Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Kepakaran Ibnu Tufail Dalam Perubatan, Astronomi Dan Penyair

PENDAHULUAN
Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat.Namun begitu, falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran manusia.Maka tidak hairanlah, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan barat jika dibandingkan dengan ahli falsafah Islam.Walaupun beberapa tokoh falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, dan Ibn Sina mendapat pengiktirafan dari Barat, tetapi mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya jika dibandingkan dengan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Kajian-kajian mengenai tokoh berkenaan masih belum memadai dan jauh daripada memuaskan.Walaupun para sarjana, ilmuwan, dan ahli falsafah Islam telah menghasilkan sejumlah karya-karya yang besar tetapi kebanyakan tulisan mereka belum diterjemahkan.Tidak kurang juga yang musnah disebabkan oleh peperangan dan penaklukan yang dilakukan oleh kuasa asing. Malahan kajian yang dibuat terhadap pemikiran falsafah beberapa tokoh terkenal tidak diberikan penilaian yang adil.Begitu juga dengan pemikiran falsafah Ibn Tufail tidak banyak diketahui oleh umat Islam sendiri.Ibn Tufail yang lahir pada tahun 1106 Masihi di Asya, Granada lebih dikenali sebagai ahli hukum, perubatan, dan ahli politik yang handal. Semasa pemerintahan al-Mu'min ibn Ali, Ibn Tufail atau nama asalnya, Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi pernah dilantik sebagai pembantu gabenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi.Setelah beranjak dewasa, Ibnu Tufail pernah berguru kepada Ibnu Bajjah, seorang ilmuwan besar yang memiliki banyak keahlian. Di bawah bimbingan Ibnu Bajjah yang multitalenta, Ibnu Thufail berkembang menjadi seorang ilmuwan besar

BIODATA IBNU TUFAIL

Oleh : Abu Bakar bin Abdullah Malik bin Muhammad bin Thufail al-Qadisi al-Andalusi
Nama Gelaran: Ibnu Tufail
Nama Gelaran Di Barat: Abubacer
Suku Kaum: Arab Qais
Tahun Kelahiran: 1106 Masihi
Tempat Lahir: Asya, Granada
Tahun Kematian: 1185 Masihi
Latar Belakang Pendidikan: - Beliau telah belajar falsafah secara talaqqi dengan Ibnu Bajjah (1100-1138 M), seorang ilmuan yang besar. Berkat bimbingan sang guru yang hebat itu, Ibnu Tufail menjadi seorang ilmuan besar.Ibnu Tufail mempunyai murid iaitu Ibnu Rushd alias Averroes (1126-1198M) yang terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Tufail. Bahkan menurut sejarah astronomer, Nur Addin bin Ishak Al-Batruji juga sempat menimba ilmu dari Ibnu Tufail sehingga telah menulis kesusasteraan dalam penyusunan Batlimus
Sumbangan: Pemikir yang banyak menghasilkan karya dalam bidang falsafah, politik, sastera, ilmu matematik, astronomi dan ilmu perubatan.
*Para ahli sejarah tidak dapat memberitahu keseluruhan latar belakang dari tokoh ini disebabkan keterbatasan data. Tidak diketahui keluarga dan kerabat Ibnu Tufail. Sejarah hanya mencatatkan bahawa beliau pada masa hidupnya merupakan seorang tokoh yang disegani dan berpengaruh

KEPAKARAN IBNU TUFAIL DALAM PERUBATAN

Ibnu Tufail juga pernah menjadi doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin, Abu Ya'kub YusufAl-Manshur, khalifah Morocco kedua dari Dinasti Muwahhidun الموحدون(558H/ 1163M-580H/ 1184M) sekaligus sebagai wazir khalifah dan ketika hayatnya, Ibn Tufail pernah dilantik sebagai menteri selain dikenali sebagai ahli politik yang dihormati oleh pihakpemerintah.
Ketekunan dan kesungguhan beliau telah mengangkatnya menjadi doktor peribadi Gabenor dan Setiausaha untuk 2 wilayah iaitu Sabtah dan Thaniah
Selepas bersara, tempatnya digantikan oleh anak muridnya iaitu Ibnu Rusyd.Namun begitu, maklumat tentang kepakaran Ibnu Tufail tidaklah begitu banyak kerana sumber kajian adalah terhad dan tidak banyak kajian yang dilakukan terhadap tokoh ilmuan Islam yang ulung ini.

KEPAKARAN IBNU TUFAIL DALAM BIDANG ASTRONOMI

Selain terlibat dalam bidang kedoktoran, Ibnu Tufail juga merupakan pakar dalam bidang astronomi.Teori-teori kebijaksanaanya dalam bidang ilmu astronomi secara ringkas dilukiskan oleh Lyon Goteh, seorang orientalis Perancis.Lyon mengatakan bahawa walaupun tidak ditemukan tulisan-tulisan Ibnu Tufail di bidang astronomi, namun diketahui bahwa dia tidak setuju dengan teori sistem planet yang diletakkan Batlimus.
Bahkan menurut penelitiannya, Ibnu Tufail telah memiliki teori baru.Hal ini dikuatkan oleh pernyataan Ibn Rusyd bahwa Ibnu Tufail memiliki teori-teori sensasi berkenaan sistem planet dan dasar-dasar perputarannya.Ibnu Tufail melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa penuh sementara dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi ini.
Falsafah Ibnu Tufail bukan sekadar menyentuh perkara yang berkaitan dengan metafizik tetapi juga sains tabii seperti fizik di mana beliau mendapati lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah.
Hal ini disebabkan kepanasan berlaku di permukaan bumi bukannya di ruang dan lapisan udara.
Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini, pandangan ini sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengannya.


IBNU TUFAIL SEBAGAI PENYAIR DAN PENULIS

Ibnu Tufail adalah seorang doktor, ahli falsafah, ahli matematik, penulis dan penyair yang terkenal dari Muwaddin Sepanyol tetapi karya-karyanya yang banyak telah hilang di saat terjadi kekacauan dan peperangan di Maghribi dan hanya sedikit sekali yang dikenali orang.
Sebenarnya Ibnu Tufail lebih menggemari merenung daripada kecenderungan untuk menulis, disebabkan itu tidak hairan jika hasil karyanya sedikit untuk generasi berikutnya. Namun beberapa buku biografi menyebutkan bahawa ia sempat menulis sejumlah buku dalam beberapa bidang iaitu, falsafah, fizik, kejiwaan dan kedoktoran. Diriwayatkann Abdul Wahid Al-Marakasy, Ibnu Tufail telah meriwayatkan buku yang banyak yang telah dibaris dengan tangannya sendiri dalam falsafah, ilmu jiwa dan banyak dari syair-syair. Miguel Casiri(1122H/1710M-1205H/1790M) menyebutkan 2 karya yang masih ada, iaitu : Risalah Hayy Ibnu Yaqzan dan Naskhah Asrar Al-Hikmah Al-Mashriqiyyah.
Menurut Ibnu Khatib terdapat 2 buku dalam bidang perubatan yang dikatakan merupakan karya Ibnu Tufail, yang ditulis dua orang muridnya yang dipersembahkan kepada Ibnu Tufail, iaitu karya Al-Batruji berjudul Kitab Al-Hai’ah dan karya Ibnu Rushd berjudul Fi Al-Buqa’Al-Maskunah wa Al-Ghair Al-Maskunah (في البقع المسكونة والغير مسكونة)
Ibnu Abi Ushaibia’ah ketika membahas tentang latar belakang Ibnu Rushd bahawa beliau menyebutkan nama kitab karya Ibnu Tufail adalah Fi Al-Buqa’ Al-Maskunah wa Al-Ghair Al-Maskunah, Ibnu Rushd juga berkata dalam bukunya Ilahiyyat(Teologi) buku ke-12, bahawa Ibnu Tufail memiliki pemikiran yang sangat hebat tentang kejadian-kejadian baik internal mahupun external.
Abu Ishak Al-Batruji dalam salah satu risalahnya tentang ilmu falak menyebutkan bahawa Ibnu Tufail mempunyai pandangan tentang ilmu falak yang sangat sesuai untuk mengatasi permasalahan dan memahami pandangan-pandangan Batlimus tentang falak.

FALSAFAH HAYY IBNU YAQDHAN’

Buku falsafahnya (Hayy Ibnu Yaqdhan) yang ditulisnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin, Philosophus Autodidactus, pertama kali beredar di Barat tahun 1671.Buku tersebut dialihkan bahasakan oleh Edward Pocoke.Terjemahan bahasa Inggerisnya pertama kali ditulis oleh Simon Ockley dan diterbitkan pada tahun 1708.Novelnya diterjemahkan ke dalam bahasa Latindan Inggeris.Novel terjemahan itu kemudian mengaspirasikan Daniel Defoe untuk menulis Robinson Crusoe, yang juga menceritakan gurun pasir dan novel pertama dalam bahasa Inggeris. Novel ini juga terinspirasi dari konsep Tabula Rasa(fitrah-red) yang dikembangkan dalam An Essay mengenai Human Understanding (1690) oleh John Locke, seorang mahasiswa Pococke.
 Hayy Ibnu Yaqzan (Hidup Anak Kesadaran), di Barat dikenali sebagai Philosophus Autodidactus telah menorehkan tinta emas di atas lembaran sejarah sebagai salah satu karya paling berharga yang pernah ada dalam bidang falsafah.Penulisan Ibnu Tufail yang menakjubkan diri ini juga disebut menjadi lambang diri beliau iaitu “Oriental Wisdom”. Buku ini diinspirasikan oleh Ibnu Sina (Avicennism) dan Suffism menyebutkan beberapa karangan Ibnu Tufail yang berkait tentang falsafah fizik, falsafah metafizik, kejiwaan dan sebagainya.Tetapi hanya karya Hayy Ibnu Yaqdhan yang sampai kepada masyarakat kini.
 Sebenarnya judul buku falsafah ini sangat panjang iaitu Hayyu Ibnu Yaqdhan Fi Asraril Hikmah Al-Masyriqiyyah, Istakhlasha-Min Durari Jawahiri Al-Fadhilur- Ra’is Abi’ Ali Ibnu Sina Al-Imam Al-Failasuf Al-Kamil Al-‘Arif Abi Jaafar Muhammad bin Tufail.
Dikatakan risalah Hayy Ibnu Yaqdhan ditulis atas permintaan salah seorang kawan Ibnu Tufail untuk menjelaskan falsafah timur, seperti yang disebut pada kata pengantarnya sebagai berikut :
“Wahai saudara yang mulia engkau minta agar aku mungkin dapat membuka rahsia-rahsia falsafah timur yang lepas oleh Abu ‘Ali Ibnu Sina. Ketahuilah bahawa orang-orang yang mengingkari kebenaran yang tak berisi keraguan lagi, maka ia harus mencari falsafah itu dan berusaha memilikinya”
(Edward : 1903)

Ibnu Tufail memulakan cerita HayyIbnu Yaqzan dengan menghubungkan kaitkan 2 saingan cerita asalnya, iaitu menandakan saingan yang saintifik dan cerita keagamaan yang semulajadi serta asal kehidupan manusia. Sebenarnya semua pemikiran Ibnu Tufail tercatat dalam Hayy Ibnu Yaqdhan.Tujuan penulisan beliau adalah untuk melihat kebenaran (Al-Haqq) menurut cara yang telah dilalui oleh para Al-Zauq dan Musyahadah yang telah mencapai tingkat kewalian. Selain itu, untuk membangkitkan minat atau sebagai galakan agar manusia bersedia menempuh jalan itu.Ibnu Tufail banyak terpengaruh dengan falsafah Plato dalam mengarang buku ini.Ditulis pemikiran-pemikiran beliau dalam bentuk novel alegori yang mengaitkan gabungan falsafah antara akal dan agama dalam pencarian kebenaran yang hakiki.
Novel ini mengisahkan dua jenis kehidupan manusia di dua pulau, iaitu kehidupan individu manusia dan kehidupan masyarakat manusia. Kedua-dua kehidupan tersebut mempunyai perbezaan dari sudut pemikiran dan ma’rifah masing-masing.Terdapat tujuh fasa yang telah dijelaskan di dalam novel Hayy Ibnu Yaqdhan, iaitu :
I. Hayy dijaga dan dibesarkan oleh seekor rusa betina (gazelle) sehingga dapat mengetahui tingkah laku dan bahasa binatang di sekelilingnya. Dia mula melihat perbezaan di antara dirinya dengan bintang-binatang lain dan mula menutupi tubuhnya dengan daun dan bulu. Bahkan dia menyimpan makanan sebagai persiapan.
II. Rusa yang memelihara Hayy mati. Dia berusaha untuk mengetahui penyebab kematian rusa ini dan binatang-binatang lain. Hasil penyelidikannya, beliau menemukan bahawa jantung yang berhenti menandakan berakhirnya kehidupan seseorang manusia itu. Hayy mula mengetahui jiwa merupakan penggerak bagi jasad.
III. Hayy mengetahui kewujudan api, kegunaan dan sumbernya. Beliau merasakan api dapat memberikan penerangan dan membangkitkan kepanasan.
IV. Hayy mengetahui kesatuan dan keberagamaan pada jasad dan jiwa. Pada tahap ini pemikirannya sampai kepada pengakuan Tuhan dan mula mempercayainya.
V. Hayy merenung ke langit dan memerhatikan benda-benda yang terdapat di langit. Berdasarkan penelitiannya ia dapat mengetahui astronomi. Namun yang lebih penting lagi dengan melihat ketertiban serta pergerakan dan perubahannya, ia memikirkankesamaan dengan bumi atau makhluk bumi dan menyimpulkan adanya penggerak tertentu yang sama untuk semuanya iaitu Tuhan (The Perfect One).
VI. Hayy mencari pancaindera yang terdapat dalam dirinya dan beliau menemukan apa itu akal (reason), roh (spirit) dan jiwa (soul). Beliau hidup dengan kerendahan rohani sambil merenung tentang segala ciptaan sebagai teofani (tajalliyat) Sang Wajibul Wujud (The necessary being).
VII. Hayy berjumpa dengan Asal, seorang ahli ibadah yang hidup secara zuhud dan beliau telah belajar tentang kehidupan agama Islam. Sejak itu, Hayy sudah memasuki ke bidang agama dan peradaban. Pada mulanya kedua-dua mempunyai pemikiran yang berbeza dan akhirnya mempunyai kesimpulan yang sama. Asal membawa Hayy kepada kaumnya dan memperingatkan kaumnya supaya merenungi tanda-tanda kekuasaan Sang Pencipta, dan telah berlaku perselisihan diantara Asal dan kaumnya termasuk Hayy.
VIII. Kesimpulannya Hayy mengetahui yang Tuhan itu hebat, bijaksana, sempurna dan menjadi petunjuk setiap manusia. Beliau melihat bahawa kebahagiaan dapat dicapai apabila seseorang sentiasa berhubung dengan Tuhan dan mengingati Tuhan dari perkara-perkara duniawi.

Jika dilihat, maka didapati tiga hal dalam kisah antara Hayy dan Asal yang mereka menjadi lambang tiga hidup yang berlainan :-
I. Hayy Ibnu Yaqdhan sebagai lambang kekuatan akal dalam mencapai suatu kesimpulan atas keyakinan kepada Tuhan dengan memikirkan alam dengan isinya serta dirinya sendiri sehingga sampai keyakinan kepada Tuhan.
II. Ketokohan Asal sebagai tokoh agama yang memikirkan wahyu sebagai kebenaran, dan sampai kepada keyakinan kepada Tuhan. Disini dapat dilihat kesesuaian di antara falsafah dan agama.
III. Keadaan di sekeliling sebagai fakta kehidupan.

Akhir cerita, Hayy bertemu dengan hakikat utama yang dicarinya.Berdasarkan buku ini Barat menetapkan Ibnu Tufail sebagai pelopor konsep Autodidactism dan konsep Tabula rasa. Falsafah yang terdapat dalam buku ini dapat dijumpai pada karya-karya Thomas Hobbes, John Locke, Isaac Newton dan Immanuel Kant dalam pelbagai variasi.

PEMIKIRAN IBNU TUFAIL

Falsafah dan Agama
Menurut Ibnu Tufail falsafah dan agama adalah selaras, bahkan merupakan gambaran dari hakikat yang satu.Ibnu Tufail menyedari terdapat perbezaan tahap akal antara sesama manusia melalui gambaran tokoh-tokoh dalam falsafah tersebut.Disebabkan itu, beliau menganggap tidak semua sampai kepada Wajib al-Wujud dengan jalan berfalsafah seperti yang ditempuh Hayy. Asal, Salaman dan masyarakat lain tidak mungkin dapat mengenali Al-Haq, kerana keterbatasan akal mereka. Oleh itu, terdapat seorang penolong iaitu adanya nubuwwah yang berfungsi menjelaskan sesuatu sesuai dengan kadar akal manusia. Asal mempunyai akal yang lebih tinggi berbanding akal Salaman dan masyarakat awam. Disebabkan itu ia memahami syari’at dan menerima pengalaman-pengalaman Hayy.
Huraian menunjukkan keberhasilan Ibnu Tufail dalam pelbagai pemikiran yang berkembang di masanya dalam satu karya, Hayy Ibnu Yaqdhan. Ibnu Tufail juga menggambarkan bahawa dengan akal “khusus” setelah melalui pemikiran dapat mengetahui kebenaran yang tertinggi iaitu Allah, sama seperti yang dijelaskan di dalam wahyu. Oleh itu, wahyu amat diperlukan untuk memberi bimbingan kepada akal yang tidak dapat mencapai tahap khusus, juga sebagai petunjuk pelaksanaan ibadah.

Epistimologi
Ibnu Tufail menunjukkan dua jalan untuk sampai kepada objek pengetahuan yang Maha Tinggi atau Tuhan.Jalan pertama ialah wahyu, seperti yang dialami Asal, dan jalan kedua adalah falsafah seperti yang dilakukan Hayy, jalan pertama lebih pendek dari jalan kedua.
Dari kesimpulan cerita dapat digambarkan bahawa ma’rifah (pengetahuan) melalui akal ditempuh dengan jalan keterbukaan, peneliti, pencarian, generalisasi dan menyimpulkan. Oleh itu, ma’rifah merupakan sesuatu yang dilatih bermula dari yang konkrit kepada yang abstrak, dari yang khusus kepada yang global. Seterusnya dilanjutkan dengan pemerhatian yang berterusan. Ibnu Tufail juga menjelaskan proses fungsinya, apa yang ditangkap oleh pancaindera disampaikan ke otak, kemudian otak mengolahnya dan mengembalikannya ke seluruh badan melalui saraf yang sama.


Kosmologi Cahaya
Ibnu Tufail menerima prinsip dari satu tidak ada lagi apa-apa kecuali satu itu. Manifesto kemajmukan kewujudan dari yang dijelaskan dalam gaya Neo-Platonik yang melihat sebagai tahap-tahap berurutan pemancaran yang berasal dari cahaya Tuhan. Proses itu pada prinsipnya sama dengan refleksi terus cahaya matahari ke cermin.

Jiwa
Ibnu Tufail berkaitan dengan konsep tentang jiwa pada asalnya selaras dengan konsep Al-Farabi.Terdapat tiga kategori jiwa iaitu pertama jiwa Fadhilah iaitu yang kekal dalam kebahagiaan kerana mengenali Tuhan dan menumpukan perhatian dan renungan kepadaNya, jiwa ini ditempatkan di syurga.Kedua, jiwa Fasiqah iaitu jiwa yang kekal dalam kesengsaraan dan tempatnya di neraka, kerana pada asalnya jiwa ini mengenal Allah tetapi telah meninggalkannya dan melupakanNya dengan melakukan maksiat.Ketiga, jiwa Jahiliyyah iaitu jiwa yang musnah kerana tidak pernah mengenal Allah.

KARIER IBNU TUFAIL

Kecintaan Ibnu Tufail kepada buku-buku dan ilmu pengetahuan mengalahkan cintanya kepada manusia lain. Hal ini menjadikan beliau seorang ilmuan dalam pelbagai bidang seperti doktor, penulis, ahli falsafah Islam, ahli hukum dan ahli matematik.Beliau mendalami ilmu kedoktoran dan falsafah di Seville dan Gordova.Karier Ibnu Tufail bermula sebagai doktor praktikal di Granada. Disebutkan beliau adalah salah seorang doktor yang masyur, ahli matematik dan penyair di kota Granada. Ketekunan dan kesungguhan beliau telah mengangkatnya menjadi doktor peribadi Gubernur dan Setiausaha peribadinya untuk 2 wilayah iaitu Sabtah dan Thaniah. Seterusnya beliau menjadi doktor peribadi Abu Yusuf Ya’qub Al-Mansur Ibnu Abd Mu’min, Sultan Morocco kedua dari Dinasti Muwahhidun الموحدون(558H/ 1163M-580H/ 1184M).
Pada zaman khalifah Abu Yusuf Ya’qub.Ibnu Tufail mempunyai pengaruh yang besar dalam pemerintahan.Di samping itu, beliau merupakan seorang menteri yang baik, tidak pernah kenal erti tamak atau masuk dalam dunia konspirasi yang telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pemimpin.Khalifah Abu Yusuf Ya’qub mencintai ilmu pengetahuan dan secara khusus adalah peminat falsafah serta memberi kebebasan berfalsafah.Disebabkan itu, menjadikan pemerintahannya sebagai permulaan pemikiran falsafah dan menurut Sepanyol, seperti dikatakan R.Briffault sebagai “tempat kelahiran kembali negeri Eropah”.

Kemudian Ibnu Tufail mengundurkan dirinya dari jabatan beliau sebagai doktor pemerintah pada tahun 578H/ 1182M, kerana usianya yang sudah uzur.Kedudukannya itu digantikan oleh Ibnu Rushd atas permintaan Ibnu Tufail.Beliau amat percaya kepada Ibnu Rushd, muridnya.Diceritakan, “Suatu hari Ibnu Tufail memanggil saya dan memberitahu saya, ” kata Ibnu Rushd dalam buku catatannya.Ibnu Tufail memintanya untuk menggantikan kedudukannya.“Saya yakin kamu boleh kerana saya tahu kemampuan kamu” kata Ibnu Tufail.Disebabkan itu, beliau meminta Ibnu Rushd untuk menggantikan kedudukannya.Namun begitu, Ibnu Tufail tetap mendapat penghargaan dari Abu Yusuf Ya’qub dan beliau sendiri hadir dalam upacara pemakaman Ibnu Tufail pada 581H.

KESIMPULAN

Ibnu Tufail merupakan seorang tokoh falsafah Islam dari dunia Islam Barat yang menguasai dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran, matematik, fizik, metafizik dan sebagainya.Walaupun pemikirannya berbeza dengan pemikiran tokoh-tokoh falsafah lain tetapi tidak semua, terdapat juga pemikiran dan pendapatnya selaras dengan tokoh-tokoh falsafah lain.
Salah satu peninggalan yang diwariskan untuk generasi seterusnya adalah Hayy Ibnu Yaqdhan, novelnya yang masyhur.Novel yang dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran Ibnu Tufail yang meliputi pelbagai aspek dan bidang seperti pemikiran dalam bidang falsafah dan agama, epistimologi, kosmologi cahaya dan jiwa.
 Hayy Ibnu Yaqdhan ini juga menggambarkan kedalaman dan ketajaman falsafah dan hikmah yang dimiliki oleh Ibnu Tufail dimana beliau menjelaskan tentang pertemuan di antara akal dan wahyu dalam satu titik pengetahuan iaitu pengetahuan akan wujudnya Tuhan dan kebenaran.

RUJUKAN

1) Dr. T. J. DE. Boer. 1903. The History of Philosophy in Islam. Trans. Edward R. Jones.London, Luzac and Company LTD.
2) F. C. Copleston. 1972. History of Medieval Philosophy. London: Methuen and Co LTD
3) Majid Fakhry. 1997. Islamic Philosophy Theology and Mysticism. United States of America:One World Publication
4) M. Saeed Sheikh. 1982. Islamic Philosophy. Great Britain: The Octagon Press LTD
5) Sami S. Hawi. 1974. Islamic Naturalism and Mysticism. Belgium: E. J. Brill
6) Seyyed Hossien Nasr & Oliver Leaman. 1996. History of Islamic Philosophy (Part I).London : Routledge

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment