Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Abdul Qasim Al-Zahrawi Seorang Ahli Bedah Arab

Pendahuluan
Abul Qasim Khalaf bin al-Abbas- al-Zahrawi ialah seorang ahli bedah Arab terkemuka. Orang-orang Barat mengenalinya dengan panggilan Abulcasis. Beliau dilahirkan pada tahun 936M dan wafat tahun 1013 M di Kota al-Zahra. Awalnya ia dikenal sebagai seorang fizikawan, sampai akhirnya ia memperkenalkan teori-teori dan alat-alat bedah dalam ilmu kedokteran, barulah orang lain mengenalinya sebagai doktor ahli bedah. 

Nama sebenar Al-Zahrawi adalah Abu Al-Qasim Khalaf bin ‘Abbas al Zahrawi. Di barat beliau dikenali sebagai Abulcasis. Dilahirkan sekitar tahun 936 hingga 940 di Bandar Di Raja Zahrah, berdekatan Cordoba, Andalusia (Sepanyol). Beliau mendapat pendidikan di Cordoba dan telah mengamalkan professionnya di Bandar Al Zahrah sebagai saorang pengamal perubatan, pakar bedah dan ahli farmasi. Beliau berketurunan puak Ansar arab yang telah lama menetap di Sepanyol. Ketokohan Al-Zahrawi sebagai pakar perubatan moden dan terkemuka telah tersohor di Negara Sepanyol, Afrika Utara, Kerajaan Islam Timur dan di Eropah Barat. Ketokohannya ini telah menyebabkan Raja Sepanyol ketika itu King Al-Ahkam II telah melantik beliau menjadi doktor peribadi baginda. Sepanjang hayat beliau dihabiskan di kawasan kediamannya dan tidak banyak mengembara. Walaubagaimanapun beliau mendapat pengalaman luas merawat mangsa kemalangan dan yang mengalami kecederaan ketika peperangan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1013 masihi. 

Sumbangan. 
Sepanjang hayat beliau, 30 naskah ensiklopedia perubatan (al-tasrif) telah dihasilkan yang merangkumi bidang pembedahan, perubatan, orthopedics, ophthalmology, pharmacology dan nutrisi. Kesemua karya eksiklopedia ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona. Selain daripada karya Ibnu Sina (Avicenna) ‘Qanun Fi Al Tibb’ (The Qanun of Ibn Sina), karya Al-Zahrawi ini telah menjadi rujukan utama di Universiti Perubatan Eropah dari kurun ke 12 hingga kurun ke 17 masihi. Berdasarkani terjemahan ini beliau telah terkenal di Itali pada kurun ke 13M. Dalam separuh abad ke 13M ramai pengamal perubatan dari Itali telah berhijrah ke Perancis dan membawa bersama mereka ilmu perubatan Al-Zahwari. Penghijrahan ini dianggap sebagai asas permulaan pembedahan rasionaldi Perancis. Karya Al-Zahrawi mula terkenal di Eropah pada pertengahan abad ke-12 sehingga namanya menjadi terkenal dalam bidang perubatan sehingga dikatakan setanding dengan Celcus dan Paulus Aeginate. Antara tokoh tokoh perubatan terkenal dunia yang menggunakan Kitab Al-tasrif sebagai rujukan ialah, pakar bedah Roger of Palma, pakar bedah Bruno di Calabre, Lafranc, Nicholas de Flortence, Valeseus & Toronto, Louis of Pisa dan Guillanme de Saliceto. 

Secara keseluruhannya sumbangan Al-Zahrawi kepada pembangunan masyarakat ketika zaman dan sesudah zamannya adalah seperti berikut:
1. Menyediakan maklumat tentang ilmu perubatan yang boleh digunakan dan menjadi rujukan masyarakat. 
2. Menyediakan ruang untuk khidmat penjagaan kesihatan yang baik. 
3. Melahirkan calon doctor bedah yang berkualiti
4. Menyemarakkan aktiviti penterjemahan. 
5. Memperkembangkan bidang perubatan di Eropah khusunya yang berkait dengan pembedahan. 

Penemuan kaedah dan rawatan Al-Zahrawi di dalam bidang pembedahan
Memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan pergigian. Tiga alat yang terkenal ciptaan Al Zahrawi ialah:
1. Alat pemeriksaan luar telinga. 
2. Alat pemeriksaan luar urethra
3. Alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong. 

Al-Zahrawi juga merupakan seorang yang pakar dalam mengubati penyakit menggunakan teknik lecuhan. Teknik ini telah digunakan kepada lebih 50 pembedahan yang beliau lakukan. Beliau juga dapat menerangkan pelbagai bentuk pembedahan penting dalam bidang pergigian, bahkan beliau juga membangunkan teknik untuk menyediakan gigi palsu. Beliau adalah orang pertama yang memperincikan pembedahan kanser payudara, batu karang dan pembuangan ketumbuhan tiroid. 

Sumbangan Al-Zahrāwī Kepada Pembangunan Masyarakat
Al-Zahrāwī memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada pembangunan masyarakat. Sumbangannya meliputi aspek penyediaanmaklumat tentang ilmu perubatan yang boleh digunakan dan dijadikanrujukan oleh masyarakat. Beliau turut menyumbang kepada penyediaanruang untuk khidmat penjagaan kesihatan yang baik, melahirkan calondoktor bedah yang berkualiti, menyemarakkan aktiviti penterjemahan danmemperkembangkan bidang perubatan di Eropah khususnya yang berkaitdengan pembedahan. Rata-rata sumbangan al-Zahrāwī ini bertitik tolak daripada penghasilan karya agungnya iaitu
al-Tasrīf li man ‘Ajiza ‘an al-Ta’līf. 
Penulis sendiri turut memiliki satu salinan buku ini yang diterbitkan olehInstitute for the History of Arabic-Islamic Science, Frankfurt, German pada tahun 1986 dengan kata pengantar oleh Fuad Sezgin

Sumbangan Al-Zahrāwī Dari Segi Penyediaan Maklumat TentangIlmu Perubatan yang Boleh Digunakan dan Menjadi RujukanMasyarakat

Al-Zahrāwī telah menyediakan maklumat mengenai ilmu perubatan yang bukan sahaja boleh digunakan secara praktikal tetapi juga boleh dijadikan rujukan oleh masyarakat khususnya di Andalus. Karyaagung beliau iaitu al-Tasrīfmenjadi bukti kepada kenyataan ini. Karya inimengandungi 30 makalah yang memuatkan pelbagai maklumat mengenaiilmu perubatan. Antara maklumat yang terkandung di dalamnya ialahtentang klasifikasi penyakit, simptom dan cadangan rawatan, dadahsebagai penawar yang berguna dalam semua kes keracunan, julap yangsedap rasanya dan selamat digunakan, ciri-ciri pil julap yang dihasilkandaripada dadah dan ditetapkan dalam pelbagai jenis penyakit, pengawetanmakanan, kegunaan, cara penyediaan dan juga penyimpanan makananyang diawet, serbuk julap dan serbuk bukan julap, pil julap dan pilastringen, farmakologi, ubat gigi, ubat mulut dan tekak, ubat yangdigunakan untuk penyakit dada terutamanya batuk, diet untuk pesakit dan juga untuk orang sihat yang disusun mengikut penyakit, ciri-ciri dadah, potensi dan kualitinya, serta manual pembedahan yang melibatkan kauteri, torehan, tebukan dan pemulihan. 

Maklumat-maklumat mengenai ilmu perubatan yang terdapat dalam al-Tasrīf ini boleh digunakan dan dirujuk oleh masyarakat Islam pada waktu itu. Ini kerana maklumat tersebut tersedia dalam bahasa Arabyang menjadi bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian olehsemua lapisan masyarakat. Ia merupakan bahasa orang awam, dan ia jugamerupakan bahasa yang digunakan oleh saintis dalam penulisan mereka. Malah, inilah satu-satunya bahasa yang digunakan oleh seluruhmasyarakat Islam yang tinggal di dunia Islam sebelah Timur yang berpusatdi Baghdad ataupun di dunia Islam sebelah Barat yang berpusat diCordova. 

Sumbangan Al-Zahrāwī Dalam Melahirkan Calon Doktor Bedahyang Berkualiti
Al-Zahrāwī juga turut memberi sumbangan ke arah melahirkancalon doktor bedah yang berkualiti. Ini kerana calon doktor bedahdisyaratkan supaya menguasai maklumat tentang pembedahan menerusikarya al-Zahrāwī iaitu al-Tasrīf. Syarat ini diletakkan oleh JabatanHisbah yang memainkan peranan penting dalam perlantikan doktor bedah. Ini kerana karya al-Zahrāwī ini memuatkan satu bahagian khususmengenai pembedahan iaitu makalah ke-30. Ia terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama memaparkan perincian mengenai rawatan penyakti secara kauteri, yang digunakan dalam merawat tidak kurang daripada 50 jenis penyakit. Bahagian ini mengandungi 56 bab. 

Sumbangan Al-Zahrāwī Terhadap Perkembangan Bidang Perubatandi Eropah Khususnya yang Berkait Dengan Pembedahan al-Zahrāwī juga turut memberi sumbangan kepada perkembangan bidang perubatan di Eropah. Ini diakui oleh Campbellapabila beliaumenyebut bahawa al-Zahrāwī adalah punca berkembangnya perubatandan pembedahan di Eropah. Malah, Sartonmenegaskan bahawa pengaruhnya berlanjutan hingga kepada zaman Renaissance. Sumbanganal-Zahrāwī ini terbukti apabila karyanya yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh Gerard telah digunakan sebagai buku teksstandard di universiti-universiti di Eropah seperti di Salerno, Itali danMontpellier, Perancis serta beberapa buah sekolah perubatan lain diEropah. Penggunaannya sebagai buku teks berterusan sehingga abad ke-17M. Malah, karyanya juga dianggap sebagai sangat penting untuk pelajar-pelajar perubatan di Eropah pada waktu itu sehinggakan doktor bedah Perancis yang terkemuka iaitu Guy de Chauliac telah menjadikanversi Latin kepada karya al-Zahrāwī sebagai lampiran dalam bukunyamengenai pembedahan. Caparwolph pula telah menerbitkan satu bahagian daripadaal-Tasrīf iaitu mengenai ginekologi dalam bukunyaCollection Gynaeciorum. Senario ini menjelaskan betapa besarnya sumbangan al-Zahrāwī khususnya menerusi karyanya al-Tasrīf terhadap perkembangan bidang perubatan di Eropah, sehingga ia menjadi rujukan penting bidang perubatan di Eropah pada waktu itu. 

Sumbangan Al-Zahrāwī Dari Segi Penyediaan Ruang Untuk KhidmatPenjagaanKesihatan yang Baik Menerusi maklumat tentang ilmu perubatan yang didedahkandalam karyanya al-Tasrīf, al-Zahrāwī secara tidak langsung telahmemberikan sumbangan kepada masyarakat dengan menyediakan ruanguntuk khidmat penjagaan kesihatan yang baik. Ini kerana karangan beliausarat dengan maklumat tentang penjagaan kesihatan yang baik. Salah satucontoh maklumat tersebut ialah diet seharusnya dilihat dari segi khasiatmakanan dan bukannya kelazatan. Namun, makanan yang berkhasiat danlazat sangat digalakkan terutamanya dalam proses pemulihan atau penyembuhan. Ini menunjukkan bahawa beliau telah menyediakan ruangkepada masyarakat berkenaan cara penjagaan kesihatan yang baik dan boleh dipraktikkan dalam amalan penjagaan kesihatan harian mereka. 

Sumbangan Al-Zahrawi selain daripada bidang pembedahan
1. Beliau telah memberikan sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat. 
2. Mengkaji dan penyakit dan pengkelasan penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi, temperamen, meteorologi dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan. 
3. Beliau dapat menerangkan secara terperinci aplikasi beberapa teknik seperti pemejalwapan dan juga penyiringan (decantation). 
4. Beliau berupakan orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan hemofilia. 
5. Al-Zahrawi banyak menulis mengenai kecederaan tulang dan sambungan. Hasil tulisan beliau adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beliau sendiri. 

Abū al-Qāsim Khalaf bin ‘Abbās al-Zahrāwī merupakan seorangsaintis dan doktor yang berpengalaman luas terutamanya berkait denganubat-ubatan tunggal dan sebatian serta pembedahan. Beliau telahmenghasilkan karya agung berjudul al-Tasrīf li man ‘Ajiza ‘an al-Ta’līf. Sebagai doktor yang berpengalaman dan mempunyai karya yang disifatkanoleh Seyyed Hossein Nasr sebagai kemuncak kegemilangan pembedahandalam Islam, tentu sekali beliau telah menyumbang sesuatu kepada pembangunan masyarakat. Malah dalam banyak keadaan, sumbangannyasering dikaitkan dengan karyanya al-Tasrīf. 

Dalam bahasa Inggeris, kitab ini dekenali sebagai “The Method of Medicine”. Terdiri daripada 30 jilid yang merangkumi pelbagai aspek sains perubatan. Ia merupakan kitab tulisan Al-Zahrawi yang paling terkenal dan paling banyak diterjemahkan. Diterjemahkan ke Bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona. Seterusnya diterjemahkan ke bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Kitab ini merupakan kitab beliau yang paling terkenal dan paling banyak diterjemahkan ke bahasa lain. 

Sebahagian atau keseluruhan buku al-Tasrif telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa terutama sekali Latin, Perancis, Sepanyaol dan Hebrew dan diterbitkan di Venice(1497), Strassburgh (1532) dan Oxford (1778). Aspek paling penting di dalam buku ini adalah 3 buku mengandungi aspek pembedahan. Aspek pembedahan ini merangkumi rawatan pembedahan yang ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri menjalankan pembedahan sebenar. Tiga bahagian yang disebutkan tadi ialah:
1. Bahagian pertama memaparkan perincian mengenai rawatan penyakit secara kauteri, yang digunakan dalam merawat tidak kurang daripada 50 jenis penyakit. Bahagian ini mengandungi 56 bab. 
2. Bahagian kedua pula memperkatakan sejumlah pembedahan yang menggunakan alat seperti pisau. Bahagian ini mengandungi 99 bab. 
3. Bahagian ketiga membincangkan mengenai rawatan anggota yang luka dan patah. Ia mengandungi 35 bab. 

Elemen penting yg terdapat di dalam kitab dan yang ditulis Al-Zahrawi ialah:
a. Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain. 
b. Alat dan teknik yang digunakan oleh al-Zahrawi dibicarakan dengan terperinci dan beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat olehnya. 
c. Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika itu. Beliau dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan, persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadan unggul dan cara terselamat pemberian ubat dan diet. Kesemua anjuran yang dibuat olehnya adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud pada ketika itu. 

Dalam Kitab At-Tasrif juga, Al-Zahrawi memuatkan info-info penting berkenaan dengan tips kesihatan dan diet seimbang bagi pesakit. Sebagai tambahan, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan seperti ubatan herba. Ubat-ubatan beliau dihasilkan dari teknik penyulingan dan pemejalwapan. Beliau juga menjadi orang pertama memperihalkan secara terperinci mengenai hemofilia. 

Hemofilia merupakan penyakit keturunan yang berpunca akibat kekurangan faktor pembekuan darah. Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius apabila terluka. Al-Zahrawi juga memperkenalkan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat, Selain itu, Al-Zahrawi juga memperkenalkan teknik pengikat di lengan untuk menghentikan aliran darah ketika berlaku pendarahan yang teruk. Sumbangan Al-Zahwari ini ternyata amat besar dan mencapah. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan dan pembedahan malahan ada yang mendakwa Al-Zahrawi juga turut mahir dalam bidang kosmetik dan kecantikan. Beliau telah memperkenalkan minyak gosok serta kepentingannya. Cara-cara penyediaan minyak gosok daripada bahan-bahan asas juga pernah dicatat oleh beliau dalam karyanya At-Tasrif. Al-Zahrawi juga menggunakan zat minyak yang disebut sebagai Adhan untuk rawatan dan kecantikan. Bukan hanya itu, malahan Al-Zahrawi juga memperkenalkan jenis-jenis wangian yang pelbagai dan penuh beraroma. Teknik-teknik menguatkan gusi serta memutihkan gigi juga telah diperkenalkan oleh tokoh hebat ini. Oleh itu, masyarakat Islam Andalus pada abad ke-12 telah mengetahui dan menggunakan produk-produk kecantikan antaranya krim tangan, pembersih mulut dan pembersih hidung. 

Pada zaman keemasan Islam itu juga, masyarakat telah menggunakan sejenis detergen yang bernama Lenor untuk wangian dan pencuci pakaian agar sentiasa harum dan segar. Kaedah berbekam juga turut dicatatkan oleh Al-Zahrawi dalam kitabnya. Beliau mengatakan penggunaan cawan atau alat berbekam boleh diperbuat daripada tanduk, kayu, tembaga, atau kaca. Kaedah rawatan berbekam mempunyai dua cara, berbekam kering, (dengan api atau tanpa api) dan bekam basah. Al-Zahrawi menggunakan minyak beraroma dan air sebelum dan selepas berbekam untuk mempercepatkan penyembuhan. Beliau hanya menyarankan penggunaan lintah untuk berbekam pada anggota badan yang tidak boleh berbekam secara biasa seperti hidung dan jari. Jelas di sini ianya tidak selari dengan pandangan umum yang boleh menggunakan lintah untuk bekam secara meluas. 

Antara kitab yang lain adalah :
a. Kitab Al-Maqalah fi Amal Al-Yad Ala Fanni Al-Jarahah. 
b. Kitab A'mar Al-Aqaqir yang di dalamnya terdapat perbahasan khusus bagi setiap jenis ubat termasuk sebab penamaannya, cara pembuatannya dan manfaatnya. Di dalamnya juga disebutkan nama-nama tumbuhan herbal dalam bahasa Suryani, Yunani, Persi dan Barbar. 
b. 
Abu AL-Qasim Al-Zahrawi yang hidup antara tahun 936 hingga 1013 Masehi adalah seorang lagi saintis Islam terhebat yang banyak meletakkan asas dalam bidang perubatan. Sungguh menakjubkan, kepakaran Al-Zahrawi bukan sekadar terhad dalam satu bidang sahaja iaitu surgeri yang menjadi keistimewaannya, tetapi juga dalam beberapa bidang lain. 

Islam sama sekali tidak bertentangan dengan peradaban walaupun orang-orang yang tidak senang dengan Islam selalu berpandangan bahawa suatu negara, kelompok masyarakat atau individu yang berpegang teguh terhadap Islam, maka kemajuannya akan terkekang. Namun sejarah Islam mencatat hal yang berbeza dari yang mereka katakan, terbukti dengan kehadiran seorang Abul Qasim al-Zahrawi, seorang bijakpandai dalam ilmu bedah. 

Orang-orang Eropah boleh berbangga dengan kemajuan ilmu kedokoran yang mereka miliki sekarang ini, tapi umat Islam adalah pencetusnya. Cukuplah apa yang dikatakan oleh seorang pakar dalam anatomi Eropah, Hallery, sebagai buktinya. Hallery mengatakan, “Seluruh pakar bedah Eropa sesudah abad ke-16 menimba ilmu dan berpandukan kepada perbahasan buku al-Zahrawi. ”

Rujukan
1. Badiatul Muchlisin dan Junaidi Abdul Munif. (2009). 105 Tokoh Penemuan & Perintis Dunia. Yogyakarta: NARASI. 
2. Dr. Danial Zainal Abidin. (2008). Al-Quran for Life Excellence (Tips-tips Cemerlang dari Al-Quran). Jakarta Selatan: PT Mizan Publika. 
3. Dudung Abdurrahman. (2003). Sejarah Peradaban Islam. Yogyakarta: LESFI. 
4. Ridwan Abqary. (2010). 101 InfoTentang Ilmuan Muslim, Ridwan Abqary. Jakarta Selatan: PT Mizan Publika. 
5. Syaifuddin Al Indunisi. Ensiklopedia. Jakarta: PT Elex Media Komputindo. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment