Monday, October 12, 2015

(Ibnu Sina Sebagai Tokoh Pelbagai Bidang)

Oleh: Nur Iwani Binti Zahari 2014229022

PENGENALAN

Ibnu Sina hanyalah nama gelaran atau nama sebenar beliau ialah Syeikhur Rais, Abu Ali Husein bin Abdillah bin Hasan bin Ali bin Sina. Gelaran lain yang diberikan kepada beliau ialah Avicenna atau Bapa Perubatan Islam. Ibnu Sina dilahirkan sekitar 980 M atau 370 H di Afshana di mana terletak berdekatan Bukhara iaitu ibu kota Samanid Empire atau sekarang lebih dikenali sebagai Uzbekistan.

Pada usia 5 tahun, Ibnu Sina mula mempelajari Al-Quran dan beliau berjaya menghafaz Al-Quran pada usia sangat muda iaitu 10 tahun. Beliau juga mempelajari pelbagai ilmu lain seperti ilmu fikah, ilmu hisab, ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu muzik, ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu sastera, ilmu falsafah, ilmu geometri dan banyak lagi. Beliau mula mempelajari ilmu perubatan pada usia 16 tahun melalui perkhidmatan dan rawatan orang sakit. Pada usia 18 tahun pula, beliau telah menjadi “Doktor Di Raja”.

Karya Ibnu Sina yang paling terkenal ialah Al Qanun fi al-Tibb iaitu mengenai Peraturan Perubatan.Karya ini mempunyai 14 jilid dan mengandungi pelbagai himpunan ilmu perubatan. Antara karya-karya beliau yang lain ialah Al-Majmu iaitu karya pertama beliau mengenai ilmu pengetahuan, Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah iaitu tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional, Illahiyat iaitu bidang metafizik mengenai ilmu ketuhanan, Kitab an-Nayat iaitu bidang psikologi mengenai kebahagiaan jiwa dan Risalah fi-Asab Huduts al-Huruf iaitu tentang sebab terjadinya huruf dan banyak lagi karya karya termasyhur beliau.

KEPERIBADIAN IBNU SINA

 Ibnu Sina ialah seorang yang taat pada perintah agama.Beliau tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Allah SWT terutamanya apabila beliau menghadapi sesuatu masalah dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.Beliau juga rajin ke masjid untuk beribadah dan berdoa memohon petunjuk daripada Allah SWT.Kita patut mencontohi perwatakan Ibnu Sina.Ini kerana, manusia zaman sekarang hanya ingatkan Tuhan mereka dikala mempunyai kesulitan atau masalah dalam hidup.

 Ibnu Sina juga seorang yang sangat tekun.Beliau tekun mempelajari pelbagai bidang ilmu yang sangat luas.Antara ilmu yang dikuasai beliau ialah ilmu perubatan, ilmu falsafah, ilmu fizik, ilmu hisab, ilmu geomatik, ilmu geografi, ilmu kimia, dan banyak lagi.Yang paling menarik ialah beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.

 Seterusnya, Ibnu Sina ialah seorang yang sangat inovatif.Beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutamanya dalam bidang perubatan. Beliau juga seorang yang tidak pernah berputus asa dan beliau akan berusaha bersungguh sungguh mempelajari apa jua ilmu tanpa mengenal erti penat lelah sehinggalah berjaya.

KARYA IBNU SINA

Ibnu Sina telah menghasilkan pelbagai karya.Beliau menghasilkan sebanyak 250 buah karya dan karya beliau masih kekal sehingga hari ini.116 buah karya daripanya ialah mengenai ilmu perubatan.Kebanyakan karyanya ditulis dalam Bahasa Arab dan ada beberapa karyanya ditulis dalam Bahasa Parsi.Karya pertama yang dihasilkan beliau ialah Al-Majmu.Al-Majmu adalah karya yang ditulis mengenai pelbagai ilmu pengetahuan.Karya Ibnu Sina yang paling termasyur ialah al Qanun Fitt Tibb atau terjemahannya ialah Peraturan Perubatan.Karya ini mempunyai 14 jilid dan mengandungi himpunan pelbagai ilmu perubatan.Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti Eropah hingga ke abad 17 M. Karya ini telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihkan bahasa ke dalam Bahasa Inggeris yang berjudul Precepts of Medicine. Karya ini dicetak dalam 15 bahasa dalam masa 100 tahun dan terus dicetak sehingga abad ke 19 dan digunakan
leh para pelajar perubatan.

 Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul al-Adwiyat al-Qalbiyyah atau terjemahan Inggerisnya ialah The Remedies of the Heart.Buku ini mengandungi sajak mengenai perubatan. Beliau telah memperkenalkan dan menghuraikan sebanyak 760 penyakit di dalam buku ini bersama cara untuk mengubatinya. Karya ini bukan sahaja menceritakan mengenai ilmu perubatan sahaja tetapi turut diselitkan mengenai pelbagai bidang ilmu yang lain seperti ilmu astronomi, ilmu metafizik, ilmu agama, ilmu falsafah dan banyak lagi.

Karya Ibnu Sina lain yang terkenal ialah sebuah ensiklopedia yang berjudul “Kitab As-Syifa”. Karya ini merupakan titik puncak falsafah dalam Islam.Kitab ini antara lain berisikan tentang huraian falsafah dengan segala aspeknya. As-Syifa terdiri dari 10 jilid yang membincangkan tentang fizik, metafizik, dan matematik dalam perbahasan Latin kitab ini dikenali dengan nama Sanatio atau Sufficienta. Ringkasan kajian dalam As-Syifa juga dimuatkan dalam buku An-Najat khusus mengulas mengenai fizik dan metafizik dan dicetak di sebuah percetakan batu di Tehran.Manakala bidang logik dimuatkan dalam buku Al-Burhan dan terbit pada tahun 1954 di Kaherah.

Kitab lain ialah An-Najah, yang merupakan kitab yang mengandungi ringkasan dari kitab As-Syifa, kitab ini ditulis oleh Ibnu Sina untuk para pelajar yang ingin mempelajari asas-asas ilmu hikmah, selain itu buku ini juga secara lengkap membincangkan tentang pemikiran Ibnu Sina mengenai ilmu Jiwa.Al Najah terdiri daripada 4 bahagian iaitu logik, fizik dan metafizik yang dipersiapkan sendiri oleh Ibnu Sina.

Seterusnya, Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah, yang merupakan karyanya dalam bidang ilmu fizik. Buku ini ditulis dalam bahasa Arab dan masih tersimpan dalam pelbagai perpustakaan di Istanbul, penerbitannya pertama kali dilakukan di Kaherah pada tahun 1910 M, sedangkan terjemahannya dalam bahasa Yahudi dan Latin masih terdapat hingga sekarang.

SUMBANGAN

 Sumbangan Ibnu Sina dalam ilmu psikologi dimana beliau telah memperkembangkan ilmu ini yang juga sebahagian daripada bidang perubatan.Beliau telah memperkenalkan ilmu perubatan psikosomatik atau sangat dikenali sebagai psychomatics medicine pada hari ini.Dalam pada itu, Ibnu Sina juga telah memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung.Ini adalah untuk mengenalpasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Di Pakistan, Afghanistan dan Parsi, diagnosis ini dipraktikkan oleh para hakim atau doktor-doktor muslim melalui denyutan jantung. Lagi fakta yang didapati oleh seorang doktor tabii dari Amerika pada tahun 1981 mengatakan bahawa para hakim di Parsi, Afghanistan, India dan China sangat berkebolehan dalam denyutan jantung.Ini merangkumi denyutan kuat atau lemah.Melalui ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin dapat mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit tersebut.

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama merekodkan bahawa penyakit paru-paru atau pulmonary tuberculosis adalah suatu penyakit yang berjangkit dan beliau menceritakan dengan lebih terperinci mengenai tanda-tanda penyakit kencing manis dan punca berlakunya penyakit itu. Ibnu Sina sangat berminat bidang yang berkisarkan mengenai kesan akal atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Perbezaan antara ilmu psikologi barat dan psikologi islam adalah seperti berikut. Menurut Ibnu Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurut beliau, jiwa itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan imaginasi dan anggaran.Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai factor utama kepada tingkah laku.
Dari segi Islam pula berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti saintifik yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain. Menurut Abdul Hamid (1989), penyelidikan mengenai diri manusia ternyata merupakan jalan yang paling singkat dan paling pasti kepada mempercayai Tuhan.

Sesetengah ahli psikologi berpandangan bahwa psikologi telah menjadi sains yang kekurangan subjek utamanya iaitu jiwa.Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku.Menurutnya lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat.

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang falsafah dimana beliau berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan.Ahli falsafah Yunani telah mengemukan pandangan seperti Pythagoras.Pythagoras digunakan untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian yang berlaku. Menurut Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka dan angka tersebut sangat berkuasa di alam ini. Menurut pandangan Iman al-Ghazali, beliau telah menyifatkan bahawa fahaman Ibnu Sina itu adalah sesat dan lebih teruk daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Ibnu Sina sebenarnya tidak pernah menolak tentang kekuasaan Tuhan.Beliau telah menyatakan dalam buku An-Najah bahawa pencipta yang dinamakan sebagai “Wajid al-Wujud” ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak dibahagikan dalam apa cara sekalipun. Ibnu Sina telah menulis mengenai pemikiran dan konsep ketuhanan dalam bab Himah Illahiyyah dalam fasal “Tentang adanya sususan akal dan nufus langit dan jirim atasan”.

Pemikiran Ibnu Sina telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan mengenai zat Allah.Imam al-Ghazali telah membahaskan mengenai pemikiran Ibnu Sina dalam penulisannya di dalam buku yang berjudul Tahafat al’Falasifah iaitu terjemahannya ialah Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam.Sesungguhnya, Ibnu Sina bukan sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

 Pengaruh pemikiran falsafah Ibnu Sina seperti karya pemikirannya dalam bidang perubatan tidak hanya tertumpu pada dunia Islam tetapi juga tertumpu di Eropah.Albertos Magnus adalah orang pertama yang menulis penjelasan lengkap mengenai falsafah Aristotle.Ia dikenali sebagai perintis utama pemikiran Aristotle Kristian. Dia mengenalpasti pemikiran ahli falsafah besar Yunani itu daripada buku-buku Ibnu Sina.Falsafah metafizik Ibnu Sina adalah ringkasan dari tema-tema falsafah yang kebenarannya diakui dua abad selepasnya oleh para pemikir Barat.

CADANGAN

 Kita sebagai manusia biasa perlulah mempunyai sifat tidak pernah berputus asa dalam apa jua perkara yang kita lakukan demi untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai contoh, Ibnu Sina tidak pernah jemu dan tidak putus asa dalam menuntut pelbagai bidang ilmu sejak dia masih kecil.Dan sehingga sekarang segala karya beliau digunakan dalam pelbagai tujuan dan bidang.Ibnu Sina juga adalah seorang tokoh yang perlu diingati sepanjang zaman.Jika ingin dibandingkan keperibadian Ibnu Sina dan masyarakat zaman sekarang, ianya sangat jauh berbeza disebabkan dunia sekarang terlalu maju dan masyarakat semakin malas berusaha untuk mendapatkan sesuatu ini disebabkan oleh kecanggihan teknologi yang ada.

 Seterusnya, kita perlulah taat kepada perintah agama.Seseorang itu perlu tahu bahawa Tuhan itu wujud dan sebagai orang Islam kita percaya kepada Allah SWT.Sekiranya kita ingin berjaya di dunia mahupun di akhirat, semestinyalah kita wajib mengingati Allah SWT kerana dialah yang memberikan segalanya untuk kita. Tapi untuk mendapatkan sesuatu bukanlah bergantung kepada Allah semata, kita perlulah juga berusaha untuknya, Sebagai contoh, Ibnu Sina tidak pernah lupa untuk beribadah dan berdoa kepada Allah sekiranya beliau mempunyai masalah dan dengan cara berdoa beliau yakin pasti ada jalan penyelesaiannya.

 Selain itu, kita juga perlu berani mencuba sesuatu yang baru.Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan tersendiri dalam sesuatu bakat.Sebagai contoh, kita mahir dalam ilmu kimia, tidak salah jika kita ingin menceburi bidang-bidang lain seperti memasak, perniagaan dan sebagainya.Itulah yang dikatakan berani untuk mencuba sesuatu yang baru.Contoh yang paling relevan mengenai Ibnu Sina ialah dia mempelajari dan menceburi pelbagai bidang ilmu kerana beliau tahu ilmu Allah itu luas.Dia berani untuk belajar dan belajar lebih mendalam dan hasilnya beliau telah menulis beberapa karya bukan dari segi perubatan sahaja malah mengenai ilmu-ilmu lain juga.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Ibnu Sina banyak memberikan sumbangan terhadap peradaban dan tamadun Islam dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam bidang ilmu perubatan.Beliau seorang yang sangat taat kepada perintah agama, seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan seorang yang sangat inovatif. Oleh sebab itu, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu ilmu dan tidak mengenal erti penat dan jemu untuk mencapai sesuatu. Beliau juga akan cuba mencari jalan penyelesaian sekiranya menghadapi sesuatu masalah kerana beliau yakin setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika tiada sikap ini dalam diri Ibnu Sina, pasti beliau tidak dapat menghasilkan karya-karya yang wujud sehingga sekarang dan sangat bermanfaat kepada kita untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu dengan lebih meluas.

Justeru, kita sebagai umat Islam perlulah mempunyai semangat yang kuat untuk berusaha dan mencapai sesuatu yang kita impikan dan janganlah mudah berputus asa kerana kita perlu yakin Allah itu ada untuk membantu dan menyokong kita. Seperti Ibnu Sina, beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan malah hebat dalam bidang-bidang yang lain seperti kimia, geografi, falsafah, astronomi, metafizik, matematik dan banyak lagi sehinggakan dapat mengatasi gurunya iaitu Al-Farabi. Kita perlu mencontohi segala sikap positif yang ada dalam diri Ibnu Sina ini kelak pasti kita akan berjaya.


Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com


1 comment: