Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Zoologi Dalam Sains Islam

Pendahuluan:
Zoologi merupakan satu cabang ilmu yang menarik untuk di pelajari. Maksud zoologi ialah ilmu dari biologi yang secara khusus mempelajari mengenai haiwan sejak dari abad penyiasatan manusia ke dalam dunia haiwan. Kajian zoologi amat penting kepada manusia. Ia telah membantu manusia untuk mengenali hidup dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sesuai. Zoologi mempunyai kuasa untuk menilai sifat. Mitos-mitos hampir setiap manusia dokumen budaya cuba untuk menyelesaikan misteri kehidupan haiwan.

Proses yang kompleks dan menarik yang dibangunkan berasaskan sumbangan ribuan ahli zoologi yang bekerja di segenap pelusuk demensi biosfera. Melalui kajian ini ahli zoologi ini, kita dapat memahami bagaimana kepelbagaian haiwan wujud dan bagaiman haiwan melaksanakan proses kehidupan asas mereka yang membenarkan mereka untuk berkembang dalam persekitaran yang pelbagai.

Manusia telah terpesona untk mengkaji tentang ilmu zoologi. Di Eropah, mereka berkumpul dan katalog dekskripsikan haiwan aneh dari tanah jauh atau laut dalam. Ilmiah zoologi ini dimulai pada abad ke 16 dengan kebangkitan semangat baru observasi dan eksplorasi tetapi untuk waktu yang lama, ia tidak dipengaruhi oleh kemajuan peneiltian medis anatomi dan fisiologi.

Terdapat beberapa ayat yang menyentuh tentang zoologi yang boleh dijadikan tauladan kepada kita untuk mengenali dangan lebih dekat kepada Maha Pencipta. Antaranya ialah dalam surah An-Nur : ayat 45, Allah menjadikan tiap-tiap binatang daripada air, setengahnya berjalan dengan perutnya (menjalar, melata), setengahnya berjalan dengan dua kaki dan di antaranya berjalan dengan empat kaki.

Bagi yang beragama Islam, kita percaya bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala yang telah menciptakan haiwan di bumi ini dan ini telah tercatat dalam al-quran. Allah berfirman dalam surah Al-An’am; ayat 38 yang bermaksud “Dan tiadalah haiwan-haiwan di muka bumi ini dan burung-burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu. Tiadalah kami apakan sesuatu apapun di dalam Al-kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan”.

Penelitian berbagai kelompak haiwan dan perilakunya telah dilakukan secara cermat dan tepat. Para peneliti menemukan adanya kelompok-kelompok haiwan yang hidup di tiga kawasan biologi iaitu udara, air dan darat. Penemuan terbaru ini memperlihatkan hal-hal baru seiring dengan kemajuan sans dan teknologi. Penemuan ini juga memperlihatkan keteraturan yang sangat sentuh dalam aktiviti kolektif setiap kelompok haiwan dalam bertempat tinggal, bermigrasi membangunkan tempat tinggal, mempertahankan diri, mencari makanan dan aktiviti-aktiviti penting mereka.

Semangat penyelidikan pertama kalinya menjadi umum di sekolah-sekolah anatomi dan lima puluh tahun kemudian tersebar ke Universiti Oxford.

Skop Zoologi.

Pembelajaran mengenai zoologi adalah satu kepentingan yang besar kepada manusia. Ia membantu manusia untuk mengenal pasti kehidupan dan menyesuaikan diri mereka mengikut persekitaran. Para pelajar dalam bidang zoologi akan belajar tentang haiwan dan prinsip zoological dimana ia akan membantu mereka untuk mengimbangi kehidupan dengan lebih baik. Skop zoologi sangat banyak. Genetik adalah salah satu cabang ilmu berkaitan zoologi. Ia merupakan ilmu tentang bagaimana revolusi dalam haiwan dan tumbuhan.

a. Skop zoologi dalam bidang kesihatan dan penyakit.

Banyak penyakit adalah disebabkan oleh haiwan dan kita menggunakan mereka sebagai uji kaji. Begitu juga dengan pengetahuan kita tentang fisiologi manusia dan pembedahan telah dijalankan dari eksperimen dan pembedahan haiwan lain. Oleh itu, ia sangat membantu kepada manusia dalam perubatan dan untuk meyembuhkan penyakit.

b. Skop zoologi dalam bidang agrikultur.
Agrikultur merupakan sebahagian daripada zoologi. Pelbagai jenis kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan persekitaran tertentu. Sebagai contoh, serangga memusnahkan tanaman agrikultural, haiwan ternakan dan kayu-kayan. Jumlah kerosakan yang disebabkan oleh serangga adalah di luar anggaran. Conthnya, tikus makan sejumlah besar tanaman seperti padi dan bijirin. Masalah ini boleh diselesaikan daripada pengetahuan dan aplikasi daripada prinsip zoologi.

c. Skop zoologi dalam bidang industri.
Pelbagai produk haiwan seperti mutiara, batu karang, kulit, bulu dan sebagai mendapat sambutan yang tinggi dalam pasaran. Produk ini boleh dipertingkatkan melalui pengetahuan manusia dalam pengeluaran produk ini. Salah satu kepentingan haiwan dalam industri ialah dalam makanan. Kita menggunakan pelbagai jenis unggas seperti burung dan ayam untuk diet kita. Jadi, ilmu zoologi sangat penting dalam industri kita.

d. Skop zoologi dalam makanan seharian,
Ramai diantara kita yang mengambil telur dan daging haiwan yang berbeza dan hampir semua daripada kita menggunakan susu lembu dan kerbau. Kajian mengenai zoologi membantu kita untuk meningkatkan bilangan dan meningkatkan kualiti haiwan yang memberi kita, daging dan susu.

e. Skop zoologi dan peningkatan mental.
Banyak orang percaya bahawa gigitan semua ular adalah maut dan cicak beracun tetapi kajian zoologi memberitahu kita bahawa beberapa ular yang beracun dan cicak adalah bukan beracun. Zoologi membantu untuk menyelesaikan beberapa salah faham tersebut.

Kepentingan Ilmu Zoologi.
Alam semula jadi kita tidak hanya terdiri daripada manusia tetapi juga tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Segala-galanya dalam alam sekitar kita ada hubungan dalam satu kitaran yang kompleks. Jika kita mempunyai pemahaman yang lebih baik bagaima haiwan akan berkelakuan dan berinteraksi dangan manusia, maka kita akan menghargai alam semula jadi dengan lebih baik.

Seterusnya, zoologi sangat penting kerana sesetengah haiwan seperti jerung dan ular biasanya disalahfaham oleh manusia. Hal ini kerana kita tidak faham mengapa mereka berkelakuan begitu. Dalam cabang sains, kita akan dapat mempelajari tingkah laku semula jadi serta habitat mereka. Dengan mendalami ilmu zoologi, ia dapat membantu orang untuk mencapai kejelasan lebih tentang mitos terhadap haiwan.

Belajar subjek ini juga akan membantu manusia mengetahui fakta mengenai haiwan. Ia akan menyedarkan manusia tentang keperluan untuk alam yang seimbang. Kita memerlukan haiwan untuk mengekalkan keseimbangan dalam persekitaran kita dan bagi manusia untuk terus hidup. Ini cabang sains yang akan membantu manusia mempelajari kepentingan haiwan serta tumbuhan dalam biodeversiti.

Zoologi penting untuk manusia mempelajari pentingnya peranan manusia sebagai penjaga haiwan. Kemajuan moden yang diperlukan untuk negara yang berkembang dari segi ekonomi tetapi ia tidak memaksa kita untuk berkompromi hutan hujan dan lautan kita. Ia mengingatkan kita bahawa pemodenan tidak seharusnya hanya disamakan dengan bangunan-bangunan tinggi dan pencakar langit. Kita akan mengetahui bahawa setiap makhluk yang hidup di bumi mempunyai hak untuk memiliki habitat dan sebagi penjaga mereka. Kita perlu berjuang untuk mereka mempunyai habitat kekal.

Tanda-tanda Kekuasaan Allah Pada Haiwan.
1) Sistem Pencernaan Haiwan.
 Habitat hidup haiwan cukup beragam, sehingga sistem-sistem biologis mereka pun berbeza-beza mengikut kesesuaian lingkungan tempat mereka hidup dan makanan yang tersedia. Mulut adalah bahagian pertama dari sistem pencernaan yang direka dengan begitu mengagumkan dan menunjukkan keagungan penciptanya.

a. Haiwan-haiwan Pemangsa.
Bagi haiwan pemangsa seperti harimau, singa, serigala, anjing hutan dan haiwan pemangsa lain, tidak ada cara lain untuk mereka mendapatkan makanan dengan cara menerkam mangsanya mempunyai taring-taring yang runcing, gigi yang tajam dan geraham yang kuat. Pada saat menyerang mangsa, mereka menggunakan otot mereka yang kuat dan kuku yang tajam untuk mencakar mangsa. Haiwan-haiwan jenis ini mempunyai enzim-enzim pencerna daging dan tulang untuk memudahkan mereka mencerna makanan mereka.

b. Haiwan Memamah Biak.
Sebahagian haiwan yang hidup di padang rumput dan kandang yang diuruskan oleh manusia, mereka dibekalkan oleh para penternak makanan seperti rumput dan belukar. Contoh haiwan memamah biak adalah lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Alat pecernaan haiwan memamah biak ini direka sesuai dengan lingkungan dimana ia tinggal. Mulut mereka relatif lebar, tidak dibekalkan taring yang kuat mahupun geraham yang kukuh. Haiwan jenis ini mempunyai gigi-gigi yang khas yang berfungsi sebagai pengerat dan pemotong.

Haiwan ini mempunyai empat ruang perut iaitu rumen, rutikulem, omasum dan abomasum. Setiap ruang perut ini mempunyai fungsinya yang tersendiri. Makanan yang mereka makan pada mulanya akan melalui ruang perut yang pertama iaitu rumen. Rumen merupakan ruang perut mereka yang paling besar. Ia berfungsi untuk menyimpan semua makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut. Rumen boleh menyimpan makanan dalam kuantiti yang banyak pada masa yang sama.

Seterusya, proses pencernaan diteruskan pada ruang perut yang kedua iaitu rutikulem. Pada ruang ini, terdapat enzim yang dapat mencerna tumbuhan iaitu enzim selulose. Enzim ini hanya terdapat pada haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan sahaja.

Kemudian, makanan tersebut dihantar kembali ke mulut untuk dikunyah buat kali kedua dengan sempurna sebelum dihantar ke ruang perut yang ketiga iaitu omasum dan akhir sekali makanan itu dihantar ke ruang yang terakhir iaitu abomasum sebelum ia menjadi najis.

Proses ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Walhal, ketika haiwan ini dalam keadaan istirehat, proses ini masih berlaku.

c. Unggas.
Sistem pencernaan unggas sangat berbeza dengan organ haiwan lain. Hal ini menunjukkan ketetapan penciptaan dan memperlihatkan keindahan mahakarya Tuhan. Setiap kepala unggas mempunyai organ keras yang tidak bergigi dan berstruktur seperti tulang keras iaitu paruh untuk mencari makanan sebagai ganti mulut.

Alat pencernaan unggas sangat mengagumkan. Ia tidak mempunyai gigi, maka diciptakan untuk mereka perut dan pengerat yang berfungsi untuk mencerna makanan. Unggas juga biasanya makan benda-benda keras seperti kerikil untuk membantu proses pecernaan dalam perut mereka.

Bentuk paruh unggas berbeza-beza dengan jenis makanannya. Burung pemangsa seperti rajawali dan burung hantu mempunyai paruh yang kuat dan tajam berbentuk runcing untuk merobek daging. Sementara angsa dan itik memiliki paruh yang lebar dan datar seperti gayung untuk bersesuaian ketika mencari makanan di dalam lumpur dan tanah dan di sudut samping paruh terdapat organ tambahan kecil seperti gigi untuk memotong rumput.

Unggas seperti ayam dan burung yang mencari biji-bijian dari tanah, memiliki paruh yang relatif pendek dan runcing sesuai dengan keperluannya manakala paruh burung pelikan sangat panjang dan di hujung paruh tersebut terdapat bekas tembolok yang besar yang menyerupai ikan. Paruh burung hudhud sangat panjang dan runcing. Ia memang dijadikan untuk mencari serangga dan cacing yang biasanya berada di bawah tanah.

2) Organ Penafasan Haiwan.
 Organ penafasan haiwan berbeza antara satu sama lain dan ini bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal mereka. Haiwan yang hidup di daratan mempunyai paru-paru yang berfungsi sama dengan manusia.

Haiwan amphibian iaitu haiwan yang hidup di air dan dan daratan menggunakan paru-paru sebagai alat pernafasannya ketika berada di atas daratan dan menggunakan insang ketika hidup di dalam air.

Ulat mempunyai organ pernafasan yang sangat menakjubkan. Ulat-ulat ini tidak bernafas dengan menggunakan paru-paru mahupun insang. Ulat bernafas melalui liang-liang terbuka pada tubuh mereka.

3) Proses Pembiakan Haiwan :
Haiwan perlu membiak untuk menjamin spesisnya untuk terus mengekalkan bilangan spesisnya dan usaha mengimbangkan ekologi di kawasannya. Kekurangan bilangan sesuatu spesis akan menyebabkan ekologi terganggu dan berkemungkinan menghadapi kepupusan bagi spesis tersebut

Haiwan membiak dengan dua kaedah samada secara melahirkan atau bertelur. Haiwan yang membiak secara melahirkan anak kemudiannya akan menjaga dan menyusukan anaknya sehingga mereka mampu berdikari. Terdapat sesetengah spesis yang melahirkan banyak anak pada masa yang sama dan ada spesis yang melahirkan hanya seekor atau dua anak pada masa yang sama. Contoh haiwan yang melahirkan anak yang banyak ialah tikus, kucing dan arnab. Haiwan yang melahirkan seekor atau dua anak ialah lembu, monyet dan gajah.

Sesetengah haiwan yang membiak dengan cara bertelur. Telur tersebut akan menetas dan mengeluarkan anak hawan tersebut. Haiwan bertelur pula terbahgi kepada dua fasa iaitu bertelur dengan kuantiti yang sedikit dan bertelur dengan kuantiti yang banyak. Haiwan yang membiak dengan cara bertelur banyak tidak akan menjaga anak-anak mereka. Sebaliknya, bagi haiwan yang bertelur dengan kuantiti yang sedikit, mereka akan menjaga nak-anak mereka sehingga mereka mampu berdikari.

Spesis penyu mempunyai cara yang unik untuk bertelur. Tidak seperti haiwan yang lain, si ibu akan naik ke pantai dan bertelur di dalam lubang yang digalinya sendiri. Setelah itu, si ibu akan meninggalkan telur tersebut dan kembali ke pantai. Telur itu akan menetas dan si anak akan bergerak dengan sendirinya ke pantai untuk mencari ibunya.

Penyesuaikan Diri Dengan Persekitaran.

Dalam kajian seorang ilmuwan terkenal, Isaac Newton mengatakan, “Tidak ada keraguan bahawa keanekaragaman kehidupan dengan segala susunan organ dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya dan keserasiannya dengan yang lain juga penyesuaian diri mereka dengan segala waktu dan tempat tidak mungkin bersumber kecuali dari Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Jika difikirkan dengan logik akal, seandainya salah satu kaki manusia lebih pendek atau panjang, bagaimana caranya untuk manusia memenuhi keperluannya untuk berjalan dan berlari. Bukti-bukti kesesuaian manusia dengan lingkungannya jelad tidak terhitung jumlahnya mulai dari pergerakan sendi-sendi dan otot pembentukan ruas-ruas tulang dan sebagainya.

Salah satu contoh yang paling dekat untuk menunjukkan adanya kemampuan menyesuaikan adalah model penyesuaian diri yang dilakukan oleh sesumpah. Sesumpah boleh bertukar warna dengan pelbagai warna. Hal ini demikian kerana sesumpah melindungi dirinya daripada bahaya dengan cara bertukar warna meigikut keadaan sekeliling. Ia akan berubah kepada kuning ketika berada di padang pasir. Kemudian, warna kakinya akan bertukar menjadi warna coklat gelap(meyesuaikan warna tanah yang dipijak) ketika dalam bahaya. Selain itu, ia akan berubah menjadi warna hijau ketika berada di ru mput dan warna putih jika berada pada pohon yang berwarna putih.

Kaki-kaki serangga mempunyai cecair seperti jeli dan ketetapan samada serangga yang berjalan dengan kaki, melompat mahupun yang terbang bertujuan untuk memenuhi penciptaannya debgan menyesuaikan lingkungan kawasan tempat tinggal mereka.

Cara Haiwan Mengenali Anggota Keluarganya.

Haiwan-haiwan yang tergabung dalam satu keluarga memiliki mekanisme khusus untuk mengenali anggota keluarganya dengan cara yang berbeza-beza antara satu haiwan dengan haiwan lain.

Contohnya, burung yang membina sarang di tanah mengenali anak-anaknya melalui suara dan penampilan luar (bentuk badan) mereka. Burung camar yang biasanya memakan ikan renika dan hidup dalam bergerombolan sebuah komuniti yang besar mampu mengenali dan membezakan suara anak-anaknya di tengah hiruk pikuk kerumanan yang begitu besar tanpa tercampur dengan suara burung lain. Bahkan, walupun si anak berada dalam jarak yang cukup jauh dari penglihatannya. Jika ad burung lain yang bukan ahli keluarganya dan mencuba masuk ke tempat yang dihuni anaknya, maka ia akan segera mengusirnya.

Singa betina mampu mengenali anaknya melalui bau tubuh yang sudah dicium si induk singa sewaktu melahirkannya dan bau inilah yang kemudian dijadikannya untuk mengenali anaknya.

Penguin merupakan haiwan yang paling unik dalam mengenali antara satu sama lain. Satu perkara yang menakjubkan apabila penguin betina khususnya harus pergi meniggalkan anak-anaknya selama 2-3 bulan untuk mencari makanan. Namun, ketika kembali, ia tidak mengalami sebarang kesukaran untuk mengenal pasri ahli keluarganya.

Untuk mengenali anak-anak mereka, semua penguin kecil akan dilepaskan ke laut. Kemudian, induk akan mengeluarkan suara yang melengking dan penguin-penguin kecil akan segera mengenali suara induk mereka serta berlari mendapatkan induk mereka.

Ahli-ahli Zoologi Islam :

1) al-Jahiz.

Ahli zoologi Islam yang pertama memandangkan ia telah menghasilkan sebuah buku mengenai alam haiwan yang dikenali sebagai ‘The Book of Animals’. Ada pendapat yang menyatakan saintis Islam ini merupakan antara yang pertama membicarakan teori tentang evolusi haiwan dan manusia.

Beliau lahir pada tahun 776 iaitu 14 tahun selepas Baghdad diasaskan oleh Abbasid Caliph al-Mansur. Al-Jahiz belajar membaca dan menulis pada awal usia dan menceritakan bagaimana ibunya sedulang kertas nota dan memberitahunya bahawa kertas-kertas ituboleh menyara hidupnya kelak.

Al-Jahiz memulakan kariernya sebagai penulis. Antara tulisannya yang paling tersohor ialah Book of Animals. Beliau telah menulis lebih 200 nashkah buku. Hasil kerjanya meliputi bidang zoologi, tatabahasa Arab, puisi, retorika dan kamus.

Beliau turut membincangkan mengenai komunikasi di antara haiwan, psikologi dan tahap intelek serangga dan beberapa spesies haiwan. Selain itu, beliau menyediakan turutan yang lengkap dan kompleks mengenai organisasi sosial serangga yang diperoleh daripada pemerhatiannya.

Beliau dianggap sebagai salah seorang saintis Islam yang menulis mengenai saintifik dan subjek yang kompleks untuk orang kebanyakkan.

Al-Jahiz kembali ke Basra selepas menghabiskan masa lebih 50 tahun di Baghdad. Beliau meninggal dunia di Basra pada tahun 868 akibat kemalangan menimpa rak buku di perpustakaannya.

2) Asma’i.
Nama sebenar beliau ialah Abd Al-Malik Ibn Quraib Al-Asmai.Merupakan seorang philologist yang membuat sumbangan berharga dalam bidang zoologi, botani dan penjagaan haiwan.Beliau menulis beberapa buah buku seperti ‘Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhusy, Kitab al-Sya(mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-Khalq al-Insan yang mendedahkan mengenai anatomi manusia membuktikan pengetahuannya yang mendalam dan meluas mengenai bidang tersebut.

Minat dalam permuliaan/ penternakan kuda dan unta mendorong kepada hasil kerja ilmiah sistematik oleh orang Arab seawal abad ke-7. Ketika pemerintahan Khalifah Umayyad, klasifikasi dan sifat haiwan dan tumbuhan dikaji dan dicatat oleh beberapa ilmuwan. Hasil kajian Al-Asma’i amat popular dikalangan ilmuwan pada abad ke-9 dan abad ke-10.

3) Al-Damiri.

Beliau telah menghasilkan ‘Hayat al-Hayawan’ dan dicetak beberapa kali di Kaherah. Sebahagiannya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar.

4) Al-Masudi.

Merupakan ilmuwan Muslim pertama yang meletakkan kerangka dasar teori evolusi melalui bukunya yang berjudul Meadows of Gold (Padang Rumput Emas). Pemikiran Al-Masudi yang tertuang dalam karya lainnya yang berjudul Al-Tanbih wal Ishraq, menggambarkan pengembangan teori dasar evolusi.

5) Abu Ubaidah.

Dia adalah ahli zoologi yang secara intens mempelajari tentang kuda. Ia menulis hampir 100 judul buku. Separuh diantaranya adalah membahaskan kuda.

Kesimpulan :
Semua ilmu sains dan teknologi berpunca dari al-Quran yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Bertambah yakin lagi keimanan kita bila kita memahami makna sebenar ayat-ayat al-Quran dengan cara mendalami serta membuat kajian. Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran melatih pemikiran dan mendisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan bagi kemajuan sains dan teknologi. Ia merupakan asas yang penting bagi sarjana-sarjana mengupas kajian yang dibuat untuk mentauhidkan Allah.

Sains dan teknologi Islam adalah berdasarkan kepada kewujudan Allah dan juga menunjukkanterdapatnya pertalian antarasemua yang wujud. Tidak hairanlah kita dapati bahawa sarjana Islam pada zaman silam bukan sahaja dapat menguasai pelajaran-pelajaran sains dan teknologi, malahan mereka mampu memikul beban dan tugas yang difardhukan oleh Allah kepada semua makhluk-Nya. Jelaslah kepada kita yang sains dan teknologi yang di sumbangkan pada hari ini adalah dipelopori daei sarjana-sarjana Islam dahulu dan bukan nya dari orang barat, malah orang barat sendiri menceduk ilmu ini dari Islam.

Sains atau ilmu pengetahuan merupakan satu ibadah dalam Islam. Allah telah membekalkan kita dengan akal dab pancaindera untuk berjumpa dan bertemu Allah dengan merenung fenomena-fenomena alam semesta dan mengenali-Nya dengan menelusuri jejak-jejakNya dalam bentangan kehebatan ciptaanNya. Firman Allah dalam surah Al-Mujaadilah : ayat 11 yang bermaksud, “Maka Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat.”

Keseluruhannya, kita sebagai orang Islam hendaklah mendalami ilmu zoologi ini demi untuk memajukan lagi sains dan teknologi ini. Ilmu zoologi sangat meluas dan menarik. Ianya merupakan ilmu kehaiwanan yang merangkumi aspek kehidupan harian mereka. Kita hendaklah menjadikannya sebagai satu tanggungjawab demi untuk memastikan kehidupan yang lebih sempurna dan selesa. Penerokaan ilmu zoologi ini akan menerbitkan pelbagai ilmu-ilmu baru yang mungkin berguna pada bangsa manusia di masa depan.

Haiwan merupakan lembaran terbaru bagi setiap orang yang ingin mempelajari keajaiban hidup organisme. Para ilmuwan memperkirakan jumlah haiwan mencapai lebih dari dua kelompok. Namun yang baru terungkap sekarang hanya sebahagian kecil saja dan penelitian atas sebahagian kecil haiwan ini membawa manusia untuk menakui kewujudan dan kehebatan Tuhan yang Maha Pencipta.

Bibliografi :

  1. Ariffin, H. A. (2009, July 24). titas-haba.blogspot.com. Retrieved Ogos 8, 2015, from Sumbangan Islam dalam bidang zoologi: titas-haba.blogspot.com/2009/07/sumbangan-islam-dalam-bidang-zoologi.html?m=1
  2. Hickman, C. P. (1993). Integrated Principles of Zoology. United State: James M.Smith.
  3. McGraw-Hill. (2008). Animal Diversity. China: Janice Roerig-Blong.
  4. Rahman, S. A. (2011, Ogos 18). ahmadijat.wordpress.com. Retrieved Ogos 8, 2015, from Tokoh Islam dalam bidang zoologi: https://ahmadijat.wordpress.com/2011/08/18/tokoh-islam/
  5. Nunnaly, D. A. (1973). Introductory Zoology. United States of America: Library of Congress Cataloging. 



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment