. 3. Memerangi fahaman nasionalisme di India.
Al-Maududi memerangi fahaman nasionalisme di India, sebab fahaman ini telah tersebar di kalangan kaum Muslimin yang mnyerukan untuk bergabung dengan warga Hindu sebangsa dan setanah air dalam satu perjuangan untuk mengusir penjajah dari bumi India. Al-Maududi menjelaskan bahaya fahaman ini sebab orang-orang Hindu dan Britain menurutnya sama sahaja. Kedua-duanya memerangi Islam dan bekerja untuk menghancurkan kaum Muslimin. Dia juga menjelaskan bahawa slogan mereka yang mengatakan bahawa bangsa berdiri dia atas asas kesamaan tanah air, hanyalah salah satu cara untuk menundukkan umat Islam agar dapar jatuh di bawah kaki penganut Hindu.

Dalam mengemukakan paradigmannya ini Al-Maududi menunjukkan prinsip-prinsip Islam yang menolak fahaman nasionalisme atau kebangsaan ini. Sedangkan konsep “ummah Islamiyyah” berdiri hanya di atas asas aqidah Islam.

3. 2. Dakwah di India.

India adalah sebuah negara besar yang berpenduduk ratusan jiwa. Pada suatu masa sejarahnya pernah menjadi kerajaan Islam dan berada di bawah undang-undang Islam. Ketika Britain menjajah India, salah satu daripada tujuannya adalah untuk memperlemahkan umat Islam dan memperkuatkan golongan Hindu melalui proses pembauran nasional dengan mencampakkan identiti Islam.

3. 2. 1. Parti Liga Muslim.
Cercaan dan kecaman terhadap Al-Maududi jauh lebih pedas daripada yang dialami oleh orang lain. Namun dia tetap dengan pendiriannya, berpegang pada nash Al-Quran dan As-Sunnah untuk menolak tuduhan mereka, bahkan Al-Maududi memandang, kafir dan sesat terhadap setiap bentuk penyelewengan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Namun hasilnya positif. Orang-orang Muslim yang masuk ke dalam Parti Kongres India, ramai yang keluar, sementara itu ulama’ yang mengibarkan bendera Islam bertambah ramai dan menyeru bagi umat Islam melalui Parti Liga Muslim (Muslim League Party).

Kaum Muslim pada umumnya mulai mendukung secara politik pada Parti Liga Muslim, bersama anggota-anggota jama’ati Islami. Akan tetapi terjadi sebuah peristiwa di Madras yang membuat mereka meninjau kembali gerakan seperti ini yang hanya bergantung kepada sentimen keduniawian. Sebab di Madras, setelah setahun didirikan Jama’ati Islami, Imam Al-Maududi mengajak teman-temannya untuk mengadakan pertemuan umum untuk menilai kebijakan-kebijakan dan hasil yang telah dicapai dalam setahun. Pada saat itulah peristiwa ini terjadi. Sekelompok orang dari Parti Liga Muslim dengan membawa bendera parti mulai meneriakkan slogan dan cacian seraya melakukan kerosakan serta rompakan terhadap gedung-gedung. Al-Maududi sebagai Amir Jama’ah meminta agar tidak melawan mereka dan polis juga diminta agar tidak mengambil tindakan keras terhadap mereka.

Peristiwa ini berhenti berkat usaha bijak Al-Maududi. Akan tetapi dia merasa sangat sedih sebab mereka mengibarkan bendera perjuangan Islam melawan penjajah Britain dan golongan Hindu.

3. 3. Dakwah di Pakistan.

 Pada 28hb Ogos 1948, berdirlah sebuah negara Pakistan, kaum Muslimin pun bernafas lega dan merasa bahawa impian mereka telah menjadi kenyataan secara serentak.

3. 3. 1. Al-Maududi menegaskan hak melalui pidatonya.
Bagi seseorang Muslim, mendirikan negara Islam merupakan ibadah, memeliharanya termasuk amal kebajikan, dan keluar dari negera Islam adalah kesesatan. Negara Islam Pakistan tidak hanya bererti bagi pendudukan sahaja. Melainkan setiap muslim di seluruh dunia merasa bahawa negara baru ini mempunyai hak di atas bahunya, iaitu ia memberikan haknya itu bilamana diminta. Negara Islam adalah negara ideologi dan mengandungi isi lebih daripada sekadar formulati dan bentuk luaran. Maka bagi Al-Maududi dan sahabat-sahabat seperjuangannya kini merasa senang hidup di bawah negara mereka yang mempunyai sistem sendiri dan menyusun hukum dan undang-undang Islam yang merupakan kandungan hakiki dari negara Islam. Al-Maududi menegakkan hak ini dalam pidatonya yang dua sampaikan dalam sebuah perhimpuanan umum di Karachi pada Mac 1948.
Ia menyebutkan bahawa :
 1. Pakistan adalah milik Allah dan pemerintaj Pakistan harus menggunakan sistem negara dengan diredhai oleh Allah.
 2. Pelaksanaan undang-undang yang bertentangan dengan syari’at masih berjalan di negeri ini. Oleh sebab itu pelaksanaan ini harus segera dihentikan dan tidak dibenarkan membuat undang-undang terpisah yang bertentang dengan syari’at Islam.
 3. Pemerintah Pakistan harus membuat batas kekuasaannya sesuai dengan batasan-batasan syari’at.

3. 4. Al-Maududi menghadapi tentangan.
3. 4. 1. Tentangan dari kaum kerabat.
Saudara tertuanya yang menjadi tulang belakang keluarganya setelah orng tuanya meninggal dunia, meminta Al-Maududi untuk mengurusi urusan peribadinya dengan jawatan tinggi yang ditawarkan kepadanya oleh Universiti Ustmani di Haidar Abad. Sedangkan keputusan dan kelesuan yang dialami oleh umat membuat Al-Maududi menjadi sukar untuk melihat siapakah yang akan membangkitkan harapan dan semangat mereka, atau bersedia untuk memberi pengertian dan berkorban. Keadaan yang datang dari keluarga Al-Maududi ini merupakan situasi yang wajar sebab biasanya sukar bagi seseorang penda’i untuk mendapatkan dukungan. Tanggapan Al-Maududi dalam menghadapi tentangan ini tegas dan pasti. Tidak ada tempat membuang-buang waktu.

3. 4. 2. Tentangan dari segi material.
Al-Maududi harus meneruskan penerbitan majalahnya Turjuman Al-Quran yang memuatkan pemikiran-pemikiran reformasinya jalan yang harus ditempuh oleh kaum Muslimin, untuk menyelamatkan diri dari serangan dan dominasi ideologi dan politik, dan untuk mengatasi trend yang dibawa oleh peradabsn Barat. Kemudian menjelaskan tahap-tahap jalan yang hendak dilalui oleh orang yang menekuni perjalanan dakwah. Sementara itu Al-Maududi tidak mempunyai dana yang cukup untuk meneruskan usaha perjuangan ini di samping tidak mempunyai sumber daya manusia yang sedia menghadapi kesulitan sehingga ia berjalan sendirian tanpa bekal dan tanpa penolong selain bekal ketabahan yang telah bersatu dalam diri dan hatinya sebagai buah dari keimanannya yang kuat bahawa Allah tidak akan mensia-siakannya sama sekali.

3. 4. 3. Tentangan dari sahabat seperjuangan.

Abul A’la Al-Maududi mengalami tentangan dari masyarakat umum dan juga dari sahabat seperjuangannya. Sementara perjalanannya masih panjang dan penuh kepahitan serta banyak cubaan. Oleh sebab itu, ada sebahagian sahabatnya yang tidak tahan berjalan bersamanya kerana begitu berat perjalanan yang ditempuh termasukbeberapa orang yang pernah bergabung bersamanya pada saat tertentu lalu meninggalkannya dan mengambil jalan sendiri. Dalam hal ini, Al-Maududi menggambarkan, “bagi mereka lebih ringan menghadapi peluru dengan dada mereka untuk melakukan rusuhan akan tetapi mereka tidak bersedia untuk bekerja yang menuntut kesabaran beberapa bulan atau bertahap dalam pergerakan yang tersusun”. Al-Maududi menggambarkan mereka dengan kata-katanya, “kegilaan yang menimpaku tidak ada kegilaan lain yang menyamainya”. Sejak berapa tahun aku menyampaikan fikiran-fikiranku kepada semua orang, setiap kali aku mendekati mereka aku melihat seolah-olah mereka menjauhiku dan jiwa mereka asing dari jawiku, telinga mereka menjadi asing dari bahasaku. Dunia ini seolah-olah dunia lain yang tidak bersahabat dengan sifat tabiat.


4. Karya
 Antara karya-karya beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris adalah :-
 Jihad in Islam
 Toward Understanding Islam
 Purdah and the Status of Woman in Islam
 The Islamic Law and Constitution
 Let us be a Muslim
 The Islamic Way of Life
 The Meaning of the Al-Quran
 A Short History of the Revivalist Movement in Islam
 Human Right in Islam
 The Question of Dress
 The Proses of Islamic Revolution
 Economic System of Islam

5. Cadangan

Saya ingin mencadangkan supaya anak muda pada zaman yang mencabar ini menjadikan Imam Abul A’la Al-Maududi sebagai rujukan dan idola. Ini kerana saya berpendapat bahawa semangat Imam Al-Maududi dalam setiap hal terutama dalam mempertahankan ISlam sangat tinggi. Justeru itu, layaklah jika beliau diambil menjadi tokoh dan rujukan masa kini.

6. Kesimpulan

Imam Abul A’la Al-Maududi merupakan seorang yang sangat sesuai untuk dijadikan idola kerana semangat yang ada dalam diri beliau sangat tinggi. Beliau juga mempamerkan pelbagi nilai yang sangat bagus untuk dijadikan teladan seperti keberanian dalam menentang penjajah, bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan, ikhlas dalam melaksanakan tugasan serta berani menegakkan kebenaran. Kita perlulah menghargai jasa dan budi beliau dalam menegakkan Islam. Beliau banyak memberi jasa kepada Islam. Kita juga haruslah sentiasa mengenang tokoh-tokoh yang telah bersusah payah demi Islam agar mereka tidak luput dari ingatan kita. Al-Maududi merupakan antara tokoh yang berpengalaman. Pengalaman memberikan beliau pengajaran yang berharga bahawa tidak ada jalan lain bagi mereka selain bekerja keras, berjuang demi sesuap nasi. Hidup ini selalu ada pilihan. Terpulang kepada kita bagi memilih mana satu yang terbaik untuk diri kita. Kita dikurniakan akal untuk berfikir. Kita dibentangkan ilmu bagi menilai. Langkah kita tidak tergelincir jikalau kita bijak memilih jalan.

7. Rujukan

Zebiri, Kate. Review of Maududi and the making of Islamic fundamentalism. Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London, Vol. 61, No. 1. (1998), pp. 167-168.
Martin, Richard C. (2004). Encyclopedia of Islam & the Muslim World. Granite Hill. p. 371.
https://en. wikipedia. org/wiki/Abul_A'la_Maududi
Aktualisasi hukum Islam: tekstual dan kontekstual. Akhmad Mujahidin. 2007 -pg 231.
Ma’rifah: jurnal kajian Islam -Issue 2 -page 68.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment