Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Tamadun Islam Ialah Tamadun Yang Bersifat Kamil ( Sempurna)

PENGENALAN
Perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari segi perpekstif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi.Dalam erti kata lain ada yang menjelaskan bahawa perkatan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa arab yang merupakan kata kerja dan membawa maksud perbuatan membuka bandara atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana yang diterbitkan perkataan maddani yang merujuk sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan pembandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.Kedua-dua perkataan maddana dan maddani sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan deen yang bermaksud agama iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang dibina atas dasar takwa dankeredhaan (Allah Subhanahu wa ta’ala. dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah sehinggawujudnya sebuah masyarakat yang hidup dengan aman dan harmoni

Perkataan lain pula bahasa arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun ialah hadarah yang berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di Bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Hadarah juga bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah daerah atau bahagian ibu kota dan Bandar.Manakala tamadun dari sudut pandangan Barat lebih mementingkan pencapaian lahiriah seperti aspek penulisan undang undang, kesenian dan pembandaran.

Sebenarnya, sukar untuk menentu takrif yang tepat tentang tamadun sama ada dari segi perspektif Barat ataupun Islam.Ia berpunca dari kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan konsep tamadun.Ini adalah kerana pada pandangan Islam, tamadun dihuraikan sebagai madaniyyah, umran dan hadarah.Manakala pada pandangan Barat, mereka menghuraikan tamadun sebagai civilization yang berasal daripada perkataan Greek, Bandar.

Ahli sarjana Islam seperti Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa tamadun ialah sekumpulan manusia yangh mendiami sebudang tanah yang mempunya perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam pelbagai budang.Al syirazi pula menjelaskan tamadun sebagai perbincangan tentang sesuatu kekuasaan kehebatan kemakmuran, kemajuan sesuatu bangsa atau kaum, pemerintahan yang berilmu, beradab, kemajuan industry dan juga pembangunan ekonomi.

Umar audah al-khatib pula menjelaskan tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

Muhammad Al-bahiy pula menjelaskan tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nila keperibadian manusia dalam bentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusateraan, dan lain lain.

Jurji Zaidan, Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termask bandar-bandar Islamserta terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu terdapat pencapaian yangmerangkumi bidang sains& ilmu pengetahuan& seni bina dan seni mu'ik sertanyanyian

Manakala pandangan ahli sarjana Barat seperti Darcy Riberio, beliau mentakrifkan tamadun mempunyai kaitan rapat sekali dengan pembandaran.
Clive Bell pula menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat.
Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat dan menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun.Karl wifogel telah mendefiniskan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan dari sesuatu Negara.
Menurut Arnold Toynbee pula, tamadun merupakan system masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi, politik, pengetahuan dan seni.
Will Durat pula mentakrifkan tamadun adalah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, system politik, tradisi moral dan kesenian.
Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh berbanding sarjana barat.Ini kerana sarjana Barat kurang menekan unsur keagaman sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun.Sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun.
Bagaimanapun, konsep tamadun yang sering difahami oleh masyarakat harini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata mata. Konsep tamadun sepatutnya dilihat bukan sahaja dari kemajuan dan kemudaha yang sempurna, malahan perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi juga perlu dititikberatkan.

Tamadun juga merupakan mekanisme yang sesuai bagi mengukur tahap kemajuan sesuatu kaum atau bangsa dari zaman ke zaman.Istilah tamadun ini merupakan istilah peradaban atau kemajuan material dan kemajuan sosio-budaya.Kemajuan yang dimaksudkan ini adalah meliputi segala aspek pembangunan yang dicapai oleh sesuatu kaum atau bangsa dalam segala bidang aspek kehidupan harian.

Tetapi, tamadun yang terbaik bagi setiap individu muslim adalah tamadun yang berteraskan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam kerana ia mencakupi atau merangkumi seluruh aspek kehidupan mahupun di dunia ataupun di akhirat kelak.Tamadun yang berteraskan kepada sunnah Baginda Rasulullah bermaksud sebuah tamadun yang wujud pada zaman Rasulullah dengan mengamalkan gaya dan cara hidup yang Islamik yang hanya berpandukan Al quran dan hadis.

KONSEP TAMADUN ISLAM
Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan penerokaan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik (termasuklah dalam bidang senibina dan lain-lain kemahiran), halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tatasusila, adab, tingkahlaku dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa.

Tamadun mempunyai pengertian lebih luas daripada politik, ekonomi dan teknologi. Ianya merangkumi pencapaian sesuatu bangsa dalam bidang kehidupan termasuklah seni dan nilai estetika seperti senibina, seni lukis, kesusateraan dan sebagainya adalah sebahagian daripada komponen tamadun

SUMBER SUMBER TAMADUN ISLAM.
Al Quran
Sejarah: al Quran telah mejelaskan tentang tamadun yang lalu seperti ‘Ad, Thamud, Fir’aun dan kemajuan Saba’

Seimbang: al Quran mengajar manusia supaya hidup bertamadun yang seimbang antara kemajuan kebendaan dan kerohanian.

Sosial: al Quran membimbing tamadun hidup manusia dengan berpandukan kepada hukum yang telah ditetapkan supaya kehidupan mereka sentiasa terjamin dari sudut agama, nyawa, harta, maruah dan keturunan.

Politik: al Quran telah membimbing tamadun manusia dari sudut politik dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh seorang ketua negara kemudian diikuti pula dengan khulafa al Rasyidin seterusnya hingga kini. Setiap pemimpin yang bertamadun sentiasa mengikut garis panduan kepimpinan negara seperti yang terdapat dalam al Quran.

Ekonomi: al Quran telah mentamadunkan ekonomi manusia dengan berbagai-bagai peraturan antaranya larangan riba, rasuah, penipuan dalam timbangan dan larangan mencuri. Islam menghalalkan jual beli, bercucuk tanam, menternak dan sebagainya.

Al Hadith
Dari sudut bahasa Hadith ertinya percakaan. Sunnah ertinya cara hidup. Dari sudut istilah hadith atau sunnah ertinya segala yang keluar dari Rasulullah s.a.w. sama ada percakapan, perbuatan atau pengakuan terhadap para sahabat baginda.

Rasulullah s.a.w. sebagai model yang baik dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan, ketenteraan dan sebagainya.Berdasarkan wahyu ilahi baginda telah menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perkataan, perbuatan dan tingkah laku baginda s.a.w.

Dalam bidang Politik Islam baginda Rasul s.a.w telah memperlihatkan kepada sahabat tentang politik yang bertamadun.Dalam politik Rasul s.a.w. tidak ada unsur penindasan, kezaliman, penganayaan dan sebagainya.Sebaliknya baginda telah menunjukkan sikap yang adil, pemurah, penyayang, belas kasihan, lemah lembut, tolak ansur, berjiwa rakyat, tiada kasta dan sebagainya.

Dalam bidang Ekonomi Islam pula Rasul s.a.w. telah menunjukkan contoh teladan yang amat baik dalam ekonomi.Baginda sering pergi ke pasar dan sentiasa menasihati peniaga-peniaga supaya tidak menipu dan riba dalam perniagaan.Rasul s.a.w. pernah pergi ke ladang kurma untuk memberi bimbingan dan nasihat tentang kewajipan mengeluarkan zakat, sedekah dan sebagainya. Selain dari itu Rasul s.a.w. telah memperkenalkan sistem baru dalam ekonomi seperti sistem zakat, sedekah, wakaf, faraidh, baitulmal, ghanimah, fai', kharaj dan sebagainya.

Dari segi sosial pula Rasul s.a.w. telah menjelaskan tentang tamadun dalam hubungan sosial.Baginda s.a.w. adalah sebagai contoh yang terbaik dalam keluarga dan tetanga.Hingga baginda mengatakan bahawa tidak beriman seseorang kamu hingga kamu menghormati jiran tetanga.Rasul s.a.w. juga menggalakkan supaya ada hubungan silaturrahim sesama masyarakat Islam.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM
Secara umumya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk memartabatkan Islam sebagai Ad-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif.Tamadun Islam daripada segi matlamatnya ialah kita menerangkan Islam itu sendiri kerana Islam yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala melalui Rasul-Nya Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam itu merupakan rangkuman daripada tamadun manusia yang dikeali nama Tamadun Islam.

Ini membawa erti bahawa Tamadun Islam merupakan hasil yang telah dicetuskan sendiri oleh agama Islam berdasarkan ciri-ciri yang telah dicetuskan sendiri oleh agama Islam berdasarkan ciri-ciri yang telah digariskan oleh Allah melalui Rasul-Nya.Oleh itu, matlamat kelahiran Tamadun Islam dapat disimpulkan seperti yang berikut :
- Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayan yang betul, iaitu percaya kepada kekuasaan hanya tertumpu kepada Allah semata-mata.
- Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistem rapi sesuai untuk setiap tempat dan masa.
- Melahirkan manusia yang dapat bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Melahirkan manusia yang kenal diri dan tahu kemana arah tujuan hidupnya.
Manakala matlamat khusus tamadun Islam pula adalah untuk menjalinkan hubungan berikut:
1) HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH Subhanahu wa ta’ala 
 (HABLUMMINALLAH)
Manusia dapat mengenal Allah s.w.t melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengan Nya melalui rukun Islam yang lima. Keimanan mempunyai unsur kekuatan yang mencukupi untuk membangun individu dan masyarakat supaya menjadi umat yang berjiwa besar.
Lihatlah masyarakat Arab Jahiliah yang dahulunya buta huruf dan hidup dalam keadaan mundur tiba-tiba muncul sebagai satu bangsa penakluk, pemerintah dan tamadun yang agung setelah mereka beriman.
Pelaksanaan rukun Islam yang lima mempengaruhi diri individu muslim untuk mengiktiraf secara sukarela tentang kewujudan dan keesaan Allah s.w.t itu sendiri. Keupayaan seseorang melaksanakan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan berjaya membentuk peribadi muslim yang warak dan tawaduk.

Oleh itu, perhubungan dengan Allah s.w.t adalah yang paling unggul, bahagia dan suci murni. Di samping itu, hubungan dengan Allah ada implikasinya tersendiri:
• Pengiktirafan terhadap pencipta
• Pengiktirafan terhadap keagungan pemerintahan-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya
• Pengiktirafan terhadap nikmat-nikmat Allah
• Menyedari dan mengharapkan rahmat Allah
• Penumpuan kepada Allah melalui permohonan dan doa
• Cinta dan rindukan Allah sebagai matlamat

2) HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA
 (HABLUMMINANNAS)
Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t daripada asal keturunan yang satu iaitu daripada Adam a.s. bersama pasangan hidupnya Siti Hawa. Maka daripada kedua-duanya lahir manusia dan terus membiak memenuhi alam sehingga hari ini. Tiap-tiap manusia wajib menganggap manusia yang lain tidak kira bangsa, tempat dan warna kulit adalah mempunyai hak yang sama daripada segi kemanusiaan dan kebebasan. Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dan seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujarat : 13)

Hubungan dan tatacara pergaulan dengan sesama manusia hendaklah berasaskan persaudaraan seagama, berbeza agama dan kemanusiaan secara amnya. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat diwujudkan dengan adanya kerjasama, tolong-menolong dan perpaduan dengan cara penyelarasan undang-undang yang menentukan hak setiap masyarakat tidak dicerobohi. Kepentingan orang ramai hendaklah diutamakan daripada kepentingan diri sendiri.

3) HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM

Allah s.w.t menciptakan seluruh alam ini untuk keperluan manusia.Alam yang penuh dengan hidup-hidupan, tumbuh-tumbuhan, udara yang nyaman, air yang bersih, cahaya yang menyegarkan serta dijadikan siang dan malam silih berganti adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Hal ini bukanlah bererti manusia bebas menggunakan nikmat ini dengan sesuka hatinya, sebaliknya ia adalah satu amanah untuk ditadbir secara terancang ke arah mengabdikan diri kepada Allah untuk mencari keredhaan-Nya. Di tangan manusia terletaknya kemakmuran alam dan segala penghuninya. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi ini untuk kamu semua.” (Al-Baqarah : 29)

DASAR TAMADUN ISLAM.
Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah Subhanahu wa ta’ala kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuklah lain-lain makhluk ciptaan-Nya.Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara keselamatan agama, memelihara nyawa atau jiwa, memelihara keselamatan akal, memelihara maruah atau keturunan, memelihara harta benda dan memelihara hak dan kebebasan.

Memelihara Keselamatan Agama
Salah satu daripada fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam roh dan alam ketuhanan.Sejak kelahiran Adam a.s hingga hari ini, beribu agama kalau tidak berjuta telah menjelma di dunia ini. Sama ada agama yang hak iaitu wahyu daripada Allah Subhanahu wa ta’ala yang berakhir dengan Islam atau agama yang batil iaitu ciptaan manusia yang menyembah sesuatu yang lain daripada-Nya.

Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu yang sentiasa hendak beragama, maka Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberikan kebebasan beragama.Soal penganutan agama-agama adalah menjadi hak asasi manusia. Antara satu sama lain tidak boleh memaksa atau menggunakan kekerasan untuk mempercayai apa yang dianutinya. Satu ungkapan pendek tetapi penuh bererti telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam al-Quran, terjemahannya:

Tidak ada paksaan dalam beragama. (Surah al-Baqarah 2:256)

Oleh kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota masyarakat itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang adil, aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat serta menyerah diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yang maha Esa dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Lebih-lebih lagi secara pasti segala suruhan-Nya seratus peratus untuk kebaikan dan kebajikan manusia sejagat.Sebaliknya meninggalkan segala larangan-Nya juga untuk memelihara keselamatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan.Jesteru itu prinsip utama tamadun Islam ialah untuk memelihara keselamatan agama seperti pencegahan berlakunya penyelewengan ajaran Islam contohnya ialah ajaran sesat dan budaya murtad.

Memelihara Nyawa atau Jiwa

Tamadun Islam juga berprinsipkan untuk menjamin keselamatan setiap nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Sebab itulah tamadun Islam melarang pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri orang lain. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada mara bahaya sentiasa digalakkan oleh tamadun Islam daripada sebarang tindakan yang boleh mencederakan fizikal orang lain. Allah Subhanahu wa ta’ala menerangkan hal ini dalam ayat, terjemahannya:

Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri, Sesungguhnya Tuhan itu penyayang padamu. (Surah an-Nisaa 4:29)

Larangan membunuh telah diperketatkan lagi dengan memberi peringatan yang memberi kesan yang mendalam kepada diri dan psikologi setiap insane.Al-Quran telah terlebih dahulu memberikan gambaran yang buruk terhadap perbuatan membunuh dengan memaparkan kesan daripada jenayah itu.

Ia bukan sahaja bererti membunuh seorang manusia, tetapi bererti membunuh seluruh makhluk manusia. Dalam erti kata seorang ialah sebahagian daripada makhluk manusia. Makhluk manusia itu ialah satu dalam erti kata perpaduan, kesatuan dan kerjasama antara satu sama lain.

Mereka saling perlu-memerlukan untuk menyempurnakan perjalanan dan kelicinan hidup masyarakat manusia.Sebab itulah membunuh walaupun diri sendiri melambangkan pembunuhan makhluk manusia pada keseluruhannya. Hal ini disebabkan, ia telah mengurangkan satu anggota masyarakat. Larangan ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya:

Barang siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka ertinya orang itu talah membunuh manusia seluruhnya. (Surah al-Maa’idah 5:32)

Memelihara Keselamatan Akal

Oleh kerana mulia dan tingginya darjat akal yang membezakan manusia daripada haiwan, maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan dan kesejahteraannya. Sebab itulah tamadun Islam telah mengharamkan minuman keras kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan fikiran. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya :

Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya minuman arak, berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu, agar kamu mendapat keberuntungan. (Surah al-Maa’idah 5:90)

Memelihara Maruah Atau Keturunan
Fitrah semula jadi manusia selanjutnya ialah suka kepada berketurunan dan mempunyai cahaya mata. Malangnya sejarah telah mencatatkan bahawa sejak zaman jahiliah budaya pembuangan dan pembunuhan anak berleluasa. Untuk memelihara generasi manusia daripada pupus, tamadun Islam memperundangkan sesuatu untuk menyekat kemungkinan budaya itu terus berlaku.

Pada masa kini, dunia dikejutkan dengan pelbagai gejala social seperti budaya bohsia dan bohjan yang berakhir dengan pengguguran dan pembuangan anak luar nikah dan sebagainya.Untuk memelihara kesinambungan generasi manusia, tamadun Islam telah mengharamkan segala punca yang membawa kepada zina dan perbuatan pengguguran dan pembuangan anak. Hal ini dijelaskan dalam ayat, terjemahnnya :

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar. (Surah al-Israa’ 17:31)

Memelihara Harta Benda

Fitrah semula jadi manusia juga ialah suka untuk mencari harta kekayaan.Jesteru itulah tamadun Islam menggalakkan manusia melakukannya. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya : Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan. (Surah al-Qasas 28:77)

Setelah jaminan kebebasan untuk mencari harta benda dengan cara yang halal diperundangkan, harta yang diusahakan itu mestilah halal dari segi cara ia diperoleh, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan. Hal ini diperjelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya : Orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan Allah, maka hendaklah diberikan khabar balasan dengan azab yang pedih.Pada hari mereka dibakar muka, rusuk dan punggung mereka, seraya dikatakan kepadanya inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk diriku.Maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu. (Surah at-Taubah 9:34 -35)

Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya :

Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. (Surah al-Maa’idah 5:38)

Memelihara Hak Dan Kebebasan

Tamadun Islam juga memelihara hak dan kebebasan manusia yang dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu hak Allah Subhanahu wa ta’ala dan hak manusia :

HAK ALLAH
Kebebasan yang ada kaitannya dengan hal Allah Subhanahu wa ta’ala merupakan kebebasan manusia daripada sebarang bentuk pengabdian diri selain Allah Subhanahu wa ta’ala dalam erti kata yang lain, konsep kebebasan yang ada kaitannya dengan Allah Subhanahu wa ta’ala ialah pentauhidan terhadap-Nya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya : Kepada-Mu lah tempat kami sembah dan kepada-Mu lah juga tempat kami meminta pertolongan. (Surah al-Fatihah 1:5)

Tamadun Islam juga menjamin hak dan kebebasan berkaitan dengan hak Allah Subhanahu wa ta’ala melalui tiga cara :

 Kebebasan daripada Taklid
Telah menjadi kegemaran dan tabiat manusia itu sendiri yang suka mengikut apa yang telah menjadi tradisi bagi mereka. Tradisi dan adat pusaka yang bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak ialah belenggu yang membendung dan mengikat akal manusia daripada berfikir secara rasional dan matang. Tamadun Islam datang untuk memerdekakan manusia daripada belenggu yang menindas akal mereka.

Pematuhan kepada isme-isme yang beraneka corak pada masa kini seperti sekularisme dan sebagainya juga merupakan penjajahan akidah dan pemikiran yang sentiasa diperjuangkan penghapusannya oleh tamadun Islam.Isme-isme itu hanya buah fikiran pendeta dan ahli falsafah yang sesat. Hal ini diperjelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya :

Mereka menjadikan orang yang alim dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan selain Allah Subhanahu wa ta’ala. (Surah at-Taubah 9:31)

Alam Bukti Kewujudan Allah Subhanahu wa ta’ala 

Sebelum manusia sampai ke tahap penerimaan segala yang terkandung dalam al-Quran tentang sifat ketuhanan Allah Subhanahu wa ta’ala , mereka dikehendaki meneliti, merenung, berfikir dan menjalankan penyelidikan terhadap kejadian alam kerana dengan berbuat demikian kelak akan mencetuskan keimanan yang kuat dan unggul terhadap kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya.

Kebebasan daripada Kesesatan
Akal manusia hanya terbatas kekuasaannya di ruang alam benda.Sedangkan perkara-perkara ghaib, alam roh dan hal ketuhanan bukan urusan dan bidang yang dapat diterokai oleh akal.Jesteru itu, mahu tidak mahu, dia mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran yang merupakan wahyu daripada Allah Subhanahu wa ta’ala.

HAK MANUSIA
Kebebasan yang ada kaitannya dengan hak manusia daripada kaca mata tamadun Islam ialah seperti berikut :
Kebebasan Bergerak
Kemerdekaan bergerak dan bertindak merupakan satu perkara yang menjadi hak asasi manusia yang dijamin oleh tamadun Islam.Kebebasan bergerak dan bertindak yang dijamin oleh tamadun Islam selagi tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak.

Kebebasan Bersuara
Islam menganggap bahawa kebebasan bersuara dan kebebasan mengeluarkan buah fikiran merupakan hak asasi manusia.Setiap manusia mempunyai bakat semula jadi yang dapat diperkembangkan sehingga boleh mengeluarkan fikiran yang bernas dan bermutu. Buah fikiran yang bermutu inilah yang menghasilkan tamadun yang bermutu tinggi asalkan ia berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak.

Kebebasan Berpersatuan
Kewajipan melaksanakan konsep syura dalam Islam ialah bukti yang nyata bahawa umat Islam diberi kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan. Hala ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya :

Dan bagi orang yang menerima (mematuhi) suruhan-Nya dan mendirikan sembahyang dan urusan mereka (diputuskan) dengan syura antara mereka. (Surah asy-Syura 42:38)

Kebebasan Beragama
Tamadun Islam memperjuangkan kebebasan beragama seperti yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dalam ayat, terjemahannya:

Tiada paksaan (memasuki) agama Islam.Sesungguhnya telah jelas yang benar dari jalan yang salah. (Surah al-Baqarah 2:256)

Dakwah berhikmah diwajibkan oleh Islam iaitu dengan pujukan dan dakwah yang lemah lembut sahajalah merupakan jalan yang paling baik untuk menyeru mereka untuk menganut Islam.Hikmah yang dimaksudkan di sini ialah memberikan dalil-dalil yang jelas yang dapat menghilangkan segala keraguan tentang kebenaran Islam.

Sesungguhnya tamadun Islam itu mempunyai prinsip yang jelas dan bertepatan dengan fitrah semulajadi manusia.Ia memperjuangkan pemeliharaan keselamatan agama, nyawa, jiwa, akal fikiran, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan. Sebab itulah tamadun Islam mengatasi semua tamadun yang pernah lahir di atas muka bumi ini sama ada sebelum atau selepasnya.

TAMADUN ISLAM IALAH TAMADUN YANG BERSIFAT KAMIL (SEMPURNA)
- Ciri utama Islam ialah menyeluruh atau sempurna dan sejagat.Islam meliputi seluruh kehidupan manusia termasuklah undang undang (syariah), akhlak dan akidah.Islam juga menyeru supaya berlaku adil kepada semua insan tidak kira ianya beragama Islam atau tidak.Islam juga meliputi semua tempat dan masa tempat tanpa batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia walaupun mereka berada dimana sekalipun ibarat di mana ada kesusahan disitunya ada Islam.

Tamadun Islam juga bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat kerana ciri umumnya bersifat sejagat dan terbuka.

Setiap manusia diseluruh dunia tidak kira dimana dapat menyesuaikan dirinya dengan ciri tersebut.Hal ini kerana ia tidak terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan pada tempat tertentu, bahkan ia adalah milik seluruh manusia yang berpegang pada al-Din.

Ia juga bersifat terbuka kerana ia tidak terbatas kepada had tertentu dan ianya terletak diatas garis panduan yang tetap dan ia berkembang dengan peredaran masa.Selain itu tamadun Islam juga terbuka kepada sebarang bentuk tamadun selain Islam boleh diteruskan dan dimajukan selagi ia tidak lari dari garis panduan syarak.

KESIMPULAN
Berdasarkan penerangan penerangan dan bukti bukti kukuh mengenai bahawa Islam ini ialah sempurna melalui peredaran tamadun ke tamadun, dari zaman ke zaman walaupun ditelan dek masa.Hal ini kerana agama Allah ini adalah benar, dan satu satunya agama yang membawa kita jalan yang lurus.Hal ini kerana tamadun Islam bersifat kamil iaitu sempurna.Sempurna dari segi segala aspek kehidupan sama ada kerohanian atau pun jasmani, sama ada waktu susah ataupun waktu senang.Kerana Islam ini adalah satu satu caranya untuk kita berhubung dengan Allah secara langsung tanpa menggunakan orang kedua atau orang ketiga kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Memahami.

RUJUKAN :

1. Hamzah, A. B. (1972). Sejarah Kebudayaan Islam. Kelantan: Pustaka Aman Press.
2. Hassan, A. J. (1979). Falsafah dan Pengetahuan Islam. K.Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Kedua.
3. Karim, A. M. (1984). Sistem Ekonomi Islam, Prinsip prinsip dan Tujuannya. Al Haramain: -.
4. Zain, S. M. (1985). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains Dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731
04-988-2597, 04-9882701, 1 2 3




Tajuk: Konsep Ilmu Dalam Tamadun Islam

PENDAHULUAN
Ilmu menempati kedudukan yang sangat penting dalam ajaran Islam, hal ini terlihat dari banyaknya ayat al-Qur’an yang memandang orang berilmu dalam posisi yang tinggi dan mulia disamping hadis-hadis nabi yang banyak memberi dorongan bagi umatnya untuk terus menuntut ilmu.

Didalam Al qur’an, kata ilmu dan kata-kata jadinya di gunakan lebih dari 780 kali, ini bermakna bahwa ajaran Islam sebagaimana tercermin dari al-Qur’an sangat kental dengan nuansa nuansa yang berkaitan dengan ilmu, sehingga dapat menjadi ciri penting dari agama Islam sebagaimana dikemukakan oleh Dr Mahadi Ghulsyani sebagai berikut; 

Salah satu ciri yang membedakan Islam dengan yang lainnya adalah penekanannya terhadap masalah ilmu (sains), Al quran dan Al –sunah mengajak kaum muslim untuk mencari dan mendapatkan Ilmu dan kearifan, serta menempatkan orang-orang yang berpengetahuan pada derajat tinggi

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman dalam al-Qur’an yang artinya: Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang-orang yang berirman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu (diberi ilmupengetahuan). dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan

ayat di atas dengan jelas menunjukan bahwa orang yang beriman dan berilmu akan menjadi memperoleh kedudukan yang tinggi. Keimanan yang dimiliki seseorang akan menjadi pendorong untuk menuntut ilmu, dan ilmu yang dimiliki seseorang akan membuat dia sedar betapa kecilnya manusia dihadapan Allah, sehingga akan tumbuh rasa kepada Allah bila melakukan hal-hal yang dilarangnya, hal ini sejalan dengan firman Allah: sesungguhnya yang takut kepada allah diantara hamba –hambanya hanyaklah ulama (orang berilmu).

Disamping ayat–ayat Qur’an yang memposisikan Ilmu dan orang berilmu sangat istimewa, al-Qur’an juga mendorong umat Islam untuk berdoa agar ditambahi ilmu,
dan katakanlah, tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu penggetahuan.
dalam hubungan inilah konsep membaca, sebagai salah satu wahana menambah ilmu, menjadi sangat penting, dan Islam telah sejak awal menekeankan pentingnya membaca, sebagaimana terlihat dari firman Allah yang pertama diturunkan yaitu surat Al-Alaq yang artinya:

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan kamu dari segummpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantara kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui.

Ayat –ayat rersebut, jelas merupakan sumber motivasi bagi umat Islam untuk tidak pernah berhenti menuntut ilmu, untuk terus membaca, sehingga posisi yang tinggi dihadapan Allah akan tetap terjaga, yang berarti juga rasa takut kepada Allah akan menjiwai seluruh aktivitas kehidupan manusia untuk melakukan amal shaleh, dengan demikian nampak bahwa keimanan yang dibarengi denga ilmu akan membuahkan amal, sehingga Nurcholis Madjd menyebutkan bahwa keimanan dan amal perbuatan membentuk segi tiga pola hidup yang kukuh ini seolah menengahi antara iman dan amal.

Di samping ayat –ayat al-Qur’an, banyak juga hadis yang memberikan dorongan kuat untuk menuntut Ilmu antara lain hadis berikut::
Carilah ilmu walai sampai ke negri Cina, karena sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagisetuap muslim’”(hadis riwayat Baihaqi).

Carilah ilmu walau sampai ke negeri cina, karena sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim. sesungguhnya Malaikat akan meletakan sayapnya bagi penuntut ilmu karena rela atas apa yang dia tuntut “(hadist riwayat Ibnu Abdil Bar).

Dari hadist tersebut di atas, semakin jelas komitmen ajaran Islam pada ilmu, dimana menuntut ilmu menduduki posisi fardhu (wajib) bagi umat Islam tanpa mengenal batas wilayah.

DEFINISI ILMU
Ilmu, sains, atau ilmu pengetahuan adalah seluruh usaha sadar untuk menyelidiki, menemukan, dan meningkatkan pemahaman manusia dari berbagai segi kenyataan dalam alam manusia. Segi-segi ini dibatasi agar dihasilkan rumusan-rumusan yang pasti. Ilmu memberikan kepastian dengan membatasi lingkup pandangannya, dan kepastian ilmu-ilmu diperoleh dari keterbatasannya.

Ilmu bukan sekadar pengetahuan, tetapi merangkum sekumpulan pengetahuan berdasarkan teori-teori yang disepakati dan dapat secara sistematik diuji dengan seperangkat metode yang diakui dalam bidang ilmu tertentu. Dipandang dari sudut filsafat, ilmu terbentuk karena manusia berusaha berfikir lebih jauh mengenai pengetahuan yang dimilikinya. Ilmu pengetahuan adalah produk dari epistemologi.

Dari segi Bahasa : Berasal dari perkataan Arab "Alima" yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya.

Menurut Bahasa Inggeris pula ilmu umumnya diertikan sebagai sains. Perkataan ilmu pada hakikatnya seringkali dikaitkan atau sinonim dengan pengetahuan. Ini kerana pada hakikatnya ilmu dan pengetahuan mempunyai erti yang sama walaupun mungkin berbeza dari segi penggunaannya. Perkataan ilmu biasanya ditemui dalam perbahasan masalah-masalah yang lebih khusus dan bersistem manakala perkataan pengetahuan hanyalah untuk masalah umum sahaja.

Ilmu dari segi Istilah : Segala pengatahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada Rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dab batiniah.

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar dariapda takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dekenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu Al-Quran, Syariah, Synnah, Iman, Ilmu Kerohanian, Hikmah, Makrifat, Pemikiran, Sains dan Pendidikan.

Ilmu merupakan teras dalam sistem agama Islam dan menduduki tempat yang tertinggi. Penekanan kepada ilmu dalam ajaran Islam jelas terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Penekanan kepada pembacaan sebagai aset terpenting dalam usaha menimba keilmuan dan pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia sebagaimana wahyu yang terawal yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.

Ilmu pengetahuan merupakan prasyarat terpenting bagi pembangunan bangsa yang kuat dan dihormati. Setiap perkara di dunia ini mestilah disandarkan kepada ilmu seperti iman dan perkara keagamaan, ekonomi, politik, sosial, perpaduan dan sebagainya. Iman atau amalan tanpa ilmu ibarat sebuah bangunan di atas pasir atau sarang labah-labah. Apabila datang ribut yang kuat maka akan binasalah ia. Ilmu pengetahuan juga adalah asas pembentukan sesebuah tamadun manakala akhlak pula adalah pengutuh atau pengukuh yang berperanan mengekalkan kekuatan pembangunan bangsa, negara atau sebuah tamadun.

KEPENTINGAN ILMU DALAM TAMADUN ISLAM
Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa.

Ia juga terbukti dari ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu. Dengan ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi. Pelbagai jenis ilmu yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya yang dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia. Orang yang berilmu dapat mendekatkan didrinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan menuju kebahagian di akhirat. Di antara kepentingan-kepentingan ilmu dapat dijelaskan di sini ialah :

a) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (al-Fathur:ayat 28)

b) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah yang bermaksud : " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)

c) Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11)

d) dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah (sama ada ibadah umum atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khlifah Allah di muka bumi.

SUMBER-SUMBER ILMU DALAM TAMADUN ISLAM

AL-QURAN
Sumber utama ilmu dalam tamadun Islam datangnya dari Al-Quran1. Dari segi bahasa “Al-Quran” berasal dari perkataan al-qiraah yang bererti bacaan, tetapi lafaz Al-Quran bermaksud yang dibaca. Dari segi istilah Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab dan sampai kepada kita secara mutawir.

Di dalam Al-Quran terkandung ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, pengetahuan tentang alam ghaib, asas perundangan, muamalah, tauhid akidah dan panduan hidup manusia dialam ini.Al-Quran menunjukkan bagaimana hubungan antara makluk dan Tuhan sepatutnya dikendalikan dan bagaimana manusia harus berinteraksi sesama manusia dengan makluk yang lain.

Al-Quran merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemukjizatnya berkekelan sepanjang zaman. Ia merupakan daya penggerak kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu urusan dan menjadi sumber dan pencetus kebanyakan bidang ilmu yang lain. Oleh itu, adalah wajar dikatakan Al-Quran sebagai sumber inspirasi dalam membina tamadun Islam kerana pendorong dan penggerak utama umat Islam ialah Al-Quran.
Pelopor-pelopor Ilmu Ulum Al-Quran ialah :

i) Khalifah Al-Rasyidin yang empat, Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud, Zaid bin Tabit, Udai bin Kaab, Abu Musa al-Asy’ari dan Abdullah bin Zubir

ii) Di kalangan tabiin ialah Mujahid, Ata’ bin Yasar, Ikrimah, Qatadah, Hassan Basri, Said bin Jubir, Zaid bin Aslam dan Malik bin Anas.

iii) Kemudian muncul Ibnu Jarir al-Tabari, dengan Tafsir al-Tabari yang merupakan suatu tafsir yang lengkap.

Walaupun Al-Quran menyentuh berbagai-bagai tajuk, namun tiga topik yang terpenting yang menjadi tema utama di dalam al-Quran ialah tauhid, pedoman hidup yang dibawa oleh Rasul-rasul dan pembalasan di dalam akhirat. Al-Quran menegaskan bahawa segala amalan di dunia ini tiada ertinya jika tidak mengikut petunjuk dan jalan yang benar. Dengan berteraskan tauhid dan kepercayaan adanya pembalasan yang setimpal pada hari akhirat, al-Quran meletakkan asas-asas kepada sistem akhlak, sosial, politik, ekonomi yang menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup1.

Firman Allah yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang mencipta (sekalian makluk). Dia mencipta manusia daripada (darah) yang menempel; Bacalah, dan Tuhanmu adalah Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena, Ia mengajar menusia apa yang tidak mereka ketahui.”

Ayat ini adalah lima ayat lima al-Quaran pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad. Pertama-tama sekali ditekankan bahawa Tuhan adalah pencipta dan yang lain adalah makluk. Juga dinyatakan bahawa Tuhan adalah maha pemurah, penyayang dan tidak memusuhi makluknya. Kemudian al-Quran menekankan bahawa Tuhan mahu umatnya memberi perhatian tentang kepentingan pena dalam penyebaran ilmu. Akhir sekali segala ilmu datangnya dari Allah s.w.t.Manusia boleh berusaha untuk mendapatkan ilmu melalui penyelidikan, pemikiran dan sebagainya tetapi pada hakikatnya ilmu yang sebenar datangnya dari Allah s.w.t.

Ayat al-Quran mengenai ilmu :

Allah mengangkat martabat orang berilmu serta diletakkan ditempat yang tinggi. Maka, dengan ilmu jugalah seseorang itu dipandang tinggi dan dihormati. Di sini, Allah telah menerangkan melalui beberapa firmanNya : Diangkat darjatnya: “Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan” Surah al mujahadah:11 

Ilmu dapat membezakan taraf dalm kalanan manusia: “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat perngakatan dan petunjuk hanyalah dikalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana” Surah al Zumar:9

Membentuk peribadi yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan cintakan ALLAH Subhanahu wa ta’ala dan Rasul-NYA “Seseungguhnya yang takutkan ALLAH daripada hamba-nya ialah orang yang berilmu” Surah al-Fathir:28

AL HADIS DAN AS SUNNAH

Menurut Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy menyatakan bahwa yang dimaksud dengan “ilmu Hadits” itu ialah : “Ilmu yang berpautan dengan hadits”. Mengenai difinisi ini beliau kemukakan kerana banyaknya ilmu yang mempelajari hadis tentang hadis dan jumlah hadis juga sangat banyak, selain itu masa pembukuannya dan penerbitannya di antara ilmu-ilmu hadits itu sendiri tidak dalam satu periode yang sama.
Ilmu Hadits menurut ulama Mutaqadimin adalah ilmu yang mempeajari tentang cara-cara persambungan hadits sampai kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dari segi ihwal para periwayatnya, kedabitan, keadilan, dan dari segi bersambung tidak segi sanadnya dan sebagainya.

Ilmu Hadits menurut ulama Mutaakhirin terbagi menjadi dua, yaitu ilmu hadits riwayah dan imu hadits dirayah. Kedua ilmu inimerupakan batasan yag sudah ditetapkan oleh para ulama-ulama mutaakhirin. Berikut ini adalah penjabaran dari keduanya, sebagai berikut:

1. Ilmu Hadits Riwayah

Ilmu Hadits Riwayah adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari hadits-hadits yang disandarkan kepada Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, baik berupa perkataan, perbuatan, taqrir, tabi’at maupun tingkah lakunya. Ada pula menurut Ibn al-akfani sebagaimana dikutip oleh al-Suyuthi yang saya dapatkan dari buku Ilmu Hadis milik Drs. H. Muinzer Suparta M.A yaitu “ilmu pengetahuan yang mencangkup perkataan dan perbuatan Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, baik periwayatannya, pemeliharaannya, maupun penulisan ataupun pembukuan lafaz-lafaznya”. Menurut jumhur ulama sendiri bahwa yang dimaksud Ilmu Hadits Riwayah ialah suatu ilmu untuk mengetahui sabda-sabda Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, perbuatan Nabi, taqrir-taqrir Nabi dan sifat-sifat Beliau. Dengan kata lain yang dimaksud oleh para jumhur ulama ialah Ilmu yang membahas segala sesutu yang datang dari Nabi, baik sabdanya, perbuatannya, taqrirnya, dan sabagainnya. Meurut ulama Tahqiq Ilmu Hadits Riwayah adalah ilmu yang membahas cara penyambungan hadits kepada shahih al-risalah, junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dari segi keadaan para perawinnya, mengenai kekuatan hafalan dan keadilan mereka dan dari segi keadaan sanad, putus dan berrsambungnya dan sepertinya.

Objek kajian hadits riwayah adalah bagaimana cara menerima, menyampaikan kepada orang lain, dan memindahkan atau mendewankan. Dalam penyampaian dan penulisan harus disampaikan apa adanya, baik yang berkaitan dengan sanad dan matannya. Ilmu ini tidak menjabarkan tentang syadz (kejanggalan) dan ‘illat (kecacatan) matan hadits. Kemudian didalam sini juga tida membahas tentang kualitas para perawi, keadilan, kebatinan maupun fisiknya.

Faedah dari mempelajari lmu hadis riwayah ini adalah untuk menghindari adanya penukilan yang salah dari sumbernya yang pertama, yaitu Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Menurut Syuhdi Ismail dalam bukunya Pengantar Ilmu Hadits faedah dan tujuan untuk mempelajari Hadits Riwayah adalah untuk mengertahui segala sesuatu yang berpautan dengan pribadi nabi dalam usaha memahami dan mengamalkan ajaran beliau guna memperoleh kemenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Menrut Ismil dalam bukunya tadi ulama yang terkenal atau menjadi seorang pelopor dalam hal Hadits Riwayah ini Muhammad Ibnu Syihab Az-Zuhry. Beliau ini adalah yang pertma-tama menghimpun hadits-hadits Nabi atas perintah Umar bin Abdul Aziz pada masa pemerintahannya. Beiau ini terkenal karena hafalannya yang sudah masyhur, hal ini telah diakui oleh para ulama pada saat itu. Imam Bukhari pernah menyatakan bahwa az-zuhry mampu menghafal Al-Quran hanya dalam tempo 80 malam. Hisyam bin Malik pernah meminta tolong kepada Az-Zuhry untuk menuliskan hadits-hadits Nabi untuk keperluan, sekitar 400 hadits ia diktekan kepada beliau. Setelah selang waktu 1 bulan catatan itu hilang, kemudian Hisyam meminta Az-Zuhry mendiktekannya kepada penulis, dan ternyata dua buah catatan dalam jangka waktu yang berbeda itu tidak ada perbedaan sedikitpun.

2. Ilmu Hadits Dirayah

Ilmu Hadits Dirayah adalah ilmu yang mempelajari tentang kaidah-kaidah untuk mengetahui hal sanad, matan, cara-cara menerima dan menyampaikan hadits sifat-sifat hadits dan sebagainnya. Ada jga yang mendifinisikan Imu Hadits Dirayah adalah ilmu pengetahuan untuk mengetahui hakikat periwayatan, syarat-syarat, macam-macam, hukum-hukumnya serta untuk mengetahui keadaan para perawi, baik syarat-syratnya, macam-macam hadits yang diriwayatkan dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya.

Objek kajian dari Ilmu Hadits Dirayah ini ialah keadaan para perawi dan marawiya. Pengertian keadaan disini dimaksudkan bahwa segala sesuatu yang menyangkut kepribadiannya, semisal akhak, tabi’at, dan keadaan hafalan. Sedangkan yang dimaksud dengan marwi adalah kesashihan, kedhaifan, dan dari sudaut ain yang berkaitan dengan matan.

Banyak hal yang dapat kita dapatkan dari mempelajari Ilmu Hadits Dirayah, diantaranya yaitu faedahnya. Faedah yang didapatkan setelah mempelajari Ilmu Hadits Dirayah, diantaranya:

a. Mengetahui pertumbuhan dan perkembangan hadits dan ilmu hadits dari masa kemasa mulai dari masa Rasulullah sampai saat ini.

b. Dapat mengetahui tokoh-tokoh serta usaha-usaha yag telah mereka lakukan dalam mengumpulkan, memelihara, dan meriwayatkan hadits.

c. Mengetahui kaidah-kaidah yang dipergunakan para ulama-ulama dalam mengklasifikasi hadits lebih lanjut.

d. Dapat mngetahui istilah-istilah, nilai-nilai, dan kriteria hadits-hadits sebagai pedoman dalam beristinbath.

Dalam hal tokoh Hadits Dirayah juga memiliki berbagai tokoh penting, diantaranya yaitu Al-Bukhari, Muslim, At-Turmudzy dan masih banyak lagi yang lainnya.

Antara hadis yang menekankan kewajipan agar umat Islam menuntut ilmu : Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”. 

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china” 

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam”

WAHYU
Wahyu adalah pemberitahuan Allah kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dijangkau oleh akal manusia
Aliran ilmu pengetahuan dalam Islam, Yahudi, Buddha dan Hindu dikesan mempunyai acara-acara ritualisme seperti amalan kerohanian peringkat tinggi dalam mencari sumber ilmu pengetahuan. Penggunaan mantera, jampi, ayat-ayat suci dan dengan proses ibadat secara amalan kebatinan dan rohani dilakukan untuk memperolehi sumber-sumber ilmu pengetahuan dari alam magis atau daripada Tuhan.

Tradisi timur yang amat dipengaruhi oleh amalan keagamaan dan kepercayaan agama menilai kebenaran atau ketepatan sesuatu ilmu pengetahuan mestilah bersumberkan ilmu wahyu. Ilmu pengetahuan perlu diselarikan dengan kebenaran yang sahih dan tidak terkeluar dari sumber utama, iaitu kitab Al Quran, Injil dan Taurat. ‘Sumber wahyu, tidak syak lagi merupakan sumber pengetahuan yang terpenting dalam tradisi agama-agama besar yang tumbuh di Timur, khususnya agama-agama langit (samawi) seperti agama Yahudi, Nasrani, dan Islam’[5].

Pegangan utama dan sumber rujukan utama kepada kitab Al Quran, Injil dan Taurat menyebabkan aliran epistemologi sejarah timur tertakluk dengan nilai-nilai ketuhanan dan moraliti yang tinggi. Segenap penulis atau pengkaji wajib bertanggungjawab dalam memastikan setiap bentuk penulisan pensejarahan tidak berlawanan dengan hukum Tuhan serta undang-undang hukum-hakam agama yang tidak boleh berubah mengikut kehendak emosi atau akal semata-mata. Bagi agama Islam, Al Quran dan hadis-hadis dari Nabi Muhammad s.a.w dianggap sebagai wajib secara mutlaknya untuk dipercayai atau dirujuk di dalam setiap penulisan pensejarahan.

INTUISI / ILHAM
Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri. di dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.
Akal
Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran mutlak namun memadia untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran hakiki.

Pancaindera
Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa juga
merupakan ilmu pengetahuan yang utamadan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi
sesama manusia dan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kesemua
merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan
pengalaman yang berulang-ulang.

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Daripada Abu Darda’, bawahasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barang siapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.”
(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Kepada mereka yang selalu ke majlis ilmu, semestinya selalu mendengar hadith dan ayat Quran di atas. Setiap kali penceramah dan muzakkir ingin memulakan kuliah dan tazkirah mereka, mereka selalu diingatkan betapa pentingnya menuntut ilmu. Begitulah lumrahnya, orang yang berilmu sentiasa berada di dalam kehidupan yang baik, jika ilmu yang dipelajarinya itu benar, dan diamalkan apa yang dipelajari.

Majlis ilmu tidak terhad sahaja kepada majlis-majlis tazkirah, kuliah-kuliah di masjid, ceramah-ceramah agama, forum hal ehwal Islam. Skop menuntut ilmu sangat luas. Walaupun seorang yang berada di dihadapan computer ingin mencari ilmu pun dikira sebagai menuntut ilmu. Oleh itu, tidak dapat untuk kita menuntut ilmu dimana-mana, dan untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran daripada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang Islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah, dan 4 golongan tersebut ialah:

1) Orang yang bertanya; 
2) Orang yang mengajar; 
3) Orang yang mendengar; dan
4) Orang yang suka pada orang yang berada dalam majlis ilmu.

Maka jelaslah, betapa mudahnya kita untuk mendapat ganjaran dari majlis ilmu. Dengan hanya menyukai orang-orang yang pergi ke majlis ilmu, kita dengan mudahnya telah tergolong dalam 4 golongan yang diredhai Allah.

Dalam konteks manusia, ilmu yang dipelajari hendaklah seimbang dunia dan akhirat. Di dalam kesibukan kita mempelajari ilmu-ilmu dunia, ilmu akhirat juga penting untuk menjadi pelengkap kehidupan manusia. Usrah-usrah dan kuliah-kuliah adalah peluang yang baik untuk kita seimbangkan ilmu dunia dan di akhirat. Disinilah keberkatan ilmu dapat disemai dan yang menjadi penyuluh manusia di dunia.



PENGISLAMAN ILMU
Istilah “Islamization of Knowledge” yang dianjurkan oleh sesiapa pun kalau diterjemah secara harfiahnya (perkataan demi perkataan) ialah “Pengislaman ilmu” (dengan i kecil) atau “PengIslaman ilmu” (dengan I besar) tetapi seringlah juga diistilahkan (mulanya, terutamanya, di Indonesia) “Islamisasi ilmu”. Kedua-duanya patut diterima, walaupun “ilmu” di situ bermaksud “sains Barat”, kerana seseorang boleh menjelaskan maknanya mengikut kehendaknya jika dia mempunyai makna yang berbeza daripada orang lain. Umpamanya “pengIslaman ilmu” mengikut Isma‘il al-Faruqi memang berbeza daripada “pengIslaman ilmu” mengikut Sayed Muhammad Naquib al-Attas, dan berbeza lagi dengan kebanyakan umat Islam amnya yang mahu mengaitkan sains dengan Islam secara remeh dan simpel itu (fahaman umum). Sudah tentu, sebagai sarjana, “pengIslaman ilmu” mengikut fahaman umum itu tidaklah begitu berguna kerana bersifat reaktif sahaja. Maksudnya sesuatu “sains” yang baru diketahui oleh seseorang Islam jenis ini akan cuba dirasionalkan “kebenaran sains” itu menerusi ayaht al-Qur'aan dan berhenti di situ sahaja. Mereka tidak menilai sains itu secara kritis dan membuat sentisis lalu berkemungkinan menerbitkan alternatifnya

RUMUSAN
Pujangga Hamka berkata “Orang yang pengetahuannya sedikit kerap kali menyangka dirinya telah mengetahui semua. Tetapi orang yang telah mendalami ilmunya tidak berani lagi mengatakan bahawa dia tahu segalanya. Bahkan dia lebih berani berkata, “Banyak yang belum saya ketahui.”

Abdulullah bin Mubarak pernah menyebut, “Seseorang itu akan sentiasa menjadi ‘alim selama mana dia menuntut ilmu.”

Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Ini ditegas dalam al-Quran dan hadith. Ilmu dibahagikan kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah. Walau bagaimanapun, ilmu yang perlu didalami sebelum yang lain adalah ilmu Fardhu Ain. Ilmu ini termasuklah tentang solat, berpuasa dan ia juga merangkumi asas ilmu tauhid dan sifat mahmudah dan mazmumah.

Selain itu, dalam Islam mengalakkan umatnya agar menuntut ilmu Fardhu Kifayah iaitu ilmu duniawi seperti membaca, menulis serta mengira supaya tidak ketinggalan jauh ke belakang. Di samping itu, dengan menuntut ilmu kita boleh menjadi insan yang berguna dan mampu membina kemajuan untuk masyarakat dan negara. Sebagai contoh yang dilakukan oleh cendekiawan Islam dahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu khaldun, Al khawarizmi dan lain-lain.

Kata Imam Syafie “Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kiralah ilmu ukhrawi seperti tauhid dan ilmu duniawi seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ini mengajar kita kewujudan dan kekuasaan Allah yang tiada batas.”

Ilmu Pengetahuan tidaklah bertentangan dengan Islam, justru Islam menyuruh penganutnya untuk mempelajari Ilmu Pengetahuan bahkan mewajibkannya, termasuk di dalamnya Islam tidak melarang ummatnya berfilsafat. Hanya saja larangan itu muncul apabila ummat Islam sudah berfilsafat sebelum aqidahnya kuat, hal ini akan melahirkan penyimpangan berfikir yang bisa menyesatkan bagi dirinya dan orang lain.

Ilmu merupakan unsur yang mesti diletakkan sebagai unsur pertama dan utama dalam proses pembinaan tamadun Islam. Tetapi apabila al-Quran dan as-Sunnah dijadikan sumber dan akidah, syarak dan akhlak sebagai asas pembinaan tamadun Islam. Ini bererti ilmu yang berasaskan wahyu merupakan sumber dan asas utama dalam tamadun Islam. Oleh itu kedudukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama dalam tamadun Islam tidak boleh dipertikaikan lagi. Kedua-dua sumber ini berfungsi sebagai pembimbing yang akan memberi panduan kepada manusia untuk memperkembangkan lagi ilmu mereka.

BIBLIOGRAFI
1. Baharuddin Yatim, Sulaiman Nordin, Islam, Al-Quran dan Idelogi Masa Kini, UKM, 1990.
2. Prof.Dr Ahmad Shalaby, Sejarah Perundangan Islam, Pustaka Nasional Singapore, 1971.
3. Ustaz Syed Hasan Alatas, Al-Quran Sumber Ilmu Pengetahuan, INTERNET.
4. Y. Bhg. Dato’ Haji Ishak bin Haji Baharom, Perkembangan Mazhab Dalam Islam,



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731
04-988-2597, 04-9882701, 1 2 3




Tajuk: Tamadun Islam Berasaskan Akhlak Islam

PENDAHULUAN
Ketamadunan dan peradaban merupakan ciri khas manusia yang tidak terdapat pada makhluk-makhluk yang lain. Kaitan antara ketamadunan dengan kehidupan manusia jelas diungkapkan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya ‘al-Muqaddimah’ bahawa manusia secara tabiinya makhluk yang bertamadun (madaniyyun bi tab’ihi) atau makhluk sosial yang saling berinteraksi sesama sendiri dalam pelbagai aspek untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Pada pemikiran al-Sirhindi, seorang figur Islam tersohor India, hidup bertamadun adalah fitrah dan sifat semulajadi manusia. Jika dilihat pada sudut pandangan lain, tamadun boleh dianggap sebagai sunnah insaniyyah yang menjelam dari sifat kreativiti dan inovasi manusia sendiri. Selagi mana manusia meneruskan kelangsungannya untuk hidup dengan selesa, maju, demi untuk mencukupi segala keperluannya maka selagi itulah proses ketamadunan akan berjalan.

Tamadun Islam merupakan segala yang dihasilkan oleh fikiran orang Islam menurut wataknya dengan panduan agama Islam, baik menerusi bangsa Arab, Parsi, Sepanyol, Turki, India, Cina, Melayu dan lain-lain yang membina tamadun Islam bersama-sama dalam pelbagai bidang tanpa mengira sempadan politik, geografi, etnik, kosmologi, ideologi dan sebagainya. Adunan ini berpandukan al-Quran dan al-Hadis sebagai dua sumber induk keilmuan Islam yang melahirkan elemen tamadun dalam bentuk dan acuan tersendiri, unik dan melambangkan keperibadian Islam di samping mampu berkembang dan memberikan sumbangan terhadap kehidupan manusia seluruhnya.

2. TAKRIF TAMADUN
Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi didalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau digambarkan kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai. Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan kepada nilai-nilai yang dianuti.

Tamadun berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu ‘Mudun, Mada’in, Madanna’ yang bermaksud bandar. Perkataan ‘Madanna’ pula bermaksud sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

1. Menurut Ibnu Khaldun :

Beliau menggunakan istilah ‘hadarah’ yang merujuk kepada perbuatan duduk dibandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.

Dalam kitabnya al-Muqaddimah, beliau lebih banyak menggunakan istilah ‘umran yang berasal dari kata asal ‘amara, ta’mir yang bermaksud membangun, memajukan, menghidupkan dan memakmurkan

2. Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas :

Beliau menyatakan bahawa istilah tamadun berasal dari perkataan al-Din yang merupakan asas tamadun itu sendiri.

Tamadun menurut beliau adalah “kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat”.

3. Menurut Syed Qutb :

Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

4. Menurut Kamus Dewan (1993)

Tamadun bermaksud “Keadaan manusia yang dicirikan oleh taraf pemikiran yang tinggi; negara dan penduduknya yang mencapai taraf pemikiran tinggi, budaya atau cara hidup orang-orang yang tertentu dan keadaan pemikiran yang halus”.

3. ASAS TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam mempunyai asas-asas yang kukuh yang membolehkannya menjadi satu tamadun yang hebat di dunia. Asas-asas tersebut ialah :

1. Akidah

Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah AzzaWaJalla yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Akidah merupakan asas tamadun Islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu manusia membezakan antara yang baik dan buruk disamping dapat membina tamadun dengan cara yang diredhai.

2. Syariah

Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya. Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah.

3. Syariah

Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah AzzaWaJalla dalam bentuk praktis. Segala perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan disegani.

4. CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
Ciri-ciri Tamadun Islam amat penting bagi mewujudkan tamadun yang kukuh dan maju. Antara ciri-ciri Tamadun Islam ialah :

1. Rabbaniyah (bersumberkan ajaran Allah)

Konsep Rabbaniyah membezakan antara tamadun Islam dan tamadun Barat, hal ini kerana tamadun Islam menjadikan sumber naqli sebagai sumber asasi, disamping tidak menafikan kepentingan sumber akli. Sedangkan tamadun Barat hanya berdasarkan sumber akli iaitu berteraskan akal fikiran semata-mata malah yang lebih buruk mereka banyak menyangkal perkara yang dinyatakan didalam sumber naqli.

2. Penggunaan Tulisan

Membantu mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam dan meningkatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan umat

3. Kemunculan kota atau bandar

Ia menjadi punca dan faktor sebagai menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang akan datang untuk pelbagai aktiviti lain.

4. Kewujudan negara Islam

Menurut sebahagian penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.

5. TAMADUN BERASASKAN AKHLAK
1. Menjaga hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam

Allah menyuruh manusia berfikir lebih jauh ke depan dengan menumpukan pemikiran kepada Allah pencipta sekian alam.

Islam menyeru umatnya agar menghidupkan rasa perhubungan dengan pencipta-Nya kerana Allah yang memudahkan dan mengurniakan kepada ahli fikir untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa ke semasa.

Hubungan dengan pencipta merupakan matlamat terpenting dan terakhir dituju dalam kehidupan.

Eratnya hubungan dengan Allah mempengaruhi perhubungan dengan makhluk lain.

2. Menjaga hubungan baik sesama manusia

Umat Islam adalah umat yang satu.

Kepentingan hubungan antara sesama manusia ditonjolkan dalam ajaran Islam.

Golongan bukan Islam diiktiraf kemuliaan insaniahnya dan diakui haknya sebagai sebahagian masyarakat dalam tamadun Islam.

Islam mewajibkan kepada pemerintah Islam supaya menjaga hak bukan Islam dengan sebaik-baiknya

3. Menjaga hubungan antara manusia dan alam sekitar

Manusia merupakan sebahagian daripada makhluk kosmos ini, dan menjadi khalifah kepada makhluk lain berdasarkan kelebihan akal.

Keistimewaan ini tidak dimiliki oleh haiwan dan tunbuh-tunbuhan

Manusia perlu ingat bahawa ala mini juga merupakan bahan renungan dan bahan kajian untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dan merasai keagunganNya.

4. Huraian :

Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam ajaran Islam. Permulaan pembinaan tamadun mestilah berasaskan kepada akhlak. Tanpa akhlak yang mulia, manusia tidak akan mencapai ketamadunan. Tamadun Islam adalah tamadun yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian

Tamadun yang lahir adalah diwarnai oleh akhlak umat Islam. Jika umat Islam mempunyai akhlak yang murni, maka hasilnya juga adalah murni.

Akhlak juga membincangkan tentang tajuk-tajuk sifat-sifat yang mahmudah iaitu sifat yang wajib ada pada diri setiap muslim seperti sifat sabar, syukur, ikhlas, tawakal, takwa, zuhud, zikrulmaut, istiqamah dan sebagainya.

Semua sifat terpuji ini perlu ada dalam setiap umat Islam.

5. KESIMPULAN
Dalam menghadapi cabaran alaf baharu, umat Islam haruslah merancangkan agendanya yang lebih bercorak futuristic, iaitu berdasarkan perkembangan dan pembangunan yang.bakal berlaku pada alaf baharu itu.

Menjelang akhir abad ini, kita dapat melihat bahawa cabaran baharu yang dihadapi oleh umat Islam adalah dalam bentuk cabaran ilmu pengetahuan, sains dan teknologi serta persaingan ekonomi.

Kita memerlukan ahli teknokrat dan teknologi Islam, ahli professional dan pengamal yang aktif di dalam pelbagai bidang kehidupan moden, bukan hanya untuk memajukan diri dan masyarakat pada era baharu, malahan dapat berkhidmat dan bekerja untuk memberi sumbangan kepada manusia keseluruhannya yang sekaligus dapat memartabatkan agama dan umat kita.

Konsep tamadun Islam yang mencakupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa tamadun Islam suatu tamadun yang lengkap dan kukuh kerana ianya berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, tamadun Islam merupakan suatu proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah Tauhid yang diikrarkan oleh setiap anggota. Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan praktik. Alasan ini dapat dikukuhkan dengan firman Allah dalam surah Yusuf ayat 40 yang bermaksud :

Keputusan hukum itu kepunyaan Allah, Dia memerintahkan supaya jangan tunduk memperhambakan diri melainkan kepada-Nya, Itulah Addin(agama) yang benar.”

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com