Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Tamadun Islam Ialah Tamadun Yang Bersifat Kamil ( Sempurna)

PENGENALAN
Perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari segi perpekstif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi.Dalam erti kata lain ada yang menjelaskan bahawa perkatan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa arab yang merupakan kata kerja dan membawa maksud perbuatan membuka bandara atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana yang diterbitkan perkataan maddani yang merujuk sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan pembandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.Kedua-dua perkataan maddana dan maddani sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan deen yang bermaksud agama iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang dibina atas dasar takwa dankeredhaan (Allah Subhanahu wa ta’ala. dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah sehinggawujudnya sebuah masyarakat yang hidup dengan aman dan harmoni

Perkataan lain pula bahasa arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun ialah hadarah yang berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di Bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Hadarah juga bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah daerah atau bahagian ibu kota dan Bandar.Manakala tamadun dari sudut pandangan Barat lebih mementingkan pencapaian lahiriah seperti aspek penulisan undang undang, kesenian dan pembandaran.

Sebenarnya, sukar untuk menentu takrif yang tepat tentang tamadun sama ada dari segi perspektif Barat ataupun Islam.Ia berpunca dari kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan konsep tamadun.Ini adalah kerana pada pandangan Islam, tamadun dihuraikan sebagai madaniyyah, umran dan hadarah.Manakala pada pandangan Barat, mereka menghuraikan tamadun sebagai civilization yang berasal daripada perkataan Greek, Bandar.

Ahli sarjana Islam seperti Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa tamadun ialah sekumpulan manusia yangh mendiami sebudang tanah yang mempunya perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam pelbagai budang.Al syirazi pula menjelaskan tamadun sebagai perbincangan tentang sesuatu kekuasaan kehebatan kemakmuran, kemajuan sesuatu bangsa atau kaum, pemerintahan yang berilmu, beradab, kemajuan industry dan juga pembangunan ekonomi.

Umar audah al-khatib pula menjelaskan tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

Muhammad Al-bahiy pula menjelaskan tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nila keperibadian manusia dalam bentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusateraan, dan lain lain.

Jurji Zaidan, Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termask bandar-bandar Islamserta terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu terdapat pencapaian yangmerangkumi bidang sains& ilmu pengetahuan& seni bina dan seni mu'ik sertanyanyian

Manakala pandangan ahli sarjana Barat seperti Darcy Riberio, beliau mentakrifkan tamadun mempunyai kaitan rapat sekali dengan pembandaran.
Clive Bell pula menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat.
Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat dan menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun.Karl wifogel telah mendefiniskan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan dari sesuatu Negara.
Menurut Arnold Toynbee pula, tamadun merupakan system masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi, politik, pengetahuan dan seni.
Will Durat pula mentakrifkan tamadun adalah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, system politik, tradisi moral dan kesenian.
Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh berbanding sarjana barat.Ini kerana sarjana Barat kurang menekan unsur keagaman sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun.Sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun.
Bagaimanapun, konsep tamadun yang sering difahami oleh masyarakat harini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata mata. Konsep tamadun sepatutnya dilihat bukan sahaja dari kemajuan dan kemudaha yang sempurna, malahan perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi juga perlu dititikberatkan.

Tamadun juga merupakan mekanisme yang sesuai bagi mengukur tahap kemajuan sesuatu kaum atau bangsa dari zaman ke zaman.Istilah tamadun ini merupakan istilah peradaban atau kemajuan material dan kemajuan sosio-budaya.Kemajuan yang dimaksudkan ini adalah meliputi segala aspek pembangunan yang dicapai oleh sesuatu kaum atau bangsa dalam segala bidang aspek kehidupan harian.

Tetapi, tamadun yang terbaik bagi setiap individu muslim adalah tamadun yang berteraskan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam kerana ia mencakupi atau merangkumi seluruh aspek kehidupan mahupun di dunia ataupun di akhirat kelak.Tamadun yang berteraskan kepada sunnah Baginda Rasulullah bermaksud sebuah tamadun yang wujud pada zaman Rasulullah dengan mengamalkan gaya dan cara hidup yang Islamik yang hanya berpandukan Al quran dan hadis.

KONSEP TAMADUN ISLAM
Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan penerokaan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik (termasuklah dalam bidang senibina dan lain-lain kemahiran), halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tatasusila, adab, tingkahlaku dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa.

Tamadun mempunyai pengertian lebih luas daripada politik, ekonomi dan teknologi. Ianya merangkumi pencapaian sesuatu bangsa dalam bidang kehidupan termasuklah seni dan nilai estetika seperti senibina, seni lukis, kesusateraan dan sebagainya adalah sebahagian daripada komponen tamadun

SUMBER SUMBER TAMADUN ISLAM.
Al Quran
Sejarah: al Quran telah mejelaskan tentang tamadun yang lalu seperti ‘Ad, Thamud, Fir’aun dan kemajuan Saba’

Seimbang: al Quran mengajar manusia supaya hidup bertamadun yang seimbang antara kemajuan kebendaan dan kerohanian.

Sosial: al Quran membimbing tamadun hidup manusia dengan berpandukan kepada hukum yang telah ditetapkan supaya kehidupan mereka sentiasa terjamin dari sudut agama, nyawa, harta, maruah dan keturunan.

Politik: al Quran telah membimbing tamadun manusia dari sudut politik dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh seorang ketua negara kemudian diikuti pula dengan khulafa al Rasyidin seterusnya hingga kini. Setiap pemimpin yang bertamadun sentiasa mengikut garis panduan kepimpinan negara seperti yang terdapat dalam al Quran.

Ekonomi: al Quran telah mentamadunkan ekonomi manusia dengan berbagai-bagai peraturan antaranya larangan riba, rasuah, penipuan dalam timbangan dan larangan mencuri. Islam menghalalkan jual beli, bercucuk tanam, menternak dan sebagainya.

Al Hadith
Dari sudut bahasa Hadith ertinya percakaan. Sunnah ertinya cara hidup. Dari sudut istilah hadith atau sunnah ertinya segala yang keluar dari Rasulullah s.a.w. sama ada percakapan, perbuatan atau pengakuan terhadap para sahabat baginda.

Rasulullah s.a.w. sebagai model yang baik dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan, ketenteraan dan sebagainya.Berdasarkan wahyu ilahi baginda telah menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perkataan, perbuatan dan tingkah laku baginda s.a.w.

Dalam bidang Politik Islam baginda Rasul s.a.w telah memperlihatkan kepada sahabat tentang politik yang bertamadun.Dalam politik Rasul s.a.w. tidak ada unsur penindasan, kezaliman, penganayaan dan sebagainya.Sebaliknya baginda telah menunjukkan sikap yang adil, pemurah, penyayang, belas kasihan, lemah lembut, tolak ansur, berjiwa rakyat, tiada kasta dan sebagainya.

Dalam bidang Ekonomi Islam pula Rasul s.a.w. telah menunjukkan contoh teladan yang amat baik dalam ekonomi.Baginda sering pergi ke pasar dan sentiasa menasihati peniaga-peniaga supaya tidak menipu dan riba dalam perniagaan.Rasul s.a.w. pernah pergi ke ladang kurma untuk memberi bimbingan dan nasihat tentang kewajipan mengeluarkan zakat, sedekah dan sebagainya. Selain dari itu Rasul s.a.w. telah memperkenalkan sistem baru dalam ekonomi seperti sistem zakat, sedekah, wakaf, faraidh, baitulmal, ghanimah, fai', kharaj dan sebagainya.

Dari segi sosial pula Rasul s.a.w. telah menjelaskan tentang tamadun dalam hubungan sosial.Baginda s.a.w. adalah sebagai contoh yang terbaik dalam keluarga dan tetanga.Hingga baginda mengatakan bahawa tidak beriman seseorang kamu hingga kamu menghormati jiran tetanga.Rasul s.a.w. juga menggalakkan supaya ada hubungan silaturrahim sesama masyarakat Islam.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM
Secara umumya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk memartabatkan Islam sebagai Ad-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif.Tamadun Islam daripada segi matlamatnya ialah kita menerangkan Islam itu sendiri kerana Islam yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala melalui Rasul-Nya Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam itu merupakan rangkuman daripada tamadun manusia yang dikeali nama Tamadun Islam.

Ini membawa erti bahawa Tamadun Islam merupakan hasil yang telah dicetuskan sendiri oleh agama Islam berdasarkan ciri-ciri yang telah dicetuskan sendiri oleh agama Islam berdasarkan ciri-ciri yang telah digariskan oleh Allah melalui Rasul-Nya.Oleh itu, matlamat kelahiran Tamadun Islam dapat disimpulkan seperti yang berikut :
- Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayan yang betul, iaitu percaya kepada kekuasaan hanya tertumpu kepada Allah semata-mata.
- Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistem rapi sesuai untuk setiap tempat dan masa.
- Melahirkan manusia yang dapat bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Melahirkan manusia yang kenal diri dan tahu kemana arah tujuan hidupnya.
Manakala matlamat khusus tamadun Islam pula adalah untuk menjalinkan hubungan berikut:
1) HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH Subhanahu wa ta’ala 
 (HABLUMMINALLAH)
Manusia dapat mengenal Allah s.w.t melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengan Nya melalui rukun Islam yang lima. Keimanan mempunyai unsur kekuatan yang mencukupi untuk membangun individu dan masyarakat supaya menjadi umat yang berjiwa besar.
Lihatlah masyarakat Arab Jahiliah yang dahulunya buta huruf dan hidup dalam keadaan mundur tiba-tiba muncul sebagai satu bangsa penakluk, pemerintah dan tamadun yang agung setelah mereka beriman.
Pelaksanaan rukun Islam yang lima mempengaruhi diri individu muslim untuk mengiktiraf secara sukarela tentang kewujudan dan keesaan Allah s.w.t itu sendiri. Keupayaan seseorang melaksanakan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan berjaya membentuk peribadi muslim yang warak dan tawaduk.

Oleh itu, perhubungan dengan Allah s.w.t adalah yang paling unggul, bahagia dan suci murni. Di samping itu, hubungan dengan Allah ada implikasinya tersendiri:
• Pengiktirafan terhadap pencipta
• Pengiktirafan terhadap keagungan pemerintahan-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya
• Pengiktirafan terhadap nikmat-nikmat Allah
• Menyedari dan mengharapkan rahmat Allah
• Penumpuan kepada Allah melalui permohonan dan doa
• Cinta dan rindukan Allah sebagai matlamat

2) HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA
 (HABLUMMINANNAS)
Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t daripada asal keturunan yang satu iaitu daripada Adam a.s. bersama pasangan hidupnya Siti Hawa. Maka daripada kedua-duanya lahir manusia dan terus membiak memenuhi alam sehingga hari ini. Tiap-tiap manusia wajib menganggap manusia yang lain tidak kira bangsa, tempat dan warna kulit adalah mempunyai hak yang sama daripada segi kemanusiaan dan kebebasan. Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dan seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujarat : 13)

Hubungan dan tatacara pergaulan dengan sesama manusia hendaklah berasaskan persaudaraan seagama, berbeza agama dan kemanusiaan secara amnya. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat diwujudkan dengan adanya kerjasama, tolong-menolong dan perpaduan dengan cara penyelarasan undang-undang yang menentukan hak setiap masyarakat tidak dicerobohi. Kepentingan orang ramai hendaklah diutamakan daripada kepentingan diri sendiri.

3) HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM

Allah s.w.t menciptakan seluruh alam ini untuk keperluan manusia.Alam yang penuh dengan hidup-hidupan, tumbuh-tumbuhan, udara yang nyaman, air yang bersih, cahaya yang menyegarkan serta dijadikan siang dan malam silih berganti adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Hal ini bukanlah bererti manusia bebas menggunakan nikmat ini dengan sesuka hatinya, sebaliknya ia adalah satu amanah untuk ditadbir secara terancang ke arah mengabdikan diri kepada Allah untuk mencari keredhaan-Nya. Di tangan manusia terletaknya kemakmuran alam dan segala penghuninya. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi ini untuk kamu semua.” (Al-Baqarah : 29)

DASAR TAMADUN ISLAM.
Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah Subhanahu wa ta’ala kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuklah lain-lain makhluk ciptaan-Nya.Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara keselamatan agama, memelihara nyawa atau jiwa, memelihara keselamatan akal, memelihara maruah atau keturunan, memelihara harta benda dan memelihara hak dan kebebasan.

Memelihara Keselamatan Agama
Salah satu daripada fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam roh dan alam ketuhanan.Sejak kelahiran Adam a.s hingga hari ini, beribu agama kalau tidak berjuta telah menjelma di dunia ini. Sama ada agama yang hak iaitu wahyu daripada Allah Subhanahu wa ta’ala yang berakhir dengan Islam atau agama yang batil iaitu ciptaan manusia yang menyembah sesuatu yang lain daripada-Nya.

Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu yang sentiasa hendak beragama, maka Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberikan kebebasan beragama.Soal penganutan agama-agama adalah menjadi hak asasi manusia. Antara satu sama lain tidak boleh memaksa atau menggunakan kekerasan untuk mempercayai apa yang dianutinya. Satu ungkapan pendek tetapi penuh bererti telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam al-Quran, terjemahannya:

Tidak ada paksaan dalam beragama. (Surah al-Baqarah 2:256)

Oleh kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota masyarakat itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang adil, aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat serta menyerah diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yang maha Esa dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Lebih-lebih lagi secara pasti segala suruhan-Nya seratus peratus untuk kebaikan dan kebajikan manusia sejagat.Sebaliknya meninggalkan segala larangan-Nya juga untuk memelihara keselamatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan.Jesteru itu prinsip utama tamadun Islam ialah untuk memelihara keselamatan agama seperti pencegahan berlakunya penyelewengan ajaran Islam contohnya ialah ajaran sesat dan budaya murtad.

Memelihara Nyawa atau Jiwa

Tamadun Islam juga berprinsipkan untuk menjamin keselamatan setiap nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Sebab itulah tamadun Islam melarang pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri orang lain. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada mara bahaya sentiasa digalakkan oleh tamadun Islam daripada sebarang tindakan yang boleh mencederakan fizikal orang lain. Allah Subhanahu wa ta’ala menerangkan hal ini dalam ayat, terjemahannya:

Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri, Sesungguhnya Tuhan itu penyayang padamu. (Surah an-Nisaa 4:29)

Larangan membunuh telah diperketatkan lagi dengan memberi peringatan yang memberi kesan yang mendalam kepada diri dan psikologi setiap insane.Al-Quran telah terlebih dahulu memberikan gambaran yang buruk terhadap perbuatan membunuh dengan memaparkan kesan daripada jenayah itu.

Ia bukan sahaja bererti membunuh seorang manusia, tetapi bererti membunuh seluruh makhluk manusia. Dalam erti kata seorang ialah sebahagian daripada makhluk manusia. Makhluk manusia itu ialah satu dalam erti kata perpaduan, kesatuan dan kerjasama antara satu sama lain.

Mereka saling perlu-memerlukan untuk menyempurnakan perjalanan dan kelicinan hidup masyarakat manusia.Sebab itulah membunuh walaupun diri sendiri melambangkan pembunuhan makhluk manusia pada keseluruhannya. Hal ini disebabkan, ia telah mengurangkan satu anggota masyarakat. Larangan ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya:

Barang siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka ertinya orang itu talah membunuh manusia seluruhnya. (Surah al-Maa’idah 5:32)

Memelihara Keselamatan Akal

Oleh kerana mulia dan tingginya darjat akal yang membezakan manusia daripada haiwan, maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan dan kesejahteraannya. Sebab itulah tamadun Islam telah mengharamkan minuman keras kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan fikiran. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya :

Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya minuman arak, berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu, agar kamu mendapat keberuntungan. (Surah al-Maa’idah 5:90)

Memelihara Maruah Atau Keturunan
Fitrah semula jadi manusia selanjutnya ialah suka kepada berketurunan dan mempunyai cahaya mata. Malangnya sejarah telah mencatatkan bahawa sejak zaman jahiliah budaya pembuangan dan pembunuhan anak berleluasa. Untuk memelihara generasi manusia daripada pupus, tamadun Islam memperundangkan sesuatu untuk menyekat kemungkinan budaya itu terus berlaku.

Pada masa kini, dunia dikejutkan dengan pelbagai gejala social seperti budaya bohsia dan bohjan yang berakhir dengan pengguguran dan pembuangan anak luar nikah dan sebagainya.Untuk memelihara kesinambungan generasi manusia, tamadun Islam telah mengharamkan segala punca yang membawa kepada zina dan perbuatan pengguguran dan pembuangan anak. Hal ini dijelaskan dalam ayat, terjemahnnya :

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar. (Surah al-Israa’ 17:31)

Memelihara Harta Benda

Fitrah semula jadi manusia juga ialah suka untuk mencari harta kekayaan.Jesteru itulah tamadun Islam menggalakkan manusia melakukannya. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya : Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan. (Surah al-Qasas 28:77)

Setelah jaminan kebebasan untuk mencari harta benda dengan cara yang halal diperundangkan, harta yang diusahakan itu mestilah halal dari segi cara ia diperoleh, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan. Hal ini diperjelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya : Orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan Allah, maka hendaklah diberikan khabar balasan dengan azab yang pedih.Pada hari mereka dibakar muka, rusuk dan punggung mereka, seraya dikatakan kepadanya inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk diriku.Maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu. (Surah at-Taubah 9:34 -35)

Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya :

Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. (Surah al-Maa’idah 5:38)

Memelihara Hak Dan Kebebasan

Tamadun Islam juga memelihara hak dan kebebasan manusia yang dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu hak Allah Subhanahu wa ta’ala dan hak manusia :

HAK ALLAH
Kebebasan yang ada kaitannya dengan hal Allah Subhanahu wa ta’ala merupakan kebebasan manusia daripada sebarang bentuk pengabdian diri selain Allah Subhanahu wa ta’ala dalam erti kata yang lain, konsep kebebasan yang ada kaitannya dengan Allah Subhanahu wa ta’ala ialah pentauhidan terhadap-Nya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya : Kepada-Mu lah tempat kami sembah dan kepada-Mu lah juga tempat kami meminta pertolongan. (Surah al-Fatihah 1:5)

Tamadun Islam juga menjamin hak dan kebebasan berkaitan dengan hak Allah Subhanahu wa ta’ala melalui tiga cara :

 Kebebasan daripada Taklid
Telah menjadi kegemaran dan tabiat manusia itu sendiri yang suka mengikut apa yang telah menjadi tradisi bagi mereka. Tradisi dan adat pusaka yang bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak ialah belenggu yang membendung dan mengikat akal manusia daripada berfikir secara rasional dan matang. Tamadun Islam datang untuk memerdekakan manusia daripada belenggu yang menindas akal mereka.

Pematuhan kepada isme-isme yang beraneka corak pada masa kini seperti sekularisme dan sebagainya juga merupakan penjajahan akidah dan pemikiran yang sentiasa diperjuangkan penghapusannya oleh tamadun Islam.Isme-isme itu hanya buah fikiran pendeta dan ahli falsafah yang sesat. Hal ini diperjelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya :

Mereka menjadikan orang yang alim dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan selain Allah Subhanahu wa ta’ala. (Surah at-Taubah 9:31)

Alam Bukti Kewujudan Allah Subhanahu wa ta’ala 

Sebelum manusia sampai ke tahap penerimaan segala yang terkandung dalam al-Quran tentang sifat ketuhanan Allah Subhanahu wa ta’ala , mereka dikehendaki meneliti, merenung, berfikir dan menjalankan penyelidikan terhadap kejadian alam kerana dengan berbuat demikian kelak akan mencetuskan keimanan yang kuat dan unggul terhadap kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya.

Kebebasan daripada Kesesatan
Akal manusia hanya terbatas kekuasaannya di ruang alam benda.Sedangkan perkara-perkara ghaib, alam roh dan hal ketuhanan bukan urusan dan bidang yang dapat diterokai oleh akal.Jesteru itu, mahu tidak mahu, dia mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran yang merupakan wahyu daripada Allah Subhanahu wa ta’ala.

HAK MANUSIA
Kebebasan yang ada kaitannya dengan hak manusia daripada kaca mata tamadun Islam ialah seperti berikut :
Kebebasan Bergerak
Kemerdekaan bergerak dan bertindak merupakan satu perkara yang menjadi hak asasi manusia yang dijamin oleh tamadun Islam.Kebebasan bergerak dan bertindak yang dijamin oleh tamadun Islam selagi tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak.

Kebebasan Bersuara
Islam menganggap bahawa kebebasan bersuara dan kebebasan mengeluarkan buah fikiran merupakan hak asasi manusia.Setiap manusia mempunyai bakat semula jadi yang dapat diperkembangkan sehingga boleh mengeluarkan fikiran yang bernas dan bermutu. Buah fikiran yang bermutu inilah yang menghasilkan tamadun yang bermutu tinggi asalkan ia berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak.

Kebebasan Berpersatuan
Kewajipan melaksanakan konsep syura dalam Islam ialah bukti yang nyata bahawa umat Islam diberi kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan. Hala ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya :

Dan bagi orang yang menerima (mematuhi) suruhan-Nya dan mendirikan sembahyang dan urusan mereka (diputuskan) dengan syura antara mereka. (Surah asy-Syura 42:38)

Kebebasan Beragama
Tamadun Islam memperjuangkan kebebasan beragama seperti yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya:

Tiada paksaan (memasuki) agama Islam.Sesungguhnya telah jelas yang benar dari jalan yang salah. (Surah al-Baqarah 2:256)

Dakwah berhikmah diwajibkan oleh Islam iaitu dengan pujukan dan dakwah yang lemah lembut sahajalah merupakan jalan yang paling baik untuk menyeru mereka untuk menganut Islam.Hikmah yang dimaksudkan di sini ialah memberikan dalil-dalil yang jelas yang dapat menghilangkan segala keraguan tentang kebenaran Islam.

Sesungguhnya tamadun Islam itu mempunyai prinsip yang jelas dan bertepatan dengan fitrah semulajadi manusia.Ia memperjuangkan pemeliharaan keselamatan agama, nyawa, jiwa, akal fikiran, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan. Sebab itulah tamadun Islam mengatasi semua tamadun yang pernah lahir di atas muka bumi ini sama ada sebelum atau selepasnya.

TAMADUN ISLAM IALAH TAMADUN YANG BERSIFAT KAMIL (SEMPURNA)
- Ciri utama Islam ialah menyeluruh atau sempurna dan sejagat.Islam meliputi seluruh kehidupan manusia termasuklah undang undang (syariah), akhlak dan akidah.Islam juga menyeru supaya berlaku adil kepada semua insan tidak kira ianya beragama Islam atau tidak.Islam juga meliputi semua tempat dan masa tempat tanpa batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia walaupun mereka berada dimana sekalipun ibarat di mana ada kesusahan disitunya ada Islam.

Tamadun Islam juga bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat kerana ciri umumnya bersifat sejagat dan terbuka.

Setiap manusia diseluruh dunia tidak kira dimana dapat menyesuaikan dirinya dengan ciri tersebut.Hal ini kerana ia tidak terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan pada tempat tertentu, bahkan ia adalah milik seluruh manusia yang berpegang pada al-Din.

Ia juga bersifat terbuka kerana ia tidak terbatas kepada had tertentu dan ianya terletak diatas garis panduan yang tetap dan ia berkembang dengan peredaran masa.Selain itu tamadun Islam juga terbuka kepada sebarang bentuk tamadun selain Islam boleh diteruskan dan dimajukan selagi ia tidak lari dari garis panduan syarak.

KESIMPULAN
Berdasarkan penerangan penerangan dan bukti bukti kukuh mengenai bahawa Islam ini ialah sempurna melalui peredaran tamadun ke tamadun, dari zaman ke zaman walaupun ditelan dek masa.Hal ini kerana agama Allah ini adalah benar, dan satu satunya agama yang membawa kita jalan yang lurus.Hal ini kerana tamadun Islam bersifat kamil iaitu sempurna.Sempurna dari segi segala aspek kehidupan sama ada kerohanian atau pun jasmani, sama ada waktu susah ataupun waktu senang.Kerana Islam ini adalah satu satu caranya untuk kita berhubung dengan Allah secara langsung tanpa menggunakan orang kedua atau orang ketiga kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Memahami.

RUJUKAN :

1. Hamzah, A. B. (1972). Sejarah Kebudayaan Islam. Kelantan: Pustaka Aman Press.
2. Hassan, A. J. (1979). Falsafah dan Pengetahuan Islam. K.Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Kedua.
3. Karim, A. M. (1984). Sistem Ekonomi Islam, Prinsip prinsip dan Tujuannya. Al Haramain: -.
4. Zain, S. M. (1985). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains Dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731
04-988-2597, 04-9882701, 1 2 3




1 comment:

  1. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats-app +918256953815
    ushaservicesonline@gmail.com
    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    ushaservicesonline@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete