Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Sejarah Sains Dan Teknologi Pertanian Dalam Al-Quran

PENDAHULUAN

Dalam sejarah perjalanan Islam, sudah terlihat bahawa Islam pada zaman Rasulullah sudah menunjukkan peradaban yang maju dan berkembang dari semua sisi aspek kehidupan. Sektor-sektor yang berkembang pada peradaban Islam memiliki banyak kelebihan. Antara sektor yang yang mencapai kegemilangan ialah sektor pertanian. Sektor pertanian dianggap sebagai pencetus bagi perkembangan teknologi selanjutnya.

Kebelakangan ini, sektor pertanian sudah mula diabaikan oleh generasi kini.. Dalam Islam, kegiatan pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan. Imam An-Nawawi juga ada menyatakan dalam sahihnya bahawa pekerjaan yang baik dan afdhal adalah pertanian.

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam pernah ditanya tentang kerjaya yang paling mulia, maka baginda menjawab “kerja yang dilakukan oleh seseorang dengan tangannya dan jual beli yang mabrur, ” (Riwayat Ahmad : Sahih).

Antara kerja yang paling tinggi martabatnya ialah “pertanian”. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang maksudnya “Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji” (al-Baqarag 2:261)

Ayat ini menunjukkan bahawa pertanian merupakan kerjaya yang sangat tinggi martabatnya.

PENGERTIAN
Apakah yang dimaksudkan dengan pertanian ?Pertanian adalah suatu jenis produksi yang berlandaskan pada pertumbuhan tanaman, haiwan, dan ikan. Dalam erti luas, pertanian adalah pengelolaan tanaman, haiwan serta lingkungannya agar memberikan suatu produk. Dalam erti kata sempit, pertanian adalah pengelolaan tanaman dan lingkungannya yang memberikan suatu produk. Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.

Terdapat beberapa definisi pertanian maupun petani yang telah diungkapkan oleh beberapa orang tokoh terkenal.

Antaranya menurut AT. Mosher (1966), definisi Pertanian ialah “Suatu bentuk proses produksi yang sudah khas yang didasarkan pada proses pertumbuhan daripada hewan dan tumbuhan”.

Selain itu, menurut Sri Setyati Harjadi (1975) “pertanian adalah usaha untuk mencapai hasil yang maksimum dengan mengelola faktor tanaman dan lingkungan”.

Anwas (1992) pula menyatakan bahawa Pertanian adalah kegiatan manusia mengusahakan terus dengan maksud memperoleh hasil-hasil tanaman ataupun hasil hewan, tanpa mengakibatkan kerusakan alam.. beliau juga menyatakan bahawa petani adalah orang yang melakukan cocok tanam dari lahan pertaniannya atau memelihara ternak dengan tujuan untuk memperoleh kehidupan dari kegiatan itu.

 Menurut Slamet (2000), petani disebut petani ‘asli’ apabila memiliki tanah sendiri, bukan sekedar penggarap maupun penyewa.

 Dalam Wikipedia, pengertian pertanian dalam pengertian yang luas semua kegiatan yang melibatkan pemanfaatan makhluk hidup (termasuk tanaman, haiwan, dan mikroba) untuk kepentingan manusia.

HUKUM

Dalam Islam, terdapat beberapa hukum pertanian.

Antaranya, fardhu’ ain jika pertanian merupakan satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarganya.

Jika seseorang itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang (pertanian) walhal tiada orang lain yang memiliki kepakaran tersebut, maka suda jatuh wajib baginya untuk menceburi bidang tersebut untuk kepentingan awam.

Sekiranya terdapat ramai orang yang memiliki kepakaran dalm bidang tersebut dan mengusahakannya, menjadi fardhu kifayah bagi sesiapa yang melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua. Bidang ini menjadi fardhu kifayah kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat peribadi.

Kebanyakan ulama Islam berpendapat bahawa bidang pertanian adalah lebih afdal diusahakan atau diceburi berbanding bidang lain seperti perniagaan, perusahaan, atau perkilangan. Hal ini demikian kerana, manfaat yang didapati dari hasil pertanian adalah lebih meluas daripada bidang lain. Kepentimgannya tidak dapat dinafikan.

PENCIPTAAN ALAT RAGAM PERTANIAN
Alat pertanian dicipta oleh para insinyur muslim. Antara alat pertanian yang dicipta ialah bajak, garpu dan garu, sekop dan cangkul, sabit, pengerikan dan penampaian.

Bajak dibuat daripada besi dan ia berbentuk bergerigi. Bajak digunakan untuk menggemburkan tanah sebelum melakukan penanaman dan penaburan benih. Ia digunakan oleh petani sebelum menanam tebu. Kebiasaannya, tanah dibajak oleh petani mesir sebanyak enam kali sebelum menanam tebu. Ia dicipta oleh para insinyur Muslim. Mereka mampu membezakan teknik membajak tanah di berbagai jenis lahan. Kini, peradaban Islam sudah mampu menciptakan bajak cakram yang sesuai dengan jenis tanah.

Garpu ialah satu alat yang digerakkan oleh binatang. Ia berfungsi untuk memecahkan bongkahan tanah yang menutupi benih. Garpu digunakan setelah proses pembajakan tanah. Al-mijarr dan Al-mislafah merupakan balok bergigi untuk menggaru lahan. Al-Mijarr mempunyai dua lubang di ujung-ujungnya serta dua pasang tali pengikat. Terdapat satu lagi yang disebut Al-maliq yang diperbuat daripada papan kayu yang melebar dan ditarik oleh seekor lembu. Al-maliq digunakan untuk meratakan alur yang dibuat oleh mata bajak untuk menanam benih. Kedua jenis garpu itu masih digunakan di beberapa negara Islam di belahan dunia. Ia merupakan bukti begitu luasnya kontribusi teknologi pertanian zaman keemasan.

Alat yang diberi nama garu ini merupakan alat tangan yang terbuat dari kayu. Garu berfungsi untuk menyisir tanah dan menutupi benih. Salah satu jenis garu pada masa itu bernama al-musyt. Alat ini berupa batang menyilang dengan gigi-gigi dan sebuah kayu pegangan di bahagian tengahnya.

Sekop atau nama lainnya ialah al-misyat merupakan sejenis alat untuk menggali tanah. Alat ini digunakan untuk menggali lahan yang tidak memerlukan bajak, seperti lahan perkebunan sayur dan buah-buahan. Antara sekop lain ialah al-mijnah atau al-mijrafah. Penggunaannya ialah untuk mengangkat tanah hasil penggalian.

Cangkul digunakan untuk menggali tanah. Antara jenis cangkul ialah al-miza’ah.

Sabit atau nama lainnya ialah bilah merupakan alat untuk memanen. Alat ini memiliki berbagai jenis, seperti terdapat jenis yang bergigi dan terdapat juga yang jenis tidak bergigi tetapi ianya tajam. Selain itu, ada juga jenis sabit yang bengkok pada hujung pegangannya dan ada juga yang melengkung ke depan sepanjang arah sikatan.

Setelah memanen, proses seterusnya yang dilakukan para petani adalah pengerikan. Proses ini dilakukan di pinggir desa. Di tempat itu sudah terdapat butiran gandum yang disusun bertumpuk melingkar di ladang. Menurut al-Hassan dan Hill, terdapat tiga cara untuk mengerik. Salah satunya memanfaatkan haiwan peliharaan seperti lembu untuk menggilas tumpukan gandum tersebut.

Proses terakhir adalah penampian yang berfungsi untuk memisahkan dedak dengan butiran gandum.

MESIN AIR DAN IRIGASI
Pemanfaatan air dan angin sebagai sumber tenaga mampu menyokong pertanian umat Islam. Teknologi ini dapat meningkatkan perkembangan ilmu dalam dunia Islam.

Ilmuwan Muslim seperti al-Jazari memberikan sumbangan besar bagi perancangan mesin. Sedikitnya ada lima jenis mesin pengangkut air untuk memenuhi kebutuhan air di daerah-daerah kering di Arab, terutama untuk keperluan rumah tangga serta industri dan pertanian.

Sejak abad ketujuh lagi, orang-orang Islam mengenal noria yang berfungsi untuk mengangkat dan mengalirkan air ke lokasi yang memerlukan apabila permukaan air rendah atau surut. Teknologi pembuatan jembatan dan sistem irigasi tidak kalah pentingnya.

Teknik irigasi yang berkembang pada zaman Islam tidak lepas dari teknologi irigasi yang telah ada seperti pada masyarakat Mesir Kuno. Pada masa Islam, teknik irigasi khusus memanfaatkan air bawah tanah yang disebut qanat, iaitu terowong dan menghubungkan sumber air bawah tanah ke lokasi yang memerlukan air. Teknologi irigasi ini memberikan sumbangan yang sangat penting bagi dunia.

TOKOH
Islam sangat terkenal dengan bidang pertanian. Oleh itu, ramai tokoh pertanian di kalangan orang Islam yang dapat dikenalpasti.

Antaranya ialah Ibnu al-Awwam yang merupakan seorang cendekiawan dari Andalusia atau nama lainnya ialah sepanyol. Antara kitabnya yang terkenal ialah kitab al-Filaha yang merupakan buku tentang pertanian. Beliau menjelaskan langkah langkah bertani.

Seorang sejarawan, al-Hamdani menceritakan salah satu bentuk irigasi yang ada di Yaman disebut sebagai al-Samman. Ia merupakan sumber air yang terkenal dan sangat dalam (mencecah tiga meter).

Selain itu, Ibn al-Baitar atau nama penuhnya Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi adalah salah seorang saintis terulung Muslim Sepanyol. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. Perkara pertama yang dilakukannya ialah mengumpul tumbuh-tumbuhan dari seluruh Sepanyol. Sumbangan utamanya ialah kitab Al jami fi Al-Adawiyah al mufrada sebuah komplikasi botani yang hebat mengenai tumbuh tumbuhan perubatan.

Nama sebenar al-Jahiz ialah Abu Osman Amru b. Bahr. Beliau digelar sebagai al-Jahiz kerana matanya yang besar. Beliau dilahirkan, dibesarkan dan meninggal di Basrah, Iraq. Beliau menghasilkan 350 buah buku dalam pelbagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan, dan geografi. Buku yang terkenal ialah Al-Zar’u wa al narkl dan Al Ma’adin al yang menerangkan tentang tumbuhan serta menyentuh masalah tanah dan serangga.

Berikutnya, al-Riyasa yang merupakan seorang doktor dari mesir. Beliau juga ialah doktor peribadi kepada Salahuddin al-Ayubi. Beliau menulis mengenai ilmu rubab dan penggunaannya.

Seterusnya, al-Ghafiqi berasal daro Cordova. Beliau Berjaya mengelaskan beberapa jenis tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika. Beliau memberi nama tumbuhan-tumbuhan tersebut dalam bahasa Arab, Latin, dan Barbar. Sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah buku jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain. Karya beliau iaitu “al-Adwiah al-Mufradhah yang menceritakan mengenai herba perubatan menjadi rujukan para pakar yang lain.

Di samping itu, al-Nabati menjalankan penyelidikan meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah. Beliau menghasilkan al-Rihlah yang menerangkan tentang tumbuh-tumbuhan yang dijumpainya.

Selain mereka, terdapat seorang lagi tokoh terulung dunia, iaitu ad-Dinawari. Nama sebenarnya ialah Abu Hanifah Ahmad ibnu Dawud Dinawari. Ad-Dinawari ini sememangnya telah menunjukkan minatnya yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan sejak kecil. Ilmuan yang sememangnya diketahui serba boleh itu berasal daripada parsi. Beliau menguasai pelbagai ilmu seperti astronomi, metalurgi, geografi, matematik, dan sejarah.. Beliau merupakan seorang jurutera Islam yang menjadi perancang di sebalik kejayaan pertanian atau botani. Beliau layak dipanggil sebagai “bapa botani”. Ad-diwani menjelaskan sebanyak lebih kurang 637 jenis tanaman di dalam bukunya. Beliau membahas tentang evolusi tanaman mulai dari kemunculan hingga kematian. Di samping itu, beliau mengupas fasa pertumbuhan tanaman, penghasilan bunga dan juga buah. Antara karyanya mengenai tanaman ialah al-Nabat.

KEPENTINGAN

Kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia dan keperluannya begitu ketara sejak zaman dahulu lagi. Sektor pertanian sentiasa diberikan penekanan oleh ahli agronomi dalam kajian dan tulisan mereka. pertanian ini merupakan di antara cara yang mudah untuk mendapat ganjaran daripada AllahSubhanahu wa Ta‘ala di samping mendapat manfaat atau pendapatan yang halal daripada hasil jualan keluaran pertanian. Hasil industri ini turur menyumbang kepada hasil makanan negara selain merupakan sumber pendapatan para petani yang juga umat Islam.

Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya. Bidang pertanian juga membawa petani kepada sifat tawakkal kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam jugak ada menjelaskan kepentingan pertanian dalam sabdanyayang bermaksud :

“Andainya kiamat tiba dan pada seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamnya”. (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Hadith ini menceritakan kepentingan bidang pertanian sehinggakan kita digalakkan bercucuk tanam oleh Rasulullah saw walaupun dunia hamper kiamat. Bidang yang merupaka penyumbang utama dalam kehidupan manusia tidak boleh diabaikan.

Pelaksanaan bidang ini juga merupakan satu ibadah. Ia adalah salah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala . Selain mendapat pendapatan yang halal, mereka yang menceburi bidang ini juga turut mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Hal ini demikian kerana Allah telah menjanjikan ganjaran pahala ke atas setiap satu tanaman yang ditanam justeru golongan ini makin dekat dengan Allah Subhanahu wa ta’ala .

KESANPENGABAIAN SEKTOR PERTANIAN

Pelbagai pihak sesungguhnya sudah sangat peka bahawa pengabaian terhadap pertanian bererti paling tidak pengabaian terhadap pembangunan para petani yang kebanyakannya bumiputera.

“Pertanian merupakan industry tertua sekali yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini. Ia merupakan industry terpenting kerana ia berkaitan dengan penghasilan bahan makana yang diperlukan oleh manusia”. Hal itu dinyatakan oleh Ibn Khaldun.

Oleh itu, pengabaian bidang ini boleh membawa malapetaka yang besar kepada agama, bangsa serta Negara. Hal ini demikian kerana, sistem penjajahan hari ini mula menjadikan makanan sebagai senjata hebat untuk menumpaskan musuh-musuh mereka. Oleh itu, sudah ternyata bahawa pertanian merupakan satu keperluan wajib dilakukan bagi memelihara al-Din (agama), al-Nafs (nyawa), al-Mal (harta benda), al-Nasl (keturunan), dan al ‘Ird (maruah).

Sehingga hari ini, penghasilan makanan masih tidak mencukupi walhal jumlah penduduk kian meningkat. Hal ini dinyatakan oleh Robert Thomas Malthus dalam teori penduduknya.

WFO (World’s Food and Agricultur Organisation) anggarkan 1/5 tidak mendapat makanan yang cukup. Ini kerana mereka tidak mempunyai sumber tanah yang subur dan tidak ada pendapatan yang boleh hasilkan bahan makanan. Oleh itu, masyarakat juga menjadi miskin, kemunduran, dan merebaknya pelbagai penyakit yang boleh mengakibatkan kematian.

Pengabaian terhadap pertanian juga bererti pergantungan kepada impot makanan dan mendedahkan sosio-ekonomi dan politik negara kepada ketidak-stabilan. Pendeknya, tanpa pertanian sendiri bererti tanpa jaminan terhadap penawaran makanan. Tanpa jaminan terhadap penawaran makanan bererti terdedahnya rakyat kepada penyakit dan kelaparan. Penyakit dan kelaparan bukan sahaja boleh menimbulkan ketidakstabilan sosial dan ekonomi, malah ia boleh menggugat kestabilan politik dan pemerintahan keseluruhannya.

KESIMPULAN

Peradaban yang ada pada zaman keemasan Islam seharusnya dijadikan contoh pada zaman ini. Pada zaman Islam, sektor pertanian termasuk yang paling maju dan berkembang dalam segi teknologi dan ilmu pengetahuannya. Zaman keemasan Islam telah menunjukkan perkembangan sektor pertanian dalam ilmu pengetahuannya yang pesat dan maju.

Menurut penjelasan Ibnu Khaldun dalam membangun sebuah peradaban, umat muslim perlu menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi. Kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia dan keperluannya begitu kentara sejak zaman terawal lagi. Sejak sekian lama sektor pertanian senantiasa diberikan penekanan oleh ahli agronomi dalam kajian dan tulisan mereka. Dalam Islam, kegiatan pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan.

Dalam ilmu ini, ramai para ilmuan telah mencipta dan menemui pelbagai penemuan yang diperlukan terutamanya pada zaman ini yang kebanyakannya lebih menjerumus ke dunia digital.

Ilmu pertanian adalah salah satu cabang perubatan di mana melaluinya kita dapat mengkaji sifat sifat tumbuhan (tumbuhan diperlukan dalam dunia perubatan).

Melakukan usaha pertanian ini dapat membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya. Petani walaupun perlu bekerja keras dan menggunakan segala kepakaran untuk menjayakan usaha pertaniannya, yang memberikan hasil adalah Allah.

Sabda Nabi bererti: "Carilah rezeki dari khazanah bumi. " (Hadis riwayat at-Tabrani). Mengusahakan hasil bumi dengan bertani dan tanah terbiar adalah antara cara mendapatkan punca pendapatan halal.

Perbincangan di atas jelas menggambarkan bahawa Islam memberi perhatian kepada sektor pertanian. Islam juga sangat menggalakkan, malah ingin memastikan kegiatan pertanian dari mula projek hingga proses pemasaran dan jualan dilaksanakan mengikut garis panduan yang jelas dan adil. Hal itu dapat mengelakkan perbalahan. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh mengabaikan sektor pertanian. Akan tetapi, kita juga tidak boleh mengabaikan sektor lain. Apa yang dimaksudkan ialah, usahakan lah pertanian agar mendapat kebaikan untuk diri sendri, keluarga, masyarakat serta Negara.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment