Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Sejarah Sains Dan Teknologi Penternakan Berdasarkan Al Quran

PENDAHULUAN
DEFINISI BERKAITAN PENTERNAKAN

Penternakan ialah satu kegiatan pertanian membiak haiwan-haiwan ternakan. Ia telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu apabila anjing, kambing dan biri-biri berjaya dijinakkan. Pada zaman dahulu, oleh kerana manusia mula tinggal menetap di satu-satu tempat, kegunaan haiwan ternakan itu diperluaskan kepada kulit dan bulunya, berbanding zaman sebelumnya yang tertumpu hanya kepada daging untuk makanan. Setelah itu, manusia mula memternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya selain digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam. Seterusnya kegiatan ini diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dan mempunyai tujuan yang berbeza-beza

 Penternakan juga telah menjadi pekerjaan yang utama dalam negara kita terutama di kawasan pedalaman. Hal ini kerana, penternakan dapat menyumbang keuntungan yang besar terutama bagi menjana ekonomi negara. Selain itu, sifat penduduk pedalaman yang rajin berusaha merupakan faktor utama bagi perkembangan industri perternakan. Hal ini kerana, menternak bukan sesuatu yang mudah untuk dijalankan, malah ianya memerlukan usaha yang tinggi bagi memperoleh hasil yang betul-betul mantap.

 Oleh itu, amatlah rugi bagi sesuatu kaum itu jika tidak mengambil peluang dalam menjayakan industri penternakan ini kerana di dalam Al Quran telah pun tercatat bahawa pentingnya haiwan ternakan kepada kita. Jadi, kita yang mengaku beriman kepada Al Quran, amatlah wajar mengambil iktibar dan pengajaran daripada intipati ayat Al Quran untuk kejayaan dunia mahupun akhirat.
  
SEJARAH PENTERNAKAN

 Pekerjaan menggembala atau penternakan merupakan perkerjaan yang umum dilakukan para nabi dan rasul, seperti Nabi Musa, Nabi Daud, dan Nabi Muhammad s.a.w.
Menurut catatan sejarah, di masa kecil Nabi Muhammad s.a.w pernah menggembala kambing biri-biri di Mekah. Beliau mengatakan, “ semua sahabat bertanya, “ Bagaimana dengan Anda ya Rasullulah?” Beliau menjawab, “ Tidaklah Allah mengutus seorang nabi kecuali telah menggembala kambing.”. Lalu para sahabat bertanya lagi: Demikian juga engkau?” Beliau menjawab: “Ya, aku dahulu menggembala kambing milik seorang penduduk Mekah dengan imbalan beberapa qiraath.” (HR. Bukhori dan Muslim) (satu qiraath sama dengan satuperduapuluh dinar.)

Sudah banyak manusia di zaman terdahulu yang menjadi penternak haiwan yang apabila sudah hidup menetap. Mereka mengaut hasil daripada haiwan ternakan tersebut sama ada dari segi makanan iaitu hasil daging, sumber minuman iaitu susu, sumber penggangkutan iaitu kuda yang dijadikan kenderaan atau pengangkut barang, sumber pakaian iaitu kulit haiwan ternakan yang boleh dijadikan sumber haba.

Oleh demikian itu, kegiatan penternakan ini sudah lama wujud di atas muka bumi ini. Penternakan tidak asing lagi pada zaman sekarang yang moden ini malah pada zaman kini kegiatan penternakan lebih giat dijalankan dengan kemajuan teknologi alatan canggih. Pada masa yang sama, kita dapat mencontohi para nabi dengan mengamalkan apa yang mereka lakukan.

DEFINISI HAIWAN TERNAKAN

Haiwan ternakan ialah haiwan yang manusia pelihara untuk mendapatkan faedah daripadanya. Biasanya penternakan merujuk kepada pemeliharaan lembu, kambing dan kerbau untuk mendapatkan hasil susu, daging, kulit dan membantu manusia membuat kerja di ladang dan di sawah. Menternak ayam, angsa dan itik untuk mendapatkan hasil telur dan daging haiwan tersebut.

 Manakala, menternak haiwan kuda dan keldai biasanya dijadikan sebagai tunggangan dan untuk membawa barangan atau dijadikan pengangkutan. Hal ini boleh dikaitkan dengan ayat Al Quran dalam Surah Al An’am ayat 142 yang bermaksud: “...binatang ternak ini ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih.” (surah Al An’am: 142)

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman: “...Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.” (Surah Yasin: 72) 

Haiwan ternakan yang lain yang memberi faedah kepada manusia boleh dianggap sebagai haiwan ternakan seperti gajah untuk mengangkat kayu balak, beruk/kera untuk memungut kelapa, lebah untuk hasil madu dan ikan di dalam akuakultur air masin dan air tawar.Haiwan liar yang telah dijinakkan, dipelihara dan dilatih oleh manusia untuk memburu boleh juga dianggap sebagai haiwan ternakan, seperti anjing atau jenis jenis burung helang. Firman Allah s.w.t yang berfirman dalam surah Al-Maeda ayat 4

“...binatang buas yang kamu telah ajar dengan melatihnya untuk memburu.”
(surah Al Maeda: 4)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR:

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman: “...Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.” (Surah Yasin: 72)

Dan kami menjadikannya (binatang-binatang) bagi mereka sebagai kenderaan yang tiada halangan bagi mereka mencapai tujuan mereka sehinggalah ianya boleh disembelih. Dengannya, mereka tunggangi ketika bermusafir dan membawa muatan. Daripadanya juga kita boleh memakan dagingnya dan bagi mereka pada binatang itu ada manfaat yang lain selain menunggang dan memakan dagingnya seperti mengambik faedahnya dari bulu-bulunya sebagai pekakas dan sebagai benda yang boleh digunakan sesuatu ketika. Dan binatang itu bagi mereka adalah punca minuman seperti susunya. Apakah mereka masih tidak mensyukuri kepada tuhan yang menciptakanya dan yang mengadakan nikmat-nikmat itu kepada mereka dengan cara beribadat kepadaNya dan taat akan perintahNya. 

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman: “...binatang ternak ini ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih.” (surah Al An’am: 142)

Sebagaimana kebun-kebun dan ladang-ladang menghasilkan buah-buahan pelbagai ragam, yang dijunjungkan dan yang bukan dijunjungkan, demikian juga ternak yang terdiri daripada kambing, biri-biri, unta, dan lembu. Semuanya adalah pemberian dan kurniaan Allah Subhanahu wa ta’ala , tidak bercampur dengan yang lain. Jika kaum musyrikin mengadakan kebun dan ladang larangan dan ternak larangan, yang disediakan buat menghormati berhala, mengapa mereka berbuat begitu, padahal ternak tu, baik yang disediakan untuk pengangkutan atau yang disembelih, semata-mata pemberian Allah, bukan pemberian berhala. Maka berfirmanlah Allah Subhanahu wa ta’ala selanjutnya: “ Makanlah dari apa yang dikurniakan kepada kamu oleh Allah.”.

JENIS JENIS HAIWAN TERNAKAN

1. Lembu, kambing dan kerbau

Lembu kambing dan kerbau ialah antara haiwan ternakan yang terpenting kerana membekalkan susu dan daging berserta kulit, bulu dan tulang untuk keperluan manusia. Haiwan ini dinamakan ruminan di bawah suborder ruminantia, iaitu haiwan mamalia yang mengunyah rumput beberapa kali sebelum ditelan dan dicernakan. Di samping lembu, kambing biri-biri dan kerbau ruminantia, haiwan seperti unta, rusa juga termasuk dalam golongan ini.

 Dari segi penternakan, lembu boleh dibahagi kepada dua kategori, iaitu lembu dagin dan lembu susu. Kedua-dua lembu ini dipelihara secara berasingan kerana bekalan makanan yang berbeza. Susu dihasilkan oleh haiwan mamalia sahaja. Kebanyakan susu untuk kita datangnya daripada susu betina. Susu lembu ialah 3.5% lemak, 5% laktos, 3.5% protein, o.7% mineral dengan vitamin A, B, C, D, E, K dan niasin, dengan lebih daripada 87% air.

2. Ayam, Itik, dan Angsa

Ayam adalah haiwan domestik yang sudah lama dipelihara di kampung kita dan barangkali telah dijinakkan daripada ayam hutan, kerana sememangnya ada banyak ayam liar. Ayam membekalkan telur dan juga daging. Ada ayam yang diklonkan untuk menghasilkan telur sahaja atau daging sahaja. Ayam juga boleh bertelur sepanjang tahun tidak kira musim. Ayam makan pelbagai jenis makanan terutamanya bijirin (padi, beras, pelet makanan khas).

 Itik dan angsa adalah dua jenis burung air yang diternak untuk mendapatkan hasil telur dan dagingnya juga. Ada yang hidup di dalam air tawar dan ada hidup di tepi laut. Kaki itik pendek dan berselaput untuk berenang dan paruhnya leper untuk menyudu makanan dari dalam air dan lumpur. Itik bertelur antara 5 hingga 12 biji telur di atas sarangnya dan mengeram telurnya. Anaknya menetas hanya sebulan selepasnya.

3. Unta di Gurun

Unta (Camelus spp) terbahagi kepada dua jenis, iaitu Unta Arab (Camelus dromedarius) dengan satu bonggol dan unta Asia atau India (Camelus bactranius) yang ada dua bonggol di belakangnya. Bonggol ini mengandungi banyak lemak yang boleh diuraikan menjadi makanan dan air semasa unta tiada sumber makanan dan minuman semasa di gurun padang pasir. Unta tidak banyak berpeluh dan suhu bandanya boleh naik melebihi 6°C daripada normal.
 Unta digunakan oleh kabilah Arab yang mengembara di gurun yang kering kontang beberapa minggu lamanya tanpa unta tersebut meminum air. Unta boleh meminum air sebanyak 200 liter sehari. Sejak zaman purba, unta telah dipelihara oleh orang Arab sebagai haiwan ternakan untun kenderaan dan juga sumber susu, daging, kulitnya.

4. Ikan dan Haiwan Akuatik

Penternakan ikan dan hidupan akuatik yang lain seperti kerang, udang, tiram dinamakan akuakultur. Ini juga termasuk kultur alga yang berguna. Akuakultur ini telah dimulakan beberapa ribu tahun di China. Dalam lukisan timbul di Mesir purba kira-kira 2000 SM dahulu, sudah ada kolam untuk membela ikan talapia. Akuakultur juga termasuk udang, kerang, kepah dan tiram (untuk mutiara) dia dalam air laut.

FAKTOR FAKTOR PENTERNAKAN

Terdapat banyak faktor yang menpengaruhi kegiatan perternakan. Antaranya, permintaan dan mempunyai pasaran yang tinggi. Hasil ternakan menjadi permintaan yang tinggi di seluruh dunia kerana banyak sumber makanan iaitu daging dijadikan sebagai makanan yang umum contohnya, steak daging, daging burger. Selain itu, hasil ternakan ini juga dikenakan harga yang tinggi apabila terlibat dalam jual beli. Hal ini telah mendorong untuk manusia untuk menternak haiwan ternakan agar dapat mengaut keuntungan daripadanya.

Di samping itu, kegiatan penternakan juga di pengaruhi oleh bentuk muka bumi dan iklim sesuatu tempat tersebut. Tempat yang strategik mendorong untuk menjalankan kegiatan penternakan kerana sesuai untuk habitat haiwan ternakan tersebut untuk hidup dan boleh membesar dan dapat mengaut hasil daripadanya. Contohnya, lembu tenusu yang berasal dari New Zealand yang beriklim sejuk dapat menghasilkan susu yang banyak kerana sesuai dengan habitatnya.

Seterusnya, perkembangan teknologi dan penyelidikan yang moden dijalankan para saintis merupakan faktor berlakunya kegiatan penternakan. Pencampuran baka untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak dan sihat oleh para saintis dijalankan oleh para penternak untuk mangaut keuntungan yang lagi banyak. Alat-alat yang memproses bahan ternakan jugak banyak diperkenalkan supaya senang memproses bahan mentah dan menghasilkan hasil yang banyak dan senang untuk dijual di pasaran. Kemudahan asas dan infrastruktur yang maju zaman sekarang di mana banyak pembinaan kilang-kilang yang memproses bahan mentah dari hasil ternakan dapat menarik minat pelabur pelabur dan para penternak untuk melakukan kegiatan penternakan.


KESAN-KESAN PENTERNAKAN

Banyak kesan kesan yang dihasilkan oleh aktiviti penternakan. Antaranya, sumber makanan akan menjadi banyak dan cukup untuk manusia untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Ibadah ibadah juga dapat dilakukan dengan mudah kerana adanya sumber ternakan tersebut contohnya ibadah korban dan penyembelihan. Tambahan pula, penternakan dapat menyumbang kepada sumber perubatan, contohnya penghasilan madu lebah boleh dijadikan penawar kepada banyak penyakit. Kegiatan penternakan membantu meningkatkan sumber pendapatan seseorang dengan berlakunya jual beli. Kegiatan penternakan juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan yang boleh di ambil dan menjadikan itu satu karier bagi menampung kehidupan.

Selain itu, dari segi ekonomi, kegiatan ternakan ini juga dapat memajukan dan meningkatkan sumber ekonomi sesebuah negara dengan berlakunya kegiatan eksport haiwan ternakan kepada negara lain dan import haiwan ternakan dari seluruh dunia. Hal ini juga dapat mengukuhkan lagi ikatan hubungan terjalin antara negara negara yang menjalankan aktiviti ini. Penternakan juga menyebabkan kadar pelancongan meningkat kerana orang luar datang untuk melihat aktiviti penternakan itu sendiri. Hal ini dapat menyumbangkan dan meningkatkan sumber ekonomi negara. Ini boleh dikaikan dengan pepatah Arab: “ Negeri yang kaya ternak, tidak pernah miskin, Negeri yang miskin ternak, tidak pernah kaya”.

RUMUSAN
Kesimpulannya, Allah mencipta haiwan dengan pelbagai kegunaan kepada manusia di muka bumi ini sama ada dijadikan sumber makanan, sumber minuman, sumber pengangkutan, sumber ekonomi, sumber pakaian dan banyak lagi. Manusia haruslah mengunakan nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa ta’ala dengan baik dan tidak menggunakannya kepada perkara mungkar. Manusia juga hendaklah bersyukur dengan nikmat yang diberikan agar tidak dimurkai oleh Allah dan tidak memupuk sikap amalan syaitan dalam diri.

RUJUKAN
1. Ali, H. A. (2005). Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam Al Quran. Kuala Lumpur: Emedia Publication.
2. Amirullah, P. D. (1982). Tafsir Al Azhar. Surabaya: Yayasan Latimojong.
3. Ismail, A. A. (2008). Beberapa Aspek Sains dan Teknologi dalam Islam. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd.
4. Mulkan, H. J. (2001). Al Quran dan Sains. Kedah: Pustaka Darussalam Sdn Bhd.
5. Ust. Mohammad Zainal Abidin Al Hafidz, U. M. (2007). Al Quran dan Terjemahan. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment